Berikut adalah
analisa terkini Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berdasarkan dapatan kajian UMCEDEL
Universiti Malaya, Merdeka Center dan culaan jentera-jentera PAS di peringkat
akar umbi.
1. Purata sokongan yang diperolehi oleh PAS daripada pengundi-pengundi
Melayu pada masa kini di Semenangjung Malaysia adalah dalam trend menaik semula
iaitu 45%, manakala sokongan pengundi Cina adalah masih stabil sekitar 70%
(bagi sesetengah kawasan PAS bertanding ada yang melebihi 75%). Manakala di
kalangan pengundi India sokong terhadap PAS berada di tahap 40%.
2. Sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada PAS telah mencapai 47%
sebelum hari penamaan calon tetapi berlaku penurunan selepas penamaan calon,
dan kembali meningkat semula sehingga dua hari yang lalu. PAS mensasarkan untuk
mencapai 47% sokongan pengundi Melayu untuk PAS memenangi sekurang-kurangnya 46
kerusi parlimen.
3. Kemasukan Muhammad Taib ke dalam PAS dan beberapa lagi tokoh telah
mendorong kepada berlakunya lonjakan sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada
PAS beberapa hari selepas penamaan calon. Situasi ini diperkukuhkan dengan keretakan
jentera UMNO disebabkan ketidakpuasan hati terhadap pemilihan calon.
4. Isu-isu yang dikitar semula oleh BN yang ditayangkan di dada akhbar
dan skrin televesyen tentang PAS dan DAP tidak memberi kesan besar kepada
pengundi-pengundi Melayu, melainkan hanya berkesan kepada penyokong-penyokong
tegar Umno dan BN, melainkan satu isu (dirahsiakan untuk kepentingan strategi
dalam PRU). Insha'ALlah PPP sedang berusaha memberi penjelasan isu ini kepada
mereka yang terkeliru dengan mainan media Umno.
5. Pengundi-pengundi muda merupakan golongan yang menjadi faktor penentu
kepada kemenangan PR dalam PRU kali ini, justeru kempen-kempen Umno dan BN
melalui media tradisi mereka tidak begitu berkesan, berbanding dengan
pertempuran di media baru seperti FB (ranking 1), Whatsapp (2), Twitter (3) dan
Blog (4).
6. Berdasarkan trend sokongan sehingga hari ini terhadap PAS dan
parti-parti komponen PR, PR insha'ALlah boleh memenangi PRU kali ini dengan 120
kerusi sekiranya tidak berlaku penyelewengan dan penipuan seperti yang sering
disebut sebelum ini.
7. Daripada 120 kerusi parlimen ini yang dimenangi ini, PAS berupaya
menyumbang sebanyak 34 kerusi, insha'ALlah, iaitu PAS boleh mengekalkan 24
kerusi yang telah di menangi sebelum ini dan 10 kerusi tambahan. 10 kerusi
tambahan itu adalah 1 di Perlis, 2 di Terengganu, 1 di Pulau Pinang, 2 di
Perak, 2 di Selangor, 1 di Pahang, 1 di Johor.
8. Terdapat 16 kerusi lagi yang peluang PAS untuk menang adalah cerah
(45% - 50% undi popular), iaitu 2 di Perlis, 1 di Kedah, 1 di Terengganu, 2 di
Perak, 1 di Wilayah Persekutuan, 2 di Negeri Sembilan, 3 di Pahang, 1 di Johor,
1 di Sarawak dan 2 di Sabah.
9. Terdapat dua kerusi Parlimen yang telah dimenangi oleh Umno PRU yang
lalu iaitu Gua Musang dan Jeli, sokongan UMNO telah mengalami kemerosotan yang
ketara, dan tidak mustahil boleh jatuh kepada PAS, insha’ALlah.
10. Berdasarkan kepada corak sokongan yang ada pada masa kini, peluang
PAS dan PR untuk menawan Perak, Negeri Sembilan dan Terengganu adalah cerah, di
samping mengekalkan pemerintahan di empat negeri yang ada sekarang.
Kepada jentera PAS, terus lipatgandakan perjuangan dengan terus
bertaqarrub memohon pertolongan daripada ALlah dan giatkan kempen merayu undi
terutama kepada golongan muda. Sila pastikan rakan-rakan muda anda balik
mengundi kerana 1 UNDI ANDA AMAT BERHARGA UNTUK MASA DEPAN KITA.
No comments:
Post a Comment