DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, May 31, 2012

DARI NASIONALISME MELAYU, UMNO KINI JADI PARTI SEKS DAN SAMSENG



Hala tuju UMNO sering menjadi perbualan dan perbincangan ramai sejak akhir-akhir ini. Ini kerana hari demi hari, UMNO dilihat semakin tergelincir daripada landasan perjuangannya yang sebenar. Dari sebuah parti yang berasaskan nasionalisme Melayu, kemudian menuntut kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan dengan perjuangan membela orang Melayu, UMNO kini seakan-akan melupakan asas perjuangannya sendiri.

Ucapan pemimpin di majlis perjumpaan, mesyuarat cawangan, bahagian, pusat, ceramah menjelang pilihanraya mahupun sembang-sembang biasa, penekanan kepada perlunya UMNO dikekalkan kuasanya berasaskan sejarah perjuangan untuk terus membela orang-orang Melayu, semakin perlahan kedengaran nadanya. Malahan kepada generasi muda yang baru mengenali UMNO, hampir tidak ada penekanan supaya mereka lebih memahami susur galur perjuangan UMNO itu sendiri.

Dalam proses untuk memenangi pilihanraya ini, UMNO nampaknya lebih ghairah untuk menjadikan topik seks sebagai sandaran utamanya. Yang dikecam ialah pihak lawan yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan salah laku seks yang kadangkala sukar dibezakan antara fakta dan auta.

Dalam mesyuarat cawangan yang sedang berlangsung sekarang, ramai pemimpin mengambil kesempatan menggunakan pentas yang ada untuk menyerang peribadi lawan berkaitan seks semata-mata. Asas dan matlamat perjuangan UMNO tidak lagi diutamakan. Tiada lagi pemimpin yang bercakap soal kepentingan Melayu, waima dakam mesyuarat cawangan sekali pun.

Malahan dalam beberapa majlis UMNO termasuk ucapan di Perhimpunan Agung UMNO, Najib dan lain-lain pimpinan UMNO juga sering menjadikan isu serangan peribadi lawan sebagai tajuk utama.

Dalam kempen dan majlis ceramah pula, UMNO lebih ghairah untuk menjemput NGO Tibai yang diketuai oleh Zahid Mohd Arip, Ezam Mohd Nor dan Umi Hafilda untuk membicarakan soal seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Sesiapa saja yang sanggup menjual suaranya untuk membicarakan soal seks Anwar, pasti akan dijemput memberi ucapan oleh UMNO. Datuk Nalla juga khabarnya kerap dijemput oleh UMNO.

Jika mendengar ceramah Umi Hafilda, beliau bukan saja membicarakan soal seks secara terbuka dengan membuat pelbagai tuduhan terhadap Anwar, Azmin dan kakak iparnya Shamsidar Taharin, malahan beliau beliau juga menjerit-jerit di atas pentas sambil mengeluarkan kata-kata lucah dan jijik seperti meroyannya seorang seorang wanita yang dimadukan tanpa rela atau ditinggalkan suami.

Walaupun sering tampil bertudung macam sopan bak wanita Melayu terakhir, tetapi mendengar ucapan Umi Hafilda yang hanya dipenuhi isi-isi seks dan lucah sambil menjerit-jerit sepanjang ceramahnya setiap malam sekarang ini, tidak dapat tidak menyebabkan UMNO dilihat mula menjadikan beliau sebagai primadona kempen untuk memenangi pilihanraya. Tanpa bantuan Umi Hafilda seolah-olah Najib akan kalah, sebab itu UMNO sanggup membayarnya untuk berceramah ke merata tempat setiap malam.

Dengan UMNO semakin ghairah menjemput NGO Tibai, Umi Hafilda, Ezam, Datuk Nalla dan lain-lainnya untuk mengupas isu seks yang dikaitkan dengan Anwar mengadakan ceramah ke seluruh negara, jelas menunjukkan UMNO tidak lagi mempercayai teras perjuangannya selama ini untuk memenangi pilihanraya. Politik pembangunan, membela rakyat dan hasrat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat tidak lagi menjadi tajuk utama kempen, sebaliknya isu seks dan lucah pula mengambil tempatnya.

UMNO semata-mata meminta kuasanya dikekalkan dalam pilihanraya ini kerana kononnya pihak lawan mempunyai perangai seks yang digambarkan sehodoh-hodohnya walaupun hakikatnya Anwar dan Pakatan Rakyat sering tampil dengan pelbagai tawaran yang menarik hati seperti penurunan harga minyak, kajian semua tarif letrik, kerajaan yang telus, pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN serta pelbagai lagi.

Sebaliknya UMNO sekarang ini tidak ada tawaran yang dikemukakan untuk rakyat sebagaimana yang biasa dilakukan dalam kempen-kempen piliharaya sebelum ini. Tiada lagi janji jambatan, jalanraya, sekolah, bangunan dan sebagainya.

Selain menggunakan isu seks dan lucah sebagai modal kempen kali ini, UMNO juga menjadikan budaya samseng sebagai sandaran keduanya bagi tujuan menakut-nakutkan rakyat dan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Budaya ini bukan saya diaktifkan melalui peranan yang dimainkan oleh Pemuda UMNO tetapi juga dengan bantuan beberapa NGO seperti Perkasa, Pekida dan sebagainya.

Sejak akhir-akhir ini juga, bagaikan sudah menjadi trend UMNO untuk mengganggu ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dengan mereka turut mengadakan ceramah di lokasi berhampiran dan kemudian memulakan gangguan dengan jeritan serta nyanyian. Memang jelas tujuannya ialah untuk mengganggu kerana pembesar suara sengaja dihalakan ke arah ceramah pihak lawan.

Dalam beberapa kejadian seperti di Melaka, Pahang dan Lembah Pantai baru-baru ini, niat sengaja mengganggu dan mahu meimbulkan huru-hara amat jelas. Kenapa UMNO perlu mengadakan ceramah di lokasi berdekatan dengan ceramah Pakatan Rakyat dan dikerumuni pula oleh pemuda-pemuda samseng yang turut menjerit-jerit serta membawa pelbagai poster yang bernada provokasi?

Lebih menghairankan bila kemudiannya berlaku kejadian merosakkan kenderaan, memancitkan tayar kereta dan membaling batu serta telur sebagaimana yang berlaku di Melaka dan Lembah Pantai. Apa sudah jadi dengan UMNO, sudah begitu terdesakkah untuk menghalang kebangkitan rakyat?

Jika kita mengaku sebagai manusia yang bertamadun dan menerima demokrasi sebagai asas kehidupan di negara ini, proses mempertahankan kuasa ataupun merebut kuasa seharusnya dilakukan dengan beradab serta bersopan. Ciri-ciri keganasan seharusnya diketepikan sama-sekali dan biarlah kebebasan sepenuhnya diberikan kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Jika diimblas sejarah masa lalu UMNO, dulu juga terdapat Pemuda Tahan Lasak dan Pemuda Gerak Gempur yang tujuannya untuk mempertahankan parti ketika pilihanraya. Tetapi mereka ini tidak bertindak samseng atau keterlaluan, sebaliknya hanya bertujuan menunjuk kekuatan dan sebagai persiapan jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Tidak pernah Pemuda Tahan Lasak atau Pemuda Gerak Gempur terlibat dalam kejadian merosakkan kereta, memecahkan cermin, membaling batu atau telur kepada sesiapa.

Ramai pemimpin UMNO sekarang yang pernah menjadi pemimpin Pemuda suatu ketika dahulu, turut tidak memahami bagaimana UMNO sekarang begitu terdesak menyerap ciri-ciri samseng ke dalam perjuangannya sedangkan langkah itu belum tentu mendatangkan hasil yang diharapkan.

Dengan dua budaya baru iaitu seks dan samseng yang giat diserap ke dalam UMNO menjalang PRU 13 sekarang ini dan peranan sebagai parti nasionalisme Melayu semakin dipinggirkan walaupun kedudukan orang-orang Melayu secara umumnya masih terhimpit serta ketinggalan, hala tuju UMNO jelas semakin kabur untuk tahun-tahun mendatang. UMNO hanya memikirkan untuk mempertahankan kuasa, bukan sangat untuk membela Melayu.

DIHADAPAN BERDEPAN DENGAN PEMBANGKANG, DIDALAM BERMUSUH SESAMA SENDIRI


Oleh : Aspan Alias

UMNO bukan sahaja bermasalah untuk menentang parti-parti pembangkang, parti itu juga sedang berhadapan dengan masalah dalamannya. Masalah dalaman UMNO bukannya kecil. Ia melibatkan pergerakan dalam yang dilakukan oleh sekumpulan pemimpin UMNO yang veteran dan yang muda untuk menyusun kembali hiraki kepimpinan parti itu.

Dalam situasi menghadapi pilihanraya umum, UMNO juga sedang membuat persediaan untuk mengadakan perhimpunan agong parti dan perhimpunan kali ini melibatkan pemilihan kepimpinan di setiap peringkat. Gerakan-gerakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti dalam isu pemilihan kali ini amat besar ertinya dalam menentukan masa depan setengah pemimpin tertinggi parti dan pemimpin muda yang tidak sabar untuk menongkah arus dengan cita-cita besar menjadi Pemegang tampok kuasa suatu hari nanti.

Sejak akhir-akhir ini perkembangan dalam UMNO telah menampakkan bibit-bibit perpecahan kerana ada usaha untuk mengenepikan Muhyiddin agar kekosongan itu dapat diisi oleh pemimpin muda yang inginkan menjadi pelapis kepada Najib yang mereka jangka akan terpaksa mengakui yang beliau telah gagal dalam segala ‘avenue’ untuk terus memegang tampuk pentadbiran negara dan akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Mengikut tradisi UMNO Timbalan Presiden merupakan orang yang akan mengambil alih tampuk kuasa itu, tetapi sejarah negara kita ramai juga Timbalan Perdana Menteri yang tidak kesampaian hajat mereka untuk menjawat jawatan PM itu. PM di Malaysia boleh memasukkan orang lain dalam penjara dan juga berkuasa untuk mengelakkan diri sendiri dari dipenjara walaupun telah melakukan jenayah yang besar.

Najib khabarnya mahukan sepupunya yang ‘kureng’ sedikit itu untuk mengambil alih kedudukan beliau jika beliau bersara. Maka Muhyiddin lah yang menjadi sasaran dalam senyap untuk mengambil giliran untuk diketepikan. Jika ini berjaya dilakukan maka dengan mudah boleh menyusun untuk meletakkan seorang calon Ketua Pemuda yang dikalahkan oleh Khairy untuk menyusul dari belakang untuk mengambil tempat Hishamuddin  akhirnya.

Samada pemilihan parti atau PRU dahulu mempunyai impliksi besar terhadap parti. Jika pemilihan parti dilakukan dahulu maka muka-muka yang akan dicalonkan dalam PRU yang menyusul akan banyak berubah dari apa yang dijangkakan pada masa ini. Tetapi yang lebih munasabah ialah berlakunya PRU dahulu dan dalam persediaan untuk menyusun kembali hiraki parti selepas PRU itu maka masing-masing pemimpin tertinggi akan mengenengahkan calon-calon ‘winnable’ masing-masing.

Apabila senarai calon-calon UMNO diumumkan nanti maka bermulalah perpecahan yang besar kerana itu adalah budaya dan cara UMNO pada masa kini. Keadaan dan situasi kelam kabut ini akan lebih serius lagi jika dibandingkan dengan pilihanraya yang lepas kerana kali ini ialah pilihanraya penentu nasib masa depan mereka yang sedang berusaha untuk menerajui parti sebagai jalan kearah kuasa yang besar itu.

Tetapi ramai dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO juga merasakan apa-apa yang dirancang oleh setiap pemain politik besar dalam UMNO itu akan gagal semuanya jika UMNO kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Seperti yang kita tersedia maklum rakyat pengundi sudah menunjukkan dengan jelas sikap mereka terhadap UMNO sekarang ini. Ramai rakyat sudah tidak mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap parti itu kerana isu berat yang menggunung sedang dihadapi olah parti itu dihadapan pengadil yang mutlak dalam demokrasi iaitu rakyat jelata.

Sebesar mana pun jawatan parti yang dipegang oleh seseorang itu, ia tidak memberi apa-apa makna kepada mereka.jika parti kecundang dalam pilihanraya umum yang akan datang. Kita semua tahu yang kebarangkalian UMNO tewas dalam pilihanraya kali ini adalah besar, malahan ada pihak yang berkeyakinan yang UMNO akan hanya memenangi kurang dari 60 kerusi dalam PRU ke13 ini. SekarangUMNO haya mempunyai 69 kerusi di dewan Parlimen.

Tetapi yang pasti menjadi tanggungjawab moral sebagai pemimpin, ialah dengan meletakkan semua jawatan parti dan kerajaan jika UMNO memenangi kurang dari 69 kerusi dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Kalau diikutkan hukum akal, parti itu akan kecundang. Hukum Tuhan tiada siapa yang tahu.

"tukanglawan": Laporan Penuh Sidang Media Kes Kapal Selam

"tukanglawan": Laporan Penuh Sidang Media Kes Kapal Selam: Suaram, NGO hak asasi manusia terkemuka di Malaysia, mengalu-alukan semua media, kedua-dua media serantau dan Malaysia, serta ahli-ahli mas...

Omak Kau!!!!: TOWKEY 1MPAD YANG MENIPU RAKYAT TERLIBAT JUGA DALA...

Omak Kau!!!!: TOWKEY 1MPAD YANG MENIPU RAKYAT TERLIBAT JUGA DALA...: iPad 1Malaysia: Di Malaysia RM999, di Thailand RM256 .. bukan projek kroni kata Ahli UMNO ini.. Semakan dari Suruhanjaya Syarikat Mala...

Omak Kau!!!!: SAYA DIUGUT OLEH SEORANG SAMSENG UPAHAN JAMAL IKAN...

Omak Kau!!!!: SAYA DIUGUT OLEH SEORANG SAMSENG UPAHAN JAMAL IKAN...: Jam lebih kurang 8.45 malam 30hb Mei 2012 saya cuba menghubungi towkey Restoran Sekinchan Ikan Bakar Datuk Jamal b Mohd Yunus talian 012904...

Larang kempen guna kartun melucukan - Zunar

Larang kempen guna kartun melucukan - Zunar

Tunggu kejutan di Himpunan Hijau esok

Tunggu kejutan di Himpunan Hijau esok

24 tahun hidup merempat

Kerajaan Rakyat: Prebet Adam dan adiknya mangsa kekejaman dan kezal...

Kerajaan Rakyat: Prebet Adam dan adiknya mangsa kekejaman dan kezal...: Baiklah, untuk penulisan kali ini, saya akan mengupas tentang prebet adam. Saya pasti, ramai rakan di luar sana langsung tidak tahu menahu t...

SELAMAT TINGGAL UMNO

Tuesday, May 29, 2012

NAJIB JANGAN JADI MACAM AYAM KAMPUNG


GUAN ENG TERIMA DEBAT KALI KEDUA DENGAN SOI LEK

Selepas perdebatan 'secara langsung' dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada bulan Februari, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menerima satu lagi jemputan untuk berdepan dengan musuh politiknya pada 8 Julai ini.

Setiausaha akhbar Lim menghantar salinan surat jemputan tersebut kepada pihak media pagi ini.

Tidak pasti sama Soi Lek bersetuju untuk menghadiri debat tersebut.
Bertajuk 'Debat Lim-Chua 2.0', surat itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Datuk Michael Yeoh.

Perdebatan ditetapkan dari jam 2.30 hingga 4.30 petang tetapi tidak dinyatakan tempat dan bahasa bagi debat tersebut.

Tajuk debat tersebut ialah 'DAP dan MCA: Dasar siapa yang memberi faedah lebih baik kepada masyarakat?'.

Ini akan meliputi dasar pendidikan, penjagaan kesihatan, kemakmuran ekonomi, khidmat masyarakat, perpaduan negara, kebajikan awam dan pembasmian kemiskinan.

ASLI - sebuah badan pemikir tanpa keuntungan - telah menganjurkan debat pertama Lim-Chua sebelum ini.

CATATAN :

Lebih 97% rakyat Malaysia mahukan Najib berdebat dengan Anwar. Jangan jadi jaguh kampung Najib. Sayut cabaran Anwar kalau anda anak jantan.

Jangan berani berkokok dari jauh. Masuk gelangang dan berdebat. 


OPS SCORPENE 2.0: SUARAM MENDEDAHKAN SAMPUL SURAT DENGAN 'FOLDER' BERTAJUK "C4"


Written by  Maria Begum, Malaysia Chronicle

Awal minggu ini, sebuah akhbar di Hong Kong mendedahkan skandal kapal selam Scorpene yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kawan karib Razak Baginda dan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan kejam.

Dalam laporan berita, yang telah dipetik oleh beberapa blog di Malaysia, Najib telah digambarkan sebagai pelaku utama di sebalik konspirasi untuk mendapatkan komisen besar daripada pembelian 2 kapal selam dari Perancis dari pembuat senjata DCNS oleh kerajaan Malaysia.

Dia juga dikaitkan dalam pembunuhan Altantuya, di mana dua bekas pengawal peribadinya telah dijatuhkan hukuman gantung manakala Baginda telah dibebaskan.

Akhbar HK juga melaporkan bahawa mahkamah Perancis telah memanggil Najib untuk memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan kes rasuah terhadap DCNS yang difailkan oleh SUARAM NGO dari Malaysia.

Altantuya yang berusia 28 tahun, dipercayai mempunyai hubungan intim dengan kedua-dua Najib dan Baginda, juga merupakan penterjemah yang telah dibunuh kerana peranannya sebagai orang tengah dalam kes itu, di mana Najib dan Baginda telah dituduh memperolehi sogokan haram bernilai lebih daripada RM500 juta.

Dia telah ditembak di kepala di kawasan hutan di Malaysia pada tahun 2006 dan mayatnya dibom dengan bahan letupan gred C4 yang hanya dimiliki tentera untuk mengelakkan mayatnya daripada dikenalpasti.

Lebih banyak dana diperlukan untuk menyabitkan pesalah

Sementara itu, SUARAM telah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan Ops Scorpene 2.0 untuk mengumpul dana bagi melawan DCNS di mahkamah Perancis. Ia telah mengeluarkan kenyataan di bawah.

"SUARAM berharap bahawa dengan bermulanya kes Kapal Selam di Perancis, kita boleh menghantar satu mesej yang jelas bahawa rakyat Malaysia tidak akan berdiam diri dan menerima ahli-ahli politik korup dan aktiviti rasuah yang berleluasa di Malaysia.

Skandal komisen kapal selam, merupakan antara rompakan terbesar diMalaysia di zaman moden ini, bukan isu sekali sahaja tetapi ia mencerminkan penyalahgunaan kuasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dengan kesan domino, bagaimana wang pembayar cukai telah digunakan serta disalahgunakan.

SUARAM merupakan sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang mempertahankan hak untuk bersuara tanpa rasa takut dalam kes hak asasi manusia, tadbir urus yang baik dan sebuah masyarakat yang terbuka dan bertanggungjawab. Kami meneruskan kes mahkamah untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan bagi rakyat Malaysia dimana wang mereka telah disalahgunakan. Selama lebih 20 tahun SUARAM telah berusaha untuk mendedahkan amalan rasuah, tadbir urus yang lemah dan memperjuangkan hak-hak manusia tanpa mementingkan sebarang keuntungan.

Jadi untuk meneruskan perjuangan dalam membongkar skandal di sebalik pembelian kapal selam, dan menurut kes yang sedang berlaku di Perancis, SUARAM perlu banyak bantuan dan derma daripada rakyat Malaysia.Kempen ini perlu diteruskan tanpa sebarang gangguan dan dengan sokongan penuh rakyat Malaysia. Kosnya sangat tinggi dan akan kekal sedemikian untuk beberapa tahun yang akan datang sehingga kes itu didedah dan kebenaran terbukti, sekali dan untuk semua. "

Kempen mengutip dana yang kedua

Ops Scorpene 2.0 merupakan kempen mengutip derma dan juga merupakan kempen kesedaran yang kedua diadakan (yang pertama telah dijalankan pada bulan Julai 2011) untuk menanggung perbelanjaan kes itu di mahkamah Perancis, yang telah menjadi satu isu besar yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

Ia bertujuan untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat Malaysia untuk mempersoalkan perbelanjaan pembelian senjata dan ketelusan dalam perolehan senjata negara.

Majlis makan malam tersebut akan diadakan pada 15 Jun 2012, pukul 7.30 petang di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, Selangor. Makan malam anjuran Ops Scorpene ini bertujuan mengumpul RM300, 000 untuk menanggung yuran guaman peguam yang bekerja untuk memastikan kejayaan kes itu.

Cynthia Gabriel dari SUARAM, Joseph Breham, salah seorang daripada 2 peguam Perancis, dan pemimpin-pemimpin politik seperti Saudara Mat Sabu, Ahli Parlimen Tian Chua dan Tony Pua akan menyentuh tentang perkembangan terkini di kes itu.

Terdapat juga beberapa persembahan dan jualan oleh NGO untuk menyalurkan mesej dan kempen mereka kepada orang ramai. (skrol ke bawah untuk butir-butir acara).

How it began

Pada 5 Jun 2002, Kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan DCNS Perancis dan Navantia Sepanyol untuk memperolehi dua kapal selam Scorpene. Kontrak diperolehi secara rundingan terus diantara syarikat-syarikat pembuatan dengan Perimekar Sdn Bhd milik Razak Baginda.

Menurut penjelasan Kerajaan, kontrak itu dibahagikan kepada dua bahagian:

Kos dua kapal selam Scorpene bersama-sama dengan pakej yang meliputi sokongan Logistik Bersepadu dan latihan yang berjumlah 969.15 juta Euro (Walau bagaimanapun pada 14 Mei 2008, Najib memberitahu Parlimen bahawa ini sebahagian kos 999,15 juta Euro)

Bayaran kepada Perimekar Sdn Bhd di atas nama "perkhidmatan koordinasi" untuk tempoh enam tahun, dan jumlah itu adalah sebanyak 114.96 juta Euro.

Dengan kadar pertukaran pada masa itu, kos adalah bersamaan dengan:
Pembayaran bagi kos kapal selam antara: RM 2.14b (Euro = RM3.2 pada tahun 2002) - RM 5.43b (Euro = RM5.6 pada tahun 2008) (kini Euro = RM4.7)
Komisyen: mungkin kira-kira RM540 juta (kadar pertukaran pada masa pembayaran)

Aduan difailkan dengan harapan siasatan boleh dimulakan

Pada 23 Disember 2009, SUARAM melalui rangkaiannya di Perancis berhubung dengan peguam terkemuka hak asasi manusia di Perancis, untuk memfailkan aduan kepada sistem kehakiman Perancis, dengan harapan bahawa suatu siasatan awal akan dimulakan.Ini dilakukan untuk membolehkan akses kepada maklumat, kontrak kerajaan yang ditandatangani dengan Perimekar dan maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia oleh kerajaan di Malaysia.

Pada April 2010, peguam yang mewakili SUARAM dimaklumkan bahawa mahkamah telah menerima permintaan untuk menyiasat dakwaan rasuah bagi pembayaran berjumlah 114 juta Euro yang dibuat sebagai komisen dari DCNS kepada Perimekar.

Perancis, mengamalkan sistem Undang-undang Sivil di mana seorang hakim memikul peranan mengadili penyiasatan, dan sehingga kini masih menyimpan penemuan siasatan sebagai sulit.

Walau bagaimanapun, peguam SUARAM telah dimaklumkan bahawa penyiasatan akan berakhir, dan perlu berpindah ke perbicaraan penuh selepas ia memutuskan sama terdapat atau tidak keterangan yang mencukupi bgi meneruskan perkara itu di mahkamah terbuka.
Pada 16 Mac 2012, mahkamah Perancis telah membuka siasatan ke atas tuduhan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan wang pembayar cukai, yang dikaitkan dengan pembelian 2 kapal selam Scorpene, pada tahun 2002.

Mahkamah kelas pertama: Saksi-saksi termasuk Najib dicadangkan

Suatu siasatan ke atas tuduhan rasuah, penyalahgunaan dan penyalahgunaan wang pembayar cukai, yang dikaitkan dengan pembelian dua kapal selam Scorpene, pada tahun 2002 bermula pada 19 April 2012 (Khamis) di Tribunal de Grande instance (TGI), Paris yang dikenali sebagai mahkamah kelas pertama yang membicarakan kes-kes litigasi sivil. Siasatan ini akan dijalankan di hadapan dua hakim, Hakim Roger Le Loire dan Hakim Serge Tournaire.

Pada 20 April SUARAM telah diwakili oleh Dr Kua Kia Soong (Pengarah dan salah seorang pengasas SUARAM), diikuti oleh Cynthia Gabriel (Ahli Sekretariat) dan peguam Fadiah Nadwa. Mereka muncul di hadapan Hakim Roger Le Loire dengan peguam mereka Yusuf Breham.

Dr Kua membentangkan kes bagi SUARAM, menyematkan harapan akan diadakan perbicaraan dihadapan kehakiman di Perancis selepas percubaan mengecewakan dengan kes pembunuhan Altantuya, SPRM tidak efektif, sekatan maklumat di Malaysia dan kurangnya ketelusan dalam parlimen berkaitan kes komisen Scorpene.

SUARAM sewajarnya mencadangkan Menteri Pertahanan semasa dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda, Zahid Hamidi Menteri Pertahanan, PI Balasubramaniam, Setev Shariibuu, Jasbir Singh Chahl, Tan Sri Lodin dan Mazlinda sebagai saksi yang berpotensi apabila kes didengar.

Pada 3 Mei 2012, SUARAM mendedahkan bahawa mereka telah mendapat akses penuh kepada kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya.Ini adalah satu langkah ke hadapan yang sangat besar, kerana banyak maklumat dirahsiakan kini dicapai untuk SUARAM sebagai Plaintif dalam kes sivil terhadap DCNS. Undang-undang Perancis menyediakan beberapa kekangan bagi akses. Manakala SUARAM tidak mampu untuk mendapatkan salinan dan mengedarkannya, ia bagaimanapun berhak meneliti dokumen dan memetik daripada media dan orang ramai.

Penemuan baru

Sidang akhbar SUARAM mendedahkan penemuan pada:
a. dokumen 87
b. dokumen 144
dokumen 87

Dokumen-dokumen yang disita oleh polis Perancis dari pejabat En. Di Henri GIDE (Thales) pada 28 Mei 2010 yang termasuk faks yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan dihantar oleh F. DuPont bertarikh 1 Jun 2001 dialamatkan kepada D. Arnaud, Sk kepada BAIOCCO dan SAUVAGEOT"PROJEK MALAYSIA / DASAR LAUT" sebagai subjek. Encik DuPont memperincikan kronologi lawatan dan tindakan masa depan semasa dalam perjalanan di Malaysia di mana terdapat pelbagai perjanjian dirancang dalam mesyuarat rundingan tertentu dengan Kementerian Pertahanan dan ahli-ahli pengurusan daripada Perimekar semasa yang dua kontrak cadangan (2) akan disebut(dari DCNI kepada Perimekar serta antara Perimekar dan Kerajaan Malaysia). Beliau akhirnya menunjukkan mesyuarat dengan DATO 'SRI NAJIB di Perancis pada 14 Julai 2001 dengan syarat bahawa DCNI menawarkan jumlah maksimum sebanyak USD 1 bilion untuk penginapan Perimekar (di Perancis).

Envelop dengan sub-folder bertajuk 'C4'

Pejabat pendakwa atas arahan telah menerima daripada Thales International Asia, sampul surat pada 22 Ogos 2011. Sampul surat yang terkandung:
- Satu folder sub bertajuk "C4"
- Satu folder sub bertajuk "invois"
- Fail PDF
- satu pemacu USB

Antara dokumen-dokumen penting adalah kewujudan invois difakskan oleh TERASASI Sdn Bhd (Syarikat No.524814-P) pada 19 September 2004 untuk Bernard BAIOCCO ketika itu Ketua Pegawai Eksekutif Thales International Asia. Invois menyatakan jumlah sebanyak Euro 359, 450,00 untuk tujuan yuran kejayaan yang akan dibayar kepada Alliance Bank Malaysia Berhad, Cawangan CP Tower, Seksyen 16, Petaling Jaya, Akaun No :12109-0-01-3.000.450-8 dan mengandungi nota ditulis dalam bahasa Perancis adalah berikut:

“Razak demande si ce SF peut etre pris en compte assez vite. Le Support Fee suit avec un rapport”.

Terjemahan: Razak meminta jika SF boleh diambil kira dengan segera. Yuran sokongan bersama dengan laporan.

Penerima -Najib dan Baginda?

Oleh itu ternyata bahawa Thales International Asia tidak boleh mengabaikan bahawa jumlah yang dibayar kepada TERASASI Sdn Bhd akhirnya mendapat manfaat Najib Razak, Menteri Pertahanan dan / atau perunding beliau, Abdul Razak Baginda.

Ia jelas bahawa ini salah satu rompakan kerajaan Malaysia ke atas rakyat! Ia bukan lagi hanya 114,9 juta Euro komisyen yang dibayar kepada Perimekar yang membentuk asas aduan kepada Mahkamah Perancis yang menjadi persoalan.

Ia telah diperbesarkan menjadi pembohongan yang melibatkan pemusnahan syarikat yang ditubuhkan untuk merumitkan penyembunyian rompakan terang-terangan wang pembayar cukai Malaysia dan Perancis '. Lebih banyak-komisen seperti ini telah muncul membenarkan penyalahgunaan badan-badan seperti dana haji (Lembaga Tabung Haji) dan dana pencen tentera (Lembaga Tabung Angkatan Tentera).

Malaysia Chronicle/SUARAM
Perincian Ops Scorpene 2.0
Yang berikut adalah sebagai rujukan:
Jadual kelas A -- RM 10000
Jadual kelas B -- RM 5000
Jadual kelas C -- RM 1000
Donations can also be made to SUARAM via cheque or online transfer to
Derma juga boleh dibuat kepada SUARAM melalui cek atau pemindahan online kepada
Akaun: SUARA INISIATIF SDN BHD
Bank : Maybank Bhd
Nombor Account: 5122 9582 0324

Untuk maklumat lanjut, hubungi outreach@suaram.net atau suaram@suaram.net atau hubungi SUARAM ditalian 03 77843525.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut anda boleh melawat
Laman web: www.suaram.net
Facebook https://www.facebook.com/suararakyatmalaysia
Twitter: SuaramTweets