SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan
timbalan ketua pengarangnya ekoran satu artikel tidak benar dan berunsur jahat
berkenaan status pemilikan lima aset Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
(PKNS).
Artikel
tersebut bertajuk “Jual aset PKNS: Sultan Selangor murka?” diterbitkan hari ini
dan ditulis timbalan ketua pengarang Datuk Zaini Hassan.
Pengumuman
saman itu dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang
media sejurus selesai mempengerusikan Mesyuarat Exco diBangunan SUK di sini
petang tadi.