DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, December 31, 2008

UNDILAH PAS


Undi anda semua sangat bernilai. Pilihlah parti yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat. Mempertahankan kesucian Islam dan memertabatkan bangsa.

Anda semua adalah orang yang cerdik-cerdik belaka. Allah kurniakan anda deria untuk merasa, melihat, mendengar dan menghidu bau-bauan. Gunakan deria-deria yang dikurniakan itu untuk ke jalan Allah. Menangkan PAS dan kuburkan UMNO yang banyak membuat onar terhadap bangsa dan agama. Fikirlah.........

SAMA PADAN_SAMA LAWA

Untungnya dapat wakil rakyat kaki karoake, anak-anak buah pun menjerit-menjerit dan meloncat-loncat macam kera [monyet] kena belancan.

Eloklah tu teruskan perjuangan anda semua........

WAN FARID KAKI KAROAKE

Inilah gaya seorang bakal wakil rakyat yang akan mewakili rakyat P.36-Kuala Terangganu.
Nanti bolehlah tua-muda, lelaki dan perempuan boleh berkaroake bersama YB Dato'Wan Farid bin Wan Salleh.

Beruntung sungguh orang Kuala Terangganu dapat calon macam ni.
CALON BN JAWAB TOHMAHAN

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dikatakan telah ‘diserang’ menerusi laman web dan juga sistem khidmat pesanan ringkas (SMS). Gambar beliau sedang berkaraoke disebarkan melalui laman-laman web.


Wan Farid berkata : “wanita yang sedang menyanyi bersama beliau itu adalah anak saudaranya sendiri dalam majlis perjumpaan keluarga di rumah seorang saudara yang turut dihadiri anggota keluarganya termasuk isteri dan anak-anak beliau, selain ibu bapa anak saudaranya itu”.

INTERBIU EKSKLUSIF MOHAMMAD SABU

Dipetik daripada



Dalam menghadapi Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, terlalu banyak isu seperti pembelian Eurocopter, penjualan IJN, penubuhan suruhanjaya kehakiman, politik wang dalam Umno."

DALAM menghadapi Pilihanraya Kecil P.36 Kuala Terengganu, terlalu banyak isu-isu utama yang boleh meratah Umno-BN seperti pembelian Eurocopter, penjualan IJN, penubuhan suruhanjaya kehakiman, politik wang dalam Umno dan PPSMI yang cukup membelit. Selain isu-isu nasional ini, isu kemiskinan dan pembaziran seperti pembinaan Masjid Kristal dan Monsson Cup juga menjadi igauan buruk kepada calon BN, Wan Farid Wan Salleh.

Pilihanraya kecil ini menjadi ujian bukan hanya Umno tetapi juga kepada pembangkang terutama selepas tsunami politik 8 Mac lalu. Untuk membincangkan tentang isu-isu utama dan isu tempatan di Kuala Terengganu, Harakah mendapatkan pandangan Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu. Ikuti Interbiu Eksklusif Pengarang Berita Harakah, TARMIZI MD JAM dan wartawan, IRWAN MUHAMMAD ZAIN serta jurugambar WAN ZAHARI WAN SALLEH bersama beliau di kediamannya di Shah Alam, pada 24 Disember lalu.



HARAKAH: Apa signifikan Pilihanraya Kecil P.36 Kuala Terengganu kepada PAS berdasarkan landskap politik yang cukup bermasalah dengan parti pemerintah hari ini (Umno) ?



MOHAMAD SABU: Pilihanraya kecil di Kuala Terengganu ini adalah satu pilihanraya yang cukup penting terutama sekali dalam pilihanraya lepas tsunami politik yang berlaku di Pantai Barat dan juga Kelantan. Dari Terengganu, Pahang hingga bahagian selatan ia tidak banyak berlaku perubahan dalam pilihanraya yang lepas. Pilihanraya ini diadakan ketika ura-ura peralihan kuasa akan berlaku pada Mac depan. Pilihanraya ini juga akan menguji kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak. Pilihanraya yang akan menguji kepimpinan Menteri Besar, Dato' Ahmad Said yang tidak mendapat sokongan majoriti kalangan wakil rakyat Umno.
Pilihanraya ini juga menguji adakah PAS berada di tahap pilihanraya yang lalu atau bergerak jauh ke hadapan untuk mendapat sokongan dan kembali memerintah Terengganu pada pilihanraya umum yang akan datang.Oleh itu pilihanraya ini sangat penting kepada BN itu sendiri untuk menguji kepimpinan peringkat nasional, Dato' Seri Najib Tun Razak dan di peringkat negeri, Dato' Ahmad Said dan kepada PAS yang mewakilkan Pakatan Rakyat.



Apakah Pakatan Rakyat ini berkisar perkembangannya di tempat ramai orang bukan Islam yang membuat perubahan dalam pilihan raya umum lalu atau pun ia berjangkit di tempat majoriti orang Islam. Jadi pilihanraya ini begitu penting untuk dijadikan kayu ukur rakyat di Malaysia dan juga di Terengganu.



Mengapa PAS menunggu 1 Januari 2009 untuk mengumumkan calonnya bagi menentang calon BN, Dato' Wan Farid? Di mana kelebihannya?



Ini kerana, Umno dia tak banyak calon yang layak. PAS ada banyak calon yang layak maka Presiden PAS akan menentukan yang mana yang paling layak untuk menjadi calon.



PAS atau Pakatan Rakyat perlu menang dalam pilihanraya ini bagi mencorakkan pendirian rakyat terhadap usaha menuju Putrajaya. Pada penilitian Saudara, sejauh mana 'kemenangan' ini mampu menggerakkan perubahan itu?



Kita lihat terutama di kawasan yang celik IT iaitu di Lembah Klang, Lembah Kinta dan Penang pembangunan bukan lagi menjadi isu yang utama.Yang menjadi isu utama adalah soal kehakiman, hak asasi, pembaziran, rasuah. Ini yang berlaku di kawasan bandar dan separuh bandar. Kuala Terengganu biarpun ianya bandar tetapi boleh dikatakan agak ketinggalan dan terlalu luar bandar. Taraf kemiskinan yang tinggi menyebabkan pembangunan masih menjadi isu yang utama dalam pilihanraya kepada Barisan Nasional dan pihak pembangkang akan mengunakan isu ini juga iaitu kegagalan pihak pemerintah memberikan pembangunan yang seimbang kepada rakyat.



Bagaimana kalau PAS kalah?



PAS kalah dalam pilihanraya kecil perkara biasa. Menang itu satu yang luar biasa.



Terlalu banyak isu yang boleh menggodam Umno dan BN pada pilihanraya ini. Adakah isu-isu seperti yang kita tahu, politik wang dalam Umno, kenaikan harga barang, penubuhan suruhanjaya kehakiman dan macam-macam lagi itu boleh mempengaruhi pengundi Kuala Terengganu?



Isu nasional di Kuala Terengganu tidak berapa memberi kesan tetapi isu-isu kehidupan harian seperti kenaikan harga barang, isu pembaziran misalnya perbelanjaan yang begitu banyak membina Masjid Kristal dan Monsoon Cup dan kemiskinan yang nyata serta Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memperkayakan beberapa individu. Ini merupakan isu utama di Kuala Terengganu.



Kita beralih kepada isu IJN. Penangguhan pengswastaan IJN kepada Sime Darby sebagai contoh, tentunya akan menyusahkan para pesakit jantung di kalangan rakyat biasa. Kos pasti meningkat sekalipun ada jaminan kerajaan. Apa yang Saudara rasakan?



Kita perlu tentang habis-habisan kerana bila diswastakan ia akan menjadi sebuah hospital yang betul-betul menumpukan kepada perniagaan. Bila perniagaan sudah tentu orang akan bercakap tentang untung rugi. Berbanding dengan hospital kerajaan atau separuh kerajaan ia bersifat kebajikan biarpun Musa Hitam kata setelah diswastakan, IJN tidak akan berubah fungsi. Itu hanya janji mulut. Tapi hitam putih bila perjanjiannya nanti, perkara-perkara seperti itu bukan ada.


Jadi bila sebut diswastakan tak salah mereka naikkan harga, naikkan caj dan sebagainya dalam perubatan. Sebab bila diswastakan hospital itu sudah jadi sebahagian daripada perniagaan. Jadi saya hairan bila orang seperti Musa Hitam mengatakan tidak akan berubah fungsi itu. Saya rasa itu mengarut.



Apa komen Saudara dengan penangguhan itu? Adakah ianya ada muslihat tertentu?



Tangguh kerana pilihanraya Kuala Terengganu tetapi isu ini bagi orang Kuala Terengganu bukan besar sangat. Mereka bukan tahu berapa orang sakit jantung. Berapa kos bayar bedah!



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Zahid Hamidi menyifatkan 'penangguhan' penjualan IJN kepada Sime Darby itu sebagai sikap prihatin kerajaan BN. Soalnya, menangguh bukan membatalkan. Maknanya ia akan dilaksanakan juga selepas ini. Apa yang patut dilakukan oleh rakyat, NGO dan parti-parti politik untuk menyekat penjualan ini?



Perlu terus suarakan bantahan. Perlu terus buat tentangan. Bahkan perubatan seperti ini, kerajaan perlu lebih banyak beri subsidi untuk rakyat termasuk pegawai-pegawai kerajaan yang menikmati sedikit kemudahan. Sedikit saja mereka dapat, kalau swasta teruk lagi mereka akan tanggung.



Tapi penjualan IJN ini seolah-olah diadakan secara sulit?



Perundingan secara sulit telah berlangsung lama dan Najib juga umumkan selepas selesai Parlimen bersidang. Seolah-olah mahu mengelak daripada dibincangkan di Parlimen. Ia tidak ada ketelusan.


.Menyebut ketelusan kita lihat dalam isu pembelian helikopter Eurocopter oleh Kementerian Pertahanan walaupun telah ditangguhkan dan disahkan tiada penyelewengan tetapi rakyat percaya wujudnya 'kesangsian' dan 'kepentingan' pemimpin tertentu. Soal ketelusannya bagaimana?



Ketelusannya memang tidak ada. Kita nak dapat maklumat masih susah sebab adanya OSA. Tapi kita yakin kenapa dibatalkan selepas pertukaran menteri iaitu Perdana Menteri mengambil alih kementerian Pertahanan. Sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Ataupun pembelian helikopter itu menguntung kroni Najib bukan kroni Abdullah. Barangkali itu juga punca pembatalan.



.Isu ketelusan juga jadi agenda utama rakyat bila mempersoalkan penubuhan Suruhanjaya Kehakiman dan SPRM baru-baru ini. Di mana bezanya antara dulu dan sekarang?



Suruhanjaya Kehakiman, Suruhanjaya Pencegah Rasuah, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Banyak lagi suruhanjaya yang boleh dibuat tetapi perlaksanaannya yang menjadi isu.



Rasuah tidak boleh dibanteras melalui undang-undang semata-mata. Rasuah hanya boleh dikurangkan melalui etika iaitu akhlak. Kita lihat misalnya bagaimana kita nak buktikan dari sudut undang-undang, misalnya Adun-adun di Selangor atau tempat lain yang jadi Adun satu penggal atau dua penggal, hidup seperti jutawan dengan keretanya, rumahnya tetapi elaun cuma lima hingga enam ribu ringgit sahaja.



Jadi dari segi undang-undang kita susah nak bawa mereka ini ke mahkamah. Tetapi dari segi etika, mereka ini sudah dilihat tidak bersih. Begitulah juga Perdana Menteri, baru-baru ini terdedah sewa rumahnya saja sudah mencecah jutaan ringgit setahun. Jadi ini kehidupan mewah. Jadi orang yang begini nak bercakap soal penyelewengan dan rasuah memang tidak boleh kerana ia bermula dengan etika bukan undang-undang.



Macam kita nak bayar duit kepada polis kerana nak menutup satu kes kalau dia minta duit misalnya, kita tak perlu pergi jumpa polis atau kastam, cukup cuma sms nombor akaun. Kita boleh 'bank-in' dalam akaun mana-mana bank mereka. Jadi membenteras rasuah bukan melalui suruhanjaya. Ia lebih kepada etika dan ini yang banyak dipraktik di negara-negara barat tetapi bukan di negara-negara dunia ketiga.



Sedangkan parti itu sendiri itu parti yang dilanda dengan rasuah. Bagaimana mereka yang mengamalkan rasuah mahu membasmi rasuah. Kerajaan lain yang ganti saja boleh. Itu pun belum tentu lagi tetapi sekurang-kurangnya kerajaan baru itu akan bermula dengan era baru sebelum berlaku kerosakan.



Ada tak perbezaan antara Suruhanjaya ini dengan apa yang sudah ada sebelum ini?



Tiada perbezaan. Kalau Umno yang buat tiada apa-apa perbezaan. Macam Suhakam sajalah. Kita boleh hantar memorandum kemudian buat demonstrasi sikit. Lepas tu habislah, tiada apa-apa tindakan. Salah guna kuasa polis, salah guna badan kehakiman akan tetap berjalan seperti biasa.



Pendapat saudara dengan cakap-cakap yang mengatakan Abdullah menubuhkan suruhajaya ini kerana mahu menjatuhkan Najib?



Itu semua spekulasi. Saya tidak setuju dengan pandangan itu.


Adakah penubuhan kedua-dua suruhanjaya ini mampu memberikan kesan baik kepada rakyat sekalipun ianya tidak diletakkan terus di bawah kuasa Parlimen?



Sudah ada suruhanjaya sebelum ini. SPR itu suruhanjaya, Hak Asasi Manusia juga suruhanjaya tapi fungsinya tidak ada. Sebab itu etika itu lebih penting daripada segala bentuk suruhanjaya dan undang-undang. Dan Malaysia dari segi etika mempraktikkan satu etika yang cukup buruk.



Dari sudut rasuah dan penyelewengan, kita boleh lihat kehidupan ahli-ahli politik, bagaimana kehidupan mereka terutama ahli politik dari parti pemerintah. Kehidupan mereka tidak padan langsung dengan pendapatan. Dan mereka ini antara orang yang berteriak tentang rasuah dan sebagainya. Jadi saya tidak nampak akan berlaku apa-apa perubahan.



Dalam isu PPSMI, banyak pihak dari NGO dan parti-parti pembangkang mendesak agar kerajaan menghentikan dasar tersebut kerana bukan sahaja ia bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan, Perlembagaan malah merugikan masa depan orang-orang Melayu khususnya. Pemerhatian Saudara macam mana?



Saya ingat kerajaan nak kena insaf. Sebab masa buat dulu cuma percubaan. Dan sekarang yang menentang ini ahli-ahli akademik bukan orang-orang politik. Orang-orang akademik yang terlibat dalam pendidikan secara khusus seperti Profesor Nik Safiah Karim, Profesor Khoo Kay Kim, Dr Awang Sariyan dan banyak lagi.



Mereka ini bertindak menentang berdasarkan kajian mereka dan perbandingan dengan negara-negara lain seperti Russia, Jepun, Jerman, Korea dan sebagainya dari sudut pendidikan. Jadi kita lihat Bahasa Melayu itu sendiri akan jahanam pada masa akan datang. Dan orang yang berteriak nak membela orang Melayu yang menjahanamkan Bahasa Melayu.Kalau dulu tulisan Jawi sekarang Bahasa Melayu pula jadi mangsa. Umno yang kononnya berjuang untuk Melayu membunuh Bahasa Melayu dan mereka ini lah sebenarnya pengkhianat bangsa dan bahasa.



Teras menyeru agar rakyat bersatu menyaman kerajaan dalam isu PPSMI ini. Begitu juga Gapena. Bagaimana saudara melihat dari sudut politiknya, kuasa desak yang mampu menundukkan keangkuhan kerajaan dalam isu ini?


Kena pelbagai cara iaitu saman di mahkamah, penentangan di Parlimen, desakan NGO, demonstarsi-demonstarsi untuk menentang tersalah urus kerajaan dalam soal bahasa dan pendidikan. Saya sebut begini sebab bantahan daripada ahli-ahli akademik yang saya kira pandangan mereka perlu diambil kira.
Bercakap soal ketelusan oleh pihak kerajaan. Dalam Umno sendiri terdapat 'Peraturan Eksklusif' yang tidak lut (ada imuniti) oleh undang-undang apabila berlakunya rasuah dan politik wang dalam parti itu.



Mereka tidak boleh diseret ke mahkamah. Jawatankuasa Disiplin Umno mengatasi undang-undang. Ini bagaimana?



Ini satu perkara yang perlu dilihat misalnya Umno menuduh dan membuktikan Isa Samad terlibat dalam rasuah atau politik wang. Tapi mahkamah tidak mendakwa beliau. Jadi kita kata nak basmi rasuah dan politik wang ini cuma 'Meranam Joker' saja lah. Lawak sajalah.



Tun Mahathir sendiri mengesahkan terlalu banyak politik wang atau rasuah menjelang pemilihan Umno kali ini. Tidakkah ini mempercepatkan lagi Umno reput dan peluang ini harus direbut oleh pembangkang?



Umno memang menuju kereputan. Tetapi pembangkang tidak boleh mengharapkan kelemahan orang lain untuk mereka muncul. Mereka mesti membuat gerak kerja yang baik untuk mengambil alih kuasa dari Umno yang sedang reput ini. Kalau kita berada di tahap yang ada sekarang, kita belum dilihat secara umumnya berupaya mengambil alih melainkan kita mempertingkatkan lagi kerjasama dan juga menarik perhatian rakyat kepada kita.



Cadangan GMI untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran Mac depan tentunya ada agenda tersendiri. Apa tujuannya dan mengapa bulan Mac itu dipilih? Setakat ini sejauh mana persiapannya?
Cadangan untuk perhimpunan ini sebenarnya datang dari Dewan Pemuda dan dibawa ke mesyuarat PAS Pusat. Dalam mesyuarat itu mereka angkat perhimpunan itu ke tahap PAS Pusat. Dan selepas perbincangan dengan NGO, akhirnya dipersetujui supaya Gerakan Mansuh ISA (GMI) mengepalai perhimpunan ini bersama 80 NGO yang lain. Kita memilih Mac kerana waktu masih ada dua bulan lebih untuk kita memberitahu rakyat. dan masa itu berlaku peralihan kuasa. Supaya mereka yang akan mengambil alih kuasa itu mendegar dan melihat tuntutan rakyat kerana ISA sekarang ini sudah tidak popular kepada rakyat, kepada pemerintah dan kepada sesiapa saja termasuk parti komponen BN yang menyuarakan penentangan mereka terhadap ISA itu.



Peralihan kuasa dari Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Najib Tun Razak tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat. Mungkin ada kepada Umno. Apa yang saudara nampak Malaysia di bawah pentadbiran Najib?




Abdullah pula dia tahu bahawa keruntuhan kerajaan Dr Mahathir terutama kepada orang Melayu adalah antaranya isu agama, isu rasuah, isu pembaziran maka bila beliau naik, dasar-dasar itu lah yang diutamakan. Beliau berhentikan pengumuman projek-projek mewah dan menonjolkan isu agama iaitu Islam Hadhari serta ingin membasmi rasuah yang menyebabkan rakyat memberikan sokongan yang hebat dalam tahun 2004.



Rekod kemenangan BN yang tak pernah dicapai oleh empat Perdana Menteri sebelum itu. Najib saya lihat dia akan tune ke arah mengambarkan bahawa beliau adalah pengganti bapanya. Iaitu beliau akan propangandakan soal pembangunan luar bandar. Ternyata beliau sedikit sebanyak bertuah dalam pilihanraya lepas, kebetulan beliau jaga Felda harga getah dan kelapa sawit berada di tahap yang tinggi.



BN diselamatkan oleh peneroka dalam pilihanraya lepas. Sebab itu kawasan Felda di Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan hampir semua dimenangi oleh BN. Najib akan ambil 'line' itu saya yakin iaitu untuk menonjolkan beliau sebagai sedikit mirip membela Melayu, membela penduduk luar bandar. dan ini akan dispin dalam masa singkat dan saya yakin Pilihanraya Umum ke 13 akan dibuat setahun selepas Najib ambil alihdalam tahun 2010.



Ia tak boleh lama kerana tengok macam Abdullah, kerana lama sangat orang tahu dia kaki tidur, beliau lemah. Najib pun tak akan ambil masa yang lama. Saya jangka Pilihanraya Umum akan diadakan secepat mungkin selepas Mac akan datang.



Apakah saudara atau rakyat boleh menerima Najib yang sarat dengan kes-kes 'penyelewengan' yang berprofil tinggi dan eksklusif sebagai seorang PM kelak?



Itu isunya. Kita kena atasi image building yang akan dibuat oleh kerajaan Najib nanti. Sekarang pun kita sudah mula serang, kita dah mula hentam isu Eurocopter, isu pembelian kapal selam, isu Altantuya dan lain-lain lagi. Jadi ini kita kena gempar dari awal sebab 'image buliding' ini akan berlaku begitu, orang awam terutamanya akan kata itu kesilapan Abdullah, Najib kita belum cuba.



Begitu juga ketika Abdullah ambil alih dari Dr Mahathir, orang kata itu kesalahan Dr Mahathir, Abdullah kita belum tahu lagi. Jadi benda ini kita tak mahu. Sebab itu gerakan untuk meletakkan Najib berada dalam keadaan yang tidak selesa perlu kita laksanakan daripada sekarang hingga pilihanraya akan datang. Kalau kita diam diri, beliau akan bina imej baik sepertimana Abdullah bina.



Barangkali ada motivasi dan ingatan kepada petugas PAS seluruh negara di Kuala Terengganu?


Saya ucapkan selamat bertugas dan selamat memenangkan calon Pakatan Rakyat.


PENGUNDI-PENGUNDI DI KUALA TERANGGANU SIAPA YANG HENDAK DIPILIH



Dipetik daripada Laman Marhaen
DiPetik Daripada Laman Dr Mohd Asri Zainul Abidin
-bekas Mufti Pertlis
Oleh : Tun Telanai




UMNO MENGKIANATI SUMPAH MELAYU-SIRI 4

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Sumpah Melayu ke-4, berikrar untuk mempertahankan kepentingan dan hak orang Melayu. Betulkah begitu? Mari kita bincang bersama-sama. Kepentingan dan hak orang Melayu boleh dikategorikan dua aspek. Pertama kedudukan kuasa politik dan kedua pemilikan hartanah. Kedudukan politik orang Melayu kini kini jelas sedang terancam. Kuasa yang berkurangan dari sudut nilai kini menjadikan Melayu semakin tersisih. UMNO punca masalah kerana UMNO adalah pemegang tampok kuasa sejak negara mencapai kemerdekaan. Tidak ada parti lain yang berpeluang memerintah, kecuali UMNO dulu dan kini. Segala perkara yang timbul yang menjahanamkan Melayu adalah 100% hasil perbuatan UMNO. UMNO gagal mempertahankan ketuanan politik Melayu.


Aspek pertama berkiatan ketuanan politik Melayu dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia dinilai pada jumlah kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri yang dimenangi tokoh-tokoh politik sesuatu kaum. Dalam konteks perjuangan UMNO, parti itu boleh dianggap berjaya seandainya kedua-dua peringkat Dewan Rakyat dan Undangan Negeri didominasi oleh ahli-ahli politik dari kalangan Melayu. Sejarah menunjukkan perjuangan UMNO mempertahankan ketuanan politik Melayu telah gagal. Kuasa pegangan politik Melayu, sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri-negeri semakin berkurangan.


Ditinjau penguasaan kerusi Dewan Rakyat sejak Pilihan Raya Umum 1959 menampakkan UMNO amat tidak bermaya mempertahankan penguasaan orang Melayu dalam Parlimen. Itu pun diambil kira semua Ahli Parlimen berbangsa Melayu, tidak kira sama ada daripada UMNO atau bukan UMNO, termasuk MP daripada PAS, PKR dan lain-lainnya. Perangkaan berdasarkan Melayu atau Bukan Melayu dan peratus penguasaan Melayu dalam Dewan Rakyat adalah seperti berikut:


1. Kemerosotan ini wujud bukan kerana kerusi itu terlepas daripada BN kepada pembangkang. la wujud apabila UMNO tidak berupaya menolak tekanan parti bukan Melayu dalam BN terhadap pengagihan kerusi dan bagi memastikan wakil bukan Melayu ada di Parlimen. UMNO takut kawasan ramai pengundi bukan Melayu menyulitkan pula calon-calon bukan Melayu BN untuk menang kerana bukan-Melayu khususnya orang-orang Cina menyokong DAP. Untuk menyelamatkan keadaan bagi memastikan ada wakil bukan-Melayu ada di Parlimen dan ada dalam kabinet, maka kawasan majority Melayu pula diserahkan kepada calon-calon bukan-Melayu MCA dan MIC. Melayu-melayu haprak ini terus memilih calon-calon bukan-Melayu. Hasilnya, UMNO menyerahkan kerusi yang asalnya ditandingi oleh calon Melayu kepada parti kerabat BN bukan Melayu. Contohnya, dalam PRU 1990 sahaja, sebanyak 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri majoriti pengundi Melayu diserahkan oleh UMNO kepada parti kerabatnya untuk ditandingi oleh calon-calon bukan Melayu [juga bukan Islam]. Jumlah itu termasuklah 13 kerusi Parlimen dan 24 kerusi DUN, dan tidak termasuk kerusi-kerusi seumpama itu yang sudahpun ditandingi calon bukan Melayu dari BN sebelum itu.Di antara kerusi-kerusi Parlimen majoriti Melayu yang diserahkan kepada MCA dan MIC dalam Pilihan Raya Umum 1990 ialah Padang Serai (55.2% Melayu), Alor Setar (54.8%), Lipis (53.2%), Pontian (52.2%), Kapar (60.0%), Ampang Jaya (68.5%), Selandar (50.8%) dan Telok Kemang (51.3%).


2. Apabila UMNO mendapati banyak kawasan pilihan raya di seluruh Negara di awal kemerdekaan mempunyai peratus pengundi Melayu yang tinggi, maka ia berusaha meramaikan pengundi bukan Melayu dengan tujuan menghalang PAS memenangi pilihan raya dan takut PAS berkuasa di Malaysia. Ini dibuktikan dalam PRU ke-10 tahun 1999, kawasan-kawasan pilihan raya yang majoritinya pengundi Melayu seperti di negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terangganu, UMNO memperolehi 48.6% undi berbanding 60.8% yang diperolehinya pada pilihan raya tahun 1995. Merosot 8%. Manakala PAS, undi popular yang diperolehinya meningkat 18% di semua tempat yang ditandinginya. UMNO memperolehi lebih kurang 1.9 juta undi berbanding tahun 1995 mendapat 2.0 juta undi, PAS pula memperolehi undi yang meningkat dari 433,454 tahun 1995 kepada 996,512 pada pilihan raya kali ini. PAS yang sebenarnya memenangi PRU ke-10 itu. UMNO hanya menang dengan sokongan pengundi bukan Melayu dan dapat terus mengekalkan kuasanya.


3. Apabila UMNO merasa taburan pengundi Melayu majoriti di sesuatu kawasan boleh mengancam pengaruhnya, maka ia melakar semula persempadanan kawasan pilihan raya seperti yang dibenarkan oleh Perlembagaan. Persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan oleh Parlimen pada 9 April 2003. Dalam persempadanan semula itu, negeri-negeri yang PAS mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan rakyat seperti di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis tidak ada pertambahan kerusi Parlimen langsung. Bagi negeri-negeri UMNO kuat, pertambahan kerusi baik di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri berlipat ganda dengan membelakang formula yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Pindaan tersebut menjadikan kerusi Parlimen 219 dari 194 kerusi [bertambah 25 kerusi] dan Dewan Undangan Negeri menjadi 505 dari 442 kerusi [bertambah 63 kerusi]. Kesan daripada pindaan itu dalam PRU ke 11, UMNO memenangi pilihan raya tersebut dengan majoriti yang amat besar melebih 90 peratus. Tahukah kita Dari jumlah 219 itu, cuma 119 sahaja ahli Parlimen beragama ISLAM selebih 100 bukan ISLAM. BN menguasai 199 kerusi, 112 kerusi dianggotai oleh orang ISLAM baki 87 dikuasai oleh ahli BN yang bukan ISLAM Maknanya Parlimen ke 11 lalu menyaksikan cuma 54.33% perwakilan orang ISLAM, 45.66% bukan ISLAM. Sedangkan Parlimen 1 selepas Merdeka dahulu lebih 80% orang ISLAM.


4. Pada PRU ke-11 tahun 2004, jumlah kerusi Melayu yang di menangi oleh UMNO adalah sebanyak 102 kerusi, berbanding kerusi bukan Melayu sebanyak 62 kerusi. Pada PRU ke-12 tahun 2008 pula, jumlah kerusi Melayu yang di menanginya adalah sebanyak 107 kerusi berbanding kerusi bukan Melayu sebanyak 57 kerusi. Ini menunjukan pertambahan kerusi Melayu sebanyak 5 kerusi pada PRU ke-12. Kerusi yang di tandingi oleh calon Melayu atas tiket pembangkang yang tewas kepada calon bukan Melayu dari BN ialah sebanyak 13 kerusi.


Keputusan PRU ke-11 dan ke-12 bagi kerusi DUN telah menunjukan penambahan kerusi Melayu sebanyak 5 kerusi [2004-307 kerusi, 2008-311 kerusi]. Bagi kerusi di tandingi calon Melayu mewakili pembangkang yang tewas kepada calon bukan Melayu pula sebanyak 16 kerusi. Sebanyak 29 kerusi yang di tandingi oleh calon Melayu mewakili parti pembangkang telah tewas kepada calon bukan Melayu tajaan UMNO/BN. Jika benar UMNO itu punya semangat Melayu mengapakah UMNO tidak memberi undi atau berkempen untuk memenangkan calon Melayu ini. Ini menunjukan bahawa UMNO itu sendiri tidak pernah memperjuangkan ketuanan politik Melayu melainkan hanya sebagai slogan untuk mencari simpati dan berbohong dan tarus berbohong kepada orang Melayu.


Dalam kehidupan politik di Malaysia, kebanyakan orang politik khasnya orang UMNO tidak ketahui ideologinya dan asas perjuangannya. Masuk dan berebut jawatan heiraki dalam UMNO kerana seluruh aktivitinya dimotivasikan untuk pangkat dan mencari kekayaan. Politik baginya terutama yang menyertai UMNO adalah suatu karier untuk mencari peluang-peluang menimba kekayaan negara. Kajian yang dibuat oleh Institut Perniagaan Beretika Malaysia (BEIM) pada tahun 2005 meninjukkan bahawa kepercayaan masyarakat negara ini terhadap ahli politik berada pada tahap yang paling rendah. Ahli politik Malaysia [khususnya UMNO] tidak boleh dipercayai, tidak amanah dan amalkan rasuah sebagai jalan pintas untuk menjadi kaya-raya.


Aspek kedua, berkaitan pemilikan hartanah yang semakin pupus akibat pembangunan yang pesat. Tanah-tanah rakyat yang digezetkan sebagai tanah rezab Melayu diambil dengan sewenang-wenangnya tanpa pembayaran ganti rugi yang setimpal dengan harga pasaran.Dalam mengejar arus pembangunan, UMNO telah bertindak mengambil tanah-tanah rezab Melayu tanpa diganti semula seperti mana yang diperuntukkan perkara 153 Perlembagaan. Melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan. Dua perkara besar menyebabkan hak milik tanah rakyat tidak terjamin. Pertama, kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-mana mahkamah. Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing. Harus diingat sebelum akta ini dipinda, kerajaan tidak sewenang-wenangnya boleh mengambil tanah-tanah ini, tanah-tanah ini hanya boleh diambil untuk kemudahan awam, sekolah dan hospital.


Kerajaan Negeri Kedah merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut. Di Johor pula UMNO merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kuok Brothers dan UEM. Di Melaka, UMNO mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas. Di Terengganu, UMNO menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.


Sanusi Junid ketika menjadi MB Kedah telah memberi jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak [kini MB kedah] di persidangan DUN bulan Ogos 1996 menyatakan 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu. Di Langkawi pada tahun 1990, 80 penduduk yang tinggal di Pantai Gelang telah diambil tanahnya untuk mendirikan Pelangi Beach Resort. Di Selangor seluas 8,299.9 hektar telah hilang statusnya. Di Negeri Sembilan seluas 930 hektar telah diambil di Mambau untuk pembangunan.


Akibatnya jumlah keluasan tanah rezab Melayu menurun dengan drastik dalam tempoh hanya tiga dekad dari sejumlah tiga juta hektar pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hamper 44% daripada asal bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun. Manakala jumlah yang digantikan semula mengikut kajian yang dibuat pada tahun 1995 hanya sekitar 34% sahaja. Jika pengambilan ini berterusan tanpa penggantian dibuat dengan alasan pembangunan, maka akan tinggal 14% sahaja pada tahun 2020.


Pengambilan tertinggi tanah rezab Melayu yang tidak diganti berlaku di Kuala Lumpur iaitu daripada 1.067.5 hektar keluasan sebelumnya kepada 787.1 hektar pada tahun 1995. Diikuti Kedah, 820.6 hektar pada tahun 1995 berbanding sebelumnya 964.9 hektar. Selangor memiliki 173,599.16 hektar berbanding sebelumnya sebanyak 181,658.62 hektar. Pulau Pinang pada tahun 1975 memiliki 67.410 ekar atau 34% daripada seluruh tanah yang didaftarkan menurun menjadi 31.815 ekar pada tahun 1985. Kesan pengambilan di Kuala Lumpur lebih dahsyat, iaitu daripada ¼ hartanah di KL ini adalah hak milik Melayu pada tahun 1957 menjadi hanya 5.1 % sahaja pada sekarang sedangkan bangsa lain memiliki 94.9 % hartanah.


Pemimpin-pemimpin UMNO ini khianat terhadap bangsanya sendiri. Percubaan untuk mengambil tanah-tanah sawah yang subur di daerah Yan untuk dijadikan tapak industri petro kimia mengambarkan betapa rakusnya pemimpin UMNO, tetapi rakyat marhaen di Yan dapat diselamatkan oleh PAS yang mengambilalih kuasa daripada UMNO. Pengambilan tanah-tanah ini dibayar pampasan tidak mengikut harga pasaran semasa kerana status tanah ini masih dalam status pertanian belum lagi ditukar status. Sebaik sahaja pengambilan tanah-tanah ini selesai dibuat, maka status tanah-tanah ditukar ke status komersial dan dijual kepada tokoh-tokoh korporat bukan-Melayu dengan nilai berjuta ringgit. Mereka menjadi kaya raya sekelip mata, buat untung atas angin. Begitulah cerdiknya pemimpin-pemimpin UMNO.


Saya amat bersetuju dengan pendapat bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hassan Ahmad berkata ramai yang beranggapan bahawa kuasa politik orang Melayu masih kuat, tetapi pada hakikat sebenarnya ia semakin lemah dan beliau juga berpendapat bahawa ‘Pemimpin Melayu Tidak Berkualiti’. Katanya, ianya berlaku kerana orang Melayu tidak bersatu dalam politik kerana mereka yang tidak sealiran akan dianggap sebagai musuh. Beliau bercakap demikian dalam Majlis Dialog Kongres Kepentingan Bangsa di bawah tajuk : EKONOMI MELAYU TERBENAM DI BUMINYA SENDIRI: Cabaran dan Halangan bertempat di Ballroom Grand Seasons Hotel Jalan Pahang Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 22 September 2006. [Rujuk:
http://www.malaysiakini.com/news/57225]


Jadi, bagaimana UMNO yang sering mendabik dada yang ia sahaja yang mampu mempertahankan kepentingan dan hak orang Melayu yang sebenarnya UMNO adalah pengkianat Melayu.

Bersambung ke siri ke-5/6


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb
Wallahu'alam bishshawab

UMNO MENGKIANATI SUMPAH MELAYU-SIRI 3

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Sumpah Melayu ke-3, bersumpah hendak berkerja kuat untuk menyara diri dan keluarga. Sumpah ini didapati berjaya. Kejayaan ini hanya tertumpu kepada kelompok yang memegang kuasa dan kroni-kroninya sahaja yang berjaya menjadi keluarga yang kaya-raya. Sebahagian besar golongan Melayu lainnya masih tinggal miskin papa kedana. 52 tahun negara merdeka dan 62 tahun umur UMNO, kaum Melayu masih ketinggalan jauh ke belakang berbanding dengan kaum-kaum bukan Melayu yang maju jauh ke hadapan. Kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina menguasai ekonomi negara. Orang Melayu masih bergantung harap kepada kerajaan dan kalah dalam persaingan ekonomi dengan kaum bukan Melayu dalam negara ini.


Kegagalan ini berpunca kerana UMNO tidak melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan saksama. UMNO menjadi pengkianat terhadap hasrat perlaksanaan DEB. DEB dieksplotisasikan untuk kepentingan peribadi sekelompok kecil elit politik UMNO, bukan untuk kepentingan kaum Melayu majoriti. Orang Melayu amat terpinggir dalam pegangan ekonomi berbanding dengan kaum-kaum lain. Saya amat hairan, UMNO tidak merasa malu kerana memerintah sudah 52 tahun, namun sampai kini nasib orang Melayu semakin tertekan dan berada dalam kedudukan yang daif. Lihat jadual di bawah :


Di bandar-bandar utama di negara ini, premis-premis perniagaan utama kebanyakannya dimiliki oleh pengusaha bukan Melayu. Pemilikan bangunan komersial menunjukkan bahawa Melayu memiliki 11.7 peratus, Cina 71.9 peratus dan India 4.6 peratusi. Majoriti besar Melayu di kawasan bandar tinggal dalam rumah flat dengan keluasan 500 kaki persegi yang menjadi salah satu penyebab utama gejala sosial.


Insiden kemiskinan tegar tahun 2004 masih ramai berlaku di kalangan kaum Melayu [baca:bumiputra] realitinya ialah Melayu [Bumiputera-2.9%],. Cina [0.2 %] dan India [o.3%] . Manakala, purata pendapatan kasar bulanan isi rumah juga mendedahkan kenyataan yang tidak memuaskan, iaitu Melayu RM2,711, India [RM3,456] dan Cina [RM4,437].


Dato’ Zahar Hasim, bekas Ketua Bahagian UMNO Petaling Jaya Selatan, kini sudah berada dalam PAS dan bersiap sedia unt
uk berkempen menentang UMNO di Kuala Terangganu menyebut bahawa beliau tidak mengkhianati Umno, tetapi sebaliknya Umno yang mengkhianatinya dan orang Melayu. Orang Melayu [daripada kelompok UMNOPutra] hanya mendapat projek yang kecil sahaja kerana projek-projek besar diberi kepada kroni yang boleh memberi wang semula kepada tuan politiknya.

Bersambung ke siri ke-4/6


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb
Wallahu'alam bishshawab

UMNO MENGKIANATI SUMPAH MELAYU-SIRI 2

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Sumpah Melayu [SM] ke-2, bersumpah untuk mempertahankan Islam. Bagaimana UMNO hendak mempertahankan Islam, sedangkan 10 orang menteri karbinetnya sendiri berani menghantar memorandum mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Kelemahan UMNO yang menyebabkan menteri-menteri berkenaan [mewakili masyarakat bukan Islam] tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam dan status Islam sebagai agama rasmi negara ini. Menteri yang terlibat ketika itu ialah Ong Ka Ting, Chan Kong Choy, Chua Soi Lek dan Fong Chan Onn adalah presiden, timbalan dan naib-naib presiden MCA. Lim Keng Yaik pula Presiden Gerakan, Samy Vellu (Presiden MIC), Bernard Dompok (Presiden Pasok) dan Peter Chin Fah Kui pula Parti Bersatu Rakyat Sarawak serta Dr. Maximus Ongkili (Timbalan Presiden PBS).


S. Samy Vellu (Menteri Kerja Raya), Ong Ka Ting (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Lim Keng Y
ek (Menteri Tenaga , Air dan Komunikasi), Chan Kong Choy (Menteri Pengangkutan), Dr.Fong Chan Onn (Menteri Sumber Manusia), Dr. Chua Soi Lek (Menteri Kesihatan), Dr. Maximus Ongkili (Menteri Jabatan Perdana Menteri) Peter Chin Fah Kui (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi) dan Bernard Dompok (Menteri Jabatan Perdana Menteri).


Para pemimpin UMNO menghina Islam dan sunnah Nabi. Dr.Mahathir Mohamad pernah berkata hukum rejam kepada penzina adalah primatif, Nabi simpan janggut kerana tidak ada pisau cukur, kita tidak akan maju kerana orang Islam tidak ada tangan dan kaki. Najib Tun Razak juga perlekehkan hukum Allah ini dengan membuat kenyataan yang menghiris perasaan umat Islam, beliau berkata negara akan menjadi haru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan. Zainudin Maidin, ketika beliau menjadi Timbalan Menteri Penerangan pernah mengulas Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberi penekanan agama dalam mentadbir negeri, agama sebagai candu dalam usahanya menuduh Kerajaan Kelantan mengabaikan pembangunan berbentuk fizikal untuk rakyatnya yang banyak merantau ke negeri lain untuk mencari rezeki.


UMNO juga bertanggungjawab memusnahkan sekolah agama rakyat [SAR] dengan cara memberhentikan pemberian perkapita tahunan, tetapi UMNO terus memberi bantuan kepada sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini juga diumpan dengan tawaran yang sangat baik untuk diserapkan ke dalam sekolah-sekolah kerajaan. Banyak SAR terpaksa ditutup kerana ketidakcukupan dana untuk beroperasi. Tambahan pula para ibubapa mula sangsi dengan sukatan pelajaran yang diajar di SAR kerana mereka asyik mendengar, membaca dan menonton propaganda media UMNO yang memburuk-burukkan SAR. UMNO yang mengatakan sekolah-sekolah ini tidak mengajar Islam yang sebenar dan menjadi sarang membiak pengganas.

Sebaliknya sekolah-sekolah berasrama penuh yang ternama seperti MCKK, MMJB dan SM Alam Shah dan sekolah-sekolah [kebangsan dan menengah] bantuan penuh kerajaan telah dilaporkan oleh media bahawa terdapat segelintir pelajar-pelajarnya bergaduh ala samseng, memukul guru, merogol, mencuri, menipu, menjalankan aktiviti vandalisme dan pelbagai lagi aktiviti negative dan jenayah.


Apabila Abdullah Ahmad Badawi mengambilalih kuasa daripada tangan Dr.Mahathir, beliau telah bertindak memberi bantuan semula kepada SAR dengan syarat pihak pengurusan SAR perlu mengunapakai kurikulum yang disediakan oleh kerajaan dan SAR akan dikawalselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memastikan setiap SAR yang dibantu mematuhi piawaian yang ditetapkan. Tujuan UMNO sebenarnya adalah untuk mematikan gerakan Islam dan mematikan tunas-tunas penghayatan Islam serta UMNO tidak mahu masyarakat Islam membudayakan keIslaman dalam kehidupan seharian mereka kerana ini tidak menguntungkan UMNO. Semakin ramai rakyat memahami Islam yang sebenar, semakin ramai yang akan menolak UMNO. Oleh itu, UMNO mahu terus masyarakat Islam berada dalam kejahilan dan kemiskinan. Apabila masyarakat berada dalam kejahilan dan kemiskinan, maka senanglah bagi UMNO mencucuk hidung seperti lembu.


Bersambung ke siri ke-3/6




“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb
Wallahu'alam bishshawab

UMNO MENGKIANATI SUMPAH MELAYU-SIRI 1

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Artikal ini ditulis bertujuan: Pertama, bagi membolehkan para pengundi di P.36-Kuala Terangganu berfikir secara matang dan membuat keputusan yang tepat dengan tidak memberi undi kepada UMNO. UMNO sudah lama membuat kerosakan terhadap bangsa dan Islam. 17 hari lagi pengundi-pengundi masih mempunyai masa untuk berfikir dan merenung kejahatan-kejahatan yang UMNO pernah lakukan selama ini. Tindakan UMNO sejak negara mencapai kemerdekaan banyak melakukan perkara-perkara yang memudaratkan bangsa Melayu dan Islam dan sedikit sangat tindakannya membawa faedah kepada bangsa dan Islam dalam jangka masa panjang.


Tujuan kedua, memberi kesedaran kepada PEWARIS sebuah NGO yang terlalu aktif menyokong UMNO secara membuta-tuli tanpa mahu meneliti sejarah perjuangan UMNO dulu, kini dan selama-lamanya merugikan Melayu dan Islam. PEWARIS
secara bebal bertindak menyokong kekalkan ISA yang telah disepakat di antara para ulama menyatakan ISA itu bertentangan dengan Islam. Sekiranya inilah pegangan PEWARIS, maka kita dapat membuat kesimpulan bahawa UMNO yang menjadi kerajaan sekarang bertindak melebihi daripada kuasa Allah swt. Allah sendiri di Padang Masyar kelak, segala amalan hamba-hambanya di dunia ini akan dihisab seadil-adilnya, sebelum hamba-hambaNYA itu dimasukkan ke dalam syurga atau ke neraka. Tindakan UMNO memenjarakan orang di bawah ISA tanpa melalui sebarang proses undang-undang menunjukkan yang UMNO itu lebih mengetahui dan lebih berkuasa daripada Allah swt.


Bagi memenuhi tujuan tersebut, mari bersama-sama kita tinjau kembali saranan-saranan yang terkandung dalam ‘Sumpah Melayu’ .


Tiga bulan sebelum UMNO ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei oleh pengasasnya, Dato’ Onn Jaafar, pada 10 Februari 1946, orang Melayu di seluruh negara telah diajak dan dikempen untuk menghadirkan diri di satu perhimpunan besar-besaran bagi melakukan upacara mengangkat sumpah atau dalam bahasa sekarang disebut ‘piagam pelanggan’ yang dipasang disetiap Jabatan dan agensi kerajaan.


Ia berupa satu ikrar yang mengandungi agenda atau garis panduan yang wajib dipatuhi dan ditaati oleh semua orang Melayu bagi membentuk tamadun bangsa untuk terus kekal sepanjang zaman. Piagam inilah yang disebut sebagai ‘Sumpah Melayu’ untuk Melayu. Maka orang Melayu pun bersumpah bahawa inilah asas keramat orang Melayu untuk terus mengharungi cabaran masa depan yang lebih cemerlang demi agama, bangsa dan negara.


Dalam meniti usia yang ke-62 tahun, UMNO sudah menjangkau usia tua. UMNO mulai diserang berbagai penyakit yang tidak boleh diubati, melainkan mati, iaitu penyakit tua dan nyanyuk. Oleh sebab keadaan sedemikianlah UMNO sanggup mengkianati sumpah keramat tersebut dan satu demi satu sumpah yang pernah diikrarnya dulu itu diingkari serta dilanggarnya demi sebuah impian mengejar kuasa, kedudukan dan harta-kekayaan dengan membelakangkan kepentingan ramai bangsa Melayu yang masih daif hidup pasca baru merdeka sehinggalah kini 52 tahun negara merdeka.


Orang yang nyanyuk selalu terlupa apa yang diperbuatkannya. Yang buruk dikatakan baik dan baik dikatakan buruk. Semuanya dipersalahkan kepada orang lain, dia juga yang baik dan tidak ada sebarang kecacatan. Contoh, perbuatan rasuah dan pecah amanah merupakan perbuatan yang paling jijik dan berdosa besar, tetapi UMNO menganggap ia adalah satu budaya baru bagi orang-orang yang berkuasa dan berduit. Mereka mempergunakan proses undang-undang untuk membersihkan diri dari sebarang dakwaan tanpa dibawa ke mahkamah terlebih dahulu bagi membuktikan yang mereka itu tidak bersalah. Pembersihan atau pemutihan ini dilakukan oleh Peguam Negara.


Oleh sebab itu, beberapa pemimpin besar UMNO terlepas dari tuduhan rasuah, mereka dibersihkan/diputihkan oleh Peguam Negara. Politik wang yang diamalkan dalam proses pemilihan pemimpin UMNO sekarang ini bukan berbentuk rasuah. Ia dikatakan ‘politik wang’ yang boleh dilaksanakan oleh UMNO. BPR tidak boleh bertindak kerana amalan ini di luar bidang kuasanya, hanya Lembaga Disiplin UMNO sahaja boleh bertindak berdasarkan ketentuan yang dibuat oleh pucuk pimpinan UMNO. Lembaga ini bertindak mengikut arahan pucuk pimpinan bagi mengenalpasti ‘siapa yang hendak dimusnahkan’ . Hal seumpama ini berlaku ke atas diri Isa samad yang menang Naib Presiden pada tahun 2004, tetapi Mohd Ali Rustam terselamat.


Dalam tulisan ini, saya akan cuba membincangkan satu demi satu sumpah yang diperbuat itu dan kini telah dikianati oleh UMNO secara beransur-ansur. UMNO adalah sebuah parti yang dipimpin oleh orang-orang Melayu yang sanggup mengkianati bangsanya sendiri, tidak seperti parti-parti bangsa bukan Melayu khususnya parti yang dipimpin oleh kaum Cina.


Sumpah Melayu [SM] yang pertama, menyatakan bahawa orang Melayu berjanji dan bersumpah akan bersatu padu dan patuh untuk menegakkan agama Islam tanpa ada perasaan hasad dengki, kianat, iri hati dan berbalah sesama sendiri. Betulkah begitu?


Lihat senario politik orang Melayu. UMNO adalah parti memecah-belahkan perpaduan dikalangan orang-orang Melayu. Dalam programnya untuk mengUMNOkan seluruh umat Melayu, maka UMNO mengambil pendekatan bermusuhan dengan orang Melayu yang berada di luar UMNO. Golongan Melayu di luar UMNO dianaktirikan dan didiskriminasikan dalam semua sektor yang dikuasai oleh UMNO.


Golongan ini dinafikan hak untuk mendapatkan pinjaman TEKUN misalnya, program rumah Mesra Rakyat, program PPRT, program rumah murah, bantuan yang dikeluarkan oleh jabatan dan agensi-agensi kerajaan disekat, peluang-peluang perniagaan ditutup dan dihalang untuk memiliki rumah-rumah kedai yang dibina oleh pemaju turut diletakkan di bawah kawalan UMNO. Golongan ini sukar untuk mendapatkan kemudahan-kemudahan tersebut kerana disyaratkan mereka dipaksa menjadi ahli UMNO terlebih dahulu.
Borang-borang permohonan dikawal dan diletakkan di pejabat UMNO. Sebarang permohonan wajib disalurkan melalui pemimpin dan pejabat UMNO bahagian, setelah diperakukan oleh JKKKP. Kalau tidak permohonan tersebut tidak akan dipertimbangkan. Langkah itu menggambarkan seolah-oleh duit peruntukan berkenaan datangnya daripada poket UMNO. Mentaliti para pemimpin UMNO pada keseluruhannya belum lagi matang [masih kuno dan berfikiran jumud] dan belum faham berkaitan dengan pengurusan negara.


Di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang, UMNO menubuhkan JKKKP, sedangkan negeri-negeri berkenaan sudah ada JKKKN dan Majlis Ketua Kampungnya sendiri. Tujuan UMNO ialah untuk mengelirukan rakyat, disamping dapat bersaing dengan JKKKN atau Ketua Kampung bagi menyalurkan bantuan untuk rakyat. Para pemimpin UMNO menganggap bahawa UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO. Jadi, kononnya duit yang diperuntukan itu datang daripada poket UMNO, hakikat sebenarnya duit peruntukan itu adalah hasil kerajaan [baik di peringkat pusat atau negeri] yang dikutip daripada berbagai jenis cukai daripada rakyat jelata.


Apabila kerajaan negeri Kelantan jatuh ke tangan PAS [bersama dengan SM46 yang bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah] pada tahun 1990 dan negeri Terangganu pada tahun 1999, UMNO bertindak ke atas kedua-dua negeri itu macam dirasuk syaitan. Pagi-petang dan siang-malam kerajaan kedua-dua negeri ini diserang dari kiri-kanan dan depan-belakang dengan menggunakan kuasa dan kewangan yang kukuh untuk menjatuhkan kerajaan yang ditadbir oleh PAS. Tindakan biadap UMNO ini tidak dilakukan ke atas negeri Sabah, ketika Sabah diperintah oleh PBS, pimpinan Joseph Pairin Kitangan. Sabah dilayan mesra. UMNO hanya biadap dan kurang ajar terhadap sesama Melayu dan Islam. Rakyat dan kerajaan negeri Kelantan dan Terangganu ditekan, diancam dan diugut. Bantuan perkapita disekat dan dilambat-lambatkan. Kelewatan ini pembangunan negeri tidak dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Rakyat menderita kesan perbuatan bongkak dan sombong UMNO ini.


Pada tahun 2000, Royalti minyak 5 peratus yang dinikmati lebih tiga dekad ditarik balik daripada kerajaan Terangganu pimpinan PAS. Kerajaan UMNO menukar royalti menjadi wang ihsan. Wang ihsan ditabur ke seluruh negeri Terangganu. Wang ihsan ini difaraidkan dikalangan para pemimpin dan ahli-ahli UMNOPUTRA, golongan bukan UMNO hanya jilat jari, makan kuah dan tulang sahaja. Akhirnya kerajaan Terangganu pimpinan PAS jatuh semula ke tangan UMNO pada tahun 2004, tetapi Kelantan masih kekal di bawah pentadbiran PAS sehingga kini.


Jadi, dimana janji dan sumpah untuk bersatu padu sesama orang Melayu beragama Islam? Semua tindakan yang disebutkan itu mendatangkan perbalahan, dengki dan kianat. Siapa yang melakukannya, tidak lain dan tidak bukan melainkan tindakan durjana UMNO yang rakus dengan kuasa yang Allah swt memberi pinjaman sementara waktu.


Bersambung ke siri ke-2/6

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya :
http://tuntelanai.blogspot.com/
Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi:
http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb
Wallahu'alam bishshawab

Sunday, December 7, 2008

AWAS PAKATAN RAKYAT DI KUALA TERANGGANU

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Kematian Timbalan Menteri Pelajaran, Razali Ismail di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland pada 28 November lalu telah memberi laluan sebuah lagi pilihan raya kecil selepas Permatang Pauh Ogos lalu, kini ia bakal diadakan di P36 Kuala Terangganu. Dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, allahyarham Razali yang mewakili Barisan Nasional [UMNO] memperoleh 32,562 undi menewaskan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu [31,562 undi] dan calon Bebas, Maimon Yusof [685 undi].


Kali ini, PAS [PKR telah pun memberi laluan] akan mewakili Pakatan Rakyat menentang UMNO [BN]. Kedudukan kekuatan kedua-dua parti ini berada 50:50 jika diukur daripada keputusan PRU ke-12 lalu. Kedua-duanya akan berhempas pulas untuk memenangi pilihan raya kecil tersebut. Bagi UMNO akan menggunakan pelbagai strategi bagi mengekalkan kemenangan lalu. Kemenangan tersebut akan mengembalikan imej UMNO yang kalah teruk dalam PRU lepas dan kini para pemimpinnya dilanda virus gilakan kuasa, kedudukan dan kekayaan menjelang Mac depan.


PAS juga sama akan mencuba berbagai resepi bagi menarik perhatian pengundi supaya mengundi PAS. Kemenangan PAS bererti UMNO belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan menanti masa untuk ditalqinkan selewat-lewatnya pada PRU ke-13 nanti. Kekalahan UMNO akan memberi satu penunjuk bahawa UMNO kini sudah tidak relevan lagi dan telah ditolak rakyat yang bencikan amalan rasuah yang sudah menjadi budaya dalam kehidupan para pemimpinnya. Manakala imej Pakatan Rakyat dapat ditingkatkan dan memulihkan kembali keyakinan rakyat terhadap kegagalan projek 169.


Kemenangan ini boleh membentuk satu pendapat awam bahawa Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim masih lagi mampu untuk terus berusaha mengambilalih kuasa daripada tangan UMNO seperti yang dicanang-canangkan seluruh dunia sebelum Mac ini. Selepas Mac, setelah Najib Tun Razak berjaya mengambilalih kuasa daripada tangan Abdullah Ahmad Badawi, masa depan Pakatan Rakyat berada dalam kedudukan yang genting. Najib akan menggunakan apa sahaja kaedah untuk memusnahkan kerjaya politik Anwar Ibrahim yang menjadi tunggak Pakatan ini. Hancur Anwar, hancurklah Pakatan Rakyat. Tidak ada seorang pemimpin pun dalam Pakatan yang berwibawa, berani, tabah dan bertenaga untuk menentang UMNO.


Pusingan pertama telah menyebelahi UMNO. SPR telah menetapkan pada 6 Januari ini adalah hari penamaan calon dan pengundian pula pada 17 Januari, dengan 11 hari berkempen. Tempoh yang agak lama ini memberi ruang kepada UMNO untuk merangka strategi untuk MENIPU dengan menggunakan kekuatan media, wang dan kuasa. Cuaca yang tidak menentu sekarang ini turut memberi saham kepada UMNO. Kita terima alasan yang diberi oleh Timbalan Pengurusi SPR.


Tempoh 41 hari [Perlembagaan membenarkan tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan yang wujud] memberi masa untuk UMNO bertindak mendaftar mengundi hantu untuk mengundi di Kuala Terangganu. Memberi peluang kepada UMNO membawa masuk seramai pengundi luar daripada utara-selatan dan timur-barat dengan menyewa bas-bas yang penuh sesak pada hari membuang undi nanti. Memberi masa kepada UMNO untuk mengumpulkan wang untuk ditaburkan kepada pengundai-pengundi. Memberi lebih banyak advantage kepada UMNO untuk menjalankan berbagai aktiviti sesi bertemu rakyat dalam pelbagai program, membuka dan menutup acara yang diaturkan dengan mengunakan platform tugas rasmi kerajaan sebelum sampai masa kempen yang dibenarkan. Tektik ini kita sudah mangli. Kita sudah tempuh di Indera Kayangan, Perlis, di Sanggang dan Batu Talam di Pahang, di Machap, Melaka dan di Ijok di Selanggor. Saya sebut kembali sebagai satu peringatan, supaya kita perlu bersiap sedia menghadapi suasana pasti akan berlaku.


Berbeza dengan pilihan raya kecil di Permatang Pauh. Anwar Ibrahim menang besar kerana UMNO ketidakcukupan masa untuk melakukan berbagai strategi MENIPU. Tempoh menjadi terhad kerana bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan. UMNO dan kerajaan sibuk dengan persiapan untuk menyambut hari kemerdekan yang ke 51. Lagi pun SPR kena buat cepat kerana bulan September adalah bulan Ramadhan. Tidak munasabah pilihan raya dibuat dalam puasa. Oleh itu SPR perlu mempercepatkan proses pengundian supaya tidak melebihi 60 hari. Permatang Pauh mulai kosong pada 1 Ogos, 16 Ogos adalah hari penamaan calon dan pada 26 Ogos hari pembuangan undi. Tempoh masa 26 hari terlalu singkat bagi UMNO untuk mendaftar pengundi hantu, membawa masuk pengundi luar dan untuk mengumpul wang untuk ditaburkan kepada pengundi-pengundi di Permatang Pauh. Oleh sebab itulah daripada 58,459 pengundi, yang mengeluar mengundi hanya sebanyak 38,144 atau 65.25 peratus sahaja. Anwar Anwar, memperoleh 31,195 undi menewaskan calon Barisan Nasional [BN], Datuk Arif Shah Omar Shah, yang meraih 15,524 undi. calon, Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia [AKIM] hanya mendapat 92 undi. Anwar mendapat majoriti 15,671 undi berbanding isterinya, Dr.Wan Azizah Wan Ismail hanya 13,388 undi sahaja.


Satu lagi Pakatan Rakyat perlu awasi, sekiranya Wan Ahmad Farid sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, yang tempoh lantikan senatornya hampir tamat. Kini, beliau sudah melangkau dua penggal menjadi senator dicalonkan menentang calon PAS, maka gerak kerja Pakatan menjadi bertambah sukar. Saya percaya bemula dari tarikh penamaan calon iaitu 6 Januari hingga hari pengundian 17 Janauri, negeri Terangganu khususnya di Kuala Terangganu yang mempunyai empat kerusi dewan undangan negeri [DUN Bandar-MCA, Wakaf Mempelam, Batu Buruk dan Ladang dikuasai oleh PAS]akan dibanjiri dengan pasukan polis yang berunifom dan yang tidak berunifom. Cawangan khas SB akan berada di sini sebelum penamaan calon lagi. Mereka akan bersepah-sepah di kawasan-kawasan yang saya sebut itu. Maka hampir pasti kekecuhan akan berlaku seperti yang berlaku di Machap dan di Ijok.


Semua ini adalah strategi dan tektik yang berulang kali dilakukan oleh UMNO dulu, kini dan selama-lamanya. Sesungguhnya, UMNO tidak mempunyai kekuatan, tetapi dengan kuasa yang dalam gengamannya, ia boleh menggunakan kuasa tersebut untuk memperalatkan pasukan polis [walaupun kerap kali dinafikan, tetapi persepsi rakyat terhadap pasukan polis begitulah], pegawai dan jentera-jentera kerajaan untuk kepentingan politiknya. Mereka adalah alat bagi UMNO untuk mengekalkan kuasa. Tiada mereka, UMNO akan rebah.


Selamat berjuang ke titisan darah terakhir.


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi:
http://demang.blogmas.com/


SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wassalamu ‘alaikum Wr.WbWallahu'alam bishshawab

KFA: MENGADAKAN ROAD SHOW SELURUH DAERAH KEDAH

Oleh: Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Persatuan Bola Sepak Kedah [KFA] telah mencipta sejarah dalam perkembangan bola sepak dalam negara ini. KFA telah mencipta rekod menjadi juara dalam tiga kejohanan yang berprestej di negara ini. KFA menjadi juara dalam Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia bagi tahun 2007 dan 2008 berturut-turut.

KFA diasaskan oleh Tunku Yaakob Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid pada tahun 1924 dan pada tahun 1985 kepimpinan persatuan ini diambilalih oleh Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil. Di bawah kepimpinan Basri, Kedah menjadi terkenal dalam arena bola sepak. Dalam tempoh 1987 hingga 1993, Kedah berjaya melayak diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia sebanyak enam kali. Dua kali menjadi juara Piala Malaysia, sekali menjadi juara Liga dan sekali menjadi juara dalam pertandingan Piala FA.


Kedah memenangi kejuaraan Kejohananan Liga Malaysia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1993,2007 dan 2008. Piala Malaysia empat kali pada tahun 1990, 1993, 2007 dan 2008 dan piala FA sebanyak tiga kali pada tahun 1996, 2007 dan 2008. Kejayaan yang dicapai ini kerana pengurusan yang cekap dan professional yang dibantu oleh pemain-main yang bermutu yang lebih mementingkan imej negeri daripada kepentingan peribadi.


Kedah akan terus cemerlang dalam arena bola sepak negara ini sekiranya pihak pengurusan dan para pemainnya tidak menjadikan ‘kebendaan dan kemewahan’ sebagai prioriti dalam kehidupan. Sekiranya mereka bermain dan menerima budaya kehidupan yang diamalkan oleh sebahagian besar para pemimpin UMNO, pasti Kedah akan kembali ke era kegelapan seperti mana yang pernah Kedah alami di era tahun-tahun 90an lalu.


Bagi menghargai sokongan para peminatnya, maka pihak KFA telah mengadakan program lawatan ke daerah-daerah seluruh Kedah. Setiap kali mereka turun ke daerah-daerah, mereka akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan daerah yang kebanyakannya terdiri daripada para belia yang meminat sukan bola sepak. Disamping itu, mereka juga akan menghulurkan sumbangan peribadi kepada golongan kurang upaya,ibu tunggal dan sebagainya.


Pada hari Sabtu, 22 November lalu, pasukan KFA telah singgah di daerah Padang Terap dan telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan daerah. Perlawanan persahabatan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Beribu peminat tua-muda datang menonton untuk mengenali lebih dekat lagi dengan para pemainnya. Dalam pada itu, mereka juga berpeluang melihat piala Malaysia yang menjadi idaman setiap pasukan yang bertanding dan mereka juga berpeluang membeli cenderahati yang dijual dengan harga jimat.


Gambar : 1-Jurulatih KFA sdr mohd Azraai Khor Abdullah menyampaikan sumbangan
Gambar : 2-Seorang peminat yang berdiri disebelah piala-piala yang dimenangi
Gambar : 3-Sebahagian peminat-peminat pasukan hijau-kuning


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wassalamu ‘alaikum Wr.WbWallahu'alam bishshawab.

Sunday, November 16, 2008

KES ALTANTUYA: INSTITUSI KEADILAN DISABITKAN BERSALAH

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=017893&Itemid=60]

Ramai dari kalangan rakyat mungkin agak bingung bagaimanakah Razak Baginda boleh dibebaskan tanpa perlu dipanggil membela diri di atas pertuduhan bersubahat membunuh Altantuya pada jam antara 9.54 pagi, 18 Oktober 2006 dan 9.45 pagi, 19 Oktober 2006.

Bagi mereka yang mengharapkan kebenaran sebenar (the real truth) daripada episod pembunuhan ngeri ini, saya ingin menasihati lupakan sahajalah hasrat anda tersebut. Perbicaraan jenayah bukan bertujuan mencari kebenaran. Dengan lain perkataan Mahkamah bukan tempat mencari kebenaran.
Perbicaraan jenayah melibatkan soal bukti dan keterangan. Mahkamah hanya berminat dengan isu keterangan dan bukti. Tidak lebih daripada itu. Apabila kita bercakap tentang bukti dan keterangan ianya tertakluk kepada kaedah dan prosedur tertentu sebelum ianya boleh diterima oleh Mahkamah.
Dalam konteks undang-undang di negara ini segala keterangan hanya akan diterima jika ianya mematuhi kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh Akta Keterangan 1950 dan Kanun Prosedur Jenayah.
Memandangkan kerja membuktikan tuduhan jenayah adalah amat berat dan begitu membebankan tugas tersebut tidak dipikulkan ke atas individu. Sebaliknya tugas, tanggung jawab dan kerja tersebut diserahkan kepada negara melalui institusi Pendakwa Raya.


Dalam konteks kes Altantuya, kerja membuktikan Razak Baginda terlibat bersubahat tidak diletakkan kepada ayah atau keluarga Altantuya. Sebaliknya tugas tersebut diserahkan kepada Negara Malaysia di bawah institusi Peguam Negara selaku Pendakwa Raya.


Mengapa diserahkan kepada negara? Kerana hanya negara sahaja yang mempunyai segala kekuatan sama ada material atau sumber manusia untuk melaksanakan tugas pendakwaan. Negara mempunyai polis yang mempunyai kuasa penyiasatan yang amat luas dan pendakwa raya yang juga mempunyai kuasa pendakwaan yang amat luas. Negara juga mempunyai Mahkamah yang mempunyai kuasa yang amat luas untuk membicarakan sesiapapun tanpa mengira pangkat dan darjat untuk dibicarakan di Mahkamah jika terlibat dengan kes jenayah.


Begitulah secara teorinya bagaimanakah proses pendakwaan kes jenayah di dalam mana-mana negara.


Secara teorinya sepatutnya negara yang mempunyai segala sumber di tangannya tidak mempunyai masalah untuk memastikan pendakwaan ke atas Razak Baginda dapat disempurnakan secara kemas dan teliti. Dengan pendakwaan yang cermat dan teliti sebarang ruang untuk mereka yang dituduh dilepas dan dibebaskan dapat dielakkan.


Amat malang perbicaraan kes pembunuhan Altantuya berlaku di dalam negara yang mana sistem keadilannya sedang dipertikaikan. Kes Altantuya berlaku di saat institusi-institusi keadilan di negara ini iaitu institusi polis, Peguam Negara dan Mahkamah kesemuanya sedang diletakkan bersama-sama Razak Baginda, Azilah dan Sirul Azhar di dalam kandang orang salah.


Kita mulakan dengan melihat bagaimana institusi polis dibicarakan. Di dalam kes Altantuya, rakyat didedahkan menerusi afidavit Razak Baginda semasa permohonannya untuk mendapatkan jaminan bahawa Azilah (seorang anggota polis) mengakui dia bertanggung jawab di atas kematian enam orang atau lebih dan beliau boleh membantu Razak daripada gangguan Altantuya.


Di sini saya ingin mencelah sedikit. Adalah suatu yang amat pelik pihak Mahkamah boleh menggunakan afidavit yang sama untuk membebaskan Razak dari tuduhan bersubahat tanpa mengambil kira pengakuan Razak di dalam afidavitnya berkaitan apa yang dilakukan Azilah. Pengakuan Razak tentang Azilah sepatutnya lebih dari mencukupi untuk membuktikan bahawa ada unsur subahat di dalam kes ini.


Dalam keadaan Razak mengakui Azilah memaklumkannya bahawa beliau telah membunuh lebih dari enam orang dan boleh membantu Razak, beliau masih mahu menggunakan khidmatnya. Malahan Razak sendiri mendedahkan di dalam afidavitnya bagaimana Azilah memaklumkan kepadanya bahawa "tonight sir, you can sleep peacefully (malam ini tuan boleh tidur dengan nyenyak).


Saya percaya pembaca boleh menafsirkan apa maksud ayat tersebut!


Untuk makluman pembaca, semasa pendegaran permohonan jaminan oleh Razak, Hakim N.K Segara telah membuat teguran kepada peguam Razak. Hakim tersebut menyatakan afidavit yang dikemukakan oleh Razak mengarahkan kepada satu kesimpulan bahawa Razak telah bersubahat dengan Azilah untuk ?get rid? (bebaskan) Altantuya dari kehidupan Razak. Hakim yang sama juga menyatakan, mengapakah dalam keadaan Razak mengetahui Azilah telah membunuh beberapa orang beliau masih meneruskan hasratnya meminta tolong dari Azilah. Bagi saya ini bukti kuat bagi menunjukkan elemen subahat.


Kes Altantuya juga mendedahkan kita bagaimana penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam dengan tiba-tiba boleh menukar pengakuaan bersumpahnya dalam masa 24 jam dan kini dilaporkan hilang. Bagaimana beliau boleh dengan tiba-tiba menukar pengakuannya jika tiada sebarang campurtangan dari pihak polis? Ini persepsi rakyat jalanan yang tidak boleh dibuang begitu sahaja.


Mari kita lihat bagaimana Mahkamah juga dibicarakan di dalam kes Altantuya. Rakyat bertanya kenapakah Hakim N.K Segara yang agak senior dan sepatutnya mendengar kes tersebut secara tiba-tiba ditukarkan dengan Hakim yang agak junior iaitu Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin. Di kalangan para pengamal undang-undang Hakim N K Segara diketahui seorang hakim yang penuh integriti. Beliau dengan secara tegas tidak membenarkan Razak diberi jaminan dan malahan semasa pendengaran permohonan jaminan Razak, beliau memarahi peguam Razak kerana dengan secara sengaja tidak membaca perenggan di dalam afidavit Razak yang menyentuh pertemuan Razak dengan Najib Tun Razak.


Hakim yang membebaskan Razak iaitu Hakim Datuk Zaki pun tegas juga. Beliau dengan tegas tidak membenarkan sebarang isu berkaitan Najib dibawa ke Mahkamah. Percubaan Karpal Singh untuk mengaitkan Najib dengan Razak telah dengan tegas ditolak oleh Hakim Dato Zaki.


Kini setelah Razak dibebaskan mungkin baru rakyat dapat memahami dan menemui jawapannya kenapa ada pertukaran Hakim. Ini satu lagi persepsi rakyat di dalam kes Altantuya ini.


Akhirnya kita melihat pula bagaimana institusi Peguam Negara juga dibicarakan di dalam kes Altantuya. Meskipun kes ini kes yang besar, penting dan mendapat liputan meluas di dalam dan di luar negara, Peguam Negara masih tidak merasakan adalah penting untuk beliau sendiri mengendalikan kes tersebut.


