DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, July 9, 2013

GULING MORSI BAWA KESAN PALING BURUK BUAT MESIR




Abdul Shukur Harun- HD

Rampasan kuasa di Mesir yang menggulingkan presiden yang sah dipilih oleh rakyat secara demokratik, Dr. Mohd Morsi minggu lalu meninggalkan kesan paling buruk terhadap negara tersebut sama ada dalam jangka pendek mahupun jangka panjang.

Negara tersebut yang selalu dimegahkan sebagai warisan Farouh (Firaun) dengan Piramid dan Sungai Nilnya dan lain-lain adalah antara negara tertua di benua Afrika dengan sejarah kediktaroran penguasanya. Bermula dari zaman Firaun membawalah ke zaman Hosni Mubarak dengan tenteranya hingga ia terguling dua tahun lalu.


Rampasan kuasa minggu lalu itu adalah yang kesekian kalinya berlaku di negara yang tidak pernah stabil itu. Apa yang berlaku di Mesir selama ini menunjukkan bahawa kuasa tentera mendominasi negara miskin itu, di mana menurut pemerhati, tentera menguasai sebanyak 40% penghidupan rakyat Mesir.

Rampasan kuasa terbaru minggu lalu itu menimbulkan beberapa akibat:

1)  Menyebabkan lebih banyak pertumpahan darah berlaku di mana pihak Ikhwanul Muslimin telah mengerahkan seluruh ahli dan penyokongnya supaya tampil menentang rejim tentera yang menggulingkan Dr. Mohd Morsi. Dalam masa yang sama pemimpin ulama dunia, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa bahawa haram menggulingkan kerajaan yang sah, Dr. Mohd Morsi.

2)   Menyebabkan negara itu terbahagi dua, iaitu golongan pertama yang mahukan Islam memerintah dan satu lagi drnaliknya.

3)  Ekonomi Mesir yang parah akan lebih parah dan sukar dipulihkan. Ini sudah tentu ia tidak dapat membayar hutang yang begitu banyak kepada Amerika.

4)   Umat Islam sangat kecewa bahawa Mesir tidak menjadi negara umat Islam contoh walaupun ramai ulama dan wujudnya  Universiti Al-Azhar di negara itu.

5)   Memberikan gambaran bahawa demokrasi memang tidak serasi dengan Islam dan menimbulkan kepercayaan banyak pihak bahawa negara umat Islam tidak dapat menerima demokrasi.

6)  Tentera akan terus memusuhi Ikhwanul Muslimin, justru Dr. Mohd Morsi adalah datang dari Ikwanul Muslimin.

7)  Mengesahkan bahawa rampasan kuasa ini ditaja oleh Amerika dan disokong kuat oleh Israel.

Ini terbukti dari hubungan rapat antara tentera Mesir dengan Amerika dan Israel disebabkan bantuan kewangan yang diterima angkatan tentera Mesir dari Amerika setiap tahun berjumlah 1.3 billion dollar sejak 1987. Sejumlah 71.6 billion dollar telah diberikan oleh Amerika sejak 1948 sehingga 2011.

Untuk tahun 2014, Presiden Obama menyediakan 1.55 billion dollar untuk Mesir, di mana 1.3 billion untuk angkatan tentera dan 250 juta dollar untuk sektor ekonomi Mesir, sebagaimana dilaporkan di dalam laporan kongres Amerika Syarikat bertarikh 27 Jun 2013, di mana menyebut:

“With the President of Egypt hailing from the Muslim Brotherhood, some lawmakers and U.S. citizens are concerned that continued U.S. military aid and sales of U.S. equipment could be one day used by a government and military that is controlled by Islamist forces hostile to U.S. national security interests and to peace with Israel. Some opponents of U.S. military aid to Egypt may apply further scrutiny in the months ahead to proposed U.S. arms sales to Egypt financed by U.S. taxpayer dollars.”

Dengan Dr. Mohd Morsi dan Ikhwanul Muslimin dipilih oleh rakyat Mesir selaku kerajaan yang sah melalui pilihanraya, ia menjadi ancaman kepada Amerika Syarikat dan Israel. Justeru, kerana ‘dosa’ inilah, Morsi akhirnya digulingkan dengan jalan yang sangat licik, oleh pihak pihak yang berkepentingan. Inilah ‘dosa’ terbesar Morsi dan Ikhwan yang menyebabkan mereka disingkirkan.

Penasihat Keselamatan Amerika, Susan Rice menghubungi Dr. Mohd Morsi, memaklumkan  bahawa rampasan kuasa oleh tentera akan berlaku sekiranya beliau terus berdegil enggan meletak jawatan sejam sebelum ia digulingkan.

Dengan itu seluruh dunia telah mengetahui bahawa siapapun yang memerintah Mesir mestilah tunduk kepada arahan Amerika dan ini bermakna Mesir tidak bebas sebagai sebuah negara merdeka.

Ikhwanul Muslimin sangat sedar akan hal ini. Namun sebagai sebuah gerakan Islam yang sudah berumur 80 tahun, ia tidak ada pilihan lain melainkan menentang rejim serupa ini.

Hingga kini, semakin ramai penyokong Dr. Morsi telah terbunuh di samping beratus-ratus telah cedera dan ditahan oleh tentera Mesir yang menggunakan peluru hidup dalam pertempuran di Kaherah dan di bandar lain.

Penyokong Dr. Morsi, khususnya dari Ikhwanul Muslimin diberitakan semakin mara dibanyak bandar walaupun berdepan dengan tentera. Menurut pemerhati, ini adalah pertempuran paling sengit yang telah pernah berlaku di  negara itu di mana pihak tentera dilihat berusaha keras untuk menghapuskan Ikhwanul Muslimin.

Tetapi bolehkah ia menghapuskan Ikhwanul Muslimin? Jawabannya tidak  walau sebesar manapun tentangan.

Dari pengalaman sejarah sejak Ikhwanul Muslimin ditubuhkan 80 tahun lalu, pendukung gerakan Islam itu mempunyai semangat jihad yang sangat tinggi, istiqamah terhadap perjuangan mereka sangat luar biasa, justru mati syahid adalah cita-cita mereka.

Sepanjang sejarah Ikhwan, ribuan pejuangnya telah mati syahid dan ratusan ribu dipenjarakan kerana menentang rejim dektator Gemal Abd Naseer, Anwar Sadat membawa ke zaman Hosni Mubarak.

Dengan itu, menurut mereka yang tahu benar mengenai kekuatan Ikhwanul Muslimin bahawa gerakan Islsam itu tidak akan dapat dikalahkan walaupun ribuan akan shahid.

No comments: