DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, September 29, 2009

NAJIB : TEROPONG SIAPA?

























“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

ISA SAMAD CALON UMNO DI BAGAN PINANG

Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,

Akhirnya Isa Samad dicalonkan bertanding di Bagan Pinang, Negeri Sembilan dalam pilihan raya kecil pada 11 Oktober nanti. Najib Tun Razak terpaksa akur dengan kehendak dan ugutan para penyokong Isa yang mahukan Isa kembali aktif dalam politik nasional khususnya di Negeri Sembilan yang kini dikuasai oleh kerajaan adik-beradik Mohamad Hassan selaku MB. Tindakan ini bermakna UMNO tidak peduli dengan nasihat Dr Mahathir Mohamad berharap agar Barisan Nasional tidak meletakkan Isa sebagai calon. Beliau berkata tindakan meletakkan calon yang telahpun didapati bersalah dalam rasuah politik hanya akan menyebabkan rakyat mnganggap UMNO tidak serius dalam memerangai politik wang.


"Tan Sri Isa sudah didapati bersalah, kalau Umno letak dia juga bermakna bahawa Umno tak ambil berat tentang kes-kes macam ini. Kalau pun dia boleh menang di situ, kena fikir seluruh Malaysia fikir apa terhadap Umno," kata Mahathir. Beliau turut menegaskan ianya bukan mewakili Teluk Kemang sahaja, malah rakyat akan melhat sebagai UMNO seluruh Negara”-kata Dr.Mahathir


Lembaga Disiplin Umno menggantung keahlian Isa selama tiga tahun [24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008] berhubung amalan politik wang dalam dalam perhimpunan agung UMNO tahun 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan ol
eh Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang.Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.


Salim Shariff yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol turut digantung keahlian selama sepenggal atau tiga tahun.Semua jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ketua UMNO bahagian Teluk Kemang digantung. Pada 6 Julai 2005 , Majlis Tertinggi UMNO menolak rayuan Isa Samad tapi mengurangkan hukuman penggantungan dari 6 tahun kepada 3 tahun sahaja. Selepas bebas daripada hukuman, beliau kembali aktif berpolitik dan memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang sampai kini.


"Dua macam golongan manusia yang apabila keduanya baik maka akan baiklah masyarakat. Tetapi, apabila keduanya rosak maka akan rusaklah masyarakat itu. Kedua golongan manusia itu adalah ulama dan penguasa." [HR Abu Na’im]",

Akan datang penguasa-penguasa fasik dan zhalim. Barangsiapa percaya kepada kebohongannya dan membantu kezalimannya maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, dan dia tidak akan masuk syurga." [HR Tirmizi].

Dalam hadis di atas Rasulullah saw menerangkan bahawa penguasa itu ada yang baik dan ada pula yang buruk. Begitu pula ulama itu ada yang baik dan ada yang buruk (ulama su‘).

Lebih tegas lagi Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menyatakan dan mengingatkan kita bahawa ulama su’ ini adalah seburuk-buruk manusia.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.; "Akan tiba suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". [HR al-Baihaqi].


Umat Islam [malah pengundi bukan Islam] di Bagan Pinang wajar menilai sesuatu itu bukan atas dasar manfaat semata-mata. Mereka haruslah menyandarkan apa yang telah dilakukan oleh para pemimpin UMNO itu. Mereka sepatutnya pandai menilai mana intan dan mana kaca hanya dengan Al-Quran dan Sunnah sahaja penyelamat umat manusia di dunia ini. Jernihkanlah pemikiran dan buatlah keputusan berdasarkan nas, bukan hawa nafsu. Humbankan UMNO ke laut Cina Selatan


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Monday, September 28, 2009

KHIR TOYO DAN PENYAPU




RUMAH MEWAH KHIR TOYO ALA BALI



“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

MAHFOZ : TINDAKAN SPRM TERHADAP NEGERI SELANOR TIDAK ADIL

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,



Pada hari Sabtu, 26 September lalu, saya berkesempatan menghadiri sebahagian temu bual YB Dato’ Haji Mahfoz bin Haji Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena dengan sekumpulan wartawan tempatan sempena rumah terbuka aidil fitri beliau di perkarangan masjid Al-Taqwa, di Alor Setar, Kedah. Rumah terbuka beliau dihadiri oleh rakyat dari pelbagai kaum dan berbagai peringkat umur. Majlis ini juga turut dihadiri staf kepimpinan negeri termasuk pemimpin PKR dan DAP.



Dalam temu bual tersebut, Mahfuz melahirkan kekesalannya terhadap sikap Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia [SPRM] yang bertindak tidak adil dan tidak konsisten dan ia merupakan satu bentuk diskiriminasi yang nyata terhadap kerajaan negeri Selangor berbanding dengan kes-kes yang berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia pada masa yang sama.


Tindakan ini, tegas beliau adalah merupakan satu pencabulan kebebasan asasi atau kebebasan diri yang diperuntukan dalam perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan. Tindakan agresif SPRM ini tambah beliau, bertujuan melindungi UMNO daripada terbongkarnya segala bentuk penyelewengan, menyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah yang yang berluasa ketika Selangor diperintah oleh Khir Toyo supaya segala kekotoran yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO termasuk Khir sendiri tidak terdedah kepada rakyat yang semakin meluat terhadap UMNO.


Sebagai contoh, kata beliau, penyiasatan yang dijalankan oleh Selcat mendapati ada pegawai-pegawai kerajaan dipaksa meluluskan peruntukan kewangan bernilai jutaan ringgit dalam masa satu minit, yang biasanya diluluskan dalam masa 14 hari. Setiap kawasan di DUN Selangor akan menerima peruntukan sebanyak RM10 juta bagi pembinaan prasarana telah diselewengkan untuk digunakan dalam PRU 2008. Wakil rakyat UMNO/BN menghabiskan peruntukan RM10 juta tersebut dalam tempoh yang singkat bagi memenangi PRU ke-12 lalu.


Di samping itu, kata beliau, ia juga merupakan strategi dan taktik SPRM [Penulis : SPRM adalah barua UMNO] untuk mengulingkan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor sepertimana yang mereka telah berjaya lakukan di Perak. Cubaan mereka untuk membeli wakil-wakil rakyat [merasuahkan] di negeri Kedah setakat ini gagal [kecuali seorang yang berjaya dibeli oleh UMNO itu pun kerana ADUN ini mempunyai masalah peribadi yang teruk amat memerlukan wang untuk meneruskan hidup-Penulis] kerana hasil sokongan rakyat serta perpaduan yang erat dalam Pakatan Rakyat. Segala masalah yang timbul dapat diselesaikan secara baik menyebabkan UMNO kekeringan idea, tidak sempat mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan pemimpinan Pakatan Rakyat.


Walau bagaimana pun, beliau percaya dan yakin, Tan Sri Khalid Khalid Ibrahim selaku MB akan berjaya mengatasi karenah dan tindak tanduk SPRM dan UMNO yang ketandusan idea untuk berjuang atas platform demokrasi yang sebenarnya.


Dalam majlis itu juga, Mahfoz melancarkan tabung kutipan derma untuk digunakan di pilihan raya kecil di Bagan Pinang, Negeri Sembilan.




II. PANDANGAN TUN TELANAI :


Apa yang disuarakan oleh Mahfoz itu adalah hakikatnya. SPRM tidak berupaya untuk menafikannya, walaupun Najib cuba mempertahankan tindakan ganas SPRM itu dengan berkata tindakan SPRM itu bukan bermotifkan politik. Persepsi rakyat terhadap tindakan rakus ala samseng [melebihi daripada tindakan yang dilakukan oleh regim Israel terhadap rakyat Palestain] terhadap wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat begitu dashat sekali sukar untuk menolak tidak adanya agenda politik UMNO dibelakang SPRM itu.


Mereka disiksa mental dan fizikal sehingga membawa kematian Teo Beng Hock, Setiausaha Politik kepada anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah [ADUN Seri Kembangan] Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Kerajaan Negeri Selangor. Tidak sepadan kesalahan yang mereka lakukan berbanding dengan Khir Toyo dan gerombolannya yang melakukan berbagai jenayah penyelewengan dan amalan rasuah berlipat kali ganda besarnya, tetapi SPRM tidak mengambil kisah pun, kalau ambil tindakan pun ia dilakukan sambil lewa sahaja ibarat melepaskan batuk di tepi tangga sahaja.


Ada tuduhan mengatakan terdapat dajal-dajal yang ada dalam SPRM memperdagangan laporan rasuah yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang melibatkan pemimpim besar UMNO. Di Selangor, Khir Toyo dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan dajal-dajal ini. Salah seorang daripadanya ialah Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim. Khir Toyo "diselamatkan" oleh si celaka laknattullah ini daripada pelbagai tuduhan rasuah dan salahguna kuasa semenjak ia ditabalkan sebagai MB Selangor dalam usia paling muda seikitar 30an mengantikan Abu Hassan Omar yang dipaksda meletakkan jawatan kerana terlibat skandal seks dengan iparnya. Si dajal ini juga dituduh bersubahat dengan Khir Toyo untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Iblis ini juga didakwa menjadi aktor penting dalam proses soal siasat Beng Hock sehingga membawa kematiannya.


Ahmad Lutfi Othman sekitar bulan Oktober 2001 pernah beberapa kali membuat laporan rasuah Khir Toyo kepada BPR [kini SPRM] dan kepada pasukan polis, tetapi tidak ada tindakan yang diambil. Khir Toyo dibersihkan dan lepas-bebaskan.

Sila Rujuk link ini : http://detik.daily.tripod.com/khir.htm


Ini Lagi :
http://www.geocities.com/pas_bukitmahkota/isu_gugat_khir_toyo.htm


Ini pula :
http://wengsan.blogspot.com/2008/05/how-bn-finished-rm500k-in-less-than-60_12.html


Khir Toyo sebenarnya iblis menyamar merupakan manusia. Adalah wajar manusia berwatakan iblis seperti ini menerima surat yang mengandungi ugutan bunuh kerana manusia seperti Khir Toyo tidak boleh biar hidup lama di dunia kerana beliau seorang pengkianat dan merompak khazanah rakyat dengan dengan sewenang-wenangnya. Tindakan orang yang menulis surat itu adalah seorang pejuang bangsa, agama dan Negara. Dia bertindak begitu untuk membela rakyat dari kerakusan manusia-manusia berwatakan iblis yang banyak terdapat dalam UMNO.


Mari kita lihat lagi kejahatan Khir Toyo dalam meratah kekayaan khazanah Negara :


1.Sultan Selangor menegur amalan kerajaan negeri bawah pentadbiran UMNO [baca: Khir Toyo] kerana tidak mengamalkan perbelanjaan berhemah. Seorang wakil rakyat [ADUN Kampung Tunku] yang membelanjakan RM500,000 tidak sampai 60 hari hingga Februari 2008. Sebelum PRU ke-12, 8 Mac 2008, 54 ADUN UMNO/BN membelanjakan RM500,000 dalam tempoh 50 hari melibatkan wang sebanyak RM27 juta.


2. Membina rumah mewah ala Bali bernilai RM24 juta di atas seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar bernilaim RM3.8. Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.


3. Khir Toyo terlibat dengan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi .


4. Terlibat bersama isterinya, Zaharah Kechik memindahan dana sebanyak RM 9.9 juta oleh Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) ke akaun Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri (Bakti) Kerajaan Pusat tanpa kebenaran kerajaan negeri.


5. Khir Toyo juga bertindak seperti Israel meroboh dan menutup masjid dan surau. Ketika beliau berkuasa dalam tempoh 8 tahun, beliau sempat meroboh 2 masjid dan 6 buah surau, manakala Israel dari tahun 1948 sebanyak 1,200 buah masjid berjaya dimusnahkan.


Saya rasa cukup setakat ini. Manusia bernama Khir Toyo mesti dinyahkan daripada arus politik Negara kerana penglibatabn beliau dalam politik tidak membawa sebarang kebaikan, malah rakyat semakin tertekan dan kekayaan khazanah habis dibolot oleh beliau dan kuncu-kuncunya.



“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”


"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sunday, September 27, 2009

UMNO MENGHANTAR PENGKAJI KE JEPUN

Sumber : Telaah Politik
[http://telaahpolitik.blogspot.com/2009/09/umno-menghantar-pengkaji-ke-jepun.html]


Tanpa diduga Parti Liberal Demokratik (LDP) yang telah memerintah Jepun secara berterusan selama 54 tahun, telah kecundang dalam Pilihanraya Kebangsaan Jepun akhir bulan lalu. Parti LDP begitu banyak berjasa untuk membawa negara matahari terbit itu menjadi kuasa besar ekonomi dunia. Bagaimanapun dalam pilihanraya baru-baru ini parti itu kecundang kepada sebuah parti pembangkang baru, iaitu Parti Demokratik Jepun (DPJ), sebuah parti yang cenderung kepada haluan sederhana-kiri.Kekalahan mengejut LDP ini telah mencatatkan sejarah baru dalam politik Jepun apabila sebuah parti paling kuat dan berpengaruh tumbang di tangan parti baru, yang langsung tidak pernah mempunyai pengalaman memerintah. Kekalahan itu dikatakan berpunca daripada krisis dalaman LDP yang memuncak ekoran perletakan jawatan Perdana Menteri sebelum ini Junichiro Koizumi pada tahun 2006. Ekoran kekalahan itu, Perdana Menteri Jepun Taro Aso, yang memimpin LDP dan beberapa pemimpin kanan parti itu mengumumkan perletakan jawatan bagi memikul tanggungjawab kekalahan teruk LDP.


Berikutan dengan kekalahan LDP itu, UMNO sebagai tunjang BN yang memerintah Malaysia telah menghantar sebuah kumpulan untuk mengkaji faktor-faktor kekalahan LDP tersebut. UMNO benar-benar bimbang nasib LDP ini akan menimpa mereka berkebetulan umur pemerintahan UMNO akan genap 54 tahun menjelang ulangtahun kemerdekaan negara pada tahun 2011 kelak, iaitu beberapa bulan sebelum Pilihanraya Umum yang ke-13. Malah bukan sekadar umur, faktor-faktor kekalahan LDP yang lain juga telah ada pada UMNO.


Ramai pemerhati politik melihat dasar liberalisasi LDP sejak tahun 1990 an menyumbang kepada kekalahan besar parti itu. Dasar liberalisasi tersebut telah memberi tumpuan kepada golongan peniaga dan korporat dan mengabaikan rakyat teramai. Kesannya dasar tersebut telah melebarkan jurang antara golongan kaya dan miskin di Jepun. Dasar yang sama telah dilaksanakan oleh Malaysia sejak era pemerintahan Dr Mahathir pada dekad 1980 an. Bagaimanapun pelaksanaannya pada ketika itu secara terpilih.


Pada dekad 1990 an, Dr Mahathir melonggarkan sedikit lagi dasar kawalannya terutama dalam sektor tertentu seperti pendidikan dan teknologi komunikasi sehinggalah berlakunya krisis kewangan tahun 1997. Semasa era pemerintahan Pak Lah, dasar liberalisasi ini diperluaskan kembali oleh penasihat-penasihat Pak Lah di tingkat empat. Salah satu bukti yang jelas ialah perkongsian kepentingan asing di Wilayah Iskandar di samping beberapa dasar yang lebih liberal seperti dasar yang berkaitan dengan teknologi automatif.


Semasa era Najib hari ini, beliau dilihat lebih agresif memperkenalkan dasar liberalisasi ini. Baru-baru ini, beliau telah bertindak melonggarkan kawalan pemilikan saham asing. Beliau juga telah memberikan komitmen untuk meneruskan dasar perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat yang masing tergantung sehingga hari ini. Malah dalam ucapan beliau melancarkan program 1 Malaysia, dasar liberalisasi kelihatan turut diberikan penekanan penting. Kesan dasar ini akan melebarkan lagi jurang golongan kaya dan miskin yang telah sedia lebar sebelum ini.Sepertimana LDP, UMNO masih mengharapkan kesetiaan rakyat khususnya orang Melayu untuk terus menyokong mereka. Kesetiaan orang Jepun kepada pemerintah sememangnya dikenali dunia, sehingga dianggap sebagai ciri-ciri tamadun mereka yang penting. Sehingga kini institusi raja di Jepun masih dikekalkan disebabkan semangat kesetiaan itu, walaupun peranan Maharaja Jepun itu tidaklah sepenting dahulu. Kesetiaan mereka itulah turut menjadi faktor LDP kekal begitu lama sejak 54 tahun lalu.


Selain daripada itu, kepimpinan LDP yang kerap bertukar khususnya semasa dekad 1990 an turut menyumbang rakyat terus meletakkan harapan kepada mereka. Setiap kali berlakunya pertukaran kepimpinan, maka rakyat akan meletakkan harapan baru kepada parti itu. Perdana Menteri Jepun sebelum ini, Junichiro Koizumi, adalah antara yang paling lama memegang jawatan iaitu dari tahun 2001 hingga 2006. Sepertimana LDP, UMNO juga sedang menggunakan pendekatan yang sama untuk mengekalkan sokongan rakyat.


Penolakan rakyat terhadap LDP, turut diwarnai oleh kemunculan parti yang berhaluan sederhana-kiri seperti DPJ. Parti seperti ini lebih dilihat pro rakyat, bukannya pro korporat. Penolakan kepada parti-parti yang pro korporat seperti telah menjadi trend mutakhir ini bermula di Amerika Latin, dan yang terkahir di Jepun. Menarik sekali, lawan UMNO iaitu PAS, PKR, DAP, PRM dan PSM turut mempunyai ciri-ciri sederhana-kiri tersebut. Malah parti-parti itu telah mendapat tempat di kalangan golongan kelas menengah.


Fenomena-fenomena ini telah menyebabkan UMNO benar-benar bimbang. Diberitakan mereka telah menghantar para pengkaji untuk mengkaji kekalahan LDP di Jepun.


PANDANGAN TUN TELANAI:


Rata-rata pandangan orang ramai dan pendapat banyak tulisan yang dimuatkan dalam akhbar-akhbar alternative termasuk internet mengulas perkara yang sama. Kekalahan LDP memberi amaran kepada UMNO bahawa ia juga akan menerima nasib yang sama. Kekalahan LDP turut memberi perangsang kepada Pakatan Rakyat untuk berusaha lebih keras lagi bagi memastikan UMNO tumbang pada PRU ke-13 nanti.


Tetapi, saya mempunyai pandangan lain. UMNO akan terus memegang tampok kuasa di Negara ini sama ada ia kalah atau menang. Kalah pun UMNO akan tetap terus berkuasa, apatah lagi sekiranya ia menang dalam pilihan raya itu, tidak kiralah sama ada melalui kaedah rasuah politik, penipuan, penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa yang ada padanya, yang tidak ada pada pihak Pakatan Rakyat.


Malahan pula, rakyat di negara ini khususnya majoriti orang Melayu-Islam di luar bandar [termasuk sebilangan Raja-raja Melayu] menerima kaedah penipuan, penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa oleh UMNO dianggap merupakan satu kaedah yang halal dan sah dari segi Islam dan undang-undang negara. Bukan sedikti orang alim dalam negara ini yang menyokong sebuah parti yang terbukti jelas mengamalkan rasuah, pecah amanah dan yang tidak ada pertanggungjawaban terhadap Allah dan RasullahNya, apatah lagi terhadap rakyat marhaen di bawah.


Sekiranya golongan ini sedar [seperti yang dituntutan al-Quran dan al-Hadith], maka sudah tentu mereka akan menolak UMNO dan memberi sokongan sepenuhnya kepada PAS yang terbukti kepimpinan PAS tidak seorang pun yang terjebak dalam kancah amalan buruk yang menjadi pegangan dan budaya dalam UMNO selama ini.


Pemergian beberapa pemimpin UMNO ke Jepun seperti yang disebut oleh penulis Telaah Politik bukan untuk mengkaji bagaimana LDP yang memerintah Jepun selama 54 tahun boleh kalah dalam pilihan raya, tetapi pemergian mereka ada tujuan lain, ada agenda lain sepertimana yang dilakukan oleh bekas PM, Abdullah Ahmad Badawi membawa Ahli-ahli Parlimen UMNO/BN melawat Cina dalam bulan puasa pada pertengahan September tahun lalu dan kembali semula ke Malaysia selepas tarikh 16 September dengan alasan lawatan sambil belajar mencari idea-idea baru untuk pembangunan Malaysia.


Sebenarnya UMNO tidak takut dan gentar menghadapi pembangkang iaitu Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Kalah atau menang, UMNO tetap boleh membentuk kerajaan, walaupun dari segi maruahnya tercalar, moralnya jatuh dan akan mendapat malu bukan alang kepalang, ia akan ditempelak oleh masyarakat antarabangsa [masyarakat sendiri sebahagiannya bolehlah dikelentong], namun UMNO akan melakonkan sindrom ‘bisu’ dan buat ‘pekak badak’ terhadap cemuhan dan maki hamun yang bakal dilemparkan kepadanya oleh rakyat.


Contohnya isu rampasan kuasa di Perak. Najib Tun Razak berkerjasama dengan Sultan Perak dan dibantu oleh PDRM, SPRM dan sistem keadilan [mahkamah dan Jabatan Peguam Negara] mengulingkan kerajaaan Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihan raya. Sebuah kerajaan yang bergelomang dengan amalan rasuah ditegakkan melalui kaedah di luar batas undang-undang dan perlembagaan, iaitu melalui paksaan dan melalui mahkamah yang menjadi kandang sarkis. Najib enggan mengunakan saluran politik untuk mengulingkan kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi memilih jalan yang bengkang-bengkok untuk menegakkan sebuah kerajaan yang ditolak oleh rakyat. Isu ini tidak akan berkesudahan selagi tidak ada pilihan raya baru. Setakat ini, tidak ada tanda-tanda yang UMNO mahukan menyelesaikan isu secara ‘anak jantan’ dengan menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk menentukannya.


UMNO tidak kisah, satu atau dua buah negari jatuh ke tangan pembangkang, tetapi UMNO akan berusaha sedaya untuk mempertahankan kerajaan persekutuan dari terlepas ke tangan Pakatan Rakyat kerana baginya tanpa kuasa di peringkat persekutuan bererti dunia sudah ‘kiamat’ buat UMNO dan ia akan mati buat selama-lamanya.


Oleh itu, saya berpendapat UMNO akan terus kekal berkuasa melalui :

1. UMNO akan terus mengamalkan demokrasi separuh masak yang banyak mengekang kebebasan rakyat dan parti-parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat. Kekangan ini akan dibuat melalui SPR yang meminda, mengubal undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang ‘gila’ yang tidak bertamadun. Penguatkuasaanya pula akan dilakukan oleh PDRM seperti yang kita saksikan dalam beberapa siri demontrasi yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan NGO-NGO tertentu yang telah menjadi sebahagian budaya kita semenjak dari dahulu lagi. LDP kalah kerana kerana ia melaksanakan dasar liberalisasi dan demokrasi yang bebas.


2. Banyak institusi-institusi kerajaan yang diketuai oleh pendokong-pendokong UMNO seperti di dalam PDRM, SPRM, SPR, Kehakiman dan Peguam Negara. Mereka ini akan mencipta berbagai kaedah dan pendekatan untuk menyelamatkan UMNO. Kaedah yang paling mudah ialah melakukan tindakan provokasi dan mencetuskan keadaan haru-hara dalam Negara bagi menampak keselamatan rakyat dan Negara terancam, maka pihak keselamatan [PDRM atau tentera] akan masuk campur. Undang-undang darurat akan diisytiharkan dan diiikuti tangkapan secara besar-besaran ke atas para pemimpin Pakatan Rakyat.


Perkara ini pernah berlaku pada 1969 dan tahun 1978 di Kelantan. Di Algeria, parti Islam pernah menang dalam pilihan raya, tetapi tidak boleh membentuk kerajaan sampai sekarang disebabkan tentera mengambilalih kerajaan dan menahan para pemimpinnya. Begitu juga di Burma, Aung San Suu Kyi yang memimpin partai Liga Nasional untuk demokrasi yang menjadi memenangi pilihan raya pada tahun 1990, telah dipenjara dan menjalani tahanan rumah hampir 20 tahun. Tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku di Malaysia.


3. Di Malaysia, Raja-raja Melayu masih ada peranannya, walaupun di zaman Mahathir memerintah banyak kekebalan Raja-raja Melayu dibuang, namun mereka masih ada kuasa dalam menentukan pemerintah negara dan negeri. Sebahagian besar dikalangan Raja-raja Melayu ini, pengaruhi UMNO masih mencengkam kuat di tembok di sekeliling istana.


Sebagai kesimpulannya, janganlah kita terlalu mimpikan untuk mengambilalih kuasa pemerintahan dari tangan UMNO melalui jalan demokrasi, walaupun hakikatnya kini rakyat cukup meluat dan benci kepada UMNO, namun UMNO ada senjatanya tersendiri akan menikam kita disaat-saat ajalnya hampir tiba.


Tujuan saya memberi pandangan sebegini adalah untuk memberi peringatan kepada seluruh rakyat yang mahukan perubahan dan reformasi berlaku dalam negara ini khususnya para pemimpin Pakatan Rakyat wajar bersedia dari sekarang. Namun, kuasa Allah s.w.t lebih daripada segala-segalanya. Kita merancang, Allah juga merancang, tetapi perancangan daripada Allah s.w.t maha hebat tidak tandingan, yang pastinya UMNO akan hancur.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

UMNO TIDAK BELAJAR DARI PENGALAMAN - DR M


Sumber : Harakahdaily,net
[http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22572&Itemid=1]


Umno menunjukkan kepada dunia bahawa ahli-ahlinya tidak belajar dari pengalaman
apabila terus mendesak supaya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Kritikan Dr Mahathir yang semakin lantang menjadikan laluan Isa semakin sukar untuk menjadi calon BN di Bagan Pinang walaupun percubaan demi percubaan dibuat untuk mencalonkan bekas Naib Presiden Umno itu dalam pilihan raya kecil tersebut yang akan diadakan 11 Oktober ini.


"Kita tak banyak belajar, sebelum ini kita meletakkan seorang pembohong menjadi calon, yang dipecat oleh Majlis Peguam, yang menggunakan duit pelanggannya.


"Jika kita meletakkan calon seperti itu, sudah pasti kita akan kalah," Malaysian Insider memetik bekas Presiden Umno itu berkata.



Dr Mahathir juga membidas para pemimpin Umno di Telok Kemang yang mengungkit bahawa beliau juga pernah diusir dari Umno oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman tetapi kemudiannya diterima semula ke dalam Umno.


"Saya diusir bukan kerana rasuah atau politik wang tetapi kerana perbezaan pendapat dengannya (Tunku).


"Bila saya kembali (ke dalam Umno), ia kerana pandangan saya diterima. Saya tidak pernah mencuri wang," kata bekas Pengerusi BN itu.


Rabu lalu, Ketua Pemuda Umno bahagian Telok Kemang Mohd Faizal Ramli mempertahankan keputusan untuk menamakan Isa sebagai calon BN bagi pilihan raya tersebut.


Isa digantung keahliannya dalam Umno selama tiga tahun 2005 lalu kerana dituduh terlibat dalam politik wang ketika beliau muncul sebagai pemenang jawatan Naib Presiden dengan undi tertinggi pada pemilihan parti itu 2004 lalu, iaitu sebanyak 1,507 undi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Timbalan Presiden Umno kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).


Beliau kini ialah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan kawasan DUN Bagan Pinang berada dalam bahagian itu.


Isa sebelum ini menolak pandangan yang menyatakan beliau akan menjadi liabiliti kepada BN jika dicalonkan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.


"Dalam pembangkang, hatta bekas banduan pun boleh bertanding," kata beliau yang dilihat merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Saya bukan penjenayah," tambah beliau.


Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu dilaporkan satu-satunya calon yang dikemukakan oleh Umno Telok Kemang kepada pucuk pimpin parti itu untuk dipertimbangkan sebagai calon BN dalam pilihan raya tersebut.


Bagan Pinang mempunyai 13,664 orang pengundi dan 4,604 dari jumlah tersebut adalah pengundi pos.


Dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, calon BN, Allahyarham Azman Mohd Nor memenangi kerusi tersebut dengan mendapat 6,430 undi mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail yang mendapat 4,097 undi.


Pilihan raya kecil tersebut akan diadakan berikutan kematian Azman.


BN hanya memenangi kerusi Bagan Pinang dan Linggi dalam kawasan Parlimen Telok Kemang dalam pilihan raya umum lalu.-mna Kerusi Parlimen Telok Kemang, kerusi DUN Chuah dan kerusi DUN Port Dickson dimenangi oleh PKR manakala kerusi DUN Lukut dimenangi oleh DAP. Kemenangan BN di Bagan Pinang dan Linggi dipercayai berpunca dari undi pos. Linggi mempunyai 1037 undi pos.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

Saturday, September 26, 2009

GAMBAR DISEKITAR RUMAH TERBUKA YB DATO' HAJI MAHFOZ HJ OMAR

KAUM CINA TURUT MENGUNJUNGI RUMAH TERBUKA MAHFOZ




KANAK-KANAK CINA TURUT TERIMA DUIT RAYA

KAUM BUKAN ISLAM MENUIKMATI JAMUAN RAYA






“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”



Tuesday, September 22, 2009

PENYELEWENGAN UMNO TERHADAP ORANG MELAYU-ISLAM

Oleh : Tun Telanai

Assalamu’alaikum wm.wrt,

UMNO berhempas pulas u
ntuk mengekalkan kuasa dengan memperalatkan seluruh institusi-institusi kerajaan dan disokong oleh institusi istana tertentu bukanlah bermatlamatkan untuk membantu rakyat dan negara mengecapi pembangunan selari dengan pembangunan yang dicapai oleh negara-negara lain di dunia ini. Nawaitu utamanya ialah untuk terus berkuasa dan dengan kuasa itu UMNO dan para pemimpinnya [termasuk ahli-ahli keluarga institusi istana tertentu] dapat mengawal, mengepong dan monopoli kekayaan negara ini daripada melimpah keluar yang memboleh rakyat sama-sama berkongsi merasai nikmat kekayaan negara kerana di luar sana masih banyak rakyat dibelenggu dalam lingkaran kemiskinan.

Dalam erti kata lainnya, UMNO akan teta
p memastikan kekayaan negara ini hanya beredar disekitar golongan mereka sahaja tidak kepada rakyat. UMNO dan para pemimpinnya tetap mahu menjadi ‘TUAN’ dan rakyat selama-lamanya terus menjadi ‘HAMBA’. Konsep feudalisma masih tebal dianuti dan dihayati oleh UMNO. Oleh itu, UMNO akan terus melaksanakan langkah-langkah membataskan reformasi pengagihan ekonomi yang adil, mengekang perjalanan demokrasi dalam negara ini dan mengawal institusi-institusi keselamatan dan keadilan supaya institusi-institusi tersebut kekal berpihak kepadanya. UMNO mahu rakyat berterusan berada dalam keadaan buta huruf dan berada dalam kemiskinan.


Dua keadaan inilah yang membolehkan UMNO mempertahankan kuasa sehingga kini. Paling disukainya ialah lebih ramai rakyat buta huruf dan berada dalam kedudukan kemiskinan [menjadi peminta sedekah], maka lebih baik baginya kerana dengan kedudukan sedemikian, maka UMNO boleh berlakon menonjolkankan imej baiknya itu dan ia menjadi semakin bernilai dan popular di mata rakyat khususnya dikalangan golongan ini yang agak besar bilangannya yang hidup dipendalaman, luar bandar dan dipinggir bandar di dalam negara ini.


Dua keadaan ini juga memudahkan UMNO untuk memunipulasikan isu-isu besar yang melibatkan penyalahgunaan kuasa, rasuah, pecah amanah dan berbagai perkara buruk lagi yang melingkari UMNO bagi menjadikan pandangan mata golongan ini kabur dan senantiasa berpihak kepadanya. Ini dapat dibuktikan dalam PRU ke-12 lalu, di mana golongan ini telah memberi kemenangan yang besar kepada UMNO sehingga dapat membentuk kerajaan, walaupun tanpa majoriti 2/3.


Orang Melayu-Islam luar bandar, pinggir bandar dan penduduk di pendalaman Sabah dan Serawak tetap memberi sokongan kepada UMNO [baca: BN] kerana UMNO berjaya melakonkan watak begitu realistik dan menyakinkan mereka. Berbeza dengan golongan yang berada di luar dua keadaan ini telah berjaya menghakis kekuasaan mutlak UMNO terhadap rakyat dan dalam sistem pemerintahan negara, tetapi masih tidak berupaya mempengaruhi golongan yang buta huruf dan miskin ini kerana banyak faktor yang menjadi penghalangnya.


Contohnya faktor orang Melayu-Islam [dalam golongan ini] menolak Islam yang dibawa oleh PAS kerana semulajadinya mereka telah dididik dan diasuh oleh UMNO menyatakan politik lain, agama lain. Politik dan agama [Islam] tidak boleh dicampur-adukan. Politik hanya untuk dunia dan Islam untuk hari akhirat kelak. Islam bagi fahaman golongan ini hanyalah ibadah khusus untuk individu mengerjakan fardhu Ain semata-mata dan tidak boleh melibatkan dengan politik yang mementingkan kehidupan duniawi sahaja. Golongan ini juga diasuh oleh para pemimpin UMNO supaya anti kepada pengajian agama [menuntut ilmu] yang diajar di masjid-masjid dan di surau-surau, di samping itu mereka juga digalakkan berhibur dan bergurukan tv, radio dan menjadi media massa yang dikawal oleh UMNO sebagai kitabnya, bukan al-quran yang diajarkan oleh Nabi Mohammad saw.


Sebaliknya, orang bukan Islam menyokong PAS menyebabkan PAS memenangi banyak kerusi di kawasan-kawasan yang taburan pengundinya seimbang di antara Melayu-Islam dan bukan Islam, Melayu-Islam tidak menjadi majoritinya. Bagi kawasan-kawasan majoriti Melayu-Islam melebihi 70 peratus, PAS mengalami kekalahan. Di negeri Kedah contohnya, PAS dan PKR memenangi banyak kerusi di Kedah Tengah dan di Kedah Selatan kerana di kawasan-kawasan ini terdapat ramai penduduk bukan Islam [Cina dan India]. Di Kedah Utara majoritnya Melayu-Islam, PAS mengalami kekalahan. Orang Melayu-Islam menolak PAS dan memilih UMNO yang banyak melakukan kerosakan di muka bumi ini kerana fahaman mereka terhadap Islam terlalu cetek akibat ajaran songsang yang dibawa oleh UMNO dan kerana kelalaian PAS sendiri.


Sekiranya kita gagal membenteras penyelewengan yang amat besar yang telah dan sedang dilakukan oleh UMNO terhadap orang Melayu-Islam, maka golongan buta huruf dan miskin ini akan terus memberi sokongan kepada UMNO tanpa memikirkan kesan baik-buruknya terhadap tindakan-tindakan yang dilaksanakan oleh UMNO. Rakyat daripada golongan ini akan merestui apa jua tindakan UMNO lakukan kerana akhirnya mereka akan diberi sedikit habuan dalam berbagai bentuk yang diuruskan oleh badan-badan tertentu yang ditubuhkan oleh kerajaan dan diperalatkan oleh UMNO untuk kepentingannya. Umpamanya seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat yang menyalurkan berbagai bantuan kepada warga emas, OKU, fakir-miskin, ibu tunggal dan sebagainya. Jabatan/agensi kerajaan tertentu juga turut melaksanakan perkara yang sama.


UMNO sudah pun mengakui bahawa semuanya itu adalah datang daripadanya. Rakyat Malaysia telah lama diajar bahawa UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO. Hal ini menyebabkan rakyat menjadi keliru terutama golongan yang kita bicarakan ini. Memang itu matlamat UMNO mahu mengelirukan rakyat sebab itu tercacak diseluruh negara setiap projek pembangunan dengan tulisan yang berbunyi :“ Satu Lagi Projek Barisan Nasional” seolah-olah seluruh rakyat Malaysia ini bodoh belaka boleh ditipu setiap masa. Wang bagi setiap pembangunan yang dilaksanakan adalah datang dari poket seluar seluruh rakyat tanpa mengira fahaman politik melalui kutipan pelbagai jenis cukai yang dikenakan ke atas kepala rakyat. UMNO jenis muka tembok tidak pernah tahu malu mengaku wang itu seolah-olah UMNO yang punya, sebaliknya rakyat yang punya.


Mereka adalah golongan ‘daif’ yang tidak mampu berfikir secara matang dan mereka menganggap habuan-habuan tersebut merupakan jasa besar UMNO kepada rakyat, di samping berbagai lagi kemudahan awam yang menjadi kewajiban kerajaan yang memerintah menyediakannya seperti jalan raya, api, air, sekolah, hospital dan sebagainya. Berbanding habuan yang para pemimpin UMNO terima hasil dari khazanah negara yang mereka rompak secara terhormat yang jumlahnya berlipat kali ganda apa yang golongan ini terima. Golongan ini menjadi ‘mangsa keadaan’ dan akan berterusan berada dalam kegelapan.


Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat yang berada di luar dua keadaan ini wajib bangkit membantu menyedarkan golongan ini. UMNO adalah pengkianat bangsa dan agama. Kaedah yang digunakan oleh UMNO sekarang adalah merupakan satu bentuk penyelewengan yang amat besar terhadap bangsa Melayu-Islam.


UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wassalam.Terima kasih

Monday, September 21, 2009

WAJAH-WAJAH PENGKIANAT SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

Inilah wajah-wajah yang merosakkan sistem pentadbiran negara. Mereka merosakkan sistem yang dulunya terbaik di dunia, sekarang sistem pentadbiran negara telah menjadi tunggang terbalik angkara watak-watak yang gambarkan dalam tulisan saya itu. Demi kuasa, mereka sanggop menodai sistem yang teratur, yang bertanggungjawab dan beramanah terhadap rakyat dan negara ini untuk diwarisi kepada generasi akan datang. Sekarang telah hancur punah.









“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

PENGKIANAT SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

Oleh : Tun Telanai

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Dalam dekad ini, manusia yang paling berani, berwibawa, berkarisma dan berupaya mempengaruhi publik ialah manusia yang bernama ANWAR IBRAHIM. Beliau tanpa gentar dan takut terus bangun menentang pemerintahan UMNO yang zalim yang merompak harta rakyat sesuka hati demi memperkayakan diri sendiri. Rakyat dipinggirkan, melarat papa kedana, tetapi pemimpin kaya raya. Walaupun beliau pernah dipukul, disepak, diterajang, dibogelkan, disumbatkan ke dalam penjara dan menerima berbagai ancaman dan ugutan, namun beliau terus mara ke hadapan untuk membantu rakyat berbilang bangsa dan agama yang hidup di dalam negara ini secara aman, bebas dan adil agar nasib mereka dibela daripada penjajahan mental dan fizikal oleh kepimpinan UMNO yang kurop.


Tidak keterlaluan kalau saya katakan beliau setanding dengan tokoh-tokoh penentang penjajahan British dahulu seperti Pak Sako, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Ahmad Boestamam dan ramai lagi pejuang-pejuang dikalangan ulama dan cendiakawan Melayu yang bangkit menentang kuasa penjajah. Tidak seperti tokoh-tokoh UMNO yang bersekongkol dengan penjajah British menerima kemerdekaan dalam dulang emas memelok kuasa sehingga kini.


Sebenarnya, beliau boleh mengambil pendekatan ‘menyepikan diri’ daripada arus politik perdana khususnya menentang kepimpinan UMNO yang menyeleweng dan menyalahgunaan kedudukan dan kuasa dan saya percaya beliau boleh meneruskan kehidupan dengan mencari kesenangan dunia semahu-mahunya selepas beliau dipecat oleh Mahathir Mohamad pada 2 September 1998. Beliau boleh menjadi terkenal dan terkaya lebih daripada tokoh-tokoh UMNO yang terpinggir akibat masalah disiplin dan sebagainya seperti Musa Hitam, Isa Samad, Gasidah Gadam dan ramai lagi bekas pemimpin UMNO yang sebaris dengan nama-nama yang saya sebutkan itu, tetapi Anwar bangkit mengambil pendekatan melawan arus yang menyusahkan dirinya sendiri demi rakyat dan negara.


Tidak sesiapa pun yang boleh menafikan hakikat ini. Pengaruh Anwar telah dibuktikan dalam PRU ke-12 tahun lalu dan meleret sampai ke beberapa siri pilihan raya kecil yang diadakan tetap memihak kepada Pakatan Rakyat pimpinan beliau. Beliau berupaya menyatukan PAS dan DAP yang mempunyai ideologi yang berbeza, tetapi dapat berkerjasama dengan satu tujuan untuk memusnahkan UMNO yang sudah pun berkuasa 52 tahun yang kini sedang yang sakit tenat dihinggapi berbagai penyakit menanti malaikat maut menyambar nyawa kembali ke tempat asalnya.


Menyedari hakikat inilah, Mahathir bertindak cepat dan pantas untuk menyekat kemaraan Anwar dengan MELACURKAN seluruh institusi negara dan kita semua telah mengetahui apa yang telah berlaku ke atas batang tubuh Anwar dan sejarah telah pun merakamnya untuk tatapan generasi akan datang. Buku tulisan saudara Pawancheek Marican, salah seorang peguam Anwar dalam kes fasa pertama dulu yang berjudul ‘Anwar On Trial-In The Face Of Injustice’ menceritakan tindakan rakus Mahathir MELACURKAN sistem kehakiman@keadilan di Malaysia amat mengaibkan,


Suka saya mengimbas kembali isu tape Lingam. Klip video 14 minit yang didakwa memaparkan seorang peguam VK Lingam sedang bercakap menerusi telefon dengan seorang yang didakwa hakim kanan, kononnya bagi mengatur pelantikan hakim. Maka, sebuah Suruhanjaya Diraja telah ditubuhkan bagi menyiasat kesahihan klip video tersebut. Suruhanjaya itu dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah profesor emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.


Suruhanjaya Diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam itu mendapati klip video itu adalah TULIN dan mengesyorkan supaya Mahathir Mohamad dan lima orang lagi perlu disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim. Lima tokoh tersebut - dua bekas ketua hakim negara, Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Eusoff Chin, peguam kanan VK Lingam, bekas menteri pelancongan Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung UMNO ketika itu serta tokoh perniagaan Vincent Tan.


Suruhanjaya itu juga mengesyorkan supaya mereka disiasat bawah Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan. Menteri di JPM ketika itu, Zaid Ibrahim berkata menjelaskan bahawa kabinet [pengerusinya ketika itu ialah Abdullah Ahmad Badawi yang juga PM] telah mengarahkan Pejabat Peguam Negara [Abdul Ghani Patail] untuk memulakan siasatan secepat mungkin terhadap keenam-enam mereka, tetapi sehingga kini dajal ini tidak bertindak, apatah lagi Abdullah telah disinggirkan secara paksa dan diganti oleh Najib Tun Razak yang dikenali lebih rapat dengan Mahathir. Maka isu tape tersebut tamat riwayatnya.


Penubuhan inkues dan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock akan menempuhi jalan yang sama. Apabila laporan sudah lengkap untuk diambil tindakan dan sampai di tangan Peguam Negara [Abdul Ghani Patail], Peguam Negara ada kuasa budibicara sama ada untuk membawa kes itu kemuka pengadilan atau tidak ada dalam tangannya. Sekiranya ia memberi kemudaratan yang amat besar terhadap UMNO, maka laporan itu [tidak kira sama ada laporan Diraja atau tidak] akan dibakulsampahkan. Tamatlah riwayatnya.


Masakan kita [rakyat] tidak faham-faham lagi, dajal-dajal yang berada di SPRM itu berani bertindak lebih ganas daripada pasukan keselamatan Israel itu kerana ada kuasa penyelamat dibelakangnya yang mengarahkan mereka melakukan kerja-kerja samseng dan rakus seperti itu. Tetapi dajal-dajal ini menikus apabila laporan dibuat ke atas Mahyuddin Yassin kerana melakukan menyalahgunaan kuasa secara terang-terangan di mesyuarat UMNO [mengguna helikopter milik kerajaan, bukan urusan rasmi kerajaan] di Sabah dan ketika berkempen PRK Manik Urai, Kelantan.
Dayus.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih.

Sunday, September 20, 2009

SKANDAL PKFZ LIBATKAN PARA PEMIMPIN UMNO





Nota Tambahan :

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.


Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman daripada kerajaan.


Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah daripada KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.


KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.


Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK sejak 1997 sehingga 2003

"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


ARAK DAN JUDI BUDAYA UMNO















"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Kemaskini-5 DAJAL DI MALAYSIA

Ahmad Said Hamdan adalah bekas Timbalan Ketua Pengarah BPR yang dilantik sebagai Ketua Pengarah mengantikan Zulkifli Mat Noor [pegawai polis pertama dilantik sebagai KP BPR] pada 1 April 2007. Kemudian, apabila Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia [SPRM] dibentuk, beliau selaku KP BPR ketika itu dilantik secara otomatik sebagai Pengerusi SPRM pertama pada Mei 2008.SPRM dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009. Peranan SPRM yang diketuai oleh Ahmad turut berubah peranannya. Dulu peranannya mencegah rasuah [walaupun sekadar ikan bilis], namun kini SPRM berperanan “badan yang membersihkan orang yang dituduh rasuah” seperti manusia laknatullah Khir Toyo yang banyak terpalit dengan tuduhan rasuah, tetapi tetap bebas kerana ada pegawai tinggi di SPRM yang menjadi dajal dan iblis menjual maklumat mana-mana yang masih boleh “dibetulkan” tentulah akan diperbetulkan segera, selain menghilangkan bukti-bukti yang ada dan ramai lagi para pemimpin UMNO yang kaki rasuah terlepas dan tidak diusik. SPRM sekarang diberi peranan baru pula iaitu sebagai perangcang strategi membantu UMNO mengulingkan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat baqi mengesan apa jua bukti, saksi-saksi dicari termasuk secara “ugutan” sampai ke pintu kubur, direkacipta dan diperangkap mangsa yang tidak berupaya menyedari yang ia dipergunakan untuk kepentingan UMNO dajal itu. Dengan alasan rasuah dan menyalahgunaan kuasa, walaupun sekecil hama pun, dia akan buru sampai ke lubang cacing, tetapi yang melibatkan para pemimpin UMNO sebesar gajah pun dibiarkan.
Musa Hassan dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 12 November 2006 menggantikan Mohd Bakri Hj Omar. Manusia iblis ini pernah dituduh menerima rasuah RM2 juta bagi membebaskan 3 anggota sindiket judi haram di Ibu Pejabat Polis, Kluang, Johor di bawah Ordinan Dharurat 1969. Pada 18 Jun 2007, Badan Pencegah Rasuah telah menyiasat kes ini berdasarkan surat aduan dan email yang diterima serta soal-siasat terhadap 6 saksi dan pernyataan akaun-akaun bank Musa. Dajal ini juga turut terlibat merancang untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dalam arena politik di Malaysia fasa pertama di zaman Mahathir mereintah dahulu dan kini fasa kedua sedang dalam perbicaraan menanti keputusannya yang telah dapat ramalkan. Banyak membantu UMNO mengekalkan kuasa. Beliau menggunakan sepenuhnya kekuatan PDRM bagi mengekang kekuatan Pakatan Rakyat dengan berbagai kaedah dan cara. Kontraknya disambung semula kerana tugasnya belum selesai bagi memastikan Anwar masuk penjara sekali lagi dan menghilangkan terus pengaruh politik Anwar ke atas rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum. Beliau juga terlibat dengan berbagai dakwaan rasuah dan salah laku sebagai kakitangan awam.

Ini pula Abdul Ghani Patail. Orang ini paling celaka di Malaysia.Si celaka ini menggantikan Ainum binti Mohd Saaid sebagai Peguam Negara sejak dari tahun 2002 lagi. Tugas dajal ini ialah menentukan sama ada sesuatu kes itu boleh diteruskan atau tidak. Oleh itu, si celaka ini banyak membantu UMNO melepasi cabaran undang-undang daripada Pakatan Rakyat. Dalam kes S.Nallakurupan contohnya, dajal ini memaksa Nalla menjadi saksi pendakwa bagi memasti Anwar Ibrahim bersalah pada fasa pertama dahulu. Perkara ini diceritakan secara bertulis oleh peguam Nalla Manjit Singh dan didedahkan di mahkamah. Beliau buat selamba sahaja segala tuduhan yang dibuat ke atasnya dan beliau terus dilantik ke jawatan sekarang walaupaun banyak bantahan dilakukan kerana rakyat hilang percaya terhadap intergritinya. Beliau banyak membantu UMNO mengekalkan kuasa termasuk sangat berjasa dalam usaha memusnahkan kerjaya politik Anwar Ibrahim. Bacalah buku "Anwar On Trial-In The Face of Injustice". Nama dajal-dajal [Musa dan Ghani] ini banyak disebut yang mempamerkan kehodohan perangai mereka berdua. Beliau yang bertanggungjawab memusnahkan sistem keadilan di negara ini dan beliau banyak terlibat dengan tindakan salah laku melampaui tugasnya sebagai Peguam Negara demi mempertahankan kuasa UMNO seperti contoh yang beliau mengambil peranan yang amat serious dalam kes Batu Buruk, Terangganu berbanding dengan kes pembunuhan Atantuya Shaaribu sehingga kelalaian beliaulah yang menyebabkan kita kehilangan Pulau Batu Putih yang telah menjadi milik Singgapura. Beliau juga tidak terlepas dengan tuduhan mengamalkan rasuah. Beliau secara jelas tahu Anwar Ibrahim dibelasah oleh Rahim Noor ketika ditangkap pada malam 20.9.1998 dulu kerana beliau ketika itu ada bersama-sama di Bukit Aman. Si dajal ini sanggup menjadi penipu demi mengajar pangkat dan harta.



Zaki Tun Azmi pula jaga mahkamah. Mahkamah dan hakim-hakim adalah dibawah kawalan beliau. Dari sudut akhlak, Zaki tidak layak dilantik sebagai Ketua Hakim Negara kerana beliau terlibat dengan kes kahwin secara 'gelap' dengan seorang wanita di Perlis. Orang yang tidak ada ketulusan terhadap isteri dan keluarganya sendiri, apakah jadahnya nanusia sebegini diberi kepercayaan memegang ketua hakim. Zaki adalah pembela UMNO. Berkurun ia berkhidmat untuk UMNO. Darah yang mengalir dalam tubuhnya adalah darah UMNO pekat dulu, kini dan selama-lamanya. Beliau juga dituduh oleh Karpal Singh terlibat dengan rasuah. Adalah sukar bagi Pakatan Rakyat untuk menang sesuatu kes yang dibicarakan di mahkamah di Malaysia yang membabitkan kepentingan UMNO dan para pemimpin nya, apatah lagi yang membabitkan Sultan atau Raja di sesebuah negeri yang terang-terang menyokong satu pihak dengan membelakangkan udang-undnag dan perlembagaan negara [yang ia sendiri amalkannya dulu] seperti kes Mohd Nizar Jamaluddin V Zamry Abdul Kader [baca: Najib Tun Razak] dan kes Speaker DUN Perak S.Sivakumar dan sebagainya



Ini pula Pengerusi SPR, Suruhanjaya Penipu Rakyat. Peranan SPR adalah melaksanakan pilihan raya, sama ada PRU atau pilihan raya kecil seperti yang diperuntukan dalam perlembagaan, tetapi sebaliknya SPR yang dipengerusikan oleh Aziz telah bertindak sebagai hakim menentukan sama ada sesebuah kerusi itu kosong atau tidak, atau hendak adakan pilihan raya atau tidak bergantung kepada keupayaan UMNO masuk bertanding menentang Pakatan Rakyat seperti yang berlaku di DUN Changkat Jering, Behrang dan Jelapang di Perak serta di Kota Siputeh, di kedah. Sekiranya ada kematian, Aziz tidak boleh buat apa-apa kerana Aziz tidak boleh menggunakan sebarang peruntukan yang menghalang diadakan pilihan raya. Beliau senantisa merancang bagi memenangkan UMNO melalui SPR yang diketuainya.


"UMNO TIADA, SEJAHTERA MALAYSIA"
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Friday, September 18, 2009

HARI RAYA BUKAN HARI SEDIH

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
[http://drmaza.com/home/?p=717]

Masyarakat melayu kita sering mengaitkan hariraya dengan hari kesedihan. Perkara ini diransang tambah oleh media kita. Apabila tiba hariraya, takbir raya ala melayu berirama sedih, alunan melodinya mendayu dan mengundang airmata, drama dan cerita dalam media akan dikaitkan dengan kisah-kisah sedih dan pilu, puisi dan lagu juga begitu. Apakah hariraya dalam Islam hari sedih, atau hari kemenangan dan kegembiraan?


Terlebih dahulu kita hendaklah tahu bahawa hari raya dalam Islam bukan sekadar tradisi atau cetusan idea mana-mana pihak, ia adalah syariat yang diturunkan oleh Allah dan ada hukum-hakamnya yang tersendiri. Di samping ia adalah hari yang Allah peruntukkan untuk kaum muslimin membesarkan Allah, kemenangan dan kegembiraan.


Firman Allah (maksudnya):


“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (maka diganti) pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).


Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan Hari Raya adalah tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada Hari Raya. Ini semua tanda kejayaan dan kegembiraan.


Apatah lagi hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan penghayatan hari raya pada zaman baginda penuh dengan kegembiraan dan ceria. Kata Ummu Atiyyah r.aha:
“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).


Maka Nabi s.a.w dalam sunnahnya, menunaikan solat hari raya di tanah lapang, sehingga memungkin setiap individu menyertai kemenangan dan kegembiraan pada hari tersebut, juga lebih penting untuk memperlihatkan kekuatan, perpaduan, kejayaan dan kebahagiaan hidup kaum muslimin.


Takbir hari raya adalah takbir yang bersemangat, bukan berirama sedih seperti takbir kita. Cubalah dengar takbir hari raya di dunia Arab, lain iramanya.

Hiburan


Di sudut hiburan pula, ruang yang luas Islam berikan untuk insan muslim bergembira, syaratnya jangan menyanggahi syariat. Islam agama yang luhur lagi memahami jiwa insan yang berbagai. Hiburan bukan satu kewajipan, tetapi satu ruang atau sudut yang kadang-kala diperlukan oleh insan dalam keadaan tertentu, atau membantu seseorang menikmati kehidupan dunia ini. Sesiapa yang tidak mahu, tidak mengapa tetapi jangan dihalang orang menikmatinya.


Hari raya adalah hari gembira. Hiburan dengan disiplin dan adab yang baik merangsang kegembiraan itu, maka bertambah meriah hari raya yang diperuntukkan agama untuk kita. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:


“bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.


Amat menarik sikap lunak yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Bayangkan bagaimana dua gadis ini boleh menyanyi dalam rumah Rasulullah s.a.w? Jikalah tabiat Rasulullah itu keras dan garang, tentulah dari awal mereka tidak berani menyanyi dan bergendang dalam rumah Nabi s.a.w.


Lihat pula reaksi baginda apabila Abu Bakr memarahi mereka, baginda tidak berdiam diri sebaliknya menyatakan pendirian nabawi bahawa itu semua diizinkan.


Ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak menafikan bahawa nyanyian adalah suara syaitan seperti yang disebut oleh Abu Bakr, cuma membiarkan khusus untuk hari tersebut kerana ia hari raya. Pendapat ini agak ganjil. Apakah jika hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Atau apakah hari raya nyanyian tidak menjadi suara syaitan, tetapi apabila tamat hari raya ia kembali menjadi suara syaitan kembali? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr.


Bahkan hadis ini diriwayatkan al-Bukhari bersama riwayat berikut untuk menunjukkan keluasan Islam; kata ‘Aishah juga:


“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”.


Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).


Pertunjukan yang disebut dalam hadis ini sebenarnya berlangsung dalam masjid Nabi s.a.w seperti mana yang disebut oleh hadis lain yang juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Maka pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ yang menghadkan menikmati hiburan seperti yang disebut dalam hadis-hadis di atas untuk hari raya sahaja sebenarnya telah menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam.


Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas. Hiburan bukan seperti ibadah yang tidak boleh direka tambah.


Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan.


Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:


“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).


Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Demikian Barat dan Yahudi menuduh Islam hal yang sama. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.


Apa yang hendak disampaikan adalah hari raya dalam Islam adalah hari gembira, bukan hari sedih dan duka seperti yang selalu ditonjolkan oleh drama dan lagu melayu menjelang hari raya. Apa sahaja aktiviti yang merangsang suasana gembiara dan tidak menyanggahi syarak, adalah digalakkan pada hari raya. Ini termasuklah kuih-muih, ziarah-menziarahi, duit dan hadiah raya, juga nyanyian dan hiburan. Islam adalah agama lurus tapi mudah dan praktikal untuk kehidupan insan.


Malang masyarakat kita, jika di sebahagian tempat, hari sedih seperti hari kematian dijadikan hari kegembiraan dengan dibuat ‘kenduri atau jamuan kematian’, ‘wang angpau untuk sembahyang jenazah’ dan berbagai perkara lain bagaikan berpesta dengan kematian. Itu semua bukan ajaran Islam.


Namun apabila tiba saat yang disuruh gembira iaitu hari raya, didendangkan irama dan drama sedih, menangis di kubur dan berbagai lagi. Kita terbalikkan suasana. Hari raya hari gembira bukan hari sedih. Bak kata sabda Nabi s.a.w: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah”


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”


Monday, September 14, 2009

TOLAK UMNO: RAKYAT DAN NEGARA SEJAHTERA

Berjuang menentang UMNO adalah jihad kerana selama UMNO memerintah Malaysia selama 52 tahun banyak kerosakan yang telah berlaku ke atas umat khususnya kepada bangsa Melayu dan Islam.

Melayu telah hilang identitinya, manakala Islam yang dianuti oleh bangsa Melayu dengan senang dihina dan keji oleh orang bukan Islam, malah orang Islam memperlecehkan Islam dan undang-uindangnya.

Orang Melayu banyak terlibat dalam gejala negatif. Pemimpin Melayu melakukan amalan rasuah dan meyalahgunaan kuasa untuk merompak harta rakyat. Mereka melakukan perbuatan maksiat dan mendurhakai Allah swt.

Oleh itu, UMNO wajib ditolak dalam sistem pemerintahan di negara ini. Sesiapa yang menyokong UMNO adalah pengkianat negara, bangsa dan agama.

Lihatlah budaya kehidupan pemimpin UMNO yang rakus macam syaitan dengan memperhambakan rakyat yang menyokong. Marilah kita bersama-sama berdoa ke hadraat Allah dalam bulan yang mulia ini agar UMNO akan dihancurkan oleh Allah swt sebagaimana Allah menghancurkan tentera-tentera bergajah Abrahah yang menyerang Mekah ketika kelahiran Nabi Mohammad saw.



















“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”