Husam
fail semula kes saman terhadap “Papagomo”
KOTA
BHARU:
Memandangkan ada penemuan bukti baru kes saman Datuk Husam Musa terhadap Wan
Muhammad Azri Wan Deris menyebabkan hakim menasihatkan kes itu difail semula.
Oleh
itu bagi membolehkan kes tersebut difail semula, kes yang berjalan hari ini
ditarik balik.
Berikutan
itu Husam yang juga Naib Presiden PAS melalui peguamnya, Hisham Fauzi
menyatakan persetujuan di atas cadangan hakim pada perbicaraan itu kes petang
tadi.
Beliau
pada keterangan sebagai saksi pertama kes itu memberitahu mahkamah beberapa
saksi baru ditampilkan termasuk bekas isteri Wan Azri dan dua blogger pro Umno
yang disapina.
Selain
itu katanya, blogger-blogger lain juga telah menyatakan persetujuan menjadi
saksi kes berkenaan.
Menurutnya
juga gambar Wan Azri yang dianggap sebagai Papagomo banyak tersiar dalam
laman-laman web dan dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu.
Ekoran
itu peguam Jasbeer Singh yang mewakili Wan Azri turut meluahkan rasa kesal
kerana akhbar terbabit mengaitkan penama terbabit sebagai Papagomo.
“Gambar-gambar
yang disiarkan dalam internet dan terbaru dalam blog Erapasca memperlihatkan
gambar Wan Azri bersama dengan Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Hishamuddin Hussien,” kata Husam.
Bagaimanapun
ketika soal balas peguam defendan membantah kerana beberapa saksi baru
dikemukakan termasuk bekas isteri Wan Azri, yang disenarai sebagai saksi kedua.
Berikutan
itu Hisham berkata, perbincangan di antara peguam plaintif dan defendan
diadakan di dalam kamar berkaitan isu saksi baru yang disenaraikan.
Katanya,
pada perbincangan itu hakim menasihatkan kes tersebut ditarik balik bagi
membolehkan ia difail semula dengan penambahan saksi-saksi baru.
Husam
ketika ditemui kemudian berkata, beberapa bukti baru ditemui selepas Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan saman terhadap Wan Azri
baru-baru ini.
“Lagi
pun kita juga boleh menampilkan saksi iaitu Panglima Tentera Laut Diraja
Malaysia memandangkan mahkamah menolak untuk disapinakan Menteri Pertahanan
berkaitan isu blogger terbabit dibenarkan memasuki Scorpene.
“Malah
bekas isteri Wan Azri sudah menyatakan persetujuan untuk menjadi saksi pada
Disember lalu. Sedangkan pada senarai awal namanya tidak disebut sebagai saksi
dalam pengurusan kes sebelum ini,” katanya.
Husam
yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, fail baru kes saman tersebut akan
dibuat dalam masa terdekat ini.
BACA ARTIKEL BERKAITAN :
No comments:
Post a Comment