Assalamu’alaikum wm.wrt
Kita telah memilih demokrasi sebagai cara memerintah negara dan sistem ini digunapakai oleh banyak negara-negara maju terutamanya di barat. Prinsip asas kepada demokrasi ialah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat. Dengan kata lain, setiap rakyat berhak memilih siapa dan parti apa untuk memerintah mereka melalui proses pilihanraya. Siapa yang mendapat sokongan majoriti dialah yang menjadi pemerintah selama mana yang diperuntukkan oleh perlembagaan sebuah negara itu.
Di dalam sesebuah negara demokrasi, rakyat dibenar dan digalakkan untuk bebas bersuara serta memberi pendapat secara terbuka. Demokrasi membenarkan rakyat berpersatuan untuk memperjuangkan kehendak dan kemahuan ahli-ahli. Rakyat bebas berhimpun secara aman untuk menyuarakan hasrat dan cita-cita masing-masing, tetapi mesti ikut peraturan dan undang-undang Negara. Kerajaan yang menghadapi situasi yang tertekan setelah memerintah kerana kegagalan memenuhi harapan rakyat yang memberi undi di dalam pilihanraya, rakyat wajib diberi hak untuk memberi pandangan dan menilai dalam situasi tersebut.Rakyat mesti diberi hak bersuara dan mengadakan perhimpunan serta demonstrasi bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan supaya kerajaan sedar dan memperbaiki kelemahan tersebut. Rakyat ada hak menuntut pemimpin yang mereka pilih dahulu supaya meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada pilihanraya yang baru diadakan.
Pihak keselamatan khususnya pasukan polis hanya berperanan menjaga dan megawal keamanan, keselamatan dan keteteraman awam. Tidak lebih daripada itu. Pasukan polis dalam Negara demokrasi tidak hak sama-sekali bertindak menghalang dan menyekat hak rakyat untuk mengadakan tunjuk rasa dan perasaan demi mengikut arahan parti yang memeritah yang dayus. Apatah lagi diberi lesen untuk bertindak ‘ganas’ macam anjing yang patuh arahan tuannya tanpa menggunakan fikiran sebagai seorang insan yang mulia dengan melepaskan gas pemedih mata, pancutan air kimia, mengejar mangsa macam binatang, memukul, menendang, menumbuk, menangkap, menahan, dilokapkan, didakwa dan dihukum. Ini budaya ‘beruk’ bukan budaya demokrasi.
Selain dari itu, rakyat bebas untuk mengamalkan agama masing-masing serta dilayan sama rata dan saksama. Yang dipilih pula menghormati kumpulan minoriti. Keadaan seumpama itu merupakan demokrasi yang tulen, ala Westminster Abby. Walau bagaimana pun sistem demokrasi tidak semuanya mengikut ala Westminster Abby di England, contohnya di Malaysia demokrasi ala Westminster Abby telah diganti dengan system demokrasi berasaskan “Autokrasi dan Diskriminasi” kerana para pemimpin yang berkuasa mahu mengekalkan kuasa buat selama-lamanya. Dalam erti kata lain, model demokrasi kategori ini ‘kerajaan dan para pemimpinnya gila kuasa’ dan tidak rela kuasa terlepas ke tangan pihak lain. Bagi mereka hilang kuasa, hilanglah dunia ini [kiamat].
Dengan kuasa itu, golongan elit politik UMNO, anak-menantu, kroni dan kenalan rapat akan menguasai segala-segalanya yang terdapat dalam Negara ini terutama dalam bidang ekonomi dan politik. Mana-mana golongan yang tidak sependapat dengan parti pemerintah, iaitu UMNO, maka golongan tersebut dianggap musuh dan perlu dihapuskan dengan apa cara sekali pun, tanpa memperdulikan berapa kos yang terpaksa dibelanjakan. Golongan ini tidak dapat menikmati apa yang pihak berkuasa dan kroni-kroninya menikmatinya. Golongan akan tercicir dan ketinggalan jauh ke belakang dalam berbagai sector, lebih-lebih lagi dalam sector ekonomi dan perniagaan.
Politik “Autokrasi dan Diskriminasi” tidak memperkayakan semangat demokrasi itu, malah politik ‘kebinatangan’ ini menghacurkan semangat demokrasi tersebut. Nilai-nilai agama, akhlak dan moral tidak ada tempat dalam system politik jenis ini. Pemimpin yang menentukan samada dia akan menjadi Perdana Menteri satu penggal atau dua tiga penggal. Rakyat tidak ada hak menentukannya. Walaupun, pilihanraya diadakan setiap 5 tahun sekali, tidak pernah ketingalan seperti kata Zainudin Maidin, Menteri Penerangan Malaysia [Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/74623]. Pilihanraya berat sebelah, sama seperti tiada demokrasi [Rujuk kenyataan ini : http://www.malaysiakini.com/opinionsfeatures/74950 http://anakbapa.blogspot.com/2007/11/demokrasi-bukan-sekadar-pilihanraya.html].
Rakyat Malaysia pada umumnya [kecuali rakyat Melayu yang tinggal di luar Bandar yang dibutahurufkan oleh UMNO] sudah faham erti demokrasi yang sebenarnya. Demokrasi bukan sekadar pilihanraya 5 tahun sekali, tetapi ia mesti mencakupi seluruh sector kehidupan rakyat seperti tahap kebebasan bersuara, tahap kebebasan media, keluhuran perlembagaan, hak asasi manusia dan tahap kebebasan sivil. Apa yang berlaku di Malaysia hari ini adalah sebaliknya.
Media yang dikuasai oleh UMNO dan kerabatnya dalam BN atau proksi mereka telah menggunakan seluas-luasnya ruang komunikasi yang ada untuk samada memburuk-burukkan calun dan dasar parti pembangkang dan memperbesar-besarkan serta kehebatan kerajaan pimpinan UMNO, tanpa memberi ruang kepada parti pembangkang untuk membela diri atau berkempen. Padang "permainan" media yang tidak rata ini akan menyekat pengundi daripada membuang undi berdasarkan maklumat yang tidak tepat dan kebiasaannya akan menguntungkan UMNO. Inilah system demokrasi Autokrasi dan Diskriminasi yang diamalkan oleh Malaysia.
Suruhanjaya Pilihanraya @ Suruhanjaya Penipu Rakyat [SPR] menjadi alat kepada UMNO untuk terus menang dan mengekalkan kuasa memerintah. SPR telah diprogramkan oleh UMNO untuk menjalankan kerja-kerja penipuan, menyelewengkan data-data, mencipta undang-undang dan peraturan yang gila-gila yang tidak demokratik untuk menyukarkan pihak lawan bermain di padang yang sama rata. SPR bukan pengadil yang adil dan saksama. SPR menjadi pengadil yang sudah dibeli oleh UMNO dan berkerja untuk UMNO. Peranan SPR bukan untuk menghidup suburkan demokras, sebaliknya peranan SPR ialah mensuburkan system Autokrasi dan Diskriminasi di dalam Negara ini.
SPR sebenarnya telah diprogramkan untuk memenangkan UMNO melalui peruntukan masa kempen pilihanraya semakin pendik [Rujuk laporan ini :http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-utama/bersih-terus-desak-kempen-pilihan-raya-diadakan-selama-21-hari.html] berbanding dengan masa kempen diawal kemerdekaan. SPR mneyediakan daftar pemilih bertindih, kewujudan pengundi warga asing, buku daftar pemilih yang berbeza di dalam dewan dan di luar dewan mengundi, persempadanan pilihanraya yang tidak mengikut Pelembagaan yang sepatutnya berdasarkan kepada dua faktor, iaitu taburan penduduk dan jumlah pengundi di setiap negeri. Jumlah pengundi selalunya di sesebuah negeri sepadan dengan jumlah penduduk dalam negeri tersebut. Sebaliknya, SPR menggunakan kaedah gerimender, istilah yang digunakan yang bermaksud pengubahan sempadan pilihanraya yang digunakan apabila persempadanan baru bagi kerusi-kerusi Parlimen dan DUN dibuat supaya menguntungkan parti pemerintah.
SPR bertindak dengan sewenang-wenangnya menyerap dan memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan yang lain sesuka hati tanpa alasan perundangan yang kukuh bagi memperkuatkan UMNO di kawasan yang ia lemah. Contohnya di Parlimen Lim Kit Siang [Ipoh Timur] dan ADUN Sekinchan, Selangor, Ng Swee Lim
http://www.malaysiakini.com/news/74860 http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=8581&Itemid=85 http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=8881&Itemid=85 http://www.malaysiakini.com/news/70294 http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2021&mode=&order=0&thold=0
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-utama/atas-dakwaan-mengingkari-peraturan-pas-pahang-kemuka-bantahan-kepada-spr.html.
Semuanya ini berlaku kerana dalangnya ialah UMNO yang mendapat kerjasama erat daripada SPR bersama-sama dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Perkara ini diakui oleh Setiausaha SPR, Kamaruzzaman Hj Mohd. Noor mengenai terdapatnya Penolong Pegawai Pendaftaran tentunya daripada kalangan ahli dan penyokong UMNO [seperti yang berlaku pada PRU ke-11 lalu, Putri UMNO diambil bertugas di SPR sebagai Kerani Sementara], menyalah guna kuasa dengan memindahkan nama pemilih ke kawasan lain tanpa kebenaran.
Abdul Rashid Abdul Rahman merupakan orang yang paling lama berkhidmat dengan SPR akan disambung perkhidmatannya selama setahun lagi sehingga tahun 2008 [sepatutnya Rashid tamat tempoh kontraknya pada 31.12.2007 ini pada umur 65], tetapi Menteri di JPM A.Nazri Aziz telah membentangkan rang undang-undang bagi meminda Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan bagi menaikkan umur persaraan wajib anggota Suruhanjaya Pilihanraya dari 65 tahun sekarang ke 66 termasuklah Pengerusinya. Pengerusi dan anggota SPR menurut Perkara 114 (1) dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-raja. Dan menurut Perkara 114 (3) mereka berkhidmat sehingga umur 65 atau ditamatkan perkhidmatannya atas apa-apa sebab sebagaimana terkandung dalam peruntukkan tersebut.
Rashid perlu kekal disitu bagi memastikan agenda UMNO untuk menang dan kembali berkuasa serta berjaya menguasai 2/3 Parlimen dalam PRU ke-12 nanti tercapai. Rashid banyak membantu UMNO mengekalkan kuasa memerintah dan beliau paling pakar dalam hal ehwal menipu dalam proses pilihanraya di Malaysia. Oleh itu, beliau tidak pernah mahu mendengar dan mengambil tindakan terhadap UMNO yang banyak melakukan kesalahan dan melanggar Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.
Beliau buat pekak badak dan membisu seribu bahasa apabila terdapat bantahan dan laporan mengenai salahlaku yang dilakukan oleh UMNO. Apa yang si Rashid tahu hanyalah hanya menyalah pihak pembangkang. Rashid tidak memperdulikan apabila UMNO menggunakan politik wang [politik pembangunan] sebagai budaya beruk yang dbawa oleh UMNO untuk membeli undi. SPR juga mendiamkan diri apabila UMNO tanpa segan-silu menyalahgunaan kuasa menggunakan bangunan, pegawai dan jentera-jentara kerajaan [seperti pasukan polis, Rela dan sebagainya] dan kemudahan awam untuk berkempen.
Seorang penulis daripada Kajang Selangor menulis dalam Laman Marhaen [Rujuk :http://www.marhaen.net/06/mar_a_veteran_prihatin01.html] menyebut Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia yang tersiar dalam Berita Minggu [19 November 2006] supaya semua anggota Jabatan Penerangan menjalankan tugas menerangkan dasar dan kempen kerajaan yang berkaitan dengan RMK9 termasuklah resolusi yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun lepas.
Beliau seterusnya secara sinis berkata : Kita sering melihat setiap kali musim pilihan raya tiba ratusan juta wang kerajaan yang disalurkan melalui Jabatan Penerangan telah digunakan untuk menjalankan kempen pilihan raya atas nama projek kerajaan. Selain dihamburkan untuk merasuah para pengundi melalui pemberian subsidi, bantuan dan wang saku termasuklah membayar elaun kakitangan Jabatan Penerangan yang menjalankan kempen pilihan raya. Ini baru Jabatan Penerangan tak termasuk lagi peruntukan pilihan raya yang disalurkan kepada agensi berikut:
1. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS),
Pendek kata sebahagian besar jentera kerajaan telah digembleng semahu mungkin daripada segi tenaga kerja dan sumber kewangan untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional menang pilihan raya. Berbeza dengan parti politik yang lain kerana mereka terpaksa berhempas pulas menggunakan jentera parti sendiri (tenaga kerja dan kewangan yang terhad) untuk memenangi hati pengundi bagi memenangi kerusi pilihan raya. Tentu sahaja pengundi akan terpesona dengan ”kemewahan” yang ditayang oleh jentera kempen UMNO dan BN kerana tugas kempen pilihan raya UMNO/BN telah diswastakan kepada jentera kerajaan dengan menggunakan wang rakyat [Rujuk :http://www.marhaen.net/06/mar_a_veteran_prihatin01.html]
Amin Iskandar dalam Malaysiakini.com [http://www.malaysiakini.com/columns/68234] menyalahkan SPR membiarkan Radio Televisyen Malaysia [RTM] , sebuah media negara yang seharusnya bebas dan adil, memainkan peranan sebagai mesin propaganda parti pemerintah dan seringkali menyiarkan program-program propaganda anti-pembangkang menjalankan kempen jahat terhadap pembangkang. RTM juga katanya hanya akan menyiarkan maklumat yang memihak kepada parti-parti pemerintah. Manakala akhbar-akhbar arus perdana pula seperti Utusan Malaysia ]milik Umno], Berita Harian, New Straits Times [NST] dan The Star [milik MCA], memihak kepada UMNO dan hanya memberikan sedikit liputan untuk parti-parti pembangkang dan biasanya laporan-laporan yang bersifat negatif.
RTM mulalah menjadi alat UMNO menjual ideologi kepada rakyat dan memperkecil dan memperlekehkan PAS. UMNO telah mempergunakan segala jenis manusia dari kalangan ulama, cendiakawan, budayawan sehinggalah ke rakyat bawahan yang tidak tahu apa-apa. PAS diserang disetiap sudut, tetapi segala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin-pemimpin UMNO tidak disentuh langsung seolah-olah UMNO itu sebagai sebuah parti politik yang suci bersih tidak ada setitik dosa ke atasnya. Perkataan yang keluar dari pemimpinnya terutama Mahathir seolah-olah wahyu yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Rakyat mesti menerimanya.
RTM terus memainkan peranannya untuk menghina, memperlekeh dan menjatuhkan kredibiliti pemimpin-pemimpin PAS khususnya Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul AM PAS. Klip-klip video ceramah Nik Aziz dipotong-potong dan disiarkan. Timbullah cerita-cerita seperti tuhan mencarut, tuhan samseng, isu barua, Kelantaan Gerhana dan sebagainya lagi. Rakyat tidak tahu hujung pangkal dakwaan tersebut. Inilah matlamat Zam untuk mengelirukan rakyat supaya membenci PAS dan menyokong UMNO yang di dakwa kononnya UMNO itu bersih, bersikap rasional dan bertolerensi serta mementingkan pembangunan dan keamanan untuk rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Perunding kempen pilihanraya UMNO ialah sebuah syarikat pengiklanan terkenal di Amerika Syarikat, yang juga merupakan perunding kempen pilihanraya parti Likud di Israeil. Syarikat itu bernama Saachi & Saachi yang digunakan pada pilihanraya 1986,1990 dan 1995. Oleh itu, jangan hairanlah apabila UMNO menjalankan kempen jahat ala Yahudi-Isreal untuk meraih kemenangan. UMNO sanggop bersekongkong dengan perunding Yahudi yang bertindak sebagai perancang kempennya sehingga kadang-kadang kempennya dalam bentuk iklan [klip video, gambar, banner dsb] yang disiarkan itu melanggar kod etika kewartawanan dan menyerang peribadi tokoh-tokoh tertentu bukan terbatas soal perbezaan kefahaman politik.
Contohnya dalam PRU pada tahun 1990, isu pemakaian tengkolok bertanda salib yang dipakai oleh Tengku Razaleigh Hamzah telah dijadikan bahan kempen jahat UMNO mengambarkan Ku Li pemimpin Melayu yang anti Islam kerana berpakat dengan Joseph Pairin Kitingan yang memimpin PBS di Sabah, ketika itu ku Li sebagai Presiden parti SM46 juga berkerjasama dengan PAS dan DAP di Semananjung
Dalam PRU ke-10 tahun 1999, satu iklan yang disiarkan di RTM berulang-kali yang menggambarkan pertentangan pendapat di antara Dato' Mohd. Fadzil Noor (Allahyarham) dengan Lim Kit Siang berhubung dengan penubuhan Negara Islam yang merupakan matlamat perjuangan PAS sehingga menyebabkan Anwar Ibrahim [tidak mengambil bahagian pun dalam pilihanraya itu dan duduk dalam penjara Sungai Buluh] pening kepala. Iklan ini pada orang-orang Melayu Islam yang beriman kepada Allah benar-benar menghina kesucian Islam [kerana peranan yang dimainkan oleh perunding Yahudi itu] itu sendiri kerena memperlecehkan undang-undang yang ada yang terkandung dalam Al-Quran mengenai penubuhan negara Islam. Mengambarkan Islam dan penganutnya itu ganas dan melampau, tidak suai dijadikan panduan kehidupan manusia di zaman global ini. RTM menyiarkan ‘kempen jahat’ seperti : “jika undi pembangkang, negara akan huru-hara”.
Dalam PRU ke-11 tahun 2004, ditunjukkan pula klip video anti kerajaan oleh para pendokong reformasi di Malaysia, di Indonesia dan lebih-lebih lagi di Afghanistan yang melibatkan golongan Taliban yang berkuasa satu ketika dulu, klip video dalam bentuk dokumentari ini ditayangkan untuk mengambarkan PAS dan BA sebagai ‘ Taliban Malaysia’.
Keadilan pula [kini PKR] dituduh menimbulkan keadaan huru-hara, ditayangkan aksi-aksi emosinal demontrasi pada tahun 1998 – 2001 dan diselang seli dengan keadaan demontrasi di Indonesia. Ditunjukkan juga gambar Fadzil Noor dan Nik Aziz yang hadir di muktamar PAS dan diselang seli dengan tayangan kekacauan dan huru-hara serta seorang wanita yang dihukum di padang bola oleh pihak berkuasa Taliban. Klip video itu berakhir dengan berkata “ anda tentu tidak mahu sebuah kuasa asing datang untuk mengebom negara ini bagi membebaskan wanita dan rakyat yang tertekan dan tertindas oleh golongan militan”.
Belum lagi dikira stesen-stesen TV swasta dan akhbar-akhbar arus perdana yang dimiliki oleh parti pemerintah yang kempen dan propaganda memburuk-burukan pembangkang. Semuanya media ini akan memainkan peranan untuk menyiarkan laporan-laporan yang baik untuk parti pemerintah dan yang negatif mengenai parti-parti pembangkang. Maka sebab itulah imej “jahat” parti pembangkang berjaya diwujudkan oleh media, terutamanya kepada masyarakat Melayu di luar bandar yang tidak mendapat maklumat daripada saluran kedua khususnya daripada media-media alternatif dan internet. Gaya pemberitaan seperti ini yang dikehendaki oleh Zainuddin Maidin, Menteri Penerangan Malaysia yang paling bodoh dan dungu yang menunjukkan Negara ini adalah Negara demokrasi, beliau tidak boleh menerima laporan yang berbeza format yang ditetapkan oleh kerajaan autokratik pimpinan Abdullah Ahmad Badawi ini. Oleh sebab itu secara bebal, beliau marah sangat terhadap laporan yang dibuat oleh Al-Jazeera yang tidak menyebelahi kerajaan dalam peristewa 10 November lepas [Rujuk :http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/zam-maidin-vs-al-jazeera-transkrip-yang-memalukan-negara.html]
Siaran-siaran seperti ini adalah melanggar undang-undang peraturan kempen pilihanraya dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Rashid dan SPR mendiamkan diri dan membiarkan UMNO bermaharalela menodai amalan berdemokrasi. Dalam undang-undang pilihanraya di Indonesia contohnya, kempen jahat seperti ini diharamkan dan mana-mana calon atau parti politik yang menggunakan cara ini untuk menjatuhkan sesuatu calon atau parti politik yang lain, boleh dilucutkan daripada bertanding. Tetapi di Malaysia, media negara RTM menyiarkan kempen jahat untuk melemahkan parti pembangkang dan SPR tidak berbuat apa-apa.
Malaysia yang mengamalkan system Autokrasi dan Diskriminasi tidak mampu membeli kebebasan minda. Sebaliknya, rakyat masih merasa terjajah oleh sistem demokrasi terpimpin, mereka tak mampu bersaing dalam pengembangan idealisme, mereka tak ada ruang dan peluang yang memberi keselesaan dan keseimbangan dalam penyebaran maklumat dan proses pentarbiahan umat. Tragedi pemasungan demokrasi ini begitu memberi kesan yang membimbangkan kehidupan rakyat. Pemusatan kekuasaan hanya didominasi oleh segelintir elit politik, yang menguasai segala sumber maklumat. Jika minda rakyat telah dikuasai melalui monopoli media massa, maka samalah ertinya menyemai sikap prejudis rakyat terhadap golongan lainnya. Majunya satu bangsa dan peradabannya harus dilihat dari perspektif global. Kemegahan fizikal dan infrastruktur satu negara tidak menjamin kehidupan politiknya yang demokratik dan harmonis. Realiti semasa kehidupan rakyat yang tertekan jiwa dan minda mereka jelas terserlah di beberapa negara kaya di bawah sistem pemerintahan autokrasi. Rakyat bangun bangkit menentang pemerintah yang rakus dengan kuasa.
SPR telah dijadikan batu loncatan oleh UMNO. Budaya samseng dan ganas yang dibawa oleh UMNO tidak dipedulikannya, asalkan pembangkang tertekan dan tidak berupaya untuk melakukan serangan balas kerana ada campur tangan pihak polis yang senantiasa menjaga keselamatan UMNO. Hal ini berlaku sama ada dalam PRU dan bertambah-tambah lagi dalam PR kecil yang menjadi tumpuan seluruh Negara. Ini terbukti semasa kempen pilihan raya kecil yang berlaku di Indera Kayangan, di Perlis dan pilihanraya kecil di Parlimen Pendang dan DUN Anak Bukit, di Permatang Pasir, di Machap dan di Ijok.
Kempen yang UMNO lakukan sangat dashat, berlagak samseng dan brutal. Di Indera Kayangan contohnya, 10 kes melibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda pihak pembangkang telah dilaporkan kepada pihak polis, tetapi sehingga kini satu pun tidak disiasat dan diambil tindakan. Satu kes yang amat mencemarkan amalan demokrasi yang SPR berdiam diri ialah kes ketika kempen sedang hangat berjalan di pilihanraya kecil di Indera Kayangan, Perlis di mana Ketua Pemuda PAS pusat ketika itu, Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena dan Ketua Pemuda PAS Perlis, Zulkarnain Abidin yang juga ADUN Santan telah dikepong oleh segerombolan ahli-ahli dan penyokong UMNO/BN menghalang mereka berdua dan rombongan untuk memasuki ke kampong Bakau berjumpa pengundi serta berceramah di situ. Kes ini dibangkitkan di DUN Perlis pada 17 April 2002 oleh YB Zulkainain dan dijawab oleh MB, Shahidan Kassim yang mengaku ketika kejadian itu berlaku, beliau dan Menteri Kebudayaan dan Pelancungan Dato’ Kadir Shaik Fadzil ada di situ, beliau berpakaian baju melayu berwarna kuning bersama-sama dengan pemuda UMNO mengusir Mahfuz dan Zulkarnain keluar dari kampong itu.
Kes yang sama berlaku di Machap dan di Ijok. Rujuk link ini :
http://www.malaysiakini.com/news/65476
http://www.malaysiakini.com/news/65433http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=3798http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7456&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7495&Itemid=85http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7339&Itemid=85http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7353&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7422&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7424&Itemid=85http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7471&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7467&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7476&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7480&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7489&Itemid=28http://www.malaysiakini.com/news/66269http://www.malaysiakini.com/news/66395http://www.malaysiakini.com/news/66419http://www.malaysiakini.com/news/66424http://www.malaysiakini.com/news/66460http://www.malaysiakini.com/news/66498http://www.malaysiakini.com/news/66589http://www.malaysiakini.com/news/66604http://www.malaysiakini.com/news/66621
PR kecil di Machap, Melaka :
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7132&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7128&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7138&Itemid=85http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7189&Itemid=28http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_d809d953-cabec5bb-154de0b0-66b43761http://www.malaysiakini.com/news/65611http://www.malaysiakini.com/news/65744http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7097&Itemid=28http://www.malaysiakini.com/news/65764http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=3798http://www.malaysiakini.com/news/65831http://www.malaysiakini.com/news/65861
PR kecil di Ijok, Selangor :
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7306&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7337&Itemid=28http://www.malaysiakini.com/news/66122http://www.malaysiakini.com/news/66304http://www.malaysiakini.com/news/66544http://www.malaysiakini.com/news/66363http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7456&Itemid=28http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7495&Itemid=85http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=7498&Itemid=28
Rashid adalah pembohong besar dan seorang yang sangat gemar berdolak-dalik. Sikap Rashid yang suka menyalahkan pihak lain samalah amalan yang dimainkan oleh para pemimpin UMNO. Rashid, sekiranya seorang yang ada maruah dan harga diri sudah sewajarnya beliau meletakkan jawatan. Beliau tidak perlu mencabar sesiapa, SPR dibawah pengurusannya telah dibuktikan di mahkamah bahawa SPR bertindak tidak mengikut Perlembagaan dan beliau sendiri lembab untuk mengembalikan imej SPR supaya dilihat oleh rakyat bersih, adil, saksama, tulus, mempunyai intergreti dan amanah serta ada akauntibiliti. Rujuk laporan ini :
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/bersih-mahu-pengerusi-spr-henti-main-wayang-dengan-rakyat.htmlhttp://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/kenyataan-rashid-angkuh-dan-memalukan-keadilan.htmlhttp://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama_lead/penghakiman-petisyen-pilihan-raya-layakkan-rashid-letak-jawatan.htmlhttp://www.harakahdaily.net/bm/index.php/terbaik-dari-harakah/wujudkah-pilihan-raya-adil-jika-pengerusi-spr-nyanyuk.htmlhttp://www.harakahdaily.net/bm/index.php/arkib-liputan-khas/terbabit-dalam-penipuan-langgar-undang-undang-pilihan-raya-berhentilah-tan-sri.html
Suasana yang saya gambarkan di atas adalah mustahil bagi UMNO untuk membuat reformasi seperti yang dituntut oleh BERSIH. Semenjak memorandum BERSIH diperssembahkan kepada Yang DiPertuan Agong, ianya hilang lenyap tanpa berita. Apa yang kita tahu seluruh pemimpin UMNO/BN mengatakan negara ini adalah negara demokrasi kerana setiap 5 tahun sekali diadakan pilihanraya olok-olok. UMNO memang mahukan sistem ini terus berjalan selama-lamanya kerana ia menguntungankannya. Selagi UMNO berkuasa, SPR dan pilihanraya tidak mungkin dapat berjalan secara adil dan jujur.
Oleh itu, mengikut kata Mohd Sayuti Omar [http://malaysia-today.net/blog2006/sayuti.php?itemid=9018] menyertai pilihanraya bermakna bersubahat dengan SPR membentuk sebuah kerajaan yang HARAM dan tidak sah dari segi amalan demokrasi dan dari segi hukum agama. Kerajaan tersebut tidak ada maruah mendapat kuasa secara haram dengan mengunakan kaedah penipuan, menyeleweng, rasuah dan menyalahgunaan kuasa seperti dalam PRU ke-11 lalu. Kerajaan yang dipimpin oleh Abdullah sekarang adalah sebuah kerajaan yang HARAM dan tidak sah.
Lagi pun, masuk pilihanraya di Malaysia merupakan satu pembaziran kewangan, masa dan tenaga kerana kemenangan untuk UMNO telah disetkan oleh SPR terlebih dahulu, sebab itu tarikh bubarkan Parlimen dan tarikh mengundi dirahsiakan bagi menjamin UMNO benar-benar sudah bersedia dan dijamin menang besar. Kalau UMNO belum bersedia dan kedudukan 50:50, pasti pilihanraya tidak diadakan.
Kita ada 222 jumlah kerusi Parlimen dan 576 kerusi DUN di seluruh Malaysia. Jika, seseorang yang hendak menjadi calon pilihanraya dikehendaki mendepositkan wang tunai sebanayak RM10,000.00 bagi calon Parlimen dan RM5,000.00 bagi calon DUN. Parti-parti pembangkang yang ketandusan dana tentu tidak mampu mencabar satu gagasan politik yang kaya raya seperti UMNO yang mendapat dana daripada taukeh-taukeh judi, korporat-korporat gergasi dan daripada berbagai sumber lain. Golongan inilah yang banyak membiayai dana pilihan raya UMNO/BN yang dianggarkan berjumlah RM3.5 billion pada pilihan raya umum ke 11 yang lalu [termasuk perbelanjan makan-minum, upah pekerja pilihan raya dan barang-barang pilihan raya seperti poster, banner, payung dan berbagai lagi cenderahati sebagai umpan pilihan raya kepada pengundi-pengundi].
Untuk jumlah kerusi DUN sahaja, parti-parti pembangkang terpaksa mengeluar wang tunai berjumlah RM2,800,000.00 dan untuk Parlimen RM2,220,000.00. Jadi, semuanya berjumlah RM5,020,000.00 dan ini tidak termasuk perbelanjaan-perbelanjaan pilihanraya yang lainnya. Wang sebanyak RM5.020 juta itu merupakan satu pembaziran yang nyata dalam suasana demokrasi di Malaysia yang dihimpit dan dikekang setiap masa oleh pemerintah sehingga parti-parti pembangkang tidak dapat bebas bersuara, bergerak dan menjalankan aktiviti-aktiviti menemui rakyat.
Hasilnya tidak berbaloi. Dalam pilihan raya umum yang lalu, UMNO/BN mendapat 198 kerusi Dewan Rakyat, 7[PAS], 12[DAP], 1[PKR] dan 1[Bebas]. Di peringkat DUN pula UMNO/BN mendapat 452 kerusi, 36[PAS] 15[DAP] dan PKR tidak mendapat sebarang kerusi. Berdasarkan pencapaian ini, masuk bertanding dalam pilihan raya di Malaysia hanya menghabiskan wang-ringgit, masa dan tenaga sahaja, dan secara tidak langsung memberi sumbangan untuk UMNO menambah ego dan kesombongannya dapat mengekalkan kuasa dengan memperbodohkan rakyat. Adalah lebih baik wang, masa dan tenaga sebanyak itu dicurahkan ke tempat lain yang boleh mendapatkan faedah kepada rakyat.
Semenjak zaman berzaman, tiap bangsa atau kaum itu dizahirkan oleh Allah swt manusia-manusia yang berperangai iblis dan syaitan, yang memegang tampuk kekuasaan dan berlaku angkuh dan sombong, bukan sahaja kepada sesama manusia, malah kepada Allah swt yang menciptanya. Nabi Ibrahim a.s. terpaksa berdepan dengan syaitan bernama Namrud yang menjadi pemerintah pada zamannya. Nabi Musa a.s. berdepan dengan Fir’aun yang kesombongannya mengatasi segala bentuk kesombongan yang belum pernah dilakukan oleh manusia. Dan Nabi Muhammad saw terpaksa berdepan dengan Abu Jahal dan Abu Lahab yang menjadi pemerintah Kota Makkah pada zamannya.
Demikianlah sunnahtullah yang berlaku – sebuah perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran terpaksa berdepan dengan penentangan dari para syaitan dari kalangan manusia yang menjadi pemerintah dan mereka ini sangat keras dan kejam sekali dalam menentang para pejuang kebenaran tersebut. Dan sudah menjadi sunnahtullah juga bahawa perjuangan menegakkan kebenaran itu, meski pun terlalu pahit untuk ditempuh pada mulanya, tetapi akan beroleh kemenangan jua akhirnya.
Saya tidak mahu menyentuh terlalu banyak kisah-kisah manusia kejam dan zalim yang menjadi pemerintah di merata tempat di seluruh dunia ini. Namun sejarah telah membuktikan bahawa walau segagah mana sekalipun kekuatan yang dimiliki oleh para syaitan yang menjadi penguasa itu [maksudnya UMNO kini], namun kuasa rakyat akhirnya dapat menjatuhkan mereka [dengan izin Allah], sekalipun untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin zalim tersebut akan memakan korban rakyat yang tidak terkira banyaknya.
Suatu kisah kekejaman sebuah pemerintahan diktator yang paling kejam dalam abad ini dan memegang tampuk kekuasaan selama 2500 tahun di Iran, telah tumbang pada bulan Februari 1979. Itulah Shah Iran-Shah Reza Phalavi, manusia kejam berhati syaitan yang memerintah Iran dimana masih segar diingatan kita bagaimana Shah Iran ditumbangkan oleh rakyat Iran dalam bulan Februari 1979 dahulu.Sebelum Shah Iran tumbang, rakyat Iran telah membayar harga perjuangan yang tidak ternilai mahalnya. Almarhum Ayatullah Ruhullah Khomeini, Bapa Perjuangan Rakyat Iran, telah mengambil masa berpuluh tahun untuk menanamkan benih-benih perjuangan di dalam dada rakyat Iran terbanyak. Hasilnya, beliau telah berjaya melahirkan berjuta-juta rakyat yang sedia berkorban dan sanggup mati dalam perjuangan suci tersebut. Di sebalik kekuatan yang dimiliki oleh Shah Iran dengan dokongan dan sokongan Amerika, namun kekuatan rakyat Iran yang berlandaskan kesucian dan kesatuan akidah telah berjaya menjatuhkan manusia terlaknat tersebut dari takhtanya buat selama-lamanya.
Untuk menumbangkan diktator Shah Iran, Imam Khomeini dan rakyat Iran terpaksa mengorbankan berjuta-juta nyawa. Peristiwa paling ngeri dalam perjuangan mereka ialah apabila tercetusnya Tragedi Black September 1978 dimana tentera Shah telah menembak dan membunuh berpuluh-puluh ribu rakyat Iran yang melancarkan demonstrasi menuntut beliau turun takhta. Walaupun Tragedi Black September 1978 telah mengorbankan begitu ramai rakyat yang tidak berdosa, namun untuk berjaya dalam perjuangan itu, rakyat Iran merelakan nyawa mereka melayang, demi memastikan generasi anak cucu mereka bebas dari belenggu perhambaan manusia yang tidak layak dipanggil manusia tersebut. Dan tragedi tersebut jugalah yang telah membawa kepada jatuhnya Shah Iran dan naiknya kemenangan rakyat Iran dalam apa yang dinamakan Revolusi Islam Iran pada 1979 dahulu.
Itu kisah rakyat Iran kira-kira 30 tahun lalu. Dan berhampiran kita, Suharto, manusia paling lama memerintah Indonesia iaitu selama 32 tahun, telah membuatkannya lupa daratan dan lupa segala perhitungan dan pertimbangan demi mengekalkan kekuasaannya. Kekejaman, kezaliman dan segala bentuk kejahatan sudah tidak menjadi kudis kepada Suharto tersebut. Kegilaan merompak dan menyamun harta rakyat atas nama pembangunan dan kemakmuran negara membuatkannya lupa langit itu tinggi atau rendah. Segala kejahatan dan kezaliman dipertahankan demi memastikan kekuasaan berkekalan, seolah-olah dia akan hidup menongkat langit. Penderitaan rakyat dipersetankan. Keadilan dan kebenaran ialah apa yang menguntungkan diri dan kroni serta membuncitkan tembolok sendiri. Darah dan air mata rakyat umpama air hujan yang tidak bernilai langsung.
Akibat selalu bermimpi untuk menongkat langit selama-lamanya, Suharto lupa bahawa selama ini beliau sedang bermain api dan tidak menyedari bahawa kerakusannya membolot kekayaan negara untuk diri sendiri dan para kroni telah mencetuskan api kebencian dan dendam di dalam hati rakyat terbanyak. Maka tercetuslah bara Reformasi Total meledak membakar segala keangkuhan manusia bernama Suharto tersebut pada bulan Mei 1998. Untuk menumbangkan Suharto, rakyat Indonesia bukan sahaja menggempurnya dari seluruh pelusuk kota Jakarta, malah para pelajar universiti pula keluar di jalan-jalan raya untuk mencetus dan membakar semangat rakyat. Kemuncak kepada penentangan terhadap Suharto ialah dengan terkorbannya tiga orang penuntut Universiti Trisakti dimana inilah titik tolak yang telah memaksa si diktator Suharto turun dari takhta kekuasaan 32 tahun.
Saya percaya bahawa UMNO-Abdullah-Khairy-Kamaruddin tidak akan dapat ditumbangkan selagi kita masih belum sanggup mengorbankan nyawa-nyawa kita-rakyat yang kental ini, untuk menjadi titik tolak kepada kegoyahan kekuasaan yang dimiliki mereka seperti mana Shah Iran dan Suharto, UMNO-Abdullah-Khairy-Kamaruddin juga ‘memerlukan’ darah rakyat untuk ditumbangkan. Inilah rahsia besar untuk menumbangkan mana-mana diktator–DARAH RAKYAT. Untuk mencapai “Kemerdekaan Kedua” ini, kita tidak lagi boleh mengharapkan hamparan permaidani merah kerana antara penjajah British dan penjarah UMNO-Abdullah-Khairy-Kamaruddin, amat jauh bezanya.
Untuk mencapai kemerdekaan kedua dari UMNO-Abdullah-Khairy-Kamaruddin, kita MESTI sanggup menghamparkan “permaidani darah” supaya dengan darah itulah mereka akan tergugat dan akhirnya akan tumbang. Percayalah, selagi kita masih belum bersedia untuk mengorbankan nyawa dalam perjuangan ini seperti mana rakyat Indonesia dan Iran, agak sukar untuk kita menjatuhkan regim Autokrasi dan Diskriminasi ini. Seakan sudah tersurat bahawa mana-mana regim diktator [juga autokrasi] mesti ditumbangkan melalui darah rakyat. Dan saya percaya bahawa mereka juga akan tumbang apabila polis-polis yang menjadi anjing-anjingnya sanggup menembak dan membunuh rakyat yang mengadakan demonstrasi kelak, seperti mana apabila tentera Indonesia menembak dan membunuh tiga penuntut Universiti Trisakti.
Hipotesis saya ini bersandarkan fakta sejarah dan pemerhatian khusus terhadap sebahagian besar regim-regim diktator di seluruh dunia. Kesemua mereka jatuh dan dijatuhkan oleh rakyat melalui pengorbanan darah rakyat sendiri. Selagi tiada rakyat yang terkorban nyawa, memang liat untuk menjatuhkan seseorang diktator. Lihatlah apa yang mereka telah lakukan terhadap kita apabila kita bangkit bangun mendemontrasi menentang kenaikan harga minyak, gas masak, elektrik, air dan barangan serta perkhidmatan[tahun 2008, harga minyak, tol dan elektrik akan dinaikkan]. Pancut air kimia, gas pemedih mata, sepak, terajang dan sumbat ke dalam lokap. Seolah-olah ianya menjadi sesuatu yang rutin setiap kali ada demonstrasi. Dan kita pula diperlakukan seperti kucing kurap seolah-olah mereka itu terlalu bangga dapat menumpaskan rakyat yang berdemonstrasi.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak para pejuang keadilan dan kebenaran sekelian supaya merenung kembali samada perjuangan kita untuk menumbangkan regim UMNO-Abdullah-Khairy_Kamaruddin tersebut dalam keadaan mereka mempunyai segala kekuatan dan keupayaan, telah berhasil menggugat kekuasaannya? Saya mahu mengajak seluruh rakyat supaya kita mencari suatu alternatif drastik dan dengan penuh keberanian. Sesungguhnya untuk mendapat kejayaan bagi sesuatu perjuangan itu memerlukan harga yang teramat mahal untuk dibayar. Peristewa 10 November merupakan satu titik permulaan. Harus diingat, PRU ke-12 nanti akan dipenuhi dengan berbagai strategi dan taktik untuk menipu, rasuah, menyeleweng, menyalahgunaan kuasa, keganasan dan sebagainya lagi yang tidak terbayang difikiran kita sekarang akan berluasa kerana disokong oleh SPR dan pasukan polis.
Jadi, apa persiapan kita untuk memprotes ketidakadilan yang wujud itu?
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian. Wallahu'alam bishshawab. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb