Pasukan KEADILAN telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti
individu yang mengendalikan laman Papagomo yang bertindak sebagai ruang menabur
fitnah dan didokong sepenuhnya oleh Umno.
Siasatan menunjukkan individu yang bernama Wan Muhammad Azri Wan
Deris ini adalah seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki
penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah.
Semakan tersebut
mengesahkan nombor pengenalan polis Papagomo yang bernombor RF142863.
Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula
rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR. Hasil semakan sangatlah
mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis
Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi
pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti paparan skrin bahawa
Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam
Lampiran B.
Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo
sebagai pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo
juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan
830121-03-5019. Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan
sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran
B.
Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem
semakan daftar undi SPR, pasukan KEADILAN kemudiannya menyemak pula
alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi.
Saya mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa
Papagomo memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam
dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut:
Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami:
F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota,
53300 Kuala Lumpur
Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang:
SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor
Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud di
dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi dua kali. Kehadiran
pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas
Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar
pemilih?
Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang
bankrap moral dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang penerima
rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita. Rakyat
Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang mendokong dan menggunakan individu
seperti Papagomo untuk menyebarkan fitnah terhadap musuh politik kerana Umno
tidak berani berdepan dalam isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan
dan lain-lain.
Sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan
persepsi masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan
kemenangan Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih.
RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi
22 MAC 2013
1 comment:
Ni rupanya papagomo. Buruk tol muka ha ha ha. muka burok perangai burok ni molot mesti bau longkang ni.Blk gosok gigi la sial
Post a Comment