Anak
beranak pemimpin Umno paling kaya
KUALA LUMPUR:
PAS melalui lidah rasminya Harakah mendedahkan bagaimana Umno dan Barisan
Nasional (BN) hanya mengkayakan anak pinak mereka.
Menurut Harakah yang bakal terbit, yang paling tinggi dalam senarai adalah kekayaan anak ketua kempen BN dalam pilihan raya umum ke 13 ini iaitu Mirzan Mahathir.
Menurut Harakah yang bakal terbit, yang paling tinggi dalam senarai adalah kekayaan anak ketua kempen BN dalam pilihan raya umum ke 13 ini iaitu Mirzan Mahathir.
Mirzan Mahathir dikatakan menjadi Ahli Lembaga Pengarah dengan pemilikan 15% saham dalam syarikat pengeluaran arak terbesar di Filipina, San Miguel Corp.
Pada 2012, San Miguel membeli aset hiliran Esso jauh lebih rendah daripada nilai pasaran dan mengubah namanya kepada Petron.
Petron kemudiannya mendapat kontrak membekalkan minyak kapal terbang daripada MAS mengetepikan kontrak perbekalan dari Petronas selama ini.
Di senarai kedua terkaya adalah anak Tun Dr Mahathir juga iaitu Mokhzani Mahathir yang menduduki tangga ke-19 orang terkaya dengan memiliki kekayaan sebanyak RM1.6 bilion.
Ayahnya anugerahkan kontrak RM836 juta dari Petronas Carigali Sdb Bhd kepada anak syarikat Sapura Kencana Petroleum Bhd yang berada di bawah pengaruh Mokhzani.
Turut di senaraikan Harakah adalah adik Perdana Menteri, Nazir Tun Razak yang mempunyai jumlah harta kekayaan sebanyak RM495 juta. Gaji Nazir RM12 juta setahun atau RM1 juta sebulan.
No comments:
Post a Comment