Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Bulan Disember adalah bulan penutup bagi tahun 2009 ini dipenuhi dengan isu-isu yang penuh dramatik yang melibatkan musuh tradisi di antara PAS dan UMNO berperang sesama sendiri untuk merebut pengaruh.
Semasa UMNO kuat dan tidak mempunyai masalah dalaman dan masalah kepimpinan yang tidak kredibal [ada pun disembunyikan oleh media massa miliknya] yang dihadapi seburuk masa kini, bertambah pula dengan keributan yang berlaku dalam gabungan BN [MCA, Gerakan dan PPP], perkataan dan pebuatan “DEMONTRASI” menjadi kutukan dan hinaan daripada para pemimpin, ahli dan pendokong UMNO khususnya di bawah pemerintahan Dr.Mahathir bin Mohamad dulu, kini bertukar menjadi pujaan dan sanjungan pula.
Sesiapa yang menganjur dan menyertai demontrasi pada ketika itu [sebenarnya tunjuk rasa] atas apa jua isu akan dianggap sebagai pengkianat, penderhaka, surverrsif, pengganas, pengacau keamanan negara dan berbagai label lagi diberi kepada para demontrasi.
Manakala pihak polis pula memainkan peranan lebih kuah atau lebih bubur dari sudu. Melampau. Tindakan ganas melepas gas pemedih mata, memancut air kimia berasid, menepong, menangkap, memukul, menumbuk, menendang, menelanjang, melokap dan berbagai lagi tindakan yang di luar batas-batas kemanusian dilakukan pihak polis, khusunya FRU [yang kebanyakannya direkrutkan daripada pemuda-pemuda yang separuh gila] terhadap para peserta yang melibatkan diri dalam tunjuk perasaan atau demontrasi.
Rakyat setiap masa dan setiap detik diajar menyanyi dan menghayati melalui lakonan dan klip video oleh media massa yang dikawal oleh UMNO bahawa:
“DEMONTRASI BUKAN BUDAYA KITA”
Itu dulu, semasa UMNO kuat, muda dan bertenaga serta berkuasa secara mutlak ke atas negara ini, tetapi selepas tsunami politik 8 Mac 2008 lalu, UMNO mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarahnya, hilang majority 2/3 dalam parlimen, hilang kuasa ke atas 5 buah negeri [Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan] dan termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. UMNO mula meraban tidak ada arah tujuan, gila meroyan.
Sebahgian besar para pemimpinnya [khusus di negeri-negeri yang UMNO tidak berkuasa lagi seperti di Selangor], mereka bagaikan menjadi orang ‘gila’. Duduk salah, berdiri salah, tidur salah, makan-minum pun terasa pahit, makan, makan, tetapi terasa haus dan lapar jua. Siang-malam asyik memikirkan kuasa, kuasa dan kuasa.
Ini kerana mereka telah kehilangan kuasa. Mereka terpaksa akur dengan keputusan rakyat. Hilang kuasa, maka bererti mereka hilang punca atau sumber kekayaan peribadi. Sudah menjadi budaya dan amalan para pemimpin UMNO menggunakan kuasa untuk memunggah dan mengumpul kekayaan peribadi, keluarga dan kroni.
Maka, slogan demontrasi telah ditukar menjadi “ DEMONTRASI MENJADI BUDAYA KITA”. Inilah budaya kita turun temurun lagi, ketika datuk nenek kita menentang penjajahan Inggeri dahulu untuk menuntut kemerdekaan.
UMNO yang mula-mula sekali mencetuskan demontrasi sebaik sahaja PRU ke-12 tamat [gelombang politik berterusan], ia bermula di Pulau Pinang. UMNO Pulau Pinang bangit menentang dasar pemerintahan Lim Guan Eng untuk menghapuskan dasar ketidakadilan yang berlaku dalam DEB, terutama dalam hal-hal pembahagian saham dan kontrak yang diambil peluang oleh puak-puak UMNOputra. Golongan inilah yang banyak mendapat faedahnya-sapu bersih, rakyat miskin dari b erbagai kaum termasuk Melayu di luar golongan ini hanya mampu menjilir lidah, ternganga dengan lilihan air liur menanti suapan sekupang dua bagi menghilangkan haus dan dahaga.
Demontrasi tidak salah. Tunjuk rasa pun tidak salah. Ianya penting untuk kerajaan yang memerintah untuk bermuhasabah. Mencari kesalahan, kelemahan dan bangkit mengatasi kelemahan tersebut demi kepentingan rakyat, bukan kepentingan orang yang terlibat menganjur dan menyertai sebarang demontrasi seperti yang dilakukan oleh UMNO.
Pakatan Rakyat berdemontrasi atau tunjuk rasa kerana isu-isu yang berkaitan membela kepentingan rakyat terbanyak seperti demontrasi menentang kenaikan harga minyak, tol, harga barang, tahanan tanpa bicara ISA, pilahan raya bersih dan sebagainya lagi.
UMNO berdemontrasi kerana hendakkan kuasa, kedudukan dan kekayaan secara muda tanpa perlu berusaha keras seperti yang dilakukan oleh kaum Cina yang berjaya dalam dunia perniagaan. Dengan kuasa, mereka hanya perlu mengunakan kuasa air liur sahaja boleh mencipta kekayaan secepat kilat. Saya berani mencabar siapa yang berani menafikan kenyataan tersebut, sila berikan dalil-dalil yang munasabah, kenapa setiap kali adanya pemilihan dalam UMNO, sampai rak seluruh dunia kerena masing-masing berebut jawatan? Jawapannya hanya satu. UMNO dan kuasa adalah sumber kekayaan.
52 tahun UMNO memerintah, Melayu masih lemah dan kedudukan ekonominya masih ketinggalan luas berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Pemilikan hartanah Melayu-Islam di dalam bandar-bandar besar di Malaysia adalah kecil tidak sampai 10%, selebihnya adalah pemilikan bangsa asing. Islam dihina dan diperlekehkan sesuka hati tanpa pembelaan sewajarnya. Islam dan pegangan amalan ajaran Islam di kalangan orang-orang Islam semakin lemah dan longgar. Islam tidak berjaya diangkat martabatnya di Malaysia.
Melayu masih ketinggalan dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Kedudukan politik masa kini tidak menguntungkam Melayu-Islam. Kerja buat siapa ini, kalau tidak kerana UMNO. UMNOlah melakukan segala-segalanya. Melayu UMNO yang kaya raya hasil rasuah, berbagai komisyen yang masuk poket sendiri, menyalahgunaan kedudukan dan kuasa untuk mengumpul kekayaan dan kemewahhan peribadi. Melayu lain papa kedada. Hidup melarat di tanah air sendiri kerana UMNO yang memerintah.
Sila lihat skandal PKFZ, kehilangan wang rakyat sebanyak RM4.6 billion adalah angkara pemimpin UMNO. Koperasi Pembangunan Pulau Lumut dipengerusikan oleh Onn Ismail, bekas speaker DUN Selangor dan bekas wakil rakyat UMNO membeli tanah rakyat dan menjual kepada Kuala Demensi Sdn Bhd [KDSB] pada tahun 1999 dengan harga RM95 juta. Kemudian Kuala Demensi menjualnya kepada Lembaga Pelabuhan Kelang [PKA] dengan harga RM1.8 billion pada tgahun 2002. PKA telah melantik Kuala Demensi sebagai kontraktor utama membina dan membangunkan PKFZ yang kosnya melonjak dari RM1.1 billion kepada RM4.6 billion [Lim Kit Siang kata kos sebenar yang terlibat berjumlah RM12.5 billion]. Pengerusi KDSB ialah Azim Zabidi, bendahari UMNO. Peguam yang menguruskan tata cara pengurusan PKFZ ialah Abdul Rashid Asari, ketua UMNO Cawangan, CEO Tiong King Sing, ketua BBC BN, timbalan CEO, Faizal Abdullah, ketua pemuda UMNO Kampar [menantu Onn Ismail].
Peguam Negara, polis dan SPRM diam sahaja dalam hal ini kerana UMNO berkuasa. Kalaulah MB-MB Pakatan Rakyat yang melakukan perkara ini, sah barua-barua ketua-tua bagi ketiga-tiga agensi terlibat tentu melompat tinggi sampai cucur atap dan media massa memperbesar-besarkan isu ini terutama Utusan Malaysia yang terkenal dengan lidah iblisnya [payong cap dacing pun disembunyikannya untuk menjaga maruah UMNO]. Inikan pula isu besar, menghakis kepercayaan rakyat terhadap UMNO.
Untuk menutup kelemahan dan segala kepincangan yang dilakukan UMNO selama ini, maka para pemimpinnya yang kehilangan sumber kekayaan akibat kehilangan kuasa, maka mereka menggunakan kaedah demontrasi untuk mengabui mata rakyat yang mereka adalah golongan pembelaan rakyat, tetapi hanya pendusta dan pembohong besar dalam sejarah kemanusian di abad ke 21 ini. Tujuan sebenar mereka adalah untuk kembali berkuasa. Dengan kuasa itu, mereka boleh merompak [dilesenkan] semula harta rakyat dan membahagi-bahagikan kekayaan negara sesama mereka. Itu sahaja tujuan mereka, bermatian-matian menentang pembaruan yang ingin dibawa oleh Pakatan Rakyat.
Bermula dengan demontrasi membantah kelemahan pemerintahan Lim Guan Eng di Pulau Pinang , kini yang menjadi barua-barua dan babi-babi adalah para pemimpin UMNO Pulau Pinang baru sedar bahawa Melayu Pulau Pinang sudah ketinggalan dan miskin semenjak era pemerintahan UMNO/BN lagi. Oh…, dulu mereka tidur bersedap-sedapan, rasuah rasuah sana, rasuah sini, komisyen sana-sini, kini baru meraka sedar [maaf kerana menggunakan perkataan yang tidak sedap didengar, tetapi tiada perkataan yang sesuai untuk digunakan bagi pemimpin UMNO PP, itulah perkataan yang paling sesuai sekali digunakan]. Rujuk link ini:
[http://www.malaysiakini.com/news/118753] dan ini [[http://www.malaysiakini.com/news/118882]
Begitu juga di Kelantan, UMNO berdemontrasi di hadapan pejabat MB dengan beralaskan doa Tok Guru MB untuk membinasakan UMNO dan PM sekiranya kerajaan pimpinan Najib Tun Razak enggan memberi 5% royalty petronas ke Kelantan. Kerajaan negeri dan rakyat Kelantan menolak tawaran Najib memberi wang ehsan kerana kerajaan negeri khususnya Tok Guru sedar ini adalah permainan politik Najib dan kuncu-kuncunya di Kelantan.
Golongan UMNO yang desperado ini telah mengambil kesempatan mendesak Tok Guru meletakan jawatan dan pada masa yang sama media massa dan ulama yang menjadi barua UMNO turut berkempen menjatuhkan Tok Guru. Tujuan mereka sebenar ialah mereka hendakkan sangat wang ehsan itu bagi membiayai kegiatan politik membeli pengaruh di Kelantan. Lihat link ini [http://www.malaysiakini.com/news/118817]
Hal seumpama inl telah berlaku di Terangganu pada tahun 1999-2004. Habis wang ehsan yang diberi disalurkan ke poket para pemimpin UMNO Terangganu pada masa itu untuk membiayai kegiatan politik UMNO Terangganu bagi membeli pengaruh rakyat. Wang ehsan Terangganu dimanipulasikan oleh para pemimpin UMNO melalui berbagai aktiviti seperti aktiviti memberi bantuan rakyat misikin [pilih bulu], yuran persekolahan, sedekah sana, sedekah sini, penyediaan kemudahan awam mengikut kawasan berkepentingan UMNO dan sebagainya sehingga PAS tersungkur pada PRU ke 11 dan tidak boleh merampas kembali Terangganu dari tangan UMNO pada PRU ke-12 lalu.
Bagi para pemimpin PAS di Kelantan lebih awal sedar akan hal ini, maka mereka bersama-sama dengan rakyat Kelantan dari berbagai kaum dan agama bangkit menolak hasrat Najib, di sebalik pemberian wang ehsan itu adalah bertujuan berselindung untuk menjahanamkan/menjatuhkan kerajaan PAS dan yang mana Islam sedang berkembang mekar ke segenap sektor kehidupan rakyat [termasuk rakyat Kelantan bukan Islam] yang tidak dibudayakan atau diamalkan di negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO.
Oleh itu, doa yang dicadangkan oleh Tok Guru wajar dilaksanakan segera tanpa dilengah-lengahkan lagi. Dalam konteks doa ini, Nabi Mohamad saw pernah berdoa untuk menghancurkan musuh dalam peperangan Ahzab kerana Nabi sudah tidak tertahan lagi dengan kezaliman pihak musuh. Berbeza dikeadaan yang dialami oleh Nabi saw di Taif seperti dihujahkan oleh seorang wanita UMNO di TV yang menyalahkan Tok Guru dan diikuti oleh Mufti Haru Sana Haru Sini dan seorang lagi ulama UMNO, dok gayut sana, dok gayut sini.
Sebagai tindak balasnya, hari Jumaat 4 Disember 2009, rakyat Kelantan bangit mempertahankan Tok Guru lihat sedutan laporan ini :
KOTA BHARU, 4 Dis 09: Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.