DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, February 8, 2008

PRU KE-12: IMEJ BURUK PASUKAN POLIS TERDEDAH DI PADANG TERAP

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Saya berpeluang mendengar ceramah Naib Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu di Ekpo Penerangan PAS Kawasan Padang Terap. Beribu penduduk Daerah Padang Terap turun untuk mendengar isu-isu semasa yang disampaikan oleh saudara Mohamad Sabu. Lihat gambar-gambar yang saya sempat rakamkan :


BERIBU PENDUDUK PADANG TERAP MENDENGAR PENJELASAN
ISU-ISU SEMASA DARIPADA MOHAMAD SABU



Banyak isu-isu semasa yang disentuh oleh Naib Presiden PAS itu yang tidak disiarkan oleh mana-mana media haprap milik UMNO. Dua isu yang paling mendapat perhatian daripada para penonton.

Pertama isu pihak polis melakukan kekeras an [boleh dipanggil keganasan] ketika menangkap beliau di Tol Bukit Tambun berhubung dengan perhimpunan 100 ribu rakyat pada 10 November tahun lalu, yang mana beliau adalah pengerusi perhimpunan tersebut. Mohamad Sabu mengimbau kembali peristewa penangkapan beliau di hari perkahwinan anaknya. Katanya, beliau ada membuat perjanjian dengan pihak polis di Ipoh bahawa ia akan menyerah diri di Balai Polis Kepala Batas setelah pulang ke rumahnya di Kampung Guar Petai, di Kawasan Kepala Batas. Katanya, konvoi polis yang mengiringi beliau dari Ipoh ke Butterworth tidak melalui Tol Juru, tetapi mengambil jalan yang melalui Tol Bukit Tambun. Beliau dikepung polis di Jalan Raya 4, Lorong Tambun, Ipoh - berhadapan Sunway City, Ipoh, di Tol Bukit Tambun.


FRU dan polis-polis lain secara kurang ajar dan biadap akhirnya berjaya sampai kereta Naza Ria yang dinaikinya nya. Beliau tetap enggan turun kerana ia memegang janji yang dibuat dengan polis di Ipoh. Polis [iaitu FRU-berotak lembu] lalu memilih tindakan barbaric atau tidak bertamadun dengan memecahkan cermin keretanya di sebelah tempat duduk penumpang di hadapan, di tempat beliau duduk. Beliau [membatukan diri dan tidak bertindak balas] bersama tiga orang yang mengiringi beliau dalam kereta itu direntap keluar dan digari lalu diheret ke IPD Seberang Perai Selatan. Beliau diperlakukan sebagai penjenayah besar seperti MAFIA. Beliau juga mencerita detik-detik beliau ditangkap dalam peristeswa demontrasi kenaikan harga barang di KLCC pada 26 Januari lepas. Belaiu kesal, tenaga pasukan polis sepatutnya digunakan untuk membasmikan jenayah, tetapi digunakan untuk survival UMNO, sedangkan pada masa yang sama penjenayah sebenar bebas, bebas melakukan apa sahaja jenayah kerana pasukan polis telah hilang fukos keprofessinalannya. Kini, masyarakat Padang Terap sudah tahu kenapa kadar jenayah dalam berbagai sektor meningkat begitu mendadak sekali akhir-akhir ini kerana beribu orang dalam pasukan polis tidak menjalankan tugas mereka yang sebenar, mereka asyik menerima arahan UMNO mematahkan kebangkitan parti-parti pembangkang terutama PAS dan PKR.


Kedua isu perjuangan Hindaraf. Beliau nyatakan walaupun kaum India di negara ini berjumlah dua juta orang, namun mereka berani memperjuangkan hak mereka, tidak seperti orang Melayu. Sekarang, katanya kerajaan [baca UMNO] memberi berbagai bantuan kepada kaum India. Orang Melayu yang banggang berpolitik, selagi banyak orang Melayu menyokong UMNO, lagi banyak hak dan keistemewaan orang Melayu dihakis oleh pemimpin UMNO yang kurop. Kaum Cina juga cerdik katanya. Mereka bersatu untuk menuntut hak mereka dan UMNO dengan senang hati menganugerahkan apa sahaja yang kedua-dua kaum ini mahu asalkan memberi undi kepada UMNO untuk mengekalkan kuasa.


Kesimpulanya, dalam ceramah tersebut ialah Abdullah Ahmad Badawi merupakan seorang Perdana Menteri yang paling jahat dan kotor permainan politiknya berbanding dengan lain-lain PM sebelumnya. Ketika Mahathir memerintah, Mahathir tidak ada banyak wajah, beliau lebih suka berterus terang dengan kawan dan lawan. Tidak dengan Abdullah. Abdullah mempunyai banyak wajah dalam percaturan politiknya. Abdullah di luar nampak alim dan wara’, lembut tutur katanya, tetapi menilai daripada tindakannya selama 4 tahun menjadi PM, Abdullah merupakan seorang PM yang jahat, kurang cerdik dan kuat tidur. Beliau bermain politik secara ‘baling batu, sembunyi tangan’.


Kita ambil contoh yang mudah dan telah pun diketahui umum, beliau adalah pengasas Islam Hadhari untuk membentuk generasi yang berilmu dan beriman, tetapi keluarganya hidup di luar batas-batas Islam sebenar. Lihat kehidupan yang melingkari kehidupan anak-anak dan menantunya. Beliau sendiri ada ketikanya menjadi imam sembahyang, ketika yang lain boleh berpoya-poya di majlis keramaian memegang bahu dan tangan wanita bukan mahram. Dikediaman rasminya pernah diadakan pesta nyanyian dan majlis tari menari, yang mana sebelum ini tidak ada PM yang mengadakan majlis seumpama itu dan ketika yang lain tangan itu juga yang merasmikan masjid. Rakyat disuruh berbelanja secara berhemah, tetapi dia melakukan membaziran membeli jet peribadi bernilai RM230 juta dan ubahsesuai kediaman rasmi memakan belanja lebih daripada RM20 juta. Rakyat ditimpa bencana banjir, makan nasi kawah, tetapi beliau boleh berseronok-seronok makan nasi kandar di Australia.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

Thursday, February 7, 2008

PILIHAN RAYA UMUM KE-12 :MELAYU OH MELAYU-SIRI 1









Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt
,

Hampir pasti parlimen akan dibubarkan dalam bulan Febuari ini, iaitu selepas perayaan tahun baru Cina. Gambaran ini dapat dilihat melalui media milik UMNO saban hari menjalankan kempen tidak rasmi dan mencurahkan pelbagai propaganda murahan ke ketengah-tengah masyarakat yang kebanyakannya masih lagi hidup dalam keadaan ‘buta dan pekak’ maklumat’ daripada sumber ke dua.

Cukup memualkan ulasan demi ulasan yang diberikan mengambarkan kepada kita bahawa kerajaan pimpinan UMNO begitu gelabah menghadapi PRU ke-12 ini. Tindakan UMNO itu masih memahami bahawa rakyat Malaysia sebahagian besarnya masih lagi bercawat dan tinggal dalam hutan tebal. Spekulasi ini hampir menjadi kenyataan apabila diberitakan bahawa Abdullah Ahmad Badawi telah mengadakan pertemuan dengan Yang DiPertuan Agong.

Seperkara lagi, Abdullah telah melengkapkan lawatan kerja seluruh negeri di semanjung dan Sabah untuk meninjau kelengkapan jentera pilihan raya dan berakhir di Kepala Batas, Pulau Pinang, kawasan parlimen yang diwakilinya. Timbalannya juga, Najib Tun Razak sudah selesai menjalankan tugas yang sama hanya menunggu tiupan wisel daripada Abdullah sahaja.

Pembubaran parlimen bermakna Abdullah yakin bahawa UMNO akan kembali berkuasa semula sepertimana yang dinyatakan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad dalam satu sidang akhbar dua minggu lepas. Hal ini menyebabkan Khir TOYO, MB Selangor, yakin 100% UMNO akan menang hanya menunggu hari untuk diistiharkan secara rasmi oleh SPR yang menjadi rakan ikrab UMNO/BN.

Tidak menjadi satu keajaiban bagi rakyat Malaysia untuk menilai sikap seorang MB yang berlagak angkoh dan sombong mendahalui takdir daripada Allah s.a.w. Sikap seperti ini pernah ditunjukkan oleh sejarah yang menceritakan perihal Firaun lanatullah. Jadi, Khir mempunyai sikap Firaun hidup subur dalam dirinya. Penindas yang dilakukan oleh beliau terhadap rakyat miskin melebihi daripada tindakan yahudi terhadap bangsa Palestin. Khir juga adalah ‘iblis’ yang menjelmakan dirinya sebagai seorang manusia. Perbuatanya mencegah orang yang mahu mengamalkan amal makrof-nahi mungkar adalah perjuangan iblis lanatullah. Nasib baik, kebanyakan rakyat seluruhnya mudah faham berkaitan ajaran yang terkandung dalam mazhab Islam Hadhari mengajar manusia menjadi jahat, angkoh, sombong, melaksanakan amal makrof dan pada masa yang sama tidak mencegah kemungkaran, sebaliknya mengalakkan mungkar berlaku di mana-mana.


Islam Hadhari juga mengajar orang Melayu agar jahil terhadap agama Islam yang sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.w.a. Ajaran Islam yang ada had dan ada harinya itu mencampuradukkan yang haram dan halal bagi membina satu tamadun caca merba yang boleh meruntuhkan bangsa dan agama. Faktor ini pun sudah cukup untuk menghumban UMNO ke dalam longkang.Tetapi, sayangnya tidak ramai orang Melayu yang sedar dalam perkara ini. Percayalah wahai bangsa ku, sekiranya UMNO diberi mandat sekali lagi untuk memerintah semula, maka jawapannya ialah kehidupan rakyat lebih parah daripada sebelumnya. Mereka akan naik toncang dan lebih ganas lagi merebut kekayaan negara dan rakyat akan menjadi hamba buat selama-lamanya.

Sepertimana biasa, setiap kali tibanya pilihan raya umum [PRU] atau pilihan raya kecil, saya akan menulis berkaitan berbagai isu yang menyentuh kezaliman pemerintah, kerakusan para pemimpin membaham harta rakyat, perbuatan rasuah dikalangan para pemimpin, penyalahgunaan kuasa, skandal yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan lain-lain isu yang menyentuh kepentingan bangsa dan agama Islam. Dalam PRU ke-12 ini, saya akan terus menulis menelanjangkan kejahatan, kezaliman, keganasan dan berbagai isu-isu semasa yang timbul yang dilakukan oleh UMNO dan para pemimpinya selama ini.

Tujuan saya adalah iklas untuk menyedarkan bangsa Melayu bahawa sudah cukup tempoh mereka menjadi hamba-abdi kepada UMNO selama ini. Itu pun bergantung kepada orang Melayu yang mahu sedar, tetapi yang lain yang tidak mahu sedar-sedar, apa daya kita kerana semuanya itu adalah dengan kehendak Allah s.a.w.jua. Nabi sendiri tidak berupaya mengIslamkan bapa saudaranya Abu Talib yang banyak berjasa kepada perjuangan Baginda.

Penulisan [disamping turun padang] adalah merupakan wadah terbaik bagi saya untuk sama-sama berjuang menentang berbagai kemungkaran [kebathilan] yang dilakukan oleh UMNO dan mengembalikan yang empunya haq. Saya takut ditanya oleh Allah s.a.w di padang masyar kelak, apa yang saya telah lakukan di dunia ini untuk menyedarkan masyarakat bahawa Islam, bangsa dan negara akan hancur di bawah pemerintahan UMNO.

Saya yang tahu serba sedikit tentang kezaliman dan kejahatan UMNO, wajib bangun menentang kemungkaran tersebut. Setiap orang Islam wajib menentang sebarang kemungkaran yang berlaku dihadapan matanya. Penentangan itu perlu dilakukan mengikut keupayaan masing-masing. Ada kuasa hendaklah dilakukan melalui kuasa yang ada, kalau gagah perkasa [semacam Omar Al-Khatab] hendaklah dilakukan melalui tindakan-tindakan, secara lisan [berdakwah] dan selemah-lemah iman pesan Nabi memadai buat penentangan di dalam hati, tidak redha apa yang dilakukan oleh UMNO.

Baik, mari kita sama-sama merenung sejenak. Cuba kita sama-sama berfikir apa yang UMNO telah lakukan terhadap bangsa Melayu dan agama Islam setelah 50 negara merdeka dan hampir 60 tahun UMNO diberi kuasa untuk memerintah. Kita tidak boleh berbangga dengan kemudahan awam yang disediakan oleh UMNO dan begitu juga pembangunan negara yang kita capai setakat ini. Semua itu mesti dilakukan oleh mana-mana kerajaan yang berkuasa. Perbelanjaan pembangunan menggunak duit yang kutip daripada rakyat melalui berbagai jenis yang dikenakan ke bahu rakyat.

Kita perlu tanya kepada diri kita sendiri. Apakah yang kita dapat hasil daripada pembangunan negara seperti yang dilaung-laungkan oleh Abdullah dan kuncu-kuncunya itu. Sebenarnya bangsa Melayu tidak dapat apa-apa pun, hanya sebilangan kecil orang Melayu yang dapat menikmatinya. Manakala kedudukan agama Islam berada dalam kedudukan yang amat goyah sekali, sering kali dihina dan dipertikaikan oleh rakyat Malaysia di kalangan yang bukan Islam.


50 tahun merdeka, orang Melayu dan bumiputra Sabah dan Sarawak masih lagi merupakan golongan yang paling miskin di Malaysia. Perkara ini diakui sendiri oleh Najib dan para pemimpin UMNO lainya bagi menentang hujah-hujah dibangkitkan oleh pemimpin kaum India melalui Hindraf yang mendakwa kaum India di Malaysia terpinggir dan termiskin. Apa yang pemimpin buat selama ini? Tidur atau asyik mengampu dan mengejar kekayaan diri sendiri seperti mana yang dilakukan oleh Mohd Said Yusuf [MP Jasin], Zakaria Mat Deris [ADUN Pelabuhan Klang], Taib Mahmod, Musa Aman,Khir Toyo, Mohammad Mohd Taib, Rafidah Aziz, Khalil Yaakob, Rahim Tamby Chik dan ramai lagi para pemimpin UMNO yang belot dari matlamat asal untuk membela nasib rakyat.


Orang Melayu masih lagi mengungguli paras kemiskinan iaitu pada paras 8.3 peratus, kaum India mencatatkan sebanyak 2.9 peratus dan kaum Cina mencatat 0.6 peratus. Perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru [DEB] gagal mancapai sasaranya 30 peratus ekuti milik orang Melayu kerana perbuatan kianat para pemimpin UMNO yang kurop dan tidak beramanah. Berakhirnya DEB pada tahun 1990, orang Melayu hanya memiliki ekuiti sebanyak 18.9 peratus.


The Star pernah menyiarkan laporan senarai 40 individu yang terkaya dalam negara sebagaimana yang diterbitkan oleh majalah Forbes Asia tahun lalu. Daripada 40 orang terkaya itu, hanya 9 orang Melayu yang boleh dikategorikan sebagai orang terkaya di Malaysia. Demikianlah rekod pencapaian UMNO, parti Melayu terbesar dalam negara, yang berjuang kononnya untuk memartabatkan ketuanan Melayu, memajukan ekonomi bumiputera dan lain-lain yang hebat-hebat belaka. Tetapi pencapaiannya setelah hampir 50 tahun berkuasa hanya 22.0 peratus orang Melayu yang duduk dalam senarai rakyat Malaysia yang terkaya.


Oleh kerana itu, tindakan kira-kira 100 ribu rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu professional [70 peratus daripada 100 ribu] menyerahkan kerakyatan negara ini untuk menetap di negara lain adalah sebagai satu protes serius rakyat terhadap kerajaan pimpinan UMNO yang kurop. Antara tahun 1996 hingga April 2007, sebanyak 106,000 rakyat Malaysia membatalkan kewarganegaraan mereka.Daripada bilangan itu, 79,199 atau 70 peratus adalah Melayu, 25,107 Cina, 1,347 India dan 350 kaum-kaum lain.


Renunglah fakta :

1. Agihan 70 peratus ekuiti untuk bukan Melayu tidak pernah dipedulikan oleh pemimpin UMNO kerana menerima komisyen untuk kayakan diri sendiri.



2. 99 peratus premis perniagaan di bandaraya atau perbandaran seluruh negara adalah hak milik bukan Melayu yang tapaknya asalnya ialah tanah milik atau rezab Melayu.


3. Penguasaan ekonomi oleh kaum bukan Melayu semenjak zaman Inggeris lagi tidak pernah dipersoalkan oleh pemimpin UMNO yang kurop kerana mereka ada sher sama.


4. Penghantaran memorandum oleh 10 menteri bukan Melayu untuk mencampuri urusan agama Islam merupakan satu penghinaan kepada bangsa Melayu yang beragama Islam. Pemimpin UMNO tidur sedikit pun tidak terdetik di hati mereka ianya merupakan satu bentuk penghinaan yang pernah dilakukan oleh orang bukan Islam rakyat dalam negara ini.



5. Menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin senang-senang mendapat pinjaman RM9 juta. Siapa yang bagi pinjaman tersebut, sampai kini rakyat Malaysia tidak diberitahu.

6. UMNO hendak mengadaikan negara ini untuk melaksanakan pembangunan apa yang disebut sebagai koridor yang bernilai RM712 billion.

7. Sebenarnya kita dipimpin oleh orang gila dan dikelilingi orang yang berpolitik untuk mencari makan. Mereka semua tidak beguna kepada agama, bangsa dan negara. Mereka pengkianat. Pengkianat wajar dihapuskan di muka bumi Allah sebelum ianya menjadi semakin parah.

Sekian, untuk kali ini. Siri kedua saya akan membicarakan pula perkara asas mengenai isu ketuanan Melayu.InsyaAllah.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb

Tuesday, February 5, 2008

PIMPINAN HAPRAK ABDULLAH AHMAD BADAWI

Oleh : KAMAL AMIR MENULIS
http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2244/46/


Assalamu’alaikum wm.wrt,


MAKA berbondong-bondonglah para pengampu dan pembodek nombor wahid kalangan sidang wazir Abdullah Ahmad Badawi menghadiri majlis pelancaran Bakti dan OKU di Kepala Batas, Pulau Pinang, petang Jumaat lalu.


Sebelum terpekik terlolong Abdullah mengapai upaya menghimpun yakin rakyat melalui pengumuman ratusan juta ringgit peruntukan yang ditaburkan sebagai memancing hati marhain, isteri kesayangannya bekas janda adik ipar yang dikahwini setengah tahun lalu diberikan kesempatan menyampaikan ucapan dengan penuh bergaya, lagak seorang “wanita pertama”.


Begitu juga pengampu terhebat Shahrizat Abdul Jalil turut berucap dalam “loghat” mamak Penang penuh lintang pukang hinggakan maksud serta intipati ucapannya hambar yang teramat sukar difahami apakah maksud sebenar mahu diluahkan olehnya menerusi program tersebut yang tentunya “membalun” jutaan wang rakyat.


Disaat menyampaikan ucapan tersebut terdengar suara azan dari masjid berhampiran tempat persamian majlis Bakti dan OKU dilaungkan oleh muazim. Hairan dan terperanjat juga melihat imam besar Islam Hadhari masih duduk tersenyum simpul di sisi isterinya di atas pentas.


Seharusnya sebagai imam mazhab Islam Hadhari Abdullah seharusnya bersegera ke masjid untuk bersolat asar dan berjamaah, sebaliknya dia terus berada di situ dengan tersengeh-sengeh tanpa menghiraukan seruan muazim agar bersegera menunaikan solat berjemaah. Mungkin waktu itu Dollah “datang bulan” agaknya.


Dan sebaik sahaja namanya dijemput menyampaikan wahyunya Abdullah terus melangkah dengan penuh bersemangat lagak seorang wira untuk melakukan satu lagi pembohongan kepada khalayak. (Saya menyatakan pembohongan kerana sejak dua minggu lalu setiap kali berucap pasti ada pembohongan diselitkan olehnya untuk mempertahankan imej seorang pemimpin maksum)


Alangkah terperanjatnya hati ini bila mendapati isi ucapannya bukan sekadar lebih banyak bohong dari benarnya tetapi dia juga turut mempersendakan isteri kalangan memanda wazirnya supaya mereka berdiri seorang demi seorang lagak seorang ketua pasukan pengakap sekolah di sesi suai kenal.


Tidak pernah sebelum ini seorang perdana menteri bersikap sedemikian kerana lazimnya di mana-mana majlis, ucapan Perdana Menteri amat dinanti-nantikan oleh rakyat jelata kerana pasti ada berita gembira diumumkan. Malangnya di majlis tersebut Dollah sekadar mengulangi kenyataan bohongnya satu persatu, kalau ada pun hanyalah kelulusan sejumlah 80 juta diperuntukkan sebagai wang ehsan membantu Orang Kurang Upaya OKU yang seharusnya digunakan dari tabung wang zakat.


Maka teringatlah saya bagaimana ucapannya semasa melancarkan Koridor pembangunan Sabah apabila dia mengumumkan sejumlah 115 bilion ringgit diperuntukkan untuk pembangunan negeri bawah bayu dan akhirnya secara simbolis Musa Aman menghadiahkan sebatang tongkat berwarna hitam.


Kalau Khir Toyo menghadiahkan penyapu buruk kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ulu Langat sebagai tanda tidak puas hatinya terhadap prestasi jabatan tersebut, apakah tindakan Musa Aman menghadiahkan tongkat kepada Abdullah sebagai satu pernyataan betapa tua serta tidak berdaya lagi Abdullah hingga terpaksa berjalan bertongkat? Fikir-fikirkanlah.


Bercakap tentang pengumuman Abdullah berhubung pembangunan Koridor yang dijelmakan olehnya setelah empat tahun menjadi Perdana Menteri ada baiknya kita menghitung betapa besarnya wang rakyat akan “disamun” olehnya bersama kalangan orang keliling serta puak-puak keroninya.


1. Pembangunan Wilayah Iskandar RM 240 bilion
2. Pembangunan Koridor Utara 160 bilion
3. Pembangunan Koridor Pantai Timur 170 bilion
4. Pembangunan Koridor Sabah 115 bilion
5. Pembangunan PGCC di Pulau Pinang 24 bilion
6. Jambatan Pulau Pinang ke dua 3 bilion


Jumlah keseluruhannya RM 712 bilion


Tahukah anda jumlah 712 bilion itu banyak mana agaknya? Untuk sifir mudah ia ditulis sebegini: RM 712,000,000,000.00 dan jika dilihat terdapat sebelas angka kosong di belakang angka 712. Sekiranya dikumpulkan wang kertas bernilai satu ratus ringgit ia mampu dijadikan jambatan kertas antara setiap kontinen di alam maya. Begitulah hebatnya jumlah angka mat jenin yang dijelmakan oleh Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan serakah kerakusannya membelanja wang rakyat.


Seperti yang pernah saya tulis satu ketika dahulu, untuk tempoh 22 tahun sebagai peneraju kepimpinan negara mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed berbelanja sejumlah tiga ratus lima puluh bilion untuk kos pembangunan, sebaliknya Abdullah Ahmad Badawi pula baru empat tahun sudahpun berbelanja lebih 700 bilion… alahai Dollah oh Dollah!!!


Dalam kesempatan ini ada baiknya kita singkap pembaziran yang dilakukan era pemerintahan rejim Abdullah Ahmad Badawi di mana wang rakyat dibelasah semahu mungkin oleh kalangan kroni dan orang kelilingnya.

1. Pembelian 3 lukisan untuk syarikat MAS 1,550.000.00
2. Lebih bayaran pembelian peralatan KBBS 8,390,000.00
3. Kompelks Brickendonbury di London 70,000,000.00
4. Kos memperbaiki MRR 2 70,000,000.00
5. Kos memperbaiki kerja bangunan Matrade 120,000,000.00
6. Pembelian jet baru Abdullah 200,000,000.00
7. Hutang tertunggak dai InventQjaya 228,000,000.00
8. Bayaran pampasan kerana gagal meneruskan pembenaan jambatan bengkok 257,000,000.00
9. Kerugian pembelian saham Agusta 510,000,000.00
10. Kos AP anugerah Rafidah @30,000x1,800,000 tidak terhitung
11. Pembelian 3 buah submarine 4,100,000,000.00
12. Skandal PKFZ 4,600,000,000.00
13. Skandal OPV (NDSB) 6,750,000,000.00


Begitulah banyaknya wang rakyat disamun dan dibazirkan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi tanpa sedikitpun memikirkan persoalan jerih marhain hidup penuh penderitaan dalam kesempitan harga barangan di pasaran terus mencanak setiap hari.


Kini sekali lagi Abdullah meminta mandat dari rakyat melalui musim pilihan raya ke-12 dengan alasan banyak lagi yang belum selesai dilaksanakan olehnya berserta para sidang wazir yang disifatkan oleh Hishammuddin sebagai gandingan paling cocok.


Masih mampukah rakyat untuk merelakan kehidupan mereka berada dalam situasi penuh derita menghadapi hari-hari mendatang dengan meletakkan harapan kepada pimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang masih terlena dalam menjaring mimpi bulan madunya dengan Jeanne janda anak dua yang dikahwini olehnya yang juga merupakan bekas isteri adik iparnya sendiri?


Bolehkah rakyat percaya gandingan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib sebagai gandingan paling cocok? Bagaimana pula dengan Khairy Jamaluddin yang masih meneruskan impiannya menjaring mimpi menjadi calon Perdana Menteri di usia 40 tahun?


Mantan Menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan beliau sendiri tidak mengerti sifir apakah yang digunakan oleh Abdullah semasa membelanjakan wang rakyat sejumlah hampir satu trilion ringgit.


Pertama sekali menurut Tengku Razaleigh, seandainya benar termampu dibangunkan Bandar baru di Wilayah Pembangunan Iskandar. Sabah, Pulau Pinang, Alor Setar, Ipoh, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan beberapa buah Bandar lagi, siapakah yang bakal menyewa atau membeli bangunan tersebut?


Apabila bangunan yang dibina tidak berpenghuni, bagaimana pula pembayaran balik kos pembangunan tersebut? Di mana pula dana harus digunakan untuk menampung kos sebegitu banyak?


Sedangkan persoalan pokok kehidupan rakyat semakin sukar kesan kenaikan harga barangan yang tidak mampu dikekang secara bijak. Kos kehidupan semakin meningkat di mana pendapatan tidak seimbang dengan keperluan harian.Masalah pengangguran masih belum diselesaikan ke tahap sifar. Bagaimana mungkin kerajaan Abdullah Ahmad Badawi membawa kebahagiaan kepada rakyat jelata?


Sewaktu diajukan pertanyaan berhubung impian kerajaan Abdullah Ahmad Badawi membina rumah-rumah untuk masyarakat pengantin remaja, beliau menyatakan ia satu usaha yang baik tetapi kenapa harus disyaratkan setiap pasangan mesti mempunyai pendapatan sejumlah tiga ribu ringgit sebulan?


“Kalaulah wang sebanyak itu disyaratkan, bagaimana pula rakyat kebanyakan yang semakin sukar menambah pendapatan mereka? Seharusnya perancangan berhubung persoalan perumahan rakyat dijadikan agenda terpenting disamping menstabilkan harga barangan makanan serta keperluan hidup ditambah pula pelbagai perancangan untuk menambahkan pendapatan.


“Dalam sifir ekonomi, seharusnya pendapatan mesti paling tidak seimbang dengan perbelanjaan, apabila rakyat mampu menjana pendapatan yang lebih barulah kebahagiaan akan menjelma” ujar mantan Menteri Kewangan itu lagi

Ulasan :

Saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh suadara Kamil Amir. Abdullah seorang kaki temberang dan pembohong di dunia. Saya hairan bagaimana seorang yang kelihatan wara’ boleh melakukan kerja-kerja yang tidak masuk akal itu. Kos pembanguan yang disasarkan oleh Abdullah mencapai jumlah yang sangat besar sebanyak RM712 billion.


Ia merupakan satu kos yang amat mahal dan tidak mampu ditanggung oleh pendapatan negara yang bergantung kepada hasil minyak dan pengeksportan hasil-hasil pertanian. Import makanan sahaja, negara perlu berbelanja sebanayak RM12 billion setiap tahun. Manakala hasil daripada sektor perkilangan semakin menurun, banyak kilang-kilang ditutup kerana pelabur-pelabur lari ke nagara lain kerana kosnya lebih murah seperti Cina yang kos buruhnya lebih murah dan pasaran yang lebih besar berbanding Malaysia.


Ekonomi Malaysia hanya berkembang sekitar 4.5 – 5.0% dan IMF mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia pada kadar 5.0% - 5.8%. Defisit belanjawan semakin membesar dari tahun ke tahun, tidak seperti dalam tahun 90an banyak kali kita mencapai belanjawan seimbang. Hutang awam [Kerajaan Persekutuan] terus meningkat daripada RM146 bilion [44% daripada KDNK] kepada RM165 juta [46%] sekarang ini. Akibatnya, sebanyak 14-15% daripada belanjawan tahun negara pergi kepada pembayaran hutang dan bunga. Hutang luar negara meningkat setiap tahun sejak tahun pasca krisis [1998: RM134 bilion] menjadi RM156 bilion sekarang. Abdullah hanya cakap besar menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 6%, hakikatnya kita tidak ada duit untuk berbelanja. Ekonomi lembab.


Di mana Abdullah hendak korek duit sebanyak itu? Hasil negara tidak mencukupi untuk membiayai projek-projek pembangunan impiannya itu secara borong atau serentak. Bunos kakitangan kerajaan tidak mampu, apalagi projek-projek pembanguan tersebut. Beliau hanya cakap kosong untuk menunjukkan yang beliau lebih cekap memerintah daripada Mahathir, disamping untuk memperbodohkan rakyat ketika diambang PRU ke-12 ini. Mahathir dulu dilakukannya satu demi satu, tidak serentak seperti Abdullah. Koridor sana, koridor sini, akhirnya rakyat tidak ada bilik, tidur di koridor sahaja.


Impian seorang yang gila.

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
”PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian.Wassalam.

Monday, February 4, 2008

BILA ABDULLAH AHMAD BADAWI MULA MENIPU!

Oleh : Ketua Perusuh

Sebenarnya saya memang berasa malas untuk mengulas isu ini namun ramai rakan-rakan perniagaan saya yang bertanya kepada saya akan isu ini. Isunya ialah “Pernahkah Abdullah Ahmad Badawi Menipu”.


Bila saya mendengar soalan tersebut, saya tidak dapat menahan diri daripada ketawa dengan besarnya. Bukannya apa, Abdullah Ahmad Badawi bukanlah Nabi dan maksum dari segala kejelekan. Kalau dah Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan juga Pemimpin utama Barisan Nasional, tentunya tidak dapat tidak Abdullah Ahmad Badawi akan menipu. Biasanya kalau orang sebesar (pangkatnya) ini menipu, tipuan yang dilakukan biasanya akan mendapat liputan yang meluas.


Berbalik kepada isu menipu ini, semalam ternyata Abdullah Ahmad Badawi menipu kakitangan awam dan rakyat seluruhnya dengan menyatakan bahawa Malaysia berada ditangga ke 6 terbaik didunia sedangkan mengikut maklumat yang boleh dilayari dilaman web IMD, Malaysia sebenarnya berada pada tangga ke 22 mengikut turutan.


Ini menunjukkan bahawa Abdullah Ahmad Badawi memang biasa menipu dalam setiap ucapan atau komentar yang beliau berikan. Mungkin ramai rakyat Malaysia yang tidak mendapat akses kepada Internet berasa bangga dengan pengumuman yang diberikan oleh Abdullah Ahmad Badawi semalam.


Oleh itu kalau perkara ini pun Abdullah Ahmad Badawi boleh menipu, bagaimana dengan janji-janjinya untuk berlaku adil, telus dan cekap dalam pentadbiran negara. Yang pastinya “Kalau dah dasar penipu, sampai mati pun akan tetap menipu”. Kepada Abdullah Ahmad Badawi & Co, zaman sekarang agak susah sedikit kalau mencuba untuk menipu. Orang ramai mudah untuk mendapatkan maklumat melalui Internet.


Kesimpulannya adalah penipuan yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi tersebut mungkin dirancang oleh pemuka-pemuka di Tingkat 4 Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pastinya mereka juga tidak menyangka bahawa rakyat akan membuat carian di Internet dan sebagainya


Kepada Abdullah Ahmad Badawi, teruskanlah menipu untuk kesenangan dunia anda

"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"

Sekian.Wassalam

PENGALAMAN OKT PADA 26.1.2008

Perhimpunan Protes: Pengalaman penulis ditahan polis
Amin Iskandar Jan 30, 08 8:11pm
Dipetik daripada Malaysiakini,com

Assamu'alaikum wm.wrt

Sebagai seorang penulis, adalah menjadi satu kebiasaan untuk menghadiri mana-mana perhimpunan aman yang dianjurkan oleh mana-mana pihak sama ada parti politik mahupun NGO. Tujuannya adalah untuk mendapatkan bahan-bahan penulisan.

Pada 26 Januari 2008, Gabungan Protes menganjurkan satu perhimpunan untuk membantah kenaikan harga barang yang telah menyebabkan infllasi. Saya juga tidak ketinggalan untuk menghadiri perhimpunan tersebut dengan membawa buku nota dan kamera.

Tidak sangka kehadiran saya pada hari tersebut telah menyebabkan saya turut ditahan bersama 58 orang yang lain termasuk seorang wartawan dari Malaysiakini.

Bermula pada pukul 2.30 petang, saya ke Stesen LRT Ampang Park kerana dikatakan Gabungan Protes akan memulakan perhimpunan tersebut. Di kawasan luar Stesen LRT Ampang Park, masih belum ada apa-apa perhimpunan. Tetapi hanyalah penahanan.

Saya melihat sendiri bagaimana beberapa orang aktivis ditahan termasuk seorang wartawan dari Malaysiakini yang sedang bertanya soalan kepada polis mengapa mereka menahan aktivis-aktivis tersebut. Tak sangka sekarang ini di zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, wartawan juga boleh ditahan jika bertanya soalan kepada polis.

Dari pukul 2.30 sehinggalah pukul 4.30 petang, saya menyaksikan pelbagai individu dan kumpulan ditahan oleh pihak polis walaupun perhimpunan belum lagi bermula. Jadi pada pukul 4.40 petang saya dan dua orang teman, Adi dan Nora meninggalkan perhentian bas di hadapan Avenue K untuk ke KLCC.

Dalam perjalanan masuk ke KLCC kami melihat polis-polis yang bertugas sudah mula membuka topi dan duduk bersantai seperti sudah habis bertugas.Apabila di dalam KLCC sebelum turun turun ke tingat bawah, kami bertiga dikepung oleh sekumpulan polis yang berpakaian seragam dan yang berpakaian preman.

Tanpa memberi penjelasan mengapa kami ditahan, kami dibawa ke dalam trak polis dan kad pengenalan kami diambil.Kami di bawa ke IPKKL, Jalan Hang Tuah dengan trak polis yang dipandu begitu laju sehingga beberapa kali kami terjatuh di dalam trak.

Tidak hairanlah mengapa statistik kemalangan jalanraya begitu tinggi di Malaysia. Polis juga memandu dengan laju dan merbahaya.Di IPKKL, kami dibawa ke kantin tingkat satu untuk bersama dengan sekumpulan orang lagi yang ditahan. Saya terlihat Mat Sabu, Dr Dzulkifli Ahmad, Dr Hatta, Dr Nasir, Tian Chua, Jonson Chong, Badrul Amin dan ramai lagi di dalam kelompok tahanan. Saya dan dua orang lagi teman membuat laporan polis bagi membantah penangkapan kami. Yang menghairankan, salinan laporan polis tidak diberikan kepada kami.

Di dalam kumpulan tahanan, polis turut menghantar seorang "pengintip" untuk duduk bersama-sama tahanan. "Pengintip" ini berlagak seperti orang yang ditahan. Beliau turut berbual-bual dengan tahanan dan makan apabila tahanan yang lain makan. Sampai begitu sekali takutnya polis kepada aktivis di Malaysia, sesudah menahan, "pengintip" turut dihantar untuk mendapatkan maklumat dari orang tahanan!Kata-kata kesat

/span>
Ramai teman-teman yang berada di luar IPKKL memberikan sokongan. Sorakan dan jeritan slogan mereka telah menggegarkan IPKKL dan memberikan semangat kepada tahanan.Sembilan jam kami dibiarkan di kantin IPKKL sambil polis mengambil keterangan secara bergilir-gilir dari tahanan sehinggalah ASP Anand mengumumkan bahawa kami semua akan dibawa ke lokap IPKKL yang dahulunya dikenali sebagai Penjara Pudu.

Saya, Dr Hatta dan Tian Chua enggan untuk dibawa ke lokap sehinggalah polis terpaksa mengangkat kami untuk dimasukkan ke dalam trak. Semasa diangkat oleh polis, mereka menggeluarkan kata-kata kesat kepada saya dan menggugut untuk mencampakkan saya ke tingkat bawah. Tali pinggang saya terputus dan baju terkoyak akibat tindakan ganas beberapa orang polis yang mengangkat saya selepas menerima arahan dari ASP Anand.Kami kemudian dibawa ke Penjara Pudu di dalam trak yang begitu sesak.

Di Penjara Pudu, hampir semua tahanan membuat laporan polis. Saya turut membuat satu lagi laporan polis berkaitan dengan cara ganas dan kasar polis membawa saya ke dalam trak polis.Sebelum masuk ke lokap, kami perlu menyerahkan barangan berharga dan diberikan t-shirt oren. Kasut kami turut diambil. Manakala tahanan wanita dibenarkan masuk kedalam lokap dengan pakaian mereka tanpa perlu memakai t-shirt oren.Segala urusan penyerahan barang dan pengambilan t-shirt lokap selesai pada pukul 5 pagi sebelum kami dimasukkan ke dalam lokap.

Di dalam block E tempat yang dikhaskan untuk kami sudah kelihatan Arutchelvan dan dua orang penyokong PAS yang telah dimasukkan lebih awal. Arul tersenyum menanti kedatangan kami.Lokap di Penjara Pudu sungguh kotor dan berbau hancing. Polis-polis yang menjaga kami tidak menjalankan tugas dengan sempurna. OKT (Orang Kena Tahan) yang telah duduk lama akan menjalankan tugas-tugas polis untuk menghantar makanan kepada kami.
Perkara ini telah dibangkitkan oleh Dr Hatta di hadapan majistret pada 27 Januari 2008 dan telah menyebabkan polis menghantar sendiri makanan kepada kami pada hari kedua tahanan.

Di dalam lokap, polis yang menjaga kami tidak senang duduk. Maklumlah yang ditahan kebanyakannya sudah berpegalaman dan arif tentang undang-undang lokap. Pada hari pertama saya tinggal satu sel dengan Tian Chua dengan seorang aktivis yang masih lagi muda. Seorang tahanan dari blok lain turut menyatakan kehairanannya kepada saya.

Beliau berkata, inilah pertama kalinya mereka melihat polis-polis yang menjaga kami tidak senang duduk dan seperti dibuli. Didakwa di mahkamah27 Januari 2008 bersamaan dengan hari Ahad , Majistret dibawa untuk tujuan menyambung reman kami. Majistret yang hadir pada pukul 2 petang terpaksa pulang pada pukul 1 pagi untuk mendengar testimoni dari setiap tahanan.
<
Sepuluh orang terpaksa dilepaskan akibat kesilapan polis menulis menangkap dan menulis laporan manakala yang selebihnya ditahan untuk sehari lagi.Saya masih lagi tidak dapat melelapkan mata seperti pada malam pertama. Kali ini saya telah bertukar ke sel untuk bersama-sama dengan teman saya Adi dan Syed Jaymal, wartawan dari Malaysiakini.

Saya menghabiskan masa berbual-bual dengan wartawan dari Malaysiakini tersebut.Keesokan harinya selepas waktu Subuh, kami tidak lagi masuk ke dalam sel masing-masing. Kami berkumpul di luar sambil menunggu untuk dibawa ke mahkamah. Seperti biasa polis melengah-lengahkan tugas mereka. Akibat menunggu terlalu lama, kami sepakat untuk melantik Dr Dzulkifli dari PAS dan Selvam dari PSM untuk menjadi wakil kami untuk ke pejabat pengurusan Penjara Pudu bagi menanyakan status kami.

Polis yang bertugas terkejut dengan keputusan dan akhirnya menawarkan diri untuk pergi sendiri bagi menanyakan status kami. Begitulah di dalam lokap, semuanya memerlukan aksi dan perjuangan, barulah akan mendapat layanan yang lebih cepat.Selepas itu kami dibawa ke mahkamah Jalan Duta. Kesemua kami dituduh menyertai perhimpunan aman manakala wartawan dari Malaysiakini dituduh menganggu penjawat awam menjalankan tugas.

/span>
Kesemua kami tidak mengaku bersalah dan akan dibicarakan pada 16- 18 Jun 2008.Kami dibebaskan dengan ikatjamin RM1000 dan syarat untuk tidak menyertai mana-mana perhimpunan "haram" selepas ini sehinggalah kes kami dibicarakan.
,br.
Belumpun kami dibuktikan bersalah, syarat telah diberikan. Jika melanggar syarat, wang jaminan kami akan dirampas dan akan ditahan semula.Begitulah uniknya Malaysia. Wartawan dan penulis turut akan menjadi mangsa. Oleh kerana pemerintah takutkan kuasa mereka tergugat, orang yang belum dibuktikan bersalah telah dijatuhkan hukuman dengan syarat aneh untuk tidak menyertai mana-mana perhimpunan "haram" pada masa akan datang. Sehingga hari ini saya masih lagi tertanya-tanya, apakah ke KLCC untuk bertemu dan bersiar-siar bersama rakan-rakan adalah satu perhimpunan "haram"?
"SELAMATKAN RAKYA DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"

Sekian.Wassalam

BERITA-BERITA MENJELANG PRU KE-12

Kit Siang fail saman tuntut k'jaan sementara
Feb 4, 08 8:36pm
Dipetik Daripada Malaysiakini.com :
http://www.malaysiakini.com/news/77785


Ketua Pembangkang Parlimen Lim Kit Siang hari ini memfailkan saman untuk mendapatkan pengisytiharan supaya sebuah kerajaan sementara ditubuhkan selepas Parlimen dibubarkan.

Lim, yang juga penasihat DAP, menuntut supaya kerajaan menubuhkan kerajaan sementara itu bermula dari tarikh pembubaran Parlimen hingga Jemaah Menteri yang baru dilantik selepas pilihanraya umum.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu turut menuntut satu deklarasi bahawa kerajaan diwajibkan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan kerajaan sementara yang hanya melaksanakan pentadbiran harian kerajaan dalam tempoh itu yang tiada kuasa dalam perkara berhubung dengan dasar nasional, peruntukan kewangan awam atau penggunaan kemudahan awam semasa pilihan raya umum akan datang.

Menurut Bernama, dalam saman pemula itu yang difailkan oleh Tetuan Karpal Singh & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Lim menamakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai defendan pertama dan kerajaan Malaysia, defendan kedua.


Umno bersedia hadapi p'raya 8 atau 9 Mac
Nash Rahman Feb 4, 08 3:26pm


Jentera pilihanraya umum Umno sudah bersiap sedia di seluruh negara untuk menghadapi pilihanraya pada 8 atau 9 Mac depan, demikian menurut sumber-sumber yang layak dipercayai.Menurut mereka, semua Umno negeri telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa Parlimen akan dibubarkan sejurus selepas sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut Khamis ini.

Teka teki mengenai tarikh pilihanraya umum kali ini menjadi tajuk perbahasan hangat di kalangan rakyat, parti politik serta pihak media.Setakat ini, pihak pembangkang meramalkan pilihanraya umum akan diadakan pada 15 Mac depan, iaitu sewaktu cuti sekolah penggal pertama.Cuti sekolah penggal pertama bermula pada 8 hingga 16 Mac depan.


Proses pengundian dijalankan di bangunan sekolah dan kerana itu, pilihanraya umum diadakan sewaktu cuti sekolah.


Manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika ditanya oleh pemberita minggu berlepas, mengakui bahawa pilihanraya sudah dekat.Tajuk mengenai tarikh pilihanraya umum juga hangat diperkatakan kerana ia ada kaitan sama ada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh bertanding atau dalam pilihanraya kali ini.

Faktor AnwarEkoran sabitan dan hukuman tuduhan salaguna kuasa terhadapnya, maka bekas timbalan perdana menteri itu, dilarang bertanding dalam pilihanraya umum selama lima tahun.Tarikh larangan tersebut akan berakhir pada 14 Mac depan. Ini bermakna sekiranya pilihanraya diadakan pada bulan Mac, maka Anwar tidak boleh bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Ekoran itu, walaupun kepimpinan Umno pernah berkata bahawa Anwar bukan satu 'ancaman politik' terhadap kerajaan, namun ramai percayai pilihanraya akan diadakan lebih awal supaya Anwar tidak layak bertanding.

Sementara itu beberapa pemerhati politk berkata, Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, lebih selesa jika pilihanraya umum diadakan lebih awal supaya Anwar tidak layak bertanding."Kerana menjangka pilihanraya umum akan diadakan lebih awal dan Anwar tidak layak bertanding, maka parti-parti pembangkang berkempen bahawa negara memelukan barisan pembangkang yang kuat."

Mereka juga mengakui bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dapat memenangi pilihanraya umum akan datang walaupun tidak sebesar tahun 2004," kata sumber-sumber itu.Bagaimanapun, katanya, jika pilihanraya umum diadakan selepas bulan April ini dan Anwar layak bertanding, kemungkinan besar, pihak pembangkang akan mengubah strategi kempen mereka."Mereka mungkin akan bercakap mengenai kerajaan alternatif kerana mereka mempunyai calon Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Anwar, jika pembangkang berjaya menumpaskan BN dalam pilihanraya umum akan datang," kata mereka.


Daftar pemilih induk 2007 seramai 10.9 juta diwarta esok
Feb 4, 08 9:27pm


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mewartakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2007 dengan jumlah pemilih 10,922,139 orang esok.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said berkata Peraturan 24 Peraturan-peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih) 2002 menetapkan supaya Daftar Pemilih Tambahan (DPT) digabungkan dengan DPI terkini sebelum ia dapat digunakan dalam sebarang urusan pilihanraya.

"Daftar Pemilih Tambahan Suku Pertama hingga Suku Keempat akan digabungkan dengan Daftar Pemilih Induk 2006 untuk menjadi Daftar Induk 2007," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata DPT Suku Tahun Keempat 2007 1 Oktober hingga 31 Disember lalu mengandungi 200,393 pemilih yang terdiri daripada 148,969 permohonan pemilih baru dan 51,424 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi, demikian menurut Bernama.

Katanya DPT Suku Tahun Keempat 2007 itu diwartakan hari ini. Orang ramai yang berminat untuk membeli DPI 2007 boleh membuat tempahan di Ibu Pejabat SPR di Putrajaya selepas 5 Februari.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR di talian 03-88856500 atau mana-mana Pejabat Pilihanraya Negeri. Semakan Daftar Pemilih juga boleh dibuat melalui laman web www.spr.gov.my bermula 6 Februari ini.


Malaysiakini.Com :http://www.malaysiakini.com/news/77789

SPR tambah 1031 pengundi pos untuk kalahkan PAS di Belantek
Helmi Khalid Mon Feb 04, 08 5:54:37 pm MYT

SIK, 4 Feb (Hrkh) - Taktik kotor dan jahat SPR untuk memenangkan BN dalam pilihan raya terus menerus berlaku, terkini SPR mewartakan sebanyak 1031 pengundi di Daerah Mengundi 01 Kota Aur/DUN N23 Belantek/Parlimen P013 Sik, sekali pun ketika dipamerkan dalam DPT suku ke-3 2007 (Daftar Pemilih Tambahan) tidak menyenaraikan nama-nama tersebut.


"Ini langsung tidak mengikut prosedur SPR, sepatutnya hanya nama yang dipamerkan untuk proses bantahan boleh diwartakan, ini tidak berlaku di Kota Aur, 1031 nama itu langsung tidak disenaraikan ketika proses pameran dan bantahan, tetapi diwartakan selepas itu," tegas Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak.


Beliau menambah, strategi jahat ini adalah rancangan BN negeri ini yang terdesak untuk merampas kerusi Dun Belantek dari PAS dan cuba mempertahankan kerusi Parlimen Sik, ini adalah gambaran sebenar kedudukan BN Kedah yang terhimpit dengan berbagai-bagai isu dan terbeban dengan pelbagai kelemahan dan semakin terpinggir dari hati rakyat Kedah.


Mengikut DPI (Daftar Pemilih Induk) 2003 sehingga DPT ke-2 2007, SPR tidak pernah merekodkan senarai 1031 nama pengundi pos berkenaan, sehinggalah DPT 3 2007 dipamerkan, amat memelikkan SPR boleh mewartakannya dalam warta DPT 3 2007.


Dalam DPI 2006, bagi Daerah Mengundi tersebut hanya mempunyai 500 pengundi sahaja. Ustaz Azizan mendedahkan bahawa, 1031 pengundi pos anggota tentera ini di bawa dari dua kem iaitu Sungai Petani dan Gerik.


"Nama-nama yang terlibat adalah didapati dipindahkan dari dua unit tentera yang berpangkalan tetap di teampat lain iaitu A Kompeni 19 RAMD Sungai Petani (Kem Induk/Tetap di Sungai Petani) dan A Kompeni Bn 304 AW (Kem Induk di Gerik, Perak yang hanya beroperasi di sepanjang Lebuh Raya Pantai Timur)," katanya.


Menurut Setiausaha Jabatan Pilihan raya Negeri Kedah, Kapt. (B) Mohd Zamri Ibrahim, sekarang ini, kem 19 RAMD Sungai Petani hanya mempunyai sebanyak 245 pengundi sedangkan ia kem utama dan mempunyai anggota berkeluarga, sedangkan pangkalan Kota Aur hanya kem persinggahan untuk latihan dan operasi tertentu untuk jangka masa pendek mempunyai jumlah pengundi melebihi 1000 orang.


Dalam penelitian itu juga mendapati ada dua nama pengundi wanita yang dipindahkan dari kem Gerik ke Kota Aur.


menurut Zamri, untuk askar wataniah memang ada anggota wanita, tetapi mereka tidak terlibat dalam operasi, jadi jika nama mereka juga dipindahkan ke Kota Aur, ini menunjukkan senarai nama ini hanya diambil secara rawak untuk meramaikan jumlah pengundi pos di sana.


Kerusi Parlimen Sik pada tahun 1999 dimenangi PAS melalui calon, Dato' Shahnon Ahmad, bagaimanapun ia kembali ke tangan BN dalam pilihan raya 2004 melalui kemenangan tipis 300 undi.


PAS Kedah juga telah membuat petisyen ke atas kemenangan itu dan mahukan kiraan semula dibuat kerana mempunyai cukup bukti berlaku penipuan dan dalam keputusan, Hakim tidak menolak berlakunya penipuan tetapi menolak kes itu atas alasan PAS tidak menuntut agar keputusan piliahn raya itu dibatalkan, membolehkan BN terus diisytiharkan sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Sik.


Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan PAS Kawasan Sik, Sanusi Md. Noor telah membuat laporan polis di Balai Polis Sik pada 4 Februari lalu dan menurut Ustaz Azizan, pihaknya juga akan membuat aduan kepada BPR dan tidak teragak-agak untuk membawa kes penipuan ini ke mahkamah.

Sunday, 03 February 2008

IBU pejabat Umno telahpun mengedarkan senarai nama 10.8 juta pengundi kepada bahagian Umno di seluruh negara bagi membantu jentera pilihan raya di semua peringkat mengesan pengundi dalam pilihan raya umum ke-12 kelak.


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata senarai itu memuatkan nama dan alamat lengkap bagi memudahkan jentera pilihan raya mengesan dan memastikan pengundi dapat melaksanakan tanggungjawab mereka.

Senarai nama itu yang sudah diasingkan mengikut kaum, turut diserahkan kepada Umno, MCA serta MIC dan akan memudahkan gerakan mengenal pasti penyokong parti, katanya.

Beliau berkata pengagihan senarai nama pengundi itu turut membabitkan pengasingan mengikut peti undi seperti individu lelaki berumur 40 dan wanita berusia bawah 35 tahun."

Penyenaraian nama pengundi yang lengkap itu akan memberi kemudahan kepada jentera parti seperti Pergerakan Puteri Umno mengesan pengundi sambil menjalankan kempen dari rumah ke rumah dan gerak saraf," katanya.

Radzi berkata di Pahang sahaja terdapat seramai 601,512 pengundi iaitu 423,792 (Melayu), 139,593 (Cina), 29,051 (India) dan 9,076 (lain-lain) yang akan menentukan calon pilihan mereka dalam pilihan raya umum kelak.

Beliau menaruh keyakinan penuh Pergerakan Puteri Umno yang disokong Pergerakan Pemuda dan Wanita akan bergerak sebagai satu pasukan bersepadu yang mampu menawan hati pengundi.Katanya melalui senarai nama yang serba lengkap itu akan membolehkan jentera Umno menjalankan kempen secara efektif dan berkesan bagi menjamin kemenangan majoriti besar calon Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata sehingga kini Umno mempunyai bilangan anggota berdaftar seramai 2.8 juta di seluruh negara manakala lebih 650,000 anggota Umno yang masih belum mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya.Bagaimanapun, katanya seramai 250,000 orang daripadanya berjaya dikesan dan kini berdaftar sebagai pengundi."

Anggota Umno yang berusia lebih 21 tahun diminta segera mendaftar sebagai pemilih dengan SPR kerana proses pendaftaran dilaksanakan di sepanjang masa di tempat tertentu," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, Radzi mengakui Umno dan parti komponen BN sudah bersiap sedia turun gelanggang menghadapi pilihan raya yang akan diadakan selepas pembubaran parlimen."

Tinjauan saya di negeri-negeri mendapati jentera pilihan raya Umno dan Barisan Nasional sudah berada di tahap momentum tertinggi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-12 itu kelak," katanya. Bernama
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA"
"PROTES SAMPAI TURUN"

Sekian.Wassalam.


BERSEDIAKAH PENGUNDI MELAYU BERUBAH?

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt
,

I


Lama tidak ada kesempatan menulis di Laman ini. Tulisan saya terakhir disiarkan pada 19 Januari 2008 [Rujuk :
http://www.marhaen.org/v1/mar_a_tun_telanai032.html]. Ada beberapa sebab, pertama dalam bulan Januari sahaja dua kali sistem streamx saya down. Bukan senang untuk memulihkannya kembali. Para juruteknik streamx mengambil masa yang lama untuk memulihkannya. Tahun lalu, tiga bulan berturut-turut, bulan Julai, Ogos dan September gangguan seumpama ini berlaku. Dalam tempoh tersebut, saya tidak dapat mengakses internet untuk mengikuti perkembangan isu-isu semasa. Betapa ruginya saya ketika itu, langganan bulanan streamx dicaj seperti biasa.


Pihak TMnet tidak memperdulikan untuk memberi rebet terhadap gangguan-gangguan tersebut, begitu juga yang berlaku terhadap pelanggan-pelanggan tetap yang mana masa kini kerap talian telefon dicuri orang. Berbulan telefon tidak boleh digunakan, namun sewa RM26.00 tetap dikenakan. Begitulah sikap keprihatinan Syarikat Telekom Malaysia Berhad untuk mendapat untung besar bagi faedah kerajaan UMNO berbelanja sakan. Kedua, sibuk dengan kerja-kerja parti untuk menghadapi PRU ke-12 yang semakin hampir dan ketiga, rautin tugas rasmi ke luar station yang menghalang untuk meng’up-date’kan blog sendiri. Harap maaf kepada peminat-peminat blog “Gerakan Anti UMNO”.


II

PRU ke-12, banyak pemerhati-pemerhati politik dan cakap-cakap kedai kopi mengatakan bahawa Parlimen akan dibubarkan dalam bulan ini dan hari mengundi akan diadakan dalam bulan Mac 2008 nanti. Walau bagaimana pun, ia bergantung kepada Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri [Ketua Eksekutif dalam negara ini], Pengerusi BN dan Presiden UMNO. Abdullah perlu memastikan UMNO dapat kembali mengekalkan kuasa 2/3 untuk memerintah Malaysia bagi penggal yang ke-12.


Bagi mencapai tujuan tersebut, Abdullah sekarang ini sibuk mengumpul maklumat risikan dari berbagai sumber. Setakat ini, maklumat yang diperolehinya tidak begitu memberangsangkan hasil daripada pilihan raya olok-olok yang diadakan serentak di beberapa buah negeri pada hari Sabtu, 5 Januari lalu. Sokongan orang bukan Melayu khususnya kaum Cina dan India terhadap UMNO [baca BN juga] begitu merosot sekali berbanding pada PRU-PRU yang lepas terutama pada PRU ke-10 yang mengekalkan UMNO berkuasa sehingga kini. Abdullah dan UMNO sangat memerlukan undi daripada dua kaum ini bagi memastikan UMNO tetap berkuasa.


Abdullah amat arif, persempadanan semula kawasan pilihan raya tahun 2003 dan digunapakai pada PRU ke-11 lalu menunjukkan tidak ada kawasan majoriti Melayu melebihi 75 peratus di seluruh negara. Jadi, sokongan padu dari kaum-kaum ini amat diperlukan, walaupun pengundi-pengundi Melayu tidak banyak berubah minda mereka untuk terus memilih UMNO untuk memerintah, tetapi kebimbangan tetap ada di hati Abdullah. Abdullah tidak lena tidur, walaupun beliau kuat tidur kerana beliau menyedari bahawa undi Melayu tetap akan berpecah dua. Satu kepada UMNO dan satu lagi kepada PAS yang merupakan parti orang Melayu-Islam yang kedua terbesar selepas UMNO yang ahli-ahlinya caca merba [ada Islam dan ada yang bukan Islam] yang tidak boleh dianggap sebagai parti Melayu tulin.


Perjuangan UMNO adalah untuk semua kaum bumiputra, bukan terhad kepada Melayu-Islam sahaja. Oleh kerana itu, perjuangannya sekarang dipragmatikkan sesuai dengan kehendak semasa kaum-kaum bumiputra lainnya [yang tidak boleh dalam Islam, dibolehkan oleh UMNO untuk sesuaikan kehendak Islam Hadhari dan yang bukan Islam] itu untuk menarik sokongan. Bagi kaum Cina, mereka mulai tidak menyokong UMNO seratus peratus lagi. Berdasarkan keputusan kajian Merdeka Center, protes kaum Cina berpunca daripada kegagalan kerajaan menangani isu orang Cina, UMNO sangat perkauman, keselamatan diri, keluarga dan harta tidak ada jaminan, di samping beberapa faktor lain sebagai pengagihan kekayaan yang tidak adil, ketidak cekapan pentadbiran awam dan peningkatan amalan rasuah. Kebangkitan kaum India pula melalui Hindraf yang menuntut hak mereka yang selama ini mereka rasa diabaikan oleh UMNO [baca BN melalui MIC], bangkit menentang ketidakadilan tersebut.


Usaha-usaha pembetulan yang sedang dilakukan oleh UMNO sekarang untuk kembali memenangi hati kedua-dua kaum ini, namun usaha ini tidak begitu menyakinkan dan tidak ada tanda-tanda yang kedua-dua kaum ini akan berubah [masa terdekat ini] kembali menyokong UMNO seperti yang mereka lakukan selama ini. Kalau tidak, masakan Tun Daim Zainuddin berani mengeluarkan kenyataan bahawa tiga negeri dalam bahaya [Pulau Pinang, Kedah dan Selangor] sebagai amaran kepada Abdullah. Ditambah lagi dengan kenyataan Tun Dr.Mahatir Mohamad yang mahukan Abdullah berhenti, cukup satu penggal dan serahkan kuasa kepada Najib Tun Razak. Kenyataan Mahathir merayu pengundi-pengundi memilih calon yang ‘terbaik’ bukan kayu mati amat menyesakkan nafas Abdullah kerana dalam UMNO tidak ada calon yang terbaik. Semuanya adalah golongan musang berbulu ayam. Perompak, penjenayah, perasuah, gila seks, kaki perempuan, kaki pub dan yang ada kuasa sedikit menggunakan kuasa untuk mencari 3K [kuasa, kedudukan dan kekayaan] adalah terbanyak dalam UMNO. Orang bersih tidak boleh hidup dalam budaya UMNO yang kotor dan menjijikkan itu.


Jadi, apa tindakan Abdullah selanjutnya untuk membubarkan parlimen, mengadakan PRU ke-12 dan seterus mengekalkan kuasa?


Pertama, Abdullah tetap menggunakan kuasa yang ada seperti sebelum parlimen dibubarkan. Berdasarkan amalan demokrasi seperti yang amalkan banyak negara, apabila parlimen dibubarkan, Abdullah tidak ada lagi kuasa eksekutif. Beliau akan kembali menjadi rakyat biasa dan memohon mendapat mandat baru daripada rakyat. Beliau dan kuncu-kuncunya seperti juga calon-calon lain yang akan menawarkan diri untuk mendapat mandat daripada rakyat. Dalam tempoh tersebut, sepatutnya sebuah kerajaan sementara dibentuk untuk mentadbir negara buat sementara waktu menunggu sehingga kerajaan baru ditubuhkan selepas keputusan pilihan raya diumumkan. Parti mana yang mendapat majoriti mandat rakyat, maka berdasarkan Perlembagaan parti itu diberi haq membentuk kerajaan.


Namun, di Malaysia tidak terjadi sedemikian, umum berfahaman bahawa UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO. Hakikatnya, tidak sedemikian. UMNO sebuah parti, sama seperti lain-lain parti yang berdaftar dan tertaklok dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan, lebih sedikit kerana UMNO ada kuasa sebagai parti pemerintah. Berdasar itu, Abdullah masih mempunyai kuasa eksekutif dan berkuasa penuh untuk mengarah, memperalatkan, menguasai dan mempengaruhi seluruh sistem pentadbiran negara yang ada bagi memastikan UMNO kembali berkuasa. Perkara itu telah dibayangkan oleh SPR melalui , Setiausahanya, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor dalam surat bertarikh 17 Januari lalu kepada Ketua Pembangkang Lim Kit Siang yang berbunyi seperti berikut:


“Sukacita dimaklumkan bahawa dalam kerangka undang-undang pilihan raya Negara kita termasuk Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan adanya ‘Caretaker Government’. Oleh yang demikian, apabila pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri berlaku, maka kerajaan yang memerintah sebelum pembubaran tersebut akan terus menerajui kerajaan sehinggalah sebuah kerajaan baru ditubuhkan selepas keputusan pilihan raya diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.


“Adalah dimaklumkan bahawa SPR bukan jabatan atau agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk memberikan tafsiran mengenai sesuatu perkara atau fasal yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana pihak yang lebih layak untuk memberi apa-apa interpretasi mengenai Perlembagaan Persekutuan ialah Jabatan Peguam Negara. Justeru itu, tuan adalah dinasihatkan untuk berhubung terus dengan Jabatan berkenaan jika tuan memerlukan apa-apa interpretasi mengenai sesuatu perkara atau fasal yang menyentuh Perlembagaan Persekutuan.” [Rujuk :
http://www.malaysiakini.com/news/77432]


Kita amat merasa dukacita dengan tafsiran itu kerana ia membuka ruang yang amat luas kepada UMNO secara terang-terangan akan melakukan pelbagai kemungkaran dalam pilihan raya nanti. Rasuah, menyalahgunaan kuasa, melakukan penyelewengan dan penipuan secara besar-besaran tanpa ada sebuah badan pun yang boleh mengawal perangai buruk UMNO itu. Faktor inilah yang menyebabkan parti-parti pembangkang tidak berupaya untuk menumpaskan UMNO semenjak daripada dahulu lagi. Sebuah kerajaan [bukan parti] yang mempunyai berbagai kemudahan seperti kedudukan kewangan yang kukuh, peralatan yang canggih, jentera-jentera kerajaan yang bersiap sedia untuk berkhidmat bila-bila masa diarahkan, media komunikasi yang boleh dieksploitasi bila-bila masa yang dikehendaki, lokaliti yang luas dan sistematik, kemudahan pengangkutan dan perhubungan yang mudah serta murah, tetapi berbeza dengan parti-parti pembangkang yang serba-serbi berada dalam kedudukan serba-serbi dalam kekurangan kerana mereka tidak memiliki apa yang UMNO miliki [sebuah kerajaan] dan juga tidak diberi ruang dan peluang untuk berbuat sedemikian. Ibarat gajah berjuang menentang si kancil.

Kedua, SPR akan digunakan sepenuhnya untuk melakukan penipuan melalui daftar pengundi yang mengandungi nama-nama pemilih yang di luar kotak fikir manusia biasa. SPR akan memanipulasikan daftar ini supaya pemilih yang nama yang didaftarkan [orang yang mati masih dikekalkan, ada yang berstatus kanak-kanak tidak layak mendaftar sebagai pengundi, orang yang tidak tinggal di kawasan mengundi, longgokan sekumpulan golongan manusia pada satu-satu kawasan pilihan raya, nama yang ganjil bukan seperti warganegara, tempat kelahiran yang memeranjatkan dan berbagai lagi] akan mengundi memihak kepada UMNO. Disamping itu, SPR akan memejamkan mata apa sahaja perlakuan UMNO yang melanggar Akta Kesalahan Pilihan raya 1957. SPR akan memberi tekanan supaya setiap calon daripada parti pembangkang mematuhi akta ini.

Ketiga, tindakan pihak berkuasa khususnya pihak polis akan digunakan semaksima mungkin untuk menakutkan rakyat seperti kaedah yang digunakan bekas Presiden Indonesia, Allahyarham Suharto gunakan bagi mengekalkan parti GOLKAR memerintah selama 32 tahun. Di Malaysia kini bukan merupakan satu perkara ganjil lagi apabila pihak polis dibenarkan menembak peluru hidup ke atas penyokong pembangkang dan orang yang kena ditembak itu didakwa di mahkamah, orang melepaskan tembakan dibebaskan atas alasan mempertahan diri. Bukan mustahil juga penyokong-penyokong UMNO akan bertindak ganas dan samseng, tetapi mereka akan dibebaskan seperti apa yang berlaku ke atas 31 orang penyokong Hindraf yang dibebaskan tanpa apa-apa kena tindakan.


Bukan juga mustahil mereka akan dibiarkan dan dilayan mesra seperti mereka melayan penternak babi di Bukit Pelanduk dan Paya Mengkuang. Semua itu akan dihumban ke atas kepala dan bahu penyokong-penyokong pembangkang. Pihak polis akan melakukan berbagai halangan dan kekangan terhadap aktiviti pembangkang menemui pengundi. Ini bukan satu cerita palsu, mereka telah melakukannya dengan jayanya di Batu Talam, Machap dan Ijok, malah mereka juga telah melangkah masuk ke IPTA-IPTA bagi memastikan UMNO menang dalam pilihan raya kampus. Matlamat mereka secara tersirat memaksa pengundi-pengundi terus memilih UMNO. Sayangnya setakat ini mereka belum lagi mengemukan usul kepada kerajaan agar pilihan raya ditiadakan supaya keamaan dan kententeraman awam dapat dikekalkan dan terjamin sepanjang masa.


Keempat, melalui SPR juga masa kempen pada kali ini akan dipendik lagi. Pada PRU ke-11 dulu, masa kempen dibenarkan sebanyak 8 hari sahaja. Di era Mahathir lebih panjang di antara 9 hingga 10 hari. Yang menjadi masalah kepada Abdullah adalah untuk mencetak kertas undi. Ia dibuat selepas hari penamaan calon yang melibatkan 219 kerusi parlimen dan 567 kerusi DUN yang terpaksa memakan masa sedikit, kalau boleh Abdullah akan mengadakan hari pembuangan undi dalam tempoh 24 jam selepas penamaan calon. Jadi, tempoh kempen pada kali bergantung kepada keupayaan SPR mencetak kertas-kertas undi. Cepat SPR mencetak, cepatlah hari pembuangan undi untuk mengelak pembangkang berkempen menemui rakyat. Tempoh kempen yang panjang membahayakan UMNO.


Kelima, peranan media [cetak dan elektronik milik UMNO] akan dipertingkatkan propaganda memburukkan pembangkang. Disetiap sudut akan dicari kelemahan pembangkang akan didedahkan melalui media-media [tv dan radio] yang masuk ke setiap rumah rakyat. Dalam masa yang sama kebaikan UMNO akan didedahkan secara meluas, dan keburukan UMNO sebesar hama pun akan disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.


Media-media ini akan mengambarkan UMNO sebuah parti yang bersih dan para pemimpinnya pula diangkat setaraf dengan wali Allah, walaupun dibadan mereka penuh terpalit panau dan kurap yang busuk dan hamis. Kemudahan ini tidak dibenarkan kepada pihak pembangkang, hanya internet yang menjadi medan tempor bagi pihak pembangkang. Internet merupakan alat komunikasi moden yang amat terhad jangkauannya dikalangan rakyat Malaysia, berbanding alat komunikasi konservatif milik UMNO itu. Itu pun ia akan dipantau dan kadang-kala akan digodam bagi mengelak pengundi-pengundi mendapat maklumat daripada saluran ke dua.


Mereka sering menggunakan saluran-saluran tv kerajaan [yang dikutip dari wang rakyat] untuk melakukan propaganda mereka, sepatutnya tv ini digunakan untuk kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan parti pemerintah untuk mengekalkan status quo mereka. Inilah konsep demokrasi adil yang difahami oleh UMNO terutama Menteri Penerangannya yang haprak.


Jadi, Abdullah akan membubarkan parlimen setelah ia benar-benar yakin bahawa UMNO akan kembali berkuasa, sekiranya tidak, PRU ke-12 akan dilambatkan lagi.


III


Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat bersama Presiden PKR telah melakukan lawatan singkat ke Parlimen Padang Terap. Jadual beliau pada Jumaat 1 Februari lalu sangat padat. Beliau sempat singgah sebentar di MTD Pedu [DUN Pedu milik MB Kedah, Mahdzir Khalid]. Diakhir ucapannya, beliau merayu pengundi-pengundi Melayu berubah jangan lagi memilih UMNO yang gagal membela nasib orang-orang Melayu. Kaum Cina dan India kata beliau bersama dengan Barisan Alternatif [BA] dan sedang melakukan tarik tali dengan UMNO. Banyak faedah politik yang mereka dapat, tetapi orang Melayu tetap melopong dalam usia 50 tahun negara merdeka, orang Melayu semakin teruk kerana pengkiatan yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO.


Persoalannya, bersediakah pengundi-pengundi Melayu berubah?


Apakah dengan menyokong UMNO selama ini pengundi Melayu amat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh wakil rakyat UMNO, atau pun mereka lebih bimbang dan curiga dengan kemampuan pembangkang melalui Barisan Alternatif mengambilalih kuasa daripada UMNO. Secara rambang kajian yang dibuat menunjukkannya jawapannya tidak. Mereka lebih arif dengan kelemahan dan kepincangan UMNO, tetapi UMNO terbaik dikalangan yang terburuk. Oleh itu, mereka menjadi tepu dengan isu-isu semasa yang mereka berpendapat isu-isu tersebut tidak kena mengena dengan kehidupan harian mereka, kecuali kenaikan harga barangan yang melampau menyebabkan sedikit tercuit di hati mereka.


Hakikatnya, Melayu tetap bermentaliti feudal dirasuk mitos bahawa UMNO satu-satunya parti Melayu yang mampu memimpin negara ini. Khurafat ini sukar dikikis daripada mentali feudal politik Melayu untuk terus membelit pemikiran kebanyak orang Melayu, kecuali golongan muda dan orang yang berpelajaran yang benar-benar mahukan perubahan.


Propaganda hebat UMNO dalam kempen pilihan raya nanti menerusi medianya akan tetap mampu mengusik hati kecil mereka. Kesepaduan UMNO lebih mantap berbanding BA. Keraguan terhadap kewibaan PAS masih melingkari pemikiran sebahagian orang Melayu, lebih-lebih lagi kepada orang bukan Melayu. Kita amat bimbang UMNO akan terus berkuasa, bukan kerana mereka bersih, bukan kerana mereka kuat, bukan kerana mereka yakin terhadap UMNO yang boleh merubah kehidupan dan nasib meraka masa depan, tetapi hanya kerana kelemahan BA sendiri .


IV


Selepas mendengar ceramah Anwar, saya balik menyusuri jalan dan melalui sebuah perkampungan. Alangkah terkejutnya saya, kawasan DUN Pedu yang diwakili oleh Mahadzir Khalid [MB Kedah] masih lagi mempunyai penduduk yang berada di bawah kemiskinan dengan rumah yang paling daif. Ini negeri yang diperintah oleh UMNO sejak zaman berzaman.Lihat gambar-gambar di bawah.


Rumah penduduk yang daif dalam DUN Pedu Yang Diwakili oleh Mahzdzir Khalid, MB Kedah

















V


Minggu lepas saya berada di Langkawi, seorang penduduk memberitahu tahu saya bahawa kerajaan negeri Kedah sedang melakukan pembaziran. Saya dibawa ke satu tempat di mana kerja-kerja pembina padang golf bertaraf dunia sedang giat dilaksanakan. Padang golf 17 lubang itu tersebut dibina di atas sebuah bukit, kos pembinaannya menelan belanja sebanyak RM80 juta.


Sebuah padang golf bertaraf dunia sedang rancak dibina. Habis bukit digondolkan untuk orang-orang kaya bermain


Lihatlah betapa angkohnya sikap para pemimpin UMNO. Mereka tidak memperdulikan nasib rakyat yang miskin tidak berumah. Program rumah mesra rakyat diperuntukan sebanyak 4,000 buah seluruh negara untuk disiapkan dalam bujet 2008 tidak dapat menampung keperluan sebenar bagi rakyat [dalam senarai menanti] yang tidak ada rumah untuk rakyat memiliki rumah sendiri. Program PPRT yang diperuntukan juga menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan membantu rakyat memiliki rumah sedndiri dan ia dilaksanakan secara terpilih. Lihat gambar di atas, sepatutnya Mahadzir Khalid memberi perhatian untuk membina lebih banyak rumah-rumah PPRT dan rumah-rumah mampu milik terutama di kawasannya, di Pedu, Kedah, bukan mencurah berjuta ringgit membina padang golf yang tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat terbanyak.


Para pemimpin UMNO kecoh apabila BA menawarkan kepada rakyat sebuah negara kebajikan dan membuat tawaran untuk menurunan harga minyak sekiranya rakyat memberi mandat memerintah. Kemudahan asas [basic needs] adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakannya kerana kerajaan telah pun mengutip berbagai cukai daripada rakyat dan sewajarnyalah kerajaan yang memegang amanah rakyat menggunakan wang itu untuk kebajikan rakyat, bukan berbelanja secara boros dan melampau mengikut hawa nafsu pemimpin.


Islam [bukan Islam Hadhari] mengajar bahawa setiap pemimpin akan ditanya di depan Allah s.a.w nanti apa yang mereka lakukan dengan kuasa kurniaan Allah semasa di dunia dulu. Permasalahan ini pasti akan dibangkitkan didepan Allah s.a.w kerana segala perbuatan tersebut tidak mendapat keredhaan daripada rakyat yang dipimpinnya. Masih ramai lagi rakyat yang miskin papa kedana tidak seperti para pemimpin UMNO yang menggunakan kuasa mencari kekayaan peribadi yang melampau seperti Zakaria Mat Derus, ADUN Pelabuhan Klang dan ramai lagi para pemimpin UMNO yang seangkatan dengannya.


VI

Kerajaan yang ada hari ini adalah sebuah kerajaan yang dibentuk melalui kaedah yang haram untuk menang. Jadi, kerajaan yang ada ini adalah sebuah kerajaan yang HARAM juga. Kerajaan seumpama ini tidak akan menerima keberkatan daripada Allah s.a.w dan rakyat yang melindungi di bawahnya akan dibalakan oleh Allah s.a.w. Kita ambil contoh yang paling mudah, sekarang kadar inflasi meningkat sekitar 2.4 peratus lebih menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan meningkat di pasaran. Peningkatan ini menyebabkan kos saraan hidup rakyat bertambah. Kalau dulu nilai RM50.00 boleh kita berbelanja membeli dua atau tiga jenis barangan di pasar penuh bakul untuk dibawa pulang ke rumah, tetapi kini nilai RM50.00 tidak boleh lagi untuk itu semua. Apakah ini bukan bukti bala daripada Allah s.a.w? Rakyat berada dalam kesusahan dan kepedihan dalam mengharungi kehidupan seharian.


Peningkatan kes-kes jenayah di Malaysia sekarang ini, bukankah ini juga merupakan salah satu bukti lagi bahawa ini juga merupakan bala daripada Allah s.a.w? Menurut taklimat polis kepada Abdullah pada 8 Januari lalu, kes-kes jenayah meningkat kepada 13.4 peratus. Tahun 2006, kes jenayah dalam semua sektor meningkat sebanyak 7 peratus [209,388 kes], tetapi bagi tahun 2007, peningkatannya amat drastik bertambah menjadi 13.4 peratus [224,298 kes].

Kes rogol naik 30 peratus. Contoh sebanyak 1,206 kes rogol yang dilaporkan dari Januari hingga Julai 2007, bermakna berlaku 172 kes rogol sebulan atau 1 kes rogol berlaku dalam setiap 4 jam. Manakala rompakan berkumpulan melonjak 160 peratus. Mencabul kehormatan naik 12.4 peratus, pecah rumah waktu malam bertambah 21.7 peratus, pecah rumah siang hari naik 4.2 peratus, curi motosikal meningkat 3.2 peratus, curi kereta naik 11.4 peratus dan kecurian lain naik 5.1 peratus.


Kes kehilangan adik Sharlinie Mohd Nashar, lima tahun, pada 9 Januari lalu tidak dapat dikesan langsung sehingga kini. Pelbagai usaha diiktiarkan, tetapi tetap gagal. Pembunuh adik Nurin masih gagal ditemui. Adik Jazlin Nurin didapati hilang sejak 20 Ogos tahun lalu, pihak polis menubuhkan pasukan khas pada 3 September dan mayatnya ditemui pada 17 September. Bagi menutup kelemahan pasukan polis, pihak polis menyalahkan keluarga mangsa kerana lalai menjaga keselamatan anak-anak sendiri.

Pembunuh S. Krishnasamy, Timbalan Ketua MIC Johor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh pada 11 Januari lalu juga gagal ditemui. Semuanya ini mengambarkan bahawa pasukan polis kita menjalankan tugas tidak secara professional dan tidak ada kepakaran langsung untuk mengesan sebarang kes jenayah yang berlaku, berbanding penjenayah yang mempunyai kepakaran yang lebih tinggi untuk mengelak diri mereka [walaupun tidak ada senjata yang lebih canggih berbanding pasukan polis] daripada dikesan oleh pihak polis.


Pasukan polis kita hanya mempunyai kepakaran [maaflah cakap] berhadapan dengan musuh di hadapan mata dan tanpa perlu berusaha menjejakinya. Ini yang diajar kepada pasukan polis kita semenjak dari tarikh 1 Julai 2001 hingga sekarang. Kaedah bagaimana untuk mematikan gerakan demontrasi menentang pemerintah yang kurop yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO. Maka, kita dapat saksikan betapa ramai para demontrasi [yang juga yang datang mendengar ceramah pembangkang atau mendengar ceramah agama di surau seperti di Selangor atau mempertahan haq seperti di Kampung Berembang dll] diugut, diancam, dikejar bagaikan anjing kurap, disembur air, bahan kimia, dipukul, diterajang, ditumbuk, ditahan, ditelanjang, dilokapkan, didakwa dan dihukum yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya serta ada yang ditembak dengan menggunakan peluru hidup seperti yang berlaku di Batu Buruk, di Teranggau dan tidak dibenarkan ikat jamin seolah-olah mereka itu penjenayah amat merbahaya seperti MAFIA.


Contoh yang paling hampir dengan kita ialah perhimpunan 100 ribu pada 10 November tahun lalu, beribu pasukan polis diarah menghalang dan mengawal perhimpunan aman ini. Terakhir di peristewa perhimpunan aman menentang kenaikan harga barang yang dianjuran oleh PROTES pada 26 Januari lalu di KLCC. Pasukan polis bertindak seperti dirasuk syaitan. Mereka, pasukan polis, Rela dan SB berada di merata-rata tempat. Mereka tidak memberi peluang langsung terhadap peserta perhimpunan untuk berkumpul. Kebiadapan dan keganasan anggota polis menangkap secara rambang peserta perhimpunan aman seolah-olah para peserta perhimpunan sebagai penjenayah. Mereka tidak bersenjata, mereka hanya membawa mulut, tangan, kaki, kain rentang dan risalah. Kandungan risalah dan kain rentang hanya untuk menyedarkan rakyat tentang keadaan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO semakin menekan kehidupan rakyat. Itu saja.


Pasukan polis kita sekarang telah hilang tumpuan. Mereka telah dilalikan, dikuasai dan dipengaruhi oleh kepentingan politik jangka pendik UMNO. Moto pasukan polis telah bertukar dari ‘Berkhidmat Kepada Rakyat-Mesra Rakyat’ beralih kepada ‘Berkhidmat Untuk UMNO’. Itulah persepsi rakyat sekarang terhadap pasukan polis kita. Keprofessionalan mereka telah hilang, tidak seperti di era Tun Hanif Omar sebagai Ketua Polis Negara dahulu.


Di era Hanif, ada orang yang betul-betul bertugas untuk rakyat, tidak ada orang yang mementingkan kedudukan, pangkat dan mengumpul kekayaan peribadi. Siapa yang tidak kenal dengan Dato’ Zaman Khan, seorang manusia yang berhati mulia dan cekal, cergas, cerdik, bertindak pantas, cekap dan tepat. Di bawah pentadbiran Hanif, banyak kes-kes yang melibatkan jenayah berat dapat diselesaikan dengan cara yang mudah dan senyap-senyap. Tidak seperti sekarang heboh seluruh dunia untuk mencari pupolariti dari peringkat menteri sampai ke peringkat perebet cabuk, tetapi habuk pun tiada. Cakap banyak, kejayaan yang dicapai kosong.

Di era Hanif, banyak kumpulan perompak dan pengganas dapat ditumpaskan seperti Kumpulan Botak Chin, Batong Kali dan banyak lagi kumpulan pengganas dapat dilumpuhkan dan orang-orang itu ditangkap dan dihukum secara adil dan saksama berasaskan kepada kesalahan yang mereka lakukan. Yang menghairan, pelakunya menerima hukuman yang dijatuhkan itu secara hati terbuka kerana hukuman yang mereka terima setimbal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Mereka berjuang menuntut keadilan mengikut proses undang-undang yang ditetapkan. Mahkamah pula bertindak berdasarkan bukti-bukti yang dibentangkan dihadapannya tanpa dipengaruhi oleh sesiapa. Mahkamah dapat berjalan dengan teratur mengikut perlembagaan.Mahkamah bebas dan Peguam Negara pun tidak dipengaruhi untuk mempertahankan UMNO seperti apa yang dilakukan oleh Abdu Ghani 4tahil. Peguam Negara yang ada sekarang ini adalah patong bernyawa, tidak laku satu sen pun di kaca mata perundangan kerana sikapnya [memihak dan menjaga kepentingan UMNO daripada menjaga keadilan sejagat] yang membuat pendakwaan terpilih [rujuk kes Hindraf, Batu Buruk, Paya Mengkuang dan Bukit Beruang]. Manusia berperangai seperti syaitan perlu dihapuskan di muka bumi ini kerana dosa-dosa yang dilakunya tidak tertanggung oleh bumi yang dipijaknya itu.


Sayang, era kegemilangan pasukan polis kita telah hilang, ditelan dan dibaham oleh pemimpin UMNO yang rakus dengan kuasa dan kekayaan. Mereka membudayakan masyarakat dengan 'budaya materialistik' yang kenal tuhan dan penciptanya. Mereka amalkan undang-undang hutan. Siapa yang kuat, dialah pemenangnya. Tidak ada ukuran haq dan bathil.

Tidak ada cara lain untuk memulihkan semula semua sektor kembali ke peranan asal berasaskan Perlembagaan negara, melainkan kita semua rakyat Malaysia wajib bersatu padu dengan apa cara sekali pun [dibenarkan norma-norma yang digunapakai oleh dunia yang bertamadun] menjatuhkan UMNO yang zalim. Berjuang menentang UMNO merupakan satu perjuangan yang suci. Menyokong UMNO bererti menyokong kezaliman. Oleh itu, wajar kita sebagai rakyat Malaysia bangkit dari lena panjang berhentikan UMNO secara terhormat dan tunjukkan jalan supaya keluar dengan selamat dalam PRU ke-12 nanti.


Kesimpulannya : Hasil permerhatian secara rambang, minda umat Melayu sukar diubah kerana mentaliti mereka semenjak dari dahulu telah dikotori oleh pemerintah [sistem kesultanan dan sistem demokrasi seperuh masak UMNO]. Umat Melayu tidak akan ‘mengamuk’ selagi tidak kena ke batang hidung sendiri. Selagi mereka dapat hidup, makan, ada duit berbelanja sedikit-sedikit, kahwin, beranak dan suasana aman [hidup dalam zon selesa], maka umat Melayu tetap akan memilih UMNO [bertambah lagi dengan sikap putar-alam UMNO menenggelamkan yang haq dan memunculkan yang bathil] dan takut untuk membuat perubahan. UMNO akan tetap menang besar dalam PRU ke-12 nanti.


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb