DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, October 31, 2009

MALAYSIA DARUL BOLEH

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt


Banyak kelemahan yang wujud dalam pengurusan kewangan Negara. Setiap tahun laporan audit dikeluarkan, ada-ada sahaja penyelewengan dan menyalahgunaan kedudukan di Jabatan/agensi kerajaan membelanjakan wang [baca: wang rakyat] untuk kepentingan peribadi didedahkan.

Sungguh pun begitu, tidak ada tindakan keras diambil terhadap mereka yang terlibat. Hanya setakat menyiasat dan mengenalpasti siapa yang terlibat, tidak didakwa dan dihukum dengan sepatutnya atau pun setakat disebut di mahkamah bagi menunjukkan kepada umum bahawa kerajaan sangat prihatin untuk membenteras gejala ini dari terus merebak yang boleh merosakkan system pentadbiran negaraa.

Punca segala masalah penyelewengan ini berlaku kerana, pertama, rasuah telah diangkat sebagai budaya baru masyarakat di Negara ini. Rasuah tidak dianggap sebagai satu amalan yang buruk dan keji, malah masyarakat sudah menganggap bahawa amalan rasuah itu tidak berdosa disisi hukum agama. Ia telah menjadi menjadi amalan biasa sama ada dalam dunia politik, perniagaan dan sebagainya, malah amalan rasuah di Malaysia telah diterima umum. Banyak pemimpin politik khususnya daripada parti UMNO, pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang dekat dengan pemimpin UMNO yang berkuasa terlepas atau sengaja dilepaskan demi kepentingan bersama.

Kedua, kerana agensi-agensi yang terlibat dalam usaha membenteras rasuah ini tidak memainkan perananya seperti yang diperuntukan oleh undang-undang. Agensi-agensi ini dipengaruhi oleh kuasa politik UMNO untuk melindungi mereka bagi memudahkan mereka memfaraidkan khazanah Negara bagi menambah koleksi kemewahan peribadi masing-masing di kalangan sesama mereka.


Selagi mereka memegang kuasa, mereka boleh mempergunakan SPRM, PDRM dan Jabatan Peguam Negara menjadi benteng mempertahankan dan menjaga survival mereka sepanjang masa dan memudahkan mereka membolot khazanah Negara semahu-mahu dengan pelbagai strategi dan taktik. Dalam masa yang sama, agensi-agensi yang disebutkan itu dipergunakan untuk memusnahkan musuh-musuh politiknya dengan mencari pelbagai helah dan kaedah untuk mengenakan musuh, sebaliknya mereka selamat.

Tulisan Neo Chee Hua dalam Merdekareview mengaitkan Ketua Hakim Negera, Zaki Azmi terlibat dalam Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh yang melibatkan peningkatan kos berlipat kali ganda tidak memeranjat kerana Zaki bukanlah manusia yang ada akhlak [merujuk kes penipuan pe
rkahwinan dengan seorang wanita Perlis yang dibicarakan di mahkamah syariah Perlis] dan kes saman Karpal Singh terhadap beliau yang ia mengaku yang beliau amalkan rasuah ketika beliau menjadi hakim.

Sebenar beliau tidak layak duduk di kerusi Ketua Hakim, tetapi dia ahli dan penyokong UMNO tulin, maka dia diberikan kerusi itu untuk menjaga kepentingan UMNO apabila timbul isu melibatkan kepentinagn UMNO di mahkamah dan dia telah menunjukkan belangnya dalam isu rampasan kuasa oleh UMNO di Perak. Kebanyakan keputusan mahkamah menyebelahi kerajaan haram UMNO di Perak.


Baca tulisan Neo Chee Hua sepenuhnya :

PENINGKATAN KOS RM1.43 BILIONKETUA HAKIM NEGARA TERLIBAT


Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh yang mengalami peningkatan kos pembinaan sebanyak RM1.43 bilion, seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009, bakal disiasat Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) pada minggu depan. Apa yang mengejutkan, salah seorang watak utama dalam projek ini ialah Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi.


Pengerusi PAC, Azmi Khalid (gambar kanan) memaklumkan kepada media pada 29 Oktober, bahawa Ketua Pengarah Audit Negara telah memberi penjelasan ringkas mengenai laporan audit tersebut. PAC akan bermesyuarat pada minggu depan, dan menyiasat kes mengikut keutamaan.


Menurut Azmi Khalid, kes terbesar ialah Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh yang mengalami peningkatan kos sebanyak RM1.43 bilion. Sebagaimana yang diketahui, PAC bakal memanggil kementerian (Pengangkutan) dan semua kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut untuk disoal siasat.


Sekali imbas, peningkatan kos projek kerajaan adalah sesuatu yang lumrah menurut Laporan Ketua Audit Negara. Fokus sememangnya ditumpukan kepada penyelewengan dan angka peningkatan kos/kerugian. Tetapi, apa yang lebih penting, siapa yang terlibat dalam projek tersebut?


Dalam skandal sedemikian, tidak kurang ahli politik dan pegawai awam kanan yang terlibat, dengan menggunakan status diri yang istimewa, dan kelebihan hubungan berkepentingan untuk memanipulasi maklumat dan sumber, lantas mengaut keuntungan diri tanpa disedari rakyat. Mereka yang seharusnya "memimpin melalui teladan" ini, sebaliknya menyabit kesalahan walaupun bertauliah, lebih menjejaskan negara berbanding dengan kerugian dari segi kewangan.


Antara watak utama dalam Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh ini ialah Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi (gambar kiri) yang memegang tampuk kuasa kehakiman. Zaki Azmi dikaitkan dalam projek ini kerana salah satu kontraktor yang terlibat dalam projek ini ialah Emrail Sdn Bhd. Zaki Azmi ialah pemegang saham terbesar dengan 58% dalam syarikat ini, malah menyandang jawatan Pengerusi, ketika projek ini dalam proses pembinaan.


Projek bernilai RM4.3 bilion


Menurut perkiraan asal Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang Dan Ipoh, nilai projek ini berjumlah RM4.34 bilion, terbahagi kepada Pakej Infrastruktur dan Pakej Sistem, dipertanggungjawabkan kepada dua kontraktor yang berlainan.


Antaranya, DRB-Hicom Berhad memperolehi Pakej Infrastruktur. Mengikut rancangan asal, projek ini bermula pada Julai 2000, dan perlu berakhir pada Jun 2003. Selain itu, Pakej Sistem diberikan kepada Mitsui-MTS, tempoh yang diberikan ialah antara Januari 2001 hingga Oktober 2004.


Di bawah Pakej Infrastruktur yang dikendalikan DRB-Hicom Berhad, terdapat empat sub-kontraktor. Antaranya, Emrail Sdn Bhd mendapat kontrak projek Lay Track. Maklumat menunjukkan bahawa Emrail Sdn Bhd telah mendapat kontrak yang jumlahnya bernilai RM700 juta (nilai pada tahun 2007) dalam projek Landasan Berkembar Elektrik ini.


Tiga sub-kontraktor yang lain ialah Perspec Prime (M) Sdn Bhd (kejuruteraan awam), UEM Bhd (pembinaan jambatan) dan IJM Bhd (pembinaan bangunan).


Namun, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009, kelewatan projek disiapkan, peralatan dibeli melebihi keperluan, perolehan tren tidak diselaraskan dengan pembangunan infrastruktur dan lain-lain masalah, telah mengakibatkan projek ini berakhir dengan menelan RM5.77 bilion, dengan peningkatan kos sejumlah RM1.43 bilion.


Menurut kontrak asal, projek ini perlu disiapkan dalam tempoh 35 bulan, iaitu antara Julai 2000 hingga Jun 2003. Kemudiannya, untuk menyelaraskan had tempoh antara DRB-Hicom Berhad dengan Mitsui-MTS, DRB-Hicom Berhad telah mendapat lebihan 177 hari, iaitu dari 16 Jun hingga 10 Disember 2003.


Emrail paling lewat siapkan projek


Namun demikian, Laporan Ketua Audit Negara 2009 menunjukkan Pakej Infrastruktur yang dipertanggungjawabkan kepada DRB-Hicom Berhad hanya menyiapkan 76.8% daripada projek tersebut, pada hari terakhir had tempoh, iaitu 10 Disember 2003. Laporan syarikat perunding yang dilantik Kementerian Pengangkutan, KS-Opus menunjukkan masalah penangguhan dalam projek Pakej Infrastruktur semakin serius antara November 2002 hingga Oktober 2003.


Antaranya, Emrail Sdn Bhd hanya menyiapkan 56.9% daripada projeknya pada 10 Disember 2003, merupakan syarikat yang paling serius dalam masalah lewat siap. Tiga kontraktor yang lain masing-masing mencatat antara 71.4% hingga 76.7% daripada projek. Sebagaimana yang diketahui, Kementerian Pengangkutan telah menamatkan kontrak DRB-Hicom Berhad pada 5 Ogos 2005, setelah diluluskan Kementerian Kewangan.


Menurut Laporan Ketua Audit Negara, penyelewengan di atas bukan sahaja mengakibatkan kelewatan projek ini disiapkan, malah kemudahan infrastruktur gagal digunakan sepenuhnya kerana tidak dapat diselaraskan. Dari segi kos, sehingga 10 Disember 2008, kerajaan perlu membayar RM5.77 bilion untuk projek ini, RM1.43 bilion lebih tinggi dari kos asal.


Lebih penting, kerajaan perlu menanggung kos bernilai RM1.14 bilion, kerana menurut perjanjian antara kerajaan dengan DRB-Hicom Berhad, pampasan maksima yang boleh dituntut oleh kerajaan daripada kontraktor ialah RM 257.99 juta.


Sumber : Merdekareview [
http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10415]

Kesimpulannya:

PAC hanya main silap mata dan mensandiwarakan watak-watak yang terlibat bagi menaikkan imej UMNO di mata rakyat yang ia sangat benci dan kuat menentang dan membenteras rasuah.

SPRM tidak berminat dengan kes ini kerana ia tidak melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, lagi pun ia membuang masa dan tenaga kerana segala kertas siasatan akan dibakulsampahkan oleh Najib Tun Razak kerana ia melibatkan ‘penjaga keselamatan UMNO’.

Peguam Negara sedang mendraf surat untuk membuat kenyaaan yang berbunyi begini lebih kurang : Kita kekurangan bukti untuk membuat pendakwaan, oleh itu kes ini ditutup.

Isu ini akan dibiarkan bergantung tanpa bertali sampailah pula laporan audit untuk tahun 2009.

“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Friday, October 30, 2009

IMPLIKASI KETERANGAN FORENSIK DR PORNTHIP DAN INKUES BENG HOCK

Oleh : SHIRZAD LIFEBOAT
Sumber: malaysiabebas.com



KECUALI nama beberapa orang Perdana Menteri Thailand dan beberapa bintang sukan seperti Pakdee Dangwatanapaibul
(tekong sepak takraw era 1980-an), Anat Ratanapol (pelari pecut dan pemenang pingat emas acara 100 meter dan 200 meter Sukan Asia 1970 dan 1974), Piyapong Pue-On (penyerang antarabangsa pasukan bola sepak Thailand yang pernah bermain untuk pasukan Pahang musim 1986-1989), tidak ramai nama tokoh tertentu Thailand yang dikenali dan menjadi sebutan rakyat Malaysia.


Hari ini, nama seorang rakyat Thailand kembali meniti di bibir rakyat Malaysia. Nama yang dimaksudkan itu ialah Dr Pornthip Rojanasunand, ahli patologi forensik dan Pengarah, Institut Pusat Sains Forensik, Kementerian Keadilan, Bangkok.Dr Pornthrip mencuri perhatian umum, apabila ketika memberi keterangan forensik beliau bagi pihak kerajaan Selangor pada inkues kematian Teoh Beng Hock berpendapat bahawa kebarangkalian 80 peratus kematian Setiausha Politik itu adalah bersifat homisid (pembunuhan).

.Pendapat profesional pakar forensik patologi Thailand ini sudah tentulah tidak selaras dengan penemuan Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Dr Khairul Azman Ibrahim yang berpuas hati betapa kematian Teo berpunca dari kecederaan berganda akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Ketika memberikan keterangan di mahkaman koroner, Dr Pornthrip antara lain menjelaskan, "sekiranya Teo dalam keadaan sedar sepenuhnya ketika dia terjatuh, maka akan terdapat 'kecederaan reaksi' yang menunjukkan naluri ingin mengelakkan dirinya dari terhempas ke bumi.

"Selain daripada itu pakar forensik patalogi itu juga berpendapat kecederaan pada lubang dubur (yang dirumuskan oleh pakar forensik Malaysia sebagai berlaku akibat terjatuh dari tempat tinggi) sebenarnya telah berlaku sebelum Teo didakwa sebagai terjatuh.

Malah menurutnya, bukan semua kecederaan dialami oleh Teo selaras dengan kecederaan lazim mangsa yang terjatuh dari tempat tinggi.Keterangan Dr Pornthip sudah tentulah jauh berbeza dengan penemuan, rumusan dan keterangan Dr Khairul Azman bersama seorang lagi pakar patalogi.

Hal seperti ini sudah tentulah mendorong umum bertanya bagaimanakah penemuan kedua-dua pihak ini begitu berbeza. Terdapat gurauan sains perubatan berbunyi: 'Pakar penyakit (physician) tidak tahu apa-apa dan tidak mampu berbuat apa-apa; pakar bedah tidak tahu apa-apa tetapi melakukan segala-galanya; dan pakar patolohi mengetahui segala-galanya tetapi terlewat sehari.'

Kita boleh bersetuju betapa sains perubatan tidak semestinya sains tepat seperti tekonologi komputer dan automotif, sekadar memberi dua contoh, justeru kerap ada pesakit yang didiagnosis oleh doktor sesebuah klinik sebagai menghidap sakit perut tetapi apabila didianogsis oleh seorang doktor di klinik lain atau di hospital maka penyakit yang dihidapinya adalah ulser.

Namun apabila dua orang pakar forensik patalogi bercanggah pendapat tentang penemuman hasil bedah siasat sesuatu mayat yang sepatutnya cukup jelas dan mudah (kerana mayat berkenaan bukannya mati digigit oleh makhluk asing dari planet lain), maka kita mula mempersoalkan apakah kepakaran profesional seperti ini adakalanya dikompromikan bagi sesuatu tujuan dan matlamat tertentu.Jika kita benar-benar bertanyakan soalan tersebut, maka jawapannya boleh didapati menerusi perwatakan dan personaliti Dr Pornthrip sendiri yang telah memperkenalkan kaedah patologi forensik dan ujian DNA di Thailand.

Akhbar The New York Times (edisi 13 April 2002), menyiarkan sebuah rencana mengenai beliau yang dipetik seperti berikut:Dalam sebuah negara di mana kuasa dan kedudukan adalah sesuatu ibarat tiket kelas-bisnes yang menawarkan segala keistimewaan dan keselesaan, Dr Pornthip mendedahkan jenayah berprofil tinggi yang menjadikannya sebagai pengacau kepada polis dan mereka yang cuba dilindungi polis.

Barangkali agak mengejutkan kerana terdapatnya seorang ahli fatalogi di barisan hadapan perubahan sosial, tetapi Dr. Pornthip, dalam mengatakan bahawa kecederaan akibat peluru adalah kecederaan akibat peluru, adalah suara utama dalam perjuangan merobah hukum keistimewaan dengan hukum undang-undang.

"Ketua Polis membenci saya," jelasnya, "kerana polis mengamalkan double standard, tetapi bagi saya setiap manusia ada sama. Sebujur mayat yang tidak dapat dikenal pasti identitinya adalah sama sahaja seperti seseorang yang berkuasa.

"Dua tahun lalu, apabila polis cepat-cepat mengumumkan kematian seorang Ahli Parlimen adalah akibat membunuh diri, Dr Pornthip menerima ancaman bunuh apabila beliau memberitahu pihak akhbar betapa foto mayat tidak memungkinkan alasan bunuh diri. Polis kemudian menyemak laporan mereka.

Dalam satu kes sensasi tahun lalu polis mendakwa mereka telah serta merta mengenal pasti ketulan tubuh mangsa yang telah berkecai menerusi analisis DNA, tetapi beliau menjelaskan ujian sedemikian mengambil masa dari tempoh singkat yang dilakukan oleh pihak polis.

Sekali lagi polis terpaksa mengalah.Sehinggalah kritikan pedas beliau menyebabkan berlakunya perubahan dalam prosidur dua tahun lalu, hanya polis sahaja yang menjalankan bedah-siasat ke atas mayat mangsa tembakan polis atau mereka yang mati ketika dalam tahanan polis."Bagaimana sistem sedemikian boleh dibenarkan wujud?" katanya.

"Bagaimanakah orang ramai boleh memastikan bahawa bedah-siasat yang dilakukan oleh institut forensik polis dalam kes-kes pembunuhan extrajudicial tidak diubahsuai bagi membantu polis?"Rencana mengenai Dr Pornthip ini disiarkan oleh akhbar The New York Times tujuh tahun sebelum kematian Teo Beng Hock dan tatkala amalan patologi forensik dalam kes melibatkan penyokong dan ahli politik adalah sesuatu yang agak lawless atau tidak berundang-undang di Thailand. Bagaimana pula amalan patologi forensik di negara kita apabila ia melibatkan orang politik diukur berbanding apa yang telah dijelaskan oleh Dr Pornthip itu?


Pandangan penulis :


Rumusan yang dibuat oleh Dr Pornthip Rojanasunand, ahli patologi forensik dan Pengarah, Institut Pusat Sains Forensik, Kementerian Keadilan, Bangkok adalah BERBEZA dengan penemuan Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Dr Khairul Azman Ibrahim kematian Teo berpunca dari kecederaan berganda akibat terjatuh dari tempat tinggi [maksudnya ialah Teo Beng Hock mati kerana bunuh diri].


Manakala Dr Pornthip merumuskan kematian mendiang 80% disebabkan dibunuh, hanya 20% sahaja membunuh diri. Beliau memberi alasan terdapat kesan tanda bulat di leher Teoh dipercayai dicekik, retakan pada tengkorak mendiang bukan akibat terjatuh dan kecederaan pada dubur Teoh juga akibat dicucuk dengan objek sebelum terjatuh.


Dr Khairul Azman Ibrahim bertindak mengikut skrip telah disediakan terlebih dahulu oleh pencacai-pencacai Najib Tun Razak iaitu tidak mustahil Abdul Ghani Patail terlibat yang merencakannya dan dibantu oleh Musa Hassan. Di Malaysia mereka-cipta hal-hal sebegini cukup mudah kerana kebanyakan jentera-jentera termasuk pegawai kerajaan mudah disuap dengan pangkat, kedudukan dan kekayaan.


Dalilnya, rujuklah kes mata lebam Anwar Ibrahim yang dicatatkan dalam buku hasil siasatan Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat kes ini dan dua orang ini juga terlibat dalam kes Anwar dalam fasa pertama dulu. Fasa kedua sedang disandiwarakan sekarang.


Tambahan pula untuk menjaga imej SPRM supaya tidak tercalar bagi memastikan agenda Najib merampas Selangor tercapai. Yang terbantut sedikit dari masa ditetapkan [tetapi perancangannya berjalan terus] kerana kegelojohan dan ketidaksabaran yang ada pada dajal-dajal di SPRM yang menyebabkan kematian Teoh.


Walau bagaimana pun, mereka yang terlibatkan akan diselamatkan oleh Abdul Ghani Patail dan Musa Hassan. Usahlah risau dan bimbang. Sebesar mana pun bukti yang dibawa, ia akan ditolak atas alasan yang telah ditetapkan : kekurangan bukti atau sebagainya yang kerap diwar-warkan kepada umum hanya sekadar menjadi dalih yang akan dikeluarkan oleh Ghani nanti.


“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Thursday, October 29, 2009

Skandal video Lingam disiasat SPRM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata kes video VK Lingam masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Sehubungan itu, katanya, kes berkenaan tidak lagi disiasat polis.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis satu perenggan kepada soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) yang ingin tahu perkembangan terkini penyiasatan polis dan SPRM berhubung skandal tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada sesi Parlimen minggu lepas berkata bahawa Jabatan Peguam Negara tidak akan mengambil tindakan terhadap hasil penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video VK Lingam kerana tiada tindakan lanjut diperlukan (NFA) untuk dua kertas siasatan.

Mohamed Nazri berkata NFA membabitkan kertas siasatan mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 mendapati tiada keterangan yang menunjukkan terdapat kesalahan jenayah dilakukan berhubung isu penyalahgunaan kuasa dalam pelantikan hakim.

Katanya, NFA juga diputuskan bagi kertas siasatan mengikut subperenggan 8(1)(e)(iv) Akta Rahsia Rasmi 1972 yang mendapati tiada suspek yang boleh dikenal pasti melakukan kesalahan mengikut subperenggan itu berhubung pengendalian dokumen terperingkat dalam pertimbangan pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi.

Mohamed Nazri berkata berkaitan kertas siasatan mengikut perenggan 4(a) Akta Pencegahan Rasuah 1961 (sebelum dimansuhkan), saksi penting bagi melengkapkan penyiasatan ke atas kes mengikut perenggan itu, yang membabitkan isu percutian bekas ketua hakim negara Tun Mohd Eusoff Chin ke New Zealand, belum dapat dikesan.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Peguam Negara mengarahkan supaya seorang saksi penting dikesan bagi melengkapkan penyiasatan kes itu tetapi sehingga kini saksi itu tidak dapat dikesan.
BERNAMA

IBLIS TETAP IBLIS-SIRI 2

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,



Najib Tun Rajab @ Mat Monggol dilantik secara rasmi sebagai PM ke-6 pada 3 April lalu mengantikan Abdullah Ahmad Badawi. Strategi Iblis ini dan golongannya sangat licik menyingkir Abdullah secara halus, tekanan demi tekanan dikenakan kepada Abdullah. Akhirnya, Abdullah terpaksa melepaskan kerusi Presiden UMNO dan kerusi empok PM tanpa kerelaannya. Abdullah gagal mengemukakan satu plan mengundur diri yang boleh diterima pakai oleh iblis-iblis yang diketuai oleh Najib.


Abdullah dipaksa pergi secara terhormat, sekiranya tidak si Iblis ini bersama-sama dengan Timbalannya sekarang [disokong oleh Dr.Mahathir Mohamad dan kuncu-kuncunya] dan sebahagian para pemimpin UMNO lainnya akan
membuat apa sahaja agar Abdullah berundur. Kemungkinan besar format atau modus operandi penyingkiran Anwar Ibrahim akan dilakukan sekali lagi terhadap Abdullah kerana Abdullah sendiri mempunyai banyak kelemahan yang boleh dimanipulasikan.


Berlatarbelakangkan rupa huduh dan buruk ketika memegang kuasa atas jawatan PM [tidak ada seorang PM sebelum ini yang dibantah oleh sebahagian rakyat atas perlantikannya, diselubungi berbagai isu-isu rasuah, isu pembunuhan kejam Anttantuya Shaariibuu, kes tangkap khalawat dengan seorang artis di Port Dickson dan lain-lain kes peribadi], di hari pertama lagi si Iblis ini berkuasa, di kepala otaknya termuat idea bagaiamana kaedah yang terbaik untuk merampas kembali negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat?


Beliau dan regimnya tidak percaya melalui proses pilihan raya yang adil dapat mengembalikan kuasa memerintah di negeri-negeri yang terlepas ke tangan Pakatan Rakyat. Oleh itu, beliau bersama-sama dengan para iblis lainnya terus merangka strategi dan taktik [seperti iblis jua terus menerus menyeru anak cucu Nabi Adam melakukan kemungkaran kepada Allah sehingga ke hari kiamat] yang boleh digunakan dalam usaha merampas balik negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan.


Dalam politik, cita-cita sebegini tidak menjadi satu kesalahan, asalkan ia memenuhi piawai akhlak dan moral dan berlandaskan undang-undang Negara, serta dilakukan secara tertib dan bertamadun. Bukan secara samseng, ego dan angkoh mempergunakan kuasa dan menunjukkan yang ia berkuasa. Kaedah ini kaedah binatang yang tidak pernah kenal dosa-pahala.


Begitu juga dengan Pakatan Rakyat, menyimpan cita-cita untuk menguasai pemerintahan Malaysia dengan mengulingkan pemerintahan UMNO yang kelihatan telah menyimpang jauh daripada matlamat sebenar juga tidak menjadi satu kesalahan, malah perlembagaan Negara membenarkannya, asalkan cita-cita tersebut mesti mengikut saluran dan lunas-lunas demokrasi yang menjadi amalan Negara-negara yang bertamadun.


Tetapi sebaliknya, si Iblis ini menggunakan kuasa melalui modus operendi dua fasa. Fasa pertama, menggunakan kuasa yang ada padanya menguasai PDRM, SPRM, Peguam Negara dan Mahkamah. PDRM diberi tugas khas mengawasi, mengawal, memantau dan mengekang segala program dan aktivit Pakatan Rakyat. SPRM ditugaskan mencari ruang-ruang dan peluang yang terdedah serta mereka-cipta unsur-unsur berbentuk rasuah yang boleh dikenakan ke atas wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat khususnya di kalangan wakil-wakil rakyat dari PKR. Kebanyakan mereka tidak ada istiqamah dalam perjuangan dan masih mengekalkan budaya UMNO dalam berpolitik. Politik tanpa iman, politik cari makan untuk bermewah-mewahan masih menjadi teras perjuanggan sebahagian darinya.


Negeri-negeri Kedah, Perak dan Selangor menjadi sasaran utama si Iblis ini melalui SPRM. SPRM membuat pemantauan yang rapi terhadap negeri-negeri ini dalam berbagai sector. SPRM menyamar dan menyusup masuk ke dalam pengurusan negeri-negeri ini. Membuat kajian, penyelidikan dan penyiasiatan, mengumpan, mengancam, mengugut dan akhirnya mereka berjaya memerangkap mangsanya seperti di Perak dan di Selangor mereka terencat sedikit kerana kegelojohan dan tidak sabar menyebabkan kematian.


Apabila mereka berjaya memerangkap mangsa, maka menjadi tugas Peguam Negara pula mencari dan mereka-cipta bukti, mencari alasan demi alasan untuk mengena si mangsa dan seterusnya mendakwa si mangsa di mahkamah dan mahkamah akan menjatuhkan hukuman seperti yang diskripkan oleh si Iblis ini, sekiranya mangsa enggan memberi kerjasama. Sebenarnya, fasa pertama berakhir apabila kes mangsa disebut di mahkamah.


Selepas itu, perancangan fasa ke dua bermula. Mangsa yang diperangkap yang didakwa melakukan rasuah akan diugut, diancam dan diumpan dengan nilai jutaan ringgit supaya berpaling tadah menyokong UMNO dengan janji kes akan digugurkan. Percubaannya di Perak berjaya. Kerajaan Pakatan Rakyat jatuh apabila ADUN Pakatan Rakyat dari PKR yang didakwa melakukan rasuah dan rasuah seks, Jamaluddin Mohd Radzi [Behrang] dan Mohd Osman Jailu [Changkat Jering] dan seorang lagi ADUN DAP, Hee Yit Foong [Jelapang] mengistiharkan keluar dari PKR dan DAP. Untuk selamatkan diri dan sedikit habuan duniawi, mereka mengambil keputusan menyokong UMNO dan menjadi ADUN bebas [baca: UMNO].


Jangkaan umum akhirnya terbongkar, apabila saksi utama kes rasuah Jamaluddin dan Osman, Mohd Imran Abdullah menukar cerita mengatakan Jamaluddin dan Osman tidak pernah menerima rasuah seperti yang dilaporkan kepada SPRM dan laporan beliau kepada SPRM adalah tidak benar. Kerja siapakah ini, kalau tidak kerja si Iblis laknatullah Najib Tun Razak. Lempar batu sembunyi tangan juga merupakan salah satu budaya dalam UMNO, disamping budaya menuding jari ke arah orang lain menunjukkan dia sahaja yang ‘bersih’, orang lain semuanya ‘kotor’.


Masakan tidak si Iblis ini tidak terlibat, ia terlibat di belakang tabir seperti rampasan kuasa di Perak, kalau tidak mana mungkin cerita Imran berpusing ke 360 darjah. Kesannya amat besar, boleh didakwa di mahkamah kerana memberi maklumat palsu kepada SPRM, tetapi ia selamat kerana ia hanya membaca skrip yang telah disediakan oleh para pencacai Iblis ini.


Untuk keterangan lanjut, sila rujuk link ini :


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022943&Itemid=85


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22944&Itemid=1


Dalam tempoh 6 bulan Iblis ini berkuasa, mahkamah dijadikan kandang sarkas. Para hakimnya pula berperanan sebagai beruk sarkas. Terbukti keputusan mahkamah yang melibatkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang disingkirkan secara tidak demokratik melawan kerajaan barua pimpinan Dr.Zamry Abdul Kader yang disokong oleh si Iblis ini [dialah yang menjadi dalangnya] dan istana Perak, semua [kecuali Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang berani melawan arus] keputusan mahkamah secara terang-terangan menyebelahi kerajaan barua pimpinan Zamry.


Perlantikan Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negera, Abdul Ghani Patail sebagai Peguam Negara, melanjutkan tempoh persaraan Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara dan dibantu oleh Ahmad Said Hamdan, Pesuruhjaya SPRM adalah strategi UMNO untuk menghancurkan imej Pakatan Rakyat melalui tindakan undang-undang terhadap para pemimpin Pakatan.


Mereka yang disebutkan itu akan berusaha sedaya upaya mencari apa sahaja salah laku atau salah urus pentadbiran negeri walaupun sebesar hama, atau pun melibatkan kewangan hanya RM0.01 yang melibatkan wakil-wakil rakyat Pakatan atau kerajaan pakatan akan disabitkan dengan kesalahan dan dihukum semaksima mungkin mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada. Jika dibandingkan dengan kesalahan yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO adalah lebih dashat lagi melibatkan berbillion ringgit wang Negara hangus di tangan iblis-iblis ini, tetapi tidak diambil sebarang tindakan, malah diisyhtiharkan tidak ada bukti kukuh dan fail ditutup.


Modus operandi ini terus berjalan secara terancang. Ahli Palimen Batu, Tian Chua salah seorang adalah mangsanya. Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melalui Majistret beruk Mohd Faizi Che Abu menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas. Hukuman ini menyebabkan Tian Chua akan hilang statusnya sebagai anggota Parlimen kerana mengikut undang-undang sesaorang akan kehilangan kerusi wakil rakyat jika disabit kesalahan dan didenda lebih dari RM2,000 atau setahun penjara.


Majistret ini juga menjatuhkan hukuman denda RM700 atau tiga hari penjara ke atas Pengerusi U Mobile, Rosman Ridzuan selepas mengaku salah memukul bekas isterinya, Azura Ibrahim seorang artis. Faizi juga adalah hakim yang bertindak sebagai koroner yang memutuskan kematian aktres Sujatha sebagai kes bunuh diri. Sujatha ditemui mati bersebelahan dengan sekeping gambar lelaki iaitu S. Vell Paari, ketua Maika Holding yang juga anak kepada Presiden MIC, S Samy Vellu.


Selepas ini, Exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu akan turut jejak Tian Chua dalam kes dakwaan salahguna dana membabitkan pembantunya, Wong Chuan How bagi DUN Sungai Pelek berjumlah antara RM1,200 hingga RM5,000. Sebelum itu, SPRM merampas buku catatan pelawat ekoran dakwaan bahawa pejabat Ronnie selalu didatangi anggota kongsi gelap.


Dalam pada itu, pada November lalu, Ronnie dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghalang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya daripada menjalankan tugas mereka sewaktu melakukan serbuan mencegah maksiat di sebuah hotel di Puchong pada 2007. Dalam kes ini, jika Ronnie didapati bersalah, beliau berdepan dengan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali dan sekali gus beliau akan hilang kelayakan sebagai ADUN.


Sementara itu, Azmin Ali, Sivarasa Rasiah dan N Gobalakrishnan dari PKR, Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS dan Tony Pua dari DAP akan berhadapan dengan kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan kesalahan yang berkaitan dengannya. Selain itu, Roziah Ismail, Exco [Batu 3] Lau Weng San [Kampungn Tunku]Teresa Kok [Kinrara], Hannah Yeoh [Subang], Elizabeth Wong [Bukit Lanjan], Ean Yong Hian Wah [Sri Kembangan], Dr Cheah Wing Yin [Damansara Utama], Edward Lee [Bukit Gasing] dan Lau Weng San [Kampung Tunku] akan menghadapi situasi yang sama atas tuduhan menyalahguna dana kewangan negeri.


Lebih memalukan, apabila si Iblis ini melalui A.Nazri Aziz memaklumkan bahawa kes video Lingam telah ditutup. Beliau secara tidak langsung menghina dan memperlecehkan Suruhajaya Diraja yang ditubuhkan bagi menyiasat kes video Lingam yang dianggotai oleh bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah profesor emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.


Suruhanjaya Diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam itu mendapati klip video itu adalah tulen dan mengesyorkan supaya Mahathir Mohamad dan lima orang lagi perlu disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim. Lima tokoh tersebut-dua bekas ketua hakim negara, Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Eusoff Chin, peguam kanan VK Lingam, bekas menteri pelancongan Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung UMNO ketika itu serta tokoh perniagaan Vincent Tan.


Karbinet Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan Peguam Negara, Abdul Ghani Patail mengkaji syor Suruhanjaya tersebut dan hasilnya Nazri [baca:Najib] kata tidak ada bukti kukuh [alasan telah disediakan dan distandardkan bagi semua kes yang melibatkan kepentingan UMNO] di parlimen ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Lim Guan Eng.


Jadi, bagaimana kes-kes yang ada dihadapan kita sekarang ini seperti:


1. Kes dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar yang dituduh membunuh Altantuya Shaaribu.


2. Kes kematian Teoh Beng Hock dalam prosiding inkues diberitahu oleh pakar patologi dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand membuat kesimpulan kematian mendiang 80% disebabkan dibunuh, hanya 20% sahaja membunuh diri. Beliau memberi alasan terdapat kesan tanda bulat di leher Teoh dipercayai dicekik, retakan pada tengkorak mendiang bukan akibat terjatuh dan kecederaan pada dubur Teoh juga akibat dicucuk dengan objek sebelum terjatuh.


3. Kes skandal PKFZ yang melibatkan kewangan terbesar berjumlah RM12.5 billion yang melibatkan pemimpin UMNO dan MCA yang songlap duit rakyat itu.
Jangan bimbang, semua kita akan selamat kerana di Jabatan Peguam Negara kita ada Abdul Ghani Pataail. Alasannya nanti serupa sahaja dulu, kini dan selama-lamanya.


Kesimpulannya, IBLIS TETAP IBLIS.


“UMNO HANCUR, RAKYAT SELAMAT”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Wednesday, October 28, 2009

JANGAN DEKATI UMNO LAGI

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Semasa catatan ini dibuat, PAS Pusat sedang mengadakan mesyuarat khas di Tingkat 5, Pejabatnya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Mesyuarat khas ini diadakan ekoran cadangan TGNA untuk mengadakan EGM bagi memutuskan sama ada PAS dengan UMNO patut mengadakan kerjasama yang akan dibuat ahli-ahli sendiri.

Kerjasama PAS-UMNO telah banyak kali disuarakan dan telah pun diputuskan di muktamar PAS pada tahun 2008 bahawa PAS tidak akan sekali-kali mengadakan kerjasama dengan UMNO, sebaliknya PAS akan berusaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

Namun begitu, dalam masa yang sama ada beberapa pemimpin kanan PAS tidak patuh pada keputusan muktamar dan masih lagi menjalin hubungan dengan UMNO. Mereka yang dikenalpasti termasuk Presiden dan Timbalan Presiden, SU Agung, Pesuruhjaya PAS Selangor dan beberapa orang lain yang kebanyakannya ialah orang-orang Presiden khususnya yang berasal daripada Terangganu. Merea ini masih berminat mengadakan kerjasama dengan UMNO dalam konteks ‘unity gorverment’ seperti yang diilhamkan oleh Presiden parti.

Adalah diharapkan pada kali ini, isu kerjasama dengan UMNO tidak akan berbangkit lagi untuk masa depan. Tidak wajar bagi PAS untuk merujuk semula dengan UMNO yang telah diberi talak 3 pada tahun 1978 dulu. UMNO terlalu banyak melakukan pengkianatan terhadap agama dan bangsa. Adakah kita sanggup menanggung segala dosa yang dilakukan oleh UMNO selama ini?

Gerak kerja kita sekarang ini ialah mencari jalan dan kaedah yang terbaik bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk mengebumikan UMNO dan mengambilalih kuasa daripadanya.


Lupakan terus untuk untuk mengadakan hubungan dengan UMNO dalam apa bentuk sekali pun. UMNO parti tua dan nyanyuk serta dihinggapi berbagai penyakit. UMNO mulai berada dalam era kejatuhan.


“HANCUR UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Tuesday, October 27, 2009

PAS MAHU BERKERJASAMA DENGAN BABI?

PAS TAKKAN PECAH
Oleh Prof Abd Aziz Bari


Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.


Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.


Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sek
arang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.


Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.


Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku. Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah. Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada.


Teruskan membaca artikel link dibawah:


http://perakexpress.com/www/2009/10/27/pas-takkan-pecah/


NIK AZIZ TIDAK MAHU PAS “DIHUKUM” SEPERTI PRU 2004
Oleh Black


OKT 27 — Pilihanraya Umum (PRU) ke 10 pada tahun 1999 menyaksikan PAS meraih keuntungan dari gerakan Reformasi dimana negeri Terengganu Berjaya dirampas, negeri Kelantan dipertahankan dan dikalangan Barisan Alternatif yang terdiri dari PAS, Parti Keadilan Nasional (PKN), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), PAS memenangi paling banyak kerusi parlimen.


Arwah Ustaz Fadhil Noor ternyata bijak berpolitik apabila beliau terus mendekatkan dirinya dengan sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja dipecat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Beliau juga telah dilantik menjadi Ketua Pembangkang Malaysia dan merupakan satu peristiwa yang bersejarah kerana sebelum itu, jawatan tersebut dipegang oleh DAP.


Pada ketika gerakan Reformasi memuncak dan demonstrasi demi demosntrasi dianjurkan untuk mendesak Dr. Mahathir meletakkan jawatan, akhbar Harakah, lidah kepada parti PAS laris dan laku dijual dipasaran.


Peristiwa bersejarah itu juga telah menjalinkan hubungan diantara aktivis-aktivis PAS dengan aktivis-aktivis Reformasi dan NGO yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.


Perhubungan tersebut telah menyebabkan persefahaman timbul diantara mereka. Aktivis-aktivis Reformasi dan NGO mula memahami aktivis-aktivis PAS dan begitulah sebaliknya. Hubungan mesra ini terjalin dan sikap tolenransi timbul oleh kerana objektif yang satu, menjatuhkan kerajaan yang zalim.


Apabila kerajaan Dr. Mahathir merampas royalti minyak milik negeri Terengganu yang dipimpin oleh Dato Seri Abdul Hadi Awang pada ketika itu, aktivis-aktivis Reformasi dan NGO turut turun bersama-sama dengan aktivis-aktivis PAS berdemonstrasi untuk mempertahankan “harta” milik rakyat Terengganu itu.


Semuanya dilakukan untuk memastikan negeri yang baru sahaja diambil oleh “rakyat” itu dapat dipertahankan.


Kesombongan dan kebodohan “membunuh” Umno yang pada ketika itu gusar oleh kerana kehilangan sokongan daripada pengundi-pengundi Melayu sewaktu PRU 1999 telah menimbulkan isu perpaduan dengan PAS.


Pada ketika itu, debat agar Melayu bersatu ditimbulkan. Tidak banyak bezanya dengan Muzakarah atau Muqabalah selepas PRU 2008. Kemuncaknya ialah apabila Presiden Umno, Dr. Mahathir dan Presiden PAS, Arwah Ustaz Fadhil Noor berjaya dinaikkan diatas satu pentas dalam isu Palestin. Nasharuddin Mat Isa yang kini Timbalan Presiden PAS adalah Setiausaha Politik kepada Presiden PAS pada ketika itu.


Baca seterusnya artikel ini di link berikut :


http://perakexpress.com/www/2009/10/27/nik-aziz-tidak-mahu-pas-dihukum-seperti-pru-2004/


Kesimpulannya :



Memang ujud gerakan untuk menyatukan PAS dengan UMNO dalam kerajaan perpaduan. Idea ini datang dari Presiden PAS sendiri yang dimuatkan dalam akhbar Siasah.


Sebelum itu, sebaik sahaja selesai PRU ke-12, ada pertemuan yang direstui oleh Presiden PAS, beberapa orang pemimpin kanan PAS telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan pemimpin UMNO yang diketuai sendiri oleh Presiden UMNO ketika itu.


Disebabkan penentangan yang kuat daripada sebahagian besar ahli-ahli PAS terutamanya dari MB Kelantan dan parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat khasnya Penasihat PKR, maka isu ini senyap sebentar, tetapi usaha-usaha ke arah mengujudkan kerjasama dengan UMNO tetap berjalan seperti yang dirancangkan. Sebab itu, wakil-wakil rakyat PAS di Selangor tidak dikejar oleh SPRM dajal laknatullah itu. Dajal ini hanya menumpu sisatan secara samseng dan kaedah mossad terhadap ADUN-ADUN DAP dan PKR sahaja.


Oleh sebab itu, selepas muktamar PAS ke-52 baru-baru ini, organisasi PAS diubahsuai mengikut selera Presiden. SU agung ditukar dan diganti dengan yang pro kepada UMNO. Begitu juga dengan rangkaian hubungan parti dan lain-lainnya diletakkan dengan golongan yang pro kepada UMNO.


UMNO sebenarnya separuh berjaya menghancurkan Pakatan Rakyat dengan mengumpan kebendaan kepada para pemimpin PAS yang bercita-citakan duniawi.


Kerjasama PAS dengan UMNO tidak boleh sama sekali selagi ada bumi dengan langit, kecuali UMNO menukar kaedah perjuangannya berteraskan Islam dan kemanusian, bukan berasaskan hawa nafsu iblis-syaitan yang melingkonginya selama 52 tahun ia memerintah.


Sekiranya PAS bekerja sama dengan UMNO, bererti PAS sanggup berkawan dengan seekor BABI yang hukumnya najis besar, yang perlu disamak dengan air bercampur dengan tanah dan dicuci sebanyak 7 kali dengan air bersih. Begitulah gambaran yang perlu dimaklumkan kepada rakyat betapa kotornya perangai UMNO laknatullah ini


Kerjasama PAS dengan UMNO, bererti PAS sanggop berkerjasama dengan MAHA DAJAL makhluk perosak di muka bumi Allah ini. Sejahat-jahat makhlok tidak setanding kejahatan yang telah dilakukan oleh UMNO terhadap agama dan bangsa.

“UMNO HANCUR, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sunday, October 25, 2009

AWAS [BERSIH]: KEMUNGKINAN 10 LAGI PILIHAN RAYA KECIL

Sumber : Malaysiakini.com


Lapan ahli parlimen dan dua ADUN Pakatan Rakyat mungkin kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan agung dan kesalahan yang berkaitan dengannya.Selain ahli
parlimen PKR di Batu, Tian Chua - yang didapati bersalah atas tuduhan menggigit seorang anggota polis ketika dalam perjalanan ke Parlimen pada 2007 - tujuh lagi rakannya mungkin menerima nasib yang sama.

Mereka ialah ahli parlimen PKR - Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan - Tony Pua (DAP), Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS."Ini bermakna Pakatan Rakyat mungkin tinggal 74 kerusi di Parlimen," kata Bersih - gabungan parti politik dan NGO yang berkempen untuk pilihanraya bebas dan adil.

Dengan itu, katanya, BN akan memperolehi semula penguasaan dua pertiga di Parlimen."Dua DUN DAP (Selangor) - Ronnie Liu dan Lau Weng San - juga mungkin menjadi mangsa "gelombang" kedua terhadap perhimpunan haram.Khamis lalu, Tian Chua didenda RM3,000 dan dihukum enam bulan penjara selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya untuk menjalankan tugas.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman untuk membolehkan Tian Chua memfailkan rayuan. Jika semua rayuannya ditolak, maka Tian Chua akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen.

Bersih, yang menyifatkan penghakiman tersebut sebagai satu pendakwaaan terpilih, mengingatkan bahawa jika rakyat tidak membantah "tekanan" seumpama itu, maka 10 wakil rakyat pembangkang mungkin turut hilang kelayakan mereka.


Catatan Penulis :


Teori ini pasti akan berlaku. Itulah perancangan jahat Dajal-Iblis durjana laknatullah yang memperalatan system keadilan Negara [agen UMNO yang ada di sini ialah Musa Hassan, Ghani Patail dan Zaki Tun Azmi] untuk memperkukuhan dan mengsurvivalkan semula UMNO haprak.


Sekiranya ia berlaku, apa strategi dan tindakan daripada para pemimpin Pakatan Rakyat seterusnya. Inilah yang perlu difikirkan dari sekarang.


Kita di Malaysia baru masuk fasa pertama ke era rakyat Indonisia, Iraq, Ira
n, Filipina telah lalui yang diperintah oleh diktator yang ganas dan zalim. Kini, rakyat di negara-negara tersebut telah bebas sepenuhnya dari penjajahan daripada pemimpin yang gila kuasa dan kehebatan dunia.


Kita baru bermula, bersedialah dari sekarang bagi menghadapi sebarang kemungkinan akan berlaku bila-bila masa sahaja, sebaik sahaja UMNO terasa ia selamat dan diselamatkan oleh agen-agen yang saya sebutkan itu

UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

SELEPAS PINDA PERLEMBAGAAN, MAMPUKAH UMNO BERUBAH?

Sumber : Abdul Aziz Ismail, Harakahdaily.net

Keputusan drastik dan radikal yang dibuat Umno dalam perhimpunan kali ini menyentuh pindaan perlembagaan bukanlah isu baharu. Ini kerana perlembagaan parti itu pernah dipinda dua kali dalam era pemerintahan perdana menteri keempat, Tun (dulunya Datuk Seri) Dr Mahathir Mohamad dan hasilnya sikap ahli Umno tidak berubah dan masih di takuk lama.


Pindaan kali ini juga menimbulkan kesangsian rakyat dan ramai pemerhati politik berpendapat adakah ia boleh dilaksanakan dan meningglkan kesan mendalam atau tinggal sebagai ikrar cantik di atas kertas seperti yang sudah berlaku sebelum ini.


Agenda pindaan kali ini dikatakan lebih besar dan bermakna jika dapat direalisasikan, dengan ahli mempunyai kuasa mutlak, lebih terbuka dan telus dalam memilih pemimpin dari semua peringkat melibatkan semua ahli perwakilan dari bahagaian dan cawangan.


Pindaan itu jika dilaksanakan sepenuhnya dijangka dapat mengurangkan (sepatutnya menghapuskan) politik wang yang selama ini menghantui Umno setiap kali pemilihan berlangsung. Soalnya, adakah semua ahli dapat menerima dan benar-benar boleh mengubah sikap mereka yang selama ini terkenal dengan suka menerima dan memberi habuan sebagai budaya politik mereka?


Adakah ahli Umno dalam waktu terdekat boleh menukar cara berfikir dan cara hidup mereka yang sudah sebati dengan kehendak keperluan material melangkaui keikhlasan ketika berkhidmat tanpa mengharap apa-apa balasan?


Mahathir bersikap skeptikal terhadap keikhlasan ahli Umno untuk berubah terutama bagi mereka yang sudah biasa dengan kegiatan politik wang. Katanya, sukar bagi mereka ini berubah jika tiada tindakan tegas dan keras dari parti serta keyakinan diri sendiri yang kuat dalam kalangan ahli untuk mengubah cara bertindak mereka selama ini.


Bacaan seterusnya di link ini:


http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22960&Itemid=1


Pendapat Penulis:


Pendapat penulis pindaan perlembagaan UMNO untuk menghapuskan rasuah tidak akan berjaya disebabkan oleh beberapa factor :


1. Amalan rasuah dalam UMNO adalah halal dan sah dari segi undang-undang di Malaysia, hanya melibatkan parti UMNO sahaja.


2. UMNO mengangkat martabat perasuah sebagai pemimpin yang berakhlak dan berjaya. Mereka diberi jawatan dan kedudukan dan mereka sanjung dan dipuja. UMNO gagal mengambil tindakan terhadap para pemimpin dalam kelompok ini, kecuali beberapa pemimpin yang dihukum kerana peranan mereka dalam UMNO tidak dikehendaki lagi.


3. Rasuah dalam UMNO dianggap _ _ _it dan _ _it telah diangkat sebagai sunnahtul dalam mazhab yang dipegang oleh UMNO. Kedua-dua ayat yang berakhir dengan perkataan ‘it’ ini merupakan keperluan hidup manusia yang normal. Masakan UMNO hendak menolaknya.


4. Dasar UMNO adalah secular yang mementingkan material sebagai asas kejayaannya, nilai-nilai akhlak yang mulia tidak dipedulikan dan terus dipinggirkan dikalangan sebahagian besar para pemimpinnya.


5. UMNO sebagai tapak semaian bagi golongan yang masuk UMNO untuk mencari kekayaan. UMNO adalah sebuah industri untuk mengkayakan sebahagian kecil manusia yang rapat dengan elit yang berkuasa. UMNO adalah syarikat perniagaan.


6. UMNO tidak takut kepada Allah dan RasullahNya. Ertinya UMNO tidak beriman. Manusia yang beriman tidak melakukan kemungkaran di bumi Allah ini. Hanya yang tidak beriman sahaja sanggup melakukannya apa sahaja bagi mencapai hajat masing-masing kerana mereka tidak tidak percaya ada pembalasan pada di padang masyar kelak.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Saturday, October 24, 2009

NIZAR ALLEGES PLOT TO ATTACK PR LAWMAKERS

Saturday, 24 October 2009 22:17
By Clara Chooi, The Malaysian Insider


Former Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin has alleged that the Barisan Nasional administration had “an evil plan” to attack Pakatan Rakyat lawmakers during the Oct 28 sitting if they attempted to stop any proceeding.


He claimed that “insiders” had informed him the BN had already terminated the services of the current sergeants-at-arms in the state assembly and had replaced them with 15 new ones, all from Umno.


“From what we were told, these 15 are ‘samsengs’ from Umno and come the state assembly sitting in Oct 28, they will be appointed officially as the new sergeants-at-arms,” he told a press conference after launching the Perak PR Youth at Markas PAS in Batu 9, Lekir.


He added that his source had also told him that five PR assemblymen were targetted and would be victims of violent attacks in the event that the tabling of the 2010 budget was hindered.


The five, he said, were Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Chang Lih Kang (Teja), A. Sivasubramaniam (Buntong), Thomas Su (Pasir Pinji) and S. Kesavan (Hutan Melintang).


The five are generally known to be amongst the few more confrontational assemblymen in PR’s line-up.


“We were told that during such an event, the BN assemblymen and the media would be ushered out of the hall so that the Umno samsengs can take over,” said Nizar.


He added that the BN also planned to stop PR assemblymen from entering the state assembly hall before 10am, when the sitting was scheduled to commence.


“This is really ridiculous because in any normal sitting, assemblymen are generally allowed to enter the hall at 9am or 9.30am or whenever, before the sitting.


“This means that when we (PR) enter the hall, the BN will be seated and ready, waiting for us,” he said


More:


http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/41343-nizar-alleges-plot-to-attack-pr-lawmakers


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

IBLIS TETAP IBLIS-SIRI 1

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


"Sesungguhnya, inilah bajet yang menelusuri keperluan dan meresapi denyut nadi rakyat. Sesungguhnya inilah satu persembahan yang tulus dan ikhlas daripada kerajaan yang menjiwai rakyat”. Petikan Ucapan Ketua Iblis, Najib Tun Razak mengakhiri pembentangan bajet 2010 pada Jumaat, 23 Oktober 2009.


Perkataan ‘Iblis’ yang saya gunakan itu bukanlah satu perkataan yang asing bagi golongan UMNO haprak. Ia digunakan secara meluas oleh para pemimpin dan media massa milik UMNO bagi mempertahankan kredibiliti Abdullah Ahmad Badawi selaku PM dan Presiden UMNO daripada serangan berterusan oleh Dr. Mahathir Mohamad. Malah, perkataan ‘iblis’ ini keluar dari mulut Abdullah sendiri di suatu majlis di Kuantan, Pahang pada tahun 2006.


Abdullah mengecam Dr.Mahathir yang menjadi pengkritik keras terhadap pentadbirannya ketika itu. Dalam pada masa yang sama, menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin, kini Ketua Pemuda UMNO turut mengelar Mahathir sebagai ‘beruk’ kerana Mahathir dilihat sebagai ‘pengacau’ dalam pentadbiran Abdullah sebagai PM ke-5 mengantikan Mahathir.


Jadi, apabila saya menggunakan semula perkataan IBLIS ini dan ditujukan kepada Najib bermakna saya mengulangi apa yang Abdullah ucapkan itu. Saya adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia yang amat benci dan meluat melihat muka Najib @ Mat Monggol ini. Tentu sesetengah orang mengatakan saya ini kurang ajar, tetapi mereka juga perlu ingat bahawa budaya kurang ajar [termasuk budaya samseng] adalah sebahagian daripada budaya UMNO turun-temurun lagi.


Budaya mengeji, mengutuk, menghina, memperlekehkan dan memperlecehkan serta budaya tidak mengenang budi atau jasa orang-orang terdahulu atau orang yang tidak berkuasa lagi menjadi amalan UMNO dulu, kini dan selama-lamanya. Mahathir [dan kini Abdullah] telah merasai semuanya itu. Pada satu ketika, Mahathir pernah dihalang bertemu dan berucap dihadapan ahli-ahli UMNO seluruh negara, malah beliau pernah disembur dengan gas pemedih mata di Kelantan.


Nasib Mahathir pada waktu itu sama dengan nasib pembangkang di Negara ini [kini Pakatan Rakyat] yang dihalang mengecapi kebebasan sepenuhnya seperti yang diperuntukan oleh perkara 10, Bahagian 2, Perlembagaan Malaysia. PDRM dan institusi keadilan lainnya menjadi benteng atau tongkat kepada UMNO.


Begitu juga dengan budaya rasuah yang diangkat sebagai satu kebanggaan, mercu tanda atau simbol bagi golongan UMNO haprak bagi menentukan atau ukuran sesuatu pencapaian. Mereka juga berjaya memperkembangkan budaya rasuah ini ke seluruh ruang kehidupan rakyat sehingga rakyat lalai dengan peringatan daripada Allah swt-pemberi dan penerima rasuah akan dimasukkan ke dalam api neraka.


Berdasarkan fakta-fakta tersebut dan kegagalan Najib membawa sebarang pembaharuan terhadap system yang rosak itu, malah menjadi semakin buruk dan terkotor dalam sejarah, maka kebencian saya itu terasa meluap-luap terhadap pemerintahan di Negara ini yang diterajui oleh UMNO. Pemerintahan Najib baru masuk bulan ke-6, tetapi era pemerintahannya secara drastik menjurus ke arah pemerintahan diktator [kemungkinan besar Najib berguru dengan Dr.Mahathir Mohamad] yang diisi dengan unsur-unsur kezaliman, keganasan, samseng, ego, penipu-pembohong, memutar-belitkan fakta dan memanipulasikan maklumat yang benar.


Contoh: Amalan rasuah, menyalahgunaan kuasa, menyeleweng, pecah amanah, tidak beretika, tidak berakhlak, tidak beriman, melakukan diskriminasi di antara ras, di antara negeri-negeri dan di antara manusia yang perbezaan fahaman politik, penyiasatan dan pendakwaan terpilih, mengunakan kuasa dan kedudukan bagi kepentingan diri telah dimanipulasikan maklumat benar itu, dicari ruang, helah dan kaedah untuk menghalalkan perbuatan tersebut sehingga rakyat yang kedudukannya miskin [di luar Bandar], buta huruf [di luar dan di pinggir Bandar] dan kurang mengenal dan tidak mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan, maka 100% golongan ini mempercayainya bahawa perbuatan-perbuatan tersebut adalah halal dan sah dari segi hukum dan undang-undang Negara.


Najib didapati telah, sedang dan akan memperalatkan seluruh institusi-institusi Negara secara terbuka [di era Mahathir, ia dilakukan tanpa disedari oleh rakyat jelata] untuk kepentingan beliau dan UMNO, bukan untuk kepentingan rakyat dan Negara. Kebencian ini juga memuncak apabila melihat tindakan-tindakan beliau dalam tempoh 6 bulan itu dilihat telah membelakangkan undang-undang dan perlembagaan Negara. Najib telah membuang dan membelakangkan segala undang-undang dan perlembagaan Negara yang pada pandangannya yang boleh menjejaskan kuasa kediktatornya dan yang akan menjejasakan survival UMNO ke dalam tong najis.


Oleh sebab itu, saya memulakan tulisan ini dengan memetik ayat akhir dalam ucapan pembentangan bajet 2010 bagi menunjukkan betapa munafiknya Najib dan regimnya penipu rakyat. Lain yang diucap, lain pula dilakukannya. Sebahagian rakyat sudah mulai sedar dari tidur yang panjang.


Bersambung siri ke-2, Kenapa rakyat mesti tanamkan semangat bencikan UMNO dan kerajaan pimpinan Najib wajar digulingkan?

“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

BAJET 2010 : MASA DEPAN NEGERA TIDAK MENENTU

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Najib Tun Razak, PM dan Menteri Kewangan telah membentangkan bajet 2010 berjumlah RM191.5 bilion yang bertemakan 1Malaysia: Kemakmuran Bersama.


Media massa pencacai dan penjilat kerajaan UMNO memberi gambaran yang amat eluk, tidak ada satu pun cacat-celanya. Semua rakyat tanpa mengira apa pun kedudukan mereka dalam Negara ini akan mengecapi bajet tersebut kata pengulas-pengulas yang diupah. Semua projek dari projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan termasuk luar Bandar, kampung, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut, serta projek lapangan terbang dan lagi dan lagi. Eluk belaka. Bersih belaka. Benarkah begitu.


Dalam bajet tersebut, Najib sembunyikan reality yang menakutkan masa depan Negara ini dan kehidupan masa depan anak cucu kita. Najib sembunyikan :


1. Malaysia gagal mencipta pasaran domestic yang besar. Kegagalan ini berpunca daripada kegagalan dasar kerajaan menjana pendapatan rakyat melalui penambahan peluang-peluang perkerjaan dan memperbaiki perkembangan ekonomi yang memberangsangkan. Pendapatan perkapita rakyat hanya RM15,819 setahun. Jadi, kuasa beli rakyat rendah dan pasaran domestic tidak mampu menampung barangan keluaran tempatan. Kita terpaksa bergantung kepada eksport [menjual] barangan buatan Malaysia ke luar Negara.


2. FDI Malaysia pada tahun 2009 jatuh RM3.36 billion berbanding tahun 2008. Kejatuhan ini bermakna syarikat luar Negara tidak berminat melabur di Malaysia. Kenapa? Tepuk dada, tanyalah iman.


3. Hutang kerajaan pusat meningkat dari 41.5% dari KDNK tahun 2008 kepada 52.4% tahun 2009. Pendapatan kerajaan dari hasil cukai menurun 8% menjadi RM162.1 billion daripada yang dijangkakan RM176.2 billion. Mengapa kerajaan galak berhutang?


4. Kerajaan memerah pendapatan petronas semahu-mahunya. Pendapatan petronas sebanyak RM67.8 billion tahun 2008, 43.5% darinya, kerajaan mengambilnya bagi tujuan dia yang tahu.


5. Petronas tidak berupaya menabung lebih banyak untuk masa depan kerana pemborosan kerajaan membelanjanya. Tahun 2005, petronas menabung sebanyak 42.5%, sekarang hanya 21.1% sahaja daripada hasil pendapatannya.


6. Perbelanjaan mengurus dikurangkan menjadi RM138.3 billion berbanding RM160.2 billion tahun 2008, pengurangan sebanyak 13.7%. Begitu juga belanja pembangunan juga dikurangkan sebanyak 4.4% menjadi RM51.2 billion, berbanding tahun 2008, sebanyak RM53.6 billion.


Apa kesannya kepada rakyat?


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Friday, October 23, 2009

TULISAN KONTROVERSI DALAM PAS KINI

PENGAJARAN DARI BAGAN PINANG
Oleh : Profesor Dr Abdul Aziz Bari
Sumber : Sinar Harian (19/10/2009)

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang yang berlangsung, 11 Oktober lalu, sudah pun diketahui keputusannya. Kemenangan calon Barisan Nasional, Tan Sri Mohd Isa Samad memang dijangkakan meskipun kegagalan calon Pas yang mewakili Pakatan Rakyat, Zulkefly Mohamad Omar, untuk mengurangkan undi majoriti Barisan Nasional (BN) agak memeranjatkan.


Pelbagai analisis dibuat dan saya tidak mahu menambah apa-apa. Saya sekadar hendak mengungkap beberapa perkara yang penting daripada sudut perlembagaan khususnya dan sistem politik umumnya. Hal-hal ini penting kerana selain menjadi tema dan mauduk utama ruangan ini, itu semua penting dalam membina sebuah Malaysia yang adil, telus dan sistematik walau siapa dan apa pun warna politik kita. Saya ada menyebut betapa kewujudan sebuah sistem dua parti yang mantap penting bagi memperkasa ideal perlembagaan kita. Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.


Berbalik kepada Bagan Pinang apa yang kita lihat ialah betapa wakil rakyat – yakni Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) – pada hakikatnya dianggap sebagai ‘pegawai kebajikan’. Walaupun ini tidak salah tanggapan dan imej memberi kesan yang besar kepada kedudukan dan peranan wakil rakyat berkenaan dan kualiti dewan perundangan kita. Dan seterusnya ini memberi kesan langsung kepada kualiti undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) kita. Begitu juga dengan fungsi dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.


Ada kemungkinan pengundi dalam DUN Bagan Pinang, kerana ia adalah pilihan raya kecil dan tidak memberi kesan kepada kedudukan Kerajaan Negeri, mahu mengingatkan Pakatan supaya lebih berhati-hati dan memberi perhatian kepada masalah dan kebajikan rakyat. Ada pihak yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Teluk Kemang yang merangkum DUN berkenaan gagal memainkan peranan. Ini mungkin benar. Tetapi apakah ini cukup kuat untuk mereka memenangkan calon Barisan yang diketahui korup, yang hanya dikatakan ‘teknikal’ oleh pemimpin utamanya Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pun tidak suka calon itu meskipun selepas keputusan diumumkan Mahathir berubah dan turut bergembira dengan keputusan di Bagan Pinang itu.


Keputusan pilihan raya kecil itu menyebabkan sesetengah pihak kesal dan sedih kerana kemenangan besar itu menandakan sikap pengundi yang semacam tidak kisah dengan soal integriti dan kebersihan calon. Apatah lagi mengingat bahawa calon Pas adalah seorang yang begitu aktif dalam isu-isu umum, termasuk alam sekitar dan kes pelupusan sampah Broga. Dalam pada itu sebagaimana di tempat-tempat lain khidmat Barisan bukanlah sempurna, di sana sini banyak juga kegagalan dan kelemahan pentadbiran Mohd Isa sewaktu beliau menjadi Menteri Besar dahulu. Begitu juga dengan pentadbiran sekarang di bawah Datuk Seri Mohamad Hassan.


Hal ini memberi gambaran bahawa kemenangan besar Barisan itu adalah kerana kawasan itu memang kubu UMNO. Sebab itulah ada pihak yang berkata bahawa parti itu tidak harus terlalu seronok kerana apa yang terjadi di Bagan Pinang itu tidak semestinya aliran umum yang akan mendominasi politik negara.


Walau apa pun imej Pakatan yang dipaparkan dalam media yang dikuasai Barisan juga tidak membantu. Imej yang dipaparkan membayangkan betapa gabungan ini rapuh dan tidak berupaya mengambil tempat Barisan. Secara kebetulan itulah kesimpulan yang dibuat oleh Merdeka Center dalam tinjauan lapangan yang diselesaikannya pada awal bulan ini: sekitar 43 peratus dari pengundi berdaftar yang diselidikinya tidak yakin kepada kemampuan Pakatan untuk memerintah di peringkat persekutuan.


Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali atau menyingkirkannya terus. Dalam beberapa portal berita Hasan dilihat sebagai liabiliti kepada Pakatan umumnya dan Pas khususnya. Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.


Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Pas. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan salah Hasan itu secara terbuka. Tindakan dan perangai Hasan itu memang pelik kerana adalah mustahil seorang pegawai tadbir beliau tidak faham konsep tanggung jawab bersama dan bezanya dengan kedudukan penyokong kerajaan.


Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam Pas yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti. Secara perlahan-lahan lulusan syariah Universiti Al-Azhar dan sarjana undang-undang perbandingan Universiti Kent itu mula dilihat sebagai mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Mohd Fadzil Noor yang meninggal dunia pada 2002.


Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda Pas dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi Pas di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu. Ini menyedihkan kerana selain pernah memerintah dari 1999-2004 Pas juga mentadbir negeri itu dari 1959-1961.


Perubahan kepemimpinan penting bukan saja untuk Pas, tetapi juga dalam konteks mereformasikan sistem kita. Perubahan mendasar hanya akan berlaku sekiranya ada kerajaan baru di peringkat persekutuan. Kita semua maklum Barisan tidak akan berbuat apa-apa kepada SPR dan undi pos umpamanya. Begitu juga dengan kedudukan perkhidmatan awam umumnya dan pasukan polis khususnya. Perubahan-perubahan ini amat penting jika kita mahu Malaysia membuat perubahan sebagaimana yang mula kelihatan di Indonesia selepas dua penggal Susilo Bambang Yudiyono memimpin negara. Jika tidak kita akan terus ketinggalan dan menggigit jari.


Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika Pas kekal dengan kapten yang ada ini mungkin akan berkurang. Sejumlah 21 peratus pengundi yang masih berada di atas pagar kemungkinan besar akan berpihak kepada BN dan untuk memperkasa demokrasi di Malaysia akan gagal lagi.


* Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengajar undang-undang di UIAM, Gombak

“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

BAGAN PINANG: ANTARA MARUAH DAN RASUAH, RAKYAT PILIH YANG RASUAH DAN TIDAK BERMARUAH

Oleh: Tok Janggut
Sumber : PerakEkpress


Rakyat baru saja menyaksikan sebuah pilihanraya kecil yang terburuk dalam sejarah pilihanraya di Negara ini sejak zaman Mahathir. Provokasi dan pembohongan serta keganasan yang dilakukan oleh samseng dan gangster UMNO seolah-olah dilindungi oleh pihak polis atas arahan pemimpin UMNO.


Walaupun sudah berpuluh kali pilihanraya kecil diadakan, keadaan tetap sama. samseng UMNO bermaharajalela melakukan keganasan kerana tahu mereka dilindungi oleh pemimpin mereka dari sebarang tindakan undang-undang dan tindakan polis.


Tuduhan UMNO mengatakan keganasan dimulakan atau dilakukan oleh penyokong pembangkang jelas fitnah dan bohong kerana sudah banyak pilihanraya kecil diadakan tetapi tidak seorang pun dikalangan penyokong pembangkang yang ditangkap polis dan disumbatkan ke dalam lokap.


Ini membuktikan semuanya dilakukan dan dimulakan oleh samseng UMNO yang mana polis tidak berani mengambil tindakan apatah lagi untuk menyumbat mereka ke dalam lokap. Apatah lagi pengakuan EXCO Pemuda UMNO sendiri bahawa pemuda telah melatih ala komando lebihkurang 4,000 orang untuk tujuan melakukan keganasan Di Bagan Pinang. Itu membuktikan bahawa memang UMNO adalah pencetus keganasan dan menghuruharakan rakyat dan Negara.


Yang peliknya tiada Pegawai polis yang berani memberi komen atas isu malahan isu pemandu ketua Polis Negeri Sembilan yang terang dan jelas dipukul oleh samseng UMNO pun tak berani didakwa. Oleh itu PAS mesti bersedia melatih pemuda-pemudanya dalam satu unit gempur yang bersedia melakukan jihad dan mati syahid dalam menghadapi golongan munafiqin dan samseng UMNO ini.


Tidak ada siapa pun yang pelik dengan kemenangan Isa Samad di Bagan Pinang, yang akan menjadi pelik sekiranya UMNO kalah di sana kerana semua orang tahu Negeri Sembilan adalah kubu kuat UMNO. Lagipun perasuah, penipu dan kaki maksiat sangat dihormati dan disanjung dalam UMNO. Itu sebabnya kita lihat akhlak puteri-puteri mereka tak ubah seperti perempuan sundal dan putera-putera mereka termasuk barisan pemuda seperti bapak-bapak ayam.



“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN"

Wednesday, October 21, 2009

PATUTKAH SULTAN PERAK DIHORMATI?

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Saya merasa amat dukacaita apabila ADUN Pakatan Rakyat Perak seramai 28 orang akan menghadiri persidangan DUN pada 28 Oktober ini. Kenyataan ini dibuat oleh ADUN Pasir Panjang, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Muhammad Nizar Jamaluddin dalam satu sidang media di parlimen.


Apa pun alasan yang diberikan oleh Nizar, kebanyakan rakyat tidak redha akan kehadiran 28 ADUN Pakatan Rakyat ke persidangan yang dijadualkan itu. Kehadiran ADUN Pakatan Rakyat bererti :


1. Pakatan Rakyat mengiktiraf secara tidak langsung kerajaan haram pimpinan Zamry Abdul Kadir.


2. Pakatan Rakyat mengesahkan dan menerima kaedah yang diperlakukan oleh Najib Tun Razak untuk merampas kuasa di Perak bukan melalui demokrasi, tetapi melalui kaedah ‘binatang’, iaitu: Siapa kuat, dialah menjadi Raja.


3. Pakatan Rakyat menghalalkan Najib memperkudakan institusi-institusi kerajaan untuk membentuk sebuah kerajaan yang korup.


4. Pakatan Rakyat rela dan memberi laluan yang amat molek kepada Najib [baca : UMNO] untuk meneruskan kaedah ala samseng di Bagan Pinang untuk merampas negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.


5. Secara tidak langsung juga Pakatan Rakyat mengiktiraf peranan Sultan dan Raja dalam politik.


Oleh itu, persoalan yang dikemukakan oleh Raja Petra Kamarudin ‘Patutkah Sultan Perak Dihormati dalam artikel beliau yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu yang bertajuk : “MENGAPA PAKATAN RAKYAT PERAK DIJATUHKAN” molek rasanya untuk dijadikan renungan bersama.


Raja Petra mendakwa, kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak turut melibatkan Sultan Perak yang memainkan peranan yang penting dibelakang tabir untuk mengembalikan UMNO berkuasa di negeri itu.


Kaedah yang sama digunakan di Selangor, tetapi gagal kerana kerakusan dan keganasan melampau yang ditunjukkan oleh dajal-dajal UMNO di SPRM menyebabkan kematian Teo Beng Hock yang menimbulkan masalah baru kepada UMNO.


Sila baca artikel ini sepenuhnya :


http://perakexpress.com/www/2009/10/19/mengapa-pakatan-rakyat-perak-dijatuhkan/


Sebagai kesimpulannya, kes di Perak, apa jua tindakan yang diambil oleh Pakatan untuk kembali berkuasa akan menemui kegagalan. UMNO akan mempersetankan segala undang-undang dan perlembagaan. UMNO akan menggunakan segala kaedah [kerana ia berkuasa] yang ada untuk mempertahankan pemerintahan UMNO di Perak sepertimana ia gunakan untuk memenangi PRK di Bagan Pinang. Halal-haram tolak tepi, yang penting kuasa dan rasuah.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Tuesday, October 20, 2009

SUARAM: REKOD HAK ASASI 200 HARI NAJIB BURUK

Sumber : TvAntara [http://www.tvantara.com/v1/newsdetails?news=2351


Rekod 200 hari pertama Najib Razak sebagai Perdana Menteri terus dihantui dan dipalitkan dengan skandal pembunuhan model wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang sehingga kini belum menemui jalan keluar bagi beliau.

Menurut kad laporan hak asasi manusia yang dikeluarkan oleh Suaram, badan bukan kerajaan yang memperjuangkan isu hak asasi pada 19 Oktober lalu, bukan sahaja Najib terpaksa bergelut dengan kontroversi pembunuhan wanita yang dikaitkan dengan skandal pembelian dua kapalselam Scorpene dari Perancis malah pentadbiran Najib dalam tempoh tersebut juga menyerlahkan pelbagai kes pencabulan hak asasi manusia.

Tarikh ulangtahun 200 hari pentadbiran beliau kebetulan pula jatuh pada tarikh yang sama yang mencatatkan ulangtahun ketiga kematian Altantuya.Antara pencabulan hak asasi yang paling ketara termasuk penyalahgunaan Akta Keselamatan dalam Negeri secara berterusan dengan kemuncak penentangan rakyat pada Perhimpunan Anti-ISA Ogos lalu.

Sehingga kini masih terdapat sembilan tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting disamping lebih seribu tahanan di bawah Ordinan Darurat 1969 dan Akta Dadah Merbahaya 1985.Laporan itu juga mengkritik ketiadaan toleransi agama dan kaum walaupun Najib melaungkan slogan 1Malaysia sebagai tema pentadbiran beliau.

Insiden berarak dan memijak kepala lembu oleh kumpulan yang didakwa didalangi oleh Umno menampakkan tahap toleransi agama yang kritikal di bawah pemerintahan Najib.

Laporan itu menyatakan kerajaan Najib tidak berminat untuk mengubal Akta Hubungan Kaum dan menubuhkan Suruhanjaya Hubungan Kaum bagi menangani isu dan sentimen perkauman.

"Kerajaan Najib juga menunjukkan sikap tidak ada toleransi terhadap perhimpunan aman yang dijamin di bawah Perlembagaan Negara.

"Lebih 1,000 orang awam ditangkap kerana menghadiri perhimpunan aman termasuk 167 orang dalam tempoh 20 hari Mei tahun ini berhubung krisis politik Perak dan pemakaian baju hitam, tindakan berpuasa dan mogok lapar serta penyalaan lilin," kata laporan itu.

Berhubung kebebasan media, Suaram menyatakan pentabiran Najib terus memberi tekanan ke atas ruang kebebasan media di negara ini melalui akta dan peraturan yang ketat.Ini termasuk tujuh garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan antara lain melarang laporan mengenai parti pembangkang.

Turut dikekang ialah media alternatif di mana wartawan dilarang membuat liputan berita dan laman web dipaksa mengeluarkan bahan serta klip video yang tidak disukai kerajaan. Suaram juga mengkritik selepas tiga bulan pengumuman 10 penanda aras prestasi (KPI) oleh Najib tidak ada satu pun KPI tersebut dilaksanakan malah pencabulan hak asasi terus dilakukan oleh pihak berkuasa.

"Pentadbiran Najib juga gagal melakukan reformasi dalam perkhidmatan polis sehingga menyebabkan kes kematian dalam tahanan menjadi serius dan penyalahgunaan kuasa polis terus berlaku," jelas laporan itu lagi.

Kematian misteri Teoh Beng Hock semasa dalam kawalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan ketelusan kerajaan dan polis menyiasat kematian itu disifatkan satu lagi kepincangan pemerintahan Najib.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”