DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, August 31, 2008

MENCONGAK MAKNA MERDEKA

Oleh :ABDUL HALIM YAACOB (270808)
Pinggiran Alor Setar [http://asalbayu.blogspot.com]

Ketika di usia kanak-kanak
sering kutanya bapa:
akan makna merdeka?
Lalu jawapannya: KEBEBASAN
Siapa kurung kita?
kuasa asing katanya
di bumi sendirI kita jadi kuli.

Anak-anakku kini di usia dewasa
kepadaku sering mereka tanya:
benarkah kita sudah merdeka?
Minda kita masih diperhamba
saban ketika dusta dan nista
angkara kebejatan arus perdana.

Kepada mereka kuhulur nasihat:
usah percaya jika diperdaya
tidak wajar dikongsi kemungkaran
agar selamat di dunia juga akhirat
usah tumpang gerabak dosa.

Maaf.... rela aku dicerca!
Hingga kini masih aku mencongak
makna merdeka setelah setengah abadku
tempuh di terowong ini
sinar di hujungnya masih suram.


Catatan :

Saya tertarik dengan nukilan penulis diatas yang membuat komen diblog saya. Sebagai menghargai tulisannya itu, saya siarkan karyanya itu diblog saya untuk para pembaca semua.

Tun Telanai

Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi:
http://demang.blogmas.com/

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Wallahu'alam bishshawab

SONGKOK DAN LEBAI


Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Semenjak Harakah diterbitkan dua kali seminggu, banyak kandungan yang dimuatkan di dalamnya amat menarik dan mempunyai nilai berita dan maklumat terkini untuk disampaikan kepada rakyat khususnya ahli-ahli PAS. Sekalung tahniah ducapkan kepada pihak pengurusan Harakah khasnya Ketua Pengarang, saudara Ahmad Lutfi Othman.

Saya amat tertarik di muka hadapan Harakah diletakkan lakaran kartun yang diberi jolokan ‘Songkok dan Lebai’. Ia memuatkan komen-komen berbentuk sinis seperti ‘senyum kambing’ yang terdapat di muka depan Utusan Malaysia. Fungsi kedua-dua kartun tersebut adalah sama iaitu untuk membuat komentar secara sinis berkaitan isu-isu semasa.

Songkok dan Lebai [loghat utara] @ kopiah mempunyai identitinya sendiri. Songkok sinonim dengan UMNO, manakala lebai @ kopiah adalah pakaian kebanyakan orang PAS. Dan kini, songkok juga dipakai oleh orang PAS terutamanya dikalangan generasi baru dan professional.

Ini nukilan cerita Songkok dan Lebai @ kopiah:

Songkok dan lebai itu asal sekapal
Darjat mereka tidak pernah berubah
Berdiri sama tinggi duduk sama rendah
Tetapi mereka berbalah tidak sudah-sudah

Berungkap nasihat menyengat
Songkok selalu mengingatkan
“Jangan lembik seperti lebai,
Tetapi keras macam songkok.”

Penuh yakin lebai menjawab :
“Biar lembik asalkan putih.
Biar buruk asalkan bersih.
Jangan keras apa lagi hitam.
Sudahlah hitam suci diragukan.
Biar tak cantik, tapi bersih.”

Sindir songkok pula :
“Jangan hidup macam lebai,
Sesuai untuk dilipat bersandal getah.
Sudahlah selekeh nilai amat rendah.”

Lebai merendah menjawab tajam:
“Sehina-hinaku pernah juga mandi
menjamin kekal bersih dan suci,
untuk dijunjung mukmin sejati.
Semulia-muliamu sepanjang hidup
Tidak pernah mandi walaupun sekali,
kalau ada itu gila punya kepala.”

Tambah lebai lagi :
“Hitam songkok sehitam tahi cicak,
hanya umpama hitam sang gagak,
walau dimandi air mas sekalipun,
mustahil hitammu bertukar putih.
Putihku disabun dibilas-bilas,
bertambah lagi berseri putih bersih.”

Dengan lembut songkok mengakui :
“Walaupun tidak pernah mandi,
Aku sering ditayammun si berus,
supaya kelihatan kemas terurus.
selainnya aku senantiasa dijaga
daripada ditempiasi sang hujan
menjamin selalu keras dan kering
walaupun terpaksa menyemak dinding.”

Lebai tersenyum menelan alasan
kemudian meminta fatwa bagaimana
amalan tayammun ala songkok
ketika hujan mencurah-curah?


Dibuka untuk diforumkan dikalangan pembaca.

Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Wallahu'alam bishshawab

Saturday, August 30, 2008

APAKAH KITA BENAR-BENAR MERDEKA?

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt.

Esuk kita akan menyambut hari kemerdekaan ke-51. Setiap tahun kita menyambut kemerdekaan secara besar-besaran, tetapi tahun ini sambutan kemerdekaan terasa hening dan tidak ada kemeriahan seperti tahun-tahun lalu. Kerajaan memberi alasan untuk penjimatan. Sebenarnya kerajaan berbohong. Kerajaan [baca: UMNO] telah kehabisan modal, membuang masa dan tenaga banyak tercurah di pilihan raya kecil Permatang Pauh. Tambahan pula UMNO kalah ditangan Anwar Ibrahim dengan majoriti yang amat besar. Faktor ini yang menyebabkan UMNO tidak ada ‘mood’ dan masa yang cukup untuk membuat persiapan menyambut kemerdekaan seperti selalunya.

Sudah 51 tahun kita merdeka, tetapi kemerdekaan yang sebenarnya masih jauh. Perjalanan kita masih jauh untuk membebaskan daripada kongkongan UMNO dan undang-undang yang ada masih kuat mengikat, mengekang dan menghalang rakyat bergerak, bercakap, menulis, berhimpun dan berorganisasi demi untuk menjaga kelangsungan UMNO di negara ini.

Kita cuma merdeka dalam erti kata politik iaitu kita merdeka atau bebas daripada cengkaman penjajahan British iaitu penindasan secara fizikal sudah berakhir, tetapi kedaulatan rakyat Malaysia senantiasa dicabar dan dicabuli. Kita bebas mengeluarkan fikiran, tetapi kemudiannya akan ada tindakbalas daripada kerajaan pimpinan UMNO sekiranya buah fikiran itu tidak selari dengan kehendak UMNO.

Setiap tindakan kita akan dihalang dan disekat oleh penjajahan bentuk baru yang dilakukan oleh UMNO. UMNO melalui talibarutnya yang terdiri daripada pihak berkuasa seperti pasukan PDRM, sistem kehakiman negara dan jentera pentadbiran kerajaan lainnya masih bermaharajalela.

Penjajahan bentuk baru ini berlaku tanpa disedari oleh kebanyakan rakyat kerana mereka yang berkuasa dalam UMNO menggunakan kuasa untuk memenuhi kepentingan diri, anak-menantu dan kroni. Golongan yang kaya akan terus menggunakan kekayaan tersebut untuk melipatgandakan kekayaan sehingga ada yang sanggup melakukan fitnah, rasuah dan berbagai gejala durjana asalkan peluang menambah kekayaan, mencari kedudukan dan pangkat tidak terlepas ke tangan orang lain.

Nasib kebanyakan rakyat bertambah malang. Kehidupan mereka semaikn sempit dan menderita kerana kerajaan yang wujud pada masa kini bukan sebuah kerajaan yang pentingkan kebajikan rakyat. Rakyat merasa kepedihan hidup dibawah cengkaman UMNO sepertimana bangsa Melayu menderita di bawah penjajahan British dahulu.Menuntut kemerdekaan kedua ini sangat payah kerana ia dijajah oleh bangsa sendiri.

Perkara terburuk setakat ini yang dilakukan oleh UMNO ialah penjajahan fikiran rakyat. Fikiran rakyat dibelenggu sehingga tidak mampu berfikir dan membuat pertimbangan yang sewajarnya. Pejuang-pejuang di kalangan para pemimpin UMNO dipuja dan disanjung, tetapi pejuang-pejuang tulen kemerdekaaqn dikelompok yang lain dilupakan begitu saja. Antara mereka ini ada yang dibunuh, digantung, dipenjarang atau dibuang negeri oleh penjajah British. Tetapi selepas kemerdekaan dicapai, mereka tidak diberi penghargaan sewajarnya. Perkara ini diluahkan bekas PM ke-4 menerusi blognya [
http://test.chedet.com/che_det/2008/08/mengingati-pejuangpejuang-keme.html#more]

Perbuatan siapakah ini? Tentu sekali perbuatan ini dilakukan oleh UMNO. Tepat sekali kalau kita katakan bahawa UMNO ini merupakan sebuah parti pengkianat bangsa dan agama. Tidak ada bangsa di dunia ini yang berusaha menghapuskan pejuang banga dikalangan bangsanya sendiri, melainkan UMNO. UMNO menghapuskan segala saki baki sejarah yang mencatatkan golongan bangsa Melayu beragama Islam yang terawal bangkit menentang penjajah.


Sebenarnya, perjuangan kemerdekaan bermula dengan pembesar-pembesar Melayu tradisional mempertahankan kedaulatan negeri-negeri Melayu daripada ditakluki oleh penjajah. Semasa Melaka diserang oleh Portugis, muncul Datuk Bendahara Tepok, yang tampil ke hadapan memimpin rakyat menentang serangan itu, walaupun beliau tidak berjaya.


