DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, March 31, 2011

‘PERUNTUKAN RASUAH’ DI SARAWAK, 4 MP KEADILAN ADU KEPADA SPRM

Empat Ahli Parlimen KEADILAN hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perbuatan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang menjanjikan peruntukan tertentu, sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar.

Ia adalah perbuatan rasuah dan menyalahi peruntukan undang-undang tetapi pimpinan BN melakukannya secara terang-terangan, malah dilapor dalam media arus perdana yang dikawal mereka.

Dalam kenyataan media, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, seorang daripada empat pemimpin muda parti yang membuat laporan ke SPRM hari ini, berkata perbuatan itu bukan pertama kali dilakukan pimpinan BN.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 Mac lalu mengumumkan peruntukan RM252.35 juta, kononnya untuk bekalan air dan elektrik di Sarawak.

Beliau berkata, ia jelas perbuatan rasuah kerana pengumuman itu dibuat pada hari sama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membubar DUN negeri berkenaan.

Malah, Nurul Izzah berkata, Taib Mahmud pada 23 Mac lalu turut melakukan rasuah apabila mengumumkan peruntukan kira RM5.7 bilion untuk negeri itu, dua hari selepas DUN dibubar.

“Walhal Taib Mahmud sejak 21 Mac lalu hingga pilihan raya berakhir bukan Ketua Menteri kerana Sarawak semasa sepanjang tempoh itu ditadbir oleh polis,” katanya.

Selain Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, tiga ahli parlimen yang turut membuat laporan ialah Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), Azan Ismail (Indera Mahkota) dan Gwo Burne Loh (Kelana Jaya).

Mendesak SPRM bertindak segera terhadap semua laporan berkenaan, Nurul Izzah berkata, tindakan Muhyiddin mengumumkan peruntukan RM73.68 juta dal;am tempoh itu, kononnya untuk kepentingan tiga kategori sekolah di negeri itu, juga amalan rasuah.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu di Sarawak, Mei tahun lalu, Najib pada satu ceramah melakukan rasuah terang-terangan apabila menjanjikan RM5 juta kepada pengundi jika BN menang dan kenyataan itu yang termuat dalam laman Youtube, dikecam rakyat.

“Saya mahu membuat perjanjian dengan anda, perjanjiannya amat mudah. Anda tolong saya, saya tolong anda. Jika Robert Lau, calon BN menang pada Ahad ini, maka esoknya saya akan memberi anda RM5 juta,” katanya, dipetik.

Sebelum ini, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memperlihat agensi itu sebagai bebas dalam menjalankan fungsinya meskipun autonomi mereka dijamin Perlembagaan Persekutuan.

“Kita tidak boleh harap sepenuhnya pada SPR dalam menguatkuasakan undang-undang (pilihan raya), mereka kelihatan tidak bebas dalam tindakan mereka,” katanya pada 30 Mac lalu.

Mengikut Buku Jingga, SPR dan SPRM antara yang akan direformasi secara menyeluruh jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru di peringkat persekutuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

KOMEN : Report jangan tak report jangan walaupun kita tahu laporan itu akan dibakulsampahkan. Jangan biarkan kumpulan IBLIS ini terlalu bermaharajalela sangat.

PERANGAI PEMIMPIN BN SARAWAK MACAM PENJAJAH – ANWAR

Penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia untuk mencapai kemerdekaan tidak ada maknanya jika pemerintah negeri berperangai seperti penjajah, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apakah maknanya kemerdekaan jika kita membiarkan mereka yang tamak dan rakus berterusan menjarah harta di negeri ini?

“Seolah-olah tidak cukup segala balak, tanah dan minyak yang diambil. Sudahlah, cukuplah,” katanya pada program ramah mesra bersama penduduk di Kampung Selampit dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Opa hari ini.

“Inilah yang peliknya. Sedangkan, negeri ini ditadbir orang Sarawak sendiri,” kata Anwar pada program ramah mesra bersama penduduk di Kampung Selampit dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Opa hari ini.

