Barisan
Nasional merupakan kerajaan bukan-komunis yang yang paling lama memerintah
melalui pilihanraya demokratik (walaupun semua orang tahu bahawa terlampau
banyak manipulasi dan taktik kotor digunakan oleh BN).
Namun
demikian, setelah lebih setengah abad (sejak zaman pemerintahan Perikatan pada
1955), BN sudah tua dan uzur serta semakin lemah dan lelah. Ia sudah lapuk dan
usang serta tidak relevan lagi kepada rakyat Malaysia. Gugurnya BN dari arena
politik negara hanya menunggu masa sahaja.
Lima
sebab utama berakhirnya era BN adalah:
*
BN semakin tidak popular
BN
semakin tidak digemari pengundi pelbagai kaum di kawasan bandar, pengundi
pelbagai kaum di kalangan wanita, pengundi muda pelbagai kaum di-bawah umur 40,
pengundi bukan-Melayu di seluruh negara dan pengundi Bumiputera bukan-Islam di
Sabah dan Sarawak. Kumpulan-kumpulan ini marah dengan kepimpinan BN yang
diterajui UMNO yang lebih mementingkan kroni mereka sahaja.
*
Gula-gula politik BN gagal beli undi
Senjata
lazim yang dipakai oleh BN untuk memenangi pilihanraya-pilihanraya lalu, iaitu
wang, sudah semakin tumpul. Sehinggakan trend masakini ialah para pengundi
sudah bijak untuk menerima habuan kerajaan tetapi tidak mengundi BN kerana
mereka tahu ia bukan duit dari poket pemimpin BN, sebaliknya ia adalah wang
milik rakyat.
Ia
cuma seperti harta kembali kepada tuan yang asal. Habuan seperti BR1M, sama
yang diberi tahun lalu atau tahun depan sebenarnya adalah daripada cukai
pendapatan rakyat, dan dengan itu, rakyat sudah sedar bahawa tidak perlu rasa
terhutang budi apabila menerima bantuan yang sememangnya hak dan milik rakyat
sendiri.
*
Amalan kronisme BN yang menjadi-jadi
Kerajaan
BN yang sekian lama mengamalkan amalan nepotisme dan kronisme terus dan akan
meneruskan amalan terkutuk ini yang telah menyebabkan banyak kumpulan rakyat
terpinggir dan terbiar. Selagi BN kekal berkuasa, amalan pilih kasih dan
diskriminasi itu akan menjadi corak pentadbiran negara yang menimbulkan gejala
rasuah, salah guna kuasa dan pembaziran.
*
Ancaman inflasi yang tidak terkawal dan ketidaktentuan ekonomi
Masalah
ekonomi yang hanya mengkayakan kapitalis yang sudah kaya tetapi memiskinkan
rakyat yang gigih berusaha sudah menjadikan kelaziman BN, khususnya sejak awal
tahun 1980-an. Keadaan ini menyebabkan tekanan inflasi dan ketidaktentuan
ekonomi negara.
Sebagaimana yang diucapkan oleh tokoh sains dunia Albert Einstein, “Kegilaan bererti melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali tetapi mengharapkan keputusan yang berlainan.” Kata-kata ini mengajar kita bahawa kalau hendak kepada perubahan, yang pertama, amalan yang buruk atau tidak baik mesti diubah terlebih dahulu!
*
Kemunculan media alternatif
Kemunculan
media alternatif telah memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan
berita-berita dan warta-warta yang bernas dan tidak berat sebelah tentang
urusan pentadbiran negara. Rakyat sudah semakin tidak percaya lagi dengan media
besar kawalan BN yang hanya menyiarkan berita kebaikan pemerintah tetapi
mengutuk segala kebaikan Pakatan Rakyat serta masyarakat sivil.
Media
seperti Utusan Malaysia dan TV3 serta sekutu-sekutu mereka telah terbukti
berniat jahat dengan menyiarkan fitnah yang boleh mencetuskan huru-hara dalam
negara. Nasib baik rakyat Malaysia sudah matang dan sudah fasih dengan taktik
kotor media kawalan UMNO itu, dan menjadikan suara kerajaan BN tersebut semakin
tidak relevan. – Roketkini.com
Liew
Chin Tong adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Setiausaha Biro
Antarabangsa DAP. Rencana ini ditulis dengan kerjasama dam bantuan Soh Boon
Hong
Bahagian
kedua: Bagaimana Pakatan Rakyat dapat mengembalikan maruah dan harga diri
rakyat Malaysia
No comments:
Post a Comment