Amat menghairankan di dalam kes Hindraf dan kes Batu Buruk, Terengganu yang hanya melibatkan tuduhan remeh dan hanya dibicarakan di Mahkamah Rendah, Peguam Negara sanggup ?mencemar duli? mengendalikan kes tersebut.


Tidak cukup dengan peguam negara sendiri tidak turun dalam kes Altantuya, Timbalan Pendakwa Raya juga ditukarkan di saat akhir. Pertukaran pihak pendakwa di saat akhir bagi kes sebesar ini sudah tentu mencacatkan persediaan pendakwa. Takkan Peguam Negara tidak tahu hal ini. Tindak tanduk Peguam Negara bagi rakyat, menunjukkan seolah-olah kes Altantuya bukan kes yang besar dan perlu diberi perhatian.


Razak Baginda mungkin dibebaskan dan dilepaskan, tapi bagi rakyat biasa, institusi polis, Peguam Negara dan Mahkamah tetap disabitkan bersalah di dalam kes Altantuya ini.


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi:
http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian.
Wallahu'alam dan terima kasih

TANDA-TANDA DUNIA KITA MULA TERBALIK

Oleh : Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
Mufti Kerajaan Negeri Perlis

Ada beberapa perkara menarik berlaku dalam minggu ini. Kejadian itu semua bolehlah disenaraikan dalam tanda-tanda ‘dunia sudah terbalik’. Antaranya demonstrasi bantahan terhadap fatwa pengharaman pengkid.


Saya kurang pasti adakah dalam dunia ini mana-mana agama yang mengizinkan penganutnya yang perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya sehingga ‘fatwa’ tersebut dianggap menjejaskan hak mana-mana agama? Apatah lagi jika hukum tersebut hanya ditujukan kepada umat Islam semata. Atau mungkin mereka merasakan bahawa hukum itu menjejaskan hak asasi manusia.


Saya pun hairan apakah termasuk dalam hak manusia untuk menukar jantina? Ya, pada kaca mata aliran liberal tanpa sempadan keagamaan atau keinsanan, mungkin itu satu hak. Atau ia dianggap hak asasi bagi manusia yang menggunakan nama Tuhan menghalalkan apa yang bercanggah dengan ciptaan Tuhan.


Tetapi pada nilaian fitrah insani yang sejahtera perkara itu adalah satu pencemaran hak. Sama seperti jika ada kelompok yang menuntut hak untuk bertelanjang di jalanan atas alasan kebebasan. Hak yang seperti itu hanya mencemarkan hak orang lain yang akan terganggu dengan tindakan mereka dan merampas keselesaan ramai. Lebih daripada itu, ia terkeluar dari nilai insani yang normal.


Maka pemerintah di mana-mana negara pun jika membenarkan satu hak dalam masalah seperti ini, akan mencemarkan hak pihak yang lain. Sudah pasti neraca dalam masalah ini adalah nilaian agama dan fitrah insani yang lurus. Jika dibenarkan wanita menjadi lelaki atau lelaki menjadi wanita, maka hak kaum lelaki atau wanita yang normal akan tercemar. Akan berlaku kekeliruan gender yang meluas dalam masyarakat. Lalu lelaki atau wanita normal sukar mencari pasangan yang sebenar. Akan berlaku kecurangan yang luar biasa apabila ada kelompok manusia yang mencari pasangan sesama jantina.


Jika hal itu meluas, maka perkembangan masyarakat manusia juga akan tercemar disebabkan tidak mungkin ‘hubungan seks’ sesama jenis boleh melahirkan zuriat. Maka atas nama hak, apakah nanti kita mesti mengwujudkan tandas ‘pengkid’ atau ‘tandas saudarai’. Atau apakah pengkid boleh masuk ke tandas lelaki, atau ’saudarai’ boleh ke tandas perempuan? Dunia akan terbalik nanti dan banyak kekalutan akan berlaku.


Maka, tidak hairanlah jika Islam mengharamkan hal ini seperti hadis Ibn ‘Abbas yang saya sebutkan pada minggu lepas Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki (Riwayat al-Bukhari).


Cumanya, seperti yang saya nyatakan bahawa isu lelaki menyerupai perempuan tidak memerlukan sidang fatwa khas untuk mengeluarkan hukum mengenainya. Hukum yang seperti ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai walaupun sedikit asas pengetahuan agama Islam. Seperti yang saya nyatakan, yang agak peliknya, dalam fatwa yang dikeluarkan itu ditegaskan tentang haramnya wanita menyerupai lelaki, sedangkan fenomena yang bertebaran kelihatan di sana-sini adalah lelaki yang menyerupai perempuan. Sama ada pada gaya bahasa, gaya berjalan, atau lebih-lebih lagi ‘nafsu bercinta’.


Wanita tiruan ini kelihatan dan kedengaran bukan sahaja di jalanan, tetapi juga di media massa; radio, televisyen dan akhbar. Mereka kelihatan mendapat lesen yang besar tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang ‘haram pengkid’ dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ‘insan-insan berjawatan’ itu mengambil kira soal kedudukan dan ‘keselesaan kerusi’ masing-masing.


Ini semacam fatwa yang mengharamkan kanak-kanak bermain mercun kerana dikatakan membazir, tetapi dalam masa yang sama tidak pula mengharamkan mercun yang ratusan ribu ringgit yang dimainkan dalam berbagai-bagai keramaian atau tidak pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pembaziran yang berlaku dalam pengurusan wang rakyat. Ini pun menunjukkan dunia kita memang nak terbalik..


Dalam celahan cerita wanita yang ingin menjadi lelaki, timbul pula kes kezaliman terhadap wanita di Kedah. Bagaimana seorang wanita mendakwa dirinya yang dizalimi oleh kecuaian Pejabat Agama. Dalam tempoh lapan tahun pihak Jabatan Agama tidak memberikan kepadanya surat cerai, tiba-tiba apabila beliau berkahwin dengan lelaki lain datang perintah mahkamah yang menyatakan perkahwinannya dengan suami yang kedua itu tidak sah dan dianggap ‘bersuami dua’.


Ketika beliau berulang-alik ke Pejabat Agama meminta surat pengesahan cerai, mereka gagal memberikan kepadanya. Malangnya, apabila beliau berkahwin dengan suami yang kedua dan mempunyai dua anak, datang pula surat mahkamah syariah yang membatalkan perkahwinan dan menyuruhnya kembali kepada suami yang pertama. Hari ini beliau hidup penuh tekanan dan penderitaan jiwa.


Jika benar dakwaan beliau, alangkah kejamnya pengurusan yang diberi nama agama ini. Dahulu saya pernah mencadangkan agar kita mengurus perkara-perkara halal dengan baik dan mudah serta membendung perkara- perkara haram agak menjadi rumit susah untuk mendapatkannya. Malangnya, hal ini tidak berlaku. Sehingga ada negeri yang memenjarakan sesiapa yang berkahwin di luar negerinya.


Begitulah urusan perkahwinan disulitkan dengan berbagai-bagai ‘karenah pengurusan’ yang pelbagai. Sebahagiannya dijadikan bisnes dengan yuran yang menguntungkan. Lihat sahaja apakah sukatan dalam sesetengah kursus perkahwinan. Sementara kes talak tertangguh begitu banyak yang memakan masa bertahun-tahun. Ia menghalang wanita untuk berkahwin semula sedang tuntutan jiwa dan nafsu wujud apatah lagi bagi wanita muda. Mahkamah dengan mudah menangguhkan kes hanya kerana suami tidak datang walaupun sudah berkali-kali. Wanita-wanita yang dianiayai lelaki sebegini didera perasaan dan nafsu kelaminnya. Ini adalah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan terhadap wanita.


Malang sekali, kes-kes yang seperti ini tidak diselesaikan dengan kuasa hakim. Hakim sepatutnya boleh diberi kuasa fasakh yang lebih jelas dan tegas kepada suami zalim dan tidak bertanggungjawab. Keengganan hadir ke mahkamah tanpa alasan yang diterima boleh dianggap sebagai sebab untuk perkahwinan dibatalkan.


Dukacita, pihak pengurusan agama ini jika ditegur ada yang melenting. Padahal bukan sedikit kaum wanita yang menunggu bertahun-tahun untuk kesnya diselesaikan. Ini semua boleh menjadi faktor terdorongnya gejala maksiat akibat runtunan nafsu yang tidak dapat diluruskan secara yang kononnya dianggap ‘berdasarkan undang-undang syarak’. Di manakah keindahan syariat hendak dilihat jika dikendalikan seperti ini? Benarlah kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang selalu saya ulangi:


“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).


Sebab itu saya pernah mencadangkan agar pihak berkuasa agama menumpukan kepada penyelesaian kes-kes yang seperti ini daripada menumpukan ‘operasi mengintip’ maksiat di dalam bilik-bilik hotel yang belum tentu ada. Selesaikanlah kes yang jelas wujud dari disibukkan diri dengan perkara yang tidak pasti. Namun dunia agaknya sudah terbalik..


Bercakap soal keadilan, ada yang bersungut dengan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis baru-baru ini yang memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibu bapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut; “Anak yang lahir kurang daripada enam bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”. Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.
Maksud fatwa ini adalah seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh enam bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya. Sebabnya, di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di’bin’kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam erti kata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.


Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut sepanjang hayatnya.


Pihak ibu bapa pula, amat sukar untuk menerangkan hakikat sebenar kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini saya bincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis.


Kita sedar, adanya perbezaan pendapat di kalangan sarjana fekah dalam hal ini. Namun, setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai-bagai, maka keputusan tersebut dibuat. Antara dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi saw:
“Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Hadis ini disebutkan oleh Nabi saw apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.


Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi SAW, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d.


Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut)”. Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah saw memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina.


Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi saw yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti pelbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.


Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.


Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:


“Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).


Namun, keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan. Dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.


Antara kebaikan fatwa ini; ia menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat. Juga menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan serta membantu ibu bapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.


Ada yang kata; fatwa ini menggalakkan orang berzina. Saya kata tidak sama sekali; ia memberi orang bertaubat dan menyelamatkan maruah anak yang tidak berdosa. Yang menggalakkan maksiat adalah adegan-adegan panas dalam media, juga pengurusan yang menyusahkan kahwin dan talak. Fikiran anda jangan terbalik!


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian.Wassalam

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih