SPR Akui Papagomo @ Wan Muhammad
Azri Wan Deris Pengundi Hantu
Saya
alu-alukan pengakuan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff bahawa wujud
pengundi hantu di dalam daftar pengundi, seperti yang dilaporkan oleh portal
berita The Malaysian Insider hari ini.
Beliau
juga memberi jaminan bahawa jika semakan SPR dengan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) menunjukkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad
pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 adalah
orang yang sama, SPR akan membatalkan pendaftaran undi menggunakan kad
pengenalan (polis) bagi mengelakkan undi dua kali.
Semakan
kami pagi ini dengan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan bahawa
rekod yang didaftarkan dibawah RF142863 telah pun dibuang dari daftar pengundi
seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin.
Ini
mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang
sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya
dibuang dari senarai undi pos.
Oleh
yang demikian, saya mencadangkan Tan Sri Aziz sebagai Pengerusi SPR memberi
jawapan yang lebih meyakinkan dalam usahanya membersihkan daftar pengundi yang
beliau sendiri akui wujud pendaftaran berganda yang membawa kepada fenomena
pengundi hantu.
Alasan
beliau bahawa SPR tidak dimaklumkan mengenai rekod perkhidmatan anggota
keselamatan yang telah meninggalkan perkhidmatan tidak boleh diterima,
seolah-olah beliau cuba menyalahkan PDRM apabila tanggungjawab memastikan
daftar undi itu bersih adalah tanggungjawab beliau.
Untuk
menyelesaikan masalah pengundi hantu dari kalangan anggota/bekas anggota
keselamatan seperti Papagomo, saya cadangkan beliau mengarahkan satu pasukan
SPR untuk duduk dengan PDRM tiap-tiap hari dan meneliti rekod setiap pengundi
yang didaftarkan di bawah kad pengenalan polis dan tentera.
Satu
senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah
disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama
mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi.
Sekiranya
SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu
spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan
rakyat.
RAFIZI
RAMLI
Pengarah Strategi
Pengarah Strategi
No comments:
Post a Comment