DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, January 23, 2008

LAPORAN POLIS DSAI TERHADAP PENYALAHGUNAAN KUASA DR.M

Berikut adalah laporan polis yang akan diedarkan oleh Pemuda Keadilan Malaysia dalam sessi Jelajah Semenanjung yang akan bermula pada hari Ahad ini setiap hari hingga 1hb Julai, 2000:


13hb Jun, 2000–Lokap Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur (Polis 55 : 656410)


Saya ingin merujuk kepada keterangan Dato’ Shafie Yahya, bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Jun, 2000. Kenyataan bersumpah beliau telah tidak dicabar oleh pihak pendakwa. Diantara maklumat utama yang dikemukakan ialah:


a) Bahawa Dato’ Seri Dr Mahathir Muhammad, Perdana Menteri telah memanggil Dato’ Shafie ke Pejabat Perdana Menteri pada bulan Jun 1998 dan memarahi beliau kerana mengeladah pejabat Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan memperolehi wang tunai sebanyak 100,000 ringgit. Seterusnya Dato’ Seri Dr Mahathir telah mengarahkan Dato’ Shafie supaya menghentikan penyiasatan tersebut dengan serta-merta.


b) Dalam pertemuan tersebut juga, Dato’ Seri Dr. Mahatir cuba membuat tuduhan bahawa saya telah mengarahkan BPR memulakan penyiasatan tersebut, tetapi Dato’ Shafie telah menafikan tohmahan itu.


c) Dato’ Shafie melahirkan rasa kecewa (“disillusioned”) terhadap Dr Mahathir kerana sangggup melindungi perlakuan rasuah.


2. Keterangan Dato’ Shafie merupakan tuduhan nyata bersabit penyalahgunaan kuasa, melindungi perasuah serta menghalang perjalanan proses keaedilan. Dan ini adalah kesalahan mengikut Ordinan 22 Akta Darurat 1960 dan Akta Pencegah Rasuah 1997. Sebab itulah maka media utama mengggelapkan berita tersebut.


3. Saya ingin menggesa agar pihak Polis dan BPR segera memulakan penyiasatan. Mereka memikul amahah sebagai pelaksana undang-undang tanpa pilih kasih atau gentar. Imej Polis dan BPR akan lebih tercemar sekiranya mereka terus melengah tindakan dan berdalih, pada hal bukti dan keterangan adalah nyata. Mereka telah berulang kali menegaskan bahawa mereka akan bertindak secara profesional. Janganlah Dr Mahathir dianggap kebal dari segi undang-undang dan dibiarkan bermaharajalela.


4. Sudah menjadi rahsia umum bahawa laporan polis, tuduhan, bukti dan keterangan yang dikemukakan sebelum ini terhadap Dr Mahathir, Menteri-menteri diketepikan. Sebaliknya, tindakan keras diambil terhadap musuh-musuh politik mereka. Seringkali kelompok kecil polis terlibat dalam pakatan politik dan konspirasi yang mengaibkan, termasuk mereka-cipta keterangan.


5. Keterangan terbaru bekas Ketua Pengarah BPR memperkukuh hujah saya selama ini bahawa Dr Mahathir adalah perasuah besar dan pelidung utama perasuah besar lainnya. Beliau tidak segan-silu mencemuh kegiatan rasuah dalam politik dan kerajaan, tetapi bukti yang tertera adalah disebaliknya. Beliau menggunakan kuasa memunggah kekayaan untuk peribadi dan anak-anak dan terus melindungi perasuah. Dalam masa yang sama, beliau terus berpura-pura, bersuara gagah menentang rasuah.


6. Peguam Negara, Tan Sri Mohtar Abdullah hilang kewibawaannya kerana gagal menyempurnakan tugas. Beliau dan jabatannya gentar dengan penguasa perasuah, tidak berani bertindak dan bersekongkol dengan usaha melindungi perasuah besar yang mengkhianati amanah dan kepentingan negara. Beliau terlibat dengan konspirasi mendakwa dengan niat jahat tetapi membisu manakala berhadapan dengan kenyataan dan bukti semata-mata kerana pembesar negara terlibat. Gerangan apa pula dalihnya berdepan dengan keterangan terbaru yang dibuat dihaddapan pendakwa-pendakwa kanan Jabatan Peguam Negara?


7. Sekali lagi saya mendesak pihak Polis, BPR, Peguam Negara supaya menyempurnakan tanggungjawab, serta sumpah jabatan dengan bertindak secara adil dan saksama. Mereka tidak boleh membiarkan diri mereka terus terperangkap dengan arahan perasuah dan membelakangkan hukum dan undang-undang. Sesuatu perlu dilakukan bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan dan imej pasukan penyiasat, pendakwa bahkan juga badan kehakiman negara yang sudah tercemar.


8. Ketegasan dan keberanian bekas pegawai kanan kerajaan adalah menggemparkan, apatah lagi bila menyentuh kedudukan dan kepentingan Perdana Menteri. Saya bertangggungjawab untuk mengingatkan semua pihak supaya menghormati hak Dato’ Shafie memberikan keterangan benar dan tidak menyebabkan beliau menerima tekanan atau ugutan.


Demikian laporan saya. Terima kasih.


T.T
ANWAR IBRAHIM

Ulasan :

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"

Sekian.Wassalam.

Monday, January 21, 2008

APABILA PROFESSOR KANGKONG BERCAKAP, SEMUANYA INDAH

Hanya Firaun dan Namrud larang salahkan kerajaan
Subky Abdul Latif

Mon Jan 21, 08 7:49:21 pm MYT
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/hanya-firaun-dan-namrud-larang-salahkan-kerajaan.html

Saya adalah penonton regular program Forum Perdana Ehwal Islam setiap malam Jumaat di TV1. Yang terbaru ketika berforum di Kangar, saya tidak setuju dengan Prof. Yusuf Hussein, bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang tidak mahu orang menyalahkan kerajaan.


Saya beriman dengan ajaran bahawa kerajaan yang diistilahkan sebagai ulil amri hendaklah dipatuhi.


Tetapi kepatuhan kepada ulil amri itu tidak mutlak. Kepatuhan yang mutlak ialah kepada Allah dan Rasul-Nya. Kepatuhan kepada ulil amri sepanjang ia patuh kepada Allah dan Rasul-Nya.


Saya bukan menganjurkan kerajaan yang tidak patuh kepada Allah dan Rasul hendaklah diperangi. Tetapi saya hendak mengatakan kerajaan boleh ditegur dan boleh disalahkan jika diyakini dasar dan tindakannya tidak betul.


Saidina Abu Bakar Siddiq ketika menerima perlantikan sebagai khalifah menuntut kepatuhan umat selagi dirinya berada pada jalan Allah dan Rasul. Tetapi jika beliau tidak mengikut jalan itu, maka beliau minta dibetulkan.


Khalifah Umar al-Khatab membuat permintaan yang dari umat ketika menerima perlantikannya. Lalu bangun seorang pemuda menghunus pedang sambil mengingatkan Amirul Mukminin, pedangnya akan singgah ke lehernya jika beliau menyeleweng. Saidina Umar bersyukur kerana ada umat Islam yang sedia menegurnya.


Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, setiap orang adalah penggembala atau pemimpin. Dia akan ditanya tentang penggembalaannya atau pimpinannya.


Allah akan bertanya pemimpin apa yang dibuatnya tentang pimpinannya. Bukan Allah saja yang akan bertanya kepadanya, tetapi setiap orang yang terasa dirinya dizalimi dan tidak mendapat layanan adil dari pemimpinnya berhak bertanya.


Rasulullah s.a.w. adalah pemimpin contoh. Tiada yang bersalahan dalam pimpinannya, tetapi bermacam-macam karenah Badawi ditujukan kepadanya. Semua yang dihadapinya itu dilayan mengikut kesesuaian.


Sepanjang sejarah manusia, para nabi minta umatnya taat kepada Allah dan setia arahannya. Tetapi tidak pula nabi-nabi itu melarang umatnya bertanya dan memberikan pandangan. Apabila ada yang tidak patut dan pandangan kaum musyrikin yang tidak betul, maka nabi-nabi itu pergi kepada mereka membuat penjelasan.


Yang tidak mahu ditegur dan melarang rakyat membuat komen tentang perjalanan raja dan pemerintahan ialah Namrud, Firaun dan orang-orang yang zalim sepertinya.


Forum Perdana RTM di Perlis itu adalah tentang angkara lidah dan bahaya fitnah. Mungkin forum tajaan kerajaan Shahidan Kassim itu gerangan adanya gara-gara lidah tak bertulang Dato Radzi Sheikh Ahmad, Setiausaha Agung Umno mahu Menteri Besar Perlis ditukar.


Profesor dan bekas Mufti Wilayah itu telah membuat huraian tentang tidak baiknya fitnah dan betapa wajarnya menjaga lidah. Tetapi kesimpulannya, dia tidak suka sangat orang menyalahkan kerajaan yang ada hari ini. Baginya semua orang mesti menanyalah diri sendiri tentang apa yang berlaku. Maksudnya tentang kepincangan dan kelamahan yang dihadapi oleh masyarakat dan negara.


Secara umum dia menolak peranan pembangkang dan peranan kritikan dalam media massa, menolak kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan. Semua ini dijamin dalam Islam dan demokrasi.


Dalam dunia memang ada yang membangkang melulu, menentang kerajaan melulu, mengecam orang itu dan orang ini dengan melulu. Tetapi semua kelemahan itu tidak menjadi hujah untuk menafikan keperluan bangkangan, kritisme, kebebasan menyatakan pandangan, membantah dan menegur.


Tidak ada yang manusia dapat harapkan raja bermata di hati dan pemerintah yang zalim dan diktator. Tetapi orang bergelar profesor dan bertaraf mufti bukan dari jenis seperti itu.


Profesor yang menyokong kerajaan boleh membela kerajaan dan programnya yang dikatakan baik dengan hujah akademik yang kuat. Memang dari dulu ada kerajaan yang baik dan adil. Maka kerja profesorlah untuk membetulkan apa yang dirasakan salah oleh setengah orang.


Tetapi profesor kerana bersetuju akan ada pula profesor yang lain menghujah yang dikataannya betul itu. Macam mana pun profesor yang setuju dengan kerajaan itu tidaklah wajar melarang teguran kepada kerajaan. Bukan begitu cara profesor.


Profesor mesti mengelak menjadi seorang ahli propaganda. Bukanlah sifat profesor menjadi propagandis.


Demikian juga mufti. Mufti mesti berkata betul. Islam tidak melarang menegur dan menyatakan zalim kepada yang zalim. Dalam Islam dalam keadaan sudah seratus peratus betul, masih diperlukan teguran. Imam-imam muktabar tidak menggalakkan ulama bekerja dengan kerajaan.


Justeru itu ada ulama sedia dipenjara dari menerima tawaran bekerja dengan raja atau khalifah. Akan sukar bagi ulama untuk menyatakan yang benar itu benar.


Yang menaikkan harga minyak ialah kerajaan. Yang menaikkan harga barang ialah peniaga dan disetujui oleh kerajaan. Yang mengadakan tol dan menaikkan tol adalah kerajaan. Yang memberi lesen kepada tv boleh menyiarkan itu dan ini adalah kerajaan.


Bagaimana rakyat boleh menyalahkan dirinya atas kepincangan itu? Maka apakah kejadian itu dibiarkan saja? Apakah tidak boleh kerajaan disalahkan dalam perkara seperti itu sebagai contoh?


Luncai yang dikatakan lucu itu pun tetap mengatakan kepala raja yang botak itu botak. Masakan profesor dan mufti tidak setuju botak kepala raja itu botak.


Esoknya tv Aljazeera menyiarkan perbicangan isu Suharto. Dr Emil Salim, bekas menteri Suharto mempertahankan kebaikan pentadbiran Suharta tetapi tidak menyatakan kelemahannya. Emil Salim menyalah orang-orang yang tahu menyalahkan Suharto saja.


Seorang panel bangga dengan yang baik dari Suharto tetapi baginya yang buruk itu banyak. Dia bertanya Pak Emil apakah tidak patut Suharto diadili atas keburukannya. Emil tidak berani mengatakan Suharto tidak boleh diadili.


Adililah bagi menentukan yang baik itu baik dan yang buruk itu buruk, walaupun Emil tidak mahu menyebut keburukan Suharto.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb



Saturday, January 19, 2008

HIJRAHLAH MENINGGALKAN KERAJAAN TIGA BERANAK

Oleh : Sang Kelembai


Di tahun baru Hijrah 1429 atau di tahun Masihi 2008 kita saksikan ulangan setiap seratus tahun yang mana akan berlaku di tahun Masihi, Tahun Hijrah akan diraikan dua kali dalam kalender tahun Masihi.Semua orang mengetahui kecuali yang tidak membaca sirah Islam bahawa tarikh tahun hijrah Islam diambil daripada perpindahan Nabi dari Mekah ke Madinah.

Hasil cadangan dari Ali Bin Abu Thalib, para sahabat waktu itu memutuskan kahwa permulaan kiraan tahun hijrah dimulai dari perpindahan Nabi Muhammad Saw. Berhijrah dari Mekah menuju Madinah adalah untuk kebebasan dari sistem yang menindas, kesengsaraan struktural, dan kekerasan-kekerasan fizikal yang dilakukan kaum elit Quraisy pada saat itu.

Hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah juga tidak sekadar perpindahan secara dari satu tempat ke tempat yang lain, melainkan perpindahan secara psikologi untuk membangunkan diri di masa depan.Dari segi perspektif orang Melayu dan rakyat Malaysia khasnya yang beragama Islam sewajarnya banyak iktibar yang sesuai di ikut dan di teladan diambil dari kisah Hijrah Nabi Muhamad s.a.w. dari kota suci Mekah kepada Madinah.

Sebenarnya siapa sahaja di Malaysia dalam era “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad, Imam Besar Islam Hadhari- ada had ada hari dalam Kerajaan Tiga Beranaknya mesti menyedari bahawa mereka sudah terikut dengan kepimpinan melalui teladan yang dibawanya ia itu “tidur”“Saya Perdana Menteri” akan tidur selepas menyudahkan kerja memberi dan mengagihkan harta negara ini. Pengagihan ini dibuat semacam negara ini adalah harta peninggalan datuk dan emak bapaknya yang di faraid mengikut suka hatinya melalui projek kepada anak, menantu dan kroni seperti yang berlaku pada projek di Terengganu.

Di Terengganu beberapa projek di peroleh oleh Setiausaha Politiknya yang bernama Wan Farid seorang Senator yang tidak pernah bercakap walau sekali di Dewan Negara semenjak di lantik mewakili Dewan Undangan Negeri Terengganu. Hanya rakyat yang tidur dengan mimpi-mimpi yang diberi oleh “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad atas nama “Ini ilham atau cadangan saya” tidak mengerti perbuatan munafik “ saya Perdana Menteri” ini.Tetapi rakyat Melayu dalam setahun dua ini, sudah kelihatan pertanda terjaga dari tidur yang di ulit mimpi sajak atau puisi “Aku Mencari Damai Abadi” yang tidak berkesudahan.

Apa yang ditulis dan dituturkan dalam puisi itu adalah sebaliknya, yang amat ketara ialah “aku tidak mencari harta bertimbun” tetapi sebenar dia tengah menimbunkan harta dan “Aku tidak mencari kawan berfoya-foya, itulah sebenar identiti dia mencari kawan untuk berfoya dengan menaiki bot mewah bintang filem James Bond yang telah berlaki. Tidak ada satu pun bait puisinya yang boleh dianggap sebagai bermoral dari kenyataan.

Sekarang orang Melayu sudah mula terbangun dari mimpi yang menakutkan ini. Betullah agaknya yang dikatakan dalam perspektif Sigmund Freud, mimpi ada pancaran gambaran psikologi yang berasal dari pengalaman-pengalaman pahit yang disedari dan dipendam di bawah alam tak sedar. Maka, semasa tidak bermimpi, pengalaman pahit itu akan meledak dan memicu kekacauan hidup semenjak era “saya Perdana Menteri” dari tahun November 2003 hingga sekarang.

Ketika rakyat dibelenggu dengan beberapa kenaikan harga barang makan dan keperluan asas kehidupan dengan tidak ada kawalan lagi, dan menjadikan orang seperti Shafie Apdal sebagai kambing hitamnya untuk disembelih bagi tidak ternampak siapa “culprit” yang sebenarnya, harga barang terus menerus naik, sehingga Barisan Nasional yang akronimnya BN sudah menjadi Barang Naik, dan secara jenakanya bila ditanya kenapa dan bila naik minyak masak naik, walhal Malaysia pengeluar kelapa sawit terbesar, jawapan mudah ialah kenaikan berlaku semenjak “Saya Perdana Menteri” yang berusia 68 tahun yang kematian barang naik semasa isterinya hidup dan sekarang sudah berkahwin lain hingga menyebabkan barangnya naik. Semuanya naik.

Ada juga cerita-cerita sembang kosong yang menyokong Chua Soi Lek yang kononnya menjadi mangsa Dvd sexlife kerana menjadi tukang cuba hasil penyelidikan perubatan “ubat kuat” bio-teknoloji untuk diluluskan dalam pasaran, dan jika lulus kepada dirinya yang berusia 60 tahun, maka dia akan mencadangkan kepada Perdana Menteri dan rakan-rakan kabinetnya khasnya macam Azmi Khalid dan Sammy Vellu memakan ubat tersebut, kerana dia telah mencubanya.

Bagi mereka yang miskin, agaknya mereka lebih suka bermimpi daripada menghadapi hidup di dunia nyata, kerana setiap kali bangun dari tidur akan ada pengumuman barang naik dan ini ada skripnya seperti isu Hindraf. Apa yang kita lihat adalah retorik isu seperti barangan sudah tidak dalam pasaran, kekurangan dan juga mungkin AP belum lagi diluluskan seperti isu gula dahulu.

Dan hari ini Beras Nasional sudah pun menghantar kapal berisi beras di beberapa pelabuhan tetapi tiada AP sehingga Kastam yang bebas rasuah menolak untuk “menutup mata” akhir dengan runding-runding diluluskan juga oleh Muhyiddin Yassin, penyangak politik yang menyorok kuku rasuahnya. Dan orang inilah yang hendak dilantik selepas PRU nanti menjadi Timbalan Perdana Menteri, jika akhirnya Najib Tun Razak akan didedahkan dengan kes Altantuya oleh permainan Khairy Jamalludin.

Samada Najib Tun Razak terlibat atau tidak, salah atau tidak, sebaik sahaja Najib Tun Razak dipanggil ke Mahkamah dalam masa pembelaan OKT-orang kena tuduh nanti, maka dia perlu “bersemangat jantan” macam Chua Soi Lek untuk melepaskan semua jawatan.Maka sebab itu terdapat banyak orang Miskin dan orang Melayu lebih suka hidup dalam alam mimpi meski pun dikejar-kejar hantu yang menyeramkan, daripada harus hidup dalam dunia kenyataan yang menyengsarakan.Seorang penulis Indonesia dan penulis analisis politik terkenal Ignas Kleden dalam tulisan di akbar Kompas 6hb Jun 2007 telah mengatakan.“Kalau demokrasi sebagai sistem politik, maka pemimpin yang demokratis adalah seseorang yang berasal dari rakyat (bukan dari kalangan bangsawan), diawasi oleh rakyat (bukan mengawasi dirinya sendiri), dan bekerja untuk rakyat (bukan untuk dirinya sendiri dan kelompok yang dekat dengan dirinya)” dan sifat-sifat ini tidak ada kepada “Saya Perdana Menteri’ Abdullah Hj Ahmad, ketua Kerajaan Tiga Beranak.

Betapa harapan orang Melayu semenjak perjuangan kemerdekaan bangsa ini memang memerlukan teladan pemimpin yang rela sengsara terlebih dahulu sebelum rakyatnya sengsara seperti Tunku Abd Rahman Putra yang menjual hartanya untuk UMNO dan terpaksa menggunakan pemain bangsawan seperti Ahmad Belon mencari wang tabung UMNO, yang sehingga ini tidak dikenang dan dipedulikan oleh sesiapa. Atau kehadiran seorang manusia/pemimpin yang boleh dijadikan pusat perhatian kerana penuh keteladanan (exemplary center). Seperti Tun Razak Hussein, Tun Ismail Abd Rahman, Tun Hussein Onn dan lain-lain. Dan hari ini tidak semestinya dari kalangan anak atau cucu ulama dalam bidang falak, melainkan mampu tidak kerja kepimpinan di awasi dan dipersembahkan untuk rakyat.

Tapi, akan adakah akan wujud model pemimpin seperti itu di bumi Malaysia? Yang ada ialah “Saya Perdana Menteri” Abdullah Hj Ahmad, merupakan Perdana Menteri Malaysia dalam World Guinnes Record yang paling terbanyak merasmikan model-model seperti mana yang selalu di siarkan dalam Televisyen dan akbar.Itu sebab ditulis orang bijak pandai bahawa hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah sebagai "pembuka pintu baru dalam kehidupan politik."

Pada masa hijrah inilah Nabi mencanangkan dasar peradaban yang menjunjung, menghormati martabat dan hak asasi manusia. Dasar-dasar itu antara lain menetapkan kepada orang-orang Arab sebelum menerima Islam sebagainya agamanya "menetapkan adanya kebebasan beragama, kebebasan menyatakan pendapat, tentang keselamatan harta benda, dan larangan orang melakukan kejahatan"

Bersama kita, rakyat Malaysia khasnya yang beragama Islam yang baru pulang dari mengerjakan haji, dan antara rukun haji ialah wajib melontar jamrah sebagai simboliknya memusuhi syaitan tetapi bila ke Malaysia masih kekal memberikan sokongan kepada pemimpin berpandukan syaitan yang memakai topeng Islam seperti mana dalan Kerajaan Tiga Beranak. Kembalilah kepada pesan hijrah, perlu kiranya tema dan isinya diarahkan pada sasaran yang lebih bersifat universal dan yang sedang dirasakan bersama. Dalam hal ini ada beberapa perkara yang perlu segera dipecahkan bersama.


Pertama, stigma terbenamnya bangsa Malaysia khasnya orang Melayu yang bila terus berpanjangan tidak menyedari musuh-musuh Melayu/Islam akan berakibat berkurangnya rasa percaya sehingga memperlemah membuat keputusan dalam berbagai-bagai tuntutan (ekonomi dan politik, bahkan kebudayaan), baik di forum-forum regional mahupun internasional. seperti tertipunya dengan projek WPI-Wilayah Pembangunan Iskandar, yang mana sebenarnya tidak ada wang Singapura yang masuk ke Malaysia melalui pelaburan sebaliknya beberapa Saudagar Cina seperti YTL memasukan wang untung TNB RM400 juta setahun ke Singapura dengan pembelian harta tanah di Singapura dan melalui modes operandi memutihkan wang haram, mereka melabur balik ke WPI dengan beberapa syarat yang menguntungkan mereka tanpa membayar sesen pun cukai dan mudah mendapat harta tanah milik orang Melayu di WPI.

Sama ada Special Branch Malaysia yang jaga ekonomi sedar atau tidak, tidaklah diketahui tetapi mereka jika tidak melaporkan, terimalah dosa terhadap orang Melayu yang tiada siapa boleh memaafkan.


Kedua, bertambahnya konflik. Amat memprihatinkan, konflik antara sesama masih berterusan. Bahkan dalam berbagai tingkat pergaulan dan hubungan sampai mencapai jumlah tinggi sehingga kurang mendukung keharmonian dan mengancam integrasi sosial. Soalnya juga adalah penting seperti isu Hindraf yang akhirnya beberapa tuntutan yang bertahun-tahun tidak dilaksanakan dengan kelemahan "Saya Perdana Menteri" Abdullah Hj Ahmad menerima bulat-bulat beberapa tuntutan yang tidak munasabah, dan anehnya dalam keadaan Orang Asli yang duduk di hutan belantara, dan peribumi ribuan tahun tidak dilayan seperti apa yang dituntut oleh Hindraf, malah tanah dan hutan mereka dirogol dan di sondol sesuka hati oleh Kerajaan tanpa langsung ada perasaan belas kasihan.


Ketiga, krisis moral dan etika. Dalam berbagai paparan kehidupan, cukup banyak kita lihat kekurangan menjaga martabat dan kurang disiplin dan ini adalah satu isu yang menjadi topik perbincangan dan boleh dijadikan alasan untuk rakyat menolak Kerajaan Barisan Nasional. Bayangkanlah gambar yang tertera di Kuala Terengganu sebuah negeri yang diperintah bukan sahaja oleh Islam Hadhari-ada had dan hari, malah Menteri yang menjaga Islam pun datang dari sana, kalau dalam negeri dia gagal untuk mentarbiahkan anak muda lebih baik dia ikut sahaja "Saya Perdana Menteri" yang melantiknya, ia itu menggemukkan badan dan tidur.
Keempat, pudarnya identiti bangsa.

Dalam hal ini semangat dan komitmen politik untuk memelihara persatuan bangsa yang bersatu dalam erti sosial dan budaya mengalami hakisan. Bahkan menjurus ke keretakan. Dan inilah masalah yang berterusan tetapi sebenarnya usah bimbang kerana dalam keadaan sekarang, nampak kelihatan cita-cita Onn Jaafar untuk menyatukan orang di Tanah Melayu menjadi satu bangsa Melayu gagal tetapi untuk menjadikan satu parti berbagai kaum, di mana orang bukan Melayu boleh menerima orang Melayu menjadi pemimpin Parti dan inspirasinya sudah ada penerimaan, walau mereka sebilangan dari rakyat berbagai kaum dalam kelas menengah dan rendah. Kemungkinan jika tidak sekarang tetapi akan datang akan terbentuk satu tembok kelompok yang miskin terdiri berbagai bangsa akan menentang si kaya yang juga berbagai bangsa.


Soalnya sekarang sampai bilakah rakyat yang miskin khasnya orang-orang Melayu di luar bandar menyedari bahawa partinya UMNO adalah sebuah parti yang didukung oleh orang miskin tetapi semua pemimpinnya kaya, tetapi orang-orang kaya di bandar yang berpendapatan tinggi, jika diteliti di Peti Undi kawasan elit, semuanya Barisan Nasional jika tidak kalah tetapi tidak menang selesa.Menghadapi kenyataan itu, roh dan semangat hijrah perlu dihidupkan kembali.

Pesan hijrah dari Mekah ke Madinah patut dikedepankan dan diwujudkan.Pertama, gerakan menatap masa depan disertai sikap dan tindakan positif-konstruktif- Jangan Undi Barisan Nasional kerana itu bererti memberi bertambah kayanya keluarga "Saya Perdana Menteri" Abdullah Hj Ahmad.Kedua, gerakan membangun watak “multi cultural”, ramah menyapa perbezaan sosial, budaya dan agama- Jangan Undi Barisan Nasional kerana "Saya Perdana Menteri" Abdullah Hj Ahmad adalah jenis spesies yang tidak ambil kisah, kerana dia hanya memerlukan banyak tidur.Ketiga, gerakan mengutamakan akhlak mulia dan budi pekerti luhur dalam pergaulan antara sesama. Jangan Undi Barisan Nasional kerana ini menyokong "Saya Perdana Menteri" yang sudah tidak berakhlak baik bila kedapatan berdua-duaan dengan kekasihnya yang kemudian dinikahinya.Keempat, gerakan spiritualisme watak kebangsaan yang dilandasi nilai iman dan takwa dalam tatanan hidup sebagai bangsa merdeka dan beradab. Jangan undi Barisan Nasional kerana Mazhab Islam Hadhari adalah tipu daya Yahudi untuk memutar kepada Ahli Sunnah Wal Jaamh yang akhirnya akan melingkupkan Islam dengan menggunakan lambang-lambang pembinaan masjid yang berharga ratusan juta ringgit tetapi anak-anak Islam yang hendak belajar dan menuntut Ilmu di tiadakan sebarang biasiswa sebaliknya diberi pinjaman untuk melahirkan cerdik pandai Islam yang dililit dengan hutang.

Patut digarisbawahi, seputar isi, jiwa, dan semangat "kesepakatan parti politik peserta Pemilu 2004" sehingga Pilihan raya Umun yang akan datang berlangsung dengan bukan setakat damai tetapi bersih dan aman.


Apalagi bila hasilnya dapat memberi legitimasi guna membuka pintu baru kehidupan politik dan menghijrahkan kita semua rakyat Malaysia dari kerakusan kuasa oleh "Saya Perdana Menteri" Abdullah Hj Ahmad dari bersubahat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasanya dengan sifat munafiknya ke satu kejayaan. "Sungguh, Allah tidak akan mengubah keadaan suatu bangsa sebelum mereka mengubah dirinya sendiri" (Surah Ar-Ra’d: 11)

Sang Kelembai: Tahu tak rakyat bahawa sebilangan besar pemimpin dalam UMNO/MCA/MIC mempunyai harta di luar negeri termasuk Abdullah Hj Ahmad, selepas merompak negara ini dan jika tidak berkuasa nanti berada di sana. Maka yang tinggal ialah rakyat-rakyat yang bodoh untuk berfikir. Berhijrah dari bodoh ke bijak sana.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

DARI RAUT WAJAH DOLLAH

Oleh : Roslan SMS [http://n32.blogspot.com/]


Saya bukan jenis yang pandai membaca mimik muka seseorang, memang ada yang kononnya pakar, tetapi apabila melihat wajah Presiden Umno selepas mempengerusikan mesyuarat majlis Tertinggi Umno semalam, saya mahu juga mencuba-cuba.


Beberapa akhbar tempatan hari ini memetik pelbagai sudut kenyataan Dollah semasa sidang akhbar semalam, tetapi yang saya dapat tangkap beliau mengatakan jentera BN sudah bersedia namun ada banyak kerja lagi perlu dilakukan. Bermakna bersedia tetapi belum bersedia, negatif dan positif dihimpunkan sekali, sesuatu yang biasa keluar dari mulut Dollah dan Dollah seorang sahaja.


Saya mendapat tahu ekoran dari itu berkemungkinan tarikh pilihan raya umum yang kononnya dijadualkan bulan Mac akan ditangguhkan mungkin sampai ke Ogos. Apa yang belum selesai? Nombor satu adalah pembahagian kerusi sesame BN dan keduanya isu calon. Parti-parti komponan BN masih lagi berbalah darihal pembahagian kerusi Umno-MCA-Gerakan-MIC masih bertarik-tarik tali. Itu belum ambil kira lagi PPP dan parti-parti di Sabah dan Sarawak.


Dalam pada itu isu calon-calon Umno juga masih belum beres. Adat dalam Umno jika ada yang digugurkan maka akan protes dan melentinglah calon yang digugurkan itu bersama penyokong-penyokongnya sekali. Ini bahana politik wang yang sudah menjadi darah daging dalam parti itu. Nama Idris Jusoh umpamanya disebut dalam sidang akhbar semalam. Katakanlah Idris Jusoh dipindahkan ke Pusat, apakah penyokongnya malah Idris sendiri boleh terima? Memanglah Idris selamba mengatakan dia bersedia berkhidmat dimana sahaja, tetapi menolaknya ke Pusat bermakna tidak mengiktiraf sumbangannya menumbangkan kerajaan PAS dan sekaligus menarik kuasa-kuasanya selaku MB yang sememangnya besar dan lubang peluang, projek dan kekayaan bagi sesiapa yang pandai menyalah-gunakan kuasa.


Begitu juga halnya krisis Umno Perlis antara Shahidan, Radzi dan Azmi. Siapa yang akan gugur siapa yang akan ditolak ke sana ke mari? Selangor juga dikatakan bermasalah, ramai yang mahu digugur dan ditarik ke Pusat termasuklah Khir khabarnya. Munasabahkah Umno kekalkan Zakaria Md Deros? Begitu juga di negeri-negeri lain, bermakna rumah tangga Umno masih kacau dan sengketanya sengit, bagaimana mahu panggil pilihanraya, itulah kekusutan dalam kepala Dollah!


Krisis kenaikkan kos hidup dizaman Dollah ini juga banyak tidak membantu. Dalam pada senak dan tenat dengan krisis itu berlaku pula kekurangan bekalan bahan makanan dan kini harga petrol dan diesel juga perlu dinaikkan. Dalam pada itu CUEPACS terus menuntut honorarium manakala MTUC terus mendesak untuk gaji minima bagi para pekerja.


Kemudian lebih parah lagi adalah sentiment para pengundi. Pengundi Cina dan India dikatakan sudah mula bosan dengan BN atas pelbagai isu yang melibatkan kaum mereka yang gagal ditangani dengan baik oleh Dollah.


Kesimpulannya banyak kerosakkan yang perlu ditampal, dijahit dan dibaik-pulih oleh Dollah. Kalau panggil juga pilihanraya bulan Mac ini tidak mustahil BN akan dipukul teruk, tapi jika tidak panggil mungkin segala kekusutuan ini menjadi semakin parah, Anwar Ibrahim pula nanti boleh bertanding.


Lalu lantaran bertubi-tubi asakkan ini Dollah berdasarkan mimik mukanya itu semalam mungkin menimbang-nimbangkan untuk tidak memanggil lagi pilihanraya Mac ini, mungkin masanya belum sesuai dan selamat. Saya mungkin silap sebab saya memang tidak pakar dalam membaca mimik muka, kalau saya silap maka dipanggil juga bulan Mac ini maka kita tunggulah apa kesudahan BN nanti, jika saya betul dipanggil pula bulan Ogos begitu, pun belum tentu semuanya baik bagi BN, malah mungkin lebih parah lagi.


Begitulah keadaannya gergasi bernama BN setelah 50 tahun berkuasa, usia semakin lanjut, badan penuh dengan kurap dan kudis buta, namun terus mahu memperaga diri bagai jejaka tampan. Sesiapa yang sudi silakan.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wallahu'alam bishshawab

ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN: PENJENAYAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

Oleh: Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,



Saya hendak menyingkap sedikit konsep atau fahaman PARTI NAZI [Parti Sosialis Kebangsaan German] yang dibawa oleh Adolf Hitler dalam perang dunia ke dua dulu. Hitler yang memerintah German ketika itu merasakan bahawa bangsa German adalah satu bangsa yang mulia, bijaksana dan mempunyai haq untuk menguasai [memerintah] bangsa-bangsa lain di dunia yang dirasakan olehnya lebih rendah darjatnya daripada bangsa German. Bangsa-bangsa lain perlu tunduk dan patuh setiap kemahuan Hitler. German [Hitler] perlu disanjung dan dipuja setiap masa, mana-mana bangsa [atau negara yang engkar] akan dibinasakan [pemusnahan bangsa].

Hermann Wilhelm Göring dan Heinrich Himmler adalah orang kanan kepada Hitler. Merekalah yang melaksanakan segala dasar NAZI dan memastikan misi dan vision Hitler mencapai matlamatnya. Segala mesej NAZI yang hendak disampaikan kepada rakyat mesti melalui Menteri Propaganda paling popular iaitu Joseph Goebbels yang diberi kuasa bertindak mengawal semua media. Rakyat tidak diberi ruang untuk berfikir. Mengkritik kerajaan dan parti NAZI akan ditangkap dan dibicarakan dalam mahkamah khas yang ditubuhkan khusus untuk mengekang gerakan politik yang menentang Hitler. Hitler mengisytiharkan negara satu parti dan parti-parti lain diharamkan. Kerajaan tempatan, kesatuan, pertubuhan dan badan-badan yang yang menentang Hitler diharamkan atau dibubarkan. Selepas perang tamat, pengkaji sejarah melebelkan keempat-empat mereka sebagai ‘PENJENAYAH PERANG’ yang mana berjuta umat manusia mati hasil kekejaman mereka lakukan.


Dalam konteks perkembangan politik di Malaysia kini, UMNO adalah parti ala NAZI yang disistemkan mengikut format yang dibentuk oleh Adolf Hitler. Dalam jangka pendek NAZI pimpinan Hitler mencapai kemenangan yang amat membanggakan. Kawasan taklokannya luas boleh membentuk sebuah empayar yang mana negara-negara lemah terpaksa melutut kepada Hitler. Hitler merasakan beliau pada ketika itu amat berkuasa dan berpakat dengan Russia yang dipimpin oleh Joseph Stalin dan Itali oleh Mossolini untuk menaklok dunia. Kekejaman demi kekejaman [pembunuhan beramai-ramai-penghapusan ethnik terutama bangsa Yahudi] dilakukan ke atas umat manusia untuk mencapai impiannya itu dan dipenghujung kuasa, Hitler dikalahkan oleh pihak tentera bersekutu yang dipimpin oleh Amerika Syarikat.


UMNO turut melaksanana apa yang parti NAZI lakukan dulu, kecuali pembunuhan beramai-ramai tidak sering dilakukan, tetapi pernah terjadi dalam peristewa MEMALI pada tahun 1986 dulu. Sesuai dengan keadaan semasa [konsep demokrasi yang digunapakai oleh dunia], maka UMNO terpaksa menerimanya dengan melakukan pengubahsuaian mengikut kemahuannya. UMNO melakukan seperti apa yang parti NAZI lakukan dulu. UMNO bertindak melakukan kawalan sepenuhnya terhadap pergerakan rakyat, kekangan terhadap media massa, menghadkan aktiviti parti-parti pembangkang dan NGO-NGO yang tidak sehaluan dengannya, kepongan ekonomi terhadap penentang-penentangnya dan proses mengUMNOkan rakyat Malaysia terus dilakukan menerusi undang-undang yang digubalkan bagi membolehkan UMNO dan para pemimpin yang berkuasa mempunyai imuniti yang tidak lut oleh undang-undang, yang mana mahkamah dipergunakan sebagai benteng terakhirnya mengekalkan kuasa.


Badan-badan pengkuatkuasa[Pejabat Peguam Negara, pasukan polis, BPR, JPN dan jentera-jentera kerajaan] dipergunakan sepenuhnya. Sesuai dengan amalan demokrasi separuh masak untuk membentuk kerajaan, maka pilihan raya olok-olok terpaksa diadakan. Oleh itu, SPR terpaksa diwujudkan. Apabila SPR wujud, orang yang hendak mengepalai SPR terpaksa dicari supaya ia boleh melaksanakan tugas selari dengan kehendak UMNO. Ketua SPR silih berganti, semuanya atas kehendak UMNO. Mereka duduk di situ bagi memastikan kepentingan UMNO tidak terjejas sehinggalah tiba giliran Abdul Rashid bin Abdul Rahman.


Rashid seorang manusia yang bermulut celupar dan berhati busuk, suka bercakap itu-ini sehingga beliau gagal menyembunyikan dirinya adalah jelmaan UMNO dalam SPR. Inilah menyebabkan timbulnya berbagai isu-isu kontroversi yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada SPR untuk menguruskan pilihan raya secara adil, bebas dan tidak memihak kepada mana-manai parti yang bertanding dalam PRU ke-12 nanti. Rashid mencipta sejarah kerana beliau seorang sahaja yang paling lama bertugas di SPR. Beliau pakar dalam hal ehwal organisasi SPR A sampai Z. Beliau tahu cara atau kaedah mana yang akan digunakan untuk mengalahkan pembangkang khususnya PAS dan PKR. Beliau juga pakar bagaimana untuk memanipulasikan undi rakyat supaya senantiasa berpihak kepada UMNO dan UMNO akan dapat terus mengekalkan kuasa buat selama-lamanya, walaupun pada hakikatnya ramai rakyat menolak atau menentang UMNO [tidak mengundi UMNO], tetapi dengan kebijaksanaan beliau [dengan bantuan lain-lain seperti pasukan polis, JPN, jentera kerajaan, media dan kedudukan kewangan yang kukuh] UMNO tetap sebagai pemenangnya.


Bagi mencapai matlamat tersebut, Rashid bagi pihak UMNO mengubal dan meminda undang-undang pilihan raya mengikut selera UMNO, kawasan pengundi dipecah-pecahkan tidak mengikut Perlembagaan, pembahagian dan penambahan kerusi-kerusi pilihan raya dbuat berdasarkan kepentingan UMNO di kawasan tersebut seperti yang berlaku persempadanan semula yang diluluskan pada tahun 2003 lalu. Membawa masuk pengundi dan ditaburkan merata kawasan bagi memperkuatkan UMNO seperti yang berlaku di Ipoh Timur [kawasan Lim kit Siang] bertujuan melemahkan [mengalahkan] pembangkang, penipuan pengundian dengan mengizinkan daftar pemilih yang caca-merba dipenuhi dengan segala kesilapan dan cacat cela, menghalalkan rasuah kerana rasuah adalah nyawa kepada UMNO, tanpa rasuah [wang berbillion] untuk membeli undi, UMNO tidak dapat bergerak, membenarkan UMNO berbelanja melebihi apa yang dibenarkan oleh undang-undang dan mengizinkan UMNO mempergunakan segala kemudahan kerajaan dan media massa.


Untuk PRU ke-12 kali ini, SPR mulai melakukan penipuan melalui memanipulasikan daftar pemilih. Harakahdaily.net telah mula mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh SPR[
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/surat-pembaca/-hantu-dalam-pilihan-raya-ini-buktinya.html]. Perkara 119 dalam Perlembagaan menetapkan hanya warganegara sahaja yang layak mengundi, itu pun mesti berumur 21 ke atas dan menetap dalam sesuatu bahagian pilihan raya, jika tidak menetap di bahagian terbabit ketika tarikh pembuangan undi berlangsung, maka ia dianggap tidak hadir. Tetapi apa yang berlaku pada PRU ke-11 tahun 2004 menjadi terbalik. Ada warga asing [buruh asing] yang didaftar sebagai pemilih dengan menggunakan kad pengenalan sementara yang dikeluarkan khas oleh JPN, ada umur pengundi paling muda 9 tahun dan paling tua 100 tahun lebih boleh keluar mengundi [rujuk : Sham Democracy : A Report on Malaysian Elections-yang dikeluarkan oleh PKR pada tahun 2006 dan edarkan ke seluruh dunia melalui duta-duta asing yang berada di negara ini].


Harakahdaily mendedahkan terdapat pengundi yang berumur 9, 10, 11, 12 dan 19 terdapat dalam daftar pemilih di negeri Selangor. Saya buat penyemakkan dan ini hasihlnya :


991214740101 (umur 9 tahun)
Kad Pengenalan : 991214740101 / 0562235
Nama : SEER HOR LEONG
Tarikh Lahir : 14 Dec 1899
Jantina : LELAKI
Lokaliti : 092 / 02 / 04 / 011 - LADANG TAN TEOW LIM
Daerah Mengundi : 092 / 02 / 04 - TEBUK PULAI
DUN : 092 / 02 - SABAK
Parlimen : 092 - SABAK BERNAM
Negeri : SELANGOR


981231081137 (umur 10 tahun)
Kad Pengenalan : 981231081137 / 1207648
Nama : HJ ABD WAHAB B MD SAMAN
Tarikh Lahir : 31 Dec 1898
Jantina : LELAKI
Lokaliti : 092 / 02 / 11 / 008 - PARIT 8 TIMOR
Daerah Mengundi : 092 / 02 / 11 - TEBUK KENCHONG
DUN : 092 / 02 - SABAK
Parlimen : 092 - SABAK BERNAM
Negeri : SELANGOR


961231742099 (umur 12 tahun)
Kad Pengenalan : 961231742099 / 7803314
Nama : TAN TEK KEAT
Tarikh Lahir : 31 Dec 1896
Jantina : LELAKI
Lokaliti : 092 / 02 / 16 / 001 - PEKAN SG BESAR
Daerah Mengundi : 092 / 02 / 16 - SUNGAI LIAS
DUN : 092 / 02 - SABAK
Parlimen : 092 - SABAK BERNAM
Negeri : SELANGOR


890520610089 (umur 19 tahun)
Kad Pengenalan : 890520610089 / 1208570
Nama : MAT RAKIM B HJ HASSAN
Tarikh Lahir : 20 May 1889
Jantina : LELAKI
Lokaliti : 092 / 02 / 16 / 003 - KG SUNGAI BESAR
Daerah Mengundi : 092 / 02 / 16 - SUNGAI LIAS
DUN : 092 / 02 - SABAK
Parlimen : 092 - SABAK BERNAM
Negeri : SELANGOR


PKR Perak juga turut mendedahkan dalam Suara Keadilan Bil.125 [16 – 30 Januari 2008] di parlimen Kuala Kangsar terdapat 46 orang pengundi yang berusia lebih 100 tahunn dan ada pengundi yang mempunyai dua kad pengenalan. Tujuan SPR ialah bagi membolehkan seorang pengundi mengundi lebih daripada sekali seperti yang berlaku dalam PRU lalu untuk memenangkan UMNO.


Kad Pengenalan : 880924086771 / 4524787
Nama : BAHARUDDIN B YAHAYA
Tarikh Lahir : 24 Sep 1888
Jantina : LELAKI
Lokaliti : 067 / 34 / 10 / 004 - KG RAMBAI TUJOH
Daerah Mengundi : 067 / 34 / 10 - MENORA
DUN : 067 / 34 - BUKIT CHANDAN
Parlimen : 067 - KUALA KANGSAR
Negeri : PERAK


Kad Pengenalan : 841213086933 / 1027634
Nama : UDA SAIN B ALANG AJID
Tarikh Lahir : 13 Dec 1884
Jantina : LELAKI
Lokaliti : 067 / 34 / 06 / 009 - KAMPONG KEPALA BENDANG
Daerah Mengundi : 067 / 34 / 06 - KAMPONG SAYONG LEMBAH
DUN : 067 / 34 - BUKIT CHANDAN
Parlimen : 067 - KUALA KANGSAR
Negeri : PERAK


Kad Pengenalan : 830630086586 / 1025925
Nama : PUTEH HAMIDAH BT RAMLI
Tarikh Lahir : 30 Jun 1883
Jantina : PEREMPUAN
Lokaliti : 067 / 34 / 10 / 003 - KG MENORA
Daerah Mengundi : 067 / 34 / 10 - MENORA
DUN : 067 / 34 - BUKIT CHANDAN
Parlimen : 067 - KUALA KANGSAR
Negeri : PERAK


Inilah kerja-kerja gila yang dilakukan oleh Rashid. Taktik ini sering digunakan oleh SPR bagi membolehkan pengundi yang diistilahkan sebagai pengundi ‘hantu’ membuang undi untuk memenangkan UMNO. Oleh sebab itulah, PENJENAYAH PR ini masih lagi dikekalkan untuk mengepalai kempen secara taktikal dan teknikal, walaupun terpaksa melakukan pindaan Perlembagaan bagi membolehkan Rashid melalui SPR melakukan penipuan dan menyelewengkan amanah rakyat. Jadi, daftar pemilih mesti dibuat secara kucar-kacir yang mengadungi berbagai kesalahan. Ini memberi kemudahan kepada SPR memasukkan pengundi hantu yang akan mengundi UMNO. Modus operendi sudah lama berlaku, pembangkang sudah lama menyedarinya, tetapi tidak ada keupayaan untuk mengubahnya.


Kini muncul satu lagi taktik yang dilakukan oleh UMNO dan direstui oleh SPR iaitu pembelian kertas undi. Modus operendi begini : Ada agen [tentulah daripada pihak UMNO kerana mereka banyak wang berjuta] menawarkan untuk membeli kertas undi dengan meletakkan harga yang tinggi. Sekiranya pengundi itu bersetuju dengan tawaran tersebut, maka pengundi terlibat akan membawa keluar secara rahsia kertas undi dan memberinya kepada ejen tadi dan menerima wang seperti yang dijanjikan. Kemudiannya agen atau wakilnya akan memangkah mengikut parti pilihan [UMNOlah]. Kertas undi tersebut kemudiannya diberikan kepada pengundi lain untuk dimasukkan ke dalam peti undi dan dia membawa keluar kertas undinya. Ianya kemudiannya diberikan kepada ejen, dan proses itu dilakukan berulangkali.


Jual-beli kertas undi telah berlaku di PR kecil Ijok yang mana terdapat 143 kertas undi hilang dan tidak dikembalikan. 142 kertas undi tidak dikembalikan berlaku di saluran 4 di pusat pengundian Pekan Berjuntai Bestari Utara dan satu lagi Jaya Setia. Kerja-kerja jahat UMNO ini tidak boleh dipandang ringan, Kemungkinan taktik ini akan digunakan lagi dalam PRU ke-12 nanti. UMNO akan berbuat apa sahaja untuk menang kerana wang bukan masalah baginya. Dalam pilihan raya olok-olok yang langsungkan di Kedah baru-baru ini pun, setiap DUN memperolehi peruntukan sebanyak RM45,000.00, apa lagi dalam keadaan pilihan raya sebenar, peruntukannya tentu lebih besar lagi.


Kaedah penipuan ini merupakan salah satu faktor kenapa UMNO dan SPR enggan menerima pemerhati luar memantau pilihan raya kita. Bertambah lagi dengan isu-isu ketidakadilan yang dilakukan oleh media, rasuah yang berluasa, menyalahgunaan kuasa, penggunakan harta awam seluas-luasnya dan. Sekiranya pemerhati luar dibenarkan membuat pemantauan seperti yang berlaku di negara-negara luar, maka terbocornya rahsia UMNO selama ini yang tertutup rapat kepada mata dunia [seperti mana Suharto dan Marcos lakukan] dalam pilihan raya demi untuk terus berkuasa dengan memperalatkan SPR. Cerita penipuan UMNO dalam pilihan raya akan tersebar ke seluruh dunia seperti mana tersebarnya berita demontrasi terbesar BERSIH pada 10 November lalu. Ketika itu, muka Abdullah hendak diletak di mana?


Walau bagaimana pun, laporan PRU ke-12 perlu disediakan dan disebarkan keseluruh dunia untuk memalukan pemimpin yang naik secara menipu, jahat, zalim, menyeleweng dan menyalahgunaan kuasa untuk terus kekal dalam kuasa di tangannya. Mereka yang terlibat melakukan perkara ini merupakan satu kesalahan itu boleh didakwa di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya dan menghadapi hukuman dipenjara sehingga dua tahun atau denda RM5,000. Bagi UMNO, ia tidak takut dan gentar kerana dia ada imuniti dan mendapat perlindungan dari pihak yang dikatakan kononnya menguatkuasakan undang-undang negara untuk keselamatan rakyat.


Lim Kit Siang, Ketua Pembangkang [AP Ipoh Timur] telah menyatakan bahawa SPR menguruskan pilihan raya tidak adil, tidak bebas dan tidak telus. Beliau telah menyatakan dalam Malaysiakini.com [
http://www.malaysiakini.com/news/66304] bahawa :


1. Parti pembangkang tidak dibenar menghantar ejen menyelia pembuangan undi pos oleh anggota polis dan pasukan keselamatan bagi memastikan ia dijalankan secara adil dan bebas.


2. Kehadiran ramai pengundi ‘hantu’.


3. Tidak mampu memastikan senarai pemilih yang komprehensif dan inklusif dengan peratus tertinggi pengundi yang layak, memandangkan terdapat 4.9 juta yang belum mendaftar.


4. Melarang liputan media yang berat sebelah, tidak jujur dan tidak benar, sama ada di media cetak, radio atau televisyen sewaktu kempen pilihanraya, seperti penyiaran kartun tidak beretika, tulisan, siaran serta iklan untuk “menakutkan” pengundi terhadap pembangkang.


5. Melarang amalan politik wang, bukan sahaja oleh calon-calon, tetapi itu juga oleh parti-parti politik.


6. Melarang penyalahgunaan sumber-sumber dan dana kerajaan sewaktu kempen pilihanraya.


7. Tempoh kempen pilihanraya yang singkat yang sentiasa diputuskan oleh Perdana Menteri apabila beliau membubarkan Parlimen, sedang ia merupakan hak eksklusif SPR bagi memastikan sebuah pilihanraya yang "bebas, adil dan bersih".


8. Penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan ‘sementara’ dengan memberi peruntukan dan membuat janji-janji pilihanraya berhubung projek-projek pembangunan, atau penyalahgunaan kuasa oleh menteri kerajaan ‘sementara’ dengan menggunakan wang rakyat untuk berkempen seperti bagi kos perjalanan serta penyalahgunaan sumber-sumber awam.


Apa yang saya sebut di atas adalah hakikat yang sebenar yang diperlakuan oleh SPR [Rashid] sebagai PENJENAYAH yang paling merbahaya dalam sistem pilihan raya di Malaysia. Ia telah, sedang dan akan melakukannya lagi dalam PRU ke-12 nanti. UMNO diibaratkan seekur anjing. Anjing, sekiranya ia tidak makan tahi [shit], ia akan tetap menghidunya juga.


Maha penting sekali, SPR masih membenarkan UMNO bertindak sebagai sebuah kerajaan yang masih berkuasa menentang parti-parti pembangkang. Rashid manusia MUNAFIK kerana beliau tahu dan sedar bahawa sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, UMNO khususnya para pemimpinnya tidak ada lagi kuasa. Para pemimpinnya sama taraf dengan para pemimpin pembangkang. Mereka mesti menggunakan kekuatan parti masing-masing merebut pengaruh dikalangan rakyat. Dalam PRU ke-12 ini, adalah diharapkan pihak pembangkang menubuhkan satu Jawatankuasa khas memantau salahguna kuasa oleh UMNO. Apa jua bentuk kesalahan UMNO lakukan mesti dirakamkan dalam bentuk video, gambar, tulisan dan sebagainya. Bukti-bukti ini amat penting untuk digunakan selepas PRU nanti. Penyalahguaan kuasa UMNO dalam pilihan raya perlu disebarkan seluruh dunia. Biar dunia tahu bagaimana urusan pilihan raya di Malaysia dilaksanakan. Jangan ashik menumpukan perhatian untuk memulihkan demokrasi di Mynmar sahaja, di Malaysia pun demokrasi belum dipulihkan sepenuhnya.


Melihat kepada senario yang lepas [yang akan datang] tidak salah rakyat Malaysia melebelkan ABDUL RASHID BIN ABDUL RAHMAN sebagai ‘PENJENAYAH PILIHAN RAYA DI MALAYSIA’ kerana beliaulah merupakan arkitek bagi UMNO untuk terus-menerus mengekalkan kuasa. Selagi Rashid [orang lain juga macam itu] masih di situ, maka UMNO tetap menang dalam setiap pilihan raya yang diadakan. Perkara 114 yang terkandung dalam Perlembagaan menyebut SPR dibentuk hanyalah sebagai sebuah badan pengendali pilihan raya sahaja, tidak lebih daripada itu. SPR tidak dibekalkan dengan kuasa untuk dia dapat bertindak secara bebas, adil dan tidak memihak. SPR memang telah dikasikan lebih awal. SPR memang disetkan untuk memenangkan UMNO dalam pilihan raya.


Melihat telatah Rashid ketika kita diambang PRU ke-12, kita boleh membuat kesimpulan bahawa SPR adalah proksi kepada UMNO dan ia telah pun berjaya duduk dalam kompenen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti gabungan. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh Rashid. Gelagatnya mengambarkan hakikat tersebut. Ia berkerja untuk UMNO, bukan berkerja untuk rakyat. Bersandarkan kepada hakikat tersebut, kita sebagai rakyat Malaysia sudah dapat menjangkakan bahawa tidak mungkin ada perubahan besar dalam PRU ke-12 nanti. UMNO akan tetap meneruskan kuasa 2/3nya di Parlimen [juga di DUN-DUN] dan terus mengcengkam kuasa. UMNO boleh bertindak lebih zalim lagi selepas itu kerana keseluruhannya rakyat [walaupun menerusi berbagai kaedah penipuan dan menyalahgunaan kuasa] menyokongnya. Keseluruhan rakyat akan merasa kepedihan dan merana kerana UMNO kembali berkuasa.


Pada ketika ini, kita menghadapi berbagai isu yang menyebelahi kita, yang boleh kita ceramahkan kepada rakyat. Dihadapan kita penuh onak dan duri. Kadar jenayah naik mencanak melebih 13% pada tahun 2007 menyebabkan keadaan keselamatan tidak terjamin kepada rakyat, pelawat, pelancung dan pelabur. Keadaan tidak selamat ini bukan dicetuskan oleh para demontrasi, tetapi sebaliknya pihak UMNO dan kerajaan yang lembab yang perlu dipertanggungjawabkan. Berbanding tahun-tahun lepas, masalah sosial yang muncul di kalangan belia [baik Melayu, Cina dan India] seperti cendawan lepas hujan akan memusnahkan tamadun kemanusiaan dan negara. Peratusan penagihan dadah di kalangan orang Melayu semakin ramai, kes rogol juga turut meningkat. Dari 4 wanita yang dirogol setiap hari pada tahun 2003 telah melonjak kepada 8.5 sehari pada tahun 2007.


Semua ini timbul adalah hasil sumbangan perlaksanaan Islam Hadhari yang gagal membina masyarakat mandani dan menyuburkan masyarakat dengan berhibur dan berpesta-pestaan seperti apa yang berlaku di malam menyambut tahun baru 2008 lalu. Pada masa yang sama UMNO menyekat dan menyukarkan golongan yang mahu menyeru manusia kembali ke jalan Allah berlandaskan al-Quran dan al-Hadith, bukan daripada ajaran Islam Hadhari yang sesat lagi menyesatkan seperti yang ditunjukkan oleh imam besarnya [rujuk kehidupan keluarganya yang bertelanjang [tidak tutut aurat] dan dirinya selamba sahaja menyentuh wanita yang bukan muhrim] dan kehidupan keluarga timbalannya [isteri lebih kebaratan] lebih teruk lagi dan beliau sendiri [timbalan] ada desas-desus menyatakan sang timbalan ada skandal. Rakyat akan dibebankan dengan kos belanja hidup yang semakin meninggi selepas PRU ke-12 nanti kerana harga petrol, tarif elektrik, tol akan dinaikkan, kemudian akan diikuti dengan kenaikan harga barangan.


Isu rasuah, pemborosan dan pembaziran dalam membelanjakan wang negara, skandal seks yang melibatkan para pemimpin, tidak ada kesepakatan sesama anggota BN, krisis dalaman UMNO dan kepimpinan yang lemah, namun semua masalah yang berlambak ini belum lagi mampu membuka minda rakyat untuk berfikir untuk membuat pemilihan yang terbaik. Ia belum boleh memberi impak berkesan menukarkan kerajaan UMNO/BN yang kurop itu dengan BA atau Barisan Rakyat [BR].


Pimpinan pembangkang telah menjanjikan untuk berusaha menstabilkan harga barang, menurunkan harga petrol dan memberi jaminan untuk membentuk sebuah kerajaan yang pro rakyat [negara kebajikan?], tetapi setakat ini tinjauan rambang yang saya lakukan menunjukkan isu-isu tersebut tidak menyentuh hati nurani rakyat khususnya orang Melayu di kampung-kampung. Mereka tidak makan isu, tetapi mereka makan duit, mereka mahu makan free, kain batik, kain pelikat, gula-kopi, mahu projek dan takut kepada ugutan serta ancaman. Manusia Melayu mudah lupa. Mereka tidak akan berani melakukan perubahan selagi mereka dapat makan, tidur, buat anak dan hidup dalam aman.

Segala isu yang kita bentangkan kepada mereka, tidak ada kaitan dengan kehidupan mereka seharian, tetapi sekiranya harga getah jatuh merudum, harga padi rendah kerana subsidi ditarik balik, barangan makanan tidak ada di pasaran, maka ketika itulah orang Melayu akan bangun menentang UMNO kerana ia jatuh dan kena di batang hidung sendiri. Kita terpaksa menunggu lebih lama lagi, menunggu hukum ‘karma’ akan menjelma [sekarang sudah ada bibit-bibitnya] sepertimana yang menimpa Suharto, Golkar dan rakyat Indonesia


Renung kenyataan yang dibuat oleh Dato’ A.Kadir Jasin [
http://kadirjasin.blogspot.com/] seorang penulis, wartawan dan ahli perniagaan yang mempunyai banyak pengalaman mengenai politik orang Melayu dulu dan kini tidak banyak mengalami berubah. Selepas PR kecil di Ijok, Kadir membuat satu kesimpulan bahawa orang Melayu :


1. Politik wang yang dipersembahkan sebagai politik pembangunan terus menjadi senjata utama parti pemerintah


2. Parti pemerintah akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya, khasnya pilihan raya kecil di mana keraksasaan kewangan dan jenteranya boleh digembleng secara besar-besar


3. Pemilih masih terpengaruh dengan janji-janji yang berbentuk kewangan dan mata benda


4. Idea-idea sejagat seperti keadilan, kesaksamaan, ketelusan, keterbukaan dan kebertanggungjawaban masih berupa slogan pilihan raya semata-mata. Akhir wang yang berkuasa


5. Pembangkang, khasnya PKR, terus tidak mampu mengemukakan agenda perjuangan yang difahami dan diyakini umum


6. Isu-isu peribadi semakin menjadi tumpuan sehingga meminggirkan isu-isu pokok yang menjadi manifesto pilihan raya


7. Kempen pilihan raya semakin cetek, dangkal dan hambar. 'The dumbing down process' atau proses pendangkalan minda berterusan


8. Sifat atau ciri munafik/hipokrit semakin menular dan menyerlah dalam semua parti dan di kalangan majoriti mereka yang berkempen. (Seorang Timbalan Ketua Bahagian Umno yang menampilkan wajahnya di Ijok memberitahu saya yang dia kecewa prestasi PKR tidak lebih cemerlang. Katanya dia mahu PKR menang supaya boleh menjadi mesej yang kuat kepada para pembesar BN dan Umno. Tetapi dia menyalahkan PKR kerana tidak pandai berkempen.)


9. Proses pilihan raya, khasnya pendaftaran pemilih dan pengundian, terus menjadi pertikaian


10. Umno dan majoriti orang Melayu terus bertolak ansur atas nama BN dan dalam proses itu mendedahkan diri mereka kepada kritikan yang semakin meluas;
11. Majoriti orang Melayu terus menyokong calon dari parti-parti komponen BN walaupun beberapa buah daripada parti itu telah secara terbuka mempertikaikan kontrak sosial yang menjadi teras Perlembagaan Malaysia


12. Pengundi Melayu masih boleh terus dipengaruhi dengan mudah walaupun mereka dikatakan semakin canggih dan maju.


BERSIH telah melakukan pelbagai usaha untuk mereformasikan sistem pengurusan pilihan raya di Malaysia, tetapi malang ia tidak berjaya. Ia tetap tidak berubah. SPR masih menggunakan sistem lama bagi menjaminkan UMNO boleh melakukan berbagai penipuan, menyalahgunaan kuasa dan melakukan penyelewengan untuk menang tanpa ada bantahan besar-besaran. UMNO sudah bersiap sedia untuk menghadapi itu semua kerana UMNO sedar ia berlaku tidak adil dan menipu untuk menang dalam pilihan raya. Bantahan dan saman menyaman akan diuruskan olehnya seperti PRU ke 11 dan PR kecil-PR kecil yang lalu. Sedikit pun ia tidak bimbang menghadapi bantahan pembangkang nanti. UMNO sudah bersiap sedia semuanya.


Perlu diingat, UMNO tidak boleh ditumbangkan melalui sistem mengarut dalam pilihan raya. UMNO boleh ditumbangkan hanya melalui jalan raya sepertimana berlaku terhadap negara Indonesia, Filipina, Thailand, Iran dan lain-lain negara yang diperintah ala diktator. Tetapi sayang, seluruh pemimpin pembangkang begitu yakin kemenangan berpihak kepada mereka dan mereka bersetuju untuk menentang UMNO dalam gelanggang pilihan raya yang bobrok. Abdullah tidak akan membubarkan Parlimen selagi beliau tidak yakin yang beliau boleh mencipta kemenangan 2/3 seperti yang menikmatinya pada tahun 2004 dulu.


Dalam PRU ke-12 ini, pembangkang mungkin lebih baik sedikit daripada PRU ke-11, tetapi ia tidak membawa sebarang makna. Kerusi di Parlimen macam itu juga dan Kelantan mungkin kita dapat pertahankan. Sebenarnya dalam hati saya tercetus kerisauan PAS akan kalah di Kelantan dan Terengganu kita terus puteh mata. Dalam kita membuat post mortem nanti, tidak perlu menyentuh faktor lama seperti pengundi hantu, rasuah politik UMNO, curahan projek dan pelbagai lagi alasan yang selalu kita tampilkan selepas pembangkang pengalaman kekalahan. Sebabnya kita tahu dari awal lagi bahawa pilihan raya kita penuh dengan penipuan dan penyelewengan yang maha hebat nanti rakyat akan mempersoalkan kita balik : "kalau dah tahu akan ditipu, kenapa masuk juga pilihan raya, sudahlah kalah, habis segala duit dan tenaga." [pinjam kata-kata Kawan Pak Tam :
[
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7504&Itemid=46


Jawapan kepada semua itu, kita wajar menyahut cabaran Rashid bahawa PRU ke-12 kita boikot bersama. Tindak memboikot ini akan mengemparkan seluruh dunia. Dunia akan melihat kita, melihat sistem kita, mengkaji kenapa kita bersatu untuk memboikot pilihan raya. Boikot pilihan raya bukan merupakan perkara asing. Ia berlaku banyak negara yang tidak puas hati terhadap tindakan pihak berkuasa yang melaksanakan pilihan raya yang tidak adil, tidak bebas dan terkongkong dalam undang-undang yang digubalkan khas untuk menghalang pembangkang mengambilalih kuasa. Pihak berkuasa [UMNO di Malaysia] takut kehilangan kuasa. Tindakan ini paling berkesan untuk mengajar UMNO.


Masih ada waktu untuk memikirkan secara serious untuk bersatu untuk memboikot PRU ke-12.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

Wednesday, January 16, 2008

ANTARA TIDUR DAN SEDAR

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,



Membaca dua artikel dibawah mengambarkan betapa hapraknya parti UMNO dan parti-parti rakan gabungannya. Para pemimpinnya menghadapi krisis moral paling teruk. Mereka dihinggapi penyakit ‘gila’. GILA kuasa, gila kedudukan, gila harta dan gila seks. Apa kurangnya para pemimpin UMNO, tidak kurang hebatnya berbanding rakannya. Siapa tidak kenal Rahim Tamby Chik, Mohamad Mohd.Taib, Abu Hassan Omar, anak Onn Ismail, ahli parlimen Gombak dan ramai lagi yang kaki botol dan kaki perempuan. Amat malang bangsa Melayu, mudah diperbodohkan oleh para pemimpin UMNO yang berperangai IBLIS berwajahkan manusia. Binatang lebih mulia jika dibandingkan dengan para pemimpin UMNO dan sekutunya.

Tidak masuk aqal seorang yang bercakap soal moral boleh terlibat dalam skandal seks yang paling hina, malah lebih hina lagi bila pemimpin itu berkerja dalam persekitaran dasar Islam Hadhari yang dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi yang bercita-cita besar untuk membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun, bermoral dan berakhlak mulia. Mulut berbuih bercakap untuk membentuk insan madani, modal insan dan sebagainya, tetapi para pemimpinnya gelagat seperti binatang. Ada nafsu, aqal tiada.


Meneliti kes Menteri Kesihatan, nyata perlaksanaan Islam Hadhari gagal membentuk pemimpin yang bermoral dan berakhlak mulia, apatah lagi membina budaya pertanggungjawapan, tulus dan amanah terhadap rakyat yang dipimpin. Mereka curang. Apa yang boleh diharapkan daripada para pemimpin jenis ini. Hendakkan para belia kita jadi baik, bermoral dan berakhlak mulia, tetapi perangai para pemimpin seperti IBLIS. Jadi, tidak hairanlah kadar jenayah meningkat berganda dan masyarakat diselubungi ketakutan sepanjang masa di bawah kerajaan yang kurop dipimpin oleh UMNO.

Baca artikel-artikel ini seterusnya :


ANTARA MABUK SEORANG PEMIMPIN DAN PENAGIH
Oleh : Dr Rosli Allani [http://www.malaysiakini.com/letters/76869]


Dunia politik Malaysia digegarkan dengan pengakuan tulus ikhlas Menteri Kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa beliaulah lelaki dalam pita rakaman yang diedarkan di Johor tempohari. Pita rakaman itu mungkin telah beredar ke seluruh dunia pada masa ini.

Ledakan teknologi maklumat menyaksikan satu lagi peristiwa yang jelas membawa mesej rakyat - tindakan tidak bermoral, apatah lagi di kalangan mereka yang diangkat sebagai pemimpin - tidak dapat diterima walau apa cara dan alasan sekalipun. Kenyataan beliau selepas mengumumkan peletakan semua jawatan dalam kerajaan dan MCA, sememangnya wajar dijadikan iktibar.

Beliau bukanlah orang yang pertama dan terakhir yang akan melalui sepak terajang politik dn terpelanting keluar. Kerajinan dan komitmennya kepada tugas mencemaskan pesaing politik yang lain. Itulah tanggapannya.


Namun semuanya adalah jelas, komitmen seseorang - walau sebesar mana sekalipun - akan berakhir dengan penghinaan dan kecaman sekiranya permasalahan moral dan perlakuan sumbang mereka menjadi juadah umum. Kerana juadah itu, walaupun sedap dan mengasyikkan untuk dibaca dan dilihat, amatlah menghanyirkan. Ciri-ciri pemimpin yang diingini rakyat itu jelas - bersih, tidak menyalahi tanggapan umum walau seperibadi mana pun dia.


Namun, sejauh mana rakyat marhain hari ini menilai bersihnya seorang pemimpin? Kadang-kadang mereka merasakan tiada pilihan yang lebih baik untuk menyandarkan sebuah harapan. Mereka lebih suka mengikut arus. Mengharapkan segalanya kekal baik, walaupun sikap baik dan jahat seseorang itu boleh berubah. Mereka amat yakin kepada orang yang sangat baik akan kekal baik, tetapi rata-rata individu yang ada adalah di antara dua ekstrim - yang boleh pergi ke kiri dan ke kanan. Begitulah hakikat kehidupan.


Kita secara umumnya menilai seorang penagih sebagai golongan terbuang dan hina, sampah dan perosak masyarakat. Mungkin amat jarang sekali kita memberi mereka peluang kedua. Namun, tidak sedikit pemimpin yang disangsikan keperibadian mereka terus diberi peluang kedua dan ketiga, atau untuk kesekian kalinya, kerana masyarakat tidak menilai tahap kerosakan yang dibawa oleh mereka.


Mungkin hanya dengan tangisan mereka, dengan berpakaian mahal dan kemas, dengan secebis janji manis, cairlah hati penilai. Persepsi manusia berubah berdasarkan pengamatan dan pemerhatian mereka.


Chua menunjukkan contoh yang baik. Beliau bukan berhenti untuk tidak membebankan kerajaan BN yang sudah cukup terbeban. Beliau seorang yang berprinsip. Berani buat berani tanggung. Beliau memohon kemaafan.


Beliau bertindak berdasarkan norma dan pandangan masyarakat bila berhadapan dengan salahlaku yang beliau lakukan. Mabuknya sesetengah pemimpin, mereka sanggup melawan arus. Mereka bertindak di luar norma kehidupan kerana mereka yakin mereka berada jauh di atas melebihi segala kuasa di bumi.


Antara mabuk seorang pemimpin dan penagih, bezanya, mabuk seorang pemimpin, mereka dalam syurga dan kenikmatan dunia, dihormati dan disanjungi. Mabuk seorang penagih, kebanyakan mereka di dalam dunia mereka yang penuh duri dan liku, dibenci dan dikeji. Siapakah sebenarnya yang bersalah?


BENDUNG ESKTREMIS WAJAR BERMULA DENGAN UMNO
Oleh : ACR [http://www.malaysiakini.com/letters/76482]


Ada pepatah yang berbunyi 'siapa yang makan cili, dia akan merasa pedasnya.' Pepatah ini tepat menggambarkan reaksi Ketua Pemuda Umno, Hishammuddin Hussein, terhadap pandangan Naib Ketua Pemuda Gerakan, S Paranjothy bahawa Umno memainkan sentimen kaum Melayu.


Seperti yang umum maklum,media tempatan merupakan 'alat suara' untuk menyebarkan pendapat tertentu kerajaan dan Umno. Maka tidak menghairankan apabila Utusan Malaysia menerbitkan pandangan seorang penulis yang, antara lain, memperingatkan Paranjothy supaya tidak bermain dengan api sebab Umno sudah cukup sabar dan bertolak ansur sekian lama.


Dia juga meneruskan karutnya dengan memberi pujian kepada Umno untuk kemewahan dan kekayaan yang dinikmati kaum bukan Melayu yang, menurutnya, lebih daripada orang Melayu dan bumiputera.


Penulis itu mengakhiri celotehnya dengan ungkapan terkemuka orang Umno, iaitu orang Melayu yang seharusnya merasa terpinggir di tanahair sendiri dan Paranjothy dan sesiapa yang sependapat denganya, bolehlah berhijrah ke negara lain.


Sebenarnya, kenyataan Paranjothy sengaja dikeluarkan dari konteksnya oleh suratkhabar dengan menyentuh hanya satu isu yang beliau kemukakan iaitu mengenai Hindraf dan kedudukan warga Malaysia berketurunan India.


Berdasarkan laporan Malaysiakini, kenyataan penuh Paranjothy menekankan cara berpolitik Umno yang sengaja memainkan sentimen orang Melayu untuk meraih sokongan politik. Tiada siapa di kalangan ahli Umno - Hishammuddin, Khairy Jamaluddin mahu pun Pak Lah - yang boleh menafikan fakta tu. Buktinya jelas terpapar di kaca televisyen rakyat jelata semasa persidangan Umno tahun 2006.


Baru-baru ini juga, Khairy menyindir bahawa pengedaran surat khabar di negara ini dikuasai kaum India dan kerana itu ucapan dasar presiden Umno tidak dapat dibaca rakyat sebab penjual surat khabar tidak berkerja pada cuti am Deepavali.
Persoalannya ialah kenapa Umno, sebagai tulang belakang BN yang diterajui pemimpin untuk semua warga Malaysia, mengadakan persidangan tahunannya pada hari Deepavali?


Apakah hanya minggu itu sahaja diperolehi untuk persidangan tersebut? Mengapa Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengalami kesukaran memilih tarikh persidangan yang sesuai selama 22 tahun beliau menyandang jawatan Presiden Umno? Adakah Umno tidak akan tersinggung jikalau komponen parti BN yang lain mengadakan persidangan masing-masing semasa Hari Raya?


Khairy dijemput menerokai peluang menjadikan ahli Umno pengedar suratkhabar. Sekurang-kurangnya mereka akan memahami kesulitan membaling surat khabar pukul 5 pagi sambil menaiki motosikal.


Jelas sekali bahawa Umno dan BN merupakan organisasi perkauman terunggul di dunia. Amat ketara pula keadaan mengembiri parti-parti komponen BN yang nyata gagal mewakili kepentingan kaum bukan Melayu padahal BN berasaskan konsep perkauman.


Bayangkan, kelakuan naib ketua pemuda Umno menggertak Ketua Menteri Pulau Pinang? Atau perwakilan Umno meminta agar presiden MIC dipecat kerana membatalkan rumah terbuka Deepavali? Bolehkah pemuda komponen parti BN berkelakuan sedemikian kepada pemimpin Umno?


Politik perkauman sempit BN dipamerkan baru-baru ini apabila MIC dan Umno mengeluarkan kenyataan bercanggah mengenai Anwar Ibrahim. Umno menyebarkan khabar mengatakan beliau telah menjadi Hindu manakala MIC melemparkan tuduhan bahawa beliau tidak pernah menolong dalam isu berkaitan kaum India atau orang beragama Hindu semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri.Lima puluh tahun memadai untuk sandiwara BN. Adalah wajar rakyat menolak parti yang mengakui gagal memenuhi objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas 30 tahun. Rakyat sudah cukup sabar dengan gaya pemerintahan BN yang bersifat perkauman. Saranan Pak Lah untuk membendung esktremis wajar dimulakan dengan Umno

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian.Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

Tuesday, January 15, 2008

TM STREAMIX INDAH KATA BURUK KERJA

Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,

Hampir dua minggu saya tidak boleh access internet kerana sistem yang digunakan oleh STMB down. Dalam tempoh tersebut saya mengalami banyak kerugian. Saya tidak boleh menulis dan menyumbang idea menentang fahaman kurafat yang dibawa oleh UMNO melalui ideologi sekularnya dan mazhab Islam yang ada had dan harinya itu. Apatah tah lagi untuk mengikuti isu-isu semasa yang melanda negara masa kini. Fikiran menjadi buntu.

Perasaan membara marah kepada TMstreamix. Para jurutekniknya lembab bertindak. Cuba saudara pembaca bayangkan, saya telah membuat laporan pada hari Jumaat, 11.1.2008, jam 8.30 malam. Tidak ada sebarang tindakan yang diambil untuk memulihkan sistem yang down itu. Setiap hari saya membuat laporan. Saya terpaksa bernada ugutan pada pagi [9.00 pagi] hari selasa 15.1.2008, baharulah pada pukul 4.00 petang sistem TMstreamix mulai berfungsi semula. Betapa ruginya saya ketika itu.

Tahun 2007, saya mengalami masalah yang sama. Sistem streamix yang down, ia tidak ada kaitan dengan sistem komputer saya. Dalam bulan Julai 2007, 4 hari saya tidak dapat access internet [18 hingga 21.7.2007]. Bulan Ogos 15 hari [1-3, 8-10, 15-18 dan 27-31.8.2007] dan bulan September [1-4.9.2007 dan 11 - 19.9.2007].

Gangguan ini dapat dipulihan setelah berkali-kali saya mendesak agar TM menyemak peralatannya, setelah saya dinasihatkan oleh juruteknik yang saya panggil yang mendapati sistem komputer saya berada keadaan baik. Akhirnya pihak TMstreamix mengaku bahawa pot yang digunakan oleh saya didapati rosak kerana lama, dan diganti baru.

Saya tidak dbayar sebarang ganti rugi. Begtulah cara kerja orang-orang TM.

Monday, January 7, 2008

PDRM SANGGUP BERBOHONG KERANA UMNO

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt



Saya telah menulis dan memberi ulasan secara sinis terhadap PDRM berhubungan ucapan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh pada 10 Disember 2007.Ia disiarkan diblog saya, dan juga disiarkan di Laman Marhaen:
http://marhaen.ngepeng.com/mar_a_tun_telanai029.html serta di Laman Tranungkite http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=5578.


Hari ini akhbar internet telah melaporan bahawa perhimpunan aman Malam Solidariti untuk Mangsa ISA, anjuran Gerakan Mansuhkan ISA [GMI] pada 5 Januari lalu dihalau oleh pasukan polis dengan water canon. Tidak tangkapan dbuat. Para peserta perhimpuan bersurai dengan aman. Tidak ada kekecuhan yang berlaku. Kemungkinan pihak polis sendiri sedar akan hak rakyat seperti yang diperuntukan oleh Perlembagaan dan Piagam Hak Asasi Manusia PBB atau mereka juga manusia yang mempunyai sifat kemanusiaan menjalankan tugas ala kadar bagi memenuhi impian UMNO untuk terus survival. Lagi pun GMI tidak membawa senjata hanya semata-mata membawa beberapa batang lilin [orang pun tidak ramai] untuk dinyalakan sebagai bantahan terhadapan penahanan tanpa bicara-ISA.


Apa yang menariknya ialah sorong papan, tarik papan yang dilakonkan oleh Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman dengan , Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi GMI. Skripnya adalah sama seperti yang disandiwarakan oleh bosnya Musa Hassan dalam The Star pada 4 Disember 2007 [dalam ucapan Teresa disebut perkara ini], Musa melakukan pembohongan secara selamba yang beliau pernah menawarkan Bersih untuk mengadakan perhimpunan mereka di dalam stadium, tetapi tawarannya itu ditolak.


Lakonan Zulkarnain ini saya rakamkan melalui petikan siaran Malaysiakini.com tanpa ulasan selanjutnya. Tujuannya untuk memberi gambaran kepada rakyat supaya berfikir dan membuat kesimpulan bahawa itulah sikap yang ada pada pasukan PDRM kita selama ini. Harapan saya, semoga pasukan PDRM perlu merubahkan mentali yang pro kepada UMNO, kembali ke tugas asal secara professional menjaga keamanan rakyat dan negara. Persepsi rakyat terhadap pasukan perlu dipulihkan segera kerana semakin keras pasukan polis lakukan terhadap kumpulan yang anti kerajaan [hanya berkisar soal dasar melalui pendekatan yang berbeza], maka semakin benci dan hilang hormat rakyat terhadap pasukan polis. Ini yang sangat ditakutkan.


Baca artikel ini:


1. Rayuan tidak dijawab, GMI tetap teruskan program
[Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/76719]


Ketua Polis Kuala Lumpur tidak menjawab rayuan yang dikemukakan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk mendapatkan permit bagi mengadakan Malam Solidariti untuk mangsa ISA di Dataran Merdeka malam ini.


GMI mengemukakan rayuan itu semalam selepas polis daerah Dang Wangi mengisytiharkan perhimpunan itu sebagai haram.


Bagaimanapun, para aktivis dan keluarga tahanan ISA akan cuba mengadakannya berhampiran Dataran Merdeka, kata Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh
“Kita lihat apa akan jadi kemudiannya. Kita akan cuba mengadakannya di mana juga kita berkumpul," kata Syed Ibrahim.


Polis dijangka menutup Dataran Merdeka malam ini.
Semalam, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman mendakwa GMI 'enggan' mengemukakan borang permohonan apabila diminta berbuat demikian dalam satu perjumpaan Rabu lalu.
Teknikal


GMI bagaimanapun menafikannya, dan mendakwa dokumen tersebut telah dikemukakan pada 26 Disember 2007, diikuti dengan sepucuk surat pada 28 Disember.


Zulkarnain menjawab surat tersebut pada 2 Januari, dengan menyatakan permohonan tersebut ditolak, antaranya, atas alasan keselamatan dan GMI bukan badan berdaftar.


Pada masa ini, terdapat kira-kira 90 tahanan ISA di Pusat Tahanan Kamunting, Perak.


Yang terbaru ialah lima pemimpin Hindraf yang ditahan pada 13 Disember 2007 atas alasan keselamatan.


Zulkarnain berkata, tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Polis terhadap individu yang menyertai perhimpunan tersebut.

2. Polis isytihar program GMI [5 Januari 2008] haram
[Rujuk :http://www.malaysiakini.com/news/76708]


Polis mengisytiharkan perhimpunan aman Malam Solidariti untuk Mangsa ISA, anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Dataran Merdeka di ibunegara esok sebagai satu perhimpunan haram.


Sehubungan itu, pihak polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka akan ditutup bagi menghalang perhimpunan itu diadakan.


Katanya, pihak penganjur perhimpunan itu tidak membuat permohonan permit dan juga merupakan badan yang tidak berdaftar.


ACP Zulkarnain berkata, mereka hanya menghantar surat makluman mengenai aktiviti itu kepada polis bukannya surat permohonan permit.


Bercakap kepada pemberita di pejabatnya hari ini, beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang terlibat mengikut Akta Polis kerana menyertai perhimpunan tersebut.


Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, ACP Zulkarnain berkata permohonan permit mesti dibuat dengan mengisi satu borang permohonan khas.
Menurutnya, perkara itu telah dimaklumkan kepada GMI dalam satu pertemuan Rabu lalu.


"Mereka enggan mengisi borang tersebut," kata Zulkarnain kepada Malaysiakini.
Sementara ituj, Presiden GMI, Syed Noh pula berkata GMI telahpun mengemukakan borang-borang yang diperlukan pada 26 Disember 2007.


“Kita telah mengemukakan dokumen-dokumen perlu, tetapi mereka (pihak polis) mendakwa telah kehilangannya dan meminta kita mengisi bagi kali kedua di pertemuan tersebut," kata Syed Ibrahim.


Menurut, 'borang kedua' itu tidak diserahkan ia menjadi tanggungjawab pihak polis untuk mengesan borang permohonan yang asal.


Syed Ibrahim berkata, GMI mahu meneruskan program tersebut sebagai penegasan terhadap hak mereka untuk berhimpun secara aman di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.


“Kita menegaskan bahawa ini adalah satu perhimpunan aman. Ianya untuk menyalakan lilin sebagai tanda simpati kepada mangsa tahanan ISA. Ia bukan satu perarakan atau perhimpunan," katanya.


Menurut beliau lagi, adalah sudah terlambat untuk memaklumkan kepada penyokongnya supaya jangan menghadiri program malam esok itu.


Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, pihaknya menjangka 100 hingga 200 orang akan menghadiri perhimpunan tersebut yang antara lain untuk menyalakan lilin sebagai tanda simpati kepada mangsa tahanan ISA.


Beliau berkata, GMI telah mengemukakan rayuan hari ini terhadap keputusan Zulkarnain itu kepada Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin.


Percubaan kedua


Sebelulm ini, GMI telah cuba mengadakan program tersebut pada 22 Disember 2007, tetapi ditangguhkan kepada 5 Januari kerana polis mengisytiharkannya sebagai perhimpunan haram.


Berikutan itu, GMI mengemukakan borang permohonan untuk mengadakan program tersebut pada 26 Disember dan diikuti dengan sepucuk surat pad 28 Disember.


Rabu lalu, Zulkarnain menjawab surat tersebut menolak permohonan permit tersebut, antara lain, atas alasan keselamatan dan GMI bukan sebuah badan berdaftar.


Pada masa ini, terdapat kira-kira 90 tahanan ISA di Pusat Tahanan Kamunting, Perak.


Yang terbaru ialah lima pemimpin Hindraf yang ditahan pada 13 Disember 2007 atas alasan keselamatan


Tamat


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam

Saturday, January 5, 2008

SIAPAKAH VVIP ITU?

Serangan DVD Skandal VVIPDijangka Merebak Ke Pahang
Oleh : Ruhanie Ahmad [http://puteramalaysia.blogspot.com/]


DiBawa Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,




Proses pembunuhan karektor ke atas beberapa VVIP politik Barisan Nasional (BN), termasuk UMNO, menerusi penyebaran DVD atau buku yang dipercayai mengandungi babak-babak skandal, termasuk skandal seks, dijangka merebak ke Pahang dalam tempoh terdekat ini.



Sumber-sumber memberitahu blog ini hari ini bahawa serangan di Pahang dijangka tertumpua kepada dua kawasan Parlimen tertentu. Motifnya dipercayai adalah untuk menyingkirkan mangsa sasaran skandal itu daripada arus perdana politik Malaysia.


Sumber-sumber yang sama juga menegaskan bahawa proses pembunuhan karektor ini dipercayai sebahagian daripada agenda konspirasi yang dipelopori sejak dua tahun lalu oleh sesetengah pihak yang mendakwa rapat dengan seorang pembesar tertentu.


Bagaimanapun, proses ini jadi semakin ketara kerana PRU12 dijangka diadakan pada tempoh suku pertama tahun 2008. [Blog ini sudah menerima maklumat mengenai tarikh bila Parlimen Malaysia dijangka dibubarkan. Tetapi, kerana maklumat ini perlu di siasat dengan lebih terperinci, kisah pembubaran ini hanya akan saya poskan bila segala maklumat mengenainya sudah saya pastikan secara muktamad.]


Persoalannya pada hari ini ialah: siapakah di sebalik konspirasi berkenaan? Benarkah konspirasi itu dikatakan direstui oleh seorang pembesar tertehtu? Dan, apakah peluang BN jadi bertambah cerah jika beberapa tokoh VVIPnya “dibunuh” menerusi konspirasi berkenaan?


Pada waktu yang sama, adakah apa yang terjadi ke atas menteri MCA yang hari ini meletakkan jawatannya dalam kabinet, sebagai Ahli Parlimen, dan keseluruhan jawatan di dalam MCA pusat, negeri dan bahagian, adalah sebahagian daripada konspirasi tersebut?


Menteri MCA itu mengundurkan diri daripada politik kerana sebuah DVD yang mengandungi adegan seks membabitkan dirinya dengan seorang wanita telah disebarkan di Batu Pahat dan Muar sempena tahun baru 2008.Beberapa sumber memberitahu blog ini hari ini bahawa penyebaran DVD itu dipercayai dilakukan oleh seorang individu berpengaruh yang baru-baru ini dikatakan telah dikecewakan oleh keputusan menteri berkenaan yang enggan menyokong satu cadangan perniagaan berkaitan kesihatan di kawasan WPI.


Bagaimanapun, beberapa sumber lain pula memberitahu blog ini bahawa apa yang terjadi ke atas menteri MCA itu adalah sebahagian daripada percaturan politik yang besar di dalam parti tersebut, khususnya mengenai kemungkinan MCA mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri II selepas pilihan raya umum kelak.


Oleh itu, sukar untuk dipastikan sama ada kemungkinan konspirasi dalam MCA itu juga adalah sebahagian daripada konspirasi yang akan menyebarkan DVD atau buku ke dua kawasan Parlimen di Pahang tidak lama lagi.


Dalam pada itu, individu berpengaruh yang dipercayai kecewa dengan keputusan menteri MCA itu dikatakan adalah seorang daripada anggota konspirasi yang dijangka bergerak ke Pahang dalam tempoh terdekat ini.


Oleh itu, waspadalah. Konspirasi dan pembunuhan karektor kini seolah-olah menjadi budaya politik Malaysia. Sesiapa yang mempunyai “jerangkong di dalam gerobok” ketika ini, awas, anda mungkin jadi mangsa gerakan ini jika anda tidak komited kepada pembesar berkenaan!


Sebagai satu imbasan sejarah, kira-kira 25 tahun yang lalu, Kerajaan Negeri Kedah digegarkan dengan kontroversi klip video Mantoya yang dikatakan mengandungi babak-babak pesta arak yang yang kononnya membabitkan seorang individu tertentu di negeri berkenaan.


Pada ketika itu dunia belum lagi mengalami ledakan ICT. Ini bermakna pengeluaran video fitnah seperti itu amat sukar untuk dilakukan melainkan oleh pihak yang pakar mengenainya.


Dan, pakar itu kononnya wujud di sebuah negara jiran di utara.Bagaimanapun, sama ada video itu sahih atau sebaliknya, individu yang dibabitkan dalam video berkenaan pun meletakkan kesemua jawatannya dalam kerajaan dan parti. Beliau bertindak demikian atas nama akauntabiliti seorang pemimpin di peringkat negeri.


KESIMPULAN:


Mungkin orang yang dimaksudkan oleh Ruhanie ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Najib Tun Razak.


Untuk Najib, rakyat pada keseluruhannya masih ingat desas-desus mengenai diri anda yang terlibat banyak skandal yang masih memalit tubuh badan anda. Hanya kuasa yang ada yang menghalang dari anda jatuh tersungkur dari takhta sepertimana yang dialami oleh Anwar Ibrahim.


Sebagai contoh, pertama, pernah satu ketika dulu rakyat dikhabaranginkan anda ditangkap khalwat dengan seorang penyanyi bersuara merdu dan seksi bernama Ziana Zain, di Pantai Port Dickson. Khabar angin tersebut hilang dibawa arus entah ke mana.


Kedua, anda pernah dikatakan [khabar angin juga] berlaku curang dengan isteri orang, iaitu isteri kamu sekarang ini, Rosmah Mansor. Ketika anda bermain cinta dengan Rosmah, Rosmah masih isteri orang.Betul ke tidak. Hanya Allah dan anda yang tahu. Tetapi, persepsi terhadap anda begitulah.


Oleh sebab itulah Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan Ketua pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman pada bulan Mei lalu telah memberi amaran pada anda jangan terlampau sangat dalam kempen PR kecil di Ijok, nanti beliau [Anwar] akan membocor lebih banyak rahsia peribadi anda selain daripada isu wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang sedang dibicarakan di mahkamah sekarang tidak tahu bila akan selesai [mungkin akan ikut jejak kes Memali].


Ia diperkukuhkan lagi oleh komen Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang dalam blognya supaya anda cerminkan diri dulu, sebelum mengeluarkan sebarang nasihat kepada para anggota BN supaya senantiasa menjaga perilaku laku dan akhlak.


Semuanya ini telah menjadi bualan rakyat sekarang terutama di ceramah-ceramah pembangkang dan di laman-laman web tertentu. Awas Najib, bukan keagungan dan kepimpinan dalam Islam terletak pada banyaknya pembinaan masjid, tetapi pengisiannya yang amat dipentingkan. Kalau banyak sahaja,tetapi para pemimpin asyik sibuk dengan bisnes, duduk di padang golf tidak kenal waktu atau duduk di coffe hause di hotel-hotel 5 bintang dan rakyat dilekakan dengan hiburan seperti di malam menyambut tahun baru 2008 lalu, tidak jadi juga dan tidak membawa makna pun. Yang penting, biar sedikit bilangannya tetapi setiap masjid yang ada itu dipenuhi setiap waktu untuk memdalamkan ilmu agamanya supaya menjadi insan yang berguna.

Kepada sesiapa yang memiliki maklumat yang benar lagi sahih yang apa saya sebutkan di atas tolong sebarkan kepada rakyat bagi memudahkan rakyat membuat pilihan. Jangan memilih musang berbulu ayam.

Kasihan PDRM, bertambahlah kerja anda semua.Tidak apa kerana berbakti kepada UMNO yang menjadi slogan anda semua.

Kepada YAB Najib, tolong jawab soalan cepu mas ini : Siapa yang ramai ke masjid-pemimpin UMNOkah atau rakyat biasa?


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb
Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb