Abdul
Syukor yang juga ADUN Kuang mendakwa tanah yang dibeli dengan harga murah RM1
sekaki persegi itu sedangkan bernilai lebih RM2p juta adalah untuk kegunaan
masyarakat seperti pembinaan dewan serbaguna dan tadika.
24
bidang tanah seluas 33.5 ekar itu bernilai lebih RM20 juta ‘disapu’ parti
komponen BN iaitu UMNO, MCA, MIC dan Gerakan ketika kerajaan negeri diterajui
Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo.
Setiauusaha
MCA Selangor, Wong Koon Mun turut respon dengan pendedah itu mendakwa tidak
salah membeli tanah negeri dengan harga murah.
Menurutnya,
amalan itu sudah menjadi kebiasaan sejak merdeka menjual dengan harga murah
untuk tujuan kemasyarakatan seperti untuk membina kuil dan sekolah.
“Semua
tanah MCA di kampung baru adalah milik ibu pejabat parti itu, bukan milik
peribadi. Apa yang salah?” katanya Koon Mun yang mempertahankan amalan itu.
Yang
menimbulkan persoalan, ADUN Sekinchan itu berkata, ada antara tanah yang
‘disapu’ BN itu diguna untuk tujuan komersial atau dijual bukannya untuk
kegunaan masyarakat seperti didakwa Abdul Shukor.
“Tiada
dewan atau Tadika yang dibina di atas tanah berkenaan, Ini satu pembohongan.
“Kita
dapati tanah berkenaan (dibangunkan) secara usaha sama. Ada yang sudah membina
kedai, kondominium dan hartanah lain,
“Ini
bermakna ADUN Kuang itu melakukan pembohongan besar,” jelas Suee Lin.
Beliau
berkata, UMNO, MCA, MIC tidak sepatutnya diberi hak membeli tanah itu dengan
harga murah oleh kerajaan BN yang memerintah Selangor sebelum ini sedangkan
ketika itu tanah berkenaan bernilai tinggi.
Suee Lim berkata, beliau membawa isu UMNO-BN ‘sapu tanah’ itu ke pengetahuan SPRM dan polis untuk siasatan lanjut.-Roketkini.com
No comments:
Post a Comment