DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, September 17, 2012

REGIM NAJIB BODOH TIRU DASAR PAKATAN RAKYAT.INI BUKTINYA…..



Semua kena ingat...
kita cuti hari ini disebabkan insan yang bernama Anwar Ibrahim...

Semalam adalah 16 September...
semalam adalah hari ulangahun sambutan Hari Malaysia..
oleh kerana semalam hari ahad,maka automatik hari ini adalah hari cuti umum atau "public holiday"...

Dan semua ini berlaku kerana Anwar Ibrahimlah insan yang mencadangkan supaya pada tarikh 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti umum...

Aku terpaksa mengambil petikan-petikan dari Utusan Malaysia...
ini kerana ahli UMNO tidak mahu menerima fakta selain dari Utusan Malaysia yang selama ini dijadikan syarat asas untuk mereka melalui ritual pembodohan
otak ketika membacanya...


Baca petikan ini...

Anwar yang mencadangkan...
kerana bagi Anwar,beliau tidak mahu rakyat Malaysia menjadi buta sejarah dan menjadi mengsa penipuan sejarah oleh UMNO dan BN...

Maka sejak dari itu...
bermulalah bermacam-macam kritikan terhadap beliau,termasuk dari Pak Lah (PM ketika itu),Najib (TPM ketika itu) dan juga golongan akademik...

Mari kita lihat kenyataan yang agak tegas dari PM UMNO berkenaan cuti pada 16 September...

Ok...
Yang dibawah ni lagi best..
sebab kenyataan ini dikeluarkan oleh Najib... (PM kita sekarang,sehinggalah  PRU 13 diadakan nanti)

Mungkin ketika ini Najib tak tahu yang dia akan meniru idea Anwar ini...
itu sebab dia bercakap macam guna hidung...
sesuka kembang sesuka kuncup...


Tak cukup dengan ahli politik...
ahli akademik yang konon-kononnya akademik le sangat dan tak campur politik le konon-kononnya pun turut bagi komen...
konon-kononnya cuti 16 September ni tak sesuai ler,itu ler, ini ler...
puuiiihhh!!!

oleh kerana Anwar yang mencadangkan supaya hari bersejarah bagi Malaysia ini dijadikan sebagai cuti umum...
maka semua "membantai" Anwar...
semua kritik Anwar...
seolah-olah cadangan Anwar tu satu dosa besar....

Tetapi bila idea yang sama.. (16 September cuti umum)
idea yang pernah dicampak oleh BN termasuklah Najib digunapakai...
dikutip semula...
dan mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum...
semua yang kritik tadi secara tidak segan silu menyatakan sokongan pulak...

Lihat bagaimana Najib akhirnya jilat ludah dia semula...


Aku tak tahu lah...
banyak yang BN dan UMNO kritik cadangan-cadangan dari Pakatan Rakyat...
tetapi banyak jugak yang mereka menirunya tanpa rasa bersalah...

Aku ingat kalaulah Anwar keluarkan kenyataan yang solat maghrib tu 3 raka'at...
(keluar kenyataan bagi sesaja je mengacah UMNO...)
mesti UMNO akan cuba cari jalan untuk tidak bersetuju punya....

Entahlah.... memang dah tiba masanya kita campak puak-puak bongok ni ke Selat Melaka..

Sumber : SINI

Catatan :

Adalah dimaklumkan bahawa UUM dan UM, seluruh tenaga akademiknya, bukan akademik dan pelajarnya tidak bercuti pada hari ini kerana bercuti 16 Sept itu tidak ada kewajarannya, tidak produktif, boleh memecahkan perpaduan dan mana ada negara ini menyambut hari kemerdekaan dua tarikh berbeza.

Syabas UUM dan UM yang kerana tenaga pengajarnya amat cemerlang dari segi bodek membodek ini tidak kira apa benda semuanya 'YES' sekiranya UMNO punya idea. Saya amat takut sekiranya Najib mengatakan 'KUBAH' itu wangi.

No comments: