DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, December 31, 2010

TUN PENGKHIANAT BANGSA DAN NEGARA

UMNO menuduh Anwar Ibrahim sebagai pengkianat negara dan UMNO juga pernah menuduh Dr Mahatir sebagai pengkianat kepada Negara ini. Jadi, siapa yang sebenarnya menjadi pengkianat?


Siapa kianat siapa?


Duduk perkara sebenarnya ialah tidak sesiapa pun yang boleh mengkritik kepimpinan Negara ini kerana mereka tidak pernah buat silap (diminda orang-orang UMNO dan juak-juaknya sahaja). Yang buat silap ialah orang-orang yang di luar kepompong UMNO. Para pemimpin UMNO jelmaan dari kepimpinan para Nabi-nabi. Mereka turun dari langit. Mereka suci dan bersih dari daki dunia.


Mereka tidak pernah melakukan amalan rasuah (termasuk money politic) dan apatah lagi untuk mengunakan kedudukan, kuasa bagi mencari kekayaan peribadi. Masakan Khir Toyo itu rasuah. Mana mungkin Mohamad Mohd Taib ditangkap di Australia bawa 4 kilo wang tunai dalam brief casenya. Mana mungkin….mana mungkin Rahim Tamby Chik, Rafidah Aziz, Ali Rustam, Khalil Yaakob, Kasitah Gadam, , Zakaria Md Deros, Mohd Said Yusof dan lain-lainnya amalkan rasuah dan ambil komisyen.


Mana mungkin para pemimpin UMNO jadi pemabuk, pembunuh, membunuh diri, perogol dan meraba punggung wanita kerana mereka suci dan bersih.Jadi, sesiapa saja yang mengkritik UMNO semuanya pengkianat Negara.


Ikuti tuduhan UMNO terhadap Dr.Mahathir sebagai pengkianat Negara :


Apakah Tun sedar apa yang telah dilakukannya di luar negara sebenarnya meletakkan beliau sebagai pengkhinat negara.


Seorang yang menghina dan memburukkan pemimpin sebuah negara , seorang yang menghina bangsa dan negaranya sendiri.


Tujuan Tun melakukan ini adalah kerana mahu memburukkan imej Perdana Menteri yang pernah dilakukan oleh sahabat-sahabat Anwar ketika Tun menjadi Perdana Menteri dahulu.


Niat Tun sebenarnya untuk menekan Pak Lah dengan menakut-nakutkan pelabur-pelabur asing yang mahu melabur di Malaysia agar ekonomi negara kita tidak stabil.


Tun dan keluarga tidak akan merasakan kesan seandainya ekonomi kita tidak stabil kerana beliau dan keluarga sudah cukup kaya untuk menghadapi kemerosotan ekonomi kerana mereka telah cukup kaya.


Yang akan memikul beban ini nanti adalah rakyat Malaysia dan jika ekonomi tidak stabil. Mudahlah Tun menjalankan tugas spining nya terhadap rakyat yang sedang kesempitan.


Ketika itu rakyat akan melakukan huru - hara kerana kesempitan wang. Yang akan menderita adalah rakyat Malaysia dan bukan Tun dengan keluarganya.
Petikan dari berita harian


SERDANG: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik kepemimpinan Perdana menteri di luar negara boleh menjejaskan imej Malaysia dari perspektif antarabangsa, terutama di kalangan anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).


Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata ada negara menyatakan kebimbangan terhadap kritikan itu dan meminta Malaysia segera menyelesaikannya.Bagaimanapun katanya, kebimbangan Arab Saudi, Turki dan Iran berjaya diredakan dengan penjelasan beliau bahawa kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tetap utuh dan Barisan Nasional (BN) kekal mantap.

Ketika di Kazakhstan, Dr Mahathir menggunakan media untuk melepaskan geram. Ketika saya menghadiri Persidangan Menteri-Menteri Penerangan Islam (ICIM) OIC di Jeddah dua hari lalu, saya ditanya ramai menteri mengenai kritikan Dr Mahathir.Saya jelaskan kerajaan tetap kukuh dan mereka meminta kita supaya jangan berpecah-belah kerana kelemahan Malaysia akan melemahkan OIC,?katanya.

Beliau berkata demikian selepas menutup Seminar Memartabatkan Jati Diri Melayu anjuran Umno Bahagian Puchong dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Kementerian Penerangan di sini, semalam.

Ahmad Zahid berkata, media di Jeddah turut melaporkan Dr Mahathir menuduh Abdullah sebagai penipu berikutan keputusan kerajaan untuk tidak membina jambatan baru menggantikan Tambak Johor.


Mereka menyatakan tetap menghormati Dr Mahathir tetapi pada masa sama meletakkan keyakinan tinggi kepada kepemimpinan Perdana Menteri. Dr Mahathir tidak patut menggunakan media asing untuk mengkritik Perdana Menteri,katanya.


"TOLAK UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA"

KENANGAN MANIS DR MAHATHIR

Dr Mahathir mempunyai banyak kenangan paling manis ketika berada di bawah pemerintahan Pak Lah terutama beliau tidak dibenarkan bertemu dan berucap di hadapan public, apatah lagi untuk muncul di kaca tv dan media arus perdana yang dikawal oleh Pak Lah.


Mulai saat itulah Dr.Mahathir mula berjinak-jinak dengan internet sehingga beliau menubuhkan
blognya sendiri untuk mengeluarkan pandangan dan kritikan terhadap dasar-dasar pemerintahan Pak Lah yang dirasakan oleh beliau tidak memenuhi cita rasa beliau. Beliau yang pernah satu masa, ketika beliau berkuasa, beliau sangat anti blogger dan tulisan-tulisan yang disiarkan dalam internet. Beliau menganggap internet adalah musuh beliau dan Negara serta mengancam keselamatan Negara.


Kebencian beliau semakin membara ketika UMNO/BN di bawah kepimpinan beliau mengalami kekalahan teruk, tidak mendapat sokongan majority orang Melayu pada PRU ke-10 tahun 1999. Internet dipersalahkan. Macam-macam kata-kata nista terbit dari mulut beliau mengencam para penulis internet.


Di sini saya petikan beberapa peristewa yang pernah berlaku terhadap beliau sebagai bekas pemimpin Negara. Bagi kita, mengenang kembali sejarah itu agar kepimpinan Negara pada masa kini memberi sedikit ruang kepada kebebasan menulis, mengeluarkan pendapat dan mengkritik dasar-dasar dan parti yang memerintah mengikut lunas undang-undang yang diamalkan, walaupun ia pedih kepada orang yang kena kritik itu.


Peristewa 1


UMNO PJ UTARA TIDAK RESTUI KEDATANGAN DR M ESOK
Berlaku pada 11 Ogos 2006


Umno bahagian Petaling Jaya Utara tidak merestui tindakan pergerakam Pemudanya menjemput bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad datang berucap di majlis 'jasamu dikenang' sebelum mesyuarat perwakilan pergerakan itu esok. Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara, Datuk Ikhwan Salim Sujak berkata, pergerakan itu tidak merujuk kepada pihak bahagian terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran menjemput bekas Presiden Umno itu. Malah, kata beliau, tindakan pergerakan Pemuda tersebut boleh memecahbelahkan Umno bahagian.


Majlis bersama Dr Mahathir itu akan diadakan di Tropicana Golf & Country Club di Petaling Jaya.


Ikhwan berkata, beliau akan merasmikan mesyuarat Pemuda Bahagian Petaling Jaya Utara jam 9 pagi esok. Berikutan itu, beliau mempersoalkan tujuan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara menjemput kedatangan bekas Presiden Umno itu. “Tidak ada rasional kita memanggil Tun Dr Mahathir yang sudah tidak mempunyai kuasa pemerintahan. Ia umpama menoleh ke belakang.


(Rujuk :
http://www.malaysiakini.com/news/55254)


Peristewa 2


CERAMAH DR M: IKM TARIK BALIK KEBENARAN GUNA DEWAN
Belaku pada 10 Ogos 2006


Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri telah menarik balik kebenaran awalnya membenarkan dewan utamanya digunakan untuk ceramah perdana bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran Umno Bahagian Padang Besar, yang dijadualkan pada 26 Ogos depan.

Ketua Umno bahagian berkenaan, Datuk Zahidi Zainul Abidin mendakwa IKM Beseri telah diarahkan oleh ‘orang atasan’ untuk menarik balik kebenaran tersebut kerana mereka bimbang Dr Mahathir akan terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun, katanya, ceramah perdana oleh bekas Presiden Umno itu akan diteruskan di tapak bangunan Umno Padang Besar.


Katanya, IKM juga tidak membenarkan dewan utamanya digunakan untuk mengadakan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Padang Besar yang dijadualkan pada 27 Ogos, sehari selepas ceramah perdana Dr Mahathir. Berikutan itu, katanya, Umno bahagian terpaksa menangguhkan mesyuarat perwakilannya sehinggalah mendapat tempat mesyuarat yang baru.

Cari tempat baru


“Tarikh baru mesyuarat tersebut tidak dapat dipastikan kerana kami menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tempat baru,” katanya. Sebelum ini, pihak pentadbiran IKM bersetuju membenarkan dewan utamanya digunakan untuk mesyuarat


(Rujukan :
http://www.malaysiakini.com/news/55177)


Peristeewa 3


Anak beliau juga kena tempias akibat perkelahian Dr Mahathir dengan Pak Lah


PEMUDA BAHAGIAN BATAL JEMPUTAN PADA MUKHRIZ
Berlaku pada 10 Ogos 2006


Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir menerima nasib yang sama seperti bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beberapa Pemuda Umno bahagian telah membatalkan jemputan kepadanya untuk merasmikan mesyuarat perwakilan masing-masing. Menurut sumber, setakat ini tiga Pemuda bahagian disahkan telah membatalkan jemputan mereka walaupun Mukhriz telah memberi komitmen akan menghadirinya.


“Pemuda bahagian berkenaan tidak memberikan sebab-sebab pembatalan tersebut. Apabila ditanya, Ketua Pemuda bahagian berkenaan hanya memberitahu ia terpaksa dibatalkan oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan,” kata sumber itu lagi. Beliau bagaimanapun, enggan memberitahu nama bahagian berkenaan bagi mengelakkan timbul salahfaham atau tindakan yang tidak diingini terhadap pemipin Pemuda bahagian tersebut. Bagaimanapun katanya sekurang-kurangnya tujuh lagi Pemuda bahagian tetap menjemput Mukhriz merasmikan mesyuarat mereka. Sabtu lalu, Mukhriz telah merasmikan mesyuarat Pemuda bahagian Masjid Tanah, Melaka.


(Rujukan :
http://www.malaysiakini.com/news/55196)


Peristewa 4


Majlis bersama Dr M di Baling dibatalkan
Berlaku pada 2 November 2006



Majlis bersama Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengutip derma bagi membantu anak-anak yatim di daerah Baling yang dijadualkan diadakan esok, terpaksa dibatalkan selepas masjid pekan Baling menarik balik kebenaran untuk menggunakan dewannya bagi tujuan tersebut.

Berikutan itu, Timbalan Pengerusi penganjur ‘Majlis Jasa Mu Dikenang” itu, Bashah Ibrahim berkata, pihaknya tidak mempunyai tempat lain untuk mengadakan majlis tersebut. “Saya tidak tahu mengapa kebenaran itu ditarik balik. Sebelum ini kami dibenarkan menggunakan dewan untuk mengadakan majlis tersebut. “Ketiadaan tempat yang sesuai menyebabkan kami terpaksa membatalkan majlis itu walaupun persiapan telah dibuat,” katanya.

Komen Dr.Mahathir : “Beliau dilaporkan berkata: "Hari ini sepatutnya saya menghadiri satu majlis anjuran Perkida (Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah SeMalaysia) di Johor, manakala pada 3 November ini menghadiri majlis anjuran pertubuhan bukan kerajaan di Baling. Tetapi kedua-dua majlis itu telah dibatalkan dan itu menunjukkan saya semakin tidak popular."


(Rujukan :
http://www.malaysiakini.com/news/)


KENYATAAN MEDIA DR MAHATHIR PADA 3 NOVEMBER 2006 :


Tuan-tuan dan puan-puan,


Saya tidak lagi dapat bercakap dengan secara langsung.


Hari ini saya diberitahu majlis NGO di Baling pada 3 hb November 2006 sudah dibatalkan. Polis memanggil penganjur dan mengarah supaya majlis dibatalkan.
Perkida Johor juga diarah supaya batalkan jemputan kepada saya pada 1 hb November 2006.


Dengan ini sudah 14 jemputan kepada saya dibatalkan atas arahan Kerajaan Pak Lah melalui Johari Baharom, Timbalan Menteri Dalam Negeri.


Di masa yang sama semua media aliran perdana membuat laporan yang tidak berasas untuk memburukkan diri saya. Saya tidak boleh jawab, tidak boleh nafi walaupun laporan telah diputar.


Inikah yang dikatakan kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar zaman Pak Lah. Segala saluran untuk seseiapa mengkritik kerajaan ditutup.


Jawapan Pak Lah dan konco-konconya tidak tertumpu kepada kritikan yang dibuat. Sebaliknya semua marah kerana saya membuat kritikan.


Jangan kritik.
Kalau nak kritik keluar dari parti.
Semua mesti akuar kepada Pak Lah.
Jika tidak buang jawatan.


Apakah pernah perkara seperti ini berlaku di zaman Dato Onn, Tunku, Tun Razak, Tun Hussein dan saya sendiri?


Tunku dan Tun Hussein bebas mengkritik saya. Tidak ada sekatan. Polis tidak menganggu sesiapa yang ingin dengar kritikan mereka. Tidak ada ugutan untuk bertindak terhadap Tunku dan Tun Hussein.


Percayalah apabila pemimpin tidak boleh ditegur dia akan salahguna kuasa. Dia akan utamakan kepentingan diri, keluarga dan kroni. Kepentingan negara, kepentingan rakyat akan diabaikan. Akhirnya negara akan rosak dan rakyat akan menderita.


Pak Lah dan keluarganya takut membenarkan saya bercakap kerana kebenaran apa yang saya akan perkatakan. Jika apa yang saya perkatakan tidak benar, tentu mudah untuk membuktikan apa yang saya kata adalah tidak benar.
Berani kerana benar.


Takut kerana salah.
Takutnya Pak Lah jika rakyat dengar saya ialah kerana dia dan konco-konconya bersalah.

Saya guna saluran ini kerana tidak ada saluran lain bagi saya. Sama-samalah kita renung perkara ini.

(Rujukan:http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=5052&Itemid=1)


Berikut ialah 14 Majlis Tun Dr. Mahathir yang telah dibatalkan dari 28 Jun 2006 hingga November 2006:

1. Ceramah bertajuk Memupuk Satu Bangsa Malaysia Menjelang 2020, anjuran GERAKAN. (28 Jun 2006).

2. Kunjungan Hormat Ahli-ahli Jawatankuasa Kelab Veteran UMNO Titiwangsa, Kelab Veteran UMNO Titiwangsa, KL. (24 Julai 2006)

3. Syarahan Mengenai Cabaran Yang Menghadapi Negara Malaysia Kini dan Dunia Seluruhnya Dengan Suatu Rujukan Khas Kepada Umat Islam, anjuran MUBARAK Kelantan, (27 Julai 2006).

4. Program Jasamu Dikeanang, "Sejalur Bakti-Sekalung Budi" sempena Ulang Tahun Pertubuhan Pemuda UMNO, anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor. (24 Ogos 2006).

5. Upacara Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, anjuran UMNO Bahagian Padang Besar. (26 Ogos 2006).

6. Majlis Bersama Dalam Wacana Patriotisme Bersama Pelajar UUM, anjuran Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, UUM (6 Sept 2006).

7. Menyampaikan Ceramah di Diplomatic Training PTD Officer, anjuran IDFR (6 Sept 2006)

8. Undangan Khas ke Kursus Pengembangan Minda II di Langkawi Lagoon Resort, anjuran Dewan Perniagaan Melayu negeri Perlis. (8 September 2006)

9. National Students Global Discourse, anjuran Kelab Ma'aruf, UIA (23 Sep 2006)

10. Menyampaikan Ceramah Kemerdekaan "Bicara Bersama Tokoh", anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan Selayang (tarikh yang diminta sebelum penarikan undangan ialah antara 29 Ogos - 16 Sept 2006).

11. Majlis Mengenang Jasa Tun Dr. Mahathir Mohamad, anjuran Pekida Negeri Johor. (3 Nov 2006).

12. Majlis Malam Jasamu Dikenang, anjuran Badan Amal dan Kebajikan Masyarakat Prihatin dan NGO Baling, Kedah. (3 Nov 2006).

13. Jemputan Sebagai Panel bagi Forum "Sejenak Bersama Pemimpin," anjuran Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pergerakan pemuda UMNO Malaysia. (11 Nov 2006 - ditangguhkan kerana dekat dengan Perhimpunan)

14. Program Forum Sejenak Bersama Pemimpin, anjuran Biro Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Pergerakan pemuda UMNO Malaysia. (20 Nov 2006)


(Rujukan : http://www.beritakmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5522)


Kesimpulannya, kini Najib memberi kebebasan sepenuhnya Dr.Mahathir untuk bercakap apa sahaja yang dia mahu cakapkan.Najib takut nasibnya sama dengan nasib Pak Lah.

Dalam masa yang sama, Najib menekan kebebasan menulis, mengeluarkan pendapat dan menutup akhbar dan kartun yang tidak menyokong pentadbirannya.

Peringatan pada Najib ubahlah minda. Rakyat sekarang bukan rakyat zaman bapa kamu menjadi ketua dulu. Sekarang dunia jauh berubah termasuk minda rakyat turut berubah. Minda rakyat tidak boleh dikawal dan dikongkongkan lagi.Kelak makan diri.


"TOLAK UMNO, PASTI RAKYAT SEJAHTERA"

BILA PM KE PULAU PINANG

Sunday, September 08 @ 08:58:42 MYT
(Harakahdaily.net)
Analisa Berita
Oleh Mohd Sabri Said



Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad bergegas turun ke Pulau Pinang petang Sabtu lepas bukan sahaja ingin merasmikan program '30 tahun kilang-kilang di Pulau Pinang' di Hotel Equtorial, Bukit Jambul tetapi sebaliknya mempunyai agenda lain yang lebih besar.Agenda tersebut tidak lain tidak bukan ialah isu pinggirnya masyarakat Melayu di pulau yang dianggap mutiara bagi golongan korporat serta mereka yang terlibat dalam sektor industri.


Kenyataan Ketua Umno Bahagian Jelutong, Dato' Ahmad Ibni Hajar yang kecewa dengan dasar Kerajaan Negeri yang tidak memberikan ruang untuk golongan Bumiputra berniaga dan sebagainya dirasai bagaikan duri dalam daging yang perlu ditangkis segera jika mahu menyelamatkan Umno.


Jika tidak, pastinya kenyataan sedemikian akan memakan diri dan mengurangkan pengaruh Umno di serata tempat yang sememangnya sudah kehilangan bisa.


Hari ini (Sabtu) keluar pula kenyataan daripada Ketua Umno Bahagian Bagan, Dato' Abdul Latif Mirasa yang mempertikaikan kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon yang hanya mementingkan kaumnya.


Ini menandakan api perkauman mula ditiup semata-mata untuk melihat orang Melayu bersatu semula di bawah satu payung iaitu Umno bukan parti lain.


Atau adakah isu ini sekadar untuk mewujudkan sentimen 'acah-acah' untuk menimbulkan kekacauan dengan tujuan mengheret golongan pembangkang yang tiada kena mengena ke dalam perangkap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Namun begitu, kedatangan Perdana Menteri dianggap untuk menyejukkan keadaan supaya Umno dan kerajaan dapat diselamatkan di Pulau Pinang.


Pertembungan antara tokoh MCA yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Jermal, Dato' Dr. Sak Cheng Lum dengan tokoh Gerakan yang memimpin kerajaan, Tan Sri Koh Tsu Koon belum reda tiba-tiba muncul pula kenyataan yang berbau sentimen daripada kepimpinan Umno di dua bahagian.


Kenyataan Ahmad Ibni Hajar jelas membelakangkan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang sudah tentunya ingin menyembunyikan keadaan kerana khuatir jika terdedah bermakna memberikan 'makan' kepada pembangkang khususnya PAS dan KeAdiLan.


Dalam kenyataan tersebut, beliau juga kesal kerana hasrat bekas Perdana Menteri ke dua, Allahyarham Tun Abdul Razak tidak kesampaian apabila (Komtar) yang pada mulanya mahu menempatkan seberapa ramai peniaga Melayu akhirnya layu di tengah jalan.


Sekarang ini, nasib peniaga Melayu hanya layak di tepi jalan dan longkang sedangkan peniaga bukan Melayu mendapat tempat yang agak istimewa di ruang yang disediakan.


KOMEN :


Kisah yang saya petik itu berlaku di zaman UMNO/BN memerintah. Kenapa pembesar UMNO ketika itu mendiamkan diri. Tidak berani bangkit menentang dasar GERAKAN yang memerintahan. Kenapa segan hendak mengadakan demontrasi? Sedangkan rakyat seluruh Negara (apatah lagi pemimpin yang yang mengakui yang ia pemimpin Melayu) tahu bahawa kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang tercicir dalam semua sector. Hak milik hartanah orang Melayu terus merosot kerana pemimpin Melayu di Pulau Pinang asyik berebut-berebut mengorek kekayaan peribadi.


Kenapa sekarang berani?


JAWAPANNYA MUDAH :


Kerana UMNO hendak KUASA. UMNO dan para pemimpinnya tahu dengan KUASA mereka boleh terus mengcungkil kekayaan yang masih berbaki. Sekarang mereka telah hilang segala-galanya. Bukan untuk Melayu Pulau Pinang. Kalau untuk Melayu Pulau Pinang, dari dulu lagi mereka boleh bertindak ketika mereka ada kuasa.

Ramai kajian dan tulisan-tulisan oleh professor-professor dan pejuang Melayu tulin (tetapi mereka tidak ada kuasa) diterbitkan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin UMNO tentang bahaya yang menanti di hadapan survival bangsa, tetapi mereka tidak peduli. Mereka asyik merebut “3 TA”.


Sekarang nasi sudah menjadi bubur.


"TOLAK UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA"

Thursday, December 30, 2010

PERBANDINGAN PRESTASI ANTARA KERAJAAN BN DENGAN PR

Lima negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk membuat perbandingan dari tiga sudut: pengurusan kewangan, pentadbiran negeri dan pendemokrasian masing-masing.


Johor/Pahang dengan Selangor


Secara keseluruhannya, proses membaiki status kewangan negeri telah bermula di Kerajaan Negeri Selangor, namun langkah pemantapan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Johor dan Pahang belum lagi mempamerkan perubahan positif. Tahap kemantapan pengurusan kewangan dapat dilihat daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).


Dari segi Nisbah Semasa, Kerajaan Negeri Selangor memperoleh nisbah lebih daripada 1, manakala Kerajaan Negeri Johor dan Pahang memperoleh nisbah kurang daripada 1. (Analisis Nisbah Semasa adalah untuk mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri dalam membiayai jumlah Tanggungan Semasa. Sekiranya nisbah yang dihasilkan melebihi daripada 1, maka ini menunjukkan tanda yang positif dari segi kedudukan kecairan tunai.) Fakta ini menunjukkan bahawa kecairan tunai Kerajaan Negeri Johor dan Pahang adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.


Dari segi defisit, ketiga-tiga negeri mencatat defisit, iaitu Johor RM70.35 juta, Pahang RM42.27 juta dan Selangor RM65.96 juta. (Defisit dalam maksud ini mengambil kira perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tempoh perakaunan semasa dan tahun sebelumnya untuk mengukur lebihan atau defisit bagi Akaun Hasil Disatukan.) Namun begitu, defisit Negeri Pahang dan Johor adalah lebih parah jika berbanding dengan Selangor apabila diambil kira faktor kutipan hasil.


Melaka dengan Pulau Pinang


Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja mengambil alih negeri Pulau Pinang, namun jika dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional di negeri Melaka, wujud perbezaan yang cukup meyakinkan mengikut gaya dan pendekatan seperti mana yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.


Umpamanya, KPRU mendapati bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya adalah baik dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dalam aktiviti perolehan, bentuk perbelanjaan yang benar-benar berhemat tanpa menjejaskan kebajikan rakyat Pulau Pinang. Hasilnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan lebihan sejumlah RM77.34 juta menjadikan lebihan dana terkumpul berjumlah RM538.95 juta. Berbanding dengan pesaingnya, prestasi kewangan yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bertambah baik daripada defisit RM4.56 juta pada tahun 2008 kepada lebihan dana RM0.30 juta.


Selain itu, analisis Nisbah Semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2009 mendapati Nisbah Semasa Kerajaan Negeri adalah 5.25:1 melebihi satu, manakala Nisbah Semasa Melaka adalah kurang daripada 1. Fakta ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemampuan untuk menampung jumlah tanggungan semasa manakala Melaka gagal menampung tanggungan tersebut.


Dari segi pelaburan kerajaan negeri, kebijakan pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus menjadi teladan bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri Melaka, malah semua Kerajaan Negeri dalam Persekutuan di mana jumlah dividen dan keuntungan mencatatkan angka tertinggi sejak tahun 2005. Sila rujuk jadual yang dipetik daripada Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 28).


Johor/Pahang dengan Selangor


Dari segi pendemokrasian, adalah jelas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat, terutamanya Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang masih berada di barisan depan dalam proses pendemokrasian berbanding dengan Negeri-negeri Barisan Nasional. Kerajaan Negeri Selangor telah menerajui dasar dan langkah-langkah berikut yang langsung tidak dihirau oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Johor:


1. Menggubal Akta Kebebasan Maklumat;
2. Memberikan satu pertiga kuota kerusi Ahli Majlis PBT kepada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO);
3. Enakmen Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor yang memberikan kuasa lebih besar kepada Speaker;
4. Menghidupkan semula SELCAT;
5. Menubuhkan jawatankuasa pilihan khas (Select Committee) dalam sidang DUN Selangor;
6. Mengumumkan aset Exco Selangor;
7. Menggunakan kuasa MB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mendedahkan pelbagai penyelewengan yang tertutup sebelum itu, antaranya Yayasan Basmi Kemiskinan, Rancangan Revolusi Hijau di Bukit Cherakah, Projek.........


Seterusnya bacalah analisis ini di
sini


“TOLAK UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

BLOGGER UMNO JELMAAN SYAITAN

Oleh: Pria Malaya


UP-DATE: 31-12-2010


Para pendokong UMNO yang terlibat dalam pengendalian blog sebenarnya kekurangan idea untuk berhujah. Keseluruhan mereka bukanlah manusia yang sempurna akal-fikiran. Mereka adalah golongan yang belum bertamadun.

Oleh sebab itu kerja mereka hanya pandai menabur fitnah. Bagaimana mungkin bangsa dan agama boleh maju sekiranya ramai golongan seperti ini berjiwa syaitan dalam diri masing-masing mewarnai politik dan kepimpinan negara masa depan.

Kemungkinan mereka yang terlibat membuat fitnah ini adalah golongan ANAK HARAM yang ibubapa mereka berzina sebelum kahwin. Tidak ketentuan ibu-bapa, apatah lagi hendak menentukan mereka ini dari keturunan yang baik-baik. Amalan Islam jauh dari kehidupan mereka. Kehidupan mereka seperti 'binatang'.Mungkin mereka yang terlbat ini tidak tahu mengucap dua kalimah syahdat. Negara ini akan hancur apabila golongan ini membesar dan hidup dalam masyarakat Malaysia yang mengamalkan budaya Melayu-Islam.

Sebab itu Ali Rustam, KM Melaka suka sangat hendak menubuhkan pusat pemeliharaan anak-anak haram yang dibuang merata tempat. Ali tahu apabila anak-anak ini menjadi dewasa, maka senang dia dan gerombolan dia mempergunaan anak-anak ini untuk berkhidmat kepada UMNO. Mereka akan melakukan apa sahaja bagi memenuhi hasrat UMNO tanpa mengira dosa-pahala. Mereka tidak akan diajar tentang ilmu-ilmu Islam yang dibawa oleh Nabi, kerana ia amat bahaya kepada survival UMNO. Mereka akan dibutakan tentang Islam. Lebih suka Ali dan UMNO sekiranya anak-anak ini tidak kenal tangga masjid. Mungkin hendak mengucap dua kalimah syahdat pun tidak tahu. Teruk generasi akan datang.


Kemungkinan juga mereka ini anak-anak perempuan pelacur yang merempat di kaki lima. Kalau mereka berakhlak mereka tidak akan bertindak begitu, mereka-mereka cerita dan memfitnah. Seelok-eloknya berhujah dengan fakta-fakta yang benar dan tulus. Dulu mereka fitnah Lim Guan Eng dengan menggantikan gambar Nizar dengan Lim Guan Eng. Buat apa kerja-kerja macam itu. Tindakan mereka ini mengambar golongan ini dayus dan penakut untuk berjuang di jalan yang benar.

Lihat pula gambar di bawah, ia bukanlah gambar Tok Guru Nik Aziz dan isterinya Tuan Sabariah yang sebenar. Sekali lagi mereka memfitnah. Gambar tersebut adalah gambar orang lain yang bernama Nik Aziz Kamil, seorang guru Kemas...ianya telah diedit dengan tujuan untuk memburuk-burukkan Tok Guru Nik Aziz. Disertakan sekali dengan gambar asal juga adalah di bawah..


"TOLAK UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA"

Wednesday, December 29, 2010

JANGAN TUNDUK PADA DURI DALAM DAGING DI DI SELANGOR

Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dijangka mengadap Tuanku Sultan Selangor hari ini untuk berikhtiar menyelesaikan kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (meneurut maklumat Tuanku kini bercuti sehingga awal bulan hadapan).

Sementara itu bekas MB Selangor Khir Toyo dilapor menasihatkan Khalid agar membaca Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor terlebih dahulu sebelum mempertikaikan perlantikan bekas Pengarah JAIS Kusrin Manawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Khir juga menyeru Khalid agar tidak payah mengadap Sultan semata-mata kerana beliau tidak dimaklumkan darihal perlantikan ini oleh pihak Jabatan perkhidmatan Awam( JPA).Terima kasihlah Khir kerana prihatin dalam isu ini. Saya rasa bagi Khir sendiri nasihat yang paling baik baginya adalah bersedia menghadapi pertuduhan rasuah terhadap beliau. Angkara pertuduhan rasuah itu nama beliau langsung tidak terbabit dalam rombakan kepimpinan Umno negeri.

Rakyat Selangor resah dan gusar ekoran perkembangan membabitkan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri ini, kerajaan yang mereka pilih mentadbir dan mengurus negeri sewajarnya berhak memilih dan terlibat dalam membuat keputusan siapakah yang paling layak.Yang tentunya Khusrin tidak layak! (Ramai lagi pegawai yang merupakan anak Selangor lebih tinggi pencapaian akademik, berkaliber, berpengalaman dan profesional)Bayangkan persepsi para pegawai kanan Selangor, apabila mereka yang layak dan berkaliber ini dipintas secara kejam dan penuh berbaur politik oleh pihak kerajaan Pusat dan Umno.Umno sedang merancang secara bersungguh untuk menjatuhkan kerajaan sah Pakatan Rakyat Selangor yang dinobatkan oleh rakyat.

Usaha melantik Khusrin ini diyakini salah satu kerja untuk mematahkan popularity kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid.Rakyat Selangor akan sentiasa berdiri teguh dibelakang MB mereka. Keputusan nanti mungkin tidak berpihak kepada kerajaan negeri, kalau demikian maka kerajaan negeri perlu mengambil langkah mengerhanai Khusrin agar tidak berlaku dua MB di Selangor dalam satu waktu!Kita tidak mahu ini berlaku tetapi sekiranya hasrat dan aspirasi rakyat serta kerajaan negeri tidak dihormati maka mengapa pula kita mesti dipaksa menghormati sesuatu yang tidak sah. Jangan sampai ada individu yang tidak diberi mandat rakyat bermaharajalela di negeri ini.Bersedialah menghadapi duri dalam daging, musuh dalam selimut, yang penting kerja-kerja jahat ini pasti dihukum oleh rakyat dalam PRU ke 13 nanti.


Sumber :
Roslan SMS


KOMEN :


Perlantian Khusrin sebagai SU kerajaan negeri Selangor bukan kira beliau layak atau tidak, tetapi berdasarkan hasrat UMNO celaka laknatullah ini untuk mengharubirukan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat kerana segala rahsia rancangan kerajaan negeri akan mudah terlepas ke tangan pihak berkepentingan dalam UMNO. Khusrin adalah orang UMNO dan kini dia SUK yang paling rapat dengan MB. Khusrin juga nanti akan menjadi SU dalam mesyuarat EXCO.


Tindakan KSN melantik Khusrin tanpa membicangkan dan membelakangkan Khalid Ibrahim merupakan tindakan paling biadap dan kurang ajar. KSN dan JPA khususnya tahu kedudukan Khusrin dengan kepimpinan Selangor, tetapi apa boleh buat arahan Najib mesti dilaksanakan. KSN tahu dan semua orang tahu itu adalah strategi UMNO untuk menumbangkan kerajaan Pakatan kerana bukan tidak anak Selangor yang lebih berkelayakan dari Khusrin. Bercambah, tteapi Khusrin juga dipilih.


Macam perlantikkan Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Semua orang tahu itu adalah strategi UMNO kerana Zaki, darah yang mengalir dalam tubuhnya ialah darah UMNO tulin. Semenjak zaman muda sampai zaman tuanya, kebanyakan masanya dihabiskan memperjuangan dan membela UMNO. Zaki bukan orang yang ada akhlak, moralnya amat murah boleh dibeli di pasar malam dengan harga sekupang dua sahaja. Bukan tidak ada hakim yang lebih senior yang labih layak, tetapi UMNO tetap pilih Zaki yang bangkrap moralnya.


Hasilnya, semua kes-kes yang melibatkan kepentingan UMNO yang dibicarakan di mahkamah, semuanya dimenangi oleh Najib UMNO. Kes Perak dan kes Anwar Ibrahim menjadi saksi dalilnya. Selagi ada Zaki di situ (Ketua Hakim), tidak payah sesiapa pun membawa kes ke mahkamah yang melibatkan survival UMNO. Pastinya kesnya akan kalah.


Strategi Najib UMNO kini telah dikembangkan dan diperluaskan ke Parlimen pula. Perlantikan BABI Pendikar Amin Barua sebagai speaker, percubaan terbaru Najib UMNO untuk mengekalkan kuasa dengan menepikan amalan demokrasi. BABI ini telah mula menjalankan perananannya. Anwar, Azmin, Sivarasah dan Karpal Singh telah digantung. Pada bulan Mac nanti lebih ramai AP Pakatan Rakyat akan dikenakan hukuman gantung.


Tidak ada apalagi badan yang boleh diharapkan untuk menegakkan keadilan. Semuanya hancur berkecai.


“TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

Tuesday, December 28, 2010

MENILAI RIZAB MELAYU DAN PAMPASAN

Panjang kisah sampingan. Berikut ini merupakan sebuah penulisan kesimpulan dari beberapa waris yang terlibat.


Sebagai yang umum mengetahui bahawa apabila ujud sesuatu pembangunan, terutama membina jalan raya, maka biasanya tanah Simpanan Melayu sering terlibat. Tanah Simpanan Melayu berbentuk dalam berbagai jenis tanah dan tanaman. Terdapat di sana perumahan “kampung” termasuk “kampung menumpang” atau disebut setinggan.


Tanah orang Melayu, menurut Helmi Hussain, bekas pegawai kerajaan, berpengalaman luas dalam bidang tanah, dalam bukunya “RIZAB MELAYU: Indah Khabar Dari Rupa” memetik sebutan dalam kertas Seminar tahun 1999 bahawa 207,489 ekar tanah istimewa orang Melayu telah banyak diambil oleh pihak berkuasa. Atas nama pembangunan, maka jumlah tanah orang Melayu kian mencerut ke pinggir. Tanah Rizab Melayu jadi milik umum dan “mereka” mengaut keuntungan di atas tanah dan segala hasil yang berkaitan selama.


PEMBANGUNAN UNTUK SIAPA?


Dalam hubungan pembangunan berkenaan maka cuba tinjau kembali apa yang telah ditulis oleh Tengku Razaleigh bin Hamzah, “Pembanguna Untuk Siapa ?” yang sedikit sekali faedah untuk pertumbuhan dan perkembangan ekonomi orang Melayu. Pembangunan dikuasai oleh syarikat gergasi yang dibentuk oleh kepentingan dalam kleptocracy. Razaleigh menonjolkan istilah kelptocarcy sebagai “menjaga kepentingan mereka yang berkuasa”. Jadi kita boleh lihat akibat yang menimpa kelangsungan rizab Melayu yang dibuat macam mana pun sukar untuk hidup segar. Keadaan orang Melayu di kampung yang bergantung pada tanah sama dengan “rumput di tepi jalan: hidup segan, mati tidak mahu”. Struktur ekonomi pertanian dan pemasaran dimonopoli oleh beberapa gergasi.ternakan haiwan, sayuran, ubian, buah-buahan, ikan, pasar super, kedai, saluran proses penjualan dan jalan raya semua dibolot oleh “gergasi” yang bersifat ‘samurai’. Sedikit-sedikit nasi dan lauk tumpah itulah yang boleh mereka cari makan dengan tumpang-tumpang buka gerai dan jual lambak di kaki lima sebagai “agen” sisa barangan!


Menginsafi nasib dan keadaan tanah Melayu yang terpisah sekitar empat ekar, bagi keluarga tertentu di kampung atau di pinggir bandar, maka suatu Badan Penyelamat hendaklah di bentuk dengan ikhlas dan sungguh-sungguh di atas landasan “kolektif” di seluruh negara. Dengan demikian taraf hasil meningkat dan harga tanah tidaklah semurah yang diberikan oleh penilai kerajaan. Sebab tanah orang Melayu diawasi oleh pertanian atau ternakan atau perumahan yang bersifat kolektif. Semua sudut ekonomi terutama pasaran dan pengurusan dibentuk sedemikian rupa untuk orang Melayu bergerak atau digerakkan oleh badan yang bertanggungjawab. Mungkin Prof Diraja Ungku Abdul Aziz boleh memberi pendapat dan nasihat.


SAHAM SYARIKAT


Pengambilan tanah memang tidak dapat dielakkan demi pembangun negara. Meskipun secara segera tuan-tanah dapat pampasan yang agak lumayan tetapi dari segi jangka panjang mereka patut diberi faedah yang kekal seperti yang dinikmati oleh syarikat gergasi yang menguasai tanah mereka. Tuan tanah hendaklah diberikan juga sebahagian saham syarikat dengan harga asas kerana mereka putus mata pencarian atau tempat. Dengan wang pampasan berkenaan bukan mudah hendak mencari ganti dan sentimen sosial budaya sesama penduduk. Jadi dengan demikian pembolotan ekonomi dapat dikurangi seperti yang disebut di atas terutama apa yang ditulis oleh pakar ekonomi dan pemimpin negara, Tengku Razaleigh bin Hamzah..


PENGAMBILAN TANAH


Dalam pengambilan tanah ada dua akibat: Pertama, memberi keuntungan segera kepada tuan punya: manakala akibat kedua, menjadikan kerugian kepada tuan punya dan waris dalam masa yang panjang. Untuk mencari ganti tanah yang sesuai juga bukan perkara mudah.


PEROLEHAN TANAH DAN NILAI


Tanah diperoleh oleh penduduk terutama Melayu bukan semudah mata memandang seperti “makanan segera”. Berbagai berbagai cara: pertama, tanah kurnia iaitu yang diberikan oleh kerajaan kerana “jasa”; kedua, atas permohonan sebagai peneroka; ketiga, kerana rancangan kerajaan atau berkelompok; dan keempat, melalui jual–beli melalui iklan atau berbagai ikatan sentimen keluarga atau anak buah. dan jasa kawan. Harga tidak patut dipersoalkan dan jadi ukuran tertentu oleh penilai. Malahan, ada penjual dapat pula membeli tanah lain yang lebih baik dan berharga kemudian.


Tanah yang diperoleh bukan semudah yang dilihat. Meskipun jika dibeli pun kelihatan murah ; tetapi berbagai faktor lain, termasuk nilai faktor budaya tradisi untuk mewariskan secebis tanah kepada anak cucu harus diambil kira, bukan mengambil balik tanah dengan harga yang murah. Tambahan pula syarikat berkenaan akan mendapat untung besar dengan berterusan masa.


NILAI RIZAB MELAYU:


Dalam hal ini tanah yang “murah” biasanya ialah tanah orang Melayu kerana kedudukan yang terpencil dari bandar dan kurang pembangunan di sekelilingnya. Jadi pembayaran pun biasanya diasaskan pada persekitaran yang dekat sahaja. Ertinya, walaupun ia otomatis bernilai sebagai “tanah antara bangsa”, tetapi nilai masih dikaitkan dalam suasana “kampung Melayu” yang terpecah-pecah. Ini berlainan dengan kedudukan dan suasana tanah bukan Melayu. Di samping itu pula terdengar keluhan kerana dalam pertemuan ramai tuan-punya tanah dikejutkan dengan anggapan bahawa tanah orang Melayu adalah hutan dan penilai kerajaan berkenaan mahu tahu pula harga asal. Mungkin untuk perbandingan.


1) Bila beli ?
2) Berapa harganya ?


Apakah “keuntungan” besar atas modal yang “sedikit” dijadikan ukuran ? Apakah mereka tidak melihat bahawa ada ramai juga “orang tertentu” mendapat tanah “percuma” berkaitan dengan pembangunan tertentu, dan kemudian jadi kaya raya? PERTANYAAN: APAKAH INI SATU CARA UNTUK MERENDAHKAN HARGA TANAH YANG DITUNTUT OLEH TUAN-TANAH? Jadi beberapa faktor yang ditekankan oleh penilai kepada tuan-tanah maka kita merasakan bahawa penilai pampasan seolah-olah bersikap seperti “SYARIKAT INSURANS” mencari kesalahan dan kelemahan tanah Rizab Melayu untuk mengurangi bayaran.


Merujuk kepada kerugian orang Melayu mengenai tanah yang diambil kembali dan penggunaan wang yang diterima setakat ini nampaknya tidak begitu berkembang kerana untuk mencari tanah atau harta yang lain agak sukar untuk “warisan”. Bagi kebanyakan orang China mereka lebih menumpukan rumah kedai di bandar manakala itulah harta warisan yang boleh mereka bergantung “harapan” walaupun tidak tebal. Maaf memberi pandangan berbeza.


WARIS PEMILIK TANAH YANG TERLIBAT.


- Al-Qaf - 27.11.2002 (suntingan M@RHAEN)

SIAPA BEKAS MENTERI ITU YA?

Seluruh rakyat Malaysia tahu siapa bekas menteri itu. Dia juga yang terlibat dalam kejadian meraba punggung seorang wanita di sebuah hotel termuka di KL dalam keadaan mabuk pada tahun 2008 dulu, tetapi dia banyak duit kes itu diselesaikan di luar mahkamah. Bekas menteri juga didakwa terlibat dengan pembunuhan kejam Norita Shamsudin.


Pernah menjadi Menteri Sains,Teknologi dan Innivatif dari 24 Mac 2004 hingga 17 March 2008 dalam karbinet Pak Lah. Selepas PRU ke-12, Pak Lah tidak melantik semula beliau ke dalam karbinet walaupun dia menang besar kerusi parlimen kerana akhlaknya buruk.

Dia sahabat baik Najib dan kini dilantik sebagai Duta Malaysia ke luar negara, di samping itu beliau juga seorang Ahli Parlimen di suatu kawasan di Pahang. Dia suka menghisab cerut yang mahal harganya. Otak bergeliga. Siapa dia agaknya bekas menteri itu?


(sila lihat clip video disebelah kiri blog ini)


Seterus baca
kisah ini.


Dan jangan lupa baca yang ini pula ya!


Eh baca ini juga untuk tambah maklumat untuk mengukuhkan hujah-hujah anda.

Jadi, anda tentu dapat mengagakannya bukan?


Inilah UMNO.Kes ini juga akan dibakulsampahkan seperti kes raba punggung itu dulu. Orang 'gila babi' dan otak sewel dan orang bodoh macam otak lembu sahaja yang sanggup bersekongkol dengan UMNO.


“TALAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

PAKATAN RAKYAT DALAM BAHAYA DI SELANGOR

Perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari 2011 depan mengundang ancaman dan akan mengugat kerajaan Pakatan di Selangor. Ketua Setiausaha, Mohamad Sidek Hassan adalah "berniat jahat" terhadap kerajaan negeri bagi melaksanakan "agenda jahat Umno dan BN".
Sepatutnya perkara ini tidak terjadi kerana Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan pegawai utama yang akan bekerja bersama-sama dengan kerajaan negeri Selangor, maka perlantikan ini harus mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri Selangor,”komited, berupaya dan bebas sahajatelus, beramanah dan bebas daripada sebarang bentuk unsur sabotaj. Perlantikan Khusrin tidak pernah dirujuk kepada Menteri Besar kerana ia adalah strategi UMNO untuk mengambilalih kuasa seperti yang dilakukanya di Perak.


Khusrin adalah dikenal sebagai seorang penyokong kuat UMNO. Beliau didakwa pernah bertugas sebagai pegawai kepada Mohamad Mohd Taib ketika Mohamad menjadi MB Selangor. Oleh sebab itu segala tindak tanduk UMNO menggunakan masiji, surau dan sekolah agama rakyat di Selangor tidak pernah diambil tindakan. Dibiarkan UMNO bermaharaja lela semahu-mahunya. Berlainan sikapnya terhadap para pemimpin Pakatan. Segala aktiviti pemimpin Pakatan dipantau dan diambil tindakan. Para pemimpin PAS khususnya sama di dalam dan di luar Selangor diharamkan member ceramah di masjid dan di surau di Selangor, malah pemimpin kerajaan Selangor sendiri dihalang.


Kini, Khusrin adalah senjata baru UMNO untuk menumbangkan kerajaan Pakatan di Selangor, setelah semua strategi UMNO selama ini menemui jalan buntu. Khusrin adalah musuh kepada kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim. Khusrin adalah tangan kiri Najib. Khusrin adalah musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan.


Awas Khalid Ibrahim. Musuh anda dan musuh Pakatan berada dalam kelambu sekarang.


Lihat gambar-gambar di bawah menunjukkan gerak kerja UMNO yang mendapat perkenan Khusrin selaku Pengarah Jais :





"TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

Saturday, December 25, 2010

TOLAK UMNO




TOLAK UMNO




TOLAK UMNO




UMNO TERDESAK : ISU AGAMA DAN KAUM JADI MAINAN

UMNO setiap kali terdesak, kehabisan hujah dan mati akal, maka ia akan mainkan isu agama dan perkauman. Tujuannya untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak mengundi Pakatan Rakyat pada PRU ke-13 nanti.


Hairan, UMNO menganggap dia yang berjuang dan mempertahankan Islam.Poooorah. Pergi jahanam dengan UMNO,kerana UMNO akhlak remaja runtuh dan binasa, kerana UMNO kes-kes pembuangan bayi meninggkat, kerana UMNO peningkatan belia-belia Melayu terlibat dalam berbagai gejala social penagih dadah, hubungan seks bebas, hubungan bebas di kalangan muda-mudi Melayu tidak segan silu berkucup-kucupan di khalayak ramai, tidak hormat orang tua, budaya lepak, budaya bohjan mat rempit dan 1001 gejala negative melanda umat Melayu-Islam dewasa ini. Pegangan Islam di kalangan umat Melayu semakin rapuh kerana mu UMNO.


Cukup celaka mu UMNO. Berdiam diri apabila
PM dan isterinya boros dalam membelanjakan duit rakyat. UMNO sebagai kerajaan tidak pedulikan kehidupan rakyat yang miskin. Kenaikan harga minyak dan barangan menekan kehidupan rakyat miskin..adalah kesan dari amalam berbelanja boros, rasuah, penyalagunaan kuasa, kronisme, nepotisme dan pelbagai penyelewengan lain selama Umno dan BN masih berkuasa di Malaysia.


RISALAH PERKAUMAN: DAP BUAT LAPORAN POLIS


BENTONG, 25 Dis: Susulan penyebaran risalah berbentuk poster yang berbau hasutan dan perkauman yang banyak ditampal oleh pihak tertentu di daerah ini, DAP Bahagian Bentong telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) di sini.Setiausaha DAP Pahang, Choong Siew Onn berkata, laporan polis terpaksa dibuat dan meminta pihak berkuasa itu menjalankan siasatan rapi kerana kewujudan risalah provokasi bertajuk ‘Kedudukan agama Islam tercabar’ sangat serius sehingga boleh mengganggu gugat ketenteraman penduduk di daerah ini. Choong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teras berkata, kelmarin (Rabu) Pengerusi DAP Bentong Ching See Thai telah memberitahunya berhubung risalah yang tertampal di dinding banyak bangunan dan kedai makan berhampiran stesen minyak di bandar Bentong dan pergi melihatnya sendiri.


Menurutnya, risalah tersebut turut memaparkan gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan hamburan kata-kata kesat.


“Apa yang tertulis pada risalah itu termasuk penjualan arak secara terbuka tidak boleh dihalang, kuil dibina di kawasan majoriti masyarakat Melayu, kalimah Allah boleh diguna bukan Islam dan kepala pemimpin Melayu dipijak.(Tambah: Nik Aziz dan Haji Hadi dikecing oleh pemuda UMNO tidak pula memprotesnya. Dajal golongan ini. Lempar batu sembunyi tangan. Biadap)


“Selain itu, ia turut menyentuh mengenai perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang diharamkan oleh DAP dan seakan-akan mempertikaikan suara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ahli Parlimen dalam Pakatan Rakyat berhubung isu agama Islam semakin terhakis akibat tunduk kepada DAP,” katanya.


Tambah Choong, DAP memandang serius pengedaran risalah seumpama itu kerana boleh menimbulkan suasana tegang dan membakar api perkauman dalam masyarakat berbilang kaum yang mempunyai fahaman dan pegangan agama masing-masing.


Menurutnya, beliau difahamkan risalah seumpama ini ada ditampal di tempat-tempat tertentu yang ditandingi oleh DAP dalam pilihan raya seperti di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perak.


“Bagi kami (DAP Bentong) taktik kotor ini sangat berbahaya kerana menghasut dan mencabar kesabaran kaum meskipun kami tidak tahu pihak mana yang melakukannya. Justeru itu kami berharap pihak berkuasa bertindak segera untuk mengelakkan ia berlarutan,” katanya.

"TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

KELAMNYA ‘HIDUP MELAYU’

Oleh : Marhaintua


Jarang sangat kita mendengar pemimpin UMNO yang sedang mencengkam kuasa bersama Mahathir mahu mengulang sejarah betapa UMNO telah diharamkan ekoran pemilihan majlis tertinggi parti pada 24 April, 1987. Kenapakah mereka pura-pura tidak ingat akan peristiwa itu sedangkan mereka sama-sama memainkan peranan pada waktu itu?


Ekoran peristiwa 24 April, 1987, Mahathir telah merombak kabinetnya dan menyingkirkan semua menteri kabinet yang disebut telah menganggotai ‘Team B’ pimpinan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam. Ini membuatkan munculnya satu kumpulan di kalangan ‘Tim B’ yang tidak puas dengan keputusan pemilihan majlis tertinggi itu. Mereka telah mengambil tindakan mahkamah agar pemilihan di mesyuarat Agung Umno dikira tidak sah, dengan alasan ada beberapa bahagian yang membuang undi belum lagi didaftar dengan sah, membuatkan pengundian mereka dikira tidak sah juga.


Keputusan Mahkamah Tinggi dalam hal ini memeranjatkan semua pihak, kerana memutuskan bahawa UMNO sebagai sebuah parti yang tidak sah. Tindakan ini meledakkan bermacam-macam usaha banyak pihak yang mengemukakan permohonan mendaftar sebuah parti baru menggunakan nama UMNO, tetapi telah ditolak. Antara mereka yang mencuba mengemukakan permohonan mereka termasuklah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Hussein Onn; permohonan mereka berdua ditolak oleh Pendaftar Syarikat dengan alasan proses ‘pengharaman’ UMNO belum diselesaikan.


Apabila proses itu dikuat-kuasakan, barulah timbul pelbagai berita bagaimana semua harta dan wang kepunyaan UMNO telah dibekukan. Tetapi sehingga hari ini tidak ada sesiapa yang berani menulis dengan jelas betapa pengharaman UMNO yang asal itu adalah satu tipu-muslihat Mahathir yang bersekongkolan dengan Sanusi Junid. Tetapi lambat laun, kisah yang sebenar akan terdedah juga apabila tiba masanya, InsyaAllah.


Lantas tertubuh dua parti serpihan UMNO 1946 (Asal) yang telah mati tanpa pusara. Satu bernama UMNO (Baru) dan yang satu lagi Semangat 46.


Politik Wang


Kemunculan Tim A dan Tim B dalam pemilihan majlis tertinggi UMNO sebenarnya menyerlahkan budaya politik wang yang sudah mula menambat akar umbi UMNO gara-gara projek Dasar Ekonomi Baru, yang pada asalnya adalah bertujuan menaikkan taraf ekonomi Melayu. Yang semakin menyerlah ialah Dasar Ekonomi Baru itu adalah untuk memperkayakan iblis dan syaitan yang bermaharajagila di pucuk kepimpinan UMNO. Politik wang adalah budaya Melayu ciptaan UMNO seiring jalan budaya Ali-baba, di mana si ‘Ali’ (Melayu - UMNO ) mendapat lesen perniagaan besar-besar dan si ‘baba’ (Cina) mengusahakan perniagaan itu dan menyauk untungnya yang besar juga.


Politik Wang bercambah sejurus kematian Tun Razak gara-gara kegagalan Pemuda UMNO di bawah kepimpinan Dato’ Harun menaja perlawanan tinju Ali-Joe Bugner di Kuala Lumpur. Tujuan perlawanan tinju itu ialah untuk mengisi tabung UMNO yang kering kontang gara-gara pilihanraya 1969. Tetapi disebabkan tragedi 13 Mei 1969, Dato’ Harun yang naik menjulang namanya, telah diaibkan oleh pelbagai muslihat beberapa tokoh UMNO yang sudah lama tahu akan keadaan kesihatan Tun Razak. Penyakit Tun Razak merupakan satu rahsia besar UMNO ketika Tunku Abdul Rahman berkuasa, tetapi orang sudah lama tahu akan keadaan kesihatan Tun Hussein Onn.


Sejurus selepas Tun Razak mengambil-alih pucuk kepimpinan parti, (pada 20 September 1970 ketika berusia 48 tahun) beberapa tokoh UMNO mula bergocoh secara rahsia untuk menonjol calon mereka seandainya Tun beredar daripada jawatannya. Usaha mereka menjadi lebih ketara apabila timbalan perdana menteri Tun Ismail meninggal dunia dan tempatnya digantikan oleh Hussein Onn. Serangan mereka yang pertama ialah Dato’ Harun Idris yang menyelamatkan UMNO daripada ‘bungkus’ selepas pilihanraya 1969. Tetapi usaha Harun menyelamatkan UMNO pada peristiwa 1969 itu telah menjadikan dana UMNO kering kontang dan beliau sendiri dimusuhi di segenap penjuru politik. Cadangan untuk menaja perlawanan tinju Mohamed Ali-Joe Bugner telah dirancang oleh beberapa pihak sedangkan lebih banyak pihak dalam UMNO dan di luar yang turut merancang untuk memboikot perlawanan itu. (Saya pernah menulis akan perkara ini secara lebih panjang dalam tulisan-tulisan yang terdahulu).


Perlawanan itu diboikot oleh banyak pihak terutama sekali masyarakat Cina dan masyarakat perniagaan di Lembah Kelang. Sebelum itu masyarakat Cina telah melancarkan satu raptai pemboikotan itu dengan memboikot semua durian keluaran orang Melayu, sehinggakan melambak-lambak buah durian yang tidak laku. Pemuafakatan Cina terhadap UMNO bukannya disebabkan Harun Idris, tetapi kerana mereka marah dengan sikap seorang ultra-Melayu yang menulis sepucuk surat mengaibkan Tunku Abdul Rahman Putra sehinggakan beliau terpaksa meletakkan jawatannya.


Oleh kerana wang mengongkosi perlawanan itu diuruskan oleh Bank Rakyat, proses pemboikotan yang dirancang itu membuatkan beberapa orang turut teraniaya. Pertama Dato’ Harun Idris yang masuk merengkok dalam penjara disusuli oleh Dato’ Abu Mansor pengarah urusan Bank Rakyat ketika itu dan juga beberapa orang pegawai tinggi bank itu yang kehilangan jawatan mereka. Peristiwa Bank Rakyat merupakan satu peristiwa besar yang membawa perpecahan dalam UMNO secara tidak disedari, kerana berjaya dibendung cerita sebenarnya daripada diketahui umum. Mungkin Tunku Abdul Rahman memainkan peranan besar untuk melembutkan keadaan yang tegang. Pegawai pendakwaraya yang bertanggungjawab menekan Harun Idris dan orang-orangnya kini adalah insan yang menjadi pengerusi SUHAKAM menggantikan tempat Musa Hitam. Inilah juga musibat yang mengarahkan polis memusnahkan semua video rakaman kerja-kerja liwat-meliwat yang dilakukan oleh seorang pegawai tinggi MIC yang bernama Vijinderan.


Ada banyak teori mengenai pengaiban Dato’ Harun Idris yang masih belum terdedah lagi. Salah satu teori itu ialah peranan segelintir pemimpin UMNO dalam Majlis Tertinggi yang mendapat ransangan daripada kerajaan Singapura dan/atau pertubuhan asing seperti Freemason yang memang aktif di Singapura. Perkara ini belum terdedah lagi kerana orang-orang Melayu yang dikatakan terlibat dalam kerja jijik ini dikatakan masih lagi berkuasa dan berpengaruh. Sayangnya Dato’ Harun Idris tidak mahu mendedahkan nama mereka secara bertulis kerana sebab-musabab hanya dia sendiri yang mengetahuinya. Mungkin juga kalau dia bersedia membuat pendedahan itu tidak ada akhbar perdana yang sanggup menyiarkannya. Apapun kisahnya nanti, akan terdedah juga nama-nama pemimpin Melayu dalam UMNO yang berperangai begitu satu hari nanti dan rakyat jelata akan terkejut dan tersentak mengetahui bagaimana mereka masih lagi hidup senang lenang dengan gaji persaraan sebagai wakil rakyat serta pangkat dan bintang yang berjela-jela. Setakat ini ramai antara mereka itu sedang hidup nampak ceria tetapi sebenarnya sedang mengharungi satu fasa hidup yang ternyata sungguh tersiksa.


Veteran UMNO yang arif akan episod bagaimana Dato’ Harun teraniaya masih ingat perjuangan beliau dan kumpulan veteran yang sama masih sedar betapa pelantikan Abu Talib menjadi pengerusi Suhakam adalah satu balasan terakhir seorang perancang besar episod 13 Mei dan juga kejatuhan Dato’ Harun Idris. Soalnya sekarang, perancang utama dua malapetaka orang Melayu itu tidak berjaya dengan kerja jijiknya tanpa sokongan dan bantuan beberapa lagi musang Melayu yang berbulan ayam kampung.


Harun Idris menjadi teraib secara terbuka oleh ucaptama Tun Razak ketika dilangsungkan Mesyuarat Agung UMNO pada 1972. Ucapan Razak itu disokong pula oleh ucapan Hussein Onn yang menyindir orang Melayu akan kemunculan wira Melayu laksana ‘Robin Hood’. Keputusan pemilihan naib-presiden parti menunjukkan undi berikut yang telah dimenangi oleh calon yang bertanding: Ghafar, 838; Razaleigh, 642; Mahathir, 474; Harun, 427. Ghafar dapat menewaskan Tengku Razaleigh walaupun Tun Razak beria-ia mahukan beliau mendapatkan undi yang paling banyak dengan cara mengendos pencalonan Tengku Razaleigh. Ghafar menang besar kerana sokongan guru-guru di kalangan perwakilan. Kemenangan Ghafar yang besar ketika itu menjadi satu iktibar kepada Mahathir untuk melantik orang luar menjadi menteri pendidikan dan timbalan menteri pendidikan dalam kabinetnya yang terbaru.


Tun Razak meninggal pada 14 Januari, 1976. Pada waktu itu timbul kekecohan untuk menerbangkan Toh Puan Rahah ke London untuk berada di sisi jenazah suaminya. Memang menjadi amalan Tun Razak keluar negara tanpa ditemani isteri tersayangnya kerana mahu menjimatkan belanja negara ini. Tidak seperti presiden UMNO hari ini yang akan keluar negara dengan isterinya di sisi. Ada kalanya seluruh isi rumahnya dibawa bersama dengan perbelanjaan negara. Tetapi gelagat musibat ini tidak diketahui oleh majoriti Melayu kerana tidak ramai antara mereka yang mengetahui semua cerita ini. (Catatan : Pak Lah dan Najib tidak mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Tun Razak. Najib tidak mewarisi prinsip penjimatan yang diamalkan oleh ayahnya)


Tun Hussein yang menggantikan tempat Tun Razak pernah diserang sakit jantung pada tahun 1975. Sepanjang memegang jawatannya, kesihatannya tetap terganggu walaupun pernah melalui pembedahan jantung pada 1981. Beliau mengambil masa yang panjang untuk melantik timbalan perdana menteri kerana pada tahap awalannya dia sudah mahu melantik Tan Sri Ghazali Shafie sebagai timbalannya. Apabila mengetahui pilihan Hussein berlaku satu persekongkolan di kalangan beberapa ahli majlis tertinggi yang didalangi oleh Mahathir dan Dolah Komunis (sila lihat Berita Minggu Ahad 5 Mei, 2002 muka surat 14). Mereka mendesak Hussein memilih timbalannya di kalangan tiga orang naib-presiden UMNO. Bagaimanakah Dollah Komunis boleh menyibuk sedangkan dia bukannya memegang jawatan naib presiden, mungkin memerlukan jawapan beliau dalam ‘Kolum ISU bersama A.A’. Yang nyata Dollah Komunis hidup senang-lenang hari ini sana-sini dengan wang rakyat jelata, menjadi penasihat kepada Mahathir dan menjadi penghasut pemikiran rakyat untuk menegakkan ketokohan Mahathir selagi orang tua itu masih waras. Kalau esok-lusa Mahathir diserang angin ahmar, Dollah Komunis akan merupakan orang yang pertama memburuk-burukkan Mahathir secara terbuka. Tetapi hampir semua veteran UMNO sedar siapakah yang meracuni pemikiran Tun Razak dan Hussein Onn untuk menganggap Harun Idris sebagai musuh ketat mereka.


Almarhum Tun Hussein Onn pernah menceritakan bagaimana dia memilih Mahathir sebagai timbalan perdana menteri. Katanya, dia tidak memilih Ghafar kerana mahukan seorang timbalan yang fasih berbahasa Inggeris. Dia lebih cenderung melantik Razaleigh, tetapi ketika itu beliau masih muda dan masih bujang terlajak lagi. Terpaksalah dia memilih Mahathir, lagipun beliau adalah seorang doktor perubatan. Sejarah menunjukkan, apabila Tun Hussein ‘tersingkir’ disebabkan masalah kesihatannya, barulah dia mendedahkan rahsia besar di hadapan Tunku dan menyatakan betapa dia amat menyesal dengan pemilihannya yang dulu.


Kumpulan yang mula-mula sekali tidak menyenangi pelantikan Mahathir sebagai Timbalan perdana menteri ialah MCA. Mereka sedar betapa Mahathir telah memainkan peranan besar di sebalik tabir memburukkan MCA dan ini telah menaikkan nama parti Cina yang lain di Malaysia ketika itu. Memang keraguan pemimpin MCA ketika itu ada asasnya. Sejurus Mahathir naik menjadi timbalan perdana menteri MCA telah mengalami satu proses perubahan di mana pucuk kepimpinan parti utama Cina itu telah ‘diserang’ oleh sekumpulan Cina professional daripada jurusan perubatan. Tidak lama kemudian berlaku perubahan pucuk kepimpinan parti itu sehingga menonjolkan beberapa ‘doktor’ yang naik mencanak memimpin parti. Sejak MCA dipimpin oleh Dr. Ling Liong Sik, ramai anggota ahli MCA yang semakin gemar memakan ‘kari kepala ikan’, kata mereka. Apakah kepala ikan yang masih segar ataupun sebaliknya, tidak pula mereka mahu ceritakan.


Kerajaan ABC.


Mahathir naik menjadi perdana menteri pada tahun 1981. Pada tahap awalannya dia menonjolkan satu imej yang bersih sehinggakan manifesto pilihanraya BN pada tahun 1982 diberi tajuk “kerajaan Bersih Cekap dan Amanah.” Waktu itu ramai orang tertanya-tanya kenapa tidak sebut ‘Amanah, Bersih dan Cekap’ menepati ajaran agama Islam? Mengikut seorang veteran UMNO ketika itu, Mahathir mula-mula diharapkan menggunakan slogan itu menepati susunan abjad ABC. Tetapi ramai para jongosnya menentang kerana takut ada yang menyebut itu adalah kerajaan ‘air-batu-campur’. Rupa-rupanya, begitulah hakikat sebenar kerajaan Mahathir sehingga hari ini. Laksana airbatu campur yang ikut sumbat dalam mangkuk dan apabila kepanasan, segala aisnya menjadi cair menyerlahkan isian caca-marba di dalamnya.


Cogankata seperti Bersih, Cekap dan Amanah yang disebut oleh Mahathir itu rupanya mempunyai banyak ertinya yang berbeza mengikut tanggapan rakyat jelata dan pucuk pimpinan UMNO sehingga hari ini. Apabila dinilai janji-janji manis ketika dinobatkan sebagai perdana menteri dan segala kenyataan yang kelihatan kini barulah marhaen sedar apa yang sebenarnya tersirat di sebalik slogan yang menjadi teras kepimpinan Mahathir sejak 1981 dulu.


Saya pernah menulis sebelum ini dengan satu kenyataan bahawa Mahathir tidak pernah ikhlas memimpin negara ini. Saya masih berpegang kepada pendirian itu setelah menilai perjalanan kerajaan Mahathir selama ini. Dakwaan ini semakin menyerlah selepas Anwar Ibrahim terpenjara, kerana Mahathir ternyata lebih merasa selamat kalau berada di luar negara. Setiap bulan dia akan menghabiskan lebih sepuluh hari berada di luar negara. Kalau boleh dia mahu terus berada di luar dan pulang singgah di Bilik VVIP di KLIA untuk buka temberang lagi, kemudian berlepas ke Langkawi untuk sehari dua sebelum muncul semula membuka beberapa majlis persidangan dunia yang merupakan majlis sandiwara menonjolkan namanya. Kemudian dia akan menghadiri beberapa majlis merakamkan pencapaian “Ter..” untuk buku Kegemilangan Darulboleh. Selepas itu dia akan keluar negara lagi untuk mencari ketenangan di sebalik retorik semata-mata.


Demikianlah cara Mahathir memerintah sejak mula lagi. Tidak banyak perkara yang ‘original’ ataupun asli yang keluar daripada otaknya untuk menunjukkan dia telah meninggalkan satu bentuk pembangunan yang berkesan untuk diwarisi rakyat jelata. Kalau adapun warisannya yang amat berkesan ialah segala hutang piutang yang kini bertimbun banyaknya yang akan ditanggung rakyat jelata.


Namun demikian kita kena rakamkan juga apakah segala perubahan yang dilakukan oleh Mahathir sebaik sahaja dia menjawat jawatan perdana menteri. Yang menyerlah sehingga kini ialah penyatuan waktu Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak, pemakaian tag nama oleh pegawai kerajaan, dan dasar Pandang ke Timur. Kemudian, dia berjaya menipu orang Melayu dengan mengekang kuasa raja-raja Melayu. Tindakan memperkudakan sistem beraja di negara ini berjaya dilakukannya sejurus dia berjaya melumpuhkan sistem penghakiman negara ini. Semua itu dilakukannya dengan alasan untuk menjamin ketuanan Melayu, tetapi semua itu dilakukannya dengan persekongkolan sekumpulan Melayu yang rakus, tamak dan haloba dan mahu mengambil alih kuasa pemerintahan negara ini daripada majlis raja-raja dengan mengiktiraf Mahathir sebagai maharajah mereka.


Rakyat jelata hanya mampu terkulat-kulat laksana cicak termakan kapur melihatkan bagaimana pantasnya undang-undang negara ini bertukar rupa jauh menyimpang daripada intipati perlembagaan negara selepas kemerdekaan dulu.
Mahathir berjaya mencipta satu UMNO baru mengikut seleranya dengan tipu-muslihat yang dirancang dengan rapi bersama ramai pemimpin Melayu yang lain yang kebanyakannya memang sudah kaya raya, tetapi sedang mengharungi hidup yang tidak senang seperti yang mereka rancangkan. Hampir semua mereka itu hidup dengan penuh keaiban, walaupun pada dasarnya mereka cuba melupakan kedurjanaan mereka kepada bangsa sendiri.


Saya pernah mengatakan satu ketika dulu, Mahathir sibuk menyeragamkan banyak peraturan di negara ini atas dasar memperkasakan ketuanan Melayu. Dia begitu taksub dengan retoriknya betapa Melayu mesti berwawasan jauh kalau mahu menjadi satu bangsa yang besar. Selama dua puluh satu tahun mencengkam kuasa, Mahathir telah melawat Jepun lebih lima puluh kali dengan menyeberangi Laut China Selatan.


Apakah tidak terlintas kepada otaknya menukar nama lautan itu menjadi Lautan Melayu? Siapakah yang berani menyanggahnya untuk membuat penukaran itu, kerana nama yang ada adalah satu nama yang dibuat oleh penjajah?


-marhaintua- 16 Mei, 2002. (suntingan M@RHAEN)

Catatan :

Bulan Disember ini saya simbah keluar banyak artikel-artikel yang pernah disiarkan oleh Laman-laman pro rakyat berkisar tentang kebobrokan pemerintahan UMNO. UMNO yang dipimpin oleh pemimpin mana pun serupa. Dulu, kini dan selama-lamanya para pemimpin UMNO adalah kurop, menyalagunaan kuasa untuk kepentingan peribadi dan kroni. Tidak hairanlah apabila banyak orang UMNO merebut-rebut jawatan dalam parti. Semakin tinggi pangkat seseorang itu dalam heiraki UMNO, maka peluangnya untuk mencari kekayaan peribadi terbuka luas. Maka, tercetuslah politik wang dan sebagainya. Artikel-artikel yang disiarkan semula ini penting untuk generasi baru yang mula berjinak-jinak dengan politik untuk membuat penilaian.

"TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

Friday, December 24, 2010

KISAH KISAH BENAR SHAHIDAN KASSIM

Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah ditakdirkan berlakunya pilihanraya kecil Indera Kayangan untuk menentukan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Dato Seri Shahidan Kassim. Sebagai Pegawai Kerajaan yang telah berkhidmat di bawah kepimpinan 4 menteri besar iaitu bermula dari YAB Dato’ Jaafar Hassan, YAB Dato’ Ali Ahmad, Tan Sri Abdul Hamid Pawan Teh dan sekarang Dato’ Seri Shahidan Kassim, saya telah melalui dan merasai pengalaman tentang corak dan gaya kepimpinan kesemua menteri besar tersebut dan saya merasakan era Dato’ Seri Shahidan Kassim adalah yang paling buruk dan paling malang bagi keseluruhan rakyat M@rhaen negeri Perlis.

Dato Seri Shahidan bukan sahaja seorang pemimpin yang kaki betina tetapi juga seorang pemimpin yang cukup pakar menipu dan berbohong kepada rakyat M@rhaen serta menipu kepimpinan UMNO, khasnya kepimpinan tertinggi. Beliau juga terlalu kuat mengamalkan rasuah hinggakan pihak polis dan BPRpun berjaya dirasuah oleh beliau, khususnya di negeri Perlis.

Kesemua projek kelas A hingga kelas F di negeri Perlis diberikan kepada saudara mara serta kroni kroninya sahaja. Beliau akan meminta imbuhan berbentuk komisyen yang tinggi sehingga 30%.Walaupun banyak laporan telah dibuat kepada pihak pihak tertentu,namun tiada tindakakn yang telah diambil kerana kesemua mereka telah dirasuah oleh Dato’ Seri Shahidan.

Projek projek besar di negeri Perlis seperti Politeknik di Arau, Projek pembinaan jalanraya di bawah JKR, projek tambak laut, Institiut Latihan Perindustrian, Institiut Belia Negara di negeri Perlis adalah dibawah kawalan beliau. Sesiapa yang berminat terhadap kesemua projek terpaksa melalui tol dan jumlah tol ditentukan oleh beliau sendiri. Beliau juga telah menyusun syarikat tertentu yang mana beliau mempunyai kepentingan untuk mendapat mendapatkan projek Kolej Universiti Teknik diPerlis.Beliau akan mengenakan kadar komisyen yang tertinggi keatas syarikat syarikat swasta serta pelabur luar negara yang berminat untuk melabur di negeri Perlis. Disebabkan itulah kebanyakan pelabur takut untuk melabur di negeri Perlis hinggakan tidak satu kilang pun didirikan di negeri Perlis sepanjang Perlis berada dibawah kepimpinan beliau.

Sebagai seorang pegawai kerajaan, saya telah biasa ditemui oleh ahli perniagaan yang gagal mendapat projek walaupun ribuan malahan jutaan ringgit diberikan kepada Dato’ Seri Shahidan dan kroni kroninya. Antara projek yang boleh saya sebutkan ialah projek Bakau Jaya (ada misteri disebalik Bakau Jaya) dan projek Tambak Laut di Kuala Perlis.

KISAH BENAR 1:

Sebuah syarikat yang bernama Syarikat Roslan Hashim telah terpaksa membayar sejumlah komisyen sebanyak RM85,000.00 kepada anak saudara Dato’ Seri Shahidan iaitu Sabri Osman untuk projek kelas F. Ketika Roslan Hashim dan Dan Kelana (Orang kuat UMNO) sedang membawa wang tersebut untuk diberikan kepada Sabri Osman, mereka berdua telah dirompak. Apabila laporan polis dibuat, mereka berdua iaitu Roslan Hashim dan Dan Kelana pula ditangkap polis dan dimasukkan ke dalam lokap. Persoalannya mengapa mereka pula yang ditangkap dan polis serta BPR tidak pula menyoal siasat Sabri Osman walaupun laporan telah dibuat.

KISAH BENAR 2:

Dato Seri Shahidan juga telah menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar untuk memberikan projek mengecat Stadium Utama Kangar bernilai RM 1 juta yang mempunyai kepentingan kepada anak saudaranya Sabri Osman, sedangkan beliau hanyalah kontraktor kelas F. Peruntukan projek tersebut sepatutnya daripada jabatan sukan tetapi diambil peruntukan Jabatan Kemajuan Negeri Perlis di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang sepatutnya wang tersebut digunakan untuk projek pembangunan kampong.

KISAH BENAR 3:

Isteri pertama Dato’ Seri Shahidan iaitu Datin Seri Samsiah juga mempunyai kepentingan dalam syarikat Seri Lot 10. Syarikat tersebut membekalkan barangan peralatan serta hadiah berbentuk hamper kepada pejabat Menteri Besar untuk majlis majlis kerajaan. Hasil daripada rasuah yang diperolehi, Datin Seri mampu membeli barangan kemas dan hiasan bernilai jutaan RM dan rakyat M@rhaen masih menderita. Beliau juga mempunyai 8 buah kereta termasuk sebuah kereta Perodua Kembara sebagai imbuhan kepada pemberian tanah stesen minyak BP. Mengapa BPR melepaskan kes ini dan tidak diambil tindakan walaupun laporan telah diterima?

KISAH BENAR 4:

Dato’ Seri Shahidan telah mengunakan wang kerajaan negeri untuk mengadakan jamuan dan kenduri dirumahnya hampir setiap malam bagi mendapatkan sokongan padu dari orang UMNO/BN. Puluhan ribu ringgit dihabiskan setiap bulan dan mencecah jutaan RM sepanjang beliau menjadi Menteri Besar. Beliau juga membuat tuntutan perjalanan berjumlah ratusan ribu ringgit semasa lawatannya keluar negara dengan alas an untuk mencari pelabur tetapi tidak ada satu pun pelaburan yang masuk ke Negeri Perlis. Banyak memorandum telah ditanda tangani tetapi itu hanyalah gimik semata mata, akhirnya wang rakyat M@rhaen yang dikebas oleh Dato’ Seri Shahidan.

Menteri Besar dan para Exconya membuat tuntutan perjalanan yang melampaui batas walaupun mereka tahu mereka tidak berhak berbuat demikian kerana minyak kereta telah diberikan percuma, begitu juga dengan tiket kapal terbang. Dato’ Seri Shahidan pernah membuat tuntutan sehingga RM 50 ribu dan exconya pernah membuat tuntutan antara RM2 ribu hingga RM3 ribu sebulan. Tidak dapat dipastikan samada BPR telah menyiasat perkara ini.

KISAH BENAR 5:

Dato Seri Shahidan telah menggunakan secara maksimum segala kuasa dan kekayaan yang ada pada nya untuk memenuhi segala impian nya termasuklah memikat gadis gadis yang digemarinya. Beberapa nama artis boleh dikaitkan seperti Ifa Raziah yang selalu ditemuinya di Hotel Pan Pacific KL, Jasmin Hamid, Nasha Aziz dan ramai lagi. Seorang gadis yang pernah disimpannya pernah menangis didepan saya menceritakan masalah beliau yang diugut oleh Dato’ Seri Shahidan. Pada ketika itu gadis yang bernama Isma Hafiza Bt Ismail baru 16 tahun dan saya percaya ramai orang tahu cerita tersebutSaya memohon maaf kerana tidak dapat menyatakan nama saya kerana saya seorang kakitangan kerajaan yang masih bekerja. Saya dedahkan perkara ini atas dasar rasa keinsafan yang tinggi iaitu rakyat M@rhaen Perlis dan Perdana Menteri yang tumpang bodoh.


Jika MCA/BN menang beliau akan mengatakan rakyat M@rhaen Perlis masih menyokong beliau.Jika MCA/BN kalah diPRK Indera Kayangan beliau akan mengatakan orang UMNO sendiri yang telah membuat pakatan supaya beliau disabotaj seperti dalam kes surat layang yang beliau dedah kan padahal beliau sendiri yang merancang surat laying tersebut. Negeri Perlis telah berhutang sebanyak RM 45 juta dan pengundi pengundi DUN Indera Kayangan N 08 mesti bertindak sekarang untuk menyelamatkan negeri Perlis yang di cintai,


SUMBER :
UMNO-REFORM


“TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”