DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, June 14, 2013

ANWAR KINI D JAKARTA



ANWAR JUMPA SBY HARI INI

Twitter Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di Bali untuk bertemu Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY).


"Saya di Bali bersama Presiden SBY," katanya ringkas melalui media sosial Twitternya, pagi tadi.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Anwar akan berada di Jakarta hari ini, terdapat kemungkinan diadakan pertemuan yang mungkin akan membantu perdana menteri mengelakkan persaingan di Parlimen dan partinya sendiri selepas keputusan buruk PRU13.


Laporan itu juga menyebut pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, ketika Najib hampir pasti dicabar dalam pemilihan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.

Difahamkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang rapat dengan kedua-dua pemimpin, telah ditugaskan untuk mengaturkan pertemuan tersebut.
Beliau kini berada di Jakarta untuk lawatan dua hala.

“Pertemuan telah diaturkan dengan Najib sebelum Anwar berjumpa Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono pada Sabtu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Pembantu bagi kedua-dua pemimpin tidak mahu bercakap mengenai pertemuan tersebut akan tetapi sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai kepentingan bersama untuk mengelakkan pencabar lain untuk jawatan perdana menteri.

Dalam pada itu, laporan itu juga menyebut Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan ahli-ahli Parlimen BN untuk berbincang mengenai percubaan beliau mengambil alih kepimpinan dalam Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi sementara timbalan kepada Najib Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin menjadi pencabarnya dalam pemilihan Umno hujung tahun ini.

Kebanyakkan penganalisis politik mengatakan Najib terlalu popular, lebih dari partinya, untuk hilang jawatan dalam kerajaan dan parti.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pemilihan Umno akan memulakan siri jelajah untuk menerangkan kaedah baru pemilihan parti berkenaan mulai hari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia bertujuan memberi penerangan kepada setiap anggota di peringkat akar umbi.

"Menerusi kaedah baru itu akan diwujudkan hari pencalonan untuk jawatan tertinggi parti dan hari pemilihan," katanya.

Beliau yang juga anggota jawatankuasa itu berkata, semakan senarai calon akan dibuat sebelum nama-nama tersebut diumumkan untuk membolehkan kira-kira 150,000 anggota di peringkat cawangan dan bahagian membuat pengundian.

Baru-baru ini, Najib selaku Presiden Umno mengumumkan pemilihan Umno kali ini akan dilaksanakan dengan mengguna pakai perlembagaan baru parti yang membuka peluang kepada hampir 500,000 anggota di peringkat akar umbi menentukan pucuk pimpinan parti.

SinarHarianOnline

Najib, Anwar di Jakarta ?

No comments: