Oleh : Aspan Alias
Najib sekarang diam membisu. Segala
tuduhan terhadap beliau dan isterinya tidak mendapat apa-apa jawapan dan beliau
terus mendiamkan diri. Seketika ini Najib tidak bercakap bergegar-gegar lagi
dan beliau nampaknya duduk diam sahaja sedangkan banyak perkara sedang berlaku
yang berkait dengan beliau.. Isu Deepak terus mengganas dalam pemikiran rakyat
yang ramai. Buku tentang Deepak sedang beredar di mana-mana. Buku setebal dua
puluh enam muka itu sedang menjadi bahan telaah ramai. Semuanya berhubung kait
dengan Najib dan isteri beliau. Apa yang diperkatakan oleh Deepak membabitkan
Altantuya dengan akuan bersumpah satu dan dua menjadi tajuk perbincangan ramai.
Isu Deepak tidak berhenti setakat
itu. Ia terus melebar dan sampai pula membabitkan ‘land-scam’ yang melibatkan
Kementah, syarikat Deepak dan syarikat Raja Ropiah dan banyak lagi isu yang
berkaitan dengannya. Musa Hasan tetap dengan kejutannya dengan membuat beberapa
‘pembongkaran’ dan UMNO nampaknya tidak dapat mengelak dari menghadapi isu-isu
ini dengan debaran dan kerunsingan. Najib dan Hisham sedang berada di kedudukan
seperi telur di hujung tanduk.
UMNO terpaksa mengalihkan pandangan
ramai dengan menimbulkan isu Amanat Haji Hadi yang berusia 32 tahun itu.
Nampaknya persepsi buruk rakyat terhadap UMNO dan seluruh kepimpinannya tidak
akan membuatkan BN sebagai pihak yang ‘formidable’ lagi dalam siasah negara.
Sehari dua ini Najib agak senyap kerana, beliau berada di luar negara bercuti
dengan isteri beliau mengikut sumber yang boleh di percayai.
Di mana beliau bercuti tidak pula
saya tahu. Tetapi bercuti itu penting kerana dengan berehat Najib akan dapat
merehatkan otak beliau yang terlalu sarat dengan isu beliau dan isteri yang
sekali gus telah merosakkan imej negara dan rakyatnya sendiri. Najib terus membisu
dan dengan membisu itu ia melambangkan betapa hampirnya kenyataan Deepak dan
Musa Hasan itu kepada keadaan yang sebenarnya berlaku yang selama ini
dilindungi dari pengetahuan ramai.
Nampaknya Muhyiddin sedang melakukan
segala-galanya dan ini mungkin menandakan apa yang dirancang oleh Dr Mahathir
Mohamad untuk Najib menjadi PM buat sementara itu semakin hari semakin
kelihatan kebenarannya. Betullah apa yang dikatakan oleh setengah pihak dahulu
Najib hanyalah di letakkan sebagai PM sementara kerana permainan di dalam UMNO
itu akan menjadikan Najib sebagai pemimpin yang tidak berupaya untuk hidup
sebagai pemimpin utama negara kerana ‘baggage’nya yang terlalu besar. Penggal
Najib menjadi PM hanyalah sebagai memenuhi masa buat sementara Muhyiddin dapat
menajamkan kukunya di dalam kepimpinan parti dan negara.
Saya selalu berkata semasa dalam
parti itu dulu, sokongan yang di dapati oleh seorang tokoh utama negara itu
bukannya sokongan yang ‘legitimate’. Ia hanyalah sokongan politik sementara.
Mahathir pernah berkata, “there is no permanent friend and enemy in politics’.
Nampaknya Najib hanya lah menjadi jambatan sementara sahaja. Najib berguna
kepada setengah pemimpin di bawahnya sementara mereka dapat menajamkan kuku
untuk menusuk tengkok beliau (Najib) sahaja..
Masalah yang di hadapi oleh Najib
sekarang ini di pergunakan oleh lawannya di dalam parti sendiri sebagai isu
yang begitu selesa untuk menjatuhnya. Sekarang Najib kesaorangan. Kita tidak
tahu siapa yang memerintah sekarang ini. Ramai berpendapat Mahathirlag yang
sedang memerintah negara sekarang ini. Ini lah kehendak Mahathir sebenarnya.
Itulah sebabnya beliau menyampah dengan Abdullah Badawi kerana Abdullah tidak
membenarkan beliau masuk campur dalam urusan negara semasa beliau (Pak Lah)
menjadi PM.
Saya ulangi yang saya pernah menulis
dua tiga kali dalam blog ini yang musuh Najib bukannya parti pembangkang tetapi
mereka yang berada di dalam UMNO itu sendiri. Musuhnya di dalam UMNO itu lebih
susah untuk beliau kendalikan kerana musuh-musuh itu berada di sekeliling
beliau (Najib) sendiri. Kita mesti faham yang harimau yang mengendap itu lebih
merbahaya dari serigala yang berhadapan secara berdepan. Sekarang ini harimau
itu sedang bersedia untuk menerkam kerana Najib tidak mempunyai ilmu mempertahankan
diri yang kuat. Walaupun harimau yang merancang untuk melakukan penerkaman itu
sudah tua tetapi oleh kerana Najib tidak membuat persediaan yang berhati-hati
maka Najib akan jatuh tersembam di hadapan mereka ini.
Permainan di dalam UMNO sekarang ini
bertambah ‘interesting’ dan kita akan melihat keadaan ini akan semakin hari
semakin serius. Inilah akibatnya jika kita memelihara harimau walaupun harimau
itu harimau tua. Najib terlalu percaya dengan mereka yang tidak jujur dan
membiarkan rakan dan taulan yang jujur terhadap beliau yang sebaliknya beliau
anggap sebagai musuh. Najib bermusuh dengan musuh kepada musuh sebenar beliau.
Tidak salah jika saya katakan yang
UMNO akan mati sekali lagi walaupun caranya agak berlainan dari cara ia mati
pada tahun 1988 dahulu. Kejatuhan UMNO kali ini adalah ‘imminent’ dan jika ia
jatuh kali ini UMNO ‘tak akan dapek bongkar laie’.
Bagi Pakatan Rakyat pula janganlah
jadi seperti apa yang terjadi dalam UMNO jika di beri mandat oleh rakyat. Bagi
orang Melayu samada yang berada di dalam UMNO atau di luar parti itu,
bersatulah. Jika tidak mahu menyertai DAP atau PKR sokonglah PAS kerana buat
masa ini kerjasama di antara ketiga-tiga parti ini adalah baik.
Jangan pula menjadi UMNO dan BN
apabila menjadi kerajaan, kerana rakyat akan kecewa tidak terhingga jika
berlaku perkara yang sama apabila mendapat mandat nanti.
Satu perkara yang parti-parti dalam
Pakatan Rakyat jauhi dari berlaku ialah berbohong. Pemimpin-pemimpin jangan
berbohong seperti pemimpin UMNO. Lidah jangan bercabang macam lidah biawak..
Jangan bertindak berlandaskan perkauman. Semua kaum itu adalah kejadian Tuhan.
Kalau marah dengan kaum yang lain bermakna kita marah dengan Tuhan yang
menjadikannya.
Pemimpin-pemimpin yang bakal di beri
mandat ini mesti membuat pengakuan tidak melakukan rasuah terutamanya kerana
rasuah itu adalah sehina-hina perbuatan dan jangan bertindak mengikut sentimen
parkauman. Kali ini siapa yang melakukan kesilapan oleh kerana permainan
politik peribadi akan menerima hukuman dari rakyat.
Harap semua faham dan bacalah
perasaan rakyat dengan betul. Untuk membuat keputusan dengan baik elemen yang
sangat perlu ialah kebersihan jiwa kita sendiri. Jika jiwa kita di selaputi
elemen kotor tidak mungkin kita akan bertindak dengan baik serta jujur.
No comments:
Post a Comment