Friday, August 31, 2012

PEMBELA MAHATHIR JUGA JAHIL


Oleh : Mohd Sayuti Omar

Wah Setiuasaha Agung Umno yang mengubah namanya dari Teuku Adnan menjadi Tengku Adnan Tengku Mansor bangkit membela Mahathir Mohamad dengan menuduh orang Pas memanipulasikan kata-kata Mahathir yang kurang menyenangkan mengenai kata-kata yang boleh merosakkan akidah dengan menyebut malaikat juga kadang kala ada melakukan kesalahan. Nauzubilahiminazalik.

ANWAR JELAJAH MALAYSIA-JELAJAH MERDEKA

INI LAGI UMNO SAKIT. JELAJAH DSAI SELURUH NEGARA UNTUK MEMERDEKAKAN RAKYAT.UMNO HANYA MENANTI AJAL SAJA LAGI NI!

POS LAJU GUNA LOGO PR

MAMPUIH HANG UMNO. SEMUA ORANG DAH TAK SUKA KAT HANG.HANG BUAT MACAM MANA PUN RAKYAT TAK PEDULI!

HUDUD: JANGAN MEMBENARKAN YANG SALAH DAN MENYALAHKAN YANG BENAR


Oleh : Aspan Alias
 
Saya tidak pernah menulis tentang isu hudud sebelum ini kerana saya bukan seorang yang berkelayakan untuk bercakap dan berbahas tentang isu itu. Mungkin saya seorang yang begitu jahil kerana saya lihat semuanya bercakap tentang hudud dan apabila mereka bercakap dan berbahas tentang isu itu tentulah mereka ini sudah mahir dan memahami isu hudud ini dengan tepat termasuk mereka yang berada di dalam kerajaan sekarang.

NAJIB SOROK BAKAL MENANTU YANG DIBURU PIHAK BERKUASA ANTARABANGSA,.DI MALAYSIA


Kelibat bakal menantu Najib Razak iaitu Daniyar Nazarbayev bersama tunangnya, Nooryana Najwa dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri di Pekan Pahang, Ahad lalu tersebar di internet dan memeranjatkan banyak pihak.

Kemunculannya itu menimbulkan tanda tanya adakah beliau sebenarnya bersembunyi di Malaysia atau diseludup masuk oleh bakal mentuanya itu.

Ia kerana Daniyar sedang diburu pihak berkuasa antarabangsa.

BERATUS RIBU ORANG HADIR DI DATARAN MERDEKA -JANJI BERSIH



KUALA LUMPUR: Penyokong-penyokong Himpunan Janji Demokrasi sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 esok mula membanjiri lokasi perhimpunan itu - di kawasan berhampiran Dataran Merdeka, dengan mengenakan kemeja-T dan lain-lain lambang berwarna kuning dan tertulis "bersih".

TERBITAN SEMULA : UMNO BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN SEBENAR


Esuk 31 Ogos, hari kemerdekaan yang ke-54 (tahun 2011 dan 2012 yang ke-55). Tahun ini sambutan hari kemerdekaan ditangguhkan sempena sambutan hari raya aidil fitri dan di bawa ke tarikh 16 September disambut serentak dengan hari Malaysia. Sambutan hari kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun tidak membawa apa-apa makna terhadap kehidupan rakyat jelata yang ditekan dengan kenaikan kos belanja hidup yang terus melambung. Rakyat bertambah miskin dalam Negara yang PM dan isterinya (dan bajing-bajingan disekelilingnya) bermewah-mewahan berbelanja menggunakan harta rakyat (sampai menghadiri konvokesyen anak dan merisik menantu pun menggunakan duit rakyat (serampang dua mata-sambil menyelam minum air) tanpa memperdulikan keperitan kehidupan rakyat.

SEKARANG MASA UNTUK KEMBALI TUNTUT KEMERDEKAAN- ANWAR IBRAHIM

BENTONG 31 Ogos: Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat pejuang kemerdekaan adalah untuk memberikan kebebasan kepada rakyat sepertimana terkandung dalam perisyhtiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.

“Sebab itu disebut oleh Almarhum Dr Burhanuddin Al Helmy – ‘Di bawah robohan Melaka, kita dirikan jiwa merdeka. Tapi, sampai hari ini rakyat seperti tidak merdeka.

Tuesday, August 28, 2012

BERITA BAIK DARI KHALID SAMAD

Ada Berita Baik!! Dari YB Khalid Samad
Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam

Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!

PEMIMPIN KANAN PKR PAHANG DITAHAN KERANA SUMBANG MAHRAM

Boleh dikatakan hampir seluruh Blogger-blogger Pro UMNO memainkan isu kes sumbang mahram yang melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan anaknya ditahan Polis.

Berbagai-bagai tajuk mereka keluarkan, walaupun apa tajuknya tujuannya hanya satu iaitu memburukkan Pakatan Rakyat terutama sekali PKR.

Monday, August 27, 2012

MAHATHIR RAMPAS KUASA NAJIB?

Oleh : Mohd Sayuti Omar

Sementara Ha Najib Razak terus menelan panadol kerana skait kepala disebabkan beberapa perkembangan terakhir di dalam negara dan juga suasan dalam BN tidak menentu terutamanya di Sabah dan Sarawak, maka tugas untuk melutu Anwar Ibrahim diambil alih sepenuhnya oleh Mahathir Mohamad. Ternyata Najib bukan saingan hebat untuk berdekat dengan Anwar. Keengganan untuk berdebat atas apa jua isu meletakan Najib berada di hujung kaki Anwar.

ISU AIR: SERANG PAKATAN TETAPI NEGERI BN YANG KERING

Najib, bila nak buat empangan di Pahang

Sebelum ni "tukanglawan" pernah dedahkan satu artikel berkenaan bekalan air tak ade di pahang, ye la dok sibuk pasal air di selangor sampaikan BN terlupa pasal masalah air di pahang,, jom baca kat sini.

MALAYSIA DIMALUKAN LAGI: GUARDIAN PECAT PENULIS UPAHAN KERAJAAN NAJIB


Kerajaan Malaysia upah penulis pro Israel untuk serang Anwar

Akhbar British, The Guardian mendedahkan bahawa pihaknya baru-baru ini mengetahui Joshua Trevino, kolumnis konservatif Amerika Syarikat (AS) adalah perunding upahan bagi agensi yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan Malaysia.

Saturday, August 25, 2012

NASHARUDDIN PERLU DILUCUTKAN KEANGGOTAAANNYA SEBAGAI AHLI MAJLIS SYURA

PAS serah Majlis Syura bincang isu Nasharudin

KUALA LUMPUR: PAS menyerahkan kepada Majlis Syura parti itu untuk membincangkan isu membabitkan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Friday, August 24, 2012

PARLIMEN AKAN DI BUBARKAN?


Ada maklumat dari sumber yang boleh dipercayai, parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat. Arahan telah dikeluarkan kepada menteri kabinet, khususnya Komponen BN agar siap sedia. Perisik BN dari SB, Military dan survey yang dibuat ini masa yang sesuai. Laporan telah dihantar kepada Majlis Keselamatan Negara.

Thursday, August 23, 2012

KANTOI : UMI HAFILDA COLEK MAK TOM


KETIKA umat Islam sedang meraikan hari kemenangan, ada seorang manusia tergamak mengheret ibunya sendiri ke kancah politik untuk mengaibkan abangnya sendiri.

Umi Hafilda, mencolek ibunya Mak Tom untuk beraya ke Melaka di salah sebuah resort, kemudian memanggil wartawan TV3 untuk menyiarkan kisah sedih Hari Raya mereka di perantauan.

Wednesday, August 22, 2012

KALAU BN ADALAH PARTI SYAITAN, MAKA UMNO MESTILAH IBLIS



Dalam kumpulan syaitan, penghulu nya ialah Iblis. Maka jika Dr Mahathir kata BN adalah syaitan, maka Umno sebagai ketua , mestilah Iblis. Bukan saya yang kata, Dr Mahathir, bekas Presiden Umno yang kata. Oleh kerana ia datang dari Dr Mahathir, maka ianya mestilah suatu kebenaran. Umno ialah parti Iblis.

MAHATHIR KINI BETUL-BETUL DAH GILA DAN NYANYUK


WAHAI TDM, IBLIS DAN SYAITAN ITU ADALAH MUSUH KITA YANG NYATA
Oleh : Aspan Alias

“It’s better to work with the devils you know than with the angels you don’t know” kata Dr Mahathir di dalam usaha beliau mempertahankan BN. Dengan kenyataan bekas Perdana Menteri ini mengakui yang UMNO itu adalah syaitan (devil) dan rakyat mesti memihak kepada syaitan kerana kita semua sudah mengenali syaitan itu. Beliau juga sekali gus beranggapan yang PR itu adalah malaikat (angel) tetapi meminta kita supaya menolaknya kerana kita tidak mengenali malaikat itu.

Mengambil seruan beliau itu secara ‘literal’ Mahathir hanya mengenali syaitan sahaja dan beliau tidak mengenali malaikat dan meminta kita menyokong hanya yang kita kenali, walaupun kita tahu dan mengenali syaitan itu. Oleh kerana kita mengenali syaitan (BN) maka kita diminta oleh beliau untuk menyokong syaitan itu.

Sebagai seorang yang beragama suci ini kita tahu dari kecil lagi yang syaitan dan iblis itu telah berjanji kepada Allah swt untuk menyesatkan manusia dan iblis tidak patuh kepada perintah Tuhan untuk tunduk kepada Adam. Maka dalam perjuangan hidup manusia, perjuangan yang sebesar-besarnya ialah untuk melawan diri sendiri atau dalam kata lain untuk melawan nafsu amarah kita terus-terusan sehingga akhir kalam kita.

Selepas sahaja Islam memenangi perang khandak yang sangat sengit dahulu dimana Islam hampir tewas pada mulanya, Saidina Ali karamallah huwajhah telah bertanya kepada Rasulullah apa kah peperangan yang lebih hebat dari perang khandak ini. Rasulullah telah menjawab yang peperangan yang paling hebat dan sengit ialah peperangan melawan nafsu sendiri.

MAHATHIR ANGGAP UMNO SYAITAN, DOA FADZIL NOOR SEDANG DIMAKBULKAN


Oleh : Shahbudin Husin


Mengikuti perjalanan politik Tun Mahathir sejak bersara pada 2003, sukar untuk kita melupakan kaitannya dengan doa bekas Presiden Pas, Fadzil Noor yang pernah mendoakan agar bekas PM itu dipanjangkan umur untuk menyaksikan sendiri kerosakan kepada UMNO dan negara kesan daripada cara pentadbirannya selama 22 tahun yang dianggap keras, tidak demokratik dan kadang-kadang tiada perikemanusiaan.

Sejak melepaskan jawatannya kepada Pak Lah, beliau hanya menikmati masa rehat seketika saja. Selepas itu, kerana 'panas hati' dengan pembebasan Anwar oleh Pak Lah dan gelagat apa yang selalu disebutnya 'budak-budak tingkat 4' yang diketuai oleh KJ, Mahathir kembali menyingsing lengan turun ke gelanggang politik.

Beliau memusuhinya pengganti yang dipilihnya sendiri. Kemudian beliau juga bertindak keluar daripada UMNO dan hanya kembali menyertai UMNO sebaik Najib menjadi PM.

KENYATAAN ‘GOYAH DAN GILA ’ TUN MAHATHIR BUKTI PERUBAHAN KERAJAAN PUSAT AKAN BERLAKU PRU-13


Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia
23 Ogos 2012

Kenyataan ‘Goyah’ Tun Mahathir Bukti Perubahan Kerajaan Pusat Akan Berlaku PRU-13

Merujuk kepada kenyataan Tun Mahathir yang bersifat kecut dalam blognya dan beberapa portal kononnya peralihan kuasa kerajaan pusat adalah sebesar-besar bahaya membuktikan mantan Perdana Menteri 22 tahun itu akur dan mengakui trend sokongan rakyat pada PRU-13 akan menyebabkan Umno/Bn tumbang menyembah bumi.

LAGI TANAH MELAYU DIJUAL AKAN DIDEDAH


Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman berikrar akan mendedahkan lebih banyak kes melibatkan tanah di kampung Melayu yang dijual kepada pemaju swasta yang didakwanya dilakukan oleh pemimpin Umno.

PUTRAJAYA ITU BUKANNYA HAK MILIK KEKAL, IA TOL SAHAJA


Oleh : Aspan Alias

Sudah empat hari Ramadhan berlalu dan semua umat Islam merayakan kejayaan sebulan berpuasa dengan sambutan hari raya. Semua pemimpin dan rakyat yang bercakap melalui corong-corong radio dan TV serta media cetak memperkatakan kejayaan melawan nafsu dan belajar dengan sungguhnya untuk tidak mengikuti kehendak nafsu kita. Setiap tahun menjelangnya Syawal semua bercakap perkara yang sama dan sesungguhnya itu semuanya adalah seruan yang benar.

Tuesday, August 21, 2012

BERPISAH DGN BN, MUNCUL PR & KEMUNGKINAN BARU: PEMIKIRAN M’SIA BAKAL BERUBAH


Written by  Christopher Fernandez, Stan Lee, Malaysia Chronicle

Dalam bidang politik, setiap ahli politik yang bijak tahu bahawa dia tidak akan mempunyai kawan sejati mahupun musuh yang kekal, dalam arena politik yang pasti adalah perubahan dan ini boleh disaksikan hampir saban hari dalam politik di Malaysia.

Apa pun boleh terjadi dalam satu hari atau setelah satu tempoh masa dalam politik. Kita menyaksikan bagaimana selepas 55 tahun sejak pembentukan negara pelbagai perubahan yang telah berlaku terutamanya sejak sedekad yang lalu setelah berakhirnya rejim Mahathir.

Monday, August 20, 2012

PEMUDA UMNO BERLAKON?


Setiausaha kerja Pemuda BN Ibdilillah Ishak telah membuat laporan polis di balai polis Tun HS Lee bagi pihak Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berhubung satu posting yang didakwa berunsur 'hasutan' di laman Facebook palsu Pemuda UMNO.

ANGAN-ANGAN DR MAHATHIR ITU IBARAT 'PUNGGUK RINDUKAN BULAN'


Oleh : Aspan Alias

Dr Mahathir Mohammad dalam kenyataan terakhir beliau meminta supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bercantum dengan UMNO untuk melaksanakan hukum hudud bersama-sama. Pandangan terakhir Mahathir yang sentiasa berubah mengikut keadaan itu, merupakan satu pandangan yang sangat susah bagi sesiapa yang berfikiran tenang dan baik untuk mempercayainya. 

UMNO PEJUANG ISLAM TULIN


Dah berapa kali gua kabarkan beb...
Umno itu pejuang Islam tulen...
Ianya sungguh suci bak kata Abdullah Samaah... eh eh... sekali sebut dah macam Samiri pula gua rasa dia tu beb....

MILIK SIAPA KERETA INI


Benarkah kereta ini milik isteri PM untuk kegunaannya di UK. Kalau betulpun apa yang nak dihairankan... sememangnya beliau mampu, maklumlah banyak duit tabungannya....

MENJELANG RAYA: SEDIH DAN SENTIMENTAL ANWAR DI PENJARA


SHAH ALAM, 20 OGOS: Meskipun beliau dianggap sebagai ‘fighter’ dalam arena politik negara dan antarabangsa, kehilangan ibu tercinta tatkala berada di dalam penjara adalah sesuatu yang amat menyentuhi perasaannya.

Sunday, August 19, 2012

AWAS GERAKAN PROPAGANDA UMNO


 AWAS : 
TAKTIK UMNO UNTUK MENAKUTKAN RAKYAT UNTUK MENGUNDI PR.SELEPAS INI LEBIH BANYAK LAGI FITNAH-FITNAH SEPERTI INI AKAN MUNCUL.

Pada tahun 1990 UMNO telah menggunakan gambar Ku Li pakai tengkolok ada lambang salib dalam satu majlis anjuran PBS ( Parti Bersatu Sabah ) yang diketuai Pairin Kittingan.

Tahun tersebut PBS telah mengistiharkan keluar dari BN dan mau menyertai Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ),  gabungan Semangat 46, PAS dan DAP yang diketuai Ku Li sendiri.

APA PULA FATWA ABDULLAH SAAMAH?


MCA S'GOR: PILIH KAMI, KAMI AKAN HALANG JADI NEGARA ISLAM

Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini

Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.

Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud.


Sumber : Malaysiakini

BILA PUN TARIKH PILIHANRAYA, UMNO TETAP GHRUYUP!



Najib kini dijangka melambatkan lagi tarikh pilihanraya umum. Sebelum ini ramai yang menjangka ia akan diadakan sebelum Oktober ini kerana selepas itu akan bermula musim haji, diikuti musim peperiksaan, cuti hujung tahun dan kemungkinan banjir di beberapa negeri yang tentunya menyulitkan untuk diadakan pilihanraya.

'TANDA PUTRA' ITU 'TANDA UMNO TERDESAK'


Oleh : Aspan Alias

‘Tanda Putra’ merupakan filem yang dipergunakan oleh BN lebih-lebih lagi UMNO untuk ‘discredit’ Lim Kit Siang dan ini merupakan tindakan ‘desperate’ pihak BN dalam menunggu pilihanraya yang paling mencabar dalam sejarah negara ini. Isu perkauman dan agama diperbesarkan oleh pihak UMNO kerana itu sahaja yang mereka rasakan boleh menyekat peningkatan pengaruh DAP dalam kancah politik tanahair. DAP sudah diterima oleh sebahagian orang Melayu sebagai parti yang mampu membawa kebaikan kepada negara bersama-sama dengan PAS dan PKR.

Saturday, August 18, 2012

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN


Assalamualaikum w.t.b kepada semua muslimin dan muslimat..

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, taqabbalullah minna waminka kepada semua. Jika ada salah dan silap dalam kita bersaudara dan berhubung hatta ketika merawat sekalipun, saya menyusun sepuluh jari dari hati sanubari ini memohon ribuan kemaafan.

Semoga amalan kita semua diterima Allah S.W.T dan diberi lagi oleh Allah S.W.T peluang untuk kita bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Teruskan dengan solat tahajjud, perbanyakkan solat sunat dan kekalkanlah mengaji dan bertaddarus Al-Quran serta berzikir. Jangan tinggalkan amalan-amalan ini sekiranya kita mahu mendapat kerahmatan, keampunan dan keselamatan dari Allah S.W.T. Ianya juga adalah benteng ampuh bagi setiap umat islam. Mari kita sama-sama mengekalkan amal ibadat ini di bulan-bulan lain, jangan kita jadi golongan Ramadhaniyyah, tapi jadilah golongan Rabbaniyyah.

Dimusim perayaan ini, berhati-hatilah di jalan raya. Memandu dan menunganglah dengan berkhemah. Jangan terlalu berseronok dan lupa sebahagian mereka yang dalam kesedihan dan kesusahan. Bantulah mereka yang memerlukan.

Sekian, Wassalam..

MAHATHIR SUDAH NYANYUK @ SUDAH GILA?


Baca Harakahdaily hari ini terkejut beruk saya apabila Mahathir mencadangkan UMNO dan PAS bersatu untuk melaksanakan hudud. Tentulah saya terdetik di hati saya bahawa orang tua ini sudah gila dan nyanyuk. Biasanya orang buang tabiat ini tidak lama.

Sebelum ini Mahathir terlalu benci kepada hukum Allah ini dan juga hina Hadis Soheh Bukhari (Baca SINI). Kini Rakaman Video di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 26 Februari 2012 membuktikan beliau sanggup hina hukum Allah dengan mengatakan hukum hudud tidak adil atas dasar negara kita berbilang kaum. Adakah dizaman Rasulullah dahulu semasa hudud dilaksanakan semua masyarakat dibawah pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W itu Islam?

Antara isi ucapan beliau ialah ?

Hukum hudud ini ciptaan ahli Fekah
Hukum hudud ini tidak dapat dalam Al Quran
Hukum hudud ini tidak adil kerana orang islam dikenakan hudud, bukan islam tidak kena hudud.
Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dimalaysia kerana kita berbilang kaum

Saya bersetuju dengan pandangan Idris Ahmad AJK PAS Pusat rakyat masih segar surat amaran dan ugutan kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh beliau ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.

Kasihan pada Mahathir, umur semakin lanjut, ingatan dia sekarang, kelihatan sekejab lupa, sekejab ingat, mungkin beliau masih perasan yang dia masih lagi pegang jawatan PM yang berkuasa penuh boleh buat itu-ini ikut suka hati.

Hakikat sebenarnya Mahathir amat takut sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU ke-13, pastinya musuh ketatnya Anwar Ibrahim akan menjadi PM Malaysia ke-7. Maka, di kala itu nasibnya belum tentu sama ada kekal di istananya sekarang atau terhumban dan merengkok dalam penjara seperti Presiden Mesir Husni Mubarak.

Banyak skandal dan jenayah yang berlaku di waktu beliau berkuasa 22 tahun yang tidak mampu sesiapa pun untuk membongkarkannya selagi UMNO memerintah Negara ini. Kes-kes skandal kewangan dan kezaliman yang lakukan akan terbongkar sekiranya PR menakluki Putra Jaya.Insya Allah.

ABBY ABADI TERASA HATI BILA DITEGUR USTAZ AZHAR IDRUS?


Pada hujung minggu lalu telah berlangsungnya sebuah program agama yang melibatkan Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai penel utama. Turut hadir dalam majlis itu adalah Abby Abadi, Faizal Tahir dan Man Raja Lawak. Pasti ramai yang mengetahui setiap ceramah UAI pasti menarik ribuan penonton apabila UAI seringkali menyelitkan unsur jenaka sewaktu dakwah.Tapi kali ini lain pula jadinya apabila Abby Abadi seolah-olah malu apabila UAI menjawab persoalan yang diberikan oleh Abby sendiri.

Abby bertanya kepada UAI berkenaan isu artis yang berhijrah dan mula memperkatakan isu agama.

HUDUD UMNO SUDAH MATI


Oleh: Pak Subky Latif


Percubaan Adun Umno Johor menyarankan supaya kerajaan BN Johor melaksakan hudud mendapat sambutan panas sekejap dan cadangan Ulama Muda Umno supaya Umno ada sayap ulama juga panas sekejap.

Panas sekejap dalam peribahasa Melayu ialah panas-panas tahi ayam.
Sekarang hudud anjuran ahli Umno sudah mati dan seruan mengadakan Majlis  Ulama atau seumpanya buat UMNO juga sudah mati.

Semuanya tenggelam dalam polemik hudud yang dicadangkan oleh PAS yang diloyar-burukkan oleh Umno sebagai hudud PAS dan hudud PAS adalah hudud palsu. Para pemimpin menolak dan tidak memberi laluan kepada enakmen berkaitan hudud yang diluluskan di Kelantan  dan Terengganu kerana loyar buruknya mengira ia hudud palsu.

KAH...KAH...KAH PENGASAS PERTUBUHAN WARISAN KETUANAN MELAYU PEMBUNUH


Datuk Seri yang dicari polis inilah yang menggesa agar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur daripada arena politik memandangkan beliau sudah terlalu tua untuk terus berpolitik.

Polis cari 'Datuk Seri' bantu siasatan kes bunuh di The Mines
16 Ogos 2012 

Polis sedang mencari seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dan anak lelakinya bagi membantu siasatan kes seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah tapak perniagaan di kawasan Downtown, The Mines, Seri Kembangan awal pagi Isnin lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata ahli perniagaan itu ialah Jaafar Shaari, 50, alamat terakhir di No 3, Jalan P11 K/12, Presint 11, Putrajaya dan anaknya Ahmad Jiwari @ Wari, 23, alamat terakhir di Lot 141, Kampung Pedas Hilir, Jalan Kundur, Pedas, Negeri Sembilan.