Profil
Nama: Dr Tan Seng Giaw
Umur: 70 tahun
Isteri: Dr Oon Hong Geok (Pakar Kanak-Kanak)
Anak: 4 orang
Jawatan: Ahli Parlimen Kepong,
Jawatan dalam parti: Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan
Pengalaman: Doktor Pakar Kulit Angkatan Tentera Malaysia (ATM), memenangi kerusi Parlimen Kepong selama tujuh penggal sejak 1982 dan mula aktif dalam politik sejak 1976.
Pendidikan: Ijazah Sarjana Kedoktoran dari Universiti Leeds, England
Anak: Dua orang
Nama: Dr Tan Seng Giaw
Umur: 70 tahun
Isteri: Dr Oon Hong Geok (Pakar Kanak-Kanak)
Anak: 4 orang
Jawatan: Ahli Parlimen Kepong,
Jawatan dalam parti: Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan
Pengalaman: Doktor Pakar Kulit Angkatan Tentera Malaysia (ATM), memenangi kerusi Parlimen Kepong selama tujuh penggal sejak 1982 dan mula aktif dalam politik sejak 1976.
Pendidikan: Ijazah Sarjana Kedoktoran dari Universiti Leeds, England
Anak: Dua orang
Ikuti
wawancara eksklusif wartawan Roketkini.com, Noor Jaafar dan jurugambar Wira Andika dengan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr
Tan Seng Giaw
yang juga Ahli Parlimen Kepong mengenai peluang Pakatan Rakyat menghadapi
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Bagaimana
Dr Tan rasa mengenai peluang Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) pada
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Peluang
kedua-dua parti samada PR atau BN adalah seimbang iaitu 50-50, cuma kelebihan
PR ialah BN kita menghadapi banyak masalah dalam beberapa dekat ini dan
termasuk pendedahan isu penyelewengan dan rasuah yang membabitkan pemimpin
parti itu antara isu projek ternakan lembu Nasional Feedlot Corporation (NFC),
PKFZ, kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan Transparancy
International (TI) yang merudum, skandal sumbangan politik RM40 juta kepada
UMNO Sabah, pendedahan kekayaan luar biasa keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan
Sri Taib Mahmud berjumlah RM64 bilion dan tidak kurang juga pentingnya isu
pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dilihat bermotif
untuk mengaut keuntungan bukannya berhasrat mengurangkan kemalangan jalan raya.
Rakyat juga mengeluh dengan kenaikan harga barang dan merasakan kenaikan akan
terus berlaku selepas PRU-13 nanti.
Saya
tidak tahu setakat mana penerima rakyat terhadap penyelewengan dan rasuah yang
dilakukan pemimpin UMNO-BN. Kalau mereka (pengundi) masih memilih BN bermakna
rakyat tidak sensitif terhadap isu rasuah sedangkan wang yang diseleweng itu
adalah milik mereka bukannya wang pemimpin terbabit yang boleh menyeleweng
dengan sewenangnya wang rakyat yang membayar pelbagai hasil dan cukai yang dikenakan
kerajaan.
Kelebihan
BN kerana mereka sudah lama bertapak dengan rangkaian yang kuat terutama di
kawasan luar bandar dan pedalaman serta penggunaan jentera kerajaan dan laporan
media cetak dan media elektronik yang berat sebelah.
Bagaimanapun sekarang ini, walaupun penduduk yang tinggal di kampung dan pedalaman, mereka sudah celik komputer dan tahu perkembangan semasa yang berlaku. Jadi BN tidak lagi mudah menipu atau menyogok wang untuk mendapat undi.
Tambahan
sekarang ini hampir 80 peratus rakyat Malaysia tinggal di bandar termasuk anak
mereka yang bekerja di bandar dan pulang ke kampung memberi maklumat kepada ibu
bapa dan keluarga mereka. Kesedaran itu yang membuatkan BN sudah memperdaya
pengundi termasuk menyogok wang untuk membeli undi seperti yang dilakukan pada
PRU-12 2008.
Kalau
BN jujur, parti komponen dalam PR tidak boleh hidup. Disebabkan mereka tidak
jujur sokongan rakyat terhadap parti itu semakin merosot sebaliknya sokongan
kepada PR semakin meningkat seperti yang ditunjukkan pada PRU-12.
Dalam
pemilihan calon untuk pilihan raya umum apakah ciri utama yang saudara mahu ada
pada seorang calon?
Yang
penting seseorang calon itu tidak pentingkan diri sendiri, ada prinsip dan
berpengetahuan luas. Kalau boleh seseorang calon itu fasih berbahasa Melayu,
Mandarin dan Inggeris serta kelebihan jika masih bertutur dalam bahasa Tamil.
Seseorang
calon itu juga mesti bersederhana dalam segala hal, ikhlas dan lebih
mengutamakan kepentingan rakyat.
Dalam
pemilihan calon mesti merangkumi semua peringkat umur iaitu yang muda,
pertengahan dan tua. Kalau muda saja tetapi pengalaman mereka tidak cukup akan
merosakkan parti. yang penting seseorang itu berpengalaman dan pengetahuan luas
serta mem;punhyai prinsip.
Siapa
yang memberi inspirasi atau dorongan kepada Dr Tan dalam bidang politik serta
kepimpinan saudara?
Pada
permulaannya sebaik saja tamat pengajian di Universiti Leeds, England, saya
kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai doktor pakar kulit dengan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM).
Saya
tidak terus sertai DAP (Parti Tindakan Demokratik) sebaliknya diminta membantu
Tan Sri Dr Tan Chee Koon bersama Parti Keadilan Masyarakat Malaysia (Pekemas)
pada 1976. Saya bertanding atas tiket Pekemas pada 1978 bagi pihak Dr Tan
Chee Koon yang ketika itu sedang uzur tetapi tewas.
Pada
1978 saya serta DAP selepas diminta Lim Kit Siang yang ketika itu Pengerusi DAP
Kebangsaan dan dipilih bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Kepong atas
tiket DAP pada 1982 hingga sekarang.
Saya
tidak sertai BN kerana parti pemerintah itu dilihat mengamalkan politik wang
serta berjuang untuk kepentingan diri bukannya mengutamakan kepentingan rakyat.
Saya harap PR tidak jadi macam itu berjuang untuk kepentingan diri bukannya untuk kepentingan rakyat dan tidak berpura-pura.
Mursyidul
AM PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara contoh pemimpin politik yang
ikhlas dan tidak mementingkan diri. Saya sudah lama mengenai Nik Aziz ketika
bersama dalam Parlimen pada 1982.
Apa
cabaran paling utama yang saudara hadapi selama terbabit dalam parti dan
politik?
Bukan
setakat parti komponen dalam PR, bahkan semua parti termasuk BN sendiri paling
teruk hadapi masalah perebutan kuasa. Masalah dalaman adalah cabaran paling
utama dalam politik.
Bagaimanapun
yang pentingnya sistem pilihan raya itu mesti bersih meliputi perbelanjuaan
setiap calon yang bertanding. Setiap calon yang bertanding mesti ikut
undang-undang daripada segi perbelanjaan dan media massa mesti membuat liputan
yang adil kepada semua parti yang bertanding.
Saya
juga menyokong pendapat Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang supaya PR
memberi tumpuan terhadap usaha dan bekerja keras untuk meraih sokongan empat
juga pengundi atas pagar jika untuk memenangi PRU-13 nanti.
Ini
tidak termasuk 1.46 juta kakitangan awam yang tidak semuanya menyokong parti
kerajaan yang memerintah.
Respon
orang ramai terhadap khidmat saudara di dalam kawasan Parlimen Kepong sehingga
mampu bertahan selama tujuh penggal?
Sepanjang
berkhidmat sebagai Ahli Parlimen saya berpegang kepada prinsip tidak
mementingkan diri sebalik berkhidmat untuk kepentingan rakyat.
Saya
tidak banyak menghadapi banyak masalah sepanjang menjadi Ahli Parlimen kerana
penduduk di kawasan itu berpengtahuan dan mempunyai maklumat asalkan kita
ikhlas membela nasib mereka.- Roketkini.com
1 comment:
UMNO dan BN sudah memerintah Terengganu hampir 50 tahun..... Tapi Kenapa Pemuda UMNO, Puteri UMNO, Wanita UMNO dan Pemimpin2 UMNO Terengganu tetap memilih jadi bodoh?
2013 - Tahun Paling Malang Rakyat Terengganu........ Lihat sendiri bukti kalau tak percaya...
~ BUKTI 1 ~
~ BUKTI 2 ~
~ BUKTI 3 ~
~ BUKTI 4 ~
Saya mohon sangat2 agar semua anak2 muda mengundi PR pada PRU ke-13. Mesti undi PAS, PKR dan DAP. Kita mesti ambil serius soal ekonomi dan perpaduan kaum. BN telah meninggalkan banyak hutang di setiap negeri. Ini akan membebankan kita.. Percayalah. Lihat sendiri selangor, bila PR memerintah kurang 5 tahun, hutang berkurang. Bandingkan dengan Terengganu yang diperintah BN sejak 50 tahun dulu... Kat mana hebatnya Pemimpin UMNO yang menafikan kewibawaan Pemimpin Pakatan Rakyat? Mereka pun tahu tapi tetap mahu menafikannya.. sememangnya betul.. ( Buktikan kalau saya bercakap bohong)
Terang2 tak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC terang2 menolak BN.
Pastikan anda memberitahu rakan2, emak ayah dan saudara yang kurang tahu soal ekonomi dan perpaduan kaum.... Walaupun terpaksa berada dlm kem BN dan UMNO, pastikan undi anda tetap kpd PR....
~ (( Budaya Samseng )) - Ahli2 Mahu Lari Dari UMNO ~
Biarkan UMNO bersendirian... Mereka tidak mahu bersatu, kita boleh bersatu sesama kita... Mereka pentingkan perpecahan... Biarkan mereka... Mereka lebih mengutamakan keganasan untuk mengekalkan kuasa... Biarkan mereka..... Mereka hanya mahu jadi samseng... Biarkan mereka samseng selamanya....
Biarkan pemimpin2 UMNO memperbodohkan ahli2 mereka selamanya...
Post a Comment