DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, June 28, 2011

SELAMAT MENYAMBUT PERISTEWA ISRAQ DAN MIKRAJ


Saya mengucapkan selamat menyambut peristiwa Israq dan Mikraj kepada semua pengunjung blog ini khususnya kepada yang beragama Islam... Semoga kita memperoleh keberkatan bersempena dengan peristiwa Israq dan Mikraj ini.., Insyaallah...

Marilah kita memperingati peristiwa ini dengan berusaha sedaya upaya membebaskan bumi Malaysia ini dari belenggu oleh regim pemerintahan yang zalim dan penindas rakyat.

Semoga dengan kedatangan peristewa Israq dan Mikraj ini, kemudian akan menyusul pula bulan Ramadhan yang kemuliaan dan bulan penuh keberkatan. Kita berdoa semoga akan diikuti dengan kejatuhan regim UMNO yang penuh rakus mencabul amanah rakyat. Amin!

MAAF BLOG INI TIDAK AKAN DIKEMASKINIKAN SEHINGGA HARI JUMAAT 1.7.2011 KERANA PENULIS AKAN BERCUTI KE SEBERANG LAUT. INSYAALLAH KITA JUMPA KEMBALI PADA HARI SABTU, 2.7.2011.

USTAZ KAZIM ELIAS : ISRAQ DAN MIKRAJ

KEBANGKITAN RAKYAT MESIR

LAGI CERITA MAHARAJA SETAN : LETRIK RUMAH SAJA RM160,000 SEBULAN

Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Siti Mariah Mahmud (kiri) berkata, ini perlu kerana rakyat diminta mengubah cara hidup mereka bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran ekonomi sekarang.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama. Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang pemimpin BN Malaysia, rakan syaitan. Sila renung firman ini... Al-Quran, ayat 27 Surah Al-Isra’ iaitu, “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah 'saudara-saudara syaitan', sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

Sumber : DISINI


TOLONG JAWAB : SIAPA YANG GANAS DAN SAMSENG

BETUL TU DSAI-UMNO DINASIHATKAN OLEH APCO

9 JULAI WAJIB BAGI ORANG-ORANG BERIMAN DAN ORANG YANG BERUPAYA TURUN

RAKYAT SEMUA KAUM : MELAYU, CINA, INDIA DLL WAJIB TURUN.AYUH!
  1. Kebebasan bersuara telah ditutup sebenarnya di Malaysia. Walaupun ia tampak terbuka tetapi SKMM akan mencantas satu-satu penulis blog atau sesiapa sahaja yang mampu menggoncang kerajaan zalim. Terdapat banyak nama-nama yang saya nampak di dalam fail mereka, ketika sesi soal siasat dahulu di Cyberjaya.

Saya Muhammad Nur Hanief bin Abdul Jalil kembali bersuara dalam blog ini sepenuhnya selepas bekerja di Singapura untuk mendapatkan duit dan membeli komputer baru. Mungkin ada penulis blog yang terus menyepi selepas diserbu, apa pun nasihat saya anda harus bangkit dan jangan putus asa. Mesti lahir dengan idea baru setiap hari dan yang paling penting buktikan yang anda mampu berdiri di atas kaki anda sendiri.

  1. Kerajaan zalim mahu rakyat berkaraoke, menari dan berhibur sakan. Tetapi mereka tidak mahu anda mengambil tahu tentang hal politik. Mereka takut hilang kuasa jika rakyat ambil tahu isu semasa. Telah banyak kepincangan yang berlaku, namun semuanya ditutup dan dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Kita tak kisah jika kehidupan makin selesa walaupun mungkin berada di bawah pemerintahan kuku besi. Tetapi negara ini dilihat makin teruk dan makin berahsia-rahsia mengenai isu-isu besar pula.

  1. Kita tidak setuju dengan dakwaan akhbar yang mengatakan rakyat semakin selesa dan berpendapatan tinggi, ekonomi rancak dan sebagainya. Tinjauan saya di Singapura, menunjukkan rakyat di sana makin berjimat selepas pilihanraya. Pendatang asing bertambah bertandang untuk cari kerja dan di Malaysia lebih ramai bilangannya. Mari, ayuh semua kita buktikan perkara yang sebenar dengan berhimpun dan tunjukkan pada media kerajaan zalim bahawa rakyat mahukan kerajaan baru. Jadi, pada 9 Julai ini kuasa rakyat akan kembali ke jalanraya, rugi besar jika anda tidak turut serta sebelum anda yang cintakan perubahan diserbu SKMM.

  1. Baru-baru ini ada beberapa godaman yang telah menggugat laman-laman web kerajaan. Pada saya, ini semua mainan SKMM sendiri. Apakah rentetan daripada sketsa yang ditonjolkan dengan beria-ia ini? Kita sama-sama nantikan. Hahaha! Tetapi, tahukah anda bahawa SKMM ini bekerja rapat dengan syarikat TM? Syarikat tersebut berada di bawah kawalan rapi SKMM. Saya dan bapa saya sendiri diberitahu begitu ketika berada di bangunan SKMM Cyberjaya selepas sesi soal-siasat.

  1. Negara ini diperintah oleh orang yang zalim. Berat sebelah. Sampai hari ini pembangkang tidak dapat masuk TV. Tahukah anda di Singapura pembangkang boleh masuk TV? Bebas mengajak itu dan ini. Mungkin kita boleh simpulkan di sini bahawa negara yang memiliki kebebasan bersuara dan perlaksanaan undang-undang tanpa pilih bulu akan memajukan negara itu sendiri walaupun tanpa sumber alam yang banyak?

  1. Ini negara kita, bukan milik kerajaan zalim. Saya ke Singapura, bukan negara saya. Memang mewah dapat matawang dua kali ganda lebih besar dan hidup dengan kemudahan asas yang sangat canggih serta teratur. Tetapi apa maknanya, jika kita yang masih muda ini, tidak mahu tolong membebaskan negara ini daripada cengkaman kerajaan korup. Kita perlu tanya diri kita, mengapa negara kita mundur ketinggalan jauh, sedangkan negara kita memiliki sumber alam yang sangat banyak? Takkan miskin rakyat ini, jika orang atas itu adil.

  1. Saya yakin, semua orang Malaysia akan bangga dengan kerakyatan mereka jika kerajaan baru diangkat untuk berkuasa. Bila orang tanya, "Where are you from?". Kita tentu rasa bangga untuk menyatakan kita dari Malaysia. Sebuah negara yang kaya dengan sumber alam dengan pemerintahan kerajaan baru yang hebat. Bukan lagi kerajaan lapuk yang beri rakyat banyak masalah.

  1. Kita imbau kembali sejarah silam, di mana rakyat bersatu berhimpun ramai-ramai menentang penjajah. Tetapi hari ini penjajah sudah balik. Tinggal penjajah tempatan atau pun Zionis tempatan. Inilah yang menjadikan negara ini pincang dan rakyatnya pula sering berhimpun menentang kerajaannya sendiri. Apakah fenomena ini, masih kabur lagi buat kita semua? Kenali musuh kita. Takkan bangkit rakyat menentang kerajaannya sendiri, jika kerajaannya adil dan saksama.

  1. Pendapatan atau gaji semua rakyat hari ini semakin kecil. Jika wujud undang-undang gaji minima bagi setiap sektor, sudah tentu negara ini akan memiliki ramai penganggur akibat syarikat-syarikat yang ada tidak mampu untuk membayar gaji mengikut standard sebenar.

Tanya diri anda, apakah gaji anda cukup? Mengapakah anda perlu buat 2-3 side business? Mengapa anda perlu bekerja di negara luar yang lebih maju? Mengapa gaji menteri mencecah puluhan ribu? Tanya diri anda, untuk siapakah makanan yang berbelas ringgit di lapangan terbang dan tempat-tempat ternama. Tanya diri anda, mampukah anda melancong luar dari Asia Tenggara? Jika tidak, negara ini bukan negara berpendapatan tinggi. Ayuh beli tiket, bagi yang berada di luar negara. Tinggalkan dolar sebentar, tinggalkan EURO sebentar, tinggalkan matawang tinggi itu sebentar. Pulanglah dan berjuanglah untuk masadepan negara kita. Bagi yang ada dalam negara, mari turun bersama. Kerana apabila Barisan Nasional menjadi pembangkang, mereka pasti akan memilih jalanraya juga.

Sumber : DISINI

TUBUH BOLEH DIPENJARA - PEMIKIRAN TETAP BEBAS

Saya sudah kurang keyakinan yang UMNO akan kembali seperti sediakala. Di dalam isu Bersih dan rally nya, saya bertambah kurang yakin yang UMNO mampu untuk menahan kemaraan bangkangan dari rakyat ramai. UMNO hanya mampu untuk berkumpul sesama penyokongnya dan berucap berapi-api dikalangan mereka sendiri. Retorik dan ucapan berapi-api oleh Najib, Muhyiddin, Ahmad Zahid dan lebih-lebih lagi dari Hishamudin hanya memberikan keyakinan kepada penyokong-penyokong yang sedia ada sahaja.

Orang ramai menerima teguran dan ucapan pemimpin kita ibarat angin lalu sahaja….masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dalam isu Bersih yang dipersoalkan secara keterlaluan oleh pihak yang berkuasa bukan sahaja tidak dapat menambah keyakinan rakyat tetapi yang jelas pihak yng duduk di atas pagar lebih mirip dan cenderung untuk memberikan sokongan kepada Bersih.

Menyokong perjuangan Bersih bukan salah dari segi undang-undang dan moral serta politiknya. Bersih adalah badan NGO yang memperjuangkan pengendalian pilihanraya dengan bersih dan adil dan Bersih tidak mewakili mana-mana parti politik. Bersih juga meminta UMNO menyokong mereka untuk mempastikan pelaksanaan pilihanraya itu berjalan dengan baik dan UMNO juga akan mendapat kebaikan jika pilihanraya berjalan secara adil.

Tetapi oleh kerana parti-parti pembangkang selama ini menjadi mangsa permainan kotor di dalam pilihanraya maka mereka tentulah secara natural menyokong tindakan Bersih atau mana-mana pertubuhan yang mahu berjuang untuk keadilan dan kesaksamaan di dalam mana-mana pilihanraya.

Untuk bersuara bukan hanya hak kita orang UMNO, tetapi juga hak kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan serta agama. Media masa perdana yang hampir dengan rakyat bukan hanya untuk kita dari UMNO untuk menggunakan salurannya tetapi juga untuk pemimpin-pemimpin dan ahli pembangkang yang bersama-sama membayar cukai kepada kerajaan.

Kenapa cukai mesti dibayar oleh semua termasuk parti-parti pembangkang tetapi kemudahan yang dihasilkan dari cukai rakyat ini tidak boleh digunakan oleh pihak lain dari parti yang memerintah? Inilah salah satu dari kemahuan dan perjuangan Bersih dan perjuangan Bersih ini bukannya perjuangan yang baru bagi negara-negara maju. Kenapa kita bercita-cita untuk menjadi negara maju tetapi kita tidak mahu menerima ‘attribute’ negara maju?

Bagi saya Bersih sedang melakukan satu transformasi yang asas untuk sebuah negara yang mengaku sebagai negara yang demokratik. Kalau saya diturunkan sebagai calun BN (walaupun mustahil) saya mahukan rakyat menyokong saya secara ‘legitimate” dan memenanginya secara ‘legitimate’ juga. Saya tidak rela untuk memenangi pilihanraya secara kotor sebab naluri saya akan merasa sengsara kerana saya memenangi pilihanraya secara tidak sihat. Saya sendiri tahu yang kemenangan saya itu bukan oleh kerana sokongan natural pengundi tetapi oleh permainan politik yang tidak betul mengikut tata-cara demokrasi salah yang kita amalkan.

Inilah sebenarnya masalah yang kita hadapi sekarang ini. Ramai di antara pemimpin kita tahu yang mereka berada di tempat mereka secara ‘illegitimate’. Jika mereka sekarang merasakan yang mereka berada di atas itu secara ‘legitimate’ tidak mungkin mereka merasakan ketakutan dan mempunyai jiwa yang fakir. Apa sahaja yang pihak lain lakukan kita akan menuduh mereka dipergunakan oleh pihak pembangkang.

Apabila kita dalam UMNO mempunyai sikap dan perangai ini kesabaran rakyat tidak akan kekal. Sebagaimana yang saya katakan di dalam posting yang lepas perasaan manusia, lebih-lebih lagi manusia yang berfikir kita tidak boleh menambat perasaan mereka seperti kita menambat kerbau di sawah. Sedangkan haiwan seperti kerbau pun ada kalanya mereka tidak mahu mengikut kehendak kita masakan manusia yang mempunyai akal fikiran boleh ditambat dan di tambangkan (diikat) dimana-mana yang kita suka?

Oleh itu di dalam isu Bersih dan rally nya sekarang ini jelas kita nampak yang rakyat sudah ramai yang mengalihkan sokongan kepada pihak lain secara senyap-senyap. Mereka mengambil sikap berdiam diri seperti yang kita kehendaki, tetapi mereka tetap mempunyai pendirian sendiri…iaitu memilih pihak yang mempunyai sifat ‘confident’ dan mendekati rakyat sentiasa.

Mendekati rakyat bukannya dengan melakukan ‘walkabout’ di mana-mana tetapi mereka mahukan dasar dan sikap adil itu yang mendekati mereka. Perjuangan UMNO bukan untuk melakukan ‘walkabout’ tetapi perjuangan di mana dasarnya yang sentiasa ‘walkabout’ dengan mereka. Malahan ada yang berkata menyertai ‘walkabout’ pemimpin kita hanya membazir masa mereka dan hanya menghabiskan karipap (semasa refreshment) sahaja. Habis sahaja ‘walkabout’ keadaan kembali seperti sediakala.

Dulu semasa Dr Mahathir pemimpin mendekati rakyat dengan Semarak nya. Sekarang dengan Juara Rakyatnya. Semuanya tidak membuahkan apa-apa. Rakyat tetap tidak berpuas hati kerana mereka mahukan keadilan dan perlaksanaan demokrasi yang baik. Yang terbaru pula ialah ‘walkabout’ pemimpin-pemimpin. Jika Semarak dan Juara Rakyat tidak membawa hasil apa-apa ‘walkabout’ juga pastinya akan menghasilkan perkara yang sama. Yang rakyat dapat hanyalah bersalaman dengan pemimpin. Itu sahaja dan masih tiada apa-apa hasilnya.

Rakyat memerhati dengan dekat apa yang pemimpin lakukan. Dalam isu Bersih ini pemimpin-pemimpin kita hanya berjaya menyakinkan rakyat yang mereka dalam ketakutan. Dari psikologinya jika pemimpin menunjukan ketakutan rakyat akan hilang keyakinan. Itu adalah ‘consequence’ yang natural dan semula jadi. Perhimpunan Bersih pada 2007 dahulu telah terbukti membantu PR memenangi banyak kerusi dan menyebabkan BN tersungkur di lima buah negeri tidak termasuk Wilayah Persekutuan.

Sekarang ini dengan kempen yang bertalu-talu membidas pembangkang melalui media perdana membuatkan orang ramai sudah mempunyai persepsi negatif terhadap media perdana sebagai alat propaganda pihak kita untuk mendapatkan sokongan ramai. Yang akan menerima nasib buruknya ialah pihak kita sendiri. Apa sahaja yang dikatakan oleh media perdana tidak akan membantu kita lagi kerana anggapan orang ramai ianya semata-mata tindakan politik.

Jika kita mengatakan tindakan Bersih sebagai ‘politically motivated’ pihak lawan juga akan menuduh kita yang media perdana yang melakukan pukulan terbuka terhadap pihak lawan itu juga bermotifkan politik. Contohnya media perdana membawa isu seorang dua rakyat yang miskin di Kedah dan menuduh kerajaan PAS Kedah tidak melakukan sesuatu untuk meringankan kesusahan yang dihadap oleh simiskin itu.

Persoalan ramai sekarang adakah mereka ini miskin sejak PAS memerintah? Bukankah orang yang dikatakan miskin memang miskin sejak puluhan tahun dahulu dan semasa BN memerintah negeri itu. Kedah juga dikatakan miskin dibawah pemerintahan PAS tetapi negeri itu memang pun sebuah negeri yang miskin sejak BN memerintah berdekad-dekad yang lalu.

Pendeknya kitalah yang paling lazim berbuat sesuatu dengan bermotifkan politik. Apabila pihak lain hendak melakukan sesuatu yang disambut ramai pemimpin kita pula yang bertalu-talu menuduh perlakuan pihak lain itu yang bermotifkan politik. Oleh kerana motif itu menjadi lazim kepada kita, maka apa jua yang dilakukan oleh pihak lain itu sama seperti motif yang kita lakukan.

Kita tidak boleh menuduh pihak lain mencuri semata-mata pihak kita selalu mencuri. Kita juga tidak boleh menuduh orang lain berbohong semata-mata kita selalu berbohong. Kita tidak wajar menganggap orang lain rasuah semata-mata rasuah itu sudah menjadi budaya kepada cara hidup kita.

Saya dikritik dengan hebat oleh setengah pihak sambil menuduh yang saya menggalakan orang ramai menyertai Bersih. Apa yang saya lakukan tidak lebih dari tujuan mengelakan rakyat dari memusuhi pihak kita terutamanya di luar-luar bandar di mana kita masih berkubu. Pihak kita telah memberikan ‘estimate’ yang begitu rendah terhadap mereka yang menentang kita dari isu Bersih ini.

Kita hanya disokong oleh penyokong fanatik semata-mata tetapi pihak pembangkang telah berjaya menjinakan pemikiran mereka yang di atas pagar yang kebanyakannya adalah dari mereka yang masih muda dan akan mengundi buat kali pertama. Pemimpin kita masih terlekat kepada keyakinan yang kita boleh melakukan apa-apa yang berbentuk membendung kegiatan fisikal mereka tetapi tidak berusaha sepenuhnya untuk membendung pemikiran mereka untuk memihak atau mengekalkan sokongan mereka terhadap kita.

Kita masih sombong dan masih cenderung untuk menggunakan otot kita yang tidak seberapa kuat lagi itu untuk memaksa rakyat berfikir secara kita. Bagi saya saya hanya melakukan apa yang baik untuk pihak kita. pandangan saya tidak semestinya betul tetapi yang penting bagi saya, ialah untuk membuktikan kepada yang mengkritik saya dengan kuat itu supaya bersedia untuk melihat apa yang saya telah ini….kita akan menghadapi jalan sukar di hadapan.

Kalau dahulu kita boleh mengawal rakyat seperti mengawal lembu sekandang, zaman itu sudah berlalu. Yang penting kita wajar memulakan usaha untuk mengawal pandangan dan pemikiran rakyat dengan memperkayakan jiwa pemimpin dan mengelak dari memaparkan jiwa yang terlalu fakir untuk mentadbir rakyat yang kian berkembang pemikiran mereka.

Pergerakan mereka mungkin boleh dilokap, tetapi apa yang ada di dalam naluri mereka tidak mungkin mampu di lokap oleh Hishamudin atau sesiapa.

Sumber : AspanAlias

PAKAI T-SHIRT BERSIH DITANGKAP - KDN BELILAH MESIN PENGIMBAS, PERIKSA SELUAR DALAM SEKALI

Beberapa jam yang lepas saya mendapat panggilan talipon memberitahu saya yang Khairul Anwar Ahmad Zainudin, dari AMK PKR telah ditahan oleh Polis kerana memakai baju-Bersih dan nampaknya rally yang dirancang Bersih ini memang memberi kesan kepada rakyat kali ini. Jikalah benar rakyat tidak bersetuju dengan tuntutan Bersih untuk mengadakan pilihanraya secara adil dan saksama tidak mungkin Polis mengambil tindakan terhadap sesiapa yang memakai baju-T Bersih.

Ini merupakan satu tindakan yang agak keterlaluan dan ini membuatkan orang ramai merasakan tidak lagi merasakan hidup secara bebas yang lazim diamalkan oleh rakyat negara yang bebas dan demokratik. Jika tekanan terhadap rakyat dilakukan sampai sedemikian rupa ini menunjukan secara terang yang pihak yang sedang memegang kuasa itu sudah tidak berkeyakinan lagi akan diberi mandat oleh yang yang memilih.

Takkan lah dengan memakai baju T Bersih sudah menjadi kesalahan. Kenapa hendak menekan sampai ketahap ini. Rakyat akan merasakan kebencian terhadap kita dengan lebih teruk lagi dan kita juga yang akan menerima kesannya. Kita boleh melakukan apa-apa tindakan yang munasabah untuk mempertahankan apa yang kita dapat dari rakyat, tetapi jika kita terpaksa menekan sebegini rupa semata-mata untuk mengekang desakan rakyat ini sudah melampaui batas yang bermoral.

Kita hendakan kesinambungan sokongan rakyat, tetapi jika rakyat benar-benar tidak lagi mahu memberikan mandate kepada kita, ia tidak bermakna kita ada kuasa secara moral dan undang-undang menekan manusia sehingga kepada pakaian yang kita pakai. Kita telah mendesak rakyat supaya tidak menyokong rally yang bakal di adakan pada 9hb Julai nanti. Kita tidak mengeluarkan permit untuk penganjuran itu. DAN sekarang mereka dicegah memakai baju T Bersih itu merupakan satu tindakan yang ‘autocratic’ yang tidak ada batasnya.

Jika kita hendak menjadikan pakaian yang bersimbulkan gerakan rakyat dan parti-parti politik maka kita juga mesti melakukan larangan terhadap mereka yang memakai baju UMNO, PKR, PAS, DAP, MCA dan mana-mana parti politik dan pertubuhan NGO yang lain.

Presiden Marcos merupakan seorang dictator tetapi dalam pemerintahannya masih ada dua tiga saluran TV yang terang-terang menentang kerajaan. Saluran itu terus beroperasi dan Marcos dictator itu tidak pula menangkap dan menahan mereka yang mengendalikan saluran TV itu.

Jadi kita boleh bertanya kepada diri kita sekarang ini. Jika diktator Marcos boleh membiarkan saluran TV beroperasi dengan agak bebas, apa pula hendak kita katakan terhadap pemimpin kita yang begitu takut dan marah untuk mendengar rungutan rakyat? Bukankah ianya lebih teruk dari pemerintahan dictator?

Jika kita bermaruah jangan lah kita tunjukan sifat ‘perongos’ kita sehinggakan menelik dan meneliti pakaian dan ‘attire’ yang dipakai rakyat. Bersih bukannya parti politik dan NGO ini hanya mahukan perjalanan pilihanraya dijalankan dengan seadil adilnya. Seruan ini sepatutnya disokong oleh UMNO sendiri kerana sebagai parti yang mengaku sebagai parti yang bermaruah melakukan sesuatu dengan ‘transparent’ sepatutnya menjadi pakaian hidup kita.

Cukup-cukuplah menyalahkan pihak lain kerana kita sudah jatuh sokongan ramai. Tentu ada sebabnya yang kita ini di tolak dan dipersoalkan oleh orang ramai. Oleh kerana kita mempunyai jiwa yang fakir, kita sentiasa mendengar dan melihat segala tindakan rakyat dengan ‘suspicion’ yang begitu melampau.

Kepada NGO bersih saya ada pandangan untuk saudara/i fikirkan. Jika memakai baju-T Bersih itu merupakan kesalahan saya cadangkan supaya Bersih menjual seluar dalam yang ada logo Bersih pula.

Kita mungkin akan terjumpa pihak Polis menelanjangkan rakyat ditepi jalan jika mereka (polis) mensyaki mereka yang memakai seluar dalam Bersih. Saya cadangkan Datuk Ambiga memakai ‘panty’ Bersih. Kita tengok bagaimana Ambiga akan di telanjangkan oleh pihak dan merampas seluar dalam yang beliau pakai itu. Saya juga mencadangkan Kementerian Dalam Negeri membeli mesin pengimbas untuk memeriksa siapa yang memakai singlet atau seluar dalam yang berlogokan Bersih.

Dengan tindakan yang dilakukan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih di Shah Alam semalam kita sudah menunjukan satu ‘attribute’ yang nyata sebagai pihak yang mempunyai jiwa yang terlalu fakir.

Tidak hairanlah kita melihat apa yang tidak sepatutnya berlaku pada hari ini berlaku dengan jelas. Pemimpin yang elok itu mesti ada setidak-tidaknya sedikit sifat ‘gentleman’ dan akan menerima dengan hati yang terbuka apa-apa yang di pilih oleh rakyat.

Jangan kita sampai begitu takut sehinggakan melakukan perkara-perkara yang tidak wujud di dalam masyarakat yang bertamaddun. Firaun telah membunuh semua kanak-kanak lelaki yang dilahirkan kerana ahli nujum telah memberitahu Firaun yang ketika itu akan lahir seorang kanak-kanak (Musa) yang akan menentang kekuasaannya.

Akhirnya Musa lahir juga dan mengalahkan firaun di lautan Merah.

Sumber : AspanAlias

Komen :

Jadi, Najib lebih teruk dari dictator-diktator masa lampau.

Najib adalah RAJA SEGALA SETAN DAN IBLIS.