PETALING
JAYA, 23 JULAI: Rafizi Ramli mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cuba
menyembunyikan sesuatu berkenaan penganugerahan kepada tiga syarikat bagi membekalkan
topi kepada suruhanjaya itu.
Rafizi
yang juga Pengarah Startegi PKR mendakwa Mohamed Salleh Mohd Ali dipercayai
meletakkan proksinya yang dipercayai isteri beliau sendiri dan kakitangan
kepercayaan beliau di ketiga-tiga buah syarikat terbabit.
“Kalau
SPR nak beri tiga kontrak kepada syarikat sama, mengapa tidak lakukan secara
terang, sebaliknya cuma menyembunyikannya di sebalik nama tiga buah syarikat
tetapi milik orang yang sama
“Keputusan
SPR menganugerahkan kepada tiga syarikat berlainan, milik orang yang sama,
memberi gambaran bahawa anugerah kontrak rundingan terus ini cuba disembunyikan
dari pengetahuan orang ramai,” kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat
PKR di sini pagi tadi.
Syarikat-syarikat
tersebut Nash Venture Sdn Bhd (no syarikat: 623462-x) seperti disebut Menteri
Jabatan Perdana Menteri di parlimen, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 17 Julai
lalu yang pengarahnya Shamsia Binti Omar.
Shamsia
mempunyai pertalian kekeluargaan dipercayai isteri kepada Mohamed Salleh
apabila alamat di kad pengenalan masing-masing dikesan alamat yang sama dan
mereka juga mempunyai minat dan kepentingan yang sama.
“Mereka
(Shamsia dan Mohamed Salleh) merupakan pemegang kad pengenalan berkod 66 yang
menunjukkan mereka adalah penduduk tetap negara ini,” kata Rafizi.
Manakala
Norsiah Binti Yusoff pula merupakan pemegang saham dalam dua syarikat lain yang
turut dianugerahkan kontrak membekalkan topi kepada SPR, Ayumi Resources Sdn
Bhd dan Bumi Services (atau nama lain Bumi Textiles Sdn Bhd seperti disebut
Menteri di Parlimen).
Siasatan
Rafizi juga mendapati Norsiah sebenarnya merupakan seorang ketua kakitangan di
kebanyakkan syarikat yang dimiliki Mohamed Salleh.
Rafizi
turut mendakwa pemberian kontrak secara rundingan terus kepada tiga syarikat
terbabit tidak menepati Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan
Terus seperti mana pekeliling yang dikeluarkan Perbendaharaan Negara.
Dalam
garis panduan tersebut, menetapkan lima kriteria bagi membolehkan kontrak
rundingan terus dilaksanakan iaitu keperluan mendesak, bagi maksud
penyeragaman, satu punca bekalan/perkhidmatan, melibatkan keselamatan/isu
startegik dan kontrak dengan syarikat bumiputra.
“Tiada
satupun garis panduan yang dikeluarkan Perbendaharaan itu menepati rundingan
terus pembekalan topi ini contohnya bagi maksud penyeragaman, ia boleh
diseragamkan melalui pelbagai pembekal melalui spesifikasi yang diberikan SPR,
ia tidak melibatkan paten atau francais dan ia bukanlah barang-barang
keselamatan startegik,” ujar Rafizi lagi.
Rafizi
juga memberitahu nilai keseluruhan kontrak rundingan terus yang diterima
Mohamed Salleh dianggarkan bernilai RM6 juta.
“Semasa
di parlimen, nilai kontrak tidak dijawab oleh YB Menteri tapi boleh dianggarkan
kira-kira RM6 juta sekiranya kos untuk satu topi adalah RM20 darab dengan
300,000 topi,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment