Kerajaan Selangor akan mengumumkan
tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Menteri Besar Tan Sri
Khalid Ibrahim selesai mengadakan perbincangan dengan pimpinan Pakatan Rakyat
hari ini atau esok.
Khalid berkata, perbincangan berkenaan akan dijalankan memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat masih teragak-agak untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat, lapor Sinar Harian Online.
"Kita akan tetapkan satu tarikh dan pengumuman akan dibuat selepas perbincangan tersebut dijalankan pada hari ini," beliau dilapor sebagai berkata selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Perumahan Bercampur dan Pusat Rehat & Rawat (R&R) Ladang Air Manis, di Sabah Bernam hari ini.
Sementara itu, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang pula berkata Pakatan tidak perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih awal daripada Parlimen.
Ini kerana, katanya, perkara itu tidak akan memberi sebarang manfaat kepada pembangkang ekoran Parlimen sudah dekat kepada pembubaran secara sendirinya.

No comments:
Post a Comment