Written by Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle
Bekas
pesiden MCA, Tan Koon Swan yang merupakan mangsa kepada tindak-tanduk geng-geng
dalam UMNO seharusnya bersorak riang dengan kenyataan daripada bekas
pendakwaraya Singapura bahawa Koon Swan telah dikenakan tuduhan dan dipenjara
secara salah kerana ia melepaskan komuniti itu secara keseluruhan.
“Koon
Swan merupakan pemimpin politik Cina yang paling cepat meningkat naik. Beliau
merupakan lambang harapan dan aspirasi keseluruhan komuniti. Mereka mempercayai
dengan sepenuhnya. Keremajaan dan sifat dynamic beliau telah meletakkan beliau
kelas yang lebih tinggi berbanding pemimpin lain. Inilah sebabnya mengapa
beliau menjadi sasaran pemimpin elit Umno- beliau telah membawa harapan besar
kepada masyarakat Cina,” ujar timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia
Chronicle.
“Seperti
Anwar pada 90-an, Koon Swan pada 80-an adalah lambang reformasi pada semua
sektor- ekonomi, masyarakat dan peluang pendidikan yang samarata. Beliau
merupakan seorang lelaki yang hebat dan untuk ini, beliau telah dijatuhkan oleh
Umno dengan kejam. Koon Swan telah dimatikan secara terbuka dan reputasi beliau
hancur sama sekali. Mengapa? Kerana beliau tidak mengikut garis panduan yang
dicipta Umno dan jelas mereka takut pada kuasa dan pengaruh beliau terhadap
orang Cina.
Rakan kongsi dalam ketamakan
Sememangnya
bagi mereka yang mengikuti perkembangan terkini orang Cina Malaysia yang
menyesali ketidakadilan yang berlaku terhadap Koon Swan, ini bukanlah perkara
baru. Kegusaran melanda seluruh Negara namun pada tahun 80-an, bekas perdana
menteri Mahathir Mohamad yang memerintah secara kuku besi pada ketika itu telah
dengan sesuka hatinya menggunakkan ISA dan Akta Hasutan untuk memenjarakan
musuh politik beliau serta menutup mulut pengkritik.
Teman
beliau yang bersekongkol dengan beliau adalah bekas menteri kewangan Daim
Zainuddin dan juga media arus perdana yang sentiasa menyiarkan cerita-cerita
yang dirasakan Mahathir sebagai paling sesuai untuk merealisasikan pelan
beliau. Mahathir juga tidak membenarkan pemberian lesen kepada organisasi
kepada surat khabar bebas dan sehinggalah adanya internet, akhbar yang bersifat
neutral atau pro-pembangkan hamper tidah wujud di Malaysia.
Koon
Swan telah dilabel sebagai pengkhianat yang bukan sahaja mengkhianati komuniti
beliau tetapi menipu yang miskin di mana koperasi tempat mereka meletakkan
simpanan mereka yang berkaitan MCA telah jatuh.
“Hakikatnya
sentiasa lebih pelik daripada dongeng dan Tuhan sebenarnya Maha Kuasa. Tiada
siapa yang menjangka Glenn Knight akan menyesali dan menulis mengenai kes-kes
lama beliau. Glenn bukan sahaja menulis mengenai Koon Swan tetapi kes-kes besar
lain yang beliau dakwa bagi pihak kerajaan. Mungkin Singapura tidak menyukai
pemimpin muda yang dinamik yang bisa menyayingi Lee Kuan Yew. Singapura telah
bertindak dengan begitu kejam terhadap Koon Swan. Saya berada di Singapura
bersama beliau semasa kami meminta pandangan seorang pakar perundangan
Singapura yang memberitahu kami bahawa Koon Swan mempunyai alasan munasabah
untuk memperjuangkan kes Singapura tetapi akhirnya beliau tidak melakukannya.
“Beliau
tidak tahan dengan tekanan. Kami juga tidak tahu apa lagi ugutan yang beliau
dan keluarga beliau terima sehinggalah beliau memberitahu kami. Tetapi yang
pasti, beliau adalah mangsa dan Umnolah yang memainkan peranan dalam
menjatuhkan beliau. Inilah cerita yang seharusnya diketahui oleh orang Cina
Malaysia dan yang muda-mudi. Rekod Koon Swan dalam insiden Pan-EI dan bagaimana
beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai presiden MCA seharusnya
diperbetulkan. Saya bukannya cuba untuk membuatkan beliau seolah-olah seorang
wira. Beliau memang mempunyai skandal-skandal beliau sendiri tetapi tidak
mengkhianati orang Cina. Untuk sekian lamanya pemenjaraan beliau telah
digunakan sebagai pengajaran tentang bagaimana seorang pemimpin Cina
mengkhianati bangsanya sendiri terutamanya yang miskin. Memang benar bahawa
ramai dalam MCA yang melakukannya tetapi tidak semua. Umno sentiasa mahu
mengingatkan kaum Cina mengenai Koon Swan dan Pan-EI. Jelaslah sekarang bahawa
ini bukan salah beliau. Ini adalah angkara pihak elit Umno, politik dan
ketamakkan. Mereka mahukan wang yang ada dalam MCA dan harta paling bernilai
MCA iaitu Multi-Purpose
Titik hitam komuniti telah dihapuskan
Jui
Meng, bekas timbalan presiden MCA dan Menteri Kesihatan memberi reaksi terhadap
buku kontroversi "Glenn Knight: The Prosecutor". Bekas pendakwaraya
terkemuka itu mengaku bahawa beliau telah melakukan kesilapan mendakwa Koon
Swan semasa kes Pan EI Industries.
Glenn
berkata beliau berasa amat bersalah setelah menyedari kesilapan memenjarakan
Koon Swan. Pengakuan beliau telah menjadi tajuk utama di semua surat khabar
berbahasa Cina di Malaysia.
Koon
Swan telah menghadapi 15 tuduhan penipuan, manipulasi pasaran saham dan CBT
yang membawa kepada kejatuhan Pan EI. Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara
18 bulan dan denda S$500,000 (RM1.2 juta) setelah disabitkan dengan
kesalahan-kesalahan itu.
Walaupun
beliau telah meletak jawatan sebagai Presiden MCA dan dipenjarakan di
Singapura, pihak berkuasa Malaysia masih tidak berpuas hati. Beliau
dipenjarakan sekali lagi setelah kembali ke Malaysia dan juga diisytiharkan
sebagai muflis.
"Ia
merupakan sesuatu yang amat memalukan untuk mana-mana lelaki tetapi Koon Swan
mengharunginya dengan keberanian dan maruah. Beliau 10 tahun lebih awal tetapi
kita harap beliau akan bercakap secara terbuka sekarang. Pada 1998, Anwar
mempunyai kedudukan yang lebih baik untuk melawan Mahathir dan Daim. Tetapib
tengok sahaja bagaimana beliau telah menderita. Saya sangat kagum dengan
Anwar," ujar Jui Meng.
“Mungkin
sekarang barulah rakyat Malaysia faham bahawa kita perlukan keberanian yang
tinggi untuk menentang kezaliman dalam sistem politik kita. Apabila bercakap
mengenai perjuangan menentang kezaliman, saya rasa mungkin ada yang akan
mengatakan bahawa saya ini sudah keterlaluan. Tetapi percayalah, perjuangan
belum selesai. Rakyat haruslah menolak kezaliman Umno-BN. Pilihlah yang terbaik
untuk diri dan negara.
Mempermudahkan jalan untuk menjual aset dengan murah?
Jui
Meng membidas kekejaman pentadbiran Mahathir apabila mereka sekali lagi
menghukum Koon Swan. Beliau percaya bahawa ia bukan sahaja untuk memastikan
bekas presiden MCA itu tidak lagi kembali ke arena politik tetapi juga supaya
memudahkan pengambil-alihan aset syarikat dan harta MCA.
“Multi-Purpose
merupakan sebuah syarikat yang besar dan boleh memberi kesan kepada pasaran
Asia Tenggara. Ia memiliki French Bank, Bandaraya dan ladang serta estet yang
luas. Ia juga mempunyai kepentingan dalam perkapalan. Namun begitu, Ling Liong
Sik yang mengambil-alih sebagai presiden terpaksa menjualnya untuk RM500 juta
sahaja. Ia sepatutnya bernilai lebih beberapa kali ganda daripada itu.
“Jadi
siapakah dalang disebalik pembelian tersebut? Ramai yang mendakwa ia adalah
Daim kerana dia adalah orang kanan Mahathir pada ketika itu. Pada zaman itu,
khabar mengenai siapa yang akan mendapat manfaat besar daripada kejatuhan Koon
Swan disebarkan menerusi akhbar bahasa Melayu dan sepatutnya masyarakat Melayu
lah yang akan mendapat keuntungan itu. Namun ia sebenarnya hanya menguntungkan
golongan elit Umno. Ketamakan mereka semakin menjadi-jadi sehingga Daim sendiri
dituduh mencuri aset Umno untuk dirinya sendiri. Ini adalah kes klasik mengenai
bagaimana Umno elit mendominasi ekonomi negara.
Takut dan patah semangat
Koon
Swan sekarang berusia 72 tahun. Beliau memulakan kerjaya politik beliau dengan
memenangi kerusi Parlimen di Raub, Pahang. Tahun seterusnya, beliau telah
dilantik dalam jawatankuasa induk parti menjadi pengerusi perhubungan MCA
Wilayah Persekutuan. Pada tahun 1982, beliau menang besar untuk kerusi Parlimen
Damansara dengan mengalahkan pembangkang di kubu kuat mereka.
Pada
tahun 1984, beliau dilantik sebagai timbalan presiden MCA. Walaubagaimanapun,
beliau telah dipecat tidak lama kemudian bersama 13 lagi ahli yang lain kerana
memaksa parti menyiasat rekod ahli yang tidak wujud. Ini merupakan satu isu
yang telah mencetuskan suatu kebangkitan dan krisis dalam MCA. Koon Swan dan 13
ahli yang dipecat itu telah dilantik semula 2 bulan selepas itu dengan sokongan
1600 ahli MCA dalam satu mesyuarat luar biasa.
Pada
bulan November 1985, Koon Swan telah dilantik presiden MCA, memenangi 76.9%
undi yang merupakan majoriti terbesar dalam sejarah parti juga orang pertama
yang mencabar kepimpinan tertinggi sejak 1954.
Koon
Swan pada ketika itu sememangnya berada pada peringkat tertinggi populariti
beliau dan merupakan lambang kepimpinan baru bagi orang Cina- bijak, pintar dan
berjiwa rakyat. Komuniti cina sememangnya berasa amat bangga terhadap kuasa
ekonomi yang dijana oleh MCA menerusi pemimpin berbakat seperti Koon Swan yang
bijak menggunakan peluang di luar negara dan hubungan baik dengan ahli
perniagaan di Hong Kong dan China.
Dianggap
sebagai cerdik kewangan, Koon Swan memulakan Koperasi Pengambilan –deposit
(DTC) yang boleh menggandakan capital untuk orang Cina menerusi pelaburan.
Malangnya dengan kejatuhn ekonomi pada tahun 1985-86 yang berlaku kerana
kejatuhan harga minyak dan kelapa sawit juga disebabkan masalah Koon Swan
sendiri serta kegagalan pengurusan dana DTC mencetuskan skandal dengan Bank
Negara-telah mengakibatkan pembekuan aset DTC. Kehilangan yang dialami dianggarkan
3.6 juta dan pendeposit dikatakan hanya dapat mendapat kembali 62% deposit
mereka.
Kes
Pan-EI dan keputusannya bukan sahaja telah merubah nasib beliau dab MCA tetapi
telah memberi impak kepada komuniti Cina Malaysia. Mereka telah hilang semangat
dan takut kerana itu. Ramai yang menyalahkan beliau dan isteri kedua beliau
Penny Chang kerana kejatuhan DTC dan ekonomi yang hanya mengembang sebanyak
1.2% pada 1985.
Dimaafkan
Kejatuhan
Pan-EI mengakibatkan pasaran saham Singapura dan Malaysia berhenti didagangkan
untuk 3 hari. Kes berprofil tinggi Pan EI telah juga memberikan Glenn Knight
suatu anugerah iaitu Pingat Emas dalam Pengurusan Pentadbiran.
Dalam
buku beliau, Glenn yang berusia 63 tahun itu telah menceritakan tentang banyak
kes berprofil tinggi yang beliau tangani. Beliau berkata pada tahun 1996, satu
kes yang sama dengan Koon Swan telah berlaku dan hakim Yong Pung How telah
membuat kesimpulan bahawa ‘saya telah silap kerana menjatuhkan hukuan terhadap
Tan untuk kesalahan yang beliau lakukan.”
“Ia
sesuatu yang sangat menyakitkan untuk saya apabila mendapat tahu bahawa
mahkamah Singapura telah melakukan kesilapan. Ia sebuah kes yang sangat
signifikan dan telah membawa kepada penguatkuasaan regulasi kepada pasaran
saham Singapura. Kerana Koon Swan adalah pemimpin MCA, saya meletakkan dalam
kertas mengenai pembabitan beliau dalam saga Pan –EI dan membiarkan ketua-ketua
saya untuk memutuskan nasib beliau kerana beliau berada diluar Singapura dan
berada di Malaysia pada ketika itu. Akhirnya, kerajaan memutuskan bahawa CAD
boleh mendakwa Koon Swan,” tulis Glenn.
“Pada
pandangan hakim Yong, seksyen di mana saya telah mendakwa Koon Swan adalah
salah dan kita tidak boleh mendakwa seseorang mencuri daripada sesebuah
syarikat kerana beliau adalah pengarah kerana ia tidak melanggar undan-undang.
Ketua hakim Yong membuat kesimpulan bahawa adalah satu kesilapan untuk mendakwa
seseorang mencuri sekiranya dakwaan itu adalah salah dari mula. Keputusan itu
telah meruntuhkan kepercayaan saya kepada sistem perundangan kita. Di United
Kingdom, keputusan yang begitu besar seperti itu boleh melepaskan Koon Swan
daripada kesalahan beliau tetapi ia tidak dibenarkan oleh sistem kita dan
secara teknikalnya, Koon Swan boleh diberikan maaf.
Glenn
juga memberitahu bagaimana beliau telah memohon maaf kepada koon Swan pada
2010. Beliau memberitahu Koon Swan sangat emosi apabila mendengar itu.
Pada
tahun 1991, Glenn sendiri telah disabitkan dengan CBT dan dipenjarakan di
Singapura. Beliau digantung daripada mempraktiskan undang-undang tetapi pada
tahun 1994, penggantungan beliau ditarik balik dalam Law Society of Singapore
2007.
Koon
Swan pula yang sedang berada di luar negara berkata beliau enggan memberi komen
sehingga beliau membaca buku Glenn.
Sumber
: Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment