DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, May 29, 2011

JANJI PR-REFORMASIKAN SISTEM KEADILAN NEGARA

WIRA ARJUNA : MUSIM AHLI POLITIK 'GILA TALAK' JENGUL LAGI DALAM UMNO

Memang patut Datuk Nakhaie Ahmad meninggalkan PAS dan menyertai Umno.

Ini bukan kerana ideologi mahupun cara pengurusan atau kepemimpinan PAS yang tidak betul, tetapi personaliti seperti Nakhaie memang tidak sesuai berdiri dalam saf perjuangan PAS.

Rumusan ini boleh dibuat daripada kenyataan Nakhaie yang dipetik oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia semalam. Dalam kes pelbagai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim, Nakhaie mengesyorkan supaya ulama PAS membuat penyiasatan sendiri akan kebenaran tuduhan-tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar.

Matlamat Nakhaie ialah supaya PAS kemudian boleh membuat pendirian tegas berhubung isu kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar.

Sekali imbas mungkin nasihat bekas naib pesiden PAS itu ada logiknya. Namun mengambil kira Nakhaie ini adalah orang yang pernah bermufarakah dari jemaah PAS, apa yang dapat disimpulkan daripada saranannya tentu berbaur politik.

Nakhaie ingin menabur jasa menyelamatkan Umno yang sedang menggelepar dalam gelanggang politik. Nakhaie sedar pemikiran politik Umno sekarang ialah ia perlu dapatkan sokongan Melayu semula.

Jika orang Melayu bersatu di bawah Umno, pasti parti berusia 65 tahun itu tidak akan jadi parti pembangkang selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.

Sebab itu, Nakhaie cuba menjadi guru tuisyen politik kepada ulama PAS – siasat sendiri tuduhan terhadap Anwar dan kemudian nyatakan pendirian sama ada hendak terus dalam Pakatan Rakyat atau bergabung dalam usul “penyambung hayat” Umno membentuk kerjasama dan perpaduan dengan PAS.

Memang terdesak

Nakhaie memang terdesak. Kontrak sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah - habuan terbaik yang diperolehinya kerana cuba menggadaikan maruah PAS dengan mentalak jawatan naib presiden PAS dan bersenggama dengan Umno – kini sudah jatuh ke tangan orang lain. Beliau tiada kedudukan dalam Umno dan tidak mungkin berpeluang menjadi calon Umno dalam pilihanraya akan datang.

Lantas inilah ketika yang sesuai pada fikiran Nakhaie untuk membuktikan pada kepimpinan Umno, beliau masih ada guna dalam parti itu. Pada congakan Nakhaie jika ada ulama PAS memberi reaksi akan cadangannya itu, tentu ia akan dapat menggoncang perpaduan PAS.

Memang diketahui umum, perpaduan dalam PAS hari ini amat kental. Malah bak kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Kepimpinan PAS, Abdul Halim Abdul Rahman, beliau amat tenang menjalankan proses pemilihan parti yang akan berlangsung minggu depan, walaupun ia adalah paling sengit dalam sejarah PAS.

Justeru bagi Nakhaie jika saranan beliau itu dapat menggugah sedikit perpaduan PAS, tentu Umno akan terhutang budi padanya.

Kegoyahan perpaduan PAS bererti pendirian tegas PAS agar tuduhan salahlaku seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim diselesaikan mengikut perintah Allah – laksana hukum qazaf – mungkin berubah dan PAS mungkin boleh dipujuk untuk keluar Pakatan Rakyat dan membuka pintu rundingan dengan Umno.

Pemikiran Nakhaie ini memang Umno. Hal ini disahkan oleh Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang bercakap di mesyuarat perwakilan Umno Bukit Gantang di Taiping semalam bahawa Umno hanya boleh mengekalkan kuasa jika ada perpaduan di kalangan parti itu dengan PAS.

Adalah jelas Umno memang terdesak sekarang. Sebab itu, golongan yang sudah lama terpinggir dari arus kepimpinan Umno cuba mencari-cari jalan untuk kembali ke arus perdana parti itu.

Tan Sri Isa Samad, bekas Naib Presiden Umno yang pernah terpelanting dari barisan kepemimpinan Umno kerana rasuah dalam pemilihan parti, kini sudah dapat peluang jadi calon pilihan raya kecil tahun lalu. Kemungkinan beliau kembali memimpin Negeri Sembilan adalah terbuka.

Katak melompat

Begitu juga dengan bekas ketua pemuda Umno dan juga mantan ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik. Beliau diberikan tempat untuk memimpin Risda. Tidak puas dengan itu, Rahim membentuk regu 'Datuk T' yang menaja dan menjaja video seks yang cuba dikaitkan dengan Anwar.

Nampaknya, dalam keadaan Umno yang cemas menghadapi pilihanraya umum ini, ahli politik “aliran katak melompat parti” seperti Nakhaie, Zulkifli Noordin, Rahim Thamby Chik, menghidu peluang untuk menggunakan talian hayat politik masing-masing untuk kembali ke barisan pimpinan utama Umno. Persamaan mereka ialah mereka menggunakan modal yang sama – pertikai dan aibkan Anwar Ibrahim, orang yang paling digeruni oleh Umno hari ini.

Bagi mereka harapan ini bukan mustahil dicapai. Selain Isa Samad, mereka melihat paling berjaya mendekati Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sekarang ialah Datuk Ibrahim Ali. Dengan menggunakan pendekatan ultra-Melayu Ibrahim dan PERKASA, Ibrahim semakin hari semakin dilihat “berguna” untuk menggertak orang Melayu supaya bersatu di bawah pimpinan Umno.

Namun Nakhaie pula berhajat menggunakan pendekatan lebih “berani dan berbaloi” bagi mencapai maksud “memaksa” orang Melayu berlindung di bawah payung Umno. Nakhaie cuba menyergah ulama-ulama PAS supaya “bangkit” dan ambil pendirian tinggalkan Anwar dan Pakatan Rakyat.

Dalam congakan Nakhaie, jika ini bisa dilakukan, tentu habuan untuknya kali ini lebih besar daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Porak-perandakan PAS

Saat yang dipilih oleh Nakhaie untuk memporak-perandakan PAS ialah di ambang pemilihan kepimpinan PAS minggu depan. Namun Nakhaie kurang bernasib baik.

Ulama PAS kini kental pandangan politik mereka hingga langsung tiada persaingan dalam pemilihan Dewan Ulama. Sergahan Nakhaie pasti tidak menjadi.

Jika Nakhaie berharap ada calon yang bertanding dalam pemilihan PAS kali ini akan mengutip saranannya dan menggugah perpaduan dalam parti, beliau pasti hampa. PAS hari ini bukan seperti PAS yang ditinggalkannya dahulu.

Walau bagaimana ganas atau lembut serta liciknya pujukan serta cabaran yang dihadapinya, perpaduan PAS tidak akan tergugat. Bak kata pepatah, biduk lalu kiambang bertaut. Itu sifat politik PAS.

Perpaduan PAS diikat oleh ideologi tauhid. Tiada permainan politik yang boleh merungkai prinsip yang berpaksi aqidah. Mungkin Nakhaie telah terlalu lama meninggalkan jemaah PAS. Sebab itu dia gagal membaca pemikiran perjuangan PAS hari ini.

Atau, mungkin juga Nakhaie memang tidak pernah faham apa sebenarnya perjuangan PAS. Sebab itu, walau sudah menduduki kerusi naib presiden PAS, Nakhaie berasa rimas “ghanimah” perjuangan yang diharap-harapkan tidak kunjung tiba. Sebab itu, agaknya, beliau melompat ke pangkuan Umno.

Sumber : DISINI

ULASAN :

Sah. UMNO akan kecundang dalam PRU ke-13.

Melihat senareo politik UMNO masa kini, nampaknya UMNO semakin kecut perut untuk masuk bertanding dalam PRU itu.

Oleh itu, UMNO mengatur pelbagai strategi menghalau Anwar Ibrahim dari medan pertempuran dalam arena politik Negara ini. Berbagai cara digunakan bagi tujuan tersebut. Najib dan setan-setan pemeliharaannya sedar kekuatan Pakatan Rakyat terletak di bahu Anwar. Dengan sebab itu setiap hari media-media pandi kutty miliknya menyalak sakan bagaikan seorang anjing kelaparan.

Strategi ini sudah diketahui umum. Tidak ada sebab Anwar perlu meninggalkan arena politik buat masa ini menjelang PRU ke-13. Biarkan rakyat tentukan. Bukan setan-setan peliharaan Najib.

Sayang seribu kali sayang, masalah Anwar sahaja yang sering dibangkitkan. Masalah Najib disembunyikan. Walaupun Najib seringkali menafikan yang ia tidak terlibat dengan kes pembunuhan Altanttuya Shaaribu, tetapi persepsi rakyat sebalinya. Razak Baginda kawan rapat Najib (Pemikar Najib) dan dua pegawai polis yang terlibat itu juga adalah pegawai Najib.

Patutnyalah media-media pencacai ini perlu mendesak penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes pembunuhan Altanttuya Shaaribu dan kes rauah jual beli kapal selam. Ini yang lebih afhdal kerana Najib PM. Sebagai seorang PM, ia perlu kelihatan bersih. Pada pandangan rakyat Najib masih kelabu lagi.

Tidak perlu susah-susah menyuruh Anwar berundur kerana Anwar belum tentu boleh jadi PM.

Bersihkan Najib itu dulu!

UMNO KAKI PENIPU

ASPAN ALIAS menulis : Bermula dengan retorik slogan bersih, cekap dan amanah dahulu. Akhirnya bersihnya berkurangan , cekapnya tiada dan jauh sekali beramanah. Zaman slogan ini lah pelacuran terhadap semua institusi demokrasi berleluasa dan di zaman ini jugalah korupsi dan sifat tidak amanah itu mula hidup subur. Akhirnya zaman slogan ini berkumandang inilah segala budaya negatif dalam politik dan kerajaan menjadi masalah kepada negara dan kita sekarang sedang berperang mulut di atas isu-isu ini.

Sejak dari saat itu semuanya telah hilang dari kawalan seolah-olah kereta dipandu hilang kawalan sehinggakan terjunam ke dalam gaung yang dalam dan tidak tahu bila boleh keluar dari kejatuhan yang begitu dalam itu.

Apabila seorang lagi pemimpin datang dia minta pula semua orang bekerja bersama beliau dan jangan bekerja untuk beliau. Akhirnya kerja pun tak ada untuk kita bekerja dengannya sampailah beliau meletakan jawatan.

Datang pula seorang pemimpin yang lain dengan slogan 1Malaysia. Entah mana letaknya 1Malaysia itu kita pun tak tahu. Satu Malaysia tak faham sehinggakan Dr Mahathir sendiri mengaku tidak faham. Slogan hanya tinggal slogan. Masih lagi sekolah Cina naik macam cendawan tumbuh. Setahu saya jika benar untuk menjayakan 1Malaysia ianya mesti bermula dari sekolah dengan hanya mengadakan satu jenis sekolah sahaja seperti di Indonesia dan Thailand misalnya. Saya tidak menerima slogan ini kerana saya bersetuju dengan adanya sekolah yang berbagai di dalam negara ini.

Lain yang dislogankan lain pula yang dibuatnya. Ini semua membuatkan orang tertanya-tanya, mana dia 1Malaysia itu. Maka ini satu slogan yang lain. Kita akan menyanyikan slogan yang berlainan mengikut siapa yang memimpin. Tidak ada dasar yang kekal untuk rakyat melaksanakannya. Dulu tidak ada slogan-slogan canggih tetapi tidak pula ada banyak masalah yang membebankan rakyat. Seingat saya hanya satu slogan yang amat berjaya di dalam sejarah negara, iaitu slogan Muhibbah. Tetapi slogan itu telah dibiarkan begitu sahaja kerana tidak secucuk dengan pimpinan Dr Mahathir itu.

Lepas pimpinan Najib ini tidak tahu slogan apa pula yang akan dinyanyikan media letronik kerajaan. Akhirnya kita kenyang dengan slogan. Dalam pada itu sahajalah rakyat dikelirukan semata-mata kerana hendak meletakan jenama kepada kepimpinan yang memimpin waktu itu. Sekarang kita boleh mengagak mana pemimpin yang akan berjaya atau mana pemimpin yang akan gagal semasa awal-awal pemerintahannya. Jika pemimpin itu bermula dengan slogan yang canggih-canggih, kita boleh membuat penialaian awal yang 'conclusive'. Pemimpin itu akan gagal dan dia akan terus-terusan beretorik kosong.


Slogan-slogan sekarang ini ibarat lagu pop yang hanya popular sementara sahaja. 1Malaysia kata orang 1Malaysia kata kita. Hasilnya entah di mana. Yang sesuai dengan kehendak negara masih lagi slogan Muhibbah sebenarnya. Slogan ini amat penting kerana rakyat tidak lagi hidup dalam muhibbah samada intra kaum mahu pun inter kaum.

Dalam perpecahan rakyat yang mendapat keuntungan dan labanya ialah pemimpin yang lemah yang disaluti dengan imej rasuah dan imej-imej yang tidak keruan. Ramai orang yang menyampah kerana saya tidak berhenti bercakap tentang rasuah. Mereka kata mereka sudah jemu dengan isu itu.

Kepada mereka yang memberikan pendapat itu, saya ada jawapannya. Perasaan jemu saudara itu merupakan perasaan yang ‘mutual’ dengan perasaan saya sendiri. Mereka jemu kerana saya tidak berhenti menulis tentang isu rasuah, saya pula jemu kerana ramai pemimpin yang tidak berhenti melakukan rasuah itu.

Isu yang terkini, iaitu isu tanah lapangan terbang tentera udara Sg Besi merupakan satu lagi yang akan menimbulkan kemarahan rakyat ramai. Semua orang tahu apa yang sedang berlaku di dalam kes ini dan siapa yang mendapat laba besar dengan pemindahan lapangan terbang ini ke Sendayan Negri Sembilan. Segala khabar angin tentangnya dahulu sudah menjadi kenyataan.

Satu lagi khabar angin yang akan menjadi kenyataan ialah tentang harga tanah yang bakal dibayar oleh 1Malaysia Development kepada kerajaan. Blog ini tidak payah bersusah payah memberitahu apa-apa lagi. Semuanya akan terbongkar dan menjadi pengetahuan umum.

Apa pula alasan yang akan diberikan oleh penyokong membuta tuli terhadap pimpinan yang hangat dipersoalkan rakyat ini. Yang rakyat persoalkan ialah moral yang menyelubungi projek pembangunan yang akan dilakukan oleh 1Malaysia Development ini.

Kita diminta menyokong segala kerja yang tidak mempunyai moral ini. Kita tidak faham kenapa ada setengah orang yang tidak boleh nampak tanah rakyat yang kosong. Apabila nampak sahaja tanah kosong mereka akan menjadi seperti anjing nampak tulang..air liornya melelih tidak dapat dikawal.

Nasib baik mereka ini tidak jadi pemimpin Saudi Arabia. Kalau mereka menjadi pemimpin Saudi Arabia tidak terkejut kalau Ka’abah pun dialihnya. Kerana apa? Kerana ‘fulus’. Ada ‘fulus’ semua boleh lulus.

MELAYU PP MISKIN SEJAK BN PERINTAH LAGI : TAPI LA NI APA SEBAB SIBUK SANGAT DENGAN NASIB MELAYU_SEBABNYA PARA PEMIMPIN UMNO MIS SYURU

Melayu Pulau Pinang miskin sejak zaman BN lagi

INILAH NASIB SI MISKIN HIDUP DALAM NEGARA BERCIRIKAN FIRAUN

Keluarga adik Johari kesal 'layanan' hospital

SETUJUKAH ANDA DENGAN TUAN IBRAHIM TUAN MAN?

Alih isu barang naik, Malaysia seperti India

Saturday, May 28, 2011

UMNO MEMUTARBELITKAN FAKTA UNTUK MERAIH SOKONGAN MELAYU DALAM PRU KE-13

DAP dituduh mahu memperbodohkan orang Melayu sedangkan realitinya rakyat sendiri sedar bahawa parti tersebut hanya bersandiwara untuk mendapatkan kuasa.

Jawapan: Siapa yang memperbodohkan siapa? Orang Melayu semakin sedar realiti semasa bahawa UMNO semakin terdesak untuk mengekalkan kuasa. Kebanyakan pemimpin UMNO takut untuk berubah kerana ubah bererti pentadbiran telus dan adil manakala penyelewengan dan salah guna kuasa dapat dikurangkan kalau tak dihapuskan pun – ini juga bererti segala perubahan positif itu akan menutup peluang kebanyakan pemimpin UMNO dan kroni mereka mengaut keuntungan untuk diri dan keluarga mereka sahaja atas nama “Melayu”.

DAP dituduh menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan bagi meraih kedudukan kuasa politik semata-mata.

Jawapan: Siapa yang sebenarnya menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan untuk mendapat keududukan? Bukankah para pemimpin UMNO yang hidup senang-lenang sedangkan masih ramai Melayu miskin bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di dalam bandar?

DAP dituduh tidak tahu menghargai apatah lagi untuk menghormati kebersamaan dan peranan yang dimainkan oleh semua kaum di negara ini malah sebaliknya mereka berbuat baik dengan orang Melayu kerana ada agenda tersembunyi.

Jawapan: Bukan sahaja DAP menghormati kebersamaan dan peranan semua kaum, malah DAP mengamalkannya dan bukan cakap kosong. DAP bersama PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat mengamalkan pentadbiran cekap, akauntabel dan telus, dan ini dibuktikan di semua pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Siapa yang ada agenda tersembunyi? Siapa yang menjerit 1Malaysia dan 1Melayu 1Bumiputera dalam nada dan nafas yang sama? Siapa yang memberi amaran kepada MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain parti komponen BN supaya jangan pertikai amalan dan kepimpinan UMNO?

DAP dituduh parti yang akan gunakan apa sahaja cara asalkan dapat mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan kuasa.

Jawapan: Para pemimpin dari parti mana yang menggunakan apa sahaja cara asalkan dapat mengekalkan kuasa termasuk memfitnah kononnya ada usaha menubuhkan negara Kristian, kononnya mahu merampas hak Melayu? Yang terbukti membuat tuduhan-tuduhan ini adalah para pemimpin UMNO.

DAP dituduh tidak akan mengiktiraf orang Melayu dan meletakkannya di tempat yang tinggi kecuali mempunyai agenda tersembunyi.

Jawapan: Undang-undang tertinggi di Malaysia adalah Perlembagaan Persekutuan. DAP dan Pakatan Rakyat menjunjung Perlembagaan. Segala apa yang hak kepada orang Melayu dan kaum-kaum lain diberikan sepenuhnya oleh pentadbiran negeri-negeri Pakatan. Sebagai contoh, di Pulau Pinang, nasib dan kebajikan orang Melayu dijaga dengan baik tanpa menafikan hak-hak kaum lain. Guru-guru agama Islam, para huffaz, para warga tua dan mereka yang memerlukan sentiasa dibela. Pulau Pinang yang mempunyai dua majlis perbandaran MPPP dan MPSP masing-masing diketuai dua wanita Melayu Islam, yang pertama di Malaysia. Di mana bukti kononnya orang Melayu tidak diiktiraf oleh DAP? Tak kan cara UMNO bagi t-shirt percuma kepada para belia dalam kursus-kursus mereka sudah dianggap mengiktiraf orang Melayu…

DAP dituduh mahu orang Melayu menjadi ‘pak turut’ kepada mereka yang boleh dicucuk hidung, ‘disuruh angguk mereka angguk, suruh geleng mereka geleng’ seperti yang telah berlaku di Perak sewaktu diperintah pembangkang dan juga di Selangor ketika ini.

Jawapan: Ini kes kronik mata rabun seorang pemimpin UMNO, ‘kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak’. Tanyalah orang Melayu, Cina, India, Orang Asli atau sesiapa sahaja di Selangor dan Perak; bantuan dan pertolongan yang disumbangkan oleh kerajaan negeri Pakatan, kalau pun tak terlalu hebat, jauh lebih baik hari ini berbanding zaman kroni UMNO-BN sahaja yang sapu bersih dahulu. Malah banyak lagi sumbangan yang mampu diberikan oleh kerajaan negeri Pakatan jika Kerajaan Pusat tidak menyekat bantuan. Malah Kerajaan Pusat masih berdegil enggan memberi hak royalti minyak yang menjadi hak sah negeri Kelantan. Mengapa masih ramai Melayu miskin di negeri-negeri di bawah pemerintahan UMNO? Apakah kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak sudah kaya-raya dan hidup mewah makmur di bawah pemerintahan BN? Jadi siapa yang mahu Melayu jadi pak turut yang boleh dicucuk hidung? Siapa yang tahu ada kura-kura dalam perahu tapi pura-pura tak tahu? Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

DAP dituduh untuk menimbulkan kekeliruan kepada rakyat, menjadikan masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa merasa tercabar serta marah, berlaku prasangka antara kaum sehingga keamanan negara tidak terjamin.

Jawapan: Siapa yang memfitnah angkara menubuhkan negara Kristian? Siapa yang mengadu domba kaum-kaum di Malaysia? Siapa yang sering memberi amaran kepada masyarakat pelbagai kaum supaya jangan menegur atau mempertikaikan amalan buruk UMNO? Siapa yang memfitnah Anwar Ibrahim? Siapa yang memfitnah Tok Guru Nik Aziz? Siapa yang memfitnah Lim Guan Eng? Siapa yang menggelar kaum India dan Cina sebagi pendatang? Siapa yang mencetuskan kekeliruan sehingga keamanan negara tidak terjamin?

DAP dituduh merencanakan alternatif lain dengan menjadikan orang Melayu pula calon dalam parti mereka.

Jawapan: Siapa yang sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri? Sejak bila parti politik tidak boleh menjadikan orang Melayu sebagai calon? Apakah itu hak UMNO semata-mata untuk meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya? DAP sebagai parti pelbagai kaum telah dan akan terus meletakkan calon-calon Melayu dalam pilihan raya, sebagaimana yang dilakukan sejak penubuhannya 45 tahun lalu. Malah DAP sentiasa meletakkan calon Melayu sepanjang 10 pilihan raya yang disertainya dan akan terus berbuat demikian selaras dengan prinsipnya sebagai wadah pelbagai kaum.

Sumber : Roketkini.com.

ULASAN TAMBAHAN :

Hendak tanya UMNO dan para pemimpinnya sedikit : Di antara DAP dan UMNO, siapakah yang lebih mengancam survival orang-orang Melayu?

1. DAPkah yang melesapkan hampir separuh tanah rizab Melayu? Dari kira-kira tiga juta hektar negara menyambut kemerdekaan dulu, kini hanya tinggal 1.7 juta hektar sahaja. DAP yang belasahkah atau UMNOputra menghentamnya untuk kekayaan peribadi dan terus untuk memperhambakan orang Melayu?

2. DAPkah yang melakukan pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 dahulu yang kawasan Melayu menjadi minority. Kawasan pilihan raya di negeri-negeri majority Melayu tidak ditambah?

3. DAPkah yang menjadikan peneroka Felda yang rata-ratanya orang Melayu tidak ubah seperti rakyat India yang miskin sedangkan negara mereka kaya-raya,malah para pemimpin UMNO memiliki kekayaan yang melimpah ruah?

4. DAPkah yang kendurikan saham RM50 bilion-saham Bumiputera yang kini hanya tinggal RM2 billion sahaja?


5. DAPkah yang berpakat dengan Gerakan memingirkan orang-orang Melayu Pulau Pinang yang kini hanya tinggal gusi dan lidah sahaja, sedangkan para pemimpin UMNO memiliki kekayaan yang luar biasa sekali?

6. Adakah MCA, Gerakan dan MIC baik sangat terhadap orang-orang Melayu? Tidak cukupkah lagi apa yang berlaku kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang ketika negeri itu diperintah oleh Gerakan?


7. DAPkah yang suatu masa dahulu merentap bantuan sekolah-sekolah agama rakyat (SAR)?

8. DAPkah yang bunuh orang-orang Melayu Islam di Memali dan di Lubok Merbau?

Kesimpulannya, UMNO dan para pemimpinnya memang merupakan pengkianat bangsa dan agama. Mereka berterusan menjadikan orang Melayu sebagai hamba kepada pemimpin. Kehidupan orang Melayu masih mundur dan terpinggir berbanding dengan bangsa-bangsa lain walaupun sudah diberi masa 54 tahun untuk merubahkan kedudukan social, ekonomi dan pendidikan orang Melayu, tetapi UMNO gagal melakukannya. Orang Melayu masih ditakuk lama, lebih baik sedikit berbanding di zaman penjajah dahulu.

NEGARA BERCIRIKAN PEMERINTAHAN FIRAUN-PAPA GOMO TIDAK AKAN DISIASAT-DIA AKAN SELAMAT KERANA DIA MENYOKONG UMNO

CIRI-CIRI FIRAUN MEMANG WUJUD DALAM REGIM NAJIB MEMERINTAH MENYAMAI PEMERINTAHAN FIRAUN

SUDAH TIADA TEMPAT RAKYAT MENGADU-SEMUANYA DIRESAPI OLEH AGEN NAJIB PANDI KUTTY

AGEN DSAI....: YB Kalid Samad Cabar!! Polis Apco Yahudi Umno!!(vi...: "TVSelangor09 26052011 Video Seks Bocor Polis Digesa Siasat Segera Lagi polis kena belasah teruk....!!! Tengok Klik SINI"

AKU SENDIRI NAIK PENING KEPALA MEMIKIRKAN TUGAS POLIS INI-JAGA RAKYAT KE ATAU JAGA UMNO

AGEN DSAI....: Polis FRU ‘sambut’ DSAI di Muar: "MUAR: Sanggup diperalat parti pemerintah, polis menggunakan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menakut-nakutkan rakyat dari mengikuti ..."

NAJIB DAN PENGIKUTNYA TIDAK PERLU MINTA MAAF KERANA MEREKA TUHAN SEPERTI FIRAUN YANG MENGAKU DIRINYA TUHAN

AGEN DSAI....: Nik Aziz: Pemfitnah harus minta maaf: "Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarankan pihak yang menabur fitnah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tampil memohon ma..."

Friday, May 27, 2011

5 LETUPAN KUAT GEGARKAN TRIPOLI

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya lima letupan kuat menggegarkan ibu negara Libya, Tripoli, awal pagi ini dengan kawasan sasaran jet pejuang NATO masih tertumpu di kediaman Muammar Gaddafi.

Lintasan pesawat pejuang boleh kedengaran di kawasan letupan pertama sekitar jam 11.20 malam waktu tempatan, sebelum dissusuli empat letupan bom dalam beberapa minit.

Serangan NATO juga mensasarkan kampung Gaddafi, di Daerah Al-Aziziya district pada malam kelmarin dan lewat malam tadi menyebabkan tiha orang awam terbunuh manakala lebih 150 cedera. - AFP

ULASAN :

Peringatan Kepada regim UMNO.

Perkara seumpama ini bukan mustahil akan berlaku di Malaysia satu hari nanti apabila regim UMNO yang berkuasa terus menerus menekan dan menzalimi rakyat. Apabila rakyat bangkit untuk menuntut keadilan, hak itu dinafikan dan hak demokrasi untuk rakyat untuk bersuara disempitkan dan dimatikan untuk mengekalkan status quo UMNO memerintah.

Rakyat tempat hilang hak mengadu. Seluruh system negera berpihak kepada regim yang memerintah, kehidupan rakyat terus ditekan dan dizalimi,rakyat lemah untuk menentang pemerintah yang gagah perkasa, maka jalan keluar yang ada ialah meminta bantuan dari luar.

Campur tangan asing, walaupun pahit dan akan memberi kesan yang buruk terhadap politik Negara,rakyat tidak mempunyai pilihan lain bagi menumbangkan regim yang beraja di mata, bersultan di hati kerana rakyat sudah segala-galanya. Rakyat tidak mempunyai kuasa dan kudrat untuk menentang regim yang kurop dan zalim itu yang menguasai segala jentera dan senjata untuk memusnahkan rakyat yang menentangnya.

Campur tangan asing bukanlah asing bagi sejarah ketamadunan Melayu. Kejatuhan kerajaan Temasik (Singapura lama) adalah kerana kerajaan yang diperintah oleh Raja Iskandar Zulkarnain melakukan berbagai kezaliman terhadap rakyat. Raja Iskandar telah melanggari perjanjian di antara Raja dengan Demang Lebar Daun sehinggalah sampai ke satu tahap yang melampau batas-batas agama, maruah,harga diri seseorang dan sudah hilang prinsip-prinsip keperimanusian.

Fitnah memfinah menjadi budaya. Golongan yang kuat dan berkuasa menekan golongan lemah dan tidak berkuasa. Anak gadis Sang Rajuna Tapa difitnah berzina dan ianya disula dihadapan khalayak ramai.Hukuman dan tindakan Raja ini sangat menghina dan memalukan seluruh keluarga Sang Rajuna Tapa yang merupakan salah seorang pembesar Temasik.

Majapahit sebuah Negara yang bercita-cita besar untuk menguasai Temasik yang kaya-kaya telah mempergunakan Sang Rajuna Tapa (berpaling tadah kerana tidak tahan lagi dengan kezaliman Raja yang menghukum anaknya (dan juga rakyat turut tersika) yang tidak berdosa bertindak membuka pintu kota bagi membantu Majahit menyerang dan menawan Temasik. Akhirnya Temasik jatuh ke tangan Majapahit dan raja sempat menyelamatkan diri dan melarikan diri.

Wujudnya watak Hang Jebat dalam catatan sejarah Melayu adalah gambaran kerakusan dan kezaliman Sultan (pemerintahan) yang memeritah ikut nafsu setan yang bersarang di jiwa yang kotor yang tidak berpegang kepada ajaran agama dalam system bernegara. Percaturan politik dalaman (dendam kesumat dan semangat PHD) beransur-ansur melemahkan system pemerintah Kesultanan Melayu Melaka yang mashyor ke seluruh nusantara dan dunia.

Kemuncaknya, apabila datang fitnah terhadap Bendahara Tun Perak yang kononnya dikatakan Bendahara bersiap sedia dengan segala kelengkapan untuk merampas kuasa (mengulingkan pemerintahan Sultan). Sultan Mahmod yang mendengar berita itu terus mengeluarkan perintah (sultan memang menanti waktu dan ketika yang baik kerana baginda berdendam dengan Bendahara kerana tidak menyembahkan anak perempuan Bendahra, Tun Fatimah kepada Sultan untuk dijadikan isteri kerana kebetulan sultan ketika itu tidak ada isteri) menghapuskan seluruh keluarga Bendahara Tun Perak yang tidak berdosa dan tidak ada niat langsung untuk menderhaka kepada sultan, kecuali Tun Fatimah tidak dibunuh, malah diangkat sebagai permaisuri pula.

Akhirnya, system pentadbiran Melaka menjadi kucar-kacir dan dengan mudah Portugis menyerang dan menawan Melaka serta menyahkan sultan dan kerabatnya keluar dari Melaka merantau di negeri orang sehingga kini Melaka tidak beraja.

Sejarah tidak pernah penipu manusia, tetapi manusia yang menipu dirinya sendiri. Banyak ayat-ayat dalam al-Quran mengkisahkan kezaliman pemerintah tamadun terdahulu supaya manusia hari ini mengambil aktibar, tetapi regim UMNO yang berkuasa hari ini gagal menjadikannya sebagai sempadan dan teladan.

Tidak mustahil ada sebelingan kecil rakyat dalam negera ini cuba memohon bantuan asing bagi menghentikan kezaliman UMNO. UMNO akan hancur dan Negara ini dikuasai oleh bangsa asing. Sejarah akan berputar kembali kerana kealpaan kita. Melayu akan hilang, walaupun Hang Tuah pernah berkata ‘Melayu Tidak Akan Hilang Di Dunia’.

Untuk selamat, jalan terbaik nyahkan UMNO dalam PRU ke-13 nanti.