PETALING
JAYA 12 JUN : PKR hari ini mendedahkan video yang menunjukkan Ahli Parlimen
Bagan Datok, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan
Raya 1954 dalam sidang media di Ibu Pejabat parti itu di sini.
Pengarah
Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata daripada video itu, dua petisyen difailkan
secara berasingan untuk mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13) bagi kerusi itu sebagai tidak sah.
Petisyen
berasingan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh pagi tadi oleh bekas
calon parlimen Bagan Datok, Madhi Hasan dan pengundi, Azmi Sulaiman.
Hadir
sama Mahdi dan peguam bela , Edmund Bon Tai Soon.
Mereka
turut menyiarkan tiga video yang berkaitan Zahid Hamidi melanggar Akta
Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Dalam
video terbabit, pada 19 April menunjukkan bukti bahawa responden secara tidak
langsung melalui seseorang, S.Ramalingam memberikan wang tunai RM100 dan lima
kampit beras satu kilogram (KG) dengan logo cetakan Barisan Nasional kepada 1,000
orang yang hadir di Dewan Sanmarka, Hutan Melintang.
Manakala
dua video lain Zahid mengakui melantik dan mengambil 24,000 orang jentera
dengan bayaran wang tunai dan pemberian beras.
Rafizi
mendakwa bagi kesalahan-kesalahan itu, responden (Zahid) dikatakan menyalahi
undang-undang di bawah Seksyen 21 (1), Seksyen 21 (2) Bahagian IV atas
pengambilan kerja dan Seksyen 10 (a) bahagian III serta Seksyen 32 (c) atas
kesalahan menyogok dan rasuah.
”
Video yang ditunjukkan itu jelas membuktikan bahawa responden melanggar
kesalahan pilihan raya.
“Zahid
merasakan beliau pandai kononnya mengatakan memberikan duit kepada jentera,
walhal undi yang beliau dapat hanya 17,000, maknanya 7,000 undi lagi
menunjukkan jenteranya tidak mengundi beliau,” sindir Rafizi.
Rafizi
menambah bukti-bukti itu sebenarnya menunjukkan bahawa Zahid membelanjakan
lebih RM2 juta untuk memberi ‘gula-gula’ itu.
“Setakat
hari ini, PKR memfailkan 19 petisyen, kita akan berkongsi maklumat berkenaan
petisyen dari masa ke semasa. Bukti-bukti ini akan dibawa ke mahkamah,”
katanya.
Dalam
PRU 13 lalu, Zahid memenangi kerusi parlimen itu dengan undian sebanyak 17,176
sekaligus menewaskan Madhi dengan majoriti 2,108.
Difahamkan
petisyen itu akan juga akan dihantar kepada Zahid pada masa yang akan ditentukan
kelak.