Hubungan Sulit Deepak -
Rosmah: Najib seakan disantau isteri sendiri
Kisah perhubungan sulit Deepak Jaikishan dan Rosmah Mansor
semakin menarik apabila suami Rosmah langsung tidak berani bersuara, samada
untuk menegur isterinya maupun untuk meminta pihak berkuasa menyiasat
perhubungan Rosmah-Deepak. Najib seolah telah disantau oleh isterinya sendiri
sehingga apa sahaja yang dilakukan oleh Rosmah, dibiarkan tanpa apa-apa
tindakan, sekalipun perkara tersebut mencemarkan nama baiknya sebagai perdana
menteri dan presiden parti syaitan.
Saya sedia maklum reaksi Deepak Jaikishan mengenai
dokumen-dokumen yang membabitkan syarikat-syarikat beliau yang kini didedahkan
kepada umum.
Saya ingin mengesahkan beberapa perkara:
1. Saudara Deepak memang
menyerahkan sendiri dokumen-dokumen itu kepada individu tertentu yang
dihubunginya sebelum ini dengan harapan ia akan dibawa oleh pimpinan KEADILAN;
2. Beliau sebelum ini
mendakwa dokumen-dokumen itu adalah bukti
yang beliau ada mengenai salahlaku dan rasuah membabitkan Dato’ Seri Najib Tun
Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor;
3. Selepas beberapa ketika,
dokumen-dokumen itu diserahkan kepada saya oleh individu terbabit untuk disemak
dan dipastikan kesahihannya, seperti amalan biasa di dalam KEADILAN;
4. Saya tidak mengambil
apa-apa tindakan kerana berpendapat ia tidak mempunyai unsur kepentingan awam
sekiranya seseorang berbelanja besar memberi hadiah kepada seorang VIP tanpa
ada bukti ada habuan atau projek yang terlibat;
5. Berikutan tindakan
Boustead Holdings Berhad mengumumkan akan membayar RM160 juta untuk membeli syarikat
milik Saudara Deepak dan tanah dari Awan Megah Sdn Bhd, saya berpandangan ia
membuka dimensi baru bahawa dakwaan Saudara Deepak sebelum itu berkaitan dengan
kepentingan awam;
6. Selepas menyemak
dokumen-dokumen itu dan mendapatkan maklumat tambahan, saya yakin bahawa ia ada
asas kukuh untuk disiasat oleh pihak berkuasa.
Oleh yang demikian, saya berpendapat kenyataan-kenyataan Saudara
Deepak wajarlah dijadikan bukti dalam siasatan yang akan datang oleh pihak
berkuasa memandangkan dokumen-dokumen itu melibatkan syarikat beliau dan
urusniaga syarikat beliau (termasuklah slip pemindahan wang dari akaun syarikat
beliau). Fakta-fakta ini tidak disanggah atau dinafikan oleh Saudara Deepak,
sekadar enggan mengulasnya buat ketika ini.
Saya akan memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa
untuk menjalankan siasatan. Saya juga telah berbincang dengan individu yang
mendapat dokumen-dokumen ini dari Saudara Deepak dan beliau bersetuju untuk
memberi keterangan bagi membuktikan bahawa dokumen-dokumen ini diperolehi dari
Saudara Deepak.
Jelasnya, tindak tanduk dan tingkah laku Saudara Deepak sebelum
ini tidak berkait dengan KEADILAN. Ia menyangkal percubaan Umno yang menuduh
kononnya ini satu perencanaan oleh KEADILAN. Saudara Deepak sendiri menyatakan
kekecewaan beliau kerana saya dan beberapa pimpinan KEADILAN dilihatnya
keberatan untuk duduk berbincang dengan beliau.
Oleh yang demikian, saya telah berbincang dengan pimpinan parti
dan bersetuju bahawa saya boleh bertemu dengan Saudara Deepak untuk meneliti
bukti-bukti yang beliau ada, seperti yang didakwa sebelum ini.
Saya akan mengaturkan satu pertemuan dalam masa terdekat untuk
mendengar perancangan beliau dan meneliti bukti-bukti yang didakwa beliau.
Semoga ini akan membantu merungkai pelbagai persoalan mengenai integriti Dato’
Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor yang semakin menjadi isu
hangat.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
3 JANUARI 2013
No comments:
Post a Comment