DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, April 30, 2011

KASIHAN .........HANYA ALLAH TEMPAT MENGADU

MerdekaReview - Membantah penahanan Muhd Arif di bawah Ordinan Darurat

TU DIA: RAMAINYA RAKYAT MALAYSIA BERKERJA DI LUAR NEGARA-KERANA APA YE?

MerdekaReview - Sejuta bakat Malaysia berhijrah ke luar negeri...

HA.....PADAN MUKA DENGAN UMNO

Soi Lek sedang lelong maruah Umno

TERIMA KASIH CIK GU PA : BERKAWAN DENGAN UMNO LEBIH BAIK KITA BERKAWAN DENGAN BABI HUTAN-ADA JUGA FAEDAHNYA

PAS rejects Najib's invite, says fully committed with PR

LA........NAK HAIRAN APA-NAJIB JUGA PERNAH MENGHINA HUKUM ALLAH

http://www.tvsnews.net/content.php?d=mn&sub=&mod=cont_dn&menu_id=&id=5235&menu=&mid=

NAK BUAT MACAM MANA GANJARANNYA AMAT BERNILAI

Rakyat Malaysia jangan terus jadi tukang angguk

UMNO PERLU KUASA UNTUK MELINDUNGI KEZALIMANNYA-ISLAM DIKETEPIKAN

AGEN DSAI....: Itu kerja orang jahil, kata bekas Mufti Wilayah: "KUALA LUMPUR : Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan..."

MSO : MALAYSIA DARUL BOLEH

.: Sumpah Sabtu: "Sejarah Sumpah Lakanat Malaysia Boleh HARI ini (semalam, 29 April) telah berlangsung satu peristiwa yang jarang berlaku, malahan sudah tid..."

SAIFUDDIN NASUTION: KISAH FITNAH ANWAR IBRAHIM

HUSAM MUSA-FITNAH TERHADAP ANWAR

EM-EM-EM-BUATLAH APA PUN UNTUK DUNIA MU

SESUNGGUNYA KAU MANUSIA PALING HEBAT DI ABAD INI-ANWAR OH ANWAR

.: Susupan Maghrib: "Awnar Tetap Berceramah Di Machang Malam Ini Walaupun Mungkin Ditangkap MALAM ini Anwar Ibrahim akan tampil depan publik kali kedua selepas..."

NAJIB IKUT SIAPA? IBLIS-SYAITAN

BERKAWAN DENGAN UMNO-LEBIH BAIK BERKAWAN DENGAN BABI HUTAN

KELAB GREENBOC: Najib Ajak PAS Sertai BN, Petanda UMNO Sedang Semp...: "N ajib sekali lagi ajak PAS sertai BN KUALA TERENGGANU, 30 April — Datuk Seri Najib Razak meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi ..."

KELAB GREENBOC: Najib Ajak PAS Sertai BN, Petanda UMNO Sedang Semp...

KELAB GREENBOC: Najib Ajak PAS Sertai BN, Petanda UMNO Sedang Semp...: "N ajib sekali lagi ajak PAS sertai BN KUALA TERENGGANU, 30 April — Datuk Seri Najib Razak meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi ..."

Ustaz Hishamuddin - Detik Kematian

Friday, April 29, 2011

Ustaz Kazim Elias - ARTIS MALAYSIA

CERAMAH PEJUANG RAKYAT _BHG 1

CERAMAH PEJUANG RAKYAT _BHG 2

CERAMAH PEJUANG RAKYAT_BHG 3

CERAMAH PERJUANG RAKYAT_BHG 4

TAK PERNAH PEGANG QURAN-APATAH LAGI NAK AMALKAN APA YANG DISURUHNYA-ITULAH JADI MACAM TU!

http://www.tvsnews.net/content.php?d=mn&sub=&mod=cont_dn&menu_id=&id=5216&menu=&mid=

KASIHAN POLIS TERPAKSA JADI PENCACAI NAJIB DAN UMNO

KELAB GREENBOC: [Video] Eskay Ditegur Pegang Quran Terbalik, Trio ...: "E skay buat sumpah laknat dengan pakaian kalis peluru KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sump..."

HEBAT : PENJENAYAH DILINDUNGI-ORANG DITUDUH DILARANG BERUCAP MENJELASKAN PERKARA YANG SEBENAR

Kopitiam Bang Nan: Polis kawal keselamatan sutradara filem porno.... ...: "Eskay buat sumpah laknat dengan pakaian kalis peluru KUALA LUMPUR, 29 April — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpa..."

ERA NAJIB : KECELAKAAN MENIMPA UMMAH

KELAB GREENBOC: Era Najib Altantuya : Taubat UMNO Ibarat Ular Sali...: "M enyorot ucapan Presiden Umno di dalam Mesyuarat Agong Umno baru-baru ini zahirnya kelihatan agak luar biasa. Nada bertaubat dan insaf meng..."

SAH POLIS TERLIBAT DALAM PENYEBARAN VIDEO SEKS

KELAB GREENBOC: Si Pendusta Eskay Bersumpah Akhirnya, Polis Terlib...: "T rio Datuk T buat sumpah laknat isu rakaman video di Bandar Baru Sentul KUALA LUMPUR: Trio Daruk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Ta..."

Eii-WAH : POLIS IRINGI PENJENAYAH UNTUK SUMPAH LAKNAT-HEBAT PENJENAYAH-PENJENAYAH SEKARANGH

PASPB: Polis iring Eskay dengan kawalan ketat untuk bersu...: "Eskay akhirnya muncul lakukan sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As,..."

POLIS TERLIBAT: MASYAALLAH

ZAKRI ALI RANGKUTI: KEADILAN kemuka bukti imej palsu Anwar ??: "POLIS KEMPEN BURUKKAN ANWAR - NURUL IZZAH PETALI..."

DENGAN DUIT DAN KUASA NAJIB BOLEH APA ORANG LAIN TIDAK BOLEH BUAT

MIMPI SENJA: Bukit Aman kena tipu dengan Eskay?: "Akhirnya hampir kira-kira 95% video yang kononya merakamkan aksi seks Anwar Ibrahim tersebut telah disiarkan melalui beberapa akaun Youtube ..."

BABI HARAMJADAH NI TAKUT RUPANYA-DIA SEBENARNYA BUKAN ISLAM TULIN-ISLAM CELUP MUAALAF SIAM PERUT HIJAU

MIMPI SENJA: Sumpah Eskay dibatal di saat akhir: "KUALA LUMPUR: Sumpah laknat yang mahu dilakukan salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di sebuah masjid di Sentul di sini,..."

Thursday, April 28, 2011

SILAP-SILAPLAH FIKIRAN ASYIK TERINGAT BAGAIMANA LAGI HENDAK KENAKAN ANWAR

Addin: Najib.. Inilah Kesilapan Yang Paling Bodoh: "Perdana Menteri China Wen Jiabao dan rombongannya pasti dalam kebingungan jika mereka mengesan perkataan Cina yang dicetak pada latar b..."

UMNO PILIH ISLAM YANG UNTUNGKANNYA-YANG TIDAK UNTUNGKANNYA DITINGGALKANNYA

KedahLanie.info: Video seks kotori minda anak muda: "Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor Firman Allah bermaksud: 'Dan infakkanlah hartamu pada jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan dirimu k..."

YA: KAU BENAR ANWAR-MEMANG PEDIH MANA-MANA ORANG YANG MENENTANG GOLONGAN BABI YANG MAHUKAN KEKAL BERKUASA

AGEN DSAI....: DSAI : Saya tak akan tunduk serangan Umno-BN: "Oleh Shazwan Mustafa Kamal April 29, 2011 Anwar Ibrahim berkata dalam mana-mana arena politik tidak demokratik, wajah pembangkang yang be..."

JOHARI ABDUL : UMNO KALUT

http://www.tvsnews.net/content.php?d=mn&sub=&mod=cont_dn&menu_id=&id=5196&menu=&mid=

BILA NAK DISELASAIKAN_ORANG LAKUKAN JENAYAH LEPAS BEBAS

http://www.tvsnews.net/content.php?d=mn&sub=&mod=cont_dn&menu_id=&id=5200&menu=&mid=

MERDEKAREVIEW : NASIB BURUK NAJIB UNTUNGKAN MAHYUDDIN

MerdekaReview - PRU 13: Muhyiddin menunggu durian runtuh

MINDA A.LUTFI OTHMAN: PAS KRITIKAL MENGHADAPI PRU KE-13

PAS paling kritikal dalam Pakatan

NIK AZIZ (PAS) TETAP PERTAHANKAN ANWAR SELAGI TIADA BUKTI KUKUH

SANGGAHTOKSAGO.COM: PAS tetap pertahan Anwar Ibrahim: Selagi tiada buk...: "PAS akan terus membela Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim selagi tiada empat saksi dan bukti yang boleh menyabitkan beliau dengan..."

TOK GURU JELASKAN SYURGA-NERAKA

CERAMAH USTAZ AZHAR_IMAM SHAFEI

PUAK-PUAK BABI DALAM UMNO TAK MALU-EH..EH..

Paderi Kutuk Tayangan VIDEO LUCAH TV3

Paderi Paul Tan mengutuk paparan video seks mengaitkan Anwar Ibrahim untuk tontonan umum termasuk kepada wanita dan kanak-kanak, tetapi puak-puak babi, iblis-syaitan dalam UMNO tidak malu. Gambar lucah ditayang pada umum. Budak-budak yang masih higusan dan semua lapisan umur masyarakat menonton kilp video tersebut.

Haramjadah sungguh kau NAJIB. Kau tidak merasai apa-apa, malah kau bertambah gembira menjadikan negara ini sebuah negara PORNO. Kau tidak menghargai langsung nilai-nilai Islam yang disanjung oleh sebahagian besar rakyat yang masih berimankan Allah dan RasulNya. Dan bagi orang-orang bukan Islam pula menghargai nilai-nilai moral. Kau dan kuncu-kuncu kau sahaja yang mahukan perkara ini terus berlaku dalam masyarakat.Kau ini manusia apa NAJIB. Adakah kau seorang munafik. Kau juga pernah mengeluarkan perkataan menghina hukum Islam. Adaklah kau seorang anti Islam kerana kau juga mengeluarkan pandangan untuk menjadikan negara ini sebuah negara hiburan bertaraf dunia seperti yang dilakukan oleh Thailand bagi menjana pendapatan negara.

Buat masa sekarang kau yang berkuasa di Malaysia. Gunakan kuasa kau itu untuk menghentikan tayangan klip video lucah tersebut. Tersangat memalukan seluruh umat. Cukuplah. Berperanglah dengan Anwar melalui kaedah lain yang masih banyak jalannya bagi kau yang berkuasa dan banyak duit.

Hentikan.

PETALING JAYA: Pemimpin Gereja Katolik telah mengutuk satu tayangan klip video seks yang dikatakan melibatkan Anwar Ibrahim di TV3.

Paderi Paul Tan, yang juga Presiden Persidangan Paderi Katolik Malaysia, mengecam langkah penayangan itu sebagai satu “penghinaan tidak dapat dimaafkan.”

Semalam, stesen TV kerajaan telah menayangkan satu klip video pendek yang juga disebut sebagai video bahagian kedua yang menunjukkan pertemuan di antara ketua pembangkang dengan seorang pelacur.

“Daripada mula lagi, satu sikap permisif (tidak berakhlak) telah ditunjukkan pihak berkuasa dalam cerita lucah ini,” kata Tan, yang juga Ketua Paderi Melaka-Johor.

“Sekarang kerana sifat tidak berakhlak ini telah menyebabkan berlakunya penghinaan : menayangkan bahan yang keji dan dahsyat di dalam TV awam kepada penonton yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

“Ini ialah satu penghinaan tidak dapat dimaafkan kerana kelemahan pihak berkuasa yang tidak bertindak tegas dalam menghalang benda-benda seperti ini menjadi satu kesalahan serius.

“Tidak ada seorang pun di dalam hatinya yang tidak terdetik merasa kesal terhadap penayangan video tidak berakhlak ini kepada tontonan kanak-kanak” dia menambah.


Tan mendesak pihak berkuasa bertindak dengan pantas dan membawa orang yang melakukan kesalahan menayangkan video seks itu dibawa ke muka pengadilan sebelum “melahirkan lebih banyak kejahatan.”

“Sikap tidak berakhlak ini, menyebabkan terjadinya penyumbang kepada perbuatan-perbuatan tidak bermoral yang dapat kita lihat hari ini.


“Penguatkuasa undang-undang dan moral tidak boleh memandang ringan terhadap kejahatan biadab ini. Mereka mesti bertindak atau masyarakat akan menanggung risiko yang serius,” dia mengingatkan.

Tayangan video seks bahagian kedua telah dikeluarkan walaupun video bahagian pertama masih dibincangkan, yang telah dikeluarkankan bulan lepas.

Anwar, yang sedang menghadapi satu pertuduhan liwat, telah menolak video itu sebagai satu lagi cubaan oleh pesaing-pesaing politiknya menghina dirinya.

Isterinya yang juga Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail juga telah menafikan suaminya adalah lelaki di dalam video itu.

Sumber : Pulakdah.blogspot.com

USAH CAKAP PROFESSIONALISME LE SELAGI NAJIB DAN UMNO MASIH BERKUASA DI NEGARA INI

AGEN DSAI....: Media Umno Kena Belasah Teruk Oleh DSAI.: "Anwar gives statement over sex video screening"

PIHAK POLIS JANGANLAH MARAH PERSEPSI RAKYAT BAHAWA POLIS ADALAH ALAT NAJIB DAN UMNO UNTUK KEKAL BERKUASA

Polis dan Datuk T bersekongkol - Saifudin

POLIS HANYA TURUT PERINTAH NAJIB

TIADA SIAPA BOLEH TANDING KUASA YANG ADA PADA NAJIB=FIRAUN, KECUALI KUASA ALLAH

Porn: Lim urges parents to lodge report against TV3

NAJIB PILIH JALAN ITU KERANA IA TIADA 'TELOR' DAN KITA PERCAYA NAJIB TETAP GAGAL MESKI PUN ANWAR TUMBANG-RAKYAT SEMAKIN BENCI PADA UMNO/BN

Anwar dakwa Najib guna pornografi pertahan kuasa

Wednesday, April 27, 2011

HARI ITU-JANGGUT-SEKEJAB ADA, SEKEJAB TIADA, KINI : ANWAR TERTINGGAL TALI PINGGANG PULA-HARU HARA MALAYSIA











SAH BUKAN ANWAR: SIAPA YE? ESKAY KE?

KELAB GREENBOC: Ternyata Sah: Ia Bukan Anwar Ibrahim: "V ideo Seks Bahagian Kedua Muncul Di Internet PETALING JAYA: Video seks bahagian kedua yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang terseb..."

TIADA RUANG BAGI ANWAR MENCARI KEADILAN MELALUI MAHKAMAH DI MALAYSIA-VIDEO SEKS SEDANG MENANTI

Addin: Pendakwa, Peguam Negara Diperhambakan Oleh UMNO: "KUALA LUMPUR - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Jabatan Peguam Negara dan pendakwaraya dalam ..."

ESKAY BUKAN ANWAR SAH

Addin: Video Seks Iras Eskay Bukannya Anwar..Kah..Kah..Ka...: "Klip video bahagian kedua yang didakwa Anwar Ibrahim kononnya mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur kini disebarkan di Youtube..."

TINDAKAN MCA DAN GERAKAN KELUAR BN ADALAH WAJAR

MCA, Gerakan wajar keluar BN

BEBANAN KAKITANGAN AWAM KERAJAAN PERLU PRIHATIN-JANGAN TERLALU BOROS BERBELANJA-BERAPA KALI RUMAH PM DAN TPM HENDAK DIRENOVATE

Tuntutan Cuepacs bukti pendedahan PAS benar

BIARLAH BETUL-BETUL-JANGAN JADI..........

AGEN DSAI....: Wooiii Polis!!!! Tangkap Segera!! individu, blogge...: "AMK desak polis tangkap individu, blogger sebar video fitnah CYBERJAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia mendesak pihak polis menga..."

KASIHAN POLIS! BUKAN KEHENDAK MEREKA JADI BEGITU

AGEN DSAI....: Woii Polis!! Buat Kerja Tu Biar Baik2 Jangan Duk J...: "Polis mahu lindungi Datuk T, usaha kenakan Anwar- Shamsul KUALA LUMPUR: Pihak polis sekali lagi berdolak-dalik dalam isu video seks pals..."

Tuesday, April 26, 2011

TERUSKAN AGENDA MU-ANWAR-HAPUSKAN UMNO IMPIAN RAKYAT MALAYSIA

AGEN DSAI....: Ceramah Chegubard TerBaru!!!(video): "Chegubard Di Chemor 19 04 2011"

BETAPA KUROPNYA SISTEM PENDAKWAAN DI MALAYSIA

http://www.tvsnews.net/content.php?d=mn&sub=&mod=cont_dn&menu_id=&id=5144&menu=&mid=

AKHBAR BABI TETAP BABILAH, JANGAN AMBIL PEDULINYA-ORANG PUN BUKAN BACA LAGI UTUSEKS INI

INILAH MIMPI NGERI BUAT NAJIB, JADI ANWAR MESTI DIMUSNAHKAN KERJAYA POLITIKNYA

NAJIB MAINKAN POLITIK SAMSENG-KATA MERDEKAREVIEW

MerdekaReview - Dua tahun di bawah Najib: Politik samseng semakin ketara

ITU HELAH UMNO UNTUK PANCING UNDI MELAYU, BILA CINA TOLAK UMNO/MCA

Cina hanya tolak wakil Cina BN, bukan Melayu

INSYAALAH, WALAUPUN ANWAR DIPENJARAKAN, SEMANGAT BENCIKAN UMNO MEMBARA

Momentum Sarawak, PRU13 BN bakal diranapkan

RAKYAT PENCACAI PEMIMPIN PERABIH DUIT RAKYAT_HARAM JADAH SUNGGUH

Kediaman PM dan TPM tidak pernah siap

UMNO SEMAKIN GILA AJAK DAP MASUK BN

MELAYU LAIN TIDAK SUDI HENDAK BERSATU DENGAN MELAYU UMNO YANG KUROP

Khalid Samad: Bersatulah Melayu

BERJAYALAH UTUSEKS LAGAKAN PKR_PAS

Fitnah Umno: Anwar hargai Mustafa

DEPA NAK CARI ISU

TIDAK ADA HARAPAN UNTUK ANWAR_ANWAR MENANG BANYAK IMPLIKASINYA KE ATAS NAJIB DAN UMNO_KEPUTUSAN HAKIM BERDASARKAN FAKTOR ITU

AGEN DSAI....: Fitnah Liwat II: Keputusan Anwar bela diri - 16 Me...: "Pihak pendakwaan selesai menggulung penghujahannya di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah hari ini ..."

APA PUN KEPUTUSANNYA_PERJUANGAN UNTUK RAKYAT WAJIB DITERUSKAN

AGEN DSAI....: Fitnah 2 : 16 may Lepas Atau Panggil Bela Diri(vid...: "Submissions end, decision on May 16 Komen Dua Orang Hamba Allah : 1.nape depa takut sgt ngan Anwar ek...smpai bwat2 kes fitnah bodo2 cam ..."

BILA NAJIB KATA BERANI TAFSIRNYA TAKUT_BEGITU JUGA SEBALIKNYA_TAKUT TAFSIRNYA BERANI

Addin: UMNO Be End Memang Tak Takut Bloggers Tapi...: "Kerajaan UMNO Be End memang tak takut pada bloggers tapi cuma kecut je..kah..kah..kah.. sebab tu DDOS kan semua portal berita dan blog-bl..."

TAK PERLU PROTES KERANA ORANG BODOH SAHAJA YANG MEMBACANYA

Addin: Hata Wahari Anjur Protes Utusan Meloya 2 Mei: "Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari hari ini menyelar Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana gagal mengambil tindakan t..."

ANWAR KE PENJARA_APA PERSIAPAN PR

Addin: Ujian DNA 'Lelaki Y' Cukup Meragukan, Anwar Pasti...: "KUALA LUMPUR - Peguam Anwar, Sankara Nair menolak hujah pendakwa raya yang menamakan Anwar sebagai ‘Lelaki Y’ yang disebut-sebut sebelum..."

Monday, April 25, 2011

OH BEGITU_NAJIB ZAMAN MUDANYA PLAYBOY DAN SEKARANG DITURUN KEPADA ANAKNYA PULA_HEBAT

INJOY NAJIB_ANWAR DAH NAK BEREHAT DI SUNGAI BULUH




INI ANAK PULA

AKHBAR LAIN SUDAH TENTU KENA_TAPI UTUSAN PORNO BEBAS_ITULAH KEADILAN NAMANYA

http://www.tvsnews.net/content.php?d=mn&sub=&mod=cont_dn&menu_id=&id=5124&menu=&mid=

PENING KEPALA HAKIM_SEMACAM PENING KEPALA KPN HADAPI

http://www.tvsnews.net/content.php?d=mn&sub=&mod=cont_dn&menu_id=&id=5113&menu=&mid=

SIASAT SD RPK AGENGA POLITIK NAJIB

http://www.tvsnews.net/content.php?d=mn&sub=&mod=cont_dn&menu_id=&id=5127&menu=&mid=

INI YANG MENYEBABKAN NAJIB_ROSMAH TAK NYENYAK TIDUR NI

Scorpenes, Altantuya to make waves in France when open court starts May-June

ANJING UMNO DI UUM MENYALAK KATAKAN MB KEDAH LAYAK MENGAJAR SEKOLAH PONDOK SAJA_LIHAT NI

HUJAHLAH SEBAIK MANA PUN_HUKUMAN SUDAH ADA DITANGAN HAKIM_TUNGGU NAK BACA SAJA LAGI

AGEN DSAI....: Fitnah Liwat 11: Karpal Singh memulakan hujah: "Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah. 'Bukan media ata..."

WOII........INI CERITA PUNYA BAGUS_NAJIB SUKA NI

AGEN DSAI....: Ahli Sains Beri Amaran!!! Bukti DNA boleh dipalsuk...: "Amaran ahli sains: Bukti DNA boleh dipalsukan dan diletakkan di lokasi jenayah Oleh Fiona Macrae Ahli-ahli sains telah membuktikan wujud ke..."

ALLAH TURUNKAN MALAIKAT PUN_MAHKAMAH AKAN TETAP MENOLAKNYA_ALASAN GHANI 4TAHIL JUGA DIPAKAI

AGEN DSAI....: Karpal mahu mahkamah bebaskan DSAI..!!!: "KUALA LUMPUR: Peguam Karpal Singh ketika menggulung hujah dalam kes fitnah 2 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menyatakan bahawa ..."

Sunday, April 24, 2011

ANWAR SIHAT_TERUSKAN PERJUANGAN MU MENENTANG UMNO

http://www.tvsnews.net/content.php?d=mn&sub=&mod=cont_dn&menu_id=&id=5106&menu=&mid=

YAMAN SUDAH BERUBAH_MALAYSIA BILA LAGI

http://www.tvsnews.net/content.php?d=mn&sub=&mod=cont_dn&menu_id=&id=5089&menu=&mid=

LIHATLAH GAMBARAN POLITIK DI MALAYSIA KINI

ITU ADALAH AJARAN UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA

NAJIB TAK KAN PEDULI ITU SEMUA_DIA PERCAYA JIKA ANWAR TIADA_SEMUA KEMBALI OK

AGEN DSAI....: DSAI Seru PM Kembali Ke Pangkal Jalan(video): "Tvselangor 24042011 Anwar Seru Najib Kembali Ke Pangkal Jalan"

JENIS BINATANG BABI MEMANG TAKUT MANUSIA

AGEN DSAI....: Berita Lawatan DSAI Perak (video): "Tvselangor 24042011 Rakyat Khair Perlu Sedar Dari Terus Diperbodohkan BN Tvselangor 24042011 Anwar Rakyat Mampu Berubah Tolak Politik J..."

3 EKUR BABI YANG TERLIBAT INI SUDAH TENTU TIDAK LAYAK MENJADI SAKSI DALAM HUKUM SYARIAH ISLAMIAH_ITU MAKSUD CIK GU PA

INI YANG AULA UNTUK DIBERSIHKAN_TAK MALUKAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA?

Hantu Altantuya menjelma lagi

APA NAK HAIRANNYA ABU JAHAL PUN BERDOA DI DEPAN KAABAH_APA LAGI BABI 3 EKUR INI

Sindrom memperalatkan Kaabah

TAK KAN TAK TAU KOT_ADA KUASA DI ATAS SANA YANG MENGARAHKANNYA

Mengapa polis cekap susah dakwa trio Umno?

ANWAR TAK PENTING_YANG PENTING SEMANGANTNYA YANG SEGAR UNTUK MENENTANG UMNO_UMNO SEMAKIN DIBENCI OLEH RAKYAT_ITU YANG PENTING

AGEN DSAI....: PAS-PKR Perlu Melahirkan 10 Anwar..!!: " anak_muar Anwar Ibrahim kini berada diambang yang amat bahaya dalam hayat politik beliau apabila UMNO dilihat semakin kejam dan tida..."

MEDIA SYAITAN @PORNO DASARNYA ITULAH PUTARBELITKAN KENYATAAN ORANG

AGEN DSAI....: Kenyataan Mustafa Ali Yang Sebenarnya..!!(video): "What did Mustafa say that so irked Azmin? Komen : Bodoh!! Punya Media Umno!!! Jom Boikot!!!! Klik SINI"

Friday, April 22, 2011

MENANG DALAM KEKALAHAN-ITULAH HIDUP DALAM BUDAYA PENIPU

MerdekaReview - Tarikh PRU 13: Jun 2011, atau 2013?

SUDAH DIJANGKA DAN MENJELANG PRU-KE 13 LEBIH BANYAK LAGI KISAH-KISAH MEMBURUKKAN ANWAR AKAN DIKELUARKAN SECARA BERSIRI

http://www.tvsnews.net/content.php?d=mn&sub=&mod=cont_dn&menu_id=&id=5036&menu=&mid=

KITA TAU APA YANG BERSARANG DALAM OTAKNYA SEKARANG

Pencacai SeMalaysia®: IGP dikejarkan ke hospital kerana datuk t

NAJIB PUN HIDUP TAK SENANG-WALAUPUN DIA MEMILIKI SEMUA YANG ADA DI BUMI DAN DILANGIT

Addin: Najib Terus Dihantui Altantuya: "Tidak diragui lagi bahawa wawancara Raja Petra Kamarudin oleh TV3 13 April lalu merupakan satu propaganda politik bertujuan membersihkan ..."

ALAHAI KESIAN TENGOK KALIAN BERKERJA

AGEN DSAI....: Terbongkar!!! Sudah, UmnoPolis Semakin Hilang Akal...: "Sepadan Anwar: PKR kecam Berita Harian Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution kesal dengan tindakan media milik Umno - Berita Harian y..."

BUKTI ADA TIDAK BELAKANG KIRA_YANG PASTI ANWAR MESTI DIDAKWA_BUKTI BOLEH DICARI KEMUDIAN

.: Menanti Maghrib: "Anwar Adalah 'Binatang Jalang' AKHBAR pro Umno hari ini telah menyiarkan di muka depan kononnya watak dalam video lucah yang sengaja diseb..."

APA PUN ANWAR WAJIB DIDAKWA (CHUA SOI LEK LAIN CERITALAH)_HANG PA NAK KATA PUN KATALAH-YANG PASTI NAJIB MESTI MENANG

AGEN DSAI....: Terbongkar!!! Sudah, UmnoPolis Semakin Hilang Akal...: "Sepadan Anwar: PKR kecam Berita Harian Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution kesal dengan tindakan media milik Umno - Berita Harian y..."

SAYA AGAKLAH SULAIMAN TIDAK DIAPA-APAKAN SEPERTI TRIO 3 EKUR ITULAH

Hina Sultan di Facebook, Persada lapor polis

ANALISA YANG MENARIK_TAHNIAH DR DZULKEFLY AHMAD (AJK PUSAT PAS)

Mengapa Najib-Taib gusar pada Pakatan yang kalah?

TERUSKAN MISI MU WAHAI PEJUANG RAKYAT SELAGI ADA KUDRAT DAN NYAWA DIBADAN

AGEN DSAI....: Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Perak: "23 April 2011 (Sabtu) 1) 5.00 ptg – Hi-Tea di Pulau Pangkor Lokasi : Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor Penceramah: 1. YB Dato’ Seri A..."

SEBAB ITULAH DARI MULA LAGI ORANG RAMAI SYAK POLIS TERLIBAT_TAPI SUSAH NAK BUKTIKAN KERANA POLIS BERTINDAK BALING BATU SEMBUNYI TANGAN

AGEN DSAI....: Ketua Polis Negara Terima Akibatnya..!!(video): "TVSelangor09 22042011 Biometrik : Undang PKR Analisis Video Seks, Jika B... Berita Tergempar!!!! Hari Ini Klik : SINI"

Thursday, April 21, 2011

APA PEDULI AKU-ASALKAN MENANG CUKUP

http://www.tvsnews.net/content.php?d=mn&sub=&mod=cont_dn&menu_id=&id=5010&menu=&mid=

1M_1E-MAIL

KERANA ITULAH AG MELAMBAT-LAMBATKAN -TENGAH SERIOUS MENCARI ALASAN UNTUK CAJ ANWAR

http://www.tvsnews.net/content.php?d=mn&sub=&mod=cont_dn&menu_id=&id=5020&menu=&mid=

POLIS DAN AG TUNGGU ARAHAN LANJUT DARI NAJIB_KALAU ORANG LAIN SUDAH LAMA MASUK LOKAP

TRIO UMNO PERLU DIDAKWA
Pak Subky Latif

MENGIKUT keterangan jurucakap polis Datuk T atau Trio Umno, kumpulan terdiri dari tiga orang yang mengedarkan video lucah yang dikatakan mengaitkan ketua pembangkang akan didakwa kerana mengedar dan menayangkan klip terlarang dan terkutuk itu.

Kenyataan awal polis bagaimana pun terserah kepada Peguam Negara. Kuasa polis hanya menyiasat dan kuasa mendakwa ialah Jabatan Peguam Negara.

Tetapi polis yang membuat kenyataan itu dipercayai sudah puas hati kumpulan tiga orang itu sudah boleh didakwa.

Ia suatu yang dinanti-nanti oleh semua orang.

Ada pun siapa sebenarnya menjadi pelakun dalam video itu adalah perkara lain yang boleh ditentukan kemudian. Tetapi yang ternyata salah ialah orang yang mengedarkan video lucah. Ketiga-tiganya belum boleh dikatakan salah kerana ia akan ditentukan oleh mahkamah. Didakwa atau tidak bergantung kepada Jabatan Peguam Negara.

Seperti kejadian Saidina Umar al-Khatab menyerbu sebuah rumah yang disyaki dan dipastikannya berlaku maksiat. Dia menyerbut ikut tingkap bagi menangkap orang yang disyaki.

Khalifah tidak meneruskan tangkapan kerana tuan rumah mendakwa khalifah melakukan tiga kesalahan untuk menangkapnya iaitu masuk ke dalam rumahnya ikut tingkap – tidak ikut pintu, mengintip ketenangan dalam rumahnya dan masuk rumahnya tanya izinnya dulu.

Kesalahan tuan rumah yang cuba ditangkap adalah perkara kedua, tetapi kesilapan khalifah perlu diselesaikan dulu.

Dalam kejadian video lucah itu pemilik, pengedar tayang dan penontonnya atas apa jua sebab perlu ditangani dulu. Jika semuanya disabitkan sebagai fitnah, maka punca fitnah itu perlu didahulukan.

Selain dari wayang haram itu telah memfitnah ketua pembangkang dan keluarganya, ia boleh memalu dan memfitnah keluarga tiga kumpulan itu yang sudah pun mengaku berterang-terangan menayangkannya.

Di antara tiga itu yang dikenali dan dihormati dalam masyarakat sekarang ialah keluarga seorang menteri kerana dia adalah bapa mertua kepada menteri itu.

Menteri itu, isterinya iaitu anak dari salah seorang kumpulan tiga orang itu dan anak-anak menteri itu yang masih bersekolah telah tahu kegiatan orang tua itu.

Menonton video itu saja sudah melanggar undang-undang. Menyimpan atau memilikinya juga melanggar kesalahan lagi dan menayangkan kepada orang lain adalah lebih salah lagi.

Ia boleh memalukan menteri itu kerana bapa mertuanya terlibat. Ia boleh memalukan isteri menteri itu atas kegiatan si ayah. Anak-anak menteri itu yang sudah tahu erti malu mengetahui pula tentang datuk mereka menengok video yang tidak patut ditengok oleh orang awam baik beragama apa sekali pun.

Jika kawan-kawannya di sekolah tahu yang dia adalah datuk mereka, maka apa pula komen mereka tentang si datuk itu dan bagaimana kalau mereka bertanya pula dari anak menteri itu tentang datuknya?

Maka semuanya sekarang telah tahu tentang datuk anak-anak menteri itu.

Semua tahu akan kesan saikologi yang dihadapi oleh anak-anak seorang anggota kabinet 30 tahun lalu atas kes yang dihadapi olehnya. Sejak kes itu ditahan, dibicarakan, dihukum dengan diringan dipenjara saja, menyebabkan anak-anaknya di sekolah tertekan untuk menghadapi rakan-rakannya.

Rakan-rakannya bertanya tentang setiap perkembangan dalam kes itu hingga anak-anak itu tahu bagaimana hendak menghadapinya.

Ia menjadi pengajaran kepada semua tentang masalah yang dihadapi oleh keluarga menteri itu dulu. Dan kini keluarga seorang menteri lagi menghadapi kesan fitnah juga.

Sama ada datuk trio itu didakwa atau tidak, keluarga masing-masing sudah pun berdepan dengan kesan dan tekanan jiwa.

Ketiga-tiganya mesti berdepan dengan tindakan undang-undang supaya masing-masing mendapat pengajaran daripadanya dan supaya kesalahan undang-undang itu tidak dilakukan oleh orang lain pula. Dakwaan itu bukan dibuat sekadar memenuhi desakan orang tetapi dibuat kerana undang-undang memperuntukkannya begitu.

Semua menunggu perkembangan selanjutnya setelah jurucakap polis menyatakan mereka sedang menunggu keputusan Peguam Negara.

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN VIDEO LUCAH 1999 DAN 2011


Surat dari bekas Ketua CID KL kepada Ketua Polis Negara

Sebelum kita tersasar lebih jauh,tidak salah untuk kita dibawa berpatah balik kepangkal jalan, untuk meneliti semula peristiwa lampau bagi mencari penyelesaian yang ideal dan membuat keputusan siapa yang benar dan siapa yang patut dipersalahkan kerana telah menyebabkan kegusaran dan kekeliruan dikalangan rakyat.


Mat Zain Ibrahim
18hb.April 2011

Kepada;

YDH Tan Sri Haji Ismail Hj.Omar,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia, Melalui:Email dan Dengan Tangan
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur,
Email:iho@rmp.gov.my

YDH Tan Sri,

SIASATAN VIDEO SEKS 2011-PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DENGAN VIDEO SEKS PERTAMA 1999.

1. Sepertimana juga sebilangan besar rakyat,saya turut mengikuti perkembangan penyiasatan Polis berkaitan isu video seks menerusi MSM dan juga media alternatif yang akan masuk minggu ke-empat.Berdasarkan kepada komen-komen mereka yang berpeluang membuatnya,menampakkan ramai yang mempersoalkan hala tuju penyiasatan Polis. Malah ramai yang membantah secara lantang pendirian Polis yang dikatakan jelas kelihatan berat sebelah terhadap satu pihak yang bertelagah dalam isu ini.

2. Saya jemput Tan Sri merujuk kepada Surat Terbuka saya bertarikh 28 March 2011 yang kemudiannya dibahaskan diParlimen.Saya mengekalkan dan mengulangi kenyataan-kenyataan saya dalam Surat Terbuka tersebut,serta mengambil kandungannya sebagai sebahagian dan lanjutan kepada surat ini.Saya mengekalkan pendirian saya bahawa isu video lucah ini adalah merupakan pertembungan peribadi antara Rahim Thamby Chik dan Anwar Ibrahim.

3. Saya yakin Polis mampu mengambil pendirian yang professional dan berkecuali menangani siasatan ini,serta memberikan pendengaran yang adil kepada kedua- dua belah pihak,sambil memberikan mereka “gelanggang yang samarata”(level playing field),untuk membuktikan kebenaran masing-masing.
4. Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan Polis,namun begitu sebagai seorang pesara Polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan Rahim serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan,saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

4.1. Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubungkait dengan siasatan isu video lucah ini,tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka.Saya berharap ketinggalan ini adalah disebabkan Polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

VIDEO SEKS PERTAMA 1999.

5. Saya percaya sebilangan besar rakyat malahan warga Polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui keujudan Video Seks Pertama yang kononnya dikatakan melibatkan Anwar juga,yang diedarkan dalam tahun 1999.Pengedaran video seks ini disekitar Bandaraya Kuala Lumpur berlaku pada 24 dan 25 November 1999 beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum ke-10 yang diadakan pada 29 November 1999.

5.1. Terdapat dua video seks yang diedarkan serentak. Iaitu satu berjudul “Siapa Anwar” manakala yang satu lagi berjudul “Skandal Seks Mat Sabu” (merujuk kepada Mohamed Sabu seorang pemimpin PAS).Bagi maksud eksesais ini saya akan ketepikan video Skandal Seks Mat Sabu, memandangkan isu beliau tidak berkaitan dengan penyiasatan yang sedang berjalan sekarang.

5.2. Beberapa ramai orang awam dari sekitar Kuala Lumpur yang menemui video-video ini yang dikatakan ditinggalkan dihadapan rumah atau pejabat atau lain-lain premis,tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada Polis.Antara mereka adalah seorang Encik Mohd.Zainuddin Arman dan seorang Encik Onn Abu Bakar.Antara report Polis yang berkaitan ialah Ceras Rpt No:19068/99 dan Sungai Besi Rpt No:5894/99 bertarikh 25.11.1999.Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur telah membuka satu kertas siasatan berkaitan kes ini dengan kesemua laporan-laporan yang diterima di-“cross refer” kepada laporan Pertama seperti yang lazimnya.KJSJ Kuala Lumpur ada membuat kenyataan akhbar mengesahkan menerima laporan-laporan dan video-video tersebut, serta memperakukan yang kes berkenaan sedang dalam siasatan Polis.

5.3. Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan JSJ Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, dipejabat KJSJ setelah YBhg.Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini diakhbar.Setakat yang saya masih ingat, antara kandungan Video Seks Pertama 1999 ini,terdapat juga rakaman perbualan telefon antara seorang lelaki yang dikatakan Anwar dengan seorang teman wanitanya.

5.4. Penyiasatan JSJ Kuala Lumpur berjaya mengesan dan mengenalpasti “sumber” Video Seks Pertama 1999.Bagaimanapun gagal untuk mengenalpasti orang atau orang-orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya kepada umum. Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ianya dibuat beberapa hari sahaja sebelum Pilihanraya Umum ke-10.Sepanjang yang saya ingat tidak ada pihak yang mengaku bertanggung jawab mengedarkan video seks berkenaan.

5.5. Selain itu,tidak dapat disahkan sama ada pengadu-pengadu yang tampil membuat report mengenai penemuan Video Seks Pertama ini, telah membuat salinan untuk simpanan mereka sendiri atau sebaliknya,sebelum menyerahkan kepada Polis.Beberapa orang pengadu dikenalpasti sebagai ahli Parti Keadilan.

VIDEO SEKS KEDUA 2011.

6. Memandangkan Kumpulan yang menggelar diri mereka Datuk T,terdiri daripada Rahim,Shuib dan Eskay telah membuat pengakuan secara terbuka dan mengambil tanggung jawab diatas penemuan dan penayangan video lucah (akan dirujuk sebagai Video Seks Kedua 2011) kepada beberapa ramai pemberita di-Carcosa Seri Negara pada 21 March 2011,maka beberapa perbandingan dan persoalan boleh ditimbulkan berkaitan kedua-dua video seks ini.Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan Video Seks Kedua 2011 wajib mengambilkira keujudan dan keadaan berkaitan Video Seks Pertama 1999.Terdapat “nexus” antara kedua Video Seks ini.

Antara persoalannya adalah seperti berikut:-

6.1. Adakah Video Seks Pertama itu juga tulen sepertimana Video Seks Kedua yang ketulenannya telah diistiharkan secara rasmi.

6.2. Adakah kandungan adegan-adegan dalam Video Seks Pertama, sama ada sepenuhnya atau sebahagian daripadanya terdapat juga dalam Video Seks Kedua.

6.3. Adakah identity lelaki dalam Video Seks Kedua yang Polis telah istiharkan boleh dikenalpasti secara positif itu, lelaki yang sama dalam Video Seks Pertama.

6.4. Adakah rakaman suara lelaki dalam Video Seks Pertama itu milik lelaki yang dikatakan boleh dikenalpasti dalam Video Seks Kedua.

6.5. Adakah rakaman suara wanita dalam Video Seks Pertama itu milik wanita yang dikatakan telah dikenalpasti dalam Video Seks Kedua .

6.7. Adakah lokasi pengambaran Video Seks Pertama itu sama dengan lokasi pengambaran Video Seks Kedua.

6.8. Adakah Rahim,Shuib dan Eskay terlibat atau mempunyai apa-apa peranan dalam pembikinan atau pengedaran Video Seks Pertama 1999, memandangkan ketiga-tiga mereka dilaporkan telah mengenali dan mempunyai sesuatu hubungan dengan Anwar.Lebih-lebih lagi Rahim yang dipercayai mempunyai sebab untuk menyimpan dendam terhadap Anwar oleh kerana Anwar telah membuat laporan Polis membabitkan salahlaku jenayah dan perbuatan rasuah Rahim bersabit Tun.H.S.Lee Rpt:22517/99 pada 20.8.1999.Iaitu lebih kurang 3 bulan sebelum Video Seks Pertama diedarkan kepada umum pada 24/25 November 1999.

7. Selain daripada laporan Polis melibatkan Rahim,Anwar juga telah membuat 3 laporan berasingan melibatkan beberapa orang kenamaan lain beberapa bulan sebelum pengedaran Video Seks Pertama itu,seperti berikut;

7.1. Dang Wang Rpt:20255/99 bertarikh 9.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri,Peguam Negara dan Gani Patail telah menyalahgunakan kuasa kerana tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz,atas sifat Menteri MITI, telah dengan secara rasuah memberikan saham kepada menantunya.

7.2. Tun H.S.Lee Rpt:19625/99 bertarikh 21.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasanya dengan menghalang tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Eric Chia (mendiang), yang telah dikatakan melakukan penyelewengan dan rasuah menyebabkan Kumpulan Perwaja mengalami kerugian RM 2.7 billion.

7.3. Tun H.S.Lee Rpt:20455/99 bertarikh 30.7.1999.Laporan ini mendakwa Perdana Menteri menyalahgunakan kuasa dengan melindungi perbuatan rasuah Tun Daim Zainuddin.Dalam laporan ini juga Anwar membuat dakwaan khusus terhadap Tun Daim yang dikatakan telah mengumpul harta peribadi secara rasuah bernilai ratusan juta ringgit.Anwar turut menyertakan tiga surat perakuan oleh individu berlainan selaku penyimpan dan pemegang amanah harta bagi pihak Tun Daim.Mereka yang dimaksudkan ialah;Tan Sri Abdul Halim Saad sebagai pemegang amanah saham-saham dalam Syarikat Senarai Awam bernilai lebih kurang RM 150 juta.Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah sebagai pemegang tunai berjumlah RM 150 juta.dan Tan Sri Tajuddin Ramli sebagai pemegang tunai RM 70 juta.

8. KJSJ Kuala Lumpur memberi perhatian kepada laporan-laporan yang dibuat oleh Anwar seperti diatas memandangkan dokumen-dokumen bukti yang Anwar kemukakan dengan tiap satu laporan beliau,telah diperolehinya ketika beliau masih memegang jawatan dalam Kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri.Laporan-laporan beliau diterima sebagai dibuat oleh seorang mantan Timbalan PM dan bukan sebagai seorang individu bernama “Anwar”.

8.1. Sama ada pendedahan yang beliau buat seperti diatas telah menyebabkan individu-individu terlibat atau orang-orang sekeliling mereka marah dan menyimpan dendam terhadap Anwar tidak diketahui tetapi tidak boleh diketepikan.

SUMPAH PALSU RAHIM BUAT KEPADA PERDANA MENTERI.

9. Satu diantara 4 kesalahan jenayah yang pihak BPR dan Jabatan Peguam Negara sahkan mempunyai keterangan “prima-facie” terhadap Rahim ialah; kerana membuat satu Akuan Statutori Palsu (atau dalam bahasa yang mudah;”Angkat Sumpah Palsu”), suatu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara 7 tahun jika disabitkan kesalahannya.Akuan palsu ini dikatakan dibuat kepada Perdana Menteri dan di-Jabatan Perdana Menteri ketika itu.

9.1. Persoalan yang boleh ditimbulkan dalam situasi ini adalah; sama ada keterangan Rahim dalam siasatan Video Seks Kedua, boleh diterima pakai sepenuhnya, memandangkan Rahim telah sanggup sehingga mengangkat sumpah palsu kepada Perdana Menteri dan Kerajaan untuk menyembunyikan kesalahan-kesalahan jenayah yang beliau telah lakukan seperti yang dilaporkan oleh BPR sedemikian itu.Jika demikian,kesanggupan Rahim memberi kesaksian palsu dalam siasatan Video Seks Kedua tidak boleh diperkecilkan.

9.2. Walaubagaimanapun saya berpendapat “benefit of the doubts” wajar diberi kepada Rahim berkaitan penglibatannya dalam Video Seks Kedua.Saya sarankan siasatan wajar dijalankan sama ada Rahim telah dihasut,dipaksa atau diugut untuk mendapatkan apa-apa keterangan dengan apa cara sekalipun untuk mensabitkan sesuatu kesalahan jenayah terhadap Anwar;sebagai balasan Peguam Negara kepada Rahim yang tidak dituduh atas beberapa kesalahan salahguna kuasa,rasuah dan membuat akuan statutory palsu.

9.3. Kemungkinan ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja.Ini memandangkan Peguam Negara,Gani Patail antara 26.10.1998 hingga 21.12.1998 telah dengan cara yang menyalahi undang-undang mendapatkan seorang Dr.Abdul Rahman Yusof menyediakan tiga laporan perubatan palsu terhadap Anwar dalam siasatan kes mata-lebam.Dipercayai sebagai balasannya, Dr.Rahman tidak dikenakan apa apa pertuduhan oleh Gani Patail dalam kes ugutan jenayah terhadap Dr.Rahman.Salahlaku jenayah Gani Patail sedemikian itu beserta dengan bukti-bukti yang tidak disangkal adalah dalam pengetahuan persendirian YAB Perdana Menteri sejak dua-setengah tahun yang lalu.

JAM TANGAN OMEGA

10. Pada pendapat saya,sekiranya penyiasatan kes Video Seks Kedua ini dikekalkan dibawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan semata-mata,maka penyiasatan lanjut untuk mengesan pemilik Jam Tangan Omega tersebut adalah tidak relevan serta melampaui keperluan “ingredients” yang wajib dibuktikan dibawah Seksyen 292 KK tersebut.

10.1. Dengan itu izinkan saya menyarankan supaya Pegawai Penyiasat kes melebarkan klasifikasi penyiasatan kepada Seksyen 192 Kanun Keseksaan iaitu,mereka keterangan palsu.Saya sarankan supaya Pegawai Penyiasat memfokuskan perhatian kepada misalan-misalan yang sedia ujud sekian lama,sepertimana diperturunkan dibawah.

Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

Misalan-Misalan.
(a)A memasukkan barang-barang kedalam sebuah peti kepunyaan Z,dengan niat supaya barang-barang itu boleh dijumpai dalam peti itu,dan supaya keadaan ini boleh menyebabkan Z disabitkan atas kesalahan mencuri.A telah mereka keterangan palsu.

(English version)
(a)A puts jewels into a box belonging to Z,with the intention that they may be found in that box,and that this circumstance may cause Z to be convicted of theft.A has fabricated false evidence.

10.2. Berdasarkan kenyataan Eskay sendiri kepada media cara bagaimana Jam Tangan Omega tersebut sampai ketangan beliau,serta mengambil kira hubungan akrab beliau dengan Anwar, serta motif Eskay mendedahkan video seks berkenaan, tidak keterlaluan untuk saya berpendapat bahawa misalan (a) dalam Seksyen 192 Kanun Keseksaan tersebut, mungkin adalah relevan.

10.3. Pada pendapat saya beban bukti yang jam Omega tersebut tidak diperlakukan sepertimana misalan yang tersebut diatas kini terletak dibahu Eskay dan bukan pemilik berdaftar jam Omega tersebut.

10.4. Berdasarkan kepada keadaan yang mengelilingi Video Seks Kedua ini,saya berpendapat bahawa terdapat kewajaran untuk melebarkan siasatan meliputi pembuktian kes dibawah Seksyen 192 Kanun Keseksaan.Ini sebagai peringatan kepada orang ramai akan betapa seriousnya perbuatan mereka keterangan palsu dan kesan jangka panjangnya terhadap Sistem Keadilan Jenayah kita.

PENYELESAIAN ISU “ONCE AND FOR ALL”

11. Ada kalanya kita harus berani melakukan sesuatu yang luar biasa untuk menyelesaikan sesuatu masaalah “once and for all”.Asalkan tindakan-tindakan yang diambil tidak menyalahi undang-undang Negara dan Hukum Syariah atau melanggar paraturan moral.Sekiranya kita tersesat jalan, tidak salah kita berpatah balik kepangkalnya untuk mencari jalan yang betul.

11.1. Selama lebih 12 tahun pemikiran rakyat telah bergelumang dan diracuni serta dicemari dengan isu-isu yang berkisar dengan seks luar nikah dan seks luar tabii,seolah-olah tidak ada perkara yang lebih penting daripada itu untuk rakyat fikirkan.Malahan pemain-pemain utama yang terlibat dalam kekalutan ini juga berkisar diantara beberapa individu sahaja yang nama-nama mereka hampir kesemuanya terdapat dalam surat kecil ini.

11.2. Sebelum kita tersasar lebih jauh,tidak salah untuk kita dibawa berpatah balik kepangkal jalan, untuk meneliti semula peristiwa lampau bagi mencari penyelesaian yang ideal dan membuat keputusan siapa yang benar dan siapa yang patut dipersalahkan kerana telah menyebabkan kegusaran dan kekeliruan dikalangan rakyat.Saya mencadangkan tindakan-tindakan berikut;

TAYANGKAN VIDEO SEKS PERTAMA 1999 KEPADA UMUM.

12. Saya menjangka akan dikecam membuat cadangan ini.Percayalah,saya yang menyelia penyiasatan kes ini dan ingatan saya masih segar akan apa yang terkandung dalam video tersebut.Video tersebut tidak mengandungi adegan- adegan seksual seperti dalam “blue film” yang mungkin sesetengah orang harapkan.Kandungan keseluruhannya pada pendapat saya tidak tergulung sebagai bahan lucah sepertimana tafsiran dalam Seksyen 292 Kanun Keseksaan.Tayangannya kepada umum juga pada pendapat saya tidak menyalahi mana-mana undang-undang Am atau Syariah.

12.1. Sepanjang yang saya ingat, kandungan Video yang dibertajuk “Siapa Anwar” lebih berbentuk documentary yang menggambarkan kisah hidup seksual Anwar.Video ini juga mendedahkan gambar-gambar lokasi/bilik hotel dimana Anwar dikatakan sering kunjungi untuk melakukan aktibiti seks luar nikah atau luar tabii beliau.Turut dimuatkan dalam video ini adalah rakaman perbualan telefon antara seorang lelaki yang dikatakan Anwar dengan teman wanitanya dan bercakap mengenai seks.Video ini disunting sedemikian rupa yang sesuai digunakan untuk meyakinkan penuntun bahawa Anwar adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak dan sesuai untuk menjadi pemimpin, lebih-lebih lagi kepada Masyarakat Melayu yang beragama Islam.

12.2. Saya yakin selepas rakyat diberi peluang menuntun video ini,khasnya orang-orang Melayu, mereka boleh membuat keputusan masing-masing, sama ada Anwar benar-benar seorang yang tidak mempunyai moral untuk layak menjadi pemimpin dan Perdana Menteri seperti yang cuba digambarkan, ataupun video tersebut telah direkacipta oleh musuh-musuh peribadi dan politik Anwar bertujuan memfitnah dan membunuh karier politik beliau,ataupun kerana membalas dendam akibat pendedahan Anwar berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah pemimpim-pemimpin tertentu sepertimana yang disebutkan dalam perenggan 6.8 dan 7 diatas.Sekiranya anggapan yang terkemudian ini yang betul,maka tindakan undang-undang yang setimpal terhadap individu yang melakukan jenayah tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa lengah lagi without fear or favour.

PENUTUP.

13. Lebih cepat kita menyelesaikan isu ini,lebih baik untuk rakyat jelata.Selamat maju jaya dan selamat sejahtera.


Yang benar,
(Mat Zain Ibrahim)
18 April 2011
KOMEN:

Anwar Ibrahim selalu bernasib baik kerana sekarang ini Allah swt tekah menghantar seorang hambanya bernama Mat Zain Ibrahim yang tidak jemu-jemu menulis surat kepada KPN dan disebarkan kepada orang awam menceritakan tipu muslihat pasukan polis dari hal kes mata lebam sampailah kes video lucah yang hangat diperbincang ini.

Manusia bangsat dan paling celaka yang sering diungkit-ungkitnya ialah nama 2 ekur BABI berwajahkan manusia iaitu Musa Hassan dan Ghani Patail. Perangai 2 ekur binatang lebih dashat dari perangai syaitan dalam menjaga kedudukan kepimpinan UMNO dulu,kini dan selama-lamanya.

Ghani Patail bagi menunjukkan ia boneka kepada UMNO ialah sila rujuk kes tembakan di Pantai Batu Buruk yang berlaku pada tahun 2007 lalu. Beliau sendiri turun padang dan sanggop merendahkan kedudukannya sebagai Peguam Negara semata-mata bagi kepentingan UMNO. Ghani Patail bertindak sebagai pendakwa bagi memastikan kedua-dua pemuda yang terkena tembakan itu didakwa di mahkamah dan didapati bersalah dan pegawai polis yang melepaskan tembakan itu diangkat sebagai wira, tidak diambil sebarang tindakan. Beliau lebih prihatin terhadap kes Pantai Batu Buruk dari kes perbicaraan Batu Puteh yang akhirnya terlepas ke tangan Singgapura. Malaysia ternganga kerana kalah dalam perbicaraan tersebut.

Berbeza dalam kes hindraf pula,beliau pada mulanya mendakwa 31 penunjuk perasaan tanpa permit di Kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves pada 25 November 2007 dengan tuduhan cuba membunuh. Beliau muncul sendiri untuk membuat pendakwaan dan meminta mahkamah tidak membenarkan ikat jamin kepada tertuduh. Kemudian, beliau menarik balik kes itu tanpa alasan yang munasabah, sekadar kata-kata Pak Lah PM ketika itu bahawa mereka yang telibat itu sudah merasa insaf (kerana campur tangan S.Samy vellu). Ini bermakna tindakan Ghani Patail (termasuk Musa Hassan) adalah berasaskan kepentingan politik UMNO. Bukan bertindak atas keadilan dan kebenaran.

Oleh itu, jangan hairanlah sekiranya Ghani Patail bertindak sekali lagi (seperti sangkaan orang ramai) mendakwa Anwar Ibrahim terlibat dalam adegan seks itu. Selepas ini (kertas siasatan polis yang dihantar kepadanya dipulangkan semula kepada pihak polis untuk ditambahbaikan-mungkin nama Anwar tidak ada dalam laporan pertama itu) Anwar akan dihadap ke mahkamah atasan tuduhan melakukan adengan seks. Sebaliknya orang yang mendedahkan video itu yang terang-terang melanggar undang-undang tidak diambil sebarang tindakan kerana 3 bajingan tersebut menjaga kepentingan politik Najib dan UMNO. Tengoklah kes pelakon porno Dr. Chua Soi Lek pun tidak diambil tindakan bagi menjaga kepentingan MCA sebagai sekutu rapat UMNO.

Tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Mat Zain Ibrahim setakat ini. Beliau secara berterusan menelanjang perangai buruk 2 babi ini yang mengendali kes-kes yang melibatkan Anwar Ibrahim.

Ini membuktikan bahawa apa yang didedahkan oleh Mat Zain adalah benar dan mempunyai fakta-fakta yang menyakinkan . Sekiranya maklumat yang didedahkan oleh Mat Zain ini tidak benar, maka sudah lama tindakan undang-undang diambil sekurang-kurangnya didakwa di mahkamah kerana membuat tuduhan palsu.

Sebenarnya ini yang dinanti-nantikan oleh Mat Zain Ibrahim kerana sekiranya beliau didakwa di mahkamah banyak lagi fakta-fakta penyelewengan 2 ekur babi ini dan turut melibatkan Mahathir Mohamad dapat dibongkar lebih luas lagi menyebabkan mata rakyat terbeliak besar disebabkan kejahatan UMNO selama ini untuk memusnahkan kerjaya politik Anwar.

"NYAHKANLAH UMNO, HENTIKAN KEZALIMAN, RAKYAT SEJAHTERA"