WAHAI
TDM, IBLIS DAN SYAITAN ITU ADALAH MUSUH KITA YANG NYATA
“It’s better to work with the devils
you know than with the angels you don’t know” kata Dr Mahathir di dalam usaha
beliau mempertahankan BN. Dengan kenyataan bekas Perdana Menteri ini mengakui
yang UMNO itu adalah syaitan (devil) dan rakyat mesti memihak kepada syaitan
kerana kita semua sudah mengenali syaitan itu. Beliau juga sekali gus
beranggapan yang PR itu adalah malaikat (angel) tetapi meminta kita supaya
menolaknya kerana kita tidak mengenali malaikat itu.
Mengambil seruan beliau itu secara
‘literal’ Mahathir hanya mengenali syaitan sahaja dan beliau tidak mengenali
malaikat dan meminta kita menyokong hanya yang kita kenali, walaupun kita tahu
dan mengenali syaitan itu. Oleh kerana kita mengenali syaitan (BN) maka kita
diminta oleh beliau untuk menyokong syaitan itu.
Sebagai seorang yang beragama suci
ini kita tahu dari kecil lagi yang syaitan dan iblis itu telah berjanji kepada
Allah swt untuk menyesatkan manusia dan iblis tidak patuh kepada perintah Tuhan
untuk tunduk kepada Adam. Maka dalam perjuangan hidup manusia, perjuangan yang
sebesar-besarnya ialah untuk melawan diri sendiri atau dalam kata lain untuk
melawan nafsu amarah kita terus-terusan sehingga akhir kalam kita.
Selepas sahaja Islam memenangi
perang khandak yang sangat sengit dahulu dimana Islam hampir tewas pada
mulanya, Saidina Ali karamallah huwajhah telah bertanya kepada Rasulullah apa
kah peperangan yang lebih hebat dari perang khandak ini. Rasulullah telah menjawab
yang peperangan yang paling hebat dan sengit ialah peperangan melawan nafsu
sendiri.