DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, October 31, 2011

PERGI MEKAH TUNAIKAN HAJI-TAPI MAKAN KEDARAH HARTA RAKYAT-BOROS DAN MEMBAZIR KAWAN SYAITAN



Cerita Rosmah Mansor (RM) tidak pernah habis-habis kerana ia tamak, haloba, boros, membazir dan belagak macam wanita pertama memakan duit rakyat (duit Negara) ke mana-mana ia pergi Rosmah tidak ubah seperti Imelda Marcos.

Baru-baru ini belum habis isu beli cincin permata bernilai RM24 juta (main silap mata hilang lenyap entah ke mana) timbul pula isu menyimpan koleksi bag tangan yang juga nilaian berjuta ringgit dan kini timbul pula isu pembelian mutiara juga berharga ribuan ringgit. Ia dibeli ketika bershoping di Perth, Australia ketika menemani Najib menghadiri mesyuarat CHOGM.




Sekarang dua suami-isteri itu kini berada di Mekah konon-kononnya hendak mengerjakan haji. Kalau ikut quran dan hadith yang diajar oleh tuan-tuan guru, haji mereka berdua ,,,,,,(Allah yang tahu). Berdosa dengan Allah swt, senang. Taubat nasuha dan taat perintanya, habis cerita.

Berdosa sesama mahkluk tidak lepas dosanya, selagi tidak mohon maaf daripada empunya diri. Ini rakyat, sebagai pemimpin makan kedarah duit rakyat, berjoli sana-sana dan membelanja dengan boros atas kepentingan peribadai dan keluarga (tidak ada sedikit pemerintahannya bercirikan ala pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang menjadi idola Lim Guan Eng), tidak ada seorang pun rakyat yang sudi memaafkan (termasuk saya seluruh keluarga) dan tidak menghalalkan perbuatan tersebut dari dunia sehingga akhirat.

DAKWAAN CABUL: ZAIRIL MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP UMNO ONLINE

Written by Zairil Khir Johari

Berikutan kengganan pihak Umno-Online, iaitu laman web rasmi Umno, untuk menghentikan, menarik balik dan meminta maaf atas laporan-laporan palsu dan berunsur fitnah yang terus dimainkan terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan keluarganya, saya selaku Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat laporan polis agar tindakan akan diambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Sehingga hari ini, sudah terdapat 9 laporan yang membawa tuduhan liar bahawa kononnya anak kepada Ketua Menteri terbabit dalam kejadian mencabul seorang pelajar perempuan. Di samping itu, laporan-laporan tersebut juga mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada keluarga pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam.

Laporan-laporan tersebut disenaraikan dalam jadual di bawah:

a)

Dakwaan Cabul: Tindakan Guan Eng Berdolak Dalih Timbulkan Banyak Persoalan

18 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47540

b)

Isu Cabul: Guan Eng Mesti Jelaskan Perkara Sebenar Atau Ambil Tindakan

18 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47552

c)

Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam

19 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47687

d)

Isu Cabul: Sejak Bila Pembangkang Pandai Bercakap Soal Moral??

19 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47673

e)

Dari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit

20 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47774

f)

Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit

21 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47821

g)

Isu Cabul: Guan Eng Patut Saman Bukan Terus Politikkan Anak Untuk Cari Simpati

25 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=48133

h)

Rasuah RM200 Ribu : Empat Laporan Polis Dibuat Terhadap Lim Guan Eng

25 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=48128

i)

Isu Cabu : Guan Eng Umpama Penembak Buta

28 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=48318

Jadual 1: Senarai laporan-laporan di Umno-Online

Tambahan pula, laporan-laporan “Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam” dan “Isu Cabul: Sejak Bila Pembangkang Pandai Bercakap Soal Moral??” pada 19 Oktober 2011, “Dari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit” pada 20 Oktober 2011 dan “Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit” pada 21 Oktober telah memetik daripada sebuah laporan palsu yang kononnya telah disiarkan oleh suratkhabar Guang Ming Daily. Guang Ming Daily telah pun menafikan kewujudan laporan tersebut dalam akhbarnya pada 21 Oktober 2011 (halaman A2).

Tuduhan-tuduhan tersebut merupakan fitnah yang keji dan langsung tidak berasas. Yang paling teruk sekali, laporan-laporan tersebut terus disiarkan dan dimainkan dengan sembereno walaupun bukti sudah pun dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk membidas tuduhan-tuduhan yang liar itu.

Sebagai contoh, pada 21 Oktober 2011, “pelajar perempuan” yang terbabit, Anya Corke, telah mengeluarkan kenyataan keras untuk menafikan penglibatannya. Malah beliau menegaskan tidak pernah bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya.

Kenyataan Anya yang merupakan seorang pemain catur antarabangsa dari Hong Kong telah disusuli dengan penafian daripada Pengarah Pelajaran Pulau Pinang En. Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang dilaporkan dalam akhbar The Star pada 22 Oktober 2011. Beliau pun telah mengesahkan bahawa tiada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri kepada apa-apa kejadian sedemikian.

Kenyataan-kenyataan Anya dan Encik Ahmad Tarmizi pula adalah tambahan kepada kenyataan En. Goh Boon Poh, pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, yang juga telah menafikan kejadian itu.

Walaupun macam-macam bukti telah ditampilkan, Umno-Online masih lagi meneruskan serangan mereka tanpa melaporkan perkara yang sebenar, seperti yang boleh dilihat dalam laporan-laporan “Isu Cabul: Guan Eng Patut Saman Bukan Terus Politikkan Anak Untuk Cari Simpati” dan “Rasuah RM200 Ribu : Empat Laporan Polis Dibuat Terhadap Lim Guan Eng” yang bertarikh 25 Oktober 2011.

Berikutan laporan-laporan ini, Ketua Menteri telah mengadakan sidang media pada 26 Oktober 2011 disusuli dengan kenyataan akhbar pada 27 Oktober 2011 untuk menuntut supaya Umno-Online menarik balik dan meminta maaf atas laporan-laporan palsu dan berunsur fitnah tersebut.

Namun begitu, laman web Umno-Online bukan sahaja tidak menarik balik atau meminta maaf, malah masih lagi menyiarkan laporan-laporan yang sudah diketahui palsu dan berunsur fitnah. Ini boleh dilihat dalam laporan seterusnya pada 28 Oktober yang bertajuk “Isu Cabul : Guan Eng Umpama Penembak Buta”.

Saya percaya bahawa penerbitan dan penyiaran kesemua 9 laporan-laporan palsu dan fitnah tersebut merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah, antara lainnya, Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan berharap agar pihak polis akan mengambil tindakan siasatan yang segera serta tindakan susulan yang sewajarnya ke atas laman web Umno-Online supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan dan kerosakan nama bagi Ketua Menteri dan keluarganya.

Lampiran

Berikut adalah petikan daripada beberapa laporan yang melibatkan laporan palsu Guang Ming Daily:

“Terbaru ialah tindakan tidak senonoh anaknya meraba pelajar perempuan di sekolah Cina dan membayar RM200 ribu sebagai tanda untuk tutup mulut pelajar terbabit. Akhbar Guan Ming Daily bertarikh 19 November 2011, pada halaman A10 melontarkan kenyataan Lim Guan Eng ekoran dakwaan anaknya meraba pelajar perempuan Sekolah Cina Heng Ee. Menurut laporan akhbar terbabit... Lim Guan Eng menjelaskan bahawa anaknya dipindahkan ke Sekolah St Xavier’s Institution kerana bimbang terjebak dengan gejala dan sindiket dadah di kalangan pelajar.”

Dipetik daripada “Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam” yang bertarikh 19 Oktober di http://umno-online.com/?p=47687

“Namun semalam, dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, Guan Eng mengatakan anaknya dipindahkan dari Sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St. Xavier’s kerana bimbang terjebak dengan gejala negatif dan sendiket dadah di kalangan pelajar.”

Dipetik daripada “Dari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit” yang bertarikh 20 Oktober 2011 di http://umno-online.com/?p=47774

“Sebelum ini, anak lelaki Guan Eng didakwa terlibat dengan masalah moral apabila dikatakan telah mencabul seorang rakan sekolahnya. Akibat daripada kejadian tersebut, Guan Eng telah menukarkan sekolah anaknya dan menyogok keluarga mangsa dengan wang berjumlah RM200 ribu.

...

Selepas itu, Guan Eng telah menukar kenyataannya yang tersiar di dalam salah sebuah akhbar berbahasa Cina kononnya pertukaran tersebut adalah kerana Guan Eng bimbang anak lelakinya akan terlibat dengan gejala dadah di kalangan pelajar.”

Dipetik daripada “Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit” yang bertarikh 21 Oktober 2011 di http://umno-online.com/?p=47821

Zairil Khir Johari ialah Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP.

Sumber : DISINI

Ulasan :

Laporan tinggal laporan saja la tu.Tidak dihiraukannya kerana ia membabitkan UMNO. Bukankan semua agensi penguatkuasaan undang-undang dalam Negara ini cawangan UMNO.

Perlu ingat laporan ini datang dari pembangkang. Dari pembangkang boo layan. Dari UMNO dan sekutunya pasti dilayan. Sekiranya laman web ini dari pro parti-parti Pakatan, sudah tentu laman web itu dengan pantas akan disaiasat oleh SKMM dan Polis, manakala AG bersiap sedia menyiapkan kertas pendakwaan dan mahkamah ada hakim yang ditentukan untuk mendengar kes ini dan hakim diberi arahan untuk menangkan UMNO celaka haram jadah ini.

Pastinya laporan ini dibakulsampahkan.

MALAYSIA SEDANG MENUJU KE ARAH FASISME




Kumpulan ultra-Melayu, Perkasa, sedang berusaha untuk menggagalkan usaha “pembaharuan” Datuk Seri Najib Razak, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

Beliau berkata, ucapan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor di perhimpunan Perkasa baru-baru ini yang menyamakan perjuangan hak asasi manusia dengan komunisme adalah percubaan kedua untuk memusnahkan hasrat Perdana Menteri melaksanakan “reformasi” di Malaysia.

Menurutnya, dalam percubaan pertama Perkasa, ia telah berjaya memaksa Najib menarik balik gagasan Model Ekonomi Baru (MEB) yang berhasrat untuk memperbaiki tindakan afirmatif berasaskan kaum.

Katanya, Najib yang takut dengan Perkasa telah berundur apabila MEB yang bertujuan menggantikan Dasar Ekonomi Baru telah dikekalkan dengan kuota kaum, yang jelas bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia lebih terbuka dan telus.

“Memang mengejutkan apabila seorang bekas Ketua Polis Negara berani menyamakan gerakan hak asasi di Malaysia dengan komunisme.

“Tan Sri Rahim Noor yang telah memalukan negara apabila menumbuk muka Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga lebam matanya sewaktu bekas Timbalan Perdana Menteri itu berada di dalam tahanan (pada 1998), telah mengatakan bahawa gerakan hak asasi manusia adalah satu agama baru,” ujarnya.

Menurut Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, dengan membuat persamaan itu, Rahim Noor sebenarnya cuba menabur benih dan memupuk gerakan fasisme di Malaysia.

Katanya, kamus Oxford English menjelaskan bahawa fasisme adalah satu fahaman ketuanan kaum atau bangsa yang membenci demokrasi, taat kepada seseorang pemimpin yang berkuasa dan mahu meluaskan pengaruh melalui hasutan dan propaganda.

Fasisme terkenal dengan kekejamannya apabila tokoh-tokohnya seperti Adolf Hitler, Benito Mussolini dan Hideki Tojo membawa negara mereka menyerang negara-negara lain yang mencetuskan Perang Dunia Kedua.

Fahaman itu yang mengangkat ketuanan kaum telah mengakibatkan kematian berjuta umat manusia dan masih berleluasa di zaman selepas perang, walau pun dengan berbeza-beza ideologi, seperti di apartheid di Afrika Selatan dan tindakan menindas kaum minoriti di banyak negara dunia.

“Serangan terbaru ke atas gerakan hak asasi manusia adalah usaha terbaru untuk memaksa Najib supaya tidak tunduk kepada gerakan masyarakat madani seperti Bersih.

“Gerakan seperti Bersih telah berjaya membawa kepada pengwujudan Jawatankuasa Pemilih Parlimen mengenai Reformasi Pilihan Raya serta cadangan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pindaaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA).

“Kejayaan usaha-usaha baik ini telah ditentang oleh Perkasa, kebanyakan mereka adalah golongan pelampau dalam UMNO,” kata Pua.

Beliau mendesak Najib supaya menghentikan usaha ke arah wujudnya gerakan fasisme di negara ini dan mengutuk secara terbuka percubaan Rahim Noor yang mahu menyamakan hak asasi manusia dengan komunisme.

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Najib perlu menjelaskan pendiriannya bagi pihak Malaysia – sama ada menyokong cadangan Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang mahu menegakkan hak asasi manusia atau tunduk kepada tekanan Rahim Noor dan bekas bossnya Tun Dr Mahathir Mohamad yang benci kepada hak asasi manusia.

Katanya, pendirian Najib pada CHOGM 2011 di Perth, Australia yang sedang diadakan sekarang akan menentukan sama ada janji-janji Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia lebih demokratik dan bebas benar-benar menjadi kenyataan.

Antara tokoh yang mengganggotai EPG CHOGM adalah Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga bekas Perdana Menteri yang ditugaskan untuk memastikan negara-negara Komanwel benar-benar melaksanakan amalan demokrasi dan menghormati hak asasi. –

Sumber : Roketkini.com

Bekas KPN paling munafik, Abdul rahim Noor,
dengan muka tidak malunya 2-3 hari lepas Anwar di tangkap (20 september 1998), dia dengan selambanya mem buat statement yang Anwar safe & sound, ttidak perlu bimbang katanya.

Apabila Anwar dibawa ke court awal Oktober 1998, ternampak matanya lebam, orang sudah mula marah...dia buat bodo aje, maka dengan berbagai tindakan dalam dan luar Negara, maka mamak tongkang bapa segala syaitan pun menubuhkan Suruhanjaya Diraja (karana katannya Anwar cederakan diri sendiri) dilantik untuk siasat kecederaan Anwar. Rahim babi dan bapa anjing ini masih buat bodoh macam tidak tau ape yg jadik

Awal Januari 1999 baru letak jawatan bila laporan Suruhanjaya Diraja dkeluarkan pada 4 Mac 1999, memang sah dia yang memukul, menumbuk, menempeleng, menendang Anwar sehingga Anwar pengsan dan cedera parah.

Masa siasatan Surahanjaya Diraja masih dengan muka tak malu tuduh Anwar provok dia sebab Anwar panggil dia "bapak anjing", padahal Anwar bukan tau pun sapa yang datang, dahla tu dia bergari, mata bertutup, apahal tak pasal-pasal nak panggil bapak anjing.


Suruhanjaya Diraja tolak mentah-mentah defence "bapak anjing" ni...tak masuk akal langsung.Selama 4 bulan dia tipu rakyat Malaysia, tak de ungkapan maaf langsung dia cakap kat rakyat Malaysia...sampai Suruhanjaya Diraja sahkan yang dia pukul Anwar 7 bulan selepas kejadian itu, dia masih tak mintak maaf disebabkan perangai segelintir orang macam dia ni, integriti polis jatuh merudum seteruk-teruknya sampai sekarang rakyat semakin benci kepada pasukan polis dan rakyat mulai hilang kepercayaan intergreti pasukan polis.