DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, April 30, 2013

KAH..KAH...SPR...SPR.KALAU NAK BANTU UMNO MENANG CAKAPLAH BERTERUS TERANG KAN SENANG

KELAB GREENBOC: [VIDEO] Lagi Kes-kes Dakwat Kekal Hilang Apabila D...: D akwat jari pengundi awal boleh hilang SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan hari ini mendedahkan bahawa dakwat yang dicalit pada jari pengundi aw...

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL DI SANA-SINI



DI JERAI


TOLAH UMNO TERIMA TAWARAN PR


DI SEMBRONG, JOHOR


KG MAJIDI, JOHOR


DI KEMAMAN, TERANGGANU


DI WAKAF BHARU, KELANTAN


DI JOHOR


DI KOTA DAMANSARA


NAJIB YANG PALING TAKUT KALAU KES SCORPENE TERUS DIDEDAHKAN!



ANTARA 2 PEKARA YG DITAKUTI TUAN NAJIB & MAHATHIR 

RAYUAN : AYUH BANGKITLAH SEGERA RAKYAT MALAYSIA HENTIKAN SPR MULA BERMAIN KAYU TIGA-SPR INGAT RAKYAT MALAYSIA SEMUANYA BODOH DAN TOLOL



SPR - MALAYSIA TIRU ZIMBABWE  ATAU ZIMBABWE TIRU MALAYSIA?


Persepsi aku terhadap Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ( SPR) sebelum ini memang tinggi. Maklumlah kedua-dua pengerusinya sebelum TS Abdul Aziz Yusuf aku kenal rapat. Sebelum TS Abdul Aziz ialah TS Abdul Rashid bin Abdul Rahaman. Seorang yang betul-betul tegas dalam menjalankan tugasnya. Apatah lagi antara beliau dengan SPR adalah ‘sama’. Seingat aku, beliau begitu lama sekali menjadi Setiuasaha SPR. Aku kenal dan agak rapat dengannya ketika beliau bertugas di Kementerian Pendidikan. Walaupun tegas dan ‘ditakuti’ namun aku sangat-sangat menghormati beliau  sampai kini.

BELUM PENGUNDIAN BERMULA BERMACAM KETEMPANGAN UJUD OLEH SPR DENGAN NIAT UNTUK MENIPU

Dakwat kekal: PAS minta penjelasan SPR

IPOH: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.

“Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini,” jelas beliau lagi.

Dakwat kekal hilang, dapatkan bantuan peguam

KUALA LUMPUR: Menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun, kata Pengarah Perundangan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Zulqarnain Lukman.

Oleh itu, katanya petugas parti khususnya Paca (polling agent dan counting agent) yang bertugas jika mendapati kejadian itu berlaku di tempat para pengundi dipersilakan membuat laporan polis segera.

“Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagai respons kepada pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera hari ini.

Katanya, laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.

Beliau juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi.

Justeru, ujarnya sila ambil perhatian bahawa kaedah pengundian awal adalah sama dengan kaedah mengundi biasa kecuali hanya pengiraan kertas undi dibuat pada hari mengundi 5 Mei nanti.

Oleh itu, jelas beliau amalan menulis nama mengikut giliran mengundi adalah perbuatan salah di sisi undang-undang dan mencemarkan konsep kerahsiaan undi.

“Peguam kami di Sabah telah membuat bantahan kepada SPR dan bantahan itu diterima dan kertas yang ditulis senarai nama itu telah dikoyakkan.

“Masalahnya, kami difahamkan bahawa amalan menulis nama di senarai selepas mengundi itu adalah arahan daripada peringkat atasan dan arahan itu diberikan kepada semua polis di seluruh negara,” ujarnya lagi.

Justeru, beliau memohon agar para petugas parti untuk memerhatikan hal ini dan jika ini berlaku sila buat bantahan segera supaya senarai nama itu dimusnahkan segera.

Jika SPR enggan, ujarnya maka suatu laporan polis dan aduan rasmi kepada SPR negeri/pegawai pengurus hendaklah dibuat.

“Sila berhubung dengan peguam di parlimen masing-masing untuk pertanyaan lanjut,” katanya.

Anggota tentera dakwa tidak dapat kertas undi pos

JELI: Seramai 40 anggota tentera dari Kem Batalion Satu Rejimen Sempadan di Batu 11, Tanah Merah mendakwa mereka tidak diberi kertas undi pos.

Naib Yang Dipertua PAS Jeli, Sufely Abdul Razak berkata, anggota-anggota tentera terbabit memberitahu kepada petugas PAS mereka tidak diberi kertas undi biar pun disenarai sebagai pengundi pos.

Katanya, berdasar kepada semakan didapati nama-nama anggota tersebut memang ada pada senarai pengundi pos.

“Isunya sekarang di mana kertas undi pos milik anggota tentera terbabit. Mungkinkah ada pihak lain mengundi bagi pihak anggota berkenaan?

“Ini kerana kertas undi pos tidak sampai ke tangan mereka. Ini sesuatu yang serius. Kami telah mengemukakan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Dakwaan manipulasi undi pos yang duar-uarkan sebelum ini memang wujud. Dan apa yang berlaku hari ini semakin jelas,” katanya di sini.

Menurutnya juga anggota tentera terbabit hari ini memasuki tempat pengundian awal di kem Batu 11 untuk membuang undi, sedangkan nama mereka tersenarai sebagai pengundi pos.

Kata Sufely sekiranya anggota tentera berkenaan dibenarkan mengundi awal pula, bermakna wujud dua undi bagi satu pemilih.

“Ini kerana undi pos milik mereka sudah dikeluarkan cuma tidak sampai kepada pemilik nama. Ini sesuatu yang cukup serius,” katanya.

HANCURKAN MANUSIA-MANUSIA DAJJAL INI SATU PERSATU SUPAYA KITA SEMUA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA DAPAT KEMBALI MENGHIRUP UDARA SEGAR TANPA UMNO


3 PERKARA AJAIB BERLAKU DALAM KEMPEN PIIHAN RAYA DI KELANTAN..



Satu: Bekas Presiden UMNO Kempen BN Guna Parti Bunga. Macam Pelarian!  
                BAPA PARTI SYAITAN SEDANG MEMBANTU KEMPEN IBRAHIM ALI

 Tun Mahathir sekarang ini berada di Rumah Che Johan untuk berkempen kepada Mursyidur Am Tuan Haji Ibrahim Ali, Presiden Parti Bunga. Kesian UMNO Kelantan terpaksa menumpang Parti Bunga untuk berkempen di Pasir Mas.

Paling kesian tak ramai yang hadir dan yang hadir pun lebih kepada nak makan bukan nak dengar 'latah orang tua'. Kita akan lihat bagaimana Tun Mahathir membantu menghancurkan UMNO!

Tak pernah begini berlaku dalam sejarah. Cuma Mahathir tumpang parti PAS lawan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman PM pertama Malaysia dulu, semasa dia dipecat dari UMO ada la.

Dua: Zaman sekarang, ada manusia bercakap dengan semut?

        Berita ini, 'UMNO Kuala Krai ceramah kepada semut dan pasir!       


Kesian kepada penceramah UMNO Dun Guchil, Parlimen Kuala Krai kerana terpaksa bercemah untuk pasir dan semut itu jika ada. Dato Nik Sapea ni yang sembur Tun Mahathir punya angkara!
 
Tiga: Pemuda UMNO Pasir Puteh buang poster Najib



PAKATAN MENGUASAI PRU KE-13 : JADI UMNO TERPAKSA GUNAKAN SPR UNTUK MENIPU-SPR JANGAN INGAT RAKYAT MALAYSIA MASIH LAGI BODOH-SUDAH 12 KALI DITIPU-KALI INI TIDAK AKAN DIBIARKAN LAGI



Pakatan kuasai hampir separuh kerusi sasaran di Johor
 
Dalam suasana kempen yang hanya berbaki enam hari lagi, Pakatan Rakyat Johor dipercayai telahpun bertapak kukuh di hampir separuh daripada 11 kawasan parlimen yang disasarkannya di Johor dan kini bergerak dengan lebih agresif di enam lagi kawasan.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan masih perlu memastikan 10 kerusi dari Johor, Sabah dan Sarawak berada di tangannya untuk membolehkan gabungan parti itu membentuk kerajaan di Putrajaya.

Lima kerusi di Johor tersebut adalah Gelang Patah, Bakri, Kluang, Kulai dan Segamat, yang mengandungi antara 46 hingga 56 peratus majoriti pengundi Cina.

Selain Bakri, yang dimenangi Pakatan dalam pilihan raya umum 2008, empat kerusi lain menunjukkan ciri-ciri sama:
  • Peratusan pengundi Cina tinggi
  • Jumlah penduduk bandar kelas pertengahan yang besar
  • Kehadiran yang ramai di ceramah pembangkang sejak dua minggu lalu
  • Ditandingi pemimpin utama parti dengan kekuatan jentera yang besar
Formula Pakatan untuk memenangi kawasan ini adalah dengan meningkatkan sokongan Cina kepada lebih 75 peratus dan mengekalkan sokongan 25 hingga 30 peratus dari kalangan pengundi Melayu.

Sekiranya trend yang ditunjukkan ini berterusan sehingga akhir tempoh kempen, MCA mungkin akan tewas di tiga kerusi – Kulai, Bakri dan Kluang – daripada tujuh kerusi yang ditandinginya.

DAP pula mungkin menjadi parti pembangkang paling besar di Johor dengan empat kerusi parlimen diikuti PKR dengan satu kerusi.

Nurul kena kerja 2 kali ganda, kata Anwar

Diibaratkan umpama mentimun melawan durian, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya anak perempuannya Nurul Izzah berhadapan dengan pertarungan sukar dengan menteri penuh Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

"Nurul Izzah (mesti) bekerja keras dua kali ganda memandangkan semua kekuatan yang menentangnya," kata Anwar dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Anwar yang juga bapanya mendakwa, dengan segala dana dan jentera kerajaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan digunakan untuk membantu menteri yang secara peribadinya memang sudah kaya.

Bagaimanapun, beliau percaya anak sulungnya itu bersedia dengan cabaran mempertahankan kerusi itu atas sikap realistik dan kerja kerasnya.

Sebagai penyandang anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berdepan dengan Raja Nong Chik yang juga menteri pembangunan wilayah dan kesejahteraan bandar.

Malaysiakini

SKANDAL DI TINGKAT 4 PUTRAJAYA