DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, February 12, 2009

'TAHNIAH' NAJIB KERANA TUMBANGKAN PERAK

Oleh: Mohd Basir Abdullah
DiPetik daripada Harakahdaily:http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19213&Itemid=56

Tahniah dato' seri kerana telah berjaya menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat (PR) negeri Perak. Seterusnya dato' seri tentu sedang giat memporak perandakan negeri lain dibawah PR yang hanya menunggu masa dan nasib. Satu demi satu kejayaan ini tentunya akan meningkatkan dan memuaskan nafsu syaitan yang sedia ada dalam diri dato' seri.

Jangan sekali dato' seri fikir kejayaan ini akan dilihat dan diterima dengan senang oleh orang Melayu dan lain lain. Demi kepuasan nafsu dato' seri dan mereka yang bersubahat dengan dato' seri termasuk semua ahli Umno tahniah sekali lagi.

Tunggulah. Anda semua akan menerima padah tidak lama lagi. Dato' seri telah sekali lagi buktikan kepada rakyat bahawa pemimpin Umno adalah kejam dan zalim. Saya lebih tua dari dato' seri. Saya nyatakan ini semua berdasarkan sejarah UMNO selama 51 tahun.

Jikalau disemak balik kepada kebaikan arwah TUN ABDUL RAZAK ayahanda dato' seri, nyata sekali dari segi kredibiliti, dato' seri jauh ketinggalan. Dari sejarah dato' seri, ini tidak menghairankan saya, kerana dari dulu lagi dato' seri banyak melakukan kesilapan.

'Kejayaan' yang tersebut tadi hanya menjelmakan kejahatan yang ada dalam diri dato' seri. Sikap tidak adil dan kejam dato' seri serta konco-konco dato' seri telah memburukkan keadaan negara ini.

Kejayaan yang dicapai adalah melalui pengaruh wang dan kononnya kemajuan. Dengan kejayaan ini dan dengan kuasa yang ada di negeri Perak, dato' seri telah dapat mengukuhkan kembali cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri negara ini yang pada awalnya berada di ambang kehancuran.

Melayu jenis apakah dato' seri dan anda-anda yang terlibat semua? Keadaan negara yang berleluasa dengan judi, pelacuran, dadah, arak dan lain lain maksiat yang akan membawa negara ke tahap jahanam, tidak pernah dato' seri dan anda sekelian ambil peduli.

Yang dato' seri dan anda sekelian tahu adalah asyik berpolitik, menjatuhkan sesiapa saja yang cuba menyekat kuasa syaitan dato' seri dan anda sekelian. Tentunya semua termasuk rakyat yang tak berdosa akan menerima padah kelakuan buruk dato' seri dan anda sekelian tidak lama lagi.

Saya percaya Tuhan Yang Maha Esa sedang melihat dengan teliti perkembangan menyedihkan dalam negara ini. Janganlah terlalu ghairah sangat menggunakan kuasa yang diberikan pengundi dan ahli ahli perniagaan. Insaflah dan perbetulkan keadaan negara Islam ini sebelum Tuhan bertindak dengan kemarahanNya. Bagi Tuhan, ia perkara mudah.

Jangan pandang ringan apa yang saya katakan. Kawallah diri dan kembali ke pangkal jalan yang betul. Bertindaklah dengan kebenaran untuk kebaikan. Untuk pengetahuan dato' seri, nenek moyang kita telah berjuang habis-habisan untuk bebaskan negara ini daripada pemerintahan Majapahit dan penjajah penjajah seterusnya.

Tentunya mereka menangis melihat keadaan negara ketika ini. Dato' seri kenanglah jasa-jasa mereka yang membebaskan kita dari kekejaman penjajah. Selama ini Umno hanya membawa negara ini ke tahap yang boleh kita sebut Malaya sial. Saya sebut ini atas dasar cinta saya kepada Melayu Islam negara ini dan negara mereka Malaya.

Hari demi hari aktiviti dato' seri dan Umnu hanya menuju kemusnahan negara yang diperolehi melalui perjuangan dan gigih dan pengorbanan nenek moyang kita bangsa Melayu. Tidakkah dato' seri malu dan takut akibat keterlaluan ini? Apakah yang dato' seri dan seluruh Umno banggakan sangat dengan pencapaian yang telah diperolehi?

1. Judi - Orang melayu menjadi mangsa. Ada cabutan hari-hari. Satu minggu tujuh hari, manakala cabutan ada sepuluh kali.
2. Dadah - Orang Melayu adalah penagih paling ramai dan yang untung ialah bukan Melayu.
3. Arak - ketagihan arak kalangan Melayu meningkat. Arak dijual bebas di mana mana.
4. Penyakit - Ramai orang Melayu berpenyakit kerana tidak mampu mendapat rawatan yang baik serta akibat pencemaran kemajuan adalah kepunyaan bukan Melayu.
5. Perniagaan - Pengusaan bukan Melayu bertambah kukuh. Bangsa Melayu meminta sedekah dan tagih simpati.
6. Ketuanan/Kedudukan - Politik melayu semakin rapuh dalam keadaan terumbang-ambing. Mereka terpaksa menagih sokongan bukan Melayu. BN / UMNO bagaikan penternak dan rakyat sebagai ternakan.

Aset negara telah habis dibolot dan dibazirkan untuk kepentingan golongan tertentu dan sebagai penyelamat kuasa. Kepada bangsa Melayu marilah kita selamatkan negara ini dari cengkaman Umno yang sedang membawanya ke arah jahanam. Sedarlah semua sebelum kita dikejutkan dengan kemurkaan Tuhan.

Andai apa yang sedang berlaku dibiarkan, kita dan generasi kita akan datang akan menerima padah. Negara kita terselamat dari penjajah yang kejam hasil perjuangan nenek moyang kita.
MERDEKAKAN RAKYAT DARIPADA BELENGGU UMNO
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

SULTAN AZLAN SHAH BODOH?

DiPetik daripada : http://telaahpolitik.blogspot.com/

(Artikel ini merujuk kepada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idris Shah, Mokhtar Petah dan disedut dari blog beliau)

Sultan Perak sebelum ini iaitu almarhum Sultan Idris sememangnya dikenali sebagai Sultan yang tegas dan berani sehingga baginda adalah salah seorang Sultan yang menentang Dr Mahathir ketika pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja pada tahun 1983. Selain baginda ialah besannya Sultan Johor sekarang. Kedua-dua mereka jugalah yang mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri lebih awal berpandukan Hisab ketika Yang Di Pertuan Agung tidak mengisytiharkan Hari Raya Aidilfitri. Kesan tindakan baginda, hisab hari ini menjadi satu kaedah untuk menentukan puasa dan hari raya. Meskipun banyak diperkatakan tentang peribadinya, Sultan Idris dilihat sangat bijak dalam bertindak contohnya dalam satu kes berkaitan dengan Menteri Besar Perak Allahyarham Haji Ghazali Jawi (bapa Tajul Rosli).

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantik Haji Ghazali sebagai Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawatan Menteri Besar kali pertama, iaitu pada tahun 1960 beliau telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah. Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Beliau kemudiannya telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah adalah masih Raja Di Hilir Perak. Dalam kes perlantikan beliau kali kedua, Perhubungan UMNO Negeri Perak telah berpecah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin Mat Isa dan memihak kepada Sultan Idris, manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali dan menentang baginda Sultan.

Kalangan pimpinan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin ialah anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad. Mereka di sebelah Haji Ghazali pula terdiri dari ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak, antaranya Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud Untoi, Ismail Abdul Rauf, Abdul Malik Ahmad dan Haji Wan Mohamed Wan Teh. Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Abdul Razak mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera. Sehubungan dengan itu, Tun Razak telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Sultan Idris dengan Haji Ghazali. Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya untuk memujuk Sultan Idris.

Pada satu malam beliau telah berkata kepada baginda, bahawa Tun Razak memohon baginda melantik Haji Ghazali ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak. Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak. Pada 4 September 1974, Haji Ghazali telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil penulis (Mokhtar Petah) mengadap baginda, di Istana Tambun, Ipoh. Dalam pertemuan penulis dengan baginda itu, penulis telah memaklumkan kepada baginda, bahawa dalam Perlembagaan Negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun. “Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjadi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata penulis kepada Baginda.
Penulis kemudian melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali sebagai Menteri Besar Perak.Kemudian penulis telah memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana Perak, dan baginda telah setuju. Setelah cukup tempoh dua tahun, Haji Ghazali memegang jawatan Menteri Besar dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa titah baginda kepada orang ramai. Haji Ghazali dan beberapa orang pimpinan UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun”. Semenjak itu, krisis antara UMNO dengan Sultan Idris telah berlarutan, sehingga tahun 1977.

Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali tidak meletakkan jawatannya, baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menandatangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (Exco) Negeri Perak. Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala. Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977.

Sekiranya dilihat tindakan Sultan Idris ini jauh lebih bijak daripada Sultan Azlan, kerana beliau tidak berkenan dengan Menteri Besar disebabkan alasan Menteri Besar itu pernah terlibat dengan rasuah. Manakala Sultan Azlan pula berkenan kepada Menteri Besar yang disokong oleh wakil-wakil rakyat yang telah menipu rakyat dan dikhuatiri terlibat dengan rasuah. Walaupun alasan Sultan Idris kuat dan dari segi ketegasan baginda lebih tegas dari Sultan Azlan, tetapi dalam hal memecat Menteri Besar, baginda menyedari bahawa baginda tiada kuasa. Sultan Azlan juga pernah berhadapan dengan Dr Mahathir dalam pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menghapuskan imuniti Raja-raja, tetapi baginda mengambil sikap mendiamkan diri. Sebaliknya dalam hal memecat Menteri Besar Perak baru-baru ini, baginda telah terlajak bertindak tidak seperti Sultan Idris. Semoga almarhum dicucuri rahmat dari Allah swt.
BEBASKAN RAKYAT DARIPADA BELENGGU UMNO

“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

UMNO PENDERHAKA AGUNG

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Kini, hampir setiap hari kita mendengar media massa yang dikongkong oleh Umno menuduh Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Laporan polis juga telah dilaporkan dibuat ke atas Nizar.

Inilah politik kotor yang dimainkan oleh 'parti kotor' seperti Umno. Baik dulu, kini dan selamanya Umno sering terjebak dalam politik kotor. Politik orang yang tidak bertamadun dan parti yang tidak bermaruah.

Umno penderhaka agung

Jika Umno tidak diserang penyakit 'amnesia' (penyakit mudah lupa) sudah tentu parti tersebut patutnya merasa malu untuk bermain isu derhaka ini. Kerana apa? Kerana jika satu jari Umno menuduh Nizar sebagai penderhaka, maka empat jari Umno yang lain sebenarnya sedang menuding kepada Umno sendiri sebagai "penderhaka par excellence" (penderhaka agung).

Bagaimanakah pemimpin Umno seperti Muhammad Taib boleh dengan tidak malu tumpang sekaki menuduh Nizar sebagai penderhaka sedangkan semua orang tahu beliau adalah "kepala penderhaka" apabila dengan tanpa segan silu sanggup melarikan anak Raja.

Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu bagi menggantikan Sultan Kelantan? Siapa lagi kalau bukan penderhaka Umno. Mungkin parti itu menganggap mengganti sultan semudah menukar pengerusi JKKK.

Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983 kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat.

Krisis perlembagaan 1983

Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.

Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja dipandang hina masyarakat awam.

Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983, Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990. Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu.

Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya (lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m.s. 13).

Semasa krisis itu juga, media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997; (Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak mendorong baginda enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan); dan di Pahang pada tahun 1979 (membabitkan Datuk Rahim Abu Bakar).

Juara menderhaka

Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja, saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993.

Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum; media-media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang Menteri yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat Diraja tertentu.

Mengaibkan raja-raja

Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja seperti mana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983.

Bersandarkan bukti-bukti di atas, kini sipenderhaka Umno yang sama tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka.

Ya, memang benar Nizar mengakui telah "menyembah sembah derhaka" semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan "hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka".

"Sembah derhaka" bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar saya difahamkan dipanggil "hamba tua" . Ini bahasa istana dan nak buat macam mana?

Jahil bahasa istana

Malangnya Umno yang jahil dengan bahasa istana menganggap Nizar sebagai derhaka apabila memohon "menyembah sembah derhaka? . Naif dan ceteknya pemikiran Umno.

Nizar memohon menyembah derhaka kepada Yang Mulia Tuanku Sultan kerana beliau berpandangan Sultan tidak mempunyai kuasa memecatnya. Ini kerana berdasarkan Perkara 16(7) Perlembagaan Negeri Perak, secara jelas memperuntukkan bahawa tidak sepertimana ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan dengan kerelaan sultan (at his pleasure) yang membolehkan para exco boleh dilantik dan dipecat oleh Sultan pada bila-bila masa, jawatan Menteri Besar adalah berbeza dengan jawatan exco. Dengan lain perkataan jawatan Menteri Besar tidak dipegang di atas keredaan sultan.

Menteri Besar seperti Nizar hanya boleh diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau telah tidak lagi mendapat kepercayaan (ceases command of confidence) kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perkara 16(6) Perlembagaan Negeri Perak.

Persoalannya bagaimanakah kaedah untuk menentukan seseorang Menteri Besar itu telah tidak lagi mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menurut perpektif undang-undang?

Apa yang berlaku pada kes Nizar ini samalah seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966. Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli (1966) 2 MLJ 187, Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak (sama seperti Perlembagaan Negeri Perak) "lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri" (kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri (sama seperti Dewan Undangan Negeri)).

Undi tidak percaya

Oleh itu Nizar mempunyai sebab yang kukuh untuk enggan meletakkan jawatan. Di dalam kes di Perak kekuatan BN dan Pakatan Rakyat sama iaitu masing-masing 28 kerusi. Ketiga-tiga bekas Adun Pakatan Rakyat hanya menjadi Adun Bebas dan bukannya Adun BN. Maka isu sama ada ketiga-tiga Adun berkenaan dikatakan menyokong BN mestilah dibuktikan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dun.

Terdapat keraguan sepertimana yang diakui oleh SPR sama ada ketiga-tiga Adun ini masih boleh dianggap sebagai Adun kerana terdapat bukti yang kukuh mereka telah meletakkan jawatan sebagai Adun seperti mana surat mereka yang telah ditandatangani dan dialamatkan kepada Tuan Speaker.

Berdasarkan Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak, surat perletakan jawatan ketiga-tiga Adun tersebut adalah sah. Hatta jika terdapat keraguan sekalipun sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih boleh dikira Adun atau tidak, badan yang boleh menentukan kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut hanyalah Dun Perak seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perkara 33(1) Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas menyatakan: "Jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli Dun itu telah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad".

Dun tentukan status Adun

Jelas Dun Negeri Perak dan bukannya SPR yang berhak menentukan sama ada ketiga-tiga Adun tersebut masih layak sebagai Adun atau tidak dan keputusan Dun tersebut adalah muktamad. Apa yang malang tatkala Y.M. Sultan melantik Menteri Besar yang baru, Dun Perak masih belum lagi memutuskan tentang status kelayakan ketiga-tiga Adun tersebut. Dalam keadaan tersebut terdapat keraguan yang munasabah sama ada Nizar telah dikatakan hilang keyakinan majoriti ahli-ahli Dun Perak.

Atas dasar itulah Nizar mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang untuk memohon kepada Tuanku Y.M. Sultan untuk "memohon menyembah sembah derhaka" untuk enggan meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Malangnya "sembah derhaka" tersebut difahami oleh sipenderhaka Umno sebagai derhaka.

MERDEKAKAN RAKYAT DARIPADA BELENGGU UMNO
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”



KRISIS ISTANA DAN PENDERHAKAAN

Oleh Wan Fauzdin
Dipetik daripada kaman Marhaen :[http://www.marhaen.org/v1/mar_a_wanfauzdin99.html]


Kisah hikayat Hang Tuah amat terkenal di kalangan orang-orang Melayu meskipun sejarah tidak pernah membuktikan secara jelas kewujudan kononnya Pahlawan Melayu itu. Nama Hang Tuah dikaitkan dengan sifat-sifat ketaatan beliau secara mutlak terhadap Sultannya walaupun kadangkala tindak tanduknya jelas menyalahi hukum agama namun demi Sultan, Hang Tuah rela berbuat apa sahaja. Hang Tuah sanggup menipu Tun Teja yang mencintai dan mempercayainya, asalkan Tun Teja dapat dipersembahkan kepada Sultan. Hang Tuah juga sanggup meninggalkan sahabat-sahabatnya bahkan membunuh Hang Jebat teman karibnya demi perintah Sultan walaupun Hang Tuah sedar Hang Jebat menderhaka kepada Sultan demi membelanya yang dihukum oleh Sultan secara tidak adil.

Hang Tuah tidak harus dijadikan ikutan, begitu juga Hang Jebat tidak wajar dicontohi. Ketaatan yang mutlak Hang Tuah pada Sultan menjadikan Sultan ketika itu lalai dan alpa. Sultan merasakan terlalu berkuasa kerana di belakangnya Hang Tuah sedia berkorban apa sahaja. Akhirnya Hang Tuah menjadi mangsa fitnah, ketika itu terserlah lah sikap Sultan yang merasakan terlalu berkuasa dan mengambil tindakan yang zalim. Hang Jebat meskipun mempunyai prinsip yang lebih mulia sedikit daripada Hang Tuah, tetapi Hang Jebat juga tidak boleh disanjungi walaupun tindakannya mempunyai nawaitu yang baik. Hang Jebat ingin membalas dendam terhadap Sultan yang zalim, tetapi beliau melakukan tindakan yang salah di mana rakyat yang tidak berdosa turut menjadi mangsanya sedangkan Sultan masih bertakhta.

Kisah Hang Tuah dan Hang Jebat seharusnya dipadamkan dari ingatan kita khususnya bagi kita orang-orang Melayu berugama Islam. Kedua-dua mereka tidak wajar dijadikan ikutan kerana akan merosakkan masyarakat dan rakyat keseluruhannya. Sifat yang ada pada Sultan ketika itu juga tidak harus diikuti oleh mana-mana Sultan atau Raja kerana segala tindakan yang diambil tanpa usul periksa, tidak berlaku adil dan tanpa menggunakan kebijaksanaan juga akan turut menghancurkan rakyat jelata. Bahkan, Sultan yang bersikap sedemikian pasti dibenci dan dijauhi rakyat melainkan mereka-mereka yang ingin mengampu untuk mendapatkan sesuatu sahaja. Pengampu dan penghasut-penghasut seperti Pateh Kerma Wijaya lah sebenarnya telah merosakkan nama baik Sultan ketika itu.

Apabila mengingati kembali Hikayat Hang Tuah ini, hanya seorang sahaja tokoh yang boleh diikuti dan boleh kita sanjungi. Tokoh ini adalah Bendahara yang mana beliau telah cuba menasihati Sultan agar jangan bertindak terburu-buru di dalam menghukum Hang Tuah apabila Hang Tuah difitnah membuat curang bersama gundik Sultan di Istana. Namun Sultan tegas dengan titahnya bahkan Sultan menitahkan Bendahara untuk menentukan matinya Hang Tuah. Namun, Bendahara mengambil langkah bijak dan penuh bijaksana kerana menyedari keputusan Sultan itu adalah tidak adil dan zalim. Bendahara tidak ingin bersubahat dengan kezaliman Sultan, lantas beliau menyembunyikan Hang Tuah. Di sini, mungkin ada yang berpendapat Bendahara telah derhaka pada arahan dan titah Sultan. Penulis berpendapat Bendahara tidak derhaka kerana tidak menuruti perintah Sultan sedemikian rupa, bahkan Bendahara mengambil tindakan yang bijaksana. Atas kebijaksanaannya itu lah Sultan berjaya diselamatkan dari takhtanya.

Meskipun Hikayat Hang Tuah ini boleh disangsikan kebenarannya (sebab itu dipanggil hikayat), tetapi dari cerita inilah maka timbul kata-kata seperti "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" dan juga " Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah". Banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dari hikayat ini. Dalam suasana politik yang berlaku di negara kita ini amat mendukacitakan apabila pihak Istana seolah-olah cuba diheret bersama untuk mencapai cita-cita politik. Maka, timbul persoalan siapakah yang memainkan peranan seperti `Bendahara' yang bijaksana pada ketika ini?

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Wednesday, February 11, 2009

2 PRK: PELUANG PAKATAN RAKYAT MEMUSNAHKAN UMNO

PELUANG PAS DAN PAKATAN RAKYAT MEMBALAS DENDAM
Oleh: Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,



Kepulangan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum ke Rahmatullah pada hari ini [9 Februari 2009] memberi peluang kepada PAS, PKR dan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat [PR] untuk membalas dendam serta memalukan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan seluruh ahli dan penyokong regim UMNO dan BN yang terlibat dalam usaha menjatuhan PR pada 5 Februari lalu dengan kerjasama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.


Rampasan kuasa itu telah membangkitan kemarahan sebahagian besar rakyat yang ‘celik mata hati’. Sekiranya Najib tidak tidak percaya apa yang saya sebutkan itu, saya sarankan sila dapatkan maklumat daripada perisik polis atau tentera atau sila turun ke tengah-tengah masyarakat untuk melihat sendiri respon rakyat.


Rata-rata rakyat [kecuali regim UMNO dan gerombolannya] berpendapat bahawa Sultan Perak yang bertanggungjawab dan bertindak melampaui peranannya dari segi undang-undang dan Perlembagaan [Sultan lebih arif tentang perkara ini kerana baginda adalah bekas Ketua Hakim Negara] mengarah MB dan para EXCOnya dengan serta merta meletakkan jawatan. Saya tidak berminat untuk mengulas isu ini dari segi persepsi rakyat dan undang-undang kerana ia tekah banyak diperbincangkan di media-media alternatif.


Apa yang saya hendak perkatakan di sini ialah tindakan Sultan Perak [enggan membubar DUN] seolah-olah bertindak menghina dan menghampakan harapan seramai 3,793,243 [48.2%] pengundi yang mengundi PR [PAS, PKR dan DAP] bagi peringkat Dewan Rakyat. Manakala, bagi peringkat DUN pula seramai 3,486,321 [44.3%] pengundi turut merasai bahananya kerana sebuah kerajaan yang bobrok dan kaki rasuah
memerintah Perak. UMNO hanya mampu memperolehi 4,076,556 [51.8%] peringkat di Dewan Rakyat dan 4,383,479 [55.7%] di peringkat DUN daripada jumlah pengundi yang keluar mengundi seramai 7,869,800 orang atau 72.2% dari jumlah pengudi 10,900,000.


Dengan kepergian Allahyarham Roslan, sudah hampir pasti PAS akan mewakili PR menentang UMNO bagi mengekalkan kerusi Parlimen tersebut. Kemenangan mudah bagi PAS kerana di kawasan Parlimen ini mengandungi 63.5% Melayu, 27.1% Cina, 9% India dan 0.2% lain-lain bangsa. Undi Cina dan India pastinya akan berpihak kepada PAS kerana isu campurtangan sultan dalam krisis politik di Perak. Inilah peluang terbaik bagi PR membuka pekung buruk para pemimpin UMNO dan sekutunya kepada rakyat. InsyaAllah dengan kerja keras dan bertawakal kepada Allah, Allah pasti membantu membenamkan sebuah parti yang amat jijik dan kotor diseliputi segala najis dengan syarat kita berjuang untukNya dan rakyat yang tertindas.


Para pemimpin PR sudah pasti mempunyai berbagai pengalaman dan kemahiran untuk berdepan dengan UMNO yang akan menggunakan apa sahaja terdapat di darat, di udara dan di laut, malah akan mengunakan hantu dan jembalang bagi memenangi pilihan raya kecil itu.


Kemenangan ini amat bermakna. Bagi membuktikan bahawa rakyat masih lagi mahukan PR memerintah. Kemaluan ini juga akan tempias ke muka Sultan.

II. BUKIT GANTANG: PENEBUS MARUAH RAKYAT
Oleh : Roslan SMS_
http://n32.blogspot.com




Apabila ternampak seakan segala pintu ditutup menyekat kita, tiba-tiba Allah swt membuka pintu Nya buat kita. Ayuh kita sahut peluang ini. Ia jarang-jarang datang begini tetapi dihayat kita Allah tunjukkan secara tunai untuk dilihat semua.


Bukit Gantang: Penebus maruah rakyat


Apabila menerima berita kematian ahli parlimen Bukit Gantang Allahyarham Roslan Shahrom pagi tadi saya sedih. Perkara pertama yang terlintas di kepala saya betapa rasanya begitu besar cabaran terhadap kita di Perak. Dalam kelam kita menghadapi krisis perlembagaan di Perak kini dikejutkan pula dengan kematian ahli parlimen kita ini sekaligus memaksa pilihan raya kecil dalam tempuh 60 hari setelah SPR dimaklumkan oleh Spekaer Dewan Rakyat.


Kemudian saya terfikir pula barangkali kita perlu anggap ini sebagai lorong yang dibuka oleh Allah swt. Diambilnya Allahyarham untuk mendahului kita, kemudian dibukanya peluang buat kita untuk membuktikan kepada rakyat Perak, melalui “politik pintu belakang” yang kotor kita kehilangan negeri, sekarang kita berpeluang buktikan yang rakyat tetap bersama kita. Lalu diberi peluang kepada kita untuk tunjukkan kepada rakyat Perak dari hutan, desa, pekan sehingga ke istana, bahawa sokongan rakyat tetap di belakang kita.


Apabila ternampak seakan segala pintu ditutup menyekat kita, tiba-tiba Allah swt membuka pintu Nya buat kita. Ayuh kita sahut peluang ini. Ia jarang-jarang datang begini tetapi dihayat kita Allah tunjukkan secara tunai untuk dilihat semua.


Setelah jenazah Allahyarham ini disempurnakan petang tadi, kini masanya untuk kita bertindak. Ayuh kita bekerja bagi menebus maruah bukan PAS, bukan Pakatan Rakyat tetapi maruah rakyat Perak yang telah “dicuri” itu. Kuala Terengganu telah mencetuskan momentum besar buat rakyat, jadikan Bukit Gantang kemucaknya, insyallah.


Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditemapatkan dikalangan mereka yang hampir pada Allah swt. Alfatihah

III. PERLETAKAN JAWATAN EXCO KEDAH

Arumugam Vengatarakoo, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau yang juga EXCO kerajaan negeri Kedah yang memegang pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India terpaksa meletakan jawatan [EXCO dan ADUN] kerana tahan dengan serangan UMNO laknattullah. Syaitan/iblis UMNO sering mengejar beliau tidak kira siang malam. Menurut beliau, beliau diugut dan ancam dengan berbagai ugutan berunsur jenayah. UMNO latnatullah ini melakukan berbagai ugutan supaya ia mengikut jejak dua ekor anjing di Perak. UMNO laknatullah telah melakukan ugutan seperti yang dilaporkan kepada pihak :

i. cubaan menculiknya pada 17 Oktober tahun lepas

ii. Mengugutnya melalui pegawainya dengan membuat beberapa panggilan telefon yang boleh mengancam keselamatan dan anak-bini beliau.

iii. Pada 31 Mac tahun lalu, syaitan-syaitan/iblis UMNO laknatullah ini telah memecahkan cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul batu

iv. Ppada 17 Disember lalu, UMNO laknatullah melalui syaitan/iblis belaanya tekah menghantar beberapa beberapa ekur untuk memujuknya keluar dari PKR, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.

Dengan perletakkan jawatan tersebut, maka 2 pilihan raya kecil [PRK] akan dilakukan sama ada secara serentak atau berasingan atau ditangguhkan buat sementara waktu kerana keadaan selamatan negara [baca: UMNO laknatullah] terancam.

Walaubagaimana pun 2 PRK tetap juga akan diadakan kerana PRU ke-13 lambat lagi dan inilah peluang terbaik bagi Pakatan Rakyat untuk memalukan dan memusnahkan UMNO laknatullah lenyap di muka bumi ini.


SELAMAT BERJUANG KE TITISAN DARAH TERAKHIR
MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”