Program itu dihadiri ratusan penduduk kebanyakannya terdiri daripada


Mana jambatan kami? Dah janji berbelas-belas tahun!!

nelayan dan petani dari suku kaum Bidayuh yang mengakui kerap tertipu dengan janji manis pimpinan Barisan Nasional (BN).

Sekalipun ditadbir anak negeri sendiri, Anwar berkata, perubahan perlu dilakukan selagi maruah dan harga diri rakyat negeri ini diinjak-injak kelompok atasan yang tamak haloba.

“Negeri ini sudah rosak. Apakah kita akan terus diam dan sokong? Sekarang adalah waktunya kepada anak-anak muda untuk berani menyatakan pendirian demi mempertahan hak,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata, program Sayang Sarawak yang heboh ditayang TV3, sebuah media kawalan BN hanya bersifat sementara dan tidak mengutamakan kebajikan rakyat tempatan.

“Mereka sebenarnya bukannya sayang sangat kepada rakyat Sarawak tapi kepada Taib Mahmud, George Chan dan Alfred Jabu.

“Habis pilihan raya ini, habislah program Sayang Sarawak. Habislah orang Sarawak, tak kiralah suku Iban, orang Ulu, Dayak, Melanau atau Melayu.

“Semua tinggal janji,” kata Anwar yang turut kesal kerana kerajaan Sarawak mengabai janji untuk membina jambatan di kampung berkenaan sejak berbelas-belas tahun lalu.

Sumber : Keadilandaily.com

MUHYIDDIN AJAK BN SELANGOR BERMIMPI

Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin turun ke Selangor, dan melalui perlindungan bangunan-bangunan sekolah bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan beliau melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor. Semua janji-janji kerajaan PR adalah pembohongan, katanya.

Beliau menaburkan peruntukkan sebanyak RM3.22 juta kepada 32 sekolah agama bantuan kerajaan di Selangor dan kemudian dsan kemudian RM2.3 juta kepada 2 buah sekolah Cina di Jenjarom lalu mendakwa bahawa tidak seperti PR, inilah bukti komitmen kerajaan BN kepada pendidikan rakyat.

Hairan bagaimana seorang menteri yang mengurus portfolio pelajaran boleh mendakwa segala peruntukkan dari kementerian beliau adalah berhasil dari partinya? Hairan juga lawatan rasmi ke sekolah-sekolah sebagai suatu lawaan kerja akhirnya menjadi kempen politik menyerang parti pemerintah diperingkat negeri dan mengangkat serta melambung partinya sendiri!

Yang paling menarik adalah apabila Muhyiddin mendakwa bahawa BN Selangor sakan menawan 8 kerusi milik PR dalam PRU akan datang lantas menjatuhakn kerajaan PR Selangor.

Sekarang ini BN mempunyai 20 kerusi (DUN Selangor punya 56 kerusi) 18 Umno dan 2 MCA. BN juga melindungi sebuah lagi kerusi iaitu Pelabuhan Kelang yang wakil rakyatnya telah lompat keluar PKR dan mendakwa dirinya Bebas.

BN perlu menang 8 kerusi tambahan untuk mengembalikan kerajaan Selangor dalam pelukannya. Kalau 1 atau 2 kerusi mungkin cita-cita itu bolehlah dikira tidak musthail dicapai, itupun di Kelantan penggal lalu kerajaan PAS kekal bertahan dengan majoriti 1 kerusi. Tetapi nafsu Muhyiddin tertumpu pada 8 kerusi, seolah begitu rapuh sekali kedudukan PAS, PKR dan DAP di Selangor. Benarkah begitu?

Muhyiddin boleh berkata apa sahaja, maklumlah orang kalah. Tetapi hakikatnya saki baki kerusi BN di Selangor itupun goyah dan menunggu masa untuk terus rebah. Ketua Pembangkang DUN Selangor Satim Diman contohnya di DUN Seri Serdang memenangi kerusi berkenaan menewaskan calon PAS dengan kelebihan cuma 45 undi!

Adakah Muhyiddin mengambil kira kerusi Satim apabila beliau bernafsu mahu merampas 8 kerusi itu. Bagaimana pula kerusi DUN Sabak yang Umno menang dengan 117 undi dan DUN Sg Air tawar dengan kelebihan cuma 123 undi?! Jentera PAS bawah panji-panji PR sedang bertungkus lumus di Puchong dan Sabak Bernam sedang mengira hari untuk menawan ketiga-tiga kerusi rapuh milik Umno ini. Itu belum lagi kerusi Morib 286 dan Taman Templer 613 yang PAS juga tewas tipis.

Begitu juga DAP hampir pasti merampas dua kerusi yang ia tewas dalam PRU lalu pada tangan MCA menjadikan kekuatan DAP melonjak dari 13 ke 15 kerusi iaitu DUN Kuala Kubu Bharu (148) dan Sg Pelek (1572). Dalam PRU lalu DAP bertanding 15 kerusi dan cuma tewas dua kerusi ini.

Dan PKR juga hampir pasti merampas kembali Pelabuhan Kelang yang kini diwakili oleh pengkhianatnya, ia bertenaga menawan Kuang yang ia tewas pada Umno dengan 517iundi dan Permatang dengan 608 undi.

Lalu dari mana datang angka 8 Muhyiddin itu? Adakah 8 bermakna Umno nanti cuma dapat bertahan di 8 kerusi sahaja atau bagaimana?

Kita tidak mahu kelihatan terlalu “over confident” memanglah suasana luaran menggambarkan seolah PR tidak stabil tambahan kalah beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini, tetapi diperingkat akar-umbi bagaimana? Umno di Kelantan juga sejak tewas pada tahun 1990 terus menerus naik dan melonjak nafsunya tetapi tidak kesampaian. PRU 1995, 1999, 2004 dan terakhir 2008 Umno terus kempunan walaupun nafsunya besar nak menobatkan dari Anuar Musa kemudian Mustapha Mohammad, Awang Adek sebagai MB, semuanya kecundang!

Pencapian kerajaan PR Selangor adalah sumber kekuatannya. MB, EXCO dan ADUN yang bersih, ikhlas dan lebih mesra rakyat makin menjauhkan BN dari hati rakyat di Selangor. Program-program yang lebih dekat pada hati rakyat umpama program Merakyatkan Ekonomi Selangor, berkesan menawan hati rakyat kebanyakkan. Air percuma, skim warga usia emas, Tabung Warisan Anak Selangor, hadiah masuk university dan lain-lain yang tidak pernah dirasai sebelum ini member peluang kepada rakyat turut menikmati kekayaan negeri yang sebelum ini dibolot oleh pimpinan Umno dan BN negeri.

Muhyiddin perlu akur bahawa rakyat menolak BN dan Umno pada PRU lalu lantaran pincang dan tempamngya pimpinan dan pentadbiran negeri bawah BN dan Umno. Itu suatu fakta yang kekal bersarang di hati rakyat. Rakyat Selangor tidak mudah lupa angkara mereka itu dan ketenangan serta kesejahteraan bawah PR makin mengikis aki baki kepercayaan mereka pada BN dan Umno.

Bermimpilah Muhyiddin dengan 8 kerusi itu, rakyat Selangor insyallah berbangga dengan perubahan yang telah mereka bawa menyelamatkan negeri ini dari tangan gergasi yang ganas dan kotor bselama lebih 50 tahun lalu. Tidak ada sebab mereka mahu mengundang kembali mimpi ngeri mereka. Teruslah bermimpi Muhyiddin.

KOMEN :

Golongan Mahyuddin ini yang membawa dasar Iblis dalam sistem pentadbiran negara akan membawa satu malapetaka yang amat berbahaya terhadap genarasi masa depan. Kerana apa? Kerana dasar Iblis membolehkan golongannya ini berbuat apa sahaja hatta berpolitik dalam kawasan sekolah. Malah seekur lagi mengatakan bahawa membawa pembangunan mee segera bernilai jutaan ringgut di setiap pilihan raya kecil bukan rasuah.Dajjal ini juga cuba memberi perlindungan kepada 3 ekur anjing di bawah akta keterangan saksi, kemudian ia menarik balik kenyataannya itu atas alasan tersalah tafsir. Begitu bodohnya menteri ini.

Apabila orang yang dituduh, dihina dan dimalukan bangkit hendak menjelaskan tuduhan jahat dan fitnah yang ditaburkan itu, maka ia menghalangnya dengan menggunkan kuasa memperalatan pasukan polis untuk melindungi kejahatan, kezaliman yang ia lakukan selama ini.

BABI dan haramjadah sungguh kamu.

.: Kejutan Petang

.: Kejutan Petang: "Eskay Rupanya Tukang Urut Mahathir? SEMASA saya berada di Kuching Sarawak lagi kawan ini mencari saya. Katanya ada perkara penting. Saya k..."

.: Ulasan Isu

.: Ulasan Isu: "Video Dalam Kotor Ada Rahmatnya SESETENGAH orang UBN tidak sependapat mengenai isu video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim. Ada yang kel..."

.: Jamahan Malam

.: Jamahan Malam: "Hishamuddin Kena Lawan Tikus Dulu.. KHABARNYA Menteri Dalam Negeri (KDN) Hishamuddin Hussein akan menyaman Anwar Ibrahim. Kesalahannya ker..."

KEDAH ONLINE: Pemimpin UMNO Masih Cemas Memikirkan Anwar

KEDAH ONLINE: Pemimpin UMNO Masih Cemas Memikirkan Anwar: "Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mencemaskan Barisan Nasional kerana kepimpinan beliau di dalam Pakatan Rakyat semakin man..."

KEDAH ONLINE: Menteri Besar, YAB Dato' Ustaz Azizan Abdul Razak ...

KEDAH ONLINE: Menteri Besar, YAB Dato' Ustaz Azizan Abdul Razak ...: "KUPANG, 30 Mac 2011 - Lima mangsa banjir kilat di kawasan sekitar DUN Kupang mendapat perhatian Menteri Besar YAB Dato’ Seri Azizan ..."

AGEN DSAI....: Umno Guna Blogger Upahan Serang Anwar..(video)

AGEN DSAI....: Umno Guna Blogger Upahan Serang Anwar..(video): "tvselangor 31032011 - Umno Guna Blogger Upahan Serang Anwar.mpg"

AGEN DSAI....: Sivarasa Rasiah Beri Amaran Kepada Dato "T"...!!!

AGEN DSAI....: Sivarasa Rasiah Beri Amaran Kepada Dato "T"...!!!: "SHAH ALAM 31 MAC: Penasihat undang-undang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah memberi amaran kepada Datuk Shazryl Eskay Abdullah su..."

AGEN DSAI....: woit..polis malaysia dah takdak keja lain ka..keke...

AGEN DSAI....: woit..polis malaysia dah takdak keja lain ka..keke...: "Ceramah DNA: Polis arah Anwar rakam kenyataan Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikehendaki hadir ke ibu pejabat polis bagi m..."

AGEN DSAI....: Umno Guna Blogger Upahan Serang Anwar..(video)

AGEN DSAI....: Umno Guna Blogger Upahan Serang Anwar..(video): "tvselangor 31032011 - Umno Guna Blogger Upahan Serang Anwar.mpg"

HARUSSANI: SAYA TAK MEMBISU, PERNAH KECAM VIDEO SEKS AIB ANWAR

KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.

“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.

“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya.

Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.

“Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.

Sumber : themalaysianinsider