Written by Wong Choon Mei,
Malaysia Chronicle
Jika
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpendapat dia telah berjaya
,meyakinkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa pembaharuan yang
telah didakwa para pengkritik sebagai "penipuan", "tidak
ikhlas" dan "jahat", dia memang sudah tersilap.
Dan
seperti dongeng Maharaja yang telanjang, pemimpin Malaysia yang berusia 58
tahun kini telah didedahkan tentang kepura-puraan yang didakwa melindungi
maksud jahat untuk kekal berkuasa dengan menggunakan kekerasan seperti
kebanyakkan pemerintah-pemerintah hina yang jahat di dunia ini.
Hanya
beberapa bulan lalu, Najib telah dinobatkan sebagai juara
"Double-talk" oleh Washington Post, akhbar berpengaruh yang dibaca
oleh orang-orang seperti Presiden Obama dan pemimpin lain di AS. Washington
Post membidas dalam editorial berbisanya selepas Najib dihantar pulang wartawan
kontroversi Saudi Hamza Kashgari untuk menghadapi hukuman dan mungkin juga
kematian. Bahasa kasar yang digunakan oleh akhabr AS menjadikan ramai yang
mengangkat kening dan menyebabkan perasaan cemas di Putrajaya, pusat
pentadbiran Malaysia.
Tetapi
tidak, Najib dan penasihatnya tidak menghiraukan dan cuba sekalipun untuk
membersihkan nama mereka. Dengan degilnya, mereka berpegang kepada kepercayaan
bahawa mereka menguasai media arus perdana tempatan, mereka mempunyai
kelebihan. Jika mereka berdusta dengan lebih kerap, rakyat Malaysia, malah di
serata dunia akan percaya kepada mereka!
Walau
bagaimanapun, ia tidak berkesan. Bukan sahaja Najib cuba menggunakan
undang-undang zalim untuk mengukuhkan cengkaman kuasanya bertopengkan
‘transformasi’ malah dia telah diselar rakyat tempatan dan akhbar bereputasi
tinggi di Kanada kini mengkategorikannya sebagai " demokrat palsu".
"Demokrasi
palsu memberi gambaran bahawa sesebuah negara itu bebas tetapi sebenarnya
mereka jarang menghadapi tekanan antarabangsa seperti rejim jahat yang
lain," kata artikel yang disiarkan dalam The Globe and Mail pada 8 Jun.
Seperti Mubarak & Co, Najib akan buat apa sahaja cara untuk
berkuasa
Bertajuk
'Satu senarai semak abad ke-21 para autokrat baru', artikel itu juga meletakkan
Najib setaraf dengan autokrat yang paling teruk di dunia. Pengarang Mark
MacKinnon telah mengkategorikan autokrat kepada empat kumpulan - demokrat
palsu, egotists gila, populis ganas dan kapitalis kapalan.
Najib
telah dimasukkan ke dalam kategori yang pertama, bersama-sama dengan Presiden
Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Presiden Algeria
Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopia Meles Zenawi dan Perdana Menteri
Kemboja Hun Sen 'bekas ahli' kelab adalah bekas Yugoslavia PresidenSlobodan
Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak.
MacKinnon
berkata pemimpin itu "mengadakan pilihan raya tetapi tidak mempunyai niat
untuk memberi kuasa" dan "pesaing kuat politik mereka dipenjarakan
dan parti mereka diharamkan melalui undang-undang".
Menurut
ikon pembangkang Lim Kit Siang, Najib jelas kecewa dengan artikel itu. Tetapi
penafian tidak akan mengubahnya melainkan jika Najib berikrar di hadapan semua
bahawa dia dan parti Umno akan melakukan peralihan kuasa secara aman jika
mereka kalah pada pilihanraya, Lim berkata sebagai reaksi kepada berita bahawa
Kementerian Hal Ehwal Luar Malaysia telah mencabar artikel Kanada itu.
"Seminggu
yang lalu, saya telah meminta Najib untuk mengisytiharkan secara terbuka sama
ada dia bersedia untuk menerima keputusan pengundi bagi memastikan peralihan
kuasa yang aman untuk kerajaan persekutuan jika Pakatan Rakyat memenangi
pilihan raya umum yang akan datang," kata Kit Siang, yang juga Ahli
Parlimen bagi Ipoh Timur.
"Ia
adalah penting bahawa selepas persidangan media Majlis Tertinggi UMNO pada
Jumaat lepas, Najib dengan teliticuba mengelak utnuk menjawab soalan ini
apabila telah dikemukakan oleh para wartawan. Oleh itu, soalan yang mahu
ditanya rakyat Malaysia dan dunia adalah sama ada Najib benar-benar merupakan
seorang demokrat palsu yang mengadakan pilihan raya tetapi tidak mempunyai niat
untuk menyerahkan kuasa. "
Najib dalam galeri penyangak antarabangsa: PRU ke-13 akan jadi
"menarik"
Untuk
MacKinnon, ada harapan bagi negara-negara yang ditadbir oleh pemimpin
mengamalkan "demokrasi palsu" kerana ia boleh juga mewujudkan
kemungkinan perubahan.
"
Milosevic dan Mubarak telah digulingkan kerana rakyat menggunakan ruang politik
yang dibenarkan dalam negara demokrasi palsu ... pilihan raya di Malaysia yang
akan datang bakal menjadi menarik," kata MacKinnon.
Walau
bagaimanapun, dalam bangkangan yang disiarkan pada hari ini, Kementerian Luar
Malaysia telah memberi senarai terperinci tentang pembaharuan yang diadakan
oleh Najib dalam tempoh tiga tahun yang lalu, menggambarkan ini sebagai
"rekod kerja yang hebat mengikut piawaian bagi sesiapa sahaja".
Pembaharuan
termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang berakhir setelah
60 tahun digunkan, langkah-langkah untuk meningkatkan kebebasan media, pindaan
kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti, enakmen Akta Perhimpunan Aman,
pengumuman untuk mengkaji semula Akta Hasutan,pemansuhan Akta Buang Negeri dan
Akta Kediaman Terhad, serta pelaksanaan reformasi pilihanraya.
"Pandangan
ini tidak sama dengan hakikat bahawa pembangkang telah berjaya meraih jumlah
kerusi yang banyak dalam pilihan raya yang lalu. Tidak lama lagi rakyat
Malaysia akan bebas untuk memilih siapa yang mereka mahu untuk memimpin negara
dan apabila Perdana Menteri tidak bersikap leka, dia berharap akan diberi
mandat untuk sekali lagi meneruskan agenda transformasi Malaysia, " selar
Kementerian Luar di bawah setiausahanya Ahmad Rozian.
Sumber:
Malaysia
Chronicle
No comments:
Post a Comment