Najib sedang berhadapan dengan satu
lagi tekanan, iaitu berhubung dengan isu rasuah dan penyalah gunaan kuasa oleh
Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Pembenterasan rasuah merupakan salah satu
dari NKRA yang di laung-laungkan oleh pentadbiran Najib sejak beliau mengambil
alih jawatan dari Abdullah Badawi. Video Global witness yang tersebar luas
tidak boleh menyorokkan apa yang sedang berlaku dalam pentadbiran Taib Mahmud,
dan itu pun persepsi lama rakyat terhadap Ketua Menteri tertua dan terlama
sekali mentadbir sesebuah kerajaan negeri itu.
Rakyat sedang menunggui tarikh pilihanraya
untuk membuat penentuan dan isu ini sudah tentu menjadi isu yang boleh
mempengaruhi sikap pengundi dalam pilihanraya yang akan datang tidak lama lagi
ini. Sejak akhir-akhir ini BN sedng menghadapi terlalu banyak isu yang bakal
membawa malapetaka kepada kerajaan yang diterajui BN ini.
Dalam pilihanraya negeri tahun lepas
Najib telah berjanji akan menyediakan pelan persaraan Taib Mahmud tetapi
sekarang janji-janji beliau itu tetap tinggal janji dan Taib masih melakukan
apa yang sangat di benci dan di isukan oleh rakyat sekian lama. Apa yang
berlaku yang terlihat di dalam video Global Witness itu adalah satu perkara
yang tidak mengejutkan sesiapa. Video itu hanyalah menambah keyakinan dan bukti
yang tuduhan rakyat terhadap BN sebagai parti yang terlalu sarat dengan rasuah
dan salah guna kuasa itu seratus peratus benar.
Di mana-mana Ketua Kerajaan
demokrasi di seluruh dunia mengambil etika dan nilai demokrasi itu sebagai
elemen terbesar dalam sesuatu pentadbiran kerajaan. Jika tahap demokrasi sebuah
negara itu tinggi pemimpin seperti Taib ini sewajarnya berhenti secara sukarela
dan jika tidak berhenti, maka kuasa yang lebih besar wajar memaksa Taib untuk
berundur sehingga penyiasatan ke atas beliau selesai.
Sesungguhnya Taib sudah tidak wajar
lagi untuk menjadi Ketua Menteri lebih lama dan beliau sepatutnya mempunyai
maruah dan berhenti sahaja dari jawatan beliau selaku Ketua Menteri Sarawak.
Jika Najib tidak mampu untuk meminta Taib berhenti dan bersara, maka Najib pula
lah yang terpaksa membuktikan kesungguhan beliau dalam isu memerangi rasuah
ini..
Jika Taib masih berada di tampuk
kuasa dan tidak mahu berundur maka Najib terpaksa mengambil ‘accountability’
dan beliau sendiri wajar meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini
bukannya isu kecil dan Najib perlu menentukan tindakan terhadap Taib
dilaksanakan. Isu Taib ini sudah terlalu banyak dan tidak boleh di bendung
lagi. Kerajaan negara ini tidak boleh di tadbir seperti mentadbir persatuan
sepak takraw Pekan, Pahang.
Negara ini negara berdaulat dan
pencerobohan terhadap khazanah negara dan rakyat itu adalah satu pembelotan dan
pengkhianatan terhadap negara dan kita boleh takrifkan sebagai memerangi Yang
Di Pertuan Agong. Ia lebih bahaya dari pengganas yang telah memasuki
persempadanan kita di Lahat Datu dan Semporna lima minggu yang lepas.
Pencerobohan pengganas asing boleh di selesaikan dengan tindakan peperangan
dengan pasukan keselamatan kita, tetapi dalam isu rasuah ia memerlukan
‘political will’ yang sungguh-sungguh untuk
menyelesaikannya.
Seperti yang sudah lama di rasai
umum, keadaan dan perlakuan seperti Taib ini sudah menjadi budaya pemerintah
bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di negeri-negeri lain dalam Persekutuan
ini. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa sudah di ‘institutionalized’ kan dan
membudayakan rasuah ini sudah tidak menjadi kesalahan lagi.
Inilah saat bagi kita melihat
setakat mana kemampuan Najib sebagai pemimpin yang memegang amanah rakyat.
Najib mempunyai satu piihan sahaja, iaitu untuk melakukan sesuatu bagi Taib
meletakkan jawatan dalam kadar yang serta merta. Seandainya Najib tidak berani
melakukannya maka Najib pula lah yang terpaksa meletakkan jawatan serta merta.
Najib mesti menerima ‘accountability’ kepimpinan sebuah negara demokrasi ini.
Jika kita mendengar rakyat ramai
bercakap, mereka tidak yakin boleh memaksa atau memberitahu Taib yang beliau
(Taib) tidak boleh lagi mengetuai pilihanraya umum Sarawak nanti dan beliau
(Taib) wajar menyelesaikan isu moral beliau yang sangat besar ini serta merta.
Rakyat sudah tidak tertahan lagi melihat pimpinan BN terlibat dalam isu rasuah
yang tidak kunjung padam ini.
Tetapi pandangan dan persepsi rakyat
terhadap kekurang-mampuan Najib menyelesaikan isu ini mungkin banyak
kebenarannya. Isu Najib seperti pimpinan Sarawak itu juga banyak yang sedang
dipersoalkan oleh rakyat. Bagaimana Najib hendak memberitahu Taib untuk
berhenti kerana isu rasuah sedangkan Najib sendiri sedang berperang menghadapi
isu yang sama terhadap beliau.
Najib juga di kaitkan dengan
pembelian Scorpene yang sangat besar isunya. Najib sendiri mempunyai rangkaian
masalah sendiri. Takut-takut jika Najib menasihati Taib supaya berhenti, Taib
akan memberikan ‘middle finger’ beliau terhadap Najib. Bukan mudah untuk
meminta Najib menasihati Taib untuk berhenti. Itu sebabnya saya selalu menulis
dalam blog ini yang hanya rakyat sahaja yang mampu untuk memberhentikan semua
pimpinan BN yang sama seperti Taib dan Najib itu.
Jika Najib mengundurkan diri siapa
yang agak ‘viable’ untuk menggantikan beliau kerana jika di ikutkan cara
pengambil-alihan jawatan Perdana Menteri yang bersara ia selalunya di ambil
alih oleh Timbalannya, yang sekarang iaitu Muhyiddin Yassin. Jika Muhyiddin
Yassin di kehendaki mengambil alih kepimpinan Najib, Muhyiddin akan melompat kegirangan
kerana boleh menjadi Perdana Menteri.
Tetapi pula Muhyiddin adalah
pemimpin yang datang dari acuan yang sama, maka beliau tidak akan ada perbezaan
dan kelainan dengan Najib dan masalah yang sama akan berlarutan. Stigma buruk
terhadap semua kepimpinan UMNO dan BN itu adalah menyeluruh dan hanya
segelintiran pemimpin sahaja yang terlepas dari dihinggapi oleh stigma yang
sama itu.
Tiada siapa dalam kabinet Persekutuan sekarang yang tidak sama dengan Najib dan Muhyiddin itu lebih-lebih lagi dengan Taib Mahmud. .BN dan rasuah 'berpisah tiada', saling menyandar di antara satu dengan lain. Ia ibarat aur dengan tebing. Tiada BN kurang rasuah, tiada rasuah BN tidak akan kekal..
Tiada siapa dalam kabinet Persekutuan sekarang yang tidak sama dengan Najib dan Muhyiddin itu lebih-lebih lagi dengan Taib Mahmud. .BN dan rasuah 'berpisah tiada', saling menyandar di antara satu dengan lain. Ia ibarat aur dengan tebing. Tiada BN kurang rasuah, tiada rasuah BN tidak akan kekal..
Sekarang ini kita perlu memerhatikan
apa yang bakal berlaku dan bagaimana pucuk pimpinan negara menyelesaikan
masalah yang gila ini. Kita tunggu…
No comments:
Post a Comment