DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, December 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012




MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERAZAM MEMPERBAIKI DIRI SENDIRI DAN KELUARGA. MARILAH KITA BERMUHASABAH.CARI KELEMAHAN KITA SENDIRI DAN CUBA MEMPERBAIKINYA SEBAIK MUNGKIN. YANG SUDAH ADA KEKUATAN TAMBAHKAN KEKUATAN DENGAN IMAN DAN AMAL.

TAHUN INI PRU KE-13 AKAN DILANGSUNGKAN.
MARILAH SAMA-SAMA KITA BERAZAM MENJATUHKAN UMNO DARI TAMPUK KUASA YANG DIPEGANGNYA SUDAH MENCAKUPI 54 TAHUN.

SUDAHLAH. BANYAK KEROSAKAN YANG DILAKUKANNYA. BANYAK KEZALIMAN YANG DILAKUKAN. RASUAH, MENYALAH GUNAAN KUASA, MENYELEWENG DAN PECAH AMANAH YANG DILAKUKANNYA SELAMA INI BANYAK MEROSAKKAN SISTEM PENTADBIRAN NEGARA DAN RAKYAT MENDERITA DAN AMAT TERSEKSA DIBAWAH BELENGGU UMNO SELAMA INI.

NYAHKAN UMNO : PASTI RAKYAT DAN NEGARA AKAN SEJAHTERA!

PAHIT MANIS 2011

Tahun 2011 banyak menyaksikan pelbagai peristiwa penting dalam kancah senario politik tempatan yang menjadi penanda aras untuk dianalisa pada tahun hadapan. Berikut adalah beberapa kejadian/peristiwa/pekara yang terhangat sepanjang tahun 2011 untuk peringatan kita bersama.

Teropong lebih mahal dari Myvi Special Edition

Rata-rata saban tahun kita menantikan laporan Ketua Audit Negara supaya rakyat dapat mengetahui tentang bagaimana kerajaan membelanjakan wang kita, dan juga untuk menyaksikan angka-angka perbelanjaan yang tidak masuk akal.

Pada tahun ini juga, banyak persoalan timbul tentang bagaimana wang kita dibelanjakan. Antaranya teropong berharga RM1,940 dibeli dengan harga RM56,350 iaitu 2,805 peratus lebih mahal dari harga pasaran! Malah, ia lebih mahal dari harga kereta manual Myvi Special Edition. Pemain DVD dan TV LCD pula dibeli dengan harga RM16,100 walhal harga sebenarnya cuma RM2,182, iaitu 638 peratus perbezaan dengan harga asal.

Lebih menakutkan lagi, jumlah dan kadar hutang negara juga meningkat. Hutang kerajaan pusat pada tahun 2006 ialah RM242 bilion, dan ia kian melonjak setiap tahun. Kini pada tahun 2011, jumlah hutang kerajaan pusat ialah RM456 bilion!

Jika kita menganalisis kadar hutang negara berbanding KDNK, ia mencapai tahap 54.8 peratus. Jika melebihi paras 50%, ia boleh dikatakan amat merbahaya.

Trend menunjukan bahawa kadar hutang negara meningkat setiap tahun dan jika kita membuat andaian berdasarkan peningkatan hutang sejak tahun 2006, dan purata Kadar Pertumbuhan Terkumpul Tahunan adalah sebanyak 12 peratus hutang perbendaharaan negara akan terus melonjak kepada RM1 trilion (atau RM1,000 bilion) pada 2019.

Mengapa banyak hutang merbahaya? Kerana setiap individu rakyat akan menanggung kesannya di mana tidak lama lagi cukai akan dinaikkan atau cukai baru dicipta. Pelabagai jenis bayaran ‘perhidmatan’ akan diperkenalkan dan sebagainya yang membebankan lagi perbelanjaan keluarga.

Jika anda tidak yakin dengan Pakatan Rakyat dan bagaimana mereka boleh memperbaiki keadaan ini, lihat sahaja Laporan Ketua Audit Negara untuk negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Kesemuanya mengalami lebihan atau surplus belanjawan, dan pendapatan hasil negeri juga meningkat. Ini amat berbeza sekali dengan kesemua negeri-negeri Barisan Nasional yang mengalami defisit belanjawan dan hutang kerajaan negeri juga turut meningkat (kecuali Perak yang ditadbir oleh Pakatan di antara Mac 2008 dan Februari 2009).

Lebihan belanjawan ini pula digunakan untuk banyak lagi program rakyat di samping bentuan dan sumbangan tunai kepada keluarga miskin, warga emas, OKU, kanak-kanak dan mereka yang memerlukan. Tidak ada wang rakyat yang tiris atau bocor oleh pentadbiran negeri-negeri Pakatan.

Skandal duit ternak lembu diguna beli kondo mewah

Rata-rata semua orang tahu tentang skandal NFC (National Feedlot Corporation) yang melibatkan suami dan anak-anak Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil sehinggakan Utusan Melayu pun tidak boleh menutup skandal tersebut.

Apabila mula dilancarkan, sasaran NFC adalah untuk menghasilkan 60,000 ekor lembu setahun. Namun setelah tiga tahun beroperasi sejak 2008, hanya sejumlah 8,016 ekor sahaja dihasilkan, iaitu purata 2,672 setahun, bersamaan 4.45 peratus daripada sasaran asal. Maknanya ia gagal.

Untuk menghasilkan 8,016 ekor lembu tersebut, sejumlah RM141 juta telah dibelanjakan, iaitu jauh menyimpang dari anggaran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, iaitu hanya RM6.37 juta untuk menghasilkan 9,000 ekor lembu. Ini merupakan 22 kali ganda lagi mahal daripada anggaran kementerian. Maknanya kira-kira RM17,500 dibelanjakan untuk seekor lembu!

Kementerian juga mensasarkan projek ini akan menghasilkan 50,000 tan daging menjelang 2009 di mana 330,000 ekor lembu akan dikorbankan. Namun sehingga November 2010, hanya 5,752 ekor lembu telah dikorbankan. Ia amat tersasar dari anggaran asal.

Buatlah penilaian anda sendiri, siapa yang harus dipercaya? Fakta-fakta ini boleh didapati dari Laporan Ketua Audit Negara dan juga laporan Jabatan Haiwan dan Veterinar.

Siapa dapat projek RM250 juta tersebut? Keluarga menteri. Bagaimana wang tersebut dibelanjakan? Antaranya, kondominium mewah di Kuala Lumpur bernilai RM10.2 juta, kondominium mewah di Singapura bernilai RM9.9 juta, sebuah kereta mewah Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622, tanah premium di Putrajaya bernilai RM3.4 juta, dan macam-macam lagi perbelanjaan seperti pakej percutian dan sebagainya.

Pehimpunan agung UMNO

Tidak pernah dalam sejarah UMNO mahu pun UMNO Baru yang menyaksikan perhimpunan agung mereka yang seteruk tahun ini. Tiada agenda Melayu maju dan berdikari, yang ada hanya agenda kemandiran perkauman mereka yang semakin tidak relevan. Kasihan 3.3 juta ahli UMNO, hanya ini yang menjadi kebanggan mereka dek pimpinan yang sudah hilang adab sopan.

Ia bagaikan pesta memaki hamun dan memfitnah pembangkang semata-mata. Bagaikan siapa boleh cipta fitnah paling buruk, dialah yang terhebat. Siapa yang paling keras makian dan kata-kata kesatnya, dialah jaguh.

Antara pihak yang paling banyak difitnah ialah DAP. DAP difitnah sebagai ejen Kristian, ingin menubuhkan republik, tidak menghormati Raja, bersikap rasis dan pelbagai tuduhan lain yang amat tidak masuk akal. PAS dan PKR pula dikatakan sebagai pondan dan bapok.

Yang paling memalukan umat Melayu ialah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang yang berketurunan India Muslim, atas nama Allah SWT dan Rasulullah SAW, telah menggelar warga Malaysia yang menyokong DAP sebagai “bangsat”.

Sampai begitu sekali jijik dan kejinya politik mereka, tiada harapan lagi untuk dipulihkan. Tiada ruang untuk diskusi intelek. Tiada pemimpin yang boleh membawa arus perubahan positif untuk parti itu.

Lihat sahaja Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifudin Abdullah yang dikritik oleh puak-puak perkauman dalam partinya sendiri kerana beliau ingin melihat perubahan dalam UMNO supaya lebih relevan. Rakyat boleh melihat, dalam perhimpunan mereka itu bahawa sesungguhnya, pimpinan UMNO tidak layak dan tidak wajar menjadi pemimpin bukan sahaja peringkat kampung, apatah lagi menerajui Malaysia ke arah yang lebih tinggi.

Tranformasi hangat-hangat tahi ayam

Slogan-slogan yang menarik, akronim-akronim yang mengagumkan. Namun setakat di situ sahaja kita kagum. Kerana slogan-slogan dan akronim tersebut tiada sebarang makna mahu pun keikhlasan dari segi pelaksanaan mahu pun isinya.

Meski pun pada Hari Malaysia tahun ini Perdana Menteri mengumumkan pengkajian semula dan penghapuskan beberapa undang-undang zalim, jelas kepada kita bahawa transformasi yang dibawakan oleh beliau hanya seperti sesumpah yang berubah mengikut persekitaran.

Kononya mahu dimansuh Seksyen 27 Akta Polis dan membenarkan lebih banyak ruang kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun secara aman. Namun digantikannya pula dengan Akta Perhimpunan Aman (sedap namanya, jijik isinya) yang lebih teruk mengongkong daripada junta tentera Myanmar. Bila wakil rakyat membantah, tiada ruang diskusi diberikan. Bila Majlis Peguam memprotes, tidak dipedulikan sama sekali. Bila rakyat mahu bangkit, diberi amaran keras bahawa tindakan keras akan diambil.

Juga dalam kes tanda mercu Hilman et al v Government of Malaysia yang mana Mahkamah memutuskan bahawa Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah haram kerana bercanggah dengan Pelembagaan Persekutuan. Apa kerajaan UMNO-BN buat? Ia masih lagi mahu merayu terhadap keputusan tersebut agar mahasiswa tidak boleh terlibat dalam politik negara.

Transformasi? Hanya pada nama untuk mengaburi mata rakyat tetapi tiada pengisian. Kita tunggu sahaja dan lihat apa dia undang-undang yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kumpulan perkauman Melayu, Perkasa yang seiring dengan UMNO, sudah ‘memartabatkan’ ISA sebagai ‘Taming Sari’ orang Melayu. Kita sedang nantikan apa lagi tunggang terbalik Datuk Seri Najib Razak terhadap ISA dan akta-akta zalim lain yang akan diumumkan tahun hadapan.

KR1M: Sekali lagi yang miskin menjadi mangsa

Sebagaimana kita sedia maklum, disebabkan segala-gala harga barang naik dan kos sara hidup kian meningkat oleh kerana ketidakcekapan kerajaan pusat dalam menguruskan dana negara, maka timbulnya satu konsep Kedai Rakyat 1Malaysia yang bunyinya amat bijak.

Pertama, ia dilihat sebagai tindakan proaktif kerajaan untuk membantu rakyat, dan kedua, ia boleh dijadikan monopoli untuk kroni UMNO. Ia berharap dapat meringankan beban ekonomi keluarga dan dengan itu rakyat tidak akan bising dengan projek yang diberikan kepada kroni UMNO.

Namun, dengan subsidi RM40 juta yang kononnya mengurangkan beban rakyat untuk membeli barangan keperluan, terdapat banyak kepincangan dalam kedai konsep tersebut.

Antaranya, dakwaan bahawa barangan di kedai tersebut lebih murah daripada mana-mana pasaraya telah dibuktikan tidak benar. Tetapi yang lebih penting, ada barangan didapati tidak selamat untuk pengguna. Ini kerana bahan-bahan tersebut adalah barangan generik dan tidak mengikut tahap piawai yang ditetapkan oleh kerajaan sendiri seperti yang tertakluk dalam Akta Makanan.

Sebagai contoh, sos tiram KR1M terpaksa ditarik balik kerana didapati tidak selamat untuk pengguna. Susu kanak-kanak juga didapati melebihan had vitamin A yang ditetapkan Akta dan susu pekat manis telah melebihi peratusan gula 76 peratus yang dibenarkan.

Selain isu keselamatan, rata-rata produk tersebut amat mengelirukan pengguna kerana label barangan tidak tepat, dan kemudian terpaksa ditarik balik, seperti aiskrim, susu membesar, kari ayam, dan sardin.

Kita amat bernasib baik kerana pekara ini telah diutarakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dan kini sedang diperbaiki oleh Kementerian Kesihatan. Biar pun ada menteri UMNO yang cuba menjadikannya isu perkauman, akhirnya kebenaran telah timbul.

Ini hanya sebahagian kecil daripada masalah penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan pelbagai kesalahan yang telah dilakukan oleh pimpinan UMNO-BN terhadap rakyat. Semua ini akan mengalir dalam arena politik, ekonomi dan sosial negara pada tahun depan.

Pada 9 Julai 2011 puluhan ribu rakyat telah berkumpul secara aman di ibu kota menuntut pilihan raya yang bersih, adil dan telus. Polis bertindak dengan membelasah rakyat yang hanya mahu memartabatkan demokrasi dan kebebasan melalui Bersih 2.0. Ia petanda jelas tidak akan ada perubahan positif daripada kerajaan UMNO-BN.

Hanya kita sebagai rakyat mampu menghentikan segala kemungkaran ini pada 2012.

Sumber :Roketkini.com

JANJI BAPA MERDEKA

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Ungkapan ‘syarat’ ini menjelaskan keyakinan kita bahawa Merdeka hanya dapat diisi dengan menjaga tiga hak penting, iaitu Sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berparlimen dan hak asasi serta kebebasan sekelian rakyat. Sekelian rakyat bermaksud setiap individu, apa jua bangsa dan agama.

Kini kita seharusnya bertanya kepada diri sendiri, adakah kesemua ‘syarat’ ini telah dipenuhi oleh kerajaan yang dipimpin oleh Perikatan dan kini Barisan Nasional?

Ya, sistem Raja Berperlembagaan masih wujud. Ya, sistem Demokrasi Berparlimen juga masih utuh. Ya hak-hak asasi dan kebebasan juga ada jika dibandingkan dengan Myanmar, Korea Utara dan Syria.

Adakah semua jawapan ini sudah menjawab persoalan kita? Atau adakah semua jawapan ini sudah memadai? Jawabnya tentulah tidak.

Hak asasi dan kebebasan

Kita menyanjungi tokoh-tokoh kemerdekaan pelbagai kaum termasuk Tunku Abdul Rahman. Semua orang tahu Perdana Menteri pertama ini adalah tokoh UMNO.

Namun, adakah janji-janji Tunku ini benar-benar telah dilaksanakan oleh UMNO dan BN sejak beberapa dekad lalu tanpa sebarang sikap prejudis kepada semua bangsa dan ideologi politik?

Tunku di zamannya melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana punya sebab yang paling kuat, iaitu ancaman komunis yang merebak di kawasan bandar dan pinggir bandar pada awal 1960-an. Begitu juga ancaman dari luar di mana Indonesia pimpinan Sukarno semakin dipengaruhi Partai Komunis Indonesia.

Banyak parti-parti politik pada masa itu yakin dengan janji kerajaan bahawa pada suatu masa kelak, apabila gerakan bersenjata komunis terhapus, maka ISA turut dihapuskan. Malang sekali, apa yang telah berlaku selepas itu adalah sebaliknya.

Kita dapat lihat bagaimana ISA terus digunakan sewenang-wenangnya terhadap rakyat dan pimpinan parti politik pembangkang. Berapa ramai anak yang dipisahkan dengan bapanya, berapa ramai suami yang dipisahkan dengan isterinya dan berapa ramai pemuda kita yang hilang semangatnya?

Para pemimpin UMNO dan BN merasionalkannya dengan sebab-sebab yang tidak masuk akal dan tidak relevan sama sekali. Berbuih-buih mulut mereka mendakwa kononya keselamatan negara tergugat oleh peranan manusia yang ditahan itu. Hingga kini dakwaan itu tidak pernah dibuktikan.

Bukankah ini telah melanggar ‘syarat’ yang telah dimasyhurkan oleh Tunku ketika melaungkan ‘Merdeka’ pada 31 Ogos 1957?

Kini, janji tinggal janji. Bukan sahaja ISA mahu digantikan dengan dua akta baru yang juga mempunyai peruntukan untuk tahanan tanpa bicara, malah ditambah pula dengan Akta Pehirmpunan Aman yang bakal menghalang rakyat daripada berhimpun secara aman. Tidak ada tanda-tanda hak asasi dan kebebasan akan diberikan kepada rakyat.

Raja Berperlembagaan

Kini kita dapat lihat bagaimana silap mata UMNO mempergunakan institusi mulia Raja Berperlembagaan termasuk usaha yang memalukan institusi Raja-raja Melayu sewaktu isu pindaan Perlembagaan pada 1980-an dan 1990-an dahulu. Media massa dijadikan alat untuk menjatuhkan daulat raja-raja Melayu.

Pimpinan UMNO menggunakan pelbagai alasan untuk merasionalkan tindakan politik mereka tanpa mengira institusi yang mereka hina itu. Dalam kes ini, di mana peranan DAP pada masa itu? Adakah DAP turut menyokong pindaan Perlembagaan itu? Jawabnya tidak sama sekali.

Adakah UMNO mudah lupa? Bukankah ini juga melanggar ‘syarat’ yang telah Tunku sebutkan itu?

Kini DAP pula ditohmah dan difitnah kononnya mencabar institusi raja-raja Melayu. Mungkin anak-anak muda Melayu sudah lupa pengkhianatan pimpinan UMNO terhadap raja-raja Melayu. Terpulang kepada ibu bapa mereka untuk bersikap jujur dengan anak-anak mereka hari ini.

Demokrasi Berparlimen

Aadakah benar UMNO selaku parti yang memerintah paling lama telah menjalankan amanahnya dengan memberi keadilan yang wajar untuk rakyat menyertai proses demokrasi?

Jika ya, mengapa perhimpunan aman Bersih 2.0 lalu diharamkan? Jika ya, mengapa tuntutan Bersih 2.0 untuk pilihan raya adil, bebas dan bersih ditolak? Jiak ya, mengapa masih mengekalkan dan mahu menggubal pula undang-undang baru yang terus mencengkam kebebasan rakyat?

Selain tentang hak berpersatuan dan menunjuk perasaan (demonstrasi aman), adakah UMNO selaku pemerintah telah membantu mendidik rakyatnya dengan pengetahuan tentang konsep demokrasi? Berapa banyak forum mahasiswa telah dibatalkan? Berapa banyak forum tentang demokrasi, tentang hak asasi, tentang kebebasan akademik yang telah UMNO halalkan?

Pohon mati kerana akarnya

Soalan-soalan ini harus diasak secukup-cukupnya kepada UMNO dan BN. Mengapa? Kerana merekalah yang selama ini mendakwa dirinya sebagai parti paling baik, paling adil dan parti paling benar dalam perjuangannya.

Dalam Islam, apa hukumnya bagi memungkiri janji? Jika hendak mendidik DAP atau manusia yang bukan Islam, yang jahil tentang Islam atau buta tentang Islam, mereka yang mengakun diri wira Melayu Islam ini harus menunjukkan dahulu contoh teladan yang baik dan betul.

Para pemimpin yang kerjanya suka berbohong, lama-kelamaan menjadi korup. Bagi manusia yang korup, mereka sanggup berbuat dan menjual apa sahaja, baik atas nama bangsa, agama dan juga Raja.

Bak kata pepatah Melayu “siakap sinohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri”.

Sumber : Roketkini.com

MALAYSIA BARU NAJIB : MELEMBUKAN RAKYAT- ANTI DEMOKRASI



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan kerajaan bagi merealisasikan masa depan yang lebih baik untuk negara.

Najib berkata kejayaan bagi negara bukanlah sekadar mimpi, sebaliknya akan dapat dirangkul sekiranya semua pihak sanggup merancang dengan teliti dan bekerja keras bagi mencapainya.

"Tidak ada yang mustahil jika kita mampu mengimpikannya, sesungguhnya hari-hari yang terbaik kita masih berada di hadapan kita bukannya sudah tinggal dalam lipatan sejarah," katanya dalam perutusan Selamat tahun Baru 2012 yang disiarkan dalam blog www.1Malaysia.com.my hari ini.

Najib menyimpulkan 2011 merupakan tahun yang amat monumental kepada negara kerana ia telah menyaksikan lengkapnya “roll out” inisiatif dasar kerajaan di bawah payung Dasar Transformasi Nasional (DTN) (2011-2020) dan pengenalan siri keempat Rangka Rancangan Jangka Panjang Negara (RRJP) semenjak ia mula diperkenalkan pada tahun 1971.

DTN yang merupakan komponen terakhir dalam usaha merealisasikan Wawasan Kebangsaan untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, bermula dengan pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) diikuti Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta pelancaran Model Baru Ekonomi (NEM), Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

"Kesemua inisiatif dasar ini bukanlah sekadar pengumuman kosong mahupun tidak berpijak pada bumi yang nyata kerana jika dilaksanakan dengan betul dan mengikut jadual akan menyaksikan kemunculan sebuah Malaysia Baru".

Malaysia Baru menurut Najib merupakan sebuah negara yang bukan sahaja maju daripada segi ekonomi dengan kemakmuran yang dikongsi setiap strata dan segmen rakyat tetapi juga sebuah watan dengan tradisi demokrasi serta perbezaan pendapat yang membina dan membugar.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan tetap komited dengan program islah dan pembaharuan dalam semua bidang dan aspek kehidupan bernegara kerana inilah kehendak dan aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka.

"Inilah usaha demi generasi masa depan Malaysia yang berhak membesar dalam suasana harapan bukannya kemuraman. Kita tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang mahu menggagalkan matlamat mulia ini," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan percaya untuk membina sebuah Malaysia yang baru, negara tidak boleh terus terperangkap dengan bebanan sejarah lampau.

Atas dasar itu, kata Najib, di bawah PTP bagi mengimbangkan Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Negara misalnya, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memansuhkan tiga proklamasi darurat yang berkuatkuasa semenjak lebih empat dekad yang lalu.

Dengan semangat yang sama, kerajaan juga telah mengumumkan pemansuhan beberapa Akta yang berkaitan Keselamatan dan Ketenteraman Awam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri dan Seksyen 27 Akta Polis yang telah digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menjamin kebebasan individu untuk berhimpun secara aman seperti yang diperuntukkan undang-undang tertinggi negara, Perlembagaan Persekutuan, katanya.

"Usaha ini akan diteruskan dalam sesi Parlimen seterusnya pada tahun 2012 bagi memansuhkan ISA dan membentang rang undang-undang baru yang akan menggantikannya serta meminda AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan," katanya.

Beliau berkata melalui bajet rakyat 2012 yang baru diluluskan Parlimen, kerajaan hari ini juga telah meneruskan tradisi negara berkebajikan yang telah menjadi amalan kerajaan yang memerintah semenjak merdeka lagi.

"Kita tidak pernah melupakan nasib warga luar bandar mahupun warga bandar, golongan berpendapatan rendah mahupun kelas pertengahan serta mereka yang berpendapatan tinggi, kita akan sentiasa membela untung nasib seluruh rakyat Malaysia dan akan terus prihatin terhadap denyut nadi dan aspirasi mereka," katanya.

Sumber : Malaysiakini

INI LAGI RUPA BENTUK MALAYSIA BARU NAJIB

Seleweng Zakat: Jamil Khir terima kata dua dari Umno Bahagian Jerai?

Datuk Seri Jamil Khir yang dikaitkan dengan penyelewengan RM63,650 wang zakat MAiWP baru-baru ini turut menerima kata dua daripada Umno Bahagian Jerai, Kedah.

Beliau dilaporkan memberi layanan dingin dengan beberapa pemimpin Umno bahagian Jerai kerana menasihatkan beliau supaya selesaikan masalah peribadi demi masa depan parti.

Sumber tempatan mendedahkan, Umno Bahagian turut mendesak Jamil supaya segera selesaikan skandal tersebut sekiranya masih mahu meneruskan hasrat bertanding di Parlimen Jerai.

“Ini bukan masalah beliau (Jamil) calon pilihan Najib atau tidak, ini masalah hidup mati Umno di sini (parlimen Jerai) sekiranya Umno terlibat dalam hal-hal agama (seleweng duit zakat).

“Tidak ada gunanya kalau beliau berjaya menggunakan kedudukannya mengambil duit kementerian untuk taja 2O (hingga) 30 pemimpin masyarakat tempatan pergi haji baru-baru ini kalau semua orang kampung percaya beliau seleweng duit zakat,” ujar pemuda Umno berkenaan.

Parlimen Jerai ketika ini disandang oleh Ustaz Firdaus Jaafar yang juga ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Nik Nazmi: Mengapa PM lindungi kes seleweng zakat Jamil Khir?

Amalan rasuah dalam kerajaan pusat kian menyerlah apabila Menteri Umno di Jabatan Perdana Menteri (JPM) bernama Datuk Seri Jamil Khir yang dikaitkan dengan penyelewengan wang zakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak nyata melindungi Jamil walaupun nyata menteri agama itu menyalahguna wang zakat bagi membiayai kos guaman menghadapi permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang terus-menerus mendesak kes skandal ini berkata beliau berterima kasih kepada Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Che Mat Che Ali kerana memberikan penjelasan.

Beliau bagaimanapun berkata, penjelasan yang diberikan Che Mat bercanggah dengan beberapa perkara yang masih menjadi tanda tanya.

“Che Mat menganggap isu yang dibangkitkan ini berbaur politik namun jawapan Che Mat bercanggah dengan beberapa pihak yang tiada kaitan dengan Pakatan Rakyat termasuk penjelasan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim (pada 21 Jun 2011) yang mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat.

“Pada 23 Jun 2011, peguam pula meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan tentang penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman dan laporan Ketua Audit Negara yang mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ,” katanya di The Malaysian Insider.

Justeru beliau meminta Che Mat memberikan penjelasan tentang percanggahan yang berlaku termasuk mengenai prosedur permohonan peruntukan yang diluluskannya selaku setiausaha.

Semalam Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Dr Muhammad Yamin Ismail mengatakan pembiayaan kos guaman Jamil Khir dan dua lagi pegawai kanan agensi itu dalam menghadapi kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil daripada geran kerajaan.

Laporan Audit Negara sebelum pada itu telahpun mengesahkan sebanyak RM63,650 telah dikeluarkan daripada dana zakat MAIWP bagi mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk ketiga-tiga mereka.

“Namun dalam hal ini sewajarnya Jamil Khir yang tampil menamatkan sebarang keraguan,” tegas beliau.

Sumber : DI SINI DAN DI SINI