Dengan masalah yang menimpa
Ketua Wanita Umno, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil dan kekosongan Naib Ketua
Wanitanya ekoran Dato’ Kamilia Ibrahim keluar parti dan bertanding calon bebas,
maka sayap wanita Umno itu menghadapi dilema bagi mendapatkan pimpinan yang
bersih dan berwibawa dalam pemilihan pimpinannya hujung tahun ini.
Shahrizat dengan semua masalah yang dihadapinya masih bertegas untuk terus memimpin sayap itu, Wanita Umno sewajarnya dalam suatu yang baru memerlukan orang yang brwibawa dan ada integriti untuk memimpinnya.
Shahrizat dengan semua masalah yang dihadapinya masih bertegas untuk terus memimpin sayap itu, Wanita Umno sewajarnya dalam suatu yang baru memerlukan orang yang brwibawa dan ada integriti untuk memimpinnya.
Mungkin dia ada kepintaran berpolitik. Kepintaran saja tidak cukup. Mungkin dia tiada ganti pada masalah. Tetapi komitmen Umno ialah Najib mahukan transformasi. Bukan kerajaannya saja perlukan transformasi, partinya juga mesti mendahului transformasi.
Apa transformasinya kalau dia juga menjadi ketua wanita sedang ia penuh dengan masalah. Orang tiada masalah tapi kurang pintar adalah lebih baik untuk menjadi pemimpin.
Apakah Umno yang Najib terajui itu dapat menyempurnakan transformasi? Ia adalah hal Najib dan Umnonya. Tetapi wanita mesti lebih ke depan transformasinya darpada yang lain. Menjadi penyokong Najib dan Rosmah lebih 100 peratus tidak cukup.
Dengan itu Wanita Umno memerlukan orang baru bagi menjadi ketua. Shahrizat perlu menunjukkan kasihnya kepada Wanita Umno dengan memberi peluang kepadanya dipimpin oleh orang bersih, tidak bermasalah, berwibawa dan dihormati oleh semua termasuk orang di luar Umno.
Siapa orangnya? Pimpinan Wanita Umno tidak mencarinya kerana ia sudah dikepung oleh Shahrizat yang masih tidak memahami keadaannya sendiri yang sudah menjadi liabiliti kepada parti.
Setakat ini orang dari luar pimpinan yang menawar diri ialah Azalina Otman, bekas ketua yang menaja Putera Umno dan telah tidak terpilih lagi jadi menteri.
Azalina semasa memimpin Puteri tidak mendekati Wanita sebaliknya Puteri menjadi saingan kepada Wanita. Sepatutnya Puteri menjadi pasak bagi mengukuhkan mana-mana yang longgar. Tetapi Azalina jadi macam Muslimat PAS pada Wanita Umno.
Selepas dia melepaskan pimpinan Puteri, dia tidak mendekati Wanita. Mungkin dia lebih sesuai dengan Pemuda.
Apa pun jika Najib dan Rosmah mahu, kelemahan lampau itu boleh diatasi.
Agak penting juga Wanita Umno memahami bahawa ia adalah sebahagian dari wanita timur. Wanita timur mesti lemah lembut dan keibuan. Bukan macam wanita barat yang sama saja antara jantan dan perempuan. Tidak macam semasa pimpinan Tun Fatimah Majid dan Tan Sri Aishah Ghani. Tegas tetapi ada keibuannya.
Shahrizat dan Azalina sama-sama tidak berapa nampak keibuannya. Wanita Malaysia berkehendakkan pemimpin wanita yang berbeza dengan orang atas angin. Tidak nampak seperti orang jantan.
Tidak seperti Datin Seri Wan Azizah Ismail dan anaknya Nurul Izah. Nampak watak ibunya. Macam Teresa Kok walaupun belum jadi ibu, tetapi kewanitaannya terserlah.
Maka Wanita Umno sebagai sebahagaian dari wanita Islam perlu mencari pemimpin baru dan cari yang berwibawa. Tun Abdullah dan Najib bawa Dr Mashitah Ibrahim dalam kerajaan tetapi mereka tidak masukkan dia dalam Wanita Umno. Mungkin ketua Puteri yang bakal cukup umur, jika diberi kepercayaan dapat memenuhi keperluan Wanita Umno masa akan datang.
No comments:
Post a Comment