Dalam abad ke-19 penjajah British mula bertapak di Semenanjung. Penentangan berlaku terutama di Perak, Pahang dan Kelantan dan juga Selangor serta Melaka. Di Perak, Maharaja Lela telah memimpin tentangan terhadap British, yang akhirnya membawa kepaada pembunuhan pegawai penjajan J.W.W Birch di Pasir Salak. Maharaja Lela telah dihukum gantung.


Di Pahang pula muncul Datuk Bahaman, yang mula-mula berpangkalan di Semantan untuk menentang askar British dan kemudian diburu ke merata tempat. Bersamanya, Tok Janggut dan Mat Kilau. Di Kelantan pula Tok Janggut menentang percubaan penjajah hendak mengenakan cukai kepada rakyat.
Datuk Bendahara, Maharaja Lela, Datuk Bahaman dan Mat Kilau sudah menjadi legenda di kalangan sebilangan rakyat. Buku-buku sekolah ada menyebut mereka sedikit dan apa yang mereka buat. Tetapi jarang sekali mereka dikemukakan sebagai perintis perjuangan kemerdekaan negara kita. Inilah sikap UMNO yang enggan mengangkat martabat bangsanya sendiri.


Selepas Perang Dunia II, gerakan kemerdekaan telah meluas di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Pada ketika itu, Malaya turut dipengaruhi. Sebelum perang telah muncul Parti Komunis, dan lepas perang timbul pula KesatuanMelayu Muda [KMM] pimpinan IbrahimYakub dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya [PKMM], pimpinan Dr BurhanuddinHelmy dan Ishak Hj Muhammad. Sayap pemuda PKMM, Angkatan Pemuda Insaf [API] dipimpin oleh Ahmad Boestamam dab sayap wanita, Angkatan Wanita Sedar [AWAS] dipimpinoleh Shamsiah Fakeh.

Boestamam, Burhanuddin dan Ishak tiga orang tokoh nasionalis yang merupakan pejuang tulen kemerdekaan. Mereka dan beratus-ratus pejuang lain, tetapi tanpa nama,mereka diipenjara bertahun-tahun oleh British di bawah Undang-undang Daruruat dan ada yang melarikan diri ke luar negara. Shamsiah, bersama Abdullah C.D, Rashid Maidin dan ramai lagi masuk hutan dan menyertai pejuang-pejuang gerila komunis yang dipimpin oleh Chin Peng.

Tun Dr Ismail Abdul Rahma ketika menjadi Timbalan PM dan Menteri Dalam Negeri, pernah berucap sewaktu menerima Ijazah Kedoktoran Kehormat dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 1973 telah menyebut bahawa pejuang-pejuang dari golongan kiri perlu diberi pengiktirafan sewajarnya.


Boestamam, Burhanuddin dan Ishak diberi sedikit pengiktirafan. Tetapi bagaimana pula mereka dan beratus-ratus pemimpin tanpa nama hidup menderita dan keluarga mereka hidup dalam kesusahan semasa mereka ditahan atau dalam pelarian. Ada pemimpin gerakan diburuh, seperti G. Ganapathy, dihukum gantung kerana dituduh terlibat dengan perjuangan komunis.


Chin Peng, Abdullah dan Rashid dicap oleh British sebagai pengganas. Tetapi tidak boleh dinafikan bahawa mereka juga berjuang untuk kemerdekaan tanah air, walaupun cara peruangan mereka lain, iaitu dengan mengangkat senjata. Di negara seperti India, Indonesia dan banyak lagi orang komunis yang berjuang untuk kemerdekaan diingati kerana sumbangan dan pengorbanan mereka, sama seperti pejuang-pejuang lain.


Sempena sambutan merdeka tahun ini, kerajaan dan rakyat perlu mengiktiraf semua golongan kiri yang berjuang untuk kemerdekaan, mengikut apa yang disebut oleh Tun Dr. Ismail. Buku-buku sejarah, terutama yang digunakan untuk sekolah perlu memberikan tempat yang sewajarnya kepada mereka. Merdeka bukannya hasil perjuangan Tunku Abdul Rahaman serta Tun Razak dan UMNO saja. Ada pihak-pihak lain bermati-matian berjuang sengaja dilupakan, walaupun sumbangan dan pengorbanan mereka lebih besar daripada apa yang UMNO lakukan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-51


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi:
http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam

Monday, August 25, 2008

Oleh Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Saudara-saudara ku sekalian,

Sebagaimana yang saudara-saudara semua ketahui, saudara-saudara di Kawasan Parlimen Permatang Pauh akan turun membuat pemilihan wakil rakyat baru pada hari Selasa, 26 Ogos 2008, iaitu esuk hari. Tidak sampai 24 jam lagi, di tangan saudara-saudaralah terletaknya hidup-mati rakyat dan negara ini untuk masa depan yang lebih cemerlang. Saudara-saudara perlu membuat perubahan, menukar gaya politik lapok yang diamalkan oleh UMNO sudah memerintah lebih 51 tahun kepada curak dan gaya politik baru yang berorientasikan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Saudara-saudara dipertanggungjawabkan untuk membuat perubahan ini mewakili kami yang berada di seluruh negara. Tanggungjawab saudara-saudara semuanya adalah amat berat, tetapi saudara-saudara masih ada waktu untuk memikirkan baik-buruk dalam membuat pemilihan wakil saudara-saudara ke Parlimen bagi memperjuangkan nasib saudara-sauadara dan nasib seluruh rakyat di negara ini. Kami harap, saudara-saudara jangan menghampakan harapan kami yang ingin melihat fajar baru yang akan muncul nanti. Kami hanya mampu berdoa semoga dengan pertolongan daripada Allah s.w.t jua fajar baru itu akan menyingseng memancarkan sinarnya.


Sama ada saudara-saudara hendak memilih Arif Shah Omar Shah atau saudara-saudara hendak membuat kejutan dengan memilih saudara Anwar Ibrahim dengan majoriti tertinggi terpulanglah kepada saudara-saudara sendiri untuk membuat keputusannya. Pisau ditangan saudara-saudara dan mentimun juga ditangan saudara-saudara. Kami sedar saudara-saudara semuanya adalah manusia yang cerdik-cerdik belaka. Umpan dimakan, tetapi tidak terlekat pada mata kail. Pandai menilai yang mana intan dan yang mana kaca. Tentulah saudara-saudara akan memilih saudara Anwar Ibrahim sebagai wakil-wakil saudara-saudara dan juga wakil kami juga. Jangan mensia-siakan peluang keemasan ini. Gunakan kuasa yang ada pada tangan saudara-saudara untuk menghumban UMNO ke laut Cina Selatan.


Saudara-saudara yang dihormati,


Sejarah telah merakamkan bahawa sebahagian besar para pemimpin UMNO berdiri di atas tiket pemimpin untuk merebut kuasa, kedudukan dan kekayaan bagi kepentingan peribadi bukan untuk kepentingan rakyat jelata. Hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun termasuk saudara-saudara yang tinggal di kawasan Parlimen ini.


Saudara-saudara pasti mendengar, membaca dan menonton wajah-wajah para pemimpin UMNO dan BN yang didakwa terlibat dengan berbagai salahguna kuasa, menggunakan kedudukan untuk mencari faedah peribadi dan keadaan rasuah di Negara kita sekarang ini semakin menjadi-jadi. Yang ditangkap ialah ikan-ikan bilis, ikan jerung terlepas kerana pukat yang digunakan mudah carik dan koyak. BPR menjadi boneka kepada UMNO. BPR adalah sebahagian daripada organisasi UMNO yang mempertahankan kepimpinan UMNO yang kurop. Banyak pemimpin UMNO yang terlepas.


Laporan demi laporan dibuat mengenai menyalahgunaan kuasa ini, namun agensi-agensi yang terlibat seperti pasukan polis, BPR, SPR dan lain-lainnya tidak mengambil sebarang tindakan. Pilihanraya kita saudara-saudara bergelomang dengan dosa dan noda. Oleh sebab itu mereka menolak politik Islam kerana kejahatan, ketidakadilan dan kezaliman mereka tidak dapat diteruskan ke atas pihak yang lemah yang mereka sendiri lakukan dengan bantuan dan kerjasama agensi-agensi yang disebutkan tadi.


Gaya hidup mewah yang melampau yang ditunjukkan oleh para pemimpin UMNO adalah lambang kerakusan kuasa, mereka merompak, mencuri dan membahagi-bahagikan [memfaraidkan] khazanah Negara sesama mereka dan meninggalkan rakyat dengan pelbagai masalah yang menghimpit kehidupan rakyat. Kemiskinan masih tinggi di seluruh Negara, termasuk di Permatang Pauh ini. Kemiskinan tidak mengenal kaum dan bangsa ataupun agama.


Saudara-saudara ku sekalian,


Saudara-saudara ku, tidak kira sama ada saudara-saudara muslim atau non muslim, semua kita berada dalam kemiskinan yang amat sangat. Kenaikan harga petrol yang melampau pada 4 Jun lalu melonjakkan kadar inflasi kepada 7.7 peratus sangat membebankan kehidupan seluruh rakyat dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak. Kehidupan rakyat bertambah sempit dan menderita. Penurunan harga petrol seperti yang diumumkan pada 23 Ogos lalu sebanyak RM0.15 seliter tidak memberi sebarang makna kerana kenaikannya dulu amat tinggi dalam sejarah sebanyak RM0.78.


Penurunan RM0.15 sen tidak memabawa apa-apa kesan kerana harga barangan dan perkhidmatan tidak akan turun, kecuali penurunan harga minyak melepasi RM0.30 seliter. Hal ini boleh dilakukan kalau sekiranya kerajaan tidak memberi rebet sebanyak RM625.00 mengikut setiap liter minyak, ia lebih kurang RM0.40 nilainya setiap liter. Ini menunjukkan satu kebodohan kerajaan sepertimana bodohnya kerajaan mencadangkan pembayaran gaji kakitangan awam dua kali sebulan yang akhirnya terpaksa dibatalkan kerana mendapat bantahan daripada CUEPAC.


Kerajaan sendiri mengalakkan kenaikan kos belanja ini dengan menaikkan harga minyak, tol, tariff air dan elektrik. Kenaikan-kenaikan ini menjadikan kos harga barangan dan perkhidmatan meningkat menjadi bertambah mahal di pasaran, manakala pendapatan rakyat tidak banyak berubah.

Saudara-saudara sekalian,


Gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk memberi laluan kepada saudara Anwar Ibrahim menjejak kaki semula ke Parlimen. Di Parlimen nanti saudara Anwar akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Kedudukan ini maha penting bagi kita semua kerana beliau akan merintis jalan ke Putra Jaya sebagai PM ke-6. Keselamatan agama, bangsa dan negara serta keadilan untuk semua kaum akan lebih terbela sekiranya saudara Anwar ditakdirkan oleh Allah s.w.t menjadi PM mengambilalih kuasa daripada Abdullah Ahmad Badawi. Jangan sekali-kali biarkan Najib Tun Razak merasai kerusi PM. Agama, bangsa dan Negara akan hancur lebur di bawah kekuasaan Najib. Semua rakyat tahu latarbelakang Najib, ketua konspirator. Isterinya, Rosmah Mansor lebih teruk lagi jika dibanding dengan Imelda Marcos.


Saudara-saudara perlu ingat, kemenangan saudara Anwar akan meranapkan impian para konspirator yang mahu bertindak membunuh kerjaya politiknya di negara ini. Dalam masa yang sama kita dapat membantu saudara Anwar untuk memulihkan kembali imej dan maruahnya di kalangan rakyat di dalam negara ini serta di peringkat antarabangsa. Imejnya pada masa kini amat tercalar, luka parah di sana sini. Saudara Anwar seorang yang paling hebat di abad ini khususnya di negara kita. Belaiu seorang yang teguh pendirian dan sangat konsisten dalam perjuangan membela nasib rakyat tanpa mengira kaum. Oleh kerana beliau seorang, seluruh jentera-jentera kerajaan [jabatan/agensi] kucar-kacir terkeluar daripada landasannya yang sebenar.


Saudara-saudara,

Sang pengusaha dan para juak-juaknya sangat takut kehilangan kuasa kerana apabila saudara Anwar ditakdirkan menjadi PM dan memiliki kuasa sepertimana yang mereka miliki sekarang, maka segala kejahatan, kezaliman, penindasan, menyalahgunaan kuasa, rasuah, membaham dan merompak harta rakyat yang mereka lakukan selama ini akan terbongkar menjadikan mereka tidak lena tidur. Pada ketika itu, rakyat semua akan tahu siapakah sebenarnya hantu jembalang yang merasuk rakyat setiap masa.


Tali barut UMNO yang digunakan oleh UMNO untuk memusnahkan saudara Anwar seperti pasukan daripada Jabatan Peguam Negara yang dikepalai oleh Abdul Ghani 4tahil, PDRM yang diketuai oleh Musa Hassan, media, SPR dan BPR memudahkan kita memusnahkan mereka tanpa ada sekatan dan halangan. Mengembalikan ke fungsi asal organisasi-organisasi terbabit demi menegakkan keadilan, kebenaran dan menjaga keselamatan rakyat, bukan lagi menjaga keselamatan UMNO dan para pemimpinnya.


Disamping itu, kemenangan ini juga boleh menutup mulut yang celupar daripada dulu kawan kini musuh seperti Ezam Mohd Noor, Nallakurapan, Saidatul Badru Said Keruak dan lain-lainnya. Mereka ini sepatutnya ditembak dan mayatnya mereka dicampak untuk dijadikan sajian harimau sarkas. Mereka ini sebenarnya melihat dunia ini hanyalah untuk lakonan mencari kekayaan peribadi.

Moral mereka sangat rendah, setaraf babi di hutan. Yang lebih penting disini ialah kejayaan kita membunuh kerjaya politik masa depan anak Jamaludin yang menjadi menantu Abdullah yang sombong, angkoh, berlagak samseng, bermulut celupar dan yang mengawal urusan negara di tingkat 4 di Putra Jaya. Pastinya kita tidak akan berpuas hati sekiranya budak higusan ini masih lagi boleh bertempik ke sana ke mari ikut suka hati dia sahaja, tanpa mempertimbangkan perasaan orang lain.

Saudara-saudara ku,

Kita perlu sedar bahawa tidak ada maknanya kita keluar beramai-ramai memberi undi kepada UMNO. UMNO sekarang berada dalam keadaan amat nazak menanti kedatangan malaikatul maut untuk merembat nyawanya keluar daripada jasad. Politik dan dasar pembangunan negara tidak ketahuan hala. Bohong sana, bohong sini untuk tipu rakyat, tetapi dalam masa yang sama mereka memperkuatkan kedudukan untuk merebut daki dunia. Malaikatul maut itu ialah kita sebagai organisasi Pakatan Rakyat yang bergerak dalam satu matlamat untuk mereformasikan atau mengislahkan balik sistem pentadbiran negara yang rosak teruk di bawah pemerintahan UMNO selama 51 tahun.
Analoginya amat mudah. UMNO sudah lama bermain bola di padang yang sama. UMNO mulai letih, tidak bermaya dan telah banyak kehilangan tenaga. Jadi, sepakannya sudah menjadi tidak menentu. Sebab keletihan itulah membuatkan UMNO membuat kesilapan demi kesilapan dalam mengurus tadbir negara ini.


Oleh itu, saya sekali lagi merayu saudara-saudara di Permatang Pauh :

Undilah Anwar Ibrahim!

Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Wallahu'alam bishshawab


Wednesday, August 13, 2008

MUNGKINKAH HARGA PETROL DITURUNKAN 1 SEPTEMBER INI?

Oleh : Tun Telanai
Assamu’alaikum wm.wrt,

Harga minyak mentah di pasaran dunia sekarang ini turun pada kadar di antara AS$98-AS$112 setong, berbanding ketika kerajaan mengumumkan kenaikan harga runcit petrol dan disel pada 4 Jun lalu, ketika itu ia berada diparas di antara AS$125-AS$138 setong.

Tanpa memperdulikan kedudukan nasib rakyat, kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi menaikkan harga petrol dari RM1.92 kepada RM2.90 [kenaikan RM0.78 atau 40%] dan disel dari RM1.58 kepada RM2.58 [kenaikan RM1.00]. Kenaikan harga petrol dan disel ini oleh kerajaan Abdullah kononnya untuk menjimatkan RM13.7 billion dalam bentuk subsidi yang boleh disalurkan kepada projek-projek pembangunan lainnya.

Persoalannya, ke mana duit sebanyak itu akan dibelanjakan?. Hasil penjimatan tahun 2006 sebanyak RM400 juta ekuran kenaikan harga petrol sebanyak RM0.50 pun kerajaan tidak berupaya dibelanjakannya dan masih berbaki, kini pula sebanyak RM13.7 billion dijangka diperolehi hasil penjimatan tersebut. Pastinya, kerajaan Abdullah tidak berkemampuan untuk menggunakan sepenuhnya peruntukan tersebut. Ini merupakan satu pembaziran sumber.

Jadi, kita sebagai rakyat biasa dapat membuat rumusan bahawa memang benar kerajaan Abdullah mahu memiskinkan rakyatnya sendiri. Peningkatan mendadak harga petrol dan diesel telah menaikkan indeks harga pengguna [IHP] sebanyak 7.7 peratus. Sebahagian besar harga barangan dan perkhidmatan meningkat, menjadi bertambah mahal. Abdullah memang suka melihat rakyatnya berada dalam kedudukan miskin dan papa kedana.

Kedudukan sebegini akan memberi advantage kepada politik jangka pendik UMNO. Rakyat yang miskin dan buta huruf ini sangat setia kepada UMNO. UMNO menang di kebanyakan kawasan yang mundur yang dihuni oleh pengundi-pengundi yang miskin dan buta huruf. Berbanding di kawasan bandar yang pengundi-pengundinya terdiri daripada orang-orang yang berpelajaran dan mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh, UMNO sukar untuk mengembangkan pengaruhnya di sini.

Harga minyak dunia jatuh keparas antara yang terendah tahun ini seperti yang disebutkan di atas dan apakah impak penurunan drastik ini kepada kita selaku pengguna?Kemungkinan besar tidak ada, walaupun apabila harga melonjak dahulu terus sahaja kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM0.78 sen seliter yang sehingga hari ini terus menghantui penghidupan rakyat Malaysia kerana akibatnya satu demi satu harga barangan dan perkhidmatan [termasuk tambang pengangkutan awam] terus naik sehingga ke hari ini.


Amat membimbangkan kerana kerajaan yang ada ini adalah sebuah kerajaan yang tidak berkonsepkan kebajikan. Apabila harga petrol dunia terus turun, rakyat akan terus menjadi mangsa ketidakprihatinan kerajaan ini. Mungkin kerajaan akan memberi alasan bahawa Petronas merupakan satu-satunya hasil pendapatan utama kerajaan akan semakin susut keuntungannya jika harga runcit petrol diturunkan. Maka untuk mengelak perkara itu daripada berlaku, harga runcit petrol tidak akan dikaji semula bagi menyelaraskan penurunan harga petrol di pasaran dunia.

Bila keuntungan Petronas susut, maka susutlah juga kantung kerajaan, lalu mangsanya siapa lagi jika bukan rakyat jelata. Sebagai contoh, keuntungan sebelum cukai Kumpulan Petronas untuk tahun kewangan 2008 ialah RM95.5 billion dan keuntungan bersih selepas cukai ialah RM61.0 billion. Royalti yang telah dibayar oleh pihak petronas kepada kerajaan ialah RM67.6 Billion. Nilai ini termasuk segala cukai yang telah dibayar oleh Petronas kepada kerajaan. Dari RM67.6 billion itu telah mewakili 63.1% dari keuntungan petronas disumbangkan kepada kerajaan. Kerajaan memperolehi pendapat yang sangat besar dari urus niaga Petronas.

Kesimpulannya, kita rakyat Malaysia yang dididik agar berbangga dengan industri petroleum kita yang berkemampuan beroperasi ke seluruh dunia, walaupun kita negara pengeluar minyak, namun bila harga minyak dunia naik, harga minyak pengguna juga naik, bila harga turun, kemungkinan harga minyak pengguna akan naik juga. Jadi, nasib kita samalah dengan nasib yang menimpa Pak Pandir dan Mak Andeh [TQ].


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian, terima kasih.
Wallahu'alam

Tuesday, August 12, 2008

PERMATANG PAUH : ANWAR IBRAHIM MENANG TANPA BERTANDING

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,

Satu sumber belum dapat disahkan lagi kebenarannya bahawa UMNO tidak akan meletakan calon menentang Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini. Jadi, kemungkinan besar Anwar tidak akan dicabar pada hari penamaan calon 16 Ogos, hari Sabtu depan.

Anwar dijangka menang tanpa bertanding. Jika ini berlaku, maka tercipta satu lagi sejarah yang mana pembangkang pertama kali menang tanpa bertanding dalam pilihan raya kecil di negara ini. Perkara ini merupakan satu petanda yang amat baik bagi masa depan pembangkang [baca : Pakatan Rakyat] yang akan sama-sama kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-51 tahun ini.

Tanda-tanda ke arah tersebut kelihatan semakin jelas apabila pemimpin-pemimpin politik UMNO/BN di Pulau Pinang tidak bergitu mengambil perhatian serious mengenai pilihan raya kecil itu. Masing-masing mengambil sikap tunggu dan lihat, disamping menunggu arahan pimpinan atasan untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, stesyen radio Pulau Pinang kerap kali menyiarkan iklan pendik mengajak orang ramai datang ke Wisma UMNO di Kepada Batas untuk menyaksikan pelbagai acara hiburan yang diadakan di situ pada hari yang sama, hari penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Perbuatan ini dilihat sebagai usaha UMNO untuk memsebotaj hari penamaan calon tersebut. Ini bermakna UMNO tidak mahu orang ramai khususya ahli-ahli UMNO berkumpul di tempat penamaan calon berlangsung. Kalau boleh UMNO mahu menyekat orang ramai datang ke situ, hanya para pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang perlu ada di tempat itu. Ini sekali gus menguatkan hujah sumber tersebut bahawa UMNO tidak akan menyertai pilihan raya kecil tersebut.

Walau bagaimana pun mengikut sumber itu lagi, kemungkinan Anwar akan dicabar oleh calon bebas yang merupakan proksi kepada UMNO bagi mengelak Anwar menang tanpa bertanding. Para pemimpin UMNO akan turun berkempen bagi membantu calon bebas yang bertanding menentang Anwar sepertimana PAS, PKR dan DAP berkempen membantu calon bebas di pilihan raya kecil di Batu Talam, Pahang pada tahun 2006 lalu.

Sekurang-kurang terdapat 4 faktor yang mempengaruhi UMNO tidak bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut. Pertama, Parlimen Permatang Pauh adalah kubu kuat Anwar Ibrahim. Selama 17 tahun Anwar menjadi wakil rakyat di kawasan ini dan disambung pula oleh isteri beliau, Wan Azizah Wan Ismail. Wan Azizah tiga penggal berturut-turut mengekalkan kemenangan, walaupun PKR ketika itu tidaklah sehebat sekarang. Perkara ini diakui sendiri oleh Najib Tun Razak dan ramai pemimpin UMNO yang lain sependapat dengan Najib termasuk Annuar Musa mengatakan ia membazirkan masa, wang dan tenaga dan merayu UMNO memboikot pilihan raya kecil tersebut.

Kedua, faktor dalaman kepimpinan UMNO Permatang Pauh sendiri yang ketiadaan calon yang berwibawa untuk menentang Anwar. UMNO Permatang Pauh sekarang ini berada dalam keadaan seolah-olah ‘perang saudara’ kerana berebut jawatan dalam UMNO bahagian.

Ketiga, faktor kewangan. UMNO sekarang mempunyai masalah tidak kecukupan wang. UMNO memerlukan wang yang amat banyak untuk membiayai setiap orang yang turun berkempen untuk UMNO. UMNO dulu, kini dan selama-lamanya memerlukan pembiayaan yang besar untuk mengerakkan jentera pilihan rayanya. Semua yang turun berkempen untuk UMNO perlu diupah,kalau tidak kerja-kerja pilihan raya tidak akan bergerak. Sikap begini tidak berlaku kepada ahli-ahli dan penyokong parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Mereka turun membantu berkempen secara sukarela dan menggunakan perbelanjaan sendiri.

Sebagai contoh, dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, di Kelantan pada Disember 2005, UMNO mengeluarkan pembiayaan melebihi RM3 juta untuk menawan sebuah kerusi DUN, apatah lagi bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, pembiayaannya tentu melebihi 3 kali ganda kerana dalam Parlimen ini mengandungi 3 kerusi DUN. Dimana UMNO hendak mendapat duit sebanyak itu kerana UMNO baharu sahaja menghabiskan duit berbillion ringgit dalam PRU lalu? Tentu tidak ada taukeh-taukeh yang sudi memberi sumbangan lagi kerana masa depan politik negara ini tidak ada hala tuju yang jelas untuk mereka membuat pelaburan.

Keempat, faktor dalaman UMNO itu sendiri yang tidak menentu. Persaingan untuk merebut jawatan dalam UMNO di berbagai peringkat menyebabkan UMNO itu sendiri bergoncang. Rasuah politik berlaku di sana-sini. Ditakuti rasuah politik akan berluasa dan sukar untuk dikawal ketika semua para pemimpin pelbagai peringkat daripada seluruh negara akan berkampung di Permatang Pauh kononnya untuk berkempen untuk UMNO menentang Anwar, tetapi sebaliknya berkempen untuk diri sendiri dan untuk golongan lain yang berkepentingan.

Jadi, ikut sumber itu lagi, lebih baik UMNO tidak menyertai pilihan raya tersebut kerana sekarang ini UMNO seluruh negara sangat sibuk mengadakan mesyuarat agung masing-masing. Adalah lebih baik UMNO menumpukan perhatian memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO kembali dan seterusnya menjaga survival UMNO supaya terus kekal berkuasa.

Kesimpulannya, Anwar Ibrahim sangat bijak mencaturkan agenda politiknya dan pandai mengambil kesempatan daripada masalah yang melanda UMNO pada hari ini. Semuanya diadunkan mengikut acuannya dalam usaha merangka jalan ke Putra Jaya. Walaupun bagaimana pun, Anwar dan pakar-pakar strategis dalam Pakatan Rakyat perlu berhati-hati dalam permainan politik UMNO yang licik ini. PKR dan Pakatan Rakyat mesti mengerakkan jentera pilihan rayanya mulai sekarang sehingga pengumuman keputusan pilihan raya diumumkan. Setiap detik pun jentera pilihan raya Pakatan Rakyat tidak boleh leka dan lalai dengan mainan politik UMNO. Ingat UMNO berupaya menyerang di saat-saat akhir kerana UMNO memiliki kuasa yang tidak ada pada kita.


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian, terima kasih
Wallahu'alam.

Saturday, August 9, 2008

BIJAKNYA UMNO MENGOTORKAN POLITIK MALAYSIA-SIRI 4 [AKHIR]

Oleh: Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt
,


Bijak sungguh UMNO memainkan peranan mengotorkan politik di Malaysia. Para strategis UMNO melaksanakan empat strategi secara serentak untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu sebenar yang melibatkan kepentingan rakyat dan juga negara. Pemberian rebet petrol telah menyebabkan sebahagian rakyat melupakan hakikat sebenar penderitaan mereka yang mereka terpaksa tanggung akibat kenaikan kos belanja hidup yang tinggi dan kadar inflasi mencapai tahap melebihi 7 peratus. Kenaikan berterusan harga semua barangan dan perkhidmatan tidak boleh ditampung dengan pemberian rebet tersebut.


Perbicaraan kes pembunuhan Atantuya Shaaribu yang dikaitkan dengan Najib Tun Razak dan isteri amat menghantui pentadbiran Abdullah kerana ia melibatkan hubungan diplomatik dengan Mongolia dan negara luar khususnya Amerika Syarikat sedang memerhati bagaimana sistem keadilan di Malaysia dapat dilaksanakan oleh Abdullah. Jadi, salah satu cara untuk mengatasinya dalam jangka masa pendik ialah sengaja merancang untuk melambat-lambatkan proses membuat keputusan oleh mahkamah sehingga kekuatan politik UMNO dapat dipulihkan dan dalam tempoh tersebut diharapkan masyarakat tempatan dan antarabangsa beransur-ansur melupakannya sepertimana masyarakat masa kini di Malaysia telah melupakan kezaliman UMNO terhadap mangsa-mangsa pembunuhan beramai-ramai di Memali dan rampasan beribu hektar tanah sawah di Kerpan dengan projek udang harimau yang gagal.


Serentak itu juga, konspirasi politik ke atas Anwar Ibrahim dilaksanakan secara terancang melibatkan seorang pemuda ‘gila’ dengan tujuan melemahkan kedudukan pengaruh Anwar dan PKR yang mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat terutama rakyat bukan Melayu dan UMNO merasakan dirinya mulai terpinggir daripada arus perdana politik negara. Serentak dengan keputusan SPR menetapkan hari penamaan calon pada 16 Ogos dan hari pembuangan undi pada 26 Ogos ini untuk pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh, pihak polis pula secara tergesa-gesa diarah dan dirancang menghantar notis kepada Anwar agar Anwar hadir ke mahkamah pada hari Khamis, 7 Ogos jam 10.00 pagi. Pendakwaan terhadap Anwar akan dilakukan mulai 10 September ini. Kempen pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan perbicaraan kes Anwar di mahkamah akan dijadikan modal berkempen. Tujuannya hanya satu untuk mengelirukan pengundi-pengundi bagi mengambarkan Anwar pastinya akan didapati bersalah sepertimana yang berlaku pada 10 tahun lepas. Mesejnya jangan mengundi Anwar, undilah UMNO.


Seterusnya usaha memecahbelahkan dan melemahkan Pakatan Rakyat [PR] terus dilaksanakan. Pendekatan yang UMNO ambil ialah salah satu parti daripada tiga parti [PAS,PKR dan DAP] dalam gabungan tersebut mesti didekati dan diajak untuk berkerjasama. Di antara ketiga parti itu, parti yang dikira terbaik oleh UMNO adalah PAS kerana PAS dianggotai oleh 100 peratus Melayu-Muslim. PAS juga merupakan parti kedua terbesar selepas UMNO yang anggotanya terdiri daripada muslim dan non muslim. Keahliannya kini menjangkau melebihi 1 juta orang. Tambahan pula, PAS mempunyai networking yang gagah perkasa dan kukuh di semua peringkat di seluruh negara berbanding dengan PKR dan DAP. PKR parti multi-racial yang bertunjangkan kemelayuan Islam bercampur sosialis dan golongan ‘free thinking’. Manakala DAP juga multi-racial, tetapi ia dikuasai oleh kaum Cina. Kedua-dua unsur ini sudah pun wujud gabungan parti-parti dalam BN. Jadi, PAS menjadi pilihan UMNO.


Desas-desus mengatakan PAS mengadakan pertemuan dengan UMNO telah tercetus sebaik sahaja PRU ke-12 tamat. Dalam keadaan UMNO kalah di Semenanjung dan kembali berkuasa kerana adanya pengundi-pengundi di Sabah dan di Serawak yang sosio-politiknya masih rendah, tidak dapat membuat penilaian yang tepat,maka UMNO/BN mendapat sokongan padu daripada pengundi-pengundi kedua-dua buah negeri ini. Kesan PRU itu senantiasa menghantui UMNO kerana undi kaum Cina dan India yang menjadi penentu kalah-menang UMNO/BN selama ini telah beralih arah menyokong PR. Sementara itu dilihat kuasa politik kaum Cina semakin meningkat dan kuasa politik Melayu semakin menurun. Perkara ini berlaku kerana pengkianatan UMNO sendiri terhadap taburan pengundi-pengundi di sesuatu kawasan pilihan raya disempadankan semula pada tahun 2003. Maka para pemimpin UMNO sangat bimbang jika ini trend akan berterusan sehingga PRU ke-13, UMNO pasti akan kecundang dan hilang kuasa. UMNO mula mewar-warkan penyatuan umat Islam dan perpaduan Melayu demi kepentingan Islam itu sendiri kepada PAS.


Dalam senyap-senyap pemimpin kanan PAS termakan dengan tawaran ini. Walaupun pada mulanya mereka menafikannya termasuk Ketua Penerangannya, YB Mahfoz Omar dan malah Presidennya sendiri menafikannya dengan menyalahkan media yang suka menabur fitnah. Tiba-tiba Abdullah Ahmad Badawi pada 20 Julai lalu membuat kejutan dan berjaya menyeret perbincangan politik kepada isu muzakarah antara UMNO dengan PAS. Abdullah mendedahkan terdapat tiga pertemuan dengan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dengannya. Pertemuan tersebut tidak melibatkan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS. Isu muzakarah ini [kemudian ditukar menjadi muqabalah] menjadi isu kebangsaan, seluruh masyarakat daripada pelbagai peringkat membicarakannya. Ramai yang tidak bersetuju muzakarah UMNO-PAS terutama ahli-ahli diperingkat akar umbi dan perpaduan dalam PR [walaupun tidak sama ideologi, tetapi mempunyai matlamat yang sama] mulai bergoncang. Pada peringkat ini UMNO berjaya dengan misinya untuk menabur benih perpecahan dalam PAS dan di antara parti-parti dalam PR.


Dalam PAS sendiri terdapat tiga golongan pemimpin. Golongan pertama dipelopori oleh Nik Aziz Nik Mat yang sama sekali tidak bersetuju PAS berkerjasama dengan UMNO kerana beliau mempunyai pengalaman pahit ketika PAS bersama dalam BN dulu. Kenangan pahit itu membuatkan para pemimpin yang berasal di negeri Kelantan menolaknya. Rupa-rupanya Nik Aziz tidak keseorangan, beliau mendapat sokongan menyeluruh daripada ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS daripada seluruh negara menentang sebarang cadangan untuk berkerjasama dengan UMNO.


Golongan kedua ialah golongan daripada pihak Presiden dan Presiden sendiri yang mahu Islam didaulatkan, tetapi pada masa yang sama golongan ini juga mahukan habuan duniawi. Kekecuhan mula berlaku. Di media arus perdana seperti Utusan Malaysia mula memperbesar-besarkan isu ini dan di internet ianya dibahas secara bebas. Ada pro dan kontranya. Sebahagian besar berpendapat, mereka menolak PAS kerjasama dengan UMNO.


Ada sebahagian ahli-ahli mencabar dan mengugut para pemimpin kanan PAS supaya menghentikan segera muzakarah tersebut, kalau tidak mereka akan keluar PAS secara beramai-ramai. Ada yang lebih berani lagi akan menganjur demontrasi besar-besaran di hadapan Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur. PAS juga mendapat kemarahan daripada penyokong-penyokong bukan Melayu yang memberi undi kepada PAS pada PRU lalu, tetapi PAS telah mengkianati sokongan tersebut. Perasaan marah rakyat terhadap PAS tidak dapat dibendung lagi. Ia terdengar di mana-mana baik di kampung-kampung terpencil sehinggalah ke pusat bandar-bandar besar di negara ini yang menentang hubungan PAS-UMNO itu.


Ketika itu, PAS seolah-olah berpecah dua. Satu golongan menyokong Nik Aziz dan satu golongan lagi memberi sokongan kepada Presiden parti. Kekecuhan ini sampai kemuncaknya memaksa Presiden dan golongannya menemui Nik Aziz. Selepas pertemuan tersebut, keadaan mulai reda apabila satu kenyataan dikeluarkan menegaskan bahawa PAS tidak akan berkerjasama dengan UMNO dan akan kekal dalam PR. PAS hanya akan melakukan muqabalah [pertemuan biasa] untuk bertukar-tukar fikiran demi kepentingan Islam dan bangsa.


Isu muzakarah atau muqabalah ini mati terus apabila satu kenyataan Presiden dikeluarkan selepas mengadakan mesyuarat khas pada 31 Julai lalu bahawa PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO dan akan tetap kekal berjuang bersama-sama dengan PR dan PAS bersedia berbincang dengan semua pihak demi kepentingan negara dan ummah. Mesyuarat itu hanya formulaliti sahaja. http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=16109&Itemid=115].


Tanpa mesyuarat khas pun, Presiden terpaksa akur dengan kehendak majoriti ahli. PAS yang dipimpinnya menghadapi tekanan arus bawahan yang maha deras yang boleh merubuhkan benteng pertahanan PAS itu sendiri, di samping itu beliau juga menerima tekanan daripada rakan sejawatnya dalam PAS sendiri terutamanya tentangan daripada Nik Aziz. Pokok yang besar, kuat dan teguh bergantung kepada kekuatan akar dan tunjangnya. Sekiranya akar dan tunjang itu rosak dimakan anai-anai, maka pokok itu akan tumbang menyembah bumi.


Walau bagaimana pun, UMNO telah berjaya mencapai matlamatnya untuk mengharubirukan ahli-ahli dan mengkelamkabutkan pejalanan PR. UMNO sendiri dari awal lagi menyedari hakikat ini bahawa ahli-ahli PAS tidak akan merestui PAS berkerjasama dengan UMNO, tetapi ia tetap meneruskan strategi tersebut bagi mengalihkan pandangan rakyat buat sementara waktu daripada isu sebenar yang sedang melanda UMNO.


Golongan ketiga ialah golongan penumpang yang kini berada dalam zon selesa seperti golongan yang diwakili oleh Menteri Besar Kedah. Mereka ini tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan takut ia bercanggah dengan kepimpinan atasan. Mereka akan mencari sudut-sudut yang selamat demi menjaga kedudukan masing-masing. MB Kedah contohnya, hanya berani mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap kebudak-budakkan mengatakan bahawa perjalanan politik di Kedah di antara PAS-UMNO berlakuan seperti permainan ‘abang-adik’. Hakikat sebenar tidak macam itu. Kes Memali sebagai buktinya. Mempertahan tanah di Muasasah Darul Ulum oleh ahli-ahli PAS yang hendak dirampas oleh UMNO juga menjadi dalilnya yang UMNO bukan abang dan PAS bukan adiknya.


MB Kedah gagal menunjukkan pendirian beliau sebenar dalam konteks kerjasama UMNO-PAS, yang mana ahli-ahli di bawahnya menentang keras sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO, tetapi beliau asyik menjual idea UMNO-PAS adik-beradik, tidak perlu berkelahi untuk merebut sesuatu. Oleh sebab itulah di negeri Kedah tidak ada sebarang pembaruan yang dilakukan olehnya baik dari segi pengurusan masjid, memperbanyakkan aktiviti-aktiviti agama, pendidikan, sosial, ekonomi dan kebajikan rakyat.


Kedah macam dulu juga, ketika UMNO memerintah. PAS Kedah tidak berani dan penakut untuk membuat pembaruan, walaupun rakyat telah memberi mandat dan kuasa melalui PRU lalu. Ia masih lagi mengekalkan orang lama menguruskan GCL milik kerajaan negeri dan dalam organisasi tertentu. Sekiranya PAS gagal mempertahankan kuasa pada PRU ke-13 nanti, maka tidak ada satu mercu tanda yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli menandakan bahawa PAS pernah memerintah Kedah 2008 – 2012.


Kesimpulannya, saya berkesempatan menulis 4 siri memberi analisis mengenai kerja-kerja kotor yang selama ini dilakukan oleh UMNO. UMNO senantisa mengamalkan dasar British ‘pecah dan perintah’ agar ia kekal berkuasa. Dalam kamus perjuangannya tidak ada kejujuran dan keikhlasan. UMNO berpegang kepada falsafah siapa kuat, dialah yang berkuasa. Undang-undang rimba akan digunapakai sekiranya ia tersepit dan ketika ia hendak menyelamatkan diri. UMNO akan menggunakan apa sahaja platform yang ada untuk meneruskan survival politiknya, hatta terpaksa mengorbankan kawan sendiri. Perjuangan UMNO matlamat menghalalkan cara.


Dalam konteks isu perpaduan ini pun ia merupakan helah UMNO untuk mendinginkan suasana politik negara yang dihangatkan oleh Anwar Ibrahim melalui PKR. Anwar mahu menubuhkan kerajaan PR mengantikan kerajaan UMNO yang sudah usang dan lapok. Sekiranya UMNO itu benar-benar jujur dan ikhlas untuk bersatu demi kepentingan bangsa dan agama, pastinya UMNO akan lakukannya ketika ia menang besar pada PRU tahun 2004 lalu. Tetapi, kemenangan besar yang ia kecapi itu membuatkan UMNO merasa besar kepala, angoh dan sombong. Ketika tahun 2004, UMNO perlu insaf kerana pada PRU ke-10 tahun 1999, ia mengalami kekalahan besar juga ditolak oleh majoriti umat Melayu kerana cara UMNO menguruskan masalah Anwar ketka itu menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu, tetapi ia masih dapat mengekalkan majoriti 2/3nya kerana ia mendapat sokongan padu daripada kaum Cina dan India.


UMNO telah melakukan berbagai perkara yang melukakan hati rakyat. Kezaliman demi kezaliman ia lakukan terhadap rakyat yang di luar golongan UMNO khususnya kerajaan dan rakyat di negeri Kelantan. Apa yang UMNO tidak lakukan terhadap kerajaan negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS?
Semua tindakan zalim dilakukannya untuk merampas balik Kelantan daripada tangan PAS. Berbillion ringgit dihabiskan untuk mengambil balik Kelantan, tetapi Allah s.w.t maha agong. Dengan keringat dan lenangan air mata berserta dengan pertolongan daripada Allah s.w.t, Kelantan tetap kekal di bawah perintahan PAS.


Kelakuan dan sifat yang ada pada UMNO hari ini boleh dibuat satu analogi begini : Sifat semula jadi seseorang manusia ialah mudah lupa. Ketika ia berada dalam keadaan sihat walafiat dan berada dalam kedudukan kemewahan, ia mudah lupa diri dan lupa kepada Allah s.w.t yang memberi niktamat itu kepadanya. Tetapi, apabila ia jatuh sakit dan berada dalam kesusahan, ia mula mengenangkan kekuasaan Allah s.w.t.


Harapan saya, semoga tulisan ini sedekit sebanyak mengandungi ilmu pengetahuan yang boleh dikongsi bersama. InsayaAllah.


Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Wallahu'alam bishshawab.
Wassalamu ‘alaikum Wr.Wb.








Monday, August 4, 2008

BIJAKNYA UMNO MENGOTORKAN POLITIK MALAYSIA - SIRI 3

Oleh : Tun Telanai
Assamu'alaikum wm.wrt,

Saya memohon maaf kepada para pembaca kerana lambat mengemaskinikan siri ke-3 ini. Kelambatan ini disebabkan masa tidak mengizinkan. Saya terlalu sibuk dengan kerja-kerja kemasyarakatan yang telah diprogramkan dan tugas-tugas rasmi yang terpaksa saya lakukan demi sebuah perjuangan untuk mendaulatkan Islam dan berusaha mengajak masyarakat kembali kepada nilai-nilai murni yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadith. Di samping itu, saya telah menukarkan ayat “mengcaturkan” kepada ayat “mengotorkan” sempena mengambil pendapat dari webmaster Tranungkite.net, saudara Songkok Putih.


Sebagaimana yang kita semua tahu, keadaan politik UMNO berada dalam keadaan terumbang-ambing, tidak ada haluan seperti yang telah saya sebut dalam siri ke-2 dulu. Jadi, UMNO terpaksa mencari jalan keluar iaitu dengan mengalih isu, mengalih perhatian agar rakyat, ahli dan para pemimpin UMNO tidak terlalu memberi perhatian atau kalau boleh melupakan terus masalah yang dihadapi oleh UMNO dan negara. Kepimpinan atasan UMNO takut menghadapi kebangkitan ahli-ahli UMNO akar umbi menentang pucuk pimpinan UMNO dan khususnya para pemimpin yang bercadang bertanding dalam UMNO pada Disember nanti. Sekiranya ini terjadi, maka kemelut dalam UMNO akan bertambah meruncing yang akan turut memberi kesan terhadap pentadbiran negara. Kerja-kerja mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar kepada isu rekaan bukanlah kerja-kerja luar biasa bagi UMNO. UMNO sering kali bertindak sedemikian rupa apabila ia menghadapi masalah besar.


Sebagai contoh, dalam dekad ini, UMNO pernah menghadapi masalah terbesar sehingga mahkamah mengisytiharkan UMNO itu haram dan terpaksa UMNO mendaftarkan semula menubuhkan UMNO Baru kesan daripada perebutan jawatan dalam UMNO pada tahun 1987. UMNO berpecah menjadi dua. Satu, UMNO Baru dipimpin oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad yang hanya menang jawatan Presiden dengan 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah. Satu lagi, serpihan UMNO, parti SM46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh. Pada masa yang sama, MCA melalui Ketua Pemudanya, Lim Kim Sai, ketika itu seorang Menteri Karbinet mencabar ‘ketuanan orang Melayu’ kerana kedudukan politik orang Melayu ketika itu berada dalam keadaan lemah.


Seluruh pemimpin UMNO ketika itu seperti Ghafar Baba, Muhamad Muhd Taib, Najib Tun Razak [Ketua Pemuda ketika itu] dan ramai lagi mula bangkit mencabar MCA. Perhimpunan demi perhimpunan diadakan untuk membakar semangat orang Melayu supaya bangkit menentang kaum Cina. Peristewa ini sebenarnya diprogramkan supaya ketegangan di antara kaum berlaku bagi mewajarkan UMNO [baca:kerajaan] melakukan ‘Operasi Lalang’ menangkap dan mengISAkan secara borong terhadap para pemimpin pembangkang PAS dan DAP. Disamping itu, kemelut Melayu dan Cina ini memang diagendakan sebegitu rupa bagi membolehkan UMNO Baru memperkukuhkan kedudukan dan menenangkan suasana politik negara yang hangat ketika itu. Strategi itu nampaknya berjaya dan UMNO Baru berjaya dipulihkan dan kembali berkuasa sepenuhnya.


Begitu juga apabila negara ditimpa krisis kewangan pada tahun 1998, Soros dipersalahkan, bukan pentadbiran yang tidak tulus ketika itu yang dipersalahkan. Banyak contoh-contah kaedah seumpama ini dilakukan oleh UMNO. Buka balik lembaran surat khabar lama tentu para pembaca pasti akan terjumpa kerana kaedah ini paling popular diamalkan oleh UMNO ketika menghadapi masalah. Kerajaan dan UMNO senantiasa selamat kerana ramai rakyat Malaysia belum lagi mengenal huruf Alif, Ba, Ta.


Kaedah ini digunakan sekali lagi oleh Abdullah Ahmad Badawi bagi menutup kelemahan UMNO dengan menaikan harga minyak secara mengejut kerana sebelum itu Shahril Abdul Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri mengumumkan harga petrol akan dinaikkan awal Ogos nanti. Tetapi dengan tiba-tiba, pada 4 Jun 2008, Abdullah mengumumkan bahawa kenaikan harga minyak global terus meningkat secara drastik sampai mencecah US$140 setong menyebabkan kerajaan [baca:Abdullah] terpaksa mengstruktur semula subsidi bahan api dengan menaikkan harga minyak petrol tempatan. Harga petrol di negara ini dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter merupakan kenaikan 40 peratus daripada harga RM1.92 seliter seperti yang diumumkan pada 28 Februari 2005. Harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58. Kini harga petrol global telah turun pada paras US$122 setong berbanding harga purata bagi Jun US$132 setong, dan kerajaan menanggung subsidi petrol sebanyak 64 sen seliter [http://www.malaysiakini.com/news/87152], tetapi kerajaan tidak menurun harga petrol seperti janjinya. Abdullah hanya memberi tahu harga runcit petrol akan diselaraskan berdasarkan harga pasaran dunia purata bulanan dan subsidi akan dikekalkan pada kadar 30 sen seliter mulai 1 September nanti.


Tindakan ini diambil semata-mata untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada masalah dalam UMNO dan negara. Abdullah mahukan seluruh lapisan rakyat bercakap dan memberi tumpuan mengenai kenaikan harga minyak. Biar rakyat marah asalkan beliau dan UMNO selamat. Semua kewajaran yang diberikan oleh Abdullah dalam menaikkan harga minyak itu, tidak boleh diterima pakai oleh rakyat di negara ini kerana terdapat tiga faktor. Pertama, kita adalah negara pengeluar minyak. Kita mengeksport minyak yang berkualiti tinggi dan kita mengimport minyak yang rendah kualitinya dengan pembayaran harga yang paling murah untuk kegunaan rakyat dalam negara ini. Di sini pun kerajaan telah melakukan satu kezaliman terhadap rakyat. Persoalannya, kenapa selama ini PETRONAS tidak pernah berusaha menjalankan R&D untuk kita memproseskannya sendiri, untuk kegunaan kita sendiri dan selebihinya baharulah kita mengeksport, sebaliknya PETRONAS ghairah sangat membuat pelaburan di luar negara.


Kedua, dalam kedudukan harga minyak ketika itu US$140 setong, dijangka PETRONAS akan memperolehi keuntungan bersih mencecah US$100 billion pada tahun ini. Tahun lalu, PETRONAS memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM61 billion, setelah ditolak pemberian kepada kerajaan sebanyak RM67.6 billion. Pendapatan negara bukan sekadar bergantung kepada pendapatan PETRONAS semata-mata, tetapi pendapatan negara juga datang daripada banyak sumber. Sebenarkan kita adalah sebuah negara yang kaya, tetapi disebabkan kita memiliki para pemimpin yang kurop dan tidak ada amanah, maka rakyat terpaksa menanggung keperitan hidup. Kadar kemiskinan rakyat terus meningkat kepada 26 peratus tahun 2002 daripada tahun 1999 hanya 24.7 peratus sahaja. Dalam tempoh dua dekad, sebanyak RM326 billion duit rakyat lesap akibat perbuatan pemimpin yang rasuah dan tidak beramanah.


Dan ketiga, kekayaan negara khususnya pendapatan daripada PETRONAS tidak diurus secara cekap dan berhemah. Kerajaan menaikkan kadar perbelanjaan kepada 6.7 peratus pada tahun 2007 daripada 5.0 peratus tahun 2006, membelanjakannya kepada projek-prokjek mega yang tidak membawa keuntungan secara langsung kepada rakyat, tetapi sebaliknya terus kepada anak-menantu dan kroni-kroninya. Berdasarkan satu sumber, sejumlah RM5 billion kekayaan negara sekarang ini di bawah kawalan Kamarudin Abdullah, anak PM dan kroni-kroninya.


Abdullah sedar dengan kenaikan harga minyak sebanyak 40 peratus ini akan menyebabkan rakyat akan bangun dan bangkit menentang kerajaannya. Sekiranya beliau gagal mengawal kebangkitan ini, bertambah pula dengan masalah yang sedia ada, kemungkinan besar kerajaan pimpinannya akan jatuh dan Anwar Ibrahim yang mewakili PR akan mengambil alih kekuasaan daripada tangan UMNO. Jadi, bagi mengelak kejadian itu berlaku, beliau telah melaksanakan tiga perkara untuk ‘mengkambinghitamkan’ rakyat demi mempertahankan kuasa dan menyembunyikan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan negara yang dibawah pentadbiranya serta masalah ahli dan pemimpin UMNO yang mulai hilang kepercayaan kepada beliau.


Abdullah menyedari perkara ini. Oleh itu, pakar-pakar strategis UMNO diarah merancang strategi bagaimana caranya untuk mengawal kebangkitan rakyat. Pertama, Abdullah sedar bahawa sebahagian besar rakyat dalam negara ini masih tebal dengan sistem feudalnya yang akan memberi taat setia tanpa berbelah-bagi kepada ketuanya tanpa banyak soal.


Golongan ini macam lembu pawah yang boleh dicucuk hidungnya dan boleh disembeleh bila-bila masa sahaja yang dikehendaki. Mereka dikurniakan otak, tetapi tidak mampu berfikir. Maka, Abdullah memperkenalkan rebet minyak yang kononnya boleh membantu meringankan bebanan rakyat akibat kenaikan harga minyak tersebut. Abdullah memang sedar, kebanyakan rakyat khususnya orang Melayu terutama di kampung-kampung boleh dibeli dengan duit-kupang sepertimana yang beliau lakukan dalam pilihan raya.


Bagi sekupang dua, secawan kopi, sebatang rokok, gula-kopi, beras dan kain batik-kain pelikat, habislah akal-budi orang Melayu kena beli. Mereka akan menyokong tanpa usul periksa lagi. Kaca pun golongan ini menyangka intan. Oleh itu, sebanyak RM5 billion diperuntukan bagi tujuan merasuahkan rakyat dengan kaedah yang lebih terhormat dan orang yang menerimanya pun rasa dihormati disebut ‘rebet’.


Setiap rakyat yang menggunakan kenderaan bermotor di bawah 1.5 cc diberi rebet minima RM150.00 dan maksima RM625.00. Setiap keluarga dihadkan lima buah kenderaan sahaja. Sebahagian besar rakyat terutama orang-orang Melayu di kampung-kampung tertipu dengan sandiwara ini. Melalui rebet tersebut, Abdullah berjaya mengambarkan kerajaan pimpinannya sangat prihatin terhadap kesusahan rakyat akibat kenaikan harga minyak.


Abdullah mempergunakan Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan. Berbuih mulut menerusi debat khas dengan Anwar Ibrahim pada hari Selasa, 15 Julai lalu mempertahankan kerajaan menaikan harga petrol ia bersifat global. Rakyat yang miskin yang hidup di kampung-kampung tidak sedar yang diri mereka telah ditipu. Pada pandangan kerajaan, harga seekur lembu lebih mahal berbanding dengan harga diri seorang manusia khususnya orang Melayu. Ditambah lagi dengan kegagalan PROTES mengadakan demontrasi menentang kenaikan harga minyak pada 6 Julai lalu, tidak mampu untuk menyedarkan rakyat sepertimana BERSIH lakukan pada 10 November tahun lalu. Tindakan BERSIH telah berjaya menyedarkan sebahagian besar masyarakat agar SPR melaksanakan sistem pilihan raya yang bersih dan adil, tetapi PROTES pada kali gagal kerana matlamatnya menjadi caca-merba.


Rebet petrol yang diperkenalkan ini menyebabkan seluruh rakyat menyerbu pejabat-pejabat pos di seluruh negara seperti ikan berebut-rebut umpan yang ditaburkan. Sebenarnya rakyat di kampung-kampung menerima rebet tidak seberapa, berbanding dengan orang kaya. Kebanyakan mereka hanya mampu milik satu atau dua motosikal sahaja. Katakanlah satu keluarga mampu memiliki lima buah motosikal, mereka hanya memperolehi rebet sebanyak RM750.00 . tetapi bagi golongan kaya, katakan mereka memiliki lima buah kenderaan di bawah 1.5cc, maka mereka mendapat rebet berjumlah RM3,125.00. Melalui strategi ini dengan mudah sahaja Abdullah dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap masalah dalaman UMNO dan masalah kerajaan pimpinannya.


Kedua, pakar-pakar strategis UMNO terus merancang dan mencipta isu demi isu supaya isu-isu yang dicipta itu terus mendapat perhatian rakyat. UMNO perlu mereka cipta isu yang boleh menimbulkan kontroversi dan polimik dikalangan masyarakat. Oleh itu, konspirasi dirancang untuk menjatuhkan imej Anwar Ibrahim dan seterusnya mengerhanakan matlamat PR untuk mengambilalih kuasa kerajaan pusat. Maka, dicetuskan tuduhan meliwat siri kedua ke atas Anwar Ibrahim melalui pelakon utamanya Saiful Bukhari Azlan. Pemuda gila ini pandai berlakon dan lakonannya begitu menyakinkan kerana ia diarah oleh seorang pengarah yang berpengelaman yang mana kos keseluruhan pembikinan filem ini ditanggung beres oleh sesorang yang berpengaruh dalam politik Malaysia dan mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.


Sekali lagi rakyat tertipu dengan sandiwara yang dimainkan oleh UMNO haprak ini. Kali ini payah bagi UMNO untuk menyakinkan rakyat bahawa Anwar adalah kaki liwat kerana pelakon utamanya seorang pemuda ‘gila’ yang diambil bekerja dengan PKR sebagai Pembantu Khas Anwar seorang pemuda ‘bodoh’ gagal di universiti, tanpa mempunyai pekerjaan tetap dan bukan dikalangan keluarga yang jutaan, tetapi mampu memiliki kondomonium bernilai jutaan ringgit. Ditambahkan pula ada bukti-bukti budak gila ini ada hubungan networking Najib Tun Razak, Timbalan PM dan kuncu-kuncunya bagi membalas dendam terhadap Anwar yang sering menimbulkan kes pembunuhan Altantuya Shaaribu khsusnya ketika berkempen di Ijok.


Bagi mengindahkan lagi jalan cerita filem ini, seperti biasa pelakon tambahan daripada pasukan polis perlu digunakan sepenuh, kemudian akan diikuti oleh Jabatan Peguam Negara dan Mahkamah. Sebagaimana yang dijangkakan, pasukan polis mulai bertindak mengulangi sejarah 1998, tetapi tidak sehebat tahun 1998 kerana mendapat perhatian antarabangsa dan juga daripada Abdullah sendiri yang menyebabkan jalan ceritanya sedikit terencat dan mengecewakan perancang utama filem ini. Tindakan pasukan polis ala-gestapo alias MOSSAD ketika menangkap Anwar [http://www.malaysiakini.com/news/86195] pada 16 Julai dan dibebaskan pada 17 Julai keesukannya dengan jaminan polis telah merencatkan jalan cerita ini selanjutnya.


Ditambah dengan laporan perubatan mengenai budak gila ini tidak diliwat [http://www.malaysiakini.com/news/86834] menyebabkan kes ini hilang keyakinan awam, walaupun Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Syed Hamid Albar menyatakan kes ini telah siap disiasat dan serahkan untuk tindakan lanjut Abdul Ghani Patail. Sekiranya kes ini melibatkan kes rasuah yang terkena kepada pembesar UMNO dan Pegawai Tinggi Kerajaan yang sebelum itu berkerja untuk UMNO 100%, Ghani pastinya akan mengeluar satu kenyataan ringkas menyatakan tidak ada bukiti-bukti kukuh untuk dibuat pendakwaan seperi yang berlaku terhadap Johari Baharom, Khalil Yaakob, Dr.Mohd Khir Toyo, Mohd Ali Rustam, Adnan Yaakob, Rafidah Aziz, Rahim Tamby Chik, Mohamad Muhd.Taib, S.Samy Vellu, Dr.Leong Ling Sik, Zulkifli Mohd. Noor, Musa Hassan, Mohd. Yussuf Yassin dan lain-lain lagi. Jadi, kita tunggu dan lihat kes ini seterusnya sama kes ini ada kes prima facei bagi membawa Anwar Ibrahim ke mahkamah yang nantinya yang menjadi pendakwa utamanya ialah Ghani sendiri.


Walau bagaimana pun, ia tetap memberi kesan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat [PR] sendiri. Diibratkan pada ketika ini kita sudah hampir dengan Putrajaya tetapi kita sudah tersesat jalan dan terpaksa berpatah balik. Sayang seribu kali sayang, dalam keadaan sedemikian, semua kita terpaksa bertungku-lumus dan membuang masa, tenaga dan kewangan bagi menumpukan terhadap isu ini yang tidak sepatutnya ia menjadi satu isu yang kita memberi tumpuan. Anwar terpaksa turun padang membuat road show ke seluruh negara untuk menjelaskan isu ini kepada rakyat. Kes ini akan menjadi bahan ujian, sama ada ia diterima rakyat atau tidak seperti yang dirancangkan bergantung kepada keputusan pilihan raya kecil d Parlmen Permatang Pauh, yang mana Anwar akan bertanding mempertahankan kerusi tersebut setelah isterinya berjaya mempertahankan selama empat penggal berturut-turut, walaupun ketika itu kedudukan PKR lemah tidak seperti kedudukannya sekarang.


PKR mesti menang walau dengan apa cara sekali pun. Kemenangan ini sangat penting bagi mencuntik semangat baru di kalangan ahli-ahli dan pendokong PR yang berada dalam dilema menghadapi pelbagai isu yang melanda PKR, DAP dan PAS yang bergabung dalam PR. Kemenangan ini juga akan memudarkan isu liwat ini dan ia akan menambah keyakinan rakyat terhadap PR untuk mengambilalih kuasa pada peringkat kerajaan persekutuan, kemudian diikuti di negeri-negeri yang kini diperintah oleh UMNO dan seterusnya mengambilalih pemerintahan daripada tangan UMNO yang dilihat sebagai pengkianat bangsa dan agama. Membentuk sebuah kerajaan yang amanah, adil, tulus dan berkebajikan untuk kepentingan semua kaum dan agama.


Kita amat sedih kerana dalam pilihan raya kecil itu sudah tentu segala sumber yang ada terpaksa digunakan untuk menepis isu liwat ini. Isu ini pasti dibawa ke situ dengan pelakon utamanya ialah budak gila itu bersama-sama Ezam Mohd Noor akan berganding bahu bersama-sama dengan para pemimpin UMNO dan BN lainnya. Kita akan terlepas peluang untuk memberi tumpuan sepenuhnya mendedahkan keburukan UMNO dan para pemimpinnya yang korup dan kenapa kita perlu menukarkan kerajaan yang ada ini kepada kerajaan pimpinan PR.


Setakat ini, UMNO hanya mampu memainkan psaikologi rakyat mengatakan di situ PKR kuat dan menjadi kubu PKR. Anwar akan menang dengan majoriti lebih besar. Ini merupakan helah UMNO sahaja supaya seluruh pekerja dan jentera parti dalam PR tidak bersedia sepenuhnya dan tidak berkerja bersungguh kerana mereka yakin mereka akan menang mudah. Ingat UMNO memiliki semuanya, yang kita dalam PR tidak milikinya. UMNO mampu membeli undi setiap pengundi yang seramai 58,449 itu dengan menggunakan pelbagai kaedah dan cara yang diamalkannya selama ini.


Jadi, strategi yang dirancang dan dimainkan [kenaikan harga petrol dan isu liwat] oleh UMNO setakat ini sedikit sebanyak berjaya mencapai matlamatnya. Ia berjaya melambat-lambatkan atau boleh menggagalkan terus cita-cita PR untuk mengambil-alih kuasa, tetapi ia bergantung bergantung sepenuhnya terhadap keputusan pilihan raya kecil tersebut. Satu kajian yang dibuat oleh Merdeka Center menunjukkan 55 peratus rakyat Malaysia tidak percaya terhadap tuduhan tersebut, hanya 11 peratus yang mempercayainya [http://www.malaysiakini.com/news/87115] dan populariti Abdullah dalam mentadbir negara ini semakin menurun [http://www.malaysiakini.com/news/87143].


Rakyat Malaysia pada umumnya sudah benci dan meluat melihat UMNO mengamalkan politik kotor terus memerintah negara ini. Mereka mahukan sebuah kerajaan yang bersih, kukuh dan kuat serta mampu menjaga kebajikan rakyat kesluruhannya. Di hadapan mata mereka sekarang ialah sebuah kerajaan di bawah pemerintahan Abdullah yang menyebabkan nasib rakyat bertambah menderita akibat kos belanja hidup melambung tinggi ke paras yang tidak munasabah.


Kajian yang dibuat oleh Merdeka Center itu tidak boleh diambil ringan oleh semua pihak terutama para pemimpn PR . Sebelum PRU ke-12 dulu, kajian seumpama ini dilakukan oleh Merdeka Center juga telah menunjukkan pengundi di kalangan kaum Cina dan India akan menolak UMNO/BN kerana mereka tidak berpuas hati dengan gaya pengurusan yang dilakukan oleh Abdullah, hanya orang Melayu mengikut kajian itu akan tetap bersama UMNO/BN. Apa yang didapati daripada hasil kajian tersebut menjadi kenyataan, UMNO/BN mengalami kekalahan paling teruk dan tidak berupaya mempetahankan majoriti 2/3nya di Parlimen.


Akan bersambung ke siri ke 4 : Apa agenda tersirat muzakarah UMNO-PAS.


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih.