DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, July 23, 2010

PERSOALAN PERPADUAN MELAYU

KHALID SAMAD-AHLI PARLIMEN SHAH ALAM


Sekali lagi isu perpaduan Melayu ditonjolkan oleh UMNO. Kononnya mereka sahajalah yang mengambil berat akan isu ini. Hakikatnya, PAS selama penubuhannya, telah sekian lama memperjuangkan perpaduan Melayu. Hanya bezanya ialah perpaduan yang diusahakan oleh PAS adalah berasaskan Islam sedangkan perpaduan yang diusahakan oleh UMNO adalah berasaskan "Melayu". Yang bersetuju dengan Islam sebagai dasar yang kukuh, bersatu dibawah PAS. Semua yang setuju dengan Melayu sebagai asas, bersatu di bawah UMNO!


Persoalan perpaduan adalah sesuatu yang diusahakan semua pihak. Tiada yang siuman yang inginkan perbalahan dan perpecahan. Semua inginkan supaya bangsa dan masyarakatnya untuk bersatu. Yang membezakan ialah asas perpaduan yang diusahakan.


Bagi PAS dan mereka yang berjuang di atas dasar Islam, UMNO adalah punca perpecahan ummat Islam kerana UMNO membawa dasar selain dari Islam sebagai dasar perpaduan ummat Islam.

UMNO membawa sebuah dasar yang bukan dari Islam dan dalam banyak segi, bercanggah dengan Islam. Oleh itu ummat Islam terpesong dari dasar perpaduan sebenar yang diperjuangkan oleh PAS. Usaha PAS untuk menyatupadukan ummat Islam atas dasar Islam digagalkan UMNO melalui berbagai cara termasuk fitnah, penyelewengan maklumat dan tidak ketinggalan juga penggunaan ISA terhadap pimpinan PAS.

Ummat Islam ditakut-takutkan oleh media yang dikuasai UMNO dan dikelirukan dengan sengaja supaya menolak perpaduan yang diusahakan PAS. UMNO adalah punca mengapa ummat Islam tidak bersatu di atas dasar Islam!


Bagi UMNO yang ingin melihat orang Melayu bersatu di bawah kepimpinan mereka di atas dasar Melayu, PAS adalah punca perpecahan. Ini adalah kerana PAS membawa satu dasar yang berbeza, iaitu Islam. UMNO gagal menyatupadukan orang Melayu atas dasar Melayu kerana PAS membawa persoalan agama ke dalam arena politik, satu tindakan yang ditolak UMNO.

PAS memberitahu orang Melayu bahawa dasar "Melayu" yang mengharuskan rasuah, kezaliman, penyelewengan, penindasan, kronisma dan segala yang tercela "demi kepentingan Melayu", adalah sesuatu yang menyesatkan. Oleh itu sebahagian dari orang Melayu tidak bersama UMNO dan sebaliknya memilih untuk bersama PAS. Dengan itu usaha UMNO untuk menyatupadukan Melayu atas dasar bangsa Melayu telah digagalkan oleh PAS.


UMNO memberitahu orang Melayu bahawa bangsa Melayu akan hilang kuasa politik sekiranya tidak bersatu di bawah payung mereka dan menakutkan orang Melayu dengan ramalan-ramalan seperti orang Melayu menggemis di Negara sendiri dan sebagainya. PAS memberitahu ummat Islam bahawa keadaan "lemah" mereka adalah hasil dari perjuangan "Melayu" yang diperalatkan segelintir elit Melayu untuk mengayakan diri mereka sendiri di atas nama semangat Melayu.

PAS menyeru ummat Islam untuk kembali kepada Islam dan menolak dasar Melayu ini. Sekiranya tidak, maka pendekatan yang dibawa UMNO selama ini akan menyebabkan ummat Islam menjadi semakin lemah dan yang paling dikhuatiri sebagai ummat Islam ialah semakin dimurkai Allah.


UMNO menuduh PAS sebagai penghalang perpaduan Melayu dan PAS menuduh UMNO sebagai pemusnah perpaduan Islam. Hakikatnya, kedua-dua pihak inginkan perpaduan tetapi atas di dasar yang berbeza dan oleh itu kedua-dua pihak menyebabkan cita-cita kesatuan pihak satu lagi tidak tercapai dengan sepenuhnya!


Namun, persoalannya sekarang, apakah yang merupakan intipati yang terpenting? Adakah ianya "perpaduan", walau di atas dasar apa sekalipun, atau adakah ianya sebuah perjuangan yang berasaskan wawasan dan cita-cita mulia yang akan menghasilkan perpaduan manusia di atas dasar keadilan sejagat?


Bagi UMNO yang tidak mempunyai sebarang asas yang boleh dianggap mulia atau boleh dibanggakan, perpaduan di bawah kepimpinan UMNO ialah di mana mereka akan terus kekal berkuasa, itulah yang mereka inginkan. Itulah cita-cita mereka.
Bagi PAS pula yang mempunyai dasar dan asas perjuangan yang mulia dan bernilai tinggi, perjuangan Islam adalah yang perlu diutamakan dan melaluinya akan tercapai perpaduan.


Kaedah yang diusahakan oleh PAS adalah semestinya kaedah dan pendekatan yang tepat dan saya yakin segala kekecohan berhubung "perpaduan Melayu" yang dibawa oleh UMNO tidak akan mampu mengelirukan rakyat. Kita semua tahu dan kenal siapa itu UMNO. Mereka hanya teringat persoalan Melayu apabila mereka tersepit dan terdesak. Selama ini, semasa mereka berkuasa dalam keadaan yang selesa, PAS merupakan sasaran mereka. Tidak pula teringat akan persoalan "perpaduan Melayu".


Maka adalah tidak wajar bagi PAS yang telah berjuang selama ini, membina asas perpaduan Islam di kalangan ummat Islam bagi menyelamatkan mereka dari asas perpaduan yang palsu di bawah UMNO, untuk secara tiba-tiba menyatakan, "kita tidak berbeza. Kita sama sahaja. Marilah kita bersatu".

Adalah lebih wajar untuk UMNO menyatakan "kita tersilap selama ini dan Syaitan telah menyesatkan kita sehingga rasuah, salah guna kuasa, penindasan, penyelewengan dan sekularisma diperlihatkannya sebagai penyelamat bangsa Melayu. Kita perlu bubarkan UMNO dan kembali kepada perjuangan Islam bersama PAS".


Itu sahajalah kaedah perpaduan yang bermakna.


Seterusnya baca di
sini

KOMEN :


Keseluruhan ahli dan penyokong PAS dari berbagai latarbelakang mahu pun dari berbagai kaum dan agama menolak kerjasama PAS dan UMNO. Ini sudah cukup bagi pemimpinan tertinggi PAS mengcium bau penentangan ini. Mulai sekarang hentikan berita, laporan dan analisa mengenai perkara tersebut.


Rakyat semakin matang berpolitik. Rakyat tahu strategi UMNO untuk melumpuhkan Pakatan Rakyat dan seterusnya menghancuran PAS dari dalam. Ini sudah tentu perancangan dari APCO yang diupah memberi nasihat kepada Najib bagaimana hendak memusnahkan musuh.


Saya rasa rakyat amat sedar bagaimana cara UMNO untuk memperbodohkan dan memperhambakan rakyat. Yang terbaru isu
kenaikan harga minyak untuk mengstruktur semula subsidi bagi menjimat perbelanjaan sebanyak RM750 juta setahun. Yang menyedihkan rakyat di negara ini kerana seluruh media di bawah kawalan UMNO memperbodohkan rakyat dengan melarang keras jangan menulis ayat ‘kenaikan harga, sebaliknya diarah menggunakan ayat “pelarasan harga” atau “rasionalisasi subsidi” dengan tujuan dan hasrat menipu rakyat supaya rakyat keliru . Begitulah 52 tahun UMNO memerintah dan 52 tahun hidup-mati UMNO kerjanya adalah menipu, berbohong dan kebas duit rakyat dengan menggunakan undang-undang ciptaannya, yang menyebabkan mereka ada imuniti.


Dalam masa yang sama
Najib sanggup mengupah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.


Dalam lawatan Najib dan Rosmah ke Amerika Syarikat pada bulan April lalu, iklan ucapan tahniah kepada ‘Rosmah Mansor, Wanita pertama Malaysia’ kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 memakan belanja di antara RM580,000 hingga RM740,000.


Nazri Aziz, memberi tahu parlimen jumlah
perbelanjaan keseluruhan lawatan rombongan Perdana Menteri ke Amerika dan Jepun pada April lalu adalah berjumlah RM1,887,268.13. Jumlah perbelanjaan lawatan ke Amerika bagi Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang diadakan 12 dan 13 April lalu ialah M1,461,732.17 dan RM425,535.96 untuk lawatan rasmi ke Jepun pada 18 hingga 21 April lalu. Ia meliputi tambang kapal terbang, elaun makan, penginapan, sewa kenderaan dan perbelanjaan pelbagai.


“TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

TAKKAN HILANG KUASA POLITIK MELAYU

Roslan SMS

Isu perpaduan Melayu sekali lagi secara tiba-tiba dimainkan. PAS dan Umno perlu berkerjasama demi perpaduan Melayu. Mufti Perak mahu jadi jurucakap banyak pihak mahu turut membantu. Soalnya mendesakkah isu ini?

Ada yang sehingga menggambarkan jika inisiatif tidak diambil menjelang PRU ke 13 nanti orang Melayu akan hilang kuasa di Tanah Airnya sendiri, menolak sama-sekali kata-kata hikmat Hang Tuah: ”Tak Melayu hilang di dunia!”

Berderau darah jika orang Melayu hilang kuasa! Macam mana boleh jadi begitu atau yang sebenarnya akan hilang kuasa adalah parti siasah tertentu?

Disaat ini kerajaan Pakatan Rakyat khasnya di Selangor dan amnya dilain-lain negeri Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan semakin kukuh kedudukannya. Kemampuan memimpin dan membawa perubahan meyakinkan rakyat bahawa mereka telah membuat pilihan yang tepat.

Inilah sebenarnya yang merungsingkan sesetengah pihak. Lebih tepat lagi Umno. Kerana jika rekod ini kekal maka PRU ke 13 nanti yang jadi mangsa adalah Umno.Kalau Umno jadi mangsa ditolak rakyat dalam PRU ke 13 nanti hilangkah kuasa politik Melayu?

Saya rasa tidak, kerana realitinya Umno berentap dengan calon dari PAS dan kalangan calon Melayu dari PKR setiap kali pilihanraya termasuklah nanti PRU ke 13.Kalah Umno menang PAS dan menang calon Melayu PKR oleh itu macam mana kuasa politik Melayu boleh hilang?Kerana risiko kehilangan kuasa Umno lah maka barangkali didendangkan lagu perpaduan Melayu ini.

Mengapa semasa PAS kalah teruk dalam PRU 2004 atau beberapa PRU sebelum ini tidak didendangkan lagu ini?Kesimpulannya lantaran itulah PAS dan saya yakin ramai umat Melayu tidak berapa terhibur dengan dendangan lagu ini. Bukannya sombong bukannya jual mahal tetapi ianya tidak relevan dan ianya dilihat penuh tipu-muslihat.Berikut kenyataan rasmi PAS Selangor berkenaan perkara ini:

KENYATAAN AKHBAR: PAS SELANGOR TOLAK KERJASAMA POLITIK DENGAN UMNO

Isu perpaduan Melayu yang cuba dijadikan agenda politik oleh Umno dipandang tidak relevan oleh PAS Selangor. PAS Selangor merasakan agenda ini cuba diketengahkan oleh Umno semata-mata untuk memecahkan perpaduan erat dalam Pakatan Rakyat khasnya di negeri Selangor.

Sejak bulan Mac 2008 sehinggalah ke saat ini PAS Selangor semakin selesa dan begitu komited dalam memperteguhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didokong bersama PKR dan DAP lantaran menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat jelata.

Orang-orang Melayu di negeri Selangor kini semakin terbuka dan dapat menerima kesungguhan dan keikhlasan pimpinan PAS dalam memimpin mereka. Umno di Selangor semakin dipinggirkan dan tidak mustahil dengan rekod cemerlang kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat dokongan PAS, Umno Selangor akan terus ditolak khasnya oleh orang-orang Melayu sendiri.

Pimpinan PAS pelbagai peringkat termasuklah akar-umbi kini sudah bersedia untuk mengambil-alih saki-baki amanah kepimpinan Melayu yang dipegang oleh Umno di Selangor untuk digantikan dengan kepimpinan Islam yang lebih adil dan meyakinkan seluruh masyarakat.

PAS Selangor (Tambahan : PAS seluruh negara) memberi jaminan kepada orang-orang Melayu di negeri ini (Tambahan : negeri-negeri seluruh dari Perlis samapai ke Sabah) agar jangan bimbang dan khuathir kerana kiranya Umno hilang kuasa di negeri ini maka kuasa politik itu akan beralih ke tangan pimpinan Melayu dalam PAS dan PKR yang ternyata lebih jujur dan bersih dalam memimpin agama, bangsa dan negeri ini.

"TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

Thursday, July 22, 2010

KE MANA PERGI SUBSIDI KAMI?

kalian rampas subsidi kami,
entah ke mana dibawa larikalian beritahu,
wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita,
habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga,
cuma subsidi turun sahaja...




kami orang desa,
mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota,
mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu,
biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi,
tentang suapan saban hari?




apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan,
hari ini saparuhkerana barang makin angkuh,
wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang,
sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...kami beritahu;
cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang,
nanti akan datang wang melayang...




dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut




kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa,
menghitung setiap belanjapernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...
sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina,
kereta berjuta dirasa...elaun di serata,
dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa,
konon meraya kemakmuran negara...
tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...
tiada istana lawa...
tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..
tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...
tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...
tiada bahagian anak dan bini...


tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah,
kami yang bersalah...
kalian buat untung,
hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah,
kami susah parahkalian hilangkan wang,
poket kami yang terbang...
kalian bina istana,
rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi,
kami dijadikan abdi...lantas,
kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci,
wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti,
kami ganti, kami ganti...
hari demi hari,


ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...
kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...


Sumber: Dr Mohd Asri Zainul Abidin


"TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

Sunday, July 18, 2010

REFORMASI NAJIB MENTADBIR NEGARA MENGECEWAKAN RAKYAT

Oleh : Tun Telanai


Assalamu’alaikm wm.wrt


Sebaik sahaja parlimen tamat bersidang, maka Najib dengan angkoh dan sombong telah
menaikkan harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) dengan serta merta dengan menjadikan rakyat sebagai lembu pawahnya. Rakyat dipaksa menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh Najib itu. Malah semua media yang dikawal oleh Najib telah diarah tidak melaporkan berita kenaikan harga tersebut secara yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat, sebaliknya media diarah memutarbelitkan fakta dan memanipulasikan angka supaya Najib dapat membentuk suatu pendapat awam bahawa rakyat melihat kenaikan itu wajar untuk menstrukturkan semula subsidi dan menghalalkan tindakan Najib menghentikan subsidi untuk rakyat demi kepentingan Negara dan pentadbiran Najib sendiri.


Begitulah dashatnya rakyat diperbodohkan dan ditipu oleh Najib. Segala kejahatan UMNO dan para pemimpinnya disembunyi, diselindungi dan dipertahankan dengan menggunakan kuasa yang ada ditangannya. Jahat sungguh kaedah beliau mengurus tadbir Negara. Rakyat berjaya dilembupawahkannya tidak mempunyai banyak pilihan terpaksa menerimanya dengan hati yang luka berdarah. Kenaikan ini pasti akan dituruti dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan pula. Kehidupan rakyat menjadi bertambah susah dihimpit kesengsaraan yang dilakukan oleh Najib. Selepas ini seperti kebiasaannya tariff elektrik juga akan turut dinaikkan dengan alasan kos bahanapi meningkat.


Dalam pada itu, sudah tentu dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan, maka inflasi turut sama meningkat tinggi melebih 1.5 % seperti tercatat pada April lalu.Sedangkan pada masa yang sama setiap tahun Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) iaitu Genting Sanyen, Malakof dan YTL Power yang mendapat subsidi kerajaan RM20 billion setahun tidak diusik oleh Najib terus mengaut keuntungan. Taikon-taikon ini dianakemaskan dan rakyat diperhambakan. Tergamak Najib mempergadaikan kebajikan rakyatnya tanpa mahu memperbetulkan kesalahan urus-tadbir negera yang penuh dengan berbagai skandal.


Rakyat tidak sempat bersuara melalui para pemimpin Pakatan Rakyat menentang kenaikan ini kerana persidangan parlimen telah ditamatkan. Najib dengan sengaja tidak mahu sedar dan tidak mahu akur dengan kesusahan dan penderitaan rakyat menaikkanya dengan serta merta. Sekiranya Najib dan UMNO kekal berkuasa selepas PRU ke-13 nanti, kehidupan rakyat akan menjadi semakin susah dan bertambah menderita apabila subsidi yang dinikmati oleh rakyat selama ini akan ditarik balik secara beransur-ansur kononnya untuk menjimatkan perbelanjaan kerajaan melalui program
penarikan balik subsidi bagi mengelak Negara jatuh bangkrap pada tahun 2020


Hakikatnya, penjimatan boleh dilakukan melalui urus niaga perniagaan yang dijalankan oleh GLC-GLC yang mampu dan berupaya membuat keuntungan bukan berpotensi menanggung kerugian seperti yang berlaku sekarang yang memaksa kerajaan mengambil wang rakyat berbillion ringgit untuk menyalamatkan GLC-GLC yang terbabit. Perlakuan
pembaziran yang berluasa dalam berbagai sektor, masalah rasuah dan penyelewengan yang bernilai jutaan malah sampai peringkat berbillion-billion ringgit menjadikan kerajaan miskin papa kedana. Cara mudah pada fikiran Najib adalah dengan memaksa rakyat membayarnya melalui kenaikan harga petrol, gas, tol dan tariff elektrik.


Pengumuman yang dibuat secara mengejut itu menunjukkan bahawa Najib seorang PM yang pengecut dan tidak berani berhadapan dengan para pemimpin Pakatan Rakyat di parlimen. Sekiranya parlimen masih meneruskan sidangnya, sudah tentu isu kenaikan harga ini akan menjadi isu yang pasti hangat diperbahaskan dari segi kewajaran beliau menaikkan harga barangan tersebut. Oleh itu, strategi yang diambil oleh Najib ialah menunggu persidangan dewan rakyat tamat bagi mengelak dirinya terjebak daripada serangan wakil-wakil rakyat Pakatan di parlimen. Beliau sendiri sedar bahawa tentu akan berlaku satu protes, para pemimpin Pakatan di parlimen akan menentang habis-habisan demi menjaga kebajikan keseluruhan rakyat di negara ini.


Ia bukan seperti UMNO (baca: Najib) sekadar menunggu pilihan raya baru hendak turun menunjukkan keprihatian terhadap kehidupan rakyat seperti yang berlaku di Hulu Selangor dan di Sibu baru-baru ini. Rasuah pilih raya (membeli undi) di kedua-dua pilihan raya kecil tersebut berlaku secara jelas dan terang telah dilaporkan oleh media dan ia dilakukan sendiri oleh Najib tanpa ada sedikit perasaan untuk menjaga maruah dan harga dirinya daripada di pandang rendah oleh rakyat di dalam negara ini dan juga masyarakat antarabangsa. Matlamatnya hanya satu untuk kuasa dan beliau sanggup membuat apa sahaja untuk mendapatkan kuasa termasuk sanggup bertindak segala upaya (tanpa mengambil kira halal-haram) bagi membunuh karektor seseorang (Anwar Ibrahim sasarannya) seperti kata Saiffuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR di lobi parlimen baru-baru ini.


Amat malang bagi kita sebagai rakyat Malaysia, perkara sekeji dan sehina itu SPRM, SPR, Polis dan Peguam Negara memekakkan telinga dan membutakan mata, tidak memperdulikan setiap laporan yang dibuat kerana mereka membuat dalih, bahawa ianya adalah halal dan sah kerana Najib bukan calonnya. Walau apa pun alasan yang diberi, perbuatan tersebut tidak patut berlaku di dalam sebuah negara yang dikatakan diurus-tadbir dengan kaedah terbaik, yang mengamalkan demokrasi tulin, pemimpinnya bertolenrasi, berintergreti dan perkara-perkara yang molek-molek disebut tentang Malaysia seperti yang diwar-warkan ke seluruh dunia oleh APCO yang diupah oleh Najib seperti yang selalu disebutkan oleh Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR.


Jadi, beliau menunggu sehingga tamatnya sidang parlimen, baharulah ia mengumumkan kenaikan tersebut dan para pemimpin Pakatan tidak ada saluran rasmi bagi menyuarakan bantahan tersebut. Sekiranya ada bantahan dari rakyat melalui demontrasi atau sebagainya selepas ini, PDRM khususnya FRU telah bersiap siaga bagi mengilap kembali kepakaran mereka menghadapi para demontrator yang mana mereka sendiri mulai lupa kaedah penggunaan peralatan pencegah demontrasi kerana sudah lama benar tidak ada demontrasi yang menentang dasar kerajaan, yang ada pun ia selaras dengan kehendak kerajaan bukan menentang kehendak kerajaan.


Sebelum itu, Najib telah bertindak bijak, terlebih dahulu melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN)
mengangtung sementara penerbitan Harakah (PAS), Suara Keadilan (PKR) dan Rocket (DAP) bagi menghalang akhbar-akhbar parti ini mengeksploitasikan dan menerbitkan berita, laporan serta ulasan mengenai kenaikan harga barangan ini yang mungkin boleh mempengaruhi rakyat bersama Pakatan Rakyat menentang kenaikan harga tersebut boleh mengugat kerajaan beliau sepertimana yang berlaku terhadap Abdullah dulu.


Najib menjadikan kes pengeluaran lesen judi bola sepak sebagai teladan kerana kebebasan akhbar-akhbar ini menerbit, melapor dan memberi berbagai ulasan telah berjaya mempengaruhi fikiran rakyat. Rakay bangkit beramai-ramai menentang kerajaan meluluskan lesen perjudian itu sehingga Najib terpaksa tunduk dan
menarik balik lesen yang telah diberi kepada Vincent Tan melalui Ascot Sports Sdn Bhd anak syarikat Berjaya Group.


Berita terbaru yang didengar bahawa
permit Harakah (PAS) telah diperbaharui dan Harakah boleh diterbitkan semula seperti biasa, tetapi dengan syarat yang amat ketat dan tidak masuk akal yang dikenakan oleh KDN (baca: Najib) dengan memberi amaran keras supaya ia hanya dijual di markas dan pejabat urusan parti itu sahaja. Ini juga bertentangan apa yang diperkatakan oleh APCO yang mempromosikan Najib dan Malaysia di pentas dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan kebebasan media.


Dalam negara yang dikatakan moden dan maju ini, undang-undang lapok yang menyekat saluran penyampaian pandangan kedua seperti yang diamalkan oleh Najib sudah tidak digunakan pakai lagi oleh kebanyakan negara (kecuali di negara-negara yang diperintah oleh diktator dan junta tentera) kerana masyarakat kini sebahagian besarnya adalah celik IT yang mampu mengakses maklumat daripada berbagai sumber.


Saya amat tidak bersetuju cara Najib menutup suara rakyat (pandangan kedua) dengan tidak mengeluarkan permit penerbitan. Kita ada kaedah yang lebih bertamadun iaitu melalui tindakan undang-undang (kita juga tahu sistem keadilan di bawah tunjuk Najib, tetapi sekurang-kurang kita juga perlu berhujah) bagi mendisiplinkan media supaya ia melaporkan dan mendedahkan perkara benar bukan berbentuk fitnah, mengadu-domba, propaganda yang melampau dan racist seperti Utusan Malaysia.


Walaupun ia pahit bagi Najib, tetapi ianya juga baik bagi Najib untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dibangkitkan itu. Najib tidak boleh mengharap media pembangkang sealiran dengan media di bawah kawalan beliau. Dasar pembangkang adalah berbeza dengan dasar Najib sebagai kerajaan yang memerintah. Kerajaan memandang serong terhadap pembangkang dan pembangkang juga memandang serong terhadap kerajaan. Pembangkang memburuk-burukkan kerajaan dan kerajaan juga memburuk-burukkan, menghina dan memperlecehkan pembangkang. Itu adalah lumrah berpolitik.


Adalah mustahil kerajaan akan bersetuju dengan pembangkang dan begitu juga dengan pembangkang adalah mustahil bersetuju dengan kerajaan. Masing-masing akan berlumba-lumba mencari keburukan dan kelemahan lawan dan akan mendedahkannya kepada rakyat supaya rakyat dapat berfikir ‘siapa yang paling layak’ diberi mandat untuk mentadbir negara ini bagi menjaga kebajikan mereka.


Kalau kaedah ini Najib tidak suka, Najib boleh pinda perlembagaan bagi membolehkan UMNO memerintah sampai kiamat. Haramkan semua parti-parti politik yang wujud, kecuali UMNO. Seluruh rakyat Malaysia secara otamatik menjadi ahli UMNO. Habis cerita. Najib tidak perlu lagi pening kepala memikirkan kaedah macam mana hendak menarik rakyat untuk menyokongnya semula (baca:UMNO). Seperti yang diketahui, mana pada masa kini rakyat sangat benci dan meluat tenguk muka para pemimpin UMNO yang berjuang semata-mata untuk mengejar kuasa, kedudukan dan kekayaan untuk kepentingan diri sendiri bukan berjuang untuk kepentingan rakyat.


Malah, apa yang Najib perlu takut sangat terhadap pengaruh yang mungkin boleh di bawa oleh akhbar-akhbar parti ini yang penerbitannya sangat terhad untuk mempengaruhi pemikiran rakyat, berbanding beliau yang mempunyai berbagai prasarana yang hebat untuk mempengaruhi dan mengongkong fikiran rakyat 24 jam melalui berbagai saluran dan media yang dimilikinya.


Persepsi rakyat sekarang ialah pentadbiran Najib diresapi oleh ideologi Mahathirisme kerana tindak-tinduk Najib kebalakangan ini persis di era pentadbiran Mahathir yang sangat anti kebebasan bersuara. Mahathir mengongkong dan mengekang kebebasan media dan menutup percambahan fikiran melalui ceramah, dialog dan sebagainya, kecuali program yang memuji dan memuja pentadbirannya. Akhirnya, Mahathir sendiri mengalami berbagai kekangan untuk bercakap dan berkarya di era Abdullah Ahmad Badawi memerintah.


Berbalik kepada isu kenaikkan harga barangan tadi, alasan yang diberi oleh Najib ialah kenaikkan harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula adalah sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi. Kata beliau penyelarasan semula harga barang ini akan membolehkan kerajaan
mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.


Alasan yang diberi oleh Najib tidak boleh diterima pakai kerana di era Abdullah memerintah dulu pun minyak dinaikkan terlampau tinggi, harga petrol di pasaran ketika itu dinaikkan dari RM1.92 kepada RM2.70 seliter manakala diesel dari RM1.58 ke RM2.58 seliter (kemudian diturun akibat tentangan rakyat).


Abdullah kata ia telah menjimatkan sekitar RM14 bilion hasil pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan bahanapi. Sebanyak RM4.5 billon akan disalurkan untuk mempertingkatkan kemudahan pengangkutan awam dan rakyat diberi bayaran rebet kenderaan sebanyak RM625.00 setahun. Penjimatan sebanyak RM4.5 bilion itu langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat. Tidak ada peningkatan dalam perkhidmatan pengangkutan awam, tetapi yang ada adalah peningkatan kos pengangkutan. Maka, penjimatan kali akan diagihkan kepada sektor mana pula?


Sebenarnya Najib tidak mengotakan janjinya: Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Najib
tidak prihatin terhadap kehidupan rakyat berpendapatan rendah dan sederhaana, petani, penternak dan nelayan. Saya amat bersetuju dengan pandangan Dr Mohd Asri Zainul Abidin Negara di bawah pentadbiran Najib banyak membazirkan wang rakyat berlaku. Contohnya, perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri sahaja telah mencecah RM3.8 bilion pada 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi 2010. Ini termasuklah perbelanjaan sekretariat mantan perdana menteri dan sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Najib, Rosmah Mansor. Kenaikan barangan ini akan diikuti dengan kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran. Ini sudah tentu menjejaskan kehidupan rakyat biasa.


Sebenarnya, Najib tidak perlu menaikkan harga barangan tersebut bagi tujuan penambah pendapatan negara, tetapi beliau perlu urus- tadbir negara secara berhemah dan tidak membazir, tidak rasuah dan tidak untuk berkepentingan politik. Lihat pembayaran terhadap perkhidmatan APCO sahaja mencecah
RM77 juta. Sime Darby yang mengalami kerugian sebanyak RM946 juta diselamatkan dengan memberi pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta. Skandal PERWAJA, duit rakyat lesap RM10 billion, skandal PKFZ bernilai RM13 billion dan macam-macam skandal lagi.


Duit FELDA pula dibelanjakan untuk projek bukan bidang FELDA seperti melabur dalam ternakan lembu, hangus RM688 juta, melabur dalam bio-diesel, lesap RM3 billion, pembinaan pejabat FELDA RM662 juta. KTMB mengalami kerugian RM500 juta kerana pembelian 38 gerabak Gandaan Elektri dari Syarikat Zhu Zhou Elektrik Locomotive Co.Ltd daripada China dan terbaru Khazanah Nasional yang diterajui oleh Najib bersetuju membeli rangkaian hotel mewah dan popular, Awan Resort dan DLF yang bernilai RM1.225 billion.


Kesimpulannya, tindakan Najib itu dilihat sebagai jalan mudah bagi beliau untuk meningkatkan pendapatan negara dengan memeras keringat rakyat yang mudah diperlembupawahkan ikut suka hatinya sahaja tanpa mengambil kira pembaziran dan menyalahgunaan wang rakyat yang diamanahkan kepada beliua untuk menguruskannya.


“TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

Thursday, July 15, 2010

PENYELEWENGAN FELDA: LAPORAN POLIS DAN SPRM

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) pada 15 Julai lalu telah membuat laporan penyelewengan FELDA kepada SPRM.

Sebelum itu pada 23 Jun lalu juga satu
laporan polis telah dibuat Tun Razak di seluruh negara berhubung isu kejatuhan rizab tunai Felda yang merosot daripada RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion tahun 2009. Setakat ini 80 laporan polis telah dibuat ke atas Najib.

KOMEN :

Imej SPRM dan Polis sukar dipercayai oleh rakyat untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap semua laporan-laporan tersebut. Tidak seperti laporan-laporan yang dibuat oleh UMNO terhadap para pemimpin Pakatan Rakyat terutama di Selangor yang menjadi hasrat UMNO untuk mengambilalih Selangor melalui kaedah rampasan kuasa di Perak.

Seperti yang diketahui umum, kedua-dua institusi ini adalah badan yang menjaga, mengawasi dan mengawal kepentingan UMNO terutama yang melibatkan Najib.

“TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

Wednesday, July 14, 2010

HARAM BAGI PAS BERKERJASAMA DENGAN UMNO

Oleh : Tun Telanai


Isu kerjasama PAS-UMNO, tenggelam-timbul. Sekejab ada, sekejab tidak. Walau bagaimana, kami sebagai ahli bawahan PAS masih berpegang ikrar yang di buat oleh Presiden parti di dua muktamar, iaitu di Ipoh, Perak pada tahun 2008 dan
terbaru di Kota Bharu, Kelantan pada bulan Jun lalu bahawa PAS tidak akan kerjasama dengan UMNO dan PAS telah pun menutup pintu untuk tujuan tersebut. Jadi, kerjasama PAS-UMNO sudah tidak wujud lagi.


Isu ini ditimbulkan semua oleh media yang menjadi pencacai dan barua UMNO adalah untuk menarik semula sokongan orang Melayu kepada UMNO. Perlu diingat bahawa berkawan dengan UMNO, lebih baik berkawan dengan BABI. Sifat yang ada pada syaitan lebih mulia daripada sifat yang ada pada keperibadian UMNO.


Ditangan UMNO penuh berlumuran darah kezaliman dan penindasan terhadap PAS seperti peristewa pembunuhan beramai-ramai di Memali dan peristewa berdarah di Lubuk Mermau. Oleh itu, kenyataan Naib Presiden PAS,
Mahfuz Omar menegur UMNO supaya tidak lagi membangkitkan kerjasama PAS-UMNO demi survivalnya. Itu semuanya adalah helah dan kelentongan UMNO kononnya untuk perpaduan Melayu dan Islam bagi mengelirukan rakyat khususnya orang Melayu-Islam.


Seperti yang dikatakan di atas, media massa milik UMNO yang membesarkan isu ini sekarang hanyalah merupakan
tipu muslihat UMNO untuk melihat Pakatan Rakyat hancur dan peneraju utamanya, iatu Anwar Ibrahim musnah. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum bahawa Anwar Ibrahim adalah musuh utama UMNO. Oleh itu, Anwar mesti dimusnah apa cara sekali pun, sebelum Anwar bersama PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat benar-benar dapat menyakin rakyat bahawa UMNO adalah ibu segala 'kejahatan dan kezaliman'. Nasihat kita kepada UMNO celaka ini jangan pandai-pandai bermain sandiwara kerana PAS sudah lama tolak hasrat UMNO untuk berunding dengan PAS atas apa jua alasan.


Sungguh pun begitu, sekiranya PAS gatal sangat untuk mengadakan kerjasama dengan parti celaka ini, maka pengurusan tertinggi parti perlu mengadakan satu referendum yang melibatkan seluruh ahli yang berdaftar seluruh Negara. Bukan beberapa kerat manusia dalam PAS yang ada hak membuat keputusan. Sekiranya hasil referendum memberi jawapan ‘Ya’, maka bolehlah PAS ketika itu mengwujudkan kerjasama dengan UMNO. Kalau ‘Tidak”, PAS jangan sekali-kali pandai dan berani mengadakan kerjasama dengan syaitan ini.


Kami berikrar akan menentang hasrat PAS itu habis-habisan. Kedudukan sekarang, keahlian PAS telah mencapai jutaan ahli, 99% keahlian PAS menentang kerjasama dengan UMNO, hanya beberapa kerat yang bersetuju mengadakan kerjasama dengan UMNO. Ini adalah satu peringatan dan amaran keras terhadap kepimpinan tertinggi PAS.


“TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

3 JAM BALA DIAMBIL KETERANGAN POLIS PERANCIS SEBUT NAMA NAJIB-ROSMAH

Oleh : Chen Shaua Fui


Najib" dan "Rosmah Mansor" antara nama yang disebut oleh polis Perancis, dalam masa lebih daripada tiga jam ketika mengambil keterangan daripada penyiasat persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal. Malah, nama-nama seperti Abdul Razak Baginda, Deepak Dinesh, ASP Suresh dan beberapa nama baru yang belum dikenalpasti turut disebut sepanjang proses ini, menurut sumber maklumat


Seterusnya baca di
sini


KOMEN :


Kita sebagai orang cintakan keadilan dan bencikan kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh UMNO selama ini sangat mengharapkan semua orang yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dihukum. Allah tidak menzalimi hambanya walaupun ia bukan Islam.


Kita mengharapkan Najib dan Razak dihukum (sekiranya terbukti benar) setimpal dengan kesalahan yang mereka telah lakukan. Di Malaysia bolehlah mereka melacurkan seluruh institusi Negara kerana mereka berkuasa, tetapi di Perancis tidak berupaya mengaruhi system keadilan di sana. Sistem keadilan dalam negara ini punah ranah kerana mainan politik UMNO paling menjijikkan.


Kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya kes ini. Kita harap Najib dan Razak dihukum tidak di dunia, di akhirat kelak siksaanya amat pedih menanti. Dua pegawai polis yang didapati bersalah oleh mahkamah kanggaro Malaysia amatlah mendukacitakan. Mereka hanya sekadar menjalankan perintah. Orang lain makan nangka, orang lain pula kena getahnya.


Baca
ini dan ini


Sandiwara ini semua manusia yang berakal mengetahuinya.


“TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

Monday, July 12, 2010

MENANTI APA SUDAHNYA KES INI……..

Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam isu pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta daripada DCNS . Syarikat Perimekar menerima komisyen bernilaian RM500 jutaan atas urus niaga tersebut.

Kes ini disiasat kerana beberapa perkara. Antaranya, syarikat Perimekar ditubuhkan pada tahun 2001, iaitu beberapa bulan sebelum kontrak pembelian kapal selam ini ditandatangani. Dengan kata lain, syarikat ini tidak mempunyai pengalaman dalam urus niaga kapal selam. Pemegang saham syarikat ini adalah bekas tink-tank Najib, iaitu Abdul Razak Baginda dan isterinya Mazlinda Makhzan

Perimekar adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang dikuasai Abdul Razak Baginda dengan isterinya sebagai pemegang saham terbesar.


Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membatalkan lawatannya ke London untuk mengambil keterangan Balasubramaniam, atas alasan masalah perundangan. Soalan bertulis yang ingin diajukan kepada Balasubramaniam diserahkan kepada peguamnya melalui kiriman pos laju.


Balasubramaniam pernah mendedahkan bahawa kos perbelanjaan hidupnya ditanggung oleh Deepak, peniaga carpet yang dituduh berkenalan dengan Rosmah Mansor, isteri kepada Najib Razak.


Seterusnya baca di
sini


KOMEN :


Kita harap kes ini berjaya dapat diselesaikan dengan baik. Orang yang bersalah seharusnya dihukum dan orang yang tidak bersalah harus dibebaskan. Kes ini melibatkan membunuhan yang sangat kejam tidak berperi kemanusiaan dan zalim yang dilakukan ke atas wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Orang yang membunuhnya telah pun dihukum, tetapi siapa rakyat Malaysia masih tertanya-tanya siapakah dalang dibalang dibelakang tabir yang mainkan perananya. Wanita ini tidak bersalah. Beliau hanya menuntut haknya untuk mendapatkan sebahagian bayaran komisyen yang mana beliau terlibat sebagai juru runding.


Sistem keadilan di Negara ini telah musnah akibat kerakusan untuk terus memeluk kuasa, kedudukan dan mencari harta dunia. Persepsi rakyat terhadap system keadilan Negara ini telah hancur. Awal-awal lagi agensi yang terlibat untuk menegakkan keadilan tidak dapat berfungsi kerana ia dipengaruhi oleh orang yang menguasai politik Negara masa kini.

Baca juga artikel ini.


"TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

Friday, July 9, 2010

POLITIK WANG DALAM UMNO

By :Dr. Mahathir Mohamad
(Ulang Tayang Cerita Lama)


1. Saya mendapat banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam UMNO. Demikianlah keadaan sehingga Dato Seri Dr Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender. Dato Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedasnya.


2. Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.

3. Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat.


4. Tetapi cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai. Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur.

5. Mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.

6. Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka. Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka.

7. Amalan rasuah dalam UMNO di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan UMNO, orang UMNO dan pemimpin UMNO. Perasaan benci kepada UMNO sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.

8. Orang ramai melihat UMNO sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.

9. Dalam pilihanraya umum 2004, rakyat memberi sokongan padu kepada BN. Ini adalah kerana rakyat percaya benar yang kepimpinan baru UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi lebih baik daripada yang terdahulu.

10. Antara 2004 dengan 2008 mereka dapat lihat pemerintahan Abdullah dengan rasuah yang berleluasa dan keruntuhan ekonomi. Mereka juga lihat peranan yang dimainkan oleh keluarganya dan kroni mereka dan juga sikap ahli-ahli kabinet. Apa yang mereka lihat meyakinkan mereka bahawa pemerintahan ini tidak baik. Hasilnya ialah keputusan pilihanraya ke-12.

11. Mereka kecewa bahawa Abdullah bukan sahaja tidak membetulkan keadaan tetapi sebaliknya menafikan kekalahan dan penolakan oleh pengundi, termasuk yang terdiri daripada ahli-ahli dan penyokong UMNO dan lain-lain parti komponen.

12. Saya percaya orang ramai amat kecewa melihat mainan wang dalam UMNO sekarang. Wang akan mengalir dengan banyak dan laju semasa dan selepas pencalonan. Rumah terbuka oleh kementerian sedang diadakan dengan menggunakan duit Kementerian. Semasa rumah terbuka kempen untuk pencalonan diadakan.

13. Menjelang pemilihan bulan Mac 2009 lebih banyak lagi acara dan sogokan boleh diadakan. Kemuncak akan tiba apabila wakil ke Mesyuarat Agong tiba di Kuala Lumpur untuk bersidang.

14. Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000.

15. Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok. Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa.

16. Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah. Tetapi seperti disebut di atas apabila pengundi pilihanraya umum sudah benci dan bosan dengan UMNO mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan UMNO. Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang. Dan UMNO akan habis riwayatnya. Mereka yang betul-betul sayang kepada UMNO akan kutuk pemimpin dan ahli UMNO.

17. Inilah akhirnya musibah yang akan diterima kerana tamak, kerana rasuah di kalangan pemimpin dan ahli UMNO.


KOMEN :

Orang yang menyokong dan pengundi UMNO, tidak tahulah saya hendak katakan. Lihat dan bacalah serta renungi dengan hati dan fikiran terbuka kehodohan UMNO berpolitik. Dr.Mahathir sendiri pernah dipermainkan, dihina dan dimalukan di Kubang Pasu yang beliau pimpin selama 30 tahun tahun lamanya.


Baca di
sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, lagi di sini dan di sini

Kalau UMNO kalah dalam RRU ke-13, Melayu akan menjadi bertambah kuat baca ulasan yang dibuat oleh
Kickdefella.


Jadi, kita tidak ada kaedah lain untuk mengembalikan martabat rakyat dan khususnya Melayu dan Islam, melainkan kita sama-sama berpakat seluruh rakyat dari berbagai kaum dan agama menunjukkan jalan keluar secara sopan beradap kepada UMNO melalui PRU ke-13 ini supaya ia direhatkan seketika. InsyaAllah.

“TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA”

BIDAS MEMBIDAS

By : Dr. Mahathir Mohamad
(Ulang Tayang Cerita Lama)


1. Saya terkejut apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat kenyataan bahawa sebagai seorang yang bukan ahli UMNO saya tidak berhak memberi pandangan saya terhadap apa yang sedang berlaku dalam UMNO.

2. Saya teringat akan jawapan Tun Abdul Razak sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri apabila ditanya oleh pemberita tentang komen saya berkenaan UMNO dalam tahun 1970. Beliau berkata sebagai orang yang bukan ahli UMNO (saya telah disingkir oleh UMNO pada masa itu) saya bebas berkata apa sahaja.

3. Saya hairan kenapa semasa saya masih ahli UMNO setelah letak jawatan sebagai Presiden UMNO saya juga tidak dibenar berjumpa ahli UMNO dan pemimpinnya dari peringkat bahagian sehingga peringkat Majlis Tertinggi. Ahli UMNO juga dilarang daripada menjemput saya untuk berucap dalam majlis UMNO atau menghadiri apa-apa majlis di mana saya akan berucap. Saya juga tidak dibenar berucap di Universiti. Jemputan kepada saya ditarik balik atas arahan orang tertentu dalam Kerajaan dan parti.


4. Yang mutakhir apabila saya dijemput oleh Kelab UMNO Melbourne dan saya terima untuk membuat ucapan berkenaan tajuk yang tidak menyentuh politik dalam negara, tiba-tiba Kelab UMNO Melbourne menarik balik jemputan atas arahan Ibu Pejabat UMNO.

5. Ternampak jelas samada saya ahli UMNO atau tidak saya tidak dibenar atau dihalang daripada memberi apa-apa pandangan berkenaan UMNO atau berkenaan apa-apa perkara lain.

6. Seperti biasa "orang Pak Lah" menyokong bidasan terhadap saya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Hanya Dato Seri Rais Yatim dengan berani bertentangan dengan Perdana Menteri dan berkata saya berhak memberi pandangan saya.

7. Buat kali pertama saya bersetuju dengan "orang Pak Lah" bahawa beliau berhak membidas saya, walaupun tindakan beliau tidak boleh ditafsir sebagai "elegant silence" Tun Musa. Tetapi samada saya bidas balik adalah hak saya juga. Jikalau tak bersetuju dengan pendapat saya, itu juga hak masing-masing. Blog saya terbuka. Jika tidak memaki hamun blog saya terbuka kepada Pak Lah dan konco-konconya.

"TOLak UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

PEMILIHAN UMNO

By :Dr.Mahathir bin Mohamad
(Ulang Tayang Cerita Lama)


1. Seluruh Negara sedang perhatikan penamaan calon-calon jawatan Majlis Tertinggi UMNO. Keputusan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak pertahankan kerusi Presiden parti telah menyemarakkan lagi minat terhadap siapa yang akan memimpin UMNO. Ini kerana jangkaannya ialah siapa yang dipilih jadi Presiden UMNO akan turut dilantik Perdana Menteri Malaysia. Jika pengundi UMNO gagal memilih seorang pentadbir yang baik dan jujur, negara akan sekali lagi menempuh keadaan yang tidak stabil dan kejatuhan ekonomi. Tidak seorang pun rakyat Malaysia yang inginkan keadaan ini. Di dalam keadaan terdesak mereka mungkin akan pilih parti pembangkang pada pilihanraya akan datang. Dan ini tidak akan membuat keadaan menjadi lebih baik. Malahan ianya akan menjadikannya lebih buruk daripada penyandang jawatan yang tidak cekap yang ada sekarang.

2. Bagi UMNO empat tahun akan datang ini amat penting. Sesiapa juga yang menjadi Presiden parti, jika gagal memulih parti, bermakna bahawa masanya telah tamat bagi parti yang tertua di antara parti yang memperjuangkan kemerdekaan sesebuah negara. Jika ini terjadi maka kepimpinan UMNO yang akan datang ini akan termaktub dalam sejarah sebagai pengkhianat kepada parti politik yang pada satu masa dulu amat berkuasa dan terkenal.

3. UMNO telah menggunapakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.


4. Pada anggapan pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri ini, jika mereka berjaya pengaruhi ketua-ketua bahagian dan cawangan melalui rasuah dan mengancam dengan ugutan, pegangan mereka keatas parti akan kekal. Begitulah cengkaman mereka ke atas parti hinggakan parti nampak seolah-olah memberi sokongan padu kepada mereka. Mereka boleh lakukan apa sahaja dan sokongan yang tidak belah bagi terjamin.

5. Tetapi anggapan mereka salah. Ketua-ketua bahagian dan cawangan mungkn akan tunduk kepada mereka tetapi ahli parti dan penyokong yang bukan ahli parti tetap dengan pendirian mereka. Tidak berupaya untuk bersuara atau mengkritik pemimpin, mereka mengundi pembangkang.

6. Begitulah di dalam Pilihanraya Mac 2008 Parti Barisan Nasional dan UMNO mengalami kekalahan teruk. Pimpinan parti tidak mahu bertanggungjawab terhadap kekalahan ini, malahan mendakwa yang mereka menang kerana mempunyai cukup kerusi untuk membentuk Kerajaan pusat.

7. Pengundi yang jelek dengan sikap pemimpin memastikan satu lagi tamparan hebat dikenakan di dalam pilihanraya kecil yang tidak kurang penting dan UMNO dan Barisan Nasional yang begitu kuat satu masa dahulu ditundukkan, sehinggakan takut untuk mempamerkan bendera parti.

8. Akhirnya beberapa orang ahli Majlis Tertinggi UMNO yang berani bangkit dan memutuskan cukuplah. Presiden mesti dipaksa meletak jawatan. Selepas melengahkan waktu seberapa lama yang boleh, Abdullah mengumumkan keputusannya untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO dan dengan itu hak tradisi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

9. Ini merupakan langkah pertama yang kritikal. Sekarang ialah masa untuk Presiden dan Perdana Menteri baru. Hanya terdapat dua calon. Tetapi hingga kini hanya Dato Seri Najib Tun Razak yang menerima pencalonan untuk jawatan tersebut. Jelaslah yang beliau merupakan calon unggul. Dan seperti yang dijangka usaha untuk memburukkan imej beliau sudahpun bermula. Bagaimana dia mengurus tohmahan ini akan memperlihatkan mutu kepimpinannya.

10. Sementara itu pencalonan untuk jawatan-jawatan lain sedang berjalan. Jika Kerajaan Najib berkehendakkan kelainan daripada Abdullah maka penyokong Abdullah tidak boleh turut serta.

11. Setakat ini masih tidak jelas sama ada bahagian-bahagian UMNO akan menyokong mereka yang membangkang Abdullah ataupun penyokongnya. Pendahuluan yang diterima Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan yang pengkritik Abdullah amat disenangi. Tan Sri Rafidah Aziz, yang dikatakan begitu kuat mengkritik Abdullah nampaknya mendapat sokongan Wanita. Ini boleh mengakhiri impian Azalina Othman, antara penyokong terkuat Abdullah dan Khairi Jamaluddin, jika Rafidah mengotakan janjinya untuk melantik Shahrizat Jalil sebagai Ketua Wanita apabila dia (Rafidah) sendiri meletak jawatan tersebut.

12. Shafie Apdal, salah seorang yang bersuara lantang mendesak Abdullah meletak jawatan mempunyai harapan cerah memenangi pencalonan bagi jawatan Naib Presiden. Tetapi bahagian-bahagian nampak seolah-olah terlupa peranan yang dimainkan Rais Yatim, yang mana sebagai Menteri beliau tidak pernah gentar menyuarakan pendapatnya berkenaan salahlaku Abdullah.

13. Bagaimana penting sekalipun pencalonan oleh bahagian-bahagian bagi melayakkan seseorang calon bertanding untuk mendapat tempat di dalam Majlis Tertinggi UMNO; kata putus bukan di tangan mereka. Ini terletak di tangan perwakilan ke Mesyuarat Agong.

14. Pada tahun 1987 apabila Tengku Razaleigh Hamzah bertanding kerusi Presiden menentang saya, saya mendapat lebih ¾ pencalonan daripada bahagian-bahagian. Tetapi saya menang dengan kelebihan hanya 43-undi daripada 2,500 perwakilan bahagian yang hadir. Jelas bahawa perwakilan ke Perhimpunan Agong tidak mengundi mengikut keputusan bahagian.

15. Ini harus mengingatkan yang bertanding jawatan supaya tidak terlalu yakin yang mereka akan menang hanya kerana mendapat jumlah pencalonan yang tertinggi dari bahagian-bahagian. Banyak perkara yang mungkin berlaku pada masa Perhimpunan Agong diadakan di Kuala Lumpur. Saya tidak terkejut jika banyak wang akan bertukar tangan, dan banyak juga keputusan yang beralih.

16. Pada pemilihan 1987, undian diberhentikan seketika pada waktu sembahyang Jumaat. Dipercayai ramai perwakilan dihampiri pada waktu rehat ini dan dipengaruhi menerusi pelbagai cara untuk ketepikan keputusan bahagian mereka dan mengundi calon lain.

17. Untuk elak kejadian ini tidak harus ada apa-apa masa rehat semasa proses mengundi. Jika boleh janganlah diadakan pada hari Jumaat. Bagaimanapun amat penting bagi pengundian di adakan pada hari pertama perhimpunan.

18. Seperti yang saya katakan, negara sedang perhatikan pemilihan UMNO dengan penuh debaran. Jika bahagian-bahagian dan perwakilan UMNO utamakan ketamakan diri mereka dalam membuat keputusan maka ini akan menjadi kali terakhir mereka menjadi "king-maker" di Malaysia.

19. Saya teringat akan ketamakan seorang Melayu kampung yang kerjanya mengutip buah keranji dari hutan untuk dijual kepada orang Thai. Kerjanya agak berat kerana pokok tinggi dan terdapat banyak semut.

20. Kerana tidak sabar dengan masalah yang dihadapi, pengutip keranji ini menebang pokok tersebut. Dan itu merupakan kali terakhir dia membuat duit dari mengutip keranji.

21. Mungkin yang belajar aliran Inggeris lebih setuju dengan cerita angsa yang mentaskan telur emas.

22. Apapun, pengajarannya tetap sama. Jual undi anda hari ini maka berakhirlah politik UMNO bagi anda.


KOMEN :

Sila saksikan youtube di sebelah....................

Jadi :


"TOLAK UMNO, RAKYAT SEJATERA"

Sunday, July 4, 2010

PENORAKA FELDA DITIPU

Firma arkitek diterajui seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Terengganu ini sudah pasti ada hubungan kekeluargaan yang rapat dengan tokoh dari Terengganu juga yang memayungi Felda.

Kasih sayang kekeluargaan mereka diluaskan dengan mencari jalan bersama bagaimana wang Felda boleh 'diuruskan'.

Jumlahnya bukan sedikit, demi warga Felda tercinta....Lantaran itu, projek bukan bidang tugas Felda sama sekali, turut dibiayai oleh Felda atas sifat pemurahnya. Seperti Kolej Komuniti di Terengganu (RM 18 juta) dan Sabah (RM 22 juta), Menaik Taraf Bekalan Air Di Pahang (RM 200 juta) dan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (RM 120 juta). Apa kena mengena Mara dan Felda?

Kos Maktab ini ialah RM 120 juta dan Felda dengan segala senang hatinya membiayai sepenuhnya. Mungkin kerana wang tunainya terlalu banyak, Felda berbesar hati membiayai projek bukan bidang tugasnya sekalipun.


Baca
tulisan Husam Musa seterusnya.

"TOLAK UMNO RAKYAT SEJAHTERA"

SIAPA BOHONG SIAPA?

Husam Musa, EXCO Kanan Kerajaan Kelantan menjelaskan bahawa Najib telah pun melulus lesen judi bola sepak pada bulan Januari 2010 kepada Vincent Tan ketika Dr.Awang Adik menyebut bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk meluluskan lessen berkenaan, Dalam hal lessen ini, Najib tidak pernah membuat sebarang kenyataan, hanya panglimanya sahaja yang bersilat mempertahankan kelulusan tersebut.


Baca tulisan Husam dalam
blognya ini.


Jadi, Siapa yang berbohong pada rakyat Malaysia : Najib atau Vincent Tan?


"TOLAK UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"

Saturday, July 3, 2010

KES KPKK SOGOK WARTAWAN DITUTUP

Kes menyogok wartawan dalam PRK Kuala Terengganu seperti yang dilaporkan telah ditutup, atas alasan tiada bukti yang kukuh untuk menunjukkan bahawa wujudnya elemen "rasuah" yang melanggar undang-undang dalam kelakuan tersebut.


"Siasatan segera telah dijalankan dan telah dilengkapkan dalam tempoh kurang tiga bulan untuk diedarkan ke Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bagi penelitian dan keputusan. Berdasarkan keterangan dan bukti yang diperoleh dalam siasatan berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya mendapati keterangan yang diperolehi tidak memenuhi 'ingredient' kesalahan rasuah di bawah peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan seterusnya tidak menjuruskan kepada tahap 'beyond reasonable doubt' untuk mendapatkan sabitan sekiranya tertuduh didakwa di mahkamah.'


"Oleh yang demikian juga, wang yang terlibat dalam aduan berkenaan telah dilucut hak dan dimasukkan ke dalam hasil kerajaan berdasarkan peruntukan undang-undang." Demikianlah jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Liew Wui Keong dalam Dewan Rakyat, ketika menjawab soalan daripada ahli parlimen Serdang-DAP, Teo Nie Ching, semalam.


Seterusnya di
sini


KOMEN:


Katakanlah duit RM300 dalam sampul surat itu dihulur oleh pemimpin Pakatan Rakyat seperti orang kanan Anwar Ibrahim atau orang kanan Haji Hadi atau Nik Aziz atau pun para penyokong Pakatan Rakyat tidak kiralah dari parti PKR ke, PAS ke atau DAP, saya penuh yakin dan berani bersumpah dengan nama Allah dan berani berhadapan dengan tok mudim sekali lagi.

SPRM dan Peguam Negara adalah akan memusingkan cerita tidak seperti berita yang dilaporkan di atas kerana di situ ada kepentingan UMNO dan para pemimpinnya yang mana rakyat semua tahu perangai buruk UMNO dan para pemimpinnya.


Lihatlah kes Nik Aziz, sudah berapa kali SPRM buat kacau, masuk-keluar pejabat beliau untuk menyiasat perlakuan rasuah yang didakwa oleh para pemimpin UMNO haprak di Kelantan. Tetapi tidak berjaya kerana Nik Aziz bukan holaba dan tamak dunia semacam para pemimpin UMNO yang rakus dengan kuasa dan kekayaan dunia bagaikan syaitan dan iblis. Iblis dan syaitan pun tidak macam perangai para pemimpin UMNO.

Lihat juga kes di Selangor. Tidak putus-putus SPRM masuk-keluar menyiasat para pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa terlibat dengan tuduhan rasuah, tetapi sehingga kini mereka gagal. Walau pun begitu mereka akan terus berusaha sehingga kerajaan Selangor jatuh seperti yang berlaku di Perak bagi memenuhi matlamat UMNO. Itu amat pasti.


Mereka akan mencari bukti sampai ke lubang cacing.PERCAYALAH


Lihatlah sandiwara yang dilakonkan oleh SPRM demi menjaga UMNO dan para pemimpinya di sini, di sini, di sini dan di sini
Jadi :

‘UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”

FIRMA BERKAITAN UMNO DAPAT PROJEK FELDA?

Hubungan terus antara projek pembangunan Felda dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Umno menimbulkan pelbagai soalan berhubung cara projek-projek berkenaan ditawarkan.Berdasarkan pendedahan oleh ahli jawatankuasa pusat PAS, Datuk Husam Musa di blognya, Selasa lalu, semakan yang dilakukan Malaysiakini mendapati projek berkenaan dianugerahkan kepada firma Arkitek W&W yang dimiliki oleh ahli Umno.

Mereka adalah ADUN Bukit Chandan, Wan Mohd Khair-il Anuar Wan Ahmad dan seorang lagi yang dikenali sebagai Wan Burhanuddin Wan Hassan.Mengesahkan perkara ini, Husam berkata Wan Burhanuddin adalah ahli Pemuda Umno bahagian Besut.

Beliau dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga seorang pegawai kanan Felda yang juga berasal dari Terengganu.Antara projek yang diberikan kepada firma berkenaan adalah kawasan perumahan dan komersial di Feldajaya - projek pembangunan bercampur untuk generasi kedua peneroka Felda.

Bagaimanapun menurut Husan, projek Feldajaya itu bukannya sesuatu yang boleh dibanggakan kerana lokasi yang tidak sesuai serta harganya.Contohnya, di Feldajaya Trolak, satu daripada empat mukim yang disiapkan, sebuah banglo ditawarkan pada harga sekitar RM180, 000.

Seterusnya di
sini dan sini

KOMEN :

Husam Musa silap tu. UMNO adalah merupakan sebuah parti dan kerajaan paling terbaik dalam sejarah tamdun dunia mengalahkan sejarah tamadun yang terdahulu.

2. UMNO merupakan sebuah parti yang paling bersih tidak ada sebarang cacat celanya. UMNO dari dahulu sehingga kini masih suci dan bersih seumpaman kain putih atau bayi yang baru dilahirkan.

3. Jangan lupa bahawa UMNO diturunkan oleh dari langgit untuk memimpin rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

4. UMNO dianggotai oleh orang-orang yang paling bersih, tidak rasuah dan menyalahguaan kuasa untuk kepentingan diri, sebaliknya para pemimpin UMNO 100% berjuang dan berkerja untuk rakyat. Bak kata pepatah “Bagaikan lilin membakar diri”

Walau pun begitu :

“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA DAN AMAN”