KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya bercuti
daripada menjalankan tugasnya sehingga dua kes yang memalukan kerajaan
Barisan Nasional (BN) selesai.
Penasihat DAP Kebangsaan,
Lim Kit Siang berkata, dua kes yang memalukan BN itu kerana Ahmad Zahid dituduh
mencederakan Amir Abdullah Bazli pada Januari 2006 dan didakwa melanggar
undang-undang pilihan raya kerana berbelanja lebih RM2 juta, melebihi had
RM200,000 yang dibenarkan ketika berkempen untuk kerusi Parlimen Bagan Datoh,
Perak pada PRU13 lalu.
SALAH LAKU ZAHID BERLAGAK SAMSENG BOLEH PUKUL ORANG SESUKA HATI DAN PIHAK TIDAK AMBIL APA-APA TINDAKAN
Beliau yang juga Ahli
Parlimen Gelang Patah berkata, dalam sebuah video yang dipaparkan dalam laman webnya
sendiri, Ahmad Zahid mengakui mengupah 24,000 penyokong BN Bagan Datoh yang
juga pengundi tempatan sebagai pekerja kempen ketika beliau bertanding untuk
memenangi kerusi Parlimen itu.
Katanya, dalam video
terbabit, Zahid juga mengaku memberi setiap pekerja kempen RM100 dan 5 kilogram
beras.
Menurutnya, selain politik
wang pada pilihan raya, Ahmad Zahid mengupah 24,000 ‘pekerja pilihan raya’
sedangkan jumlah keseluruhan pengundi di Parlimen Bagan Datoh hanya 34,670
pengundi dan jumlah undi yang diraih Ahmad Zahid sendiri hanya 17,176 undi.
Ini bererti lebih daripada
seorang ‘pekerja pilihan raya’ diperlukan Zahid untuk memenangi satu undi dan
perkara itu boleh dianggap sebagai rekod tersendiri dalam sejarah pilihan raya
Malaysia.
“Saya bersetuju dengan bekas Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ismail yang baru-baru ini menyatakan
dalam surat terbuka bahawa keputusan Mahkamah Rayuan yang sebulat suara
memerintahkan Ahmad Zahid menjawab tuduhan Amir Abdullah menunjukkan tuduhan
itu kukuh dan menimbulkan pertikaian mengapa polis gagal mengambil tindakan
terhadap Ahmad Zahid atas kesalahan itu,” kata Kit Siang dipetik Roketkini.
No comments:
Post a Comment