Written by Wong Choon Mei,
Nawawi Mohamad, Malaysia Chronicle
Ia
tidak masuk akal jikadikatakan bahawa Razak Baginda adalah dalang di sebalik
pembelianRM7.3 bilion dua kapal selam Scorpene dari Perancis oleh Malaysia?Ia
memang pembelian yang tidak sesuai kerana pantai cetek Negara bersifat cetek,
dan lebih buruk lagi, adalah berikutan skandal komisen haram yang berakhir
dengan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibu, membayangi
Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walaupun
musuh ketat Baginda tidak boleh membayangkan dia mempunyai keberanian atau
keupayaan untuk meyakinkan Najib, yang pada ketika itu adalah Menteri
Pertahanan yang bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dengan mengambil
bahagian dalam apa yang pada dasarnya merupakan penipuan secara besar-besaran.
Kecualilah
Najib sendiri mahu dipujuk atau mungkin juga mencadangkan satu skim bagi
Baginda untuk selidiki dan laksanakan!
Bagaimana
pula dengan Altantuya?Baginda boleh dipujuk Najib untukmeminjam dua pengawal
peribadi untuk membunuh si cantik pemeras ugut itu, dan kemudian mengebom
tubuhnya dengan bahan letupan C4 agar pengenalan tidak boleh dilakukan?Siapa
yang tahu cerita sebenar,mungkin hanya pembunuh Altantuya sahaja yang
tahu.Masalahnya ialah mereka tidak mahu bercakap.Atau mungkin mereka tidak
bersedia untuk meniup wisel itu lagi.
Lelaki lembut
Satu
perkara yang pasti.Kedua-dua Najib dan Baginda adalah lelaki 'lembut' - hidup
untuk hidup mengejar keseronokan mereka sendiri dengan agenda mementingkan diri
sendiri. Bolehkah lelaki 'lembut'menjadi kejam apabila hidup mereka terancam?
Sekali lagi, sukar untuk dikatakan.
Walaupun
demikian, pada tahun 1970-an, apabila Najib mengambil alih sebagai Ahli
Parlimen Pekan selepas kematian bapanya, tiadaseorang pun rakyat Malaysia
pernah berfikir yang lelaki muda tinggi lampai dan malu ini mampu mengarahkan
polis untuk menganiaya penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam Bersih
baru-baru ini. Atau adakah sesiapa pernah terfikir dia akan mampu membuat
ucapan, berikrar untuk memandikan 'keris' dengan darah Cina sebelum Ops Lalang
dijalankan oleh Mahathir Mohamad ke atas pembangkang dan pemimpin pembangkang?
Namun,siapakah
Razak Baginda kepada Najib, kuatkah pengaruhnya? Sebenarnya, Baginda tidak
berpengaruh langsungdan tidak mempunyai sebarang pertaliandengan Najib atau
pemimpin tertinggi UMNO. Diabukan juga seorang ahli perniagaan besar mahupun
boss penjenayah.Kedua-dua lelaki ini tidak kaitan mahupun pernah menjadi
rakansekolej atau teman sekolah.
Malah,
Baginda dan Najib tidak pernah berjumpa sehingga Najib menjadi Menteri
Pertahanan pada tahun 1991 dan Baginda menyertai Maktab Pertahanan Angkatan
Tentera Malaysia sebagai pensyarah, di mana dia akhirnya menjadi ketua bahagian
pengajian strategik. Apabila Najib meninggalkan Kementerian Pertahanan pada
tahun 1995 untuk Kementerian Pelajaran, hubungan mereka menjadi rapat.Baginda
menjadi orang kepercayaan Najib, manakala isterinya Mazalinda dan isteri Najib,
Rosmah juga menjadi rapat.
Tetapi
jangantersilap.Baginda boleh hidup tanpa Najib, walaupun dia menikmati hidup
sebagai teman rapat dengan tokoh politik yang terkenal itu.Najib yangsebenarnya
diperlukan persahabatan ini.Yang pasti, Najib mahu memanfaatkan kepandaian
Baginda. Baginda bukan hanya pakar strategi pertahanan, dia kemudian juga
mengetuai cerdik pandai - Institut Penyelidikan Strategik Malaysia, yang secara
amnya diketahui dibiayai oleh Najib dan direka untuk menaikkan kerjaya politiknya.
Pemimpin UMNO wajib memiliki banyak wang untuk kekal berkuasa
Selepas
kehilangan jawatan timbalan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim, suasana
politik tiba-tiba berubah pada lewat tahun 90an apabila bekas Perdana Menteri,
Mahathir Mohamad memutuskan untuk memecat Anwar daripada UMNO dan ini membuka
ruang kepada Najib.
Untuk
membalas jasa kepada Najib kerana sokongannya dalam tempoh huru-hara pemecatan
Anwar, yang kini telah menjadi Ketua Pembangkang, yang juga pernah
dipenjarakan, Mahathir mula menyediakan Najib untuk jawatan Perdana Menteri.
Tetapi iatanpa syarat, Najib juga terpaksa memainkan peranan dalam persediaan
untuk ke kerusi Perdana Menteri. Untuk mendapatkan jawatan tertinggi itu dan
memastikan dia dapat melawan pencabar, Najib tahu dia perlukan banyak wang.
Itu
permainan politik dalam UMNO. Banyak wang untuk membeli sokongan dari atas ke
bawah untuk cawangan dan semua cara untuk bahagian, negeri, sayap pemuda dan
wanita. Sekarang, di mana dan bagaimana untuk mendapatkannya?
Orang
yang mengikuti skandal Scorpenes berkata Najib telah memikirkan satu cara
apabila diamenjadi Menteri Pertahanan dan membincangkannya dengan Baginda, yang
mempunyai pengetahuan tentang ketenteraan dimana pemerolehan senjata di arena
antarabangsa boleh menjana banyak wang dari rasuah dan komisyen.
Sebagai
contoh, telah diketahui bahawa di Taiwan; Thales, sebuah syarikat Perancis,
dahulunya Thompson-CSF, telah menjual6 kapal frigat kelas 'stealth' La
Fayette-binaan DCN untuk harga yang mahal iaitu AS $ 2.8 bilion pada tahun
1992, menjadikan seluruh dunia terkedu, manakalatentera Pakistan telah membeli
3 kapal selam Agosta 90 B pada tahun 1994 dengan cara yang tidak sunyi dari
kontroversi.
Kenapa Baginda?
Pembelian
Scorpenes oleh Malaysia dari DCNS telah dikendali oleh Razak Baginda.Kenapadia
dan tidak bukanahli korporat terkemuka yang lain?
Sesetengah
penganalisis politik berkata Najib sedar bahawa sebelum iniperdana menteri UMNO
telah menggunakan kroni dan proksi untuk skim menjana wang. Tetapi 'bintang'
dan peneraju korporat kadang-kadang boleh membawarisiko dan orang yang boleh
dipercayai seperti Baginda untuk menguruskan aliran wang mungkin cara yang
lebih sesuai bagi Najib. Sekiranya dakwaan terhadap Najib adalah benar, tentu
dia mahu mengawal dana dan memastikan ini boleh dicapai.
Perjanjian
Scorpenes dipercayai telah dibawa ke meja sejak zaman bekas Menteri Kewangan
Daim Zainuddin tetapi telah dibekukan selepas Daim bergaduh dengan
Mahathir.Apabila Najib kembali kepada kementerian Pertahanan, telah dipercayai
bahawa Mahathir bersetuju untuk melakukan semula transaksi.Dan seperti dua
pelajar sekolah, Najib dan Baginda didakwa merancang bagaimana untuk mendapat
manfaat daripada perolehan yang besar seperti itu. Walaupun si Rosmah yang
licik tidak tahu akan perkara itu pada awalnya begitulah spekulasinya.
BAgi
Altantuya, dia pada dasarnya tidak mempunyai kemahiran khusus dan bukanlah
seorang penterjemah yang baik. Dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada
skim ini - hanya wajah yang sangat cantik dan objek seksual bagi kedua-dua
lelaki. Kerana bersama dengan Baginda, dia menjadi tahu akan transaksi
Scorpenes kemudian cuba memeras ugut Baginda untukmendapatkan sedikit wang haram
yang dibayar oleh DCNS. Untuk rekod, Baginda telah mengaku sebagai kekasih
manakala Najib bersumpah tidak pernah kenal padanyasama sekali.
Sementara
itu, mungkin untuk memastikan perkara ini kekal rahsia, Baginda membuat ahli
keluarga terlibatsama. Beberapa entiti perniagaan telah diwujudkan seperti
Perimekar yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat lain, KS Ombak Laut Sdn Bhd,
yang seterusnya juga dipunyai oleh Baginda dan isterinya. Dan untuk membuat
mengalihkan sedikit wang lagi, Baginda telah mencipta satu lagisyarikat, iaitu
TerasasiSdn Bhd (di Hong Kong) dengan Malim bapanya sebagai pengarah.
Mungkin,
pada pemikiran mereka, dengan Menteri Pertahanan yang bakal menjadi Perdana
Menteri terlibatsama, bagaimana sesuatu yang teruk boleh berlaku? Walaupun
mereka telah ditangkap, mereka pastiterlepas! Ia adalah skim'sempurna' mereka
sendiri tetapi sedihnya, tidak diketahui oleh kedua- dua isteri Najib dan
Baginda bahawa mereka mempunyai hubungan dengan Altantuya dan tidak diketahui
pula oleh semua mereka, Altantuya tidak memberi dirinya pada lelaki secara
percuma.
Ditangkap basah
Apabila
si cantik berusia 28 tahun mendapati bahawa perjanjian Scorpene telah berjaya
dan Perimekar telah menerima komisen yang dipersetujui, Altantuya dapat mencium
wang itu walaupun dari Mongolia.
Dia
membuat keputusan untuk mendapatkan sesuatu untuk dirinya dan datang ke
Malaysia.Sama ada dia telah benar-benar dijanjikan bahagian itu adalah sukar
untuk dikatakan.Mengapa mereka tidak membayarnya sahaja? Adakah ia kerana
Rosmah cemburu? Tetapi bagaimana orang yang begitu licik dan kedekutboleh
menjadi begitu emosi? Apakah pencetusnya?
Sekali
lagi, rakyat Malaysia dan dunia akan terpaksa menunggu sebelum titik boleh
dihubungkan dan gambar akan lengkap. Apa pun yang benar, Altantuya telah
mengugut Baginda, mengancam untuk mendedahkan hubungan seksbersama Baginda dan
Najib. Shaariibuu Setev, ayahnya telah berkata, dia mempunyai gambar mereka
bertiga bersama-sama sebagai 'bukti'.
Sekarang,
Altantuya membawa masalah kepada Baginda dan Najib. Masalah besar yang terpaksa
diuruskan kerana harapan Najib untuk menjadi Perdana Menteri akan berakhir
dengan kegagalan jikadiketahui perihal ini. Tetapi apa yang perlu dilakukan?
Bagaimana untuk bertindak balas?Kemungkinan ini tidak pernah difikirkan oleh
dua lelaki inidan mereka umpama ditangkapbasah, oleh itu mereka panik dan
bertindak dengan terburu-buru.
Apabila
Altantuya tiba di Kuala Lumpur dengan sepupunya Burmaa Oyuchimeg, dia melantik
seorang penyiasat persendirian untuk membantunya menjejaki Baginda.Altantuya
mempunyai saksi dan lain-lain rekod untuk mengesahkan kehadirannya di Malaysia
walaupun maklumat dalam komputer Imigresen menunjukkan dia tidak pernah
memasuki negara ini.Ini benar-benar telah merumitkan kehidupan
Baginda.Penculikan dirinya telah dilakukan oleh ejen dari Cawangan Khas
Malaysia pada siang hari di hadapan rumah Baginda - walaupun ada
saksi-saksinya.Demikiansungguh terdesak Baginda.Media Malaysia tidak menyiarkan
butir-butir lengkap, tetapi media asing ada.
Pemandu teksi gagalkan rancangan sempurna
Seperti
biasa, dalam operasi rahsia, butiran kecil paling penting.Keseluruhan operasi
gagal kerana tidak membayar tambang teksi Altantuya. Pemandu teksi yang disewa
oleh Altantuya pada hari tersebut tidak puas hati bagaimana penumpangnya telah
diculik di depan matanya tanpa membayar tambang. Dia mencatit nombor
pendaftaran kereta penculik itu dan membuat repot di sebuah balai polis. Ini
mengesahkan bahawa kereta penculik adalah kereta kerajaan, dan turut
membabitkan pemiliknya.
Najib
dikatakan terlalu terkejut untuk berfikir dengan jelas.Baginda memutuskan untuk
mengupah pihak ketiga bagi membantu iaitu penyiasat persendirian-P
Balasubramaniam telah dibawa masuk untuk mencari beberapa fakta kerana mereka
tidak mempunyai masa yang cukup.Perjanjian Scorpene keseluruhan boleh
tersebar.Ia adalah terlalu besar untuk dikendalikan dan terlalu berisiko pada
ketika itu bagi politik di Malaysia terutamanya UMNO dan Najib. Jika wang
dijejak , ia membawa kita kepada kedua-dua Najib dan Baginda.
Najib
dipercayai mengamanahkan perkara itu kepada setiausaha sulitnya Musa Safri
untuk melakukan apa sahaja yang perlu. Ia telah dilaporkan bahawa Rosmah,
kerana ingin tahu, merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan tekaannya bahawa
suaminya berada dalam masalah besar ternyata benar. Mungkin dia berleter tanpa
henti, walau apa pun bakal PM ini dikatakan terpaksamenceritakan segalanya
kepada isterinya.
Sekarang
- ia telah disahkan oleh orang-orang kampungnya sendiri - Rosmah bukanlah
seseorang yang boleh dipermainkan. Diaamat kejam –tiada siapa boleh
mempertikaikannya.Tetapi adakah dia kerana memburu Altantuyasendiri? Adakah dia
dan 2 pengawal peribadi arahan Najib, Sirul Azhar dan Azilah Hadri, dan juga
pembantunya sendiri yang juga merupakan orang tentera Norhayati dan Aziz Buyong
menolongnyamenyelesaikan masalah dengan Altantuya?
Hanya
mereka tahu dan tidak akanmemberitahu. Belum lagi nampaknya.Jika Altantuya
masih hidup, dia boleh menjadi saksi dalam mana-manakes mahkamah berhubung
skandal itu. Penglibatannya telah membuat perkara ini lebih kompleks dan teruk
bagi kerajaan Malaysia kerana perkara itu akandibawa kearena antarabangsa.
Publisiti ini jelas akanmemburukkanlagi pemimpin-pemimpin Malaysia.
Ternyata,
Altantuya dibunuh dan mayatnya telah dimusnahkan dengan C4 pada 18 Oktober 2006
di kawasan hutan terpencil di Shah Alam di pinggir Kuala Lumpur.
Kenapa Altantuya mesti dibunuh?
Skandal
itu sebenarnya bom masa yang berdetik untuk Najib dan ia telah merebakke dalam
UMNO. Apa-apa implikasi yang berlaku kepada Najib yang memegang jawatan sebagai
perdana menteri pada April 2009 akan menjadi buruk. Najib telah menjadi
Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO sejak tahun 2004 dan sedang
dilatih untuk mengambil alih dari Abdullah Badawi yang merupakan perdana
menteri pada masa itu.
Badawi
pada masa itu bergelut untuk terus berkuasa. Dia tidak boleh memutuskan apa
yang perlu dilakukan. Musa Hassan yang merupakan Ketua Polis Negara apabila
skandal itu berlaku mengisytiharkan baru-baru ini bahawa dia telah memberitahu
Badawi bahawa Najib tidak terlibat dalam pembunuhan itu.
Mahathir
yang bersikap tenang berikutan skandal Scorpenes-Altantuya tidak pernah memberi
ulasan mengenai perkara itu. Tetapi mengikut orang dalaman UMNO, dia
sebenarnyaarif tentang perkara itu. Dia tahu apa yang berlaku kerana dia masih
mempunyai pengintip di dalam Cawangan Khas. Mengetahui Badawi tidak akan
membantu dalam keadaan kritikal ini dan Najib tidak cerdik, Mahathir memutuskan
untuk campur tangan. Diameyakinkan KPN bahawa tidak kira apa yang berlaku, UMNO
mesti diselamatkan.
Najib
kemudian akan diberitahu untuk membiarkan polis mengendalikan siasatan
pembunuhan dan dia seterusnya memberitahu Rosmah mengikut sahaja kehendak
polis. UMNO - dimana dokumen-dokumen terkini telah disita oleh polis Perancis
juga mempunyai kepentingan dalam komisen Scorpenes - juga mahukan skandal
terhapus. Jadi, tiada cara lain selain memutar belit kenyataan. Gunakan badan
kehakiman dan adakah‘perbicaraan’! Macam dah biasa bukan?
Tetapi,
tidak kira berapa banyak Al Quran atau buku-buku suci untukNajibbersumpah,
adalah mustahil bagi sesiapa sahaja untuk tidak berfikir bahawa Najib telah terlibat
secara langsung dalam beberapa perkara. Begitu juga bagi UMNO, Baginda dan
Rosmah.Sama ada salah seorang daripada mereka ini yang mengarahkan pembunuhan
Altantuya adalah terlalu awal bagi mereka untuk meneka buat masa ini.Mungkinkah
kita akan mengetahui kebenarannya kerana dua pengawal peribadi yang menembak
dan mengebomAltantuya masih hidup dan dikenakan hukuman mati, sedang merayu
bagi hukuman gantung mereka.
Dan
satu hari nanti kedua-dua pembunuh mungkin memutuskan untuk menceritakan
segalanya. Walaupun mereka mungkin akan 'menghilangkan diri' seperti
yangditakutkan rakyat Malaysia, kebenaran masih boleh terbongkar kerana
terdapat begitu banyak hubungan antra dokumen dan saksi. Yang diperlukan hanya
siasatan yangtelus dan polisyang amanah dan perbicaraan mahkamah yang adil atau
siasatan awam.
Walaupun
wang Scorpenes ini mengambil masa yang lama untuk didapatkan semula,
sekurang-kurangnya roh Altantuya akhirnya akan mendapat ketenangan.
Sumber
: Malaysia
Chronicle
No comments:
Post a Comment