Sekiranya kalahlah BN-UMNO dalam PRU 13 nanti, maka pihak tertentu akan
menyalahkan pihak RTM, TV3 dan akhbar-akhbar milik pemerintah. OVERKILL. Orang
Melayu kata berlebihan, keterlaluan. Maknanya kalau ikut peribahasa Melayu, ‘
lebih sudu daripada senduk’. Lebih kurang begitu ler. Kalau ikut cakap orang
kampung aku akan kata ‘’melampau sangat………”
Hanya rakyat yang tidak berkesempatan menggunakan internet sahaja yang
masih menonton TV yang memihak kepada kerajaan. Sehinggkan Mak Ngah aku
dikampung pun sudah tidak menonton TV berkenaan. Ini bukan bermakna mereka
tidak menyokong kerajaan BN-UMNO. Tetapi mereka amat meluat meliaht gelagat
penyampaian maklumat TV berkenaan. ‘Macamlah kami ni bodoh benar…..” Itu
merupakan kata-kata yang pernah diucapkan selalu oleh mereka.
Sebagai contoh. Hampir setiap malam, TV berkenaan menceritakan tentang
keadaan negeri Selangor. Tentang keburukan dan keaibannya. Terutamanya
berkaitan dengan bekalan air. Yang dipersalahkan ialah kerajaan dan
pentadbiran negeri Selangor. Aku tinggal di Selangor dan aku tahu apa yang
telah dilakukan oleh TS Khalid Ibrahim bagi menolong rakyat Selangor. Dan
rakyat pada keseluruhannya juga tahu apa yang sedang dilakukan dan apakah
halangan-halangan yang sedang dihadapi oleh TS Khalid. Rakyat simpati dengan
dia berdepan dengan kerenah-kerenah individu tertentu yang bertindak semata-mata
untuk mencari kepentingan diri. Rakyat tahu dan rakyat faham.
Ini satu contoh yang amat jelas bagaimana TV dan akhbar yang berkenaan
memainkan peranannya memutarbelitkkan berita. Rakyat cukup ‘bengang’ ( marah
betul ). Rakyat marah kerana seolah-olah TV dan akhbar berkenaan cuba
memperbodoh-bodohkan orang kampung di Selangor. Orang Selangor atau orang yang
tinggal di Selangor. Dan perlu diingat orang yang tinggal di Selangor
adalah terdiri dari orang yang boleh berfikir dengan rasional. Maknanya cerdik
ler. Bukannya bodoh, tengin, tongong…….
Rakyat betul-betul marah apabila TV dan akhbar berkenaan sentiasa
menyiarkan berita (buruk) berkaitan dengan personaliti pembangkang. Berita
mengenai DS Anwar Ibrahim hampir setiap-malam dipaparkan, terutamanya yang
berkaitan dengan keburukan beliau. Begitu juga dengan berita DS Hadi Awang, YB
Lim Kit Siang, Tuan Guru Nik Aziz dan beberapa orang tokoh lain. Dan yang
terakhir menerima ‘tamparan’ dari TV dan akhbar berkenaan ialah mengenai
tuduhan terhadap Dato Mustafa Ali. Jikalau boleh aku tak mahu sebut langsung
mengenai kisah ‘ Saiful dan ayah’nya. Amat meluat. Rakyat amat meluat.
Tanyalah siapa pun. Mungkin yang tidak meluat ialah golongan yang
sudah hilang pertimbangan akalnya.
Persoalan yang sentiasa menendang benak kepala aku ialah,
· Apakah pihak berkenaan
yang mengendalikan TV dan akhbar ini tidak dapat merasakan bahawa rakyat sudah
betul-betul meluat dengan paparan berita yang dihidangkan kepada penonton.
Apakah mereka tidak terasa?
· Atau apakah mereka
merasakan bahawa mereka berjaya menawan hati rakyat dengan menyiarkan
berita-berita berkenaan.
· Atau apakah mereka
terpaksa menyiarkan berita-berita berkenaan kerana mereka ‘diarahkan’ berbuat
demikian oleh pihak atasan khususnya penguasa politik?
· Dan sekiranya betul
mereka diarahkan oleh pihak atasan poltik, apakah pihak TV dan akhbar ini
terpaksa mematuhi segala arahan demikian secara membabi buta tanpa mengambil
kira faktor-faktor lain.
· Sekiranya mereka menerima
arahan dari pihak atasan, apakah ‘pihak atasan’ itu bodoh benar sehingga tidak
dapat merasai ‘mood’ rakyat yang menonton.
Banyak lagi soalan yang perlu dipersoalkan. Rakyat tahu bukan semua
penyampai di TV dan akhbar itu yang bersetuju dengan apa yang diarahkan kepada
mereka. Mereka melakukan demikian kerana ‘ cari makan’. Namun begtiu ada juga
penyampai-penyampai berita yang ‘mengada-ngada’ seolah-olah merekalah yang
lebih tahu dan lebih pandai dari kebanyakan rakyat. Mereka mungkin lupa bahawa
sekiranya berlaku pertukaran kerajaan dalam PRU 13 nanti kemanalah agaknya
mereka ‘hendak menyembunyikan’ muka mereka.
Berilah aku sedikit peluang membandingkan cara dan tindakan pihak dalam
media massa menguruskan berita mereka dalam negara maju seperti ABC, BBC, CNN
dll. Nampak professionalnya. Bukan mereka seratus peratus berkecuali dalam
menyibarkan berita. Ada juga ‘condong’nya. Namun begitu mereka cuba sedaya
upaya supaya bersikap ‘berkecuali’
Hanya TV dan akhbar –akhbar dunia ketiga sahaja yang bersikap sepertimana
yang diamalkan oleh TV dan akhbar-akhbar di Malaysia.
Dengar khabar, TV di Singapura pun begitu……….
Abuhassanadam
5 Mei 2013
No comments:
Post a Comment