Ya Allah! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah….Ya Tuhan Ku turunkanlah bantuan mu kali ini kepada orang orang dizalimi, hancurkanlah regim UMNO dan sekutu-sekutunya. Amin"[Lalu bacalah surah Al Fil/ membayangkan kehancuran regim UMNO dan sekutu-sekutunya- dengan Izin Allah.
Tuesday, April 30, 2013
KAH..KAH...SPR...SPR.KALAU NAK BANTU UMNO MENANG CAKAPLAH BERTERUS TERANG KAN SENANG
KELAB GREENBOC: [VIDEO] Lagi Kes-kes Dakwat Kekal Hilang Apabila D...: D akwat jari pengundi awal boleh hilang SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan hari ini mendedahkan bahawa dakwat yang dicalit pada jari pengundi aw...
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL DI SANA-SINI
DI
JERAI
TOLAH
UMNO TERIMA TAWARAN PR
DI
SEMBRONG, JOHOR
KG
MAJIDI, JOHOR
DI
KEMAMAN, TERANGGANU
DI
WAKAF BHARU, KELANTAN
DI
JOHOR
DI
KOTA DAMANSARA
NAJIB YANG PALING TAKUT KALAU KES SCORPENE TERUS DIDEDAHKAN!
ANTARA 2 PEKARA YG DITAKUTI TUAN
NAJIB & MAHATHIR
RAYUAN : AYUH BANGKITLAH SEGERA RAKYAT MALAYSIA HENTIKAN SPR MULA BERMAIN KAYU TIGA-SPR INGAT RAKYAT MALAYSIA SEMUANYA BODOH DAN TOLOL
SPR - MALAYSIA TIRU ZIMBABWE ATAU ZIMBABWE TIRU MALAYSIA?
Persepsi aku terhadap Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ( SPR) sebelum
ini memang tinggi. Maklumlah kedua-dua pengerusinya sebelum TS Abdul Aziz Yusuf
aku kenal rapat. Sebelum TS Abdul Aziz ialah TS Abdul Rashid bin Abdul Rahaman.
Seorang yang betul-betul tegas dalam menjalankan tugasnya. Apatah lagi antara
beliau dengan SPR adalah ‘sama’. Seingat aku, beliau begitu lama sekali menjadi
Setiuasaha SPR. Aku kenal dan agak rapat dengannya ketika beliau bertugas di
Kementerian Pendidikan. Walaupun tegas dan ‘ditakuti’ namun aku sangat-sangat
menghormati beliau sampai kini.
BELUM PENGUNDIAN BERMULA BERMACAM KETEMPANGAN UJUD OLEH SPR DENGAN NIAT UNTUK MENIPU
Dakwat kekal: PAS
minta penjelasan SPR
IPOH: PAS menggesa
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat
tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat
undian awal pada hari ini.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.
Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.
“Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.
“Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari,” katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.
Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.
Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.
“Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini,” jelas beliau lagi.

Dakwat kekal hilang, dapatkan bantuan peguam
KUALA LUMPUR: Menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal
itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun, kata Pengarah
Perundangan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Zulqarnain Lukman.
Oleh itu, katanya petugas parti
khususnya Paca (polling agent dan counting agent) yang bertugas jika mendapati
kejadian itu berlaku di tempat para pengundi dipersilakan membuat laporan polis
segera.
“Tuan/puan bolehlah mendapatkan
bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam
mendrafkan laporan polis,” ujarnya dalam satu kenyataan sebagai respons kepada
pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera hari ini.
Katanya, laporan polis yang dibuat
itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat
di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.
Beliau juga menerima laporan dari peguam
yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk
menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka
meninggalkan bilik mengundi.
Justeru, ujarnya sila ambil
perhatian bahawa kaedah pengundian awal adalah sama dengan kaedah mengundi
biasa kecuali hanya pengiraan kertas undi dibuat pada hari mengundi 5 Mei
nanti.
Oleh itu, jelas beliau amalan
menulis nama mengikut giliran mengundi adalah perbuatan salah di sisi
undang-undang dan mencemarkan konsep kerahsiaan undi.
“Peguam kami di Sabah telah membuat
bantahan kepada SPR dan bantahan itu diterima dan kertas yang ditulis senarai
nama itu telah dikoyakkan.
“Masalahnya, kami difahamkan bahawa
amalan menulis nama di senarai selepas mengundi itu adalah arahan daripada
peringkat atasan dan arahan itu diberikan kepada semua polis di seluruh
negara,” ujarnya lagi.
Justeru, beliau memohon agar para
petugas parti untuk memerhatikan hal ini dan jika ini berlaku sila buat
bantahan segera supaya senarai nama itu dimusnahkan segera.
Jika SPR enggan, ujarnya maka suatu
laporan polis dan aduan rasmi kepada SPR negeri/pegawai pengurus hendaklah
dibuat.
“Sila berhubung dengan peguam di
parlimen masing-masing untuk pertanyaan lanjut,” katanya.
Anggota tentera dakwa tidak dapat kertas undi pos
JELI: Seramai 40 anggota tentera dari Kem Batalion Satu Rejimen
Sempadan di Batu 11, Tanah Merah mendakwa mereka tidak diberi kertas undi pos.
Naib Yang Dipertua PAS Jeli, Sufely
Abdul Razak berkata, anggota-anggota tentera terbabit memberitahu kepada
petugas PAS mereka tidak diberi kertas undi biar pun disenarai sebagai pengundi
pos.
Katanya, berdasar kepada semakan
didapati nama-nama anggota tersebut memang ada pada senarai pengundi pos.
“Isunya sekarang di mana kertas undi
pos milik anggota tentera terbabit. Mungkinkah ada pihak lain mengundi bagi
pihak anggota berkenaan?
“Ini kerana kertas undi pos tidak
sampai ke tangan mereka. Ini sesuatu yang serius. Kami telah mengemukakan
bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
“Dakwaan manipulasi undi pos yang
duar-uarkan sebelum ini memang wujud. Dan apa yang berlaku hari ini semakin
jelas,” katanya di sini.
Menurutnya juga anggota tentera
terbabit hari ini memasuki tempat pengundian awal di kem Batu 11 untuk membuang
undi, sedangkan nama mereka tersenarai sebagai pengundi pos.
Kata Sufely sekiranya anggota
tentera berkenaan dibenarkan mengundi awal pula, bermakna wujud dua undi bagi
satu pemilih.
“Ini kerana undi pos milik mereka
sudah dikeluarkan cuma tidak sampai kepada pemilik nama. Ini sesuatu yang cukup
serius,” katanya.
3 PERKARA AJAIB BERLAKU DALAM KEMPEN PIIHAN RAYA DI KELANTAN..
Satu: Bekas Presiden UMNO Kempen BN Guna Parti Bunga. Macam
Pelarian!
BAPA PARTI SYAITAN SEDANG MEMBANTU KEMPEN IBRAHIM ALITun Mahathir sekarang ini berada di Rumah Che Johan untuk berkempen kepada Mursyidur Am Tuan Haji Ibrahim Ali, Presiden Parti Bunga. Kesian UMNO Kelantan terpaksa menumpang Parti Bunga untuk berkempen di Pasir Mas.
Paling kesian tak ramai yang hadir dan yang hadir pun lebih kepada nak makan bukan nak dengar 'latah orang tua'. Kita akan lihat bagaimana Tun Mahathir membantu menghancurkan UMNO!
Tak pernah begini berlaku dalam sejarah. Cuma Mahathir tumpang parti PAS lawan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman PM pertama Malaysia dulu, semasa dia dipecat dari UMO ada la.
Dua: Zaman sekarang, ada manusia bercakap dengan semut?
Berita ini, 'UMNO Kuala Krai ceramah kepada semut dan
pasir!
Kesian
kepada penceramah UMNO Dun Guchil, Parlimen Kuala Krai kerana terpaksa bercemah
untuk pasir dan semut itu jika ada. Dato Nik Sapea ni yang sembur Tun Mahathir
punya angkara!
Tiga: Pemuda UMNO Pasir Puteh buang poster Najib
PAKATAN MENGUASAI PRU KE-13 : JADI UMNO TERPAKSA GUNAKAN SPR UNTUK MENIPU-SPR JANGAN INGAT RAKYAT MALAYSIA MASIH LAGI BODOH-SUDAH 12 KALI DITIPU-KALI INI TIDAK AKAN DIBIARKAN LAGI
Pakatan kuasai hampir
separuh kerusi sasaran di Johor
Dalam suasana kempen yang hanya
berbaki enam hari lagi, Pakatan Rakyat Johor dipercayai telahpun bertapak kukuh
di hampir separuh daripada 11 kawasan parlimen yang disasarkannya di Johor dan
kini bergerak dengan lebih agresif di enam lagi kawasan.
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan masih perlu memastikan 10 kerusi dari Johor, Sabah dan Sarawak berada di tangannya untuk membolehkan gabungan parti itu membentuk kerajaan di Putrajaya.
Lima kerusi di Johor tersebut adalah Gelang Patah, Bakri, Kluang, Kulai dan Segamat, yang mengandungi antara 46 hingga 56 peratus majoriti pengundi Cina.
Selain Bakri, yang dimenangi Pakatan dalam pilihan raya umum 2008, empat kerusi lain menunjukkan ciri-ciri sama:

- Peratusan pengundi Cina tinggi
- Jumlah penduduk bandar kelas pertengahan yang besar
- Kehadiran yang ramai di ceramah pembangkang sejak dua minggu lalu
- Ditandingi pemimpin utama parti dengan kekuatan jentera yang besar
Formula Pakatan untuk memenangi
kawasan ini adalah dengan meningkatkan sokongan Cina kepada lebih 75 peratus
dan mengekalkan sokongan 25 hingga 30 peratus dari kalangan pengundi Melayu.
Sekiranya trend yang ditunjukkan ini berterusan sehingga akhir tempoh kempen, MCA mungkin akan tewas di tiga kerusi – Kulai, Bakri dan Kluang – daripada tujuh kerusi yang ditandinginya.
DAP pula mungkin menjadi parti pembangkang paling besar di Johor dengan empat kerusi parlimen diikuti PKR dengan satu kerusi.
Nurul kena kerja 2 kali ganda, kata Anwar

Diibaratkan umpama mentimun melawan
durian, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya anak perempuannya
Nurul Izzah berhadapan dengan pertarungan sukar dengan menteri penuh Datuk Raja
Nong Chik Zainal Abidin.
"Nurul Izzah (mesti) bekerja keras dua kali ganda memandangkan semua kekuatan yang menentangnya," kata Anwar dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Anwar yang juga bapanya mendakwa, dengan segala dana dan jentera kerajaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan digunakan untuk membantu menteri yang secara peribadinya memang sudah kaya.
Bagaimanapun, beliau percaya anak sulungnya itu bersedia dengan cabaran mempertahankan kerusi itu atas sikap realistik dan kerja kerasnya.
Sebagai penyandang anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah berdepan dengan Raja Nong Chik yang juga menteri pembangunan wilayah dan kesejahteraan bandar.
Malaysiakini

SKANDAL DI TINGKAT 4
PUTRAJAYA