Saya memohon maaf tanpa
diberi ‘pemberitahuan’ terlebih dahulu kepada semua pengunjung (kerana
tergesa-gesa diarah bertugas di luar kawasan), maka blog ini tidak dikemaskini
mulai 19 hingga 28 Disember 2012 kerana pada tempoh tersebut admin terpaksa
bertugas di luar kawasan, selepas itu admin mengambil cuti panjang merehatkan dan
menenangkan fikiran.
Melancong dalam negeri
juga menyeronokkan lebih-lebih lagi apabila kita sampai ke suatu tempat yang
kita belum pernah sampai boleh menenangkan fikiran dan mengembalikan semangat
baru untuk kita terus berjuang menumbangkan UMNO-BN pada PRU ke-13 nanti. Insya
Allah.
Sepanjang perjalanan di Lebuhraya Plus Utara-Selatan belum ada lagi billboard gambar Najib dan kuncu-kuncunya berkempen, melainkan billboard menjelaskan dasar Najib merasuahkan rakyat melalui budget 2013 yang terpacak di sepanjang lebuhraya tersebut.
Adalah diharapkan
kepada seluruh pengguna lebuhraya sebaik sahaja ternampak billboard berwajah
Najib bersama-sama dengan kuncu-kuncunya segeralah menyampaikan maklumat
tersebut kepada PR supaya tindakan seperti
ini boleh dilakukan.
No comments:
Post a Comment