Oleh
: Aspan Alias
Sebagai seorang Perdana Menteri bagi
sebuah negara berdaulat seperti negara kita ini, dia mesti menjaga kebersihan
imej serta kredibiliti peribadi dengan setinggi dan sebaik mungkin. Jika imej
dan kredibiliti seorang Perdana Menteri boleh di cemar oleh seorang penjual
karpet atau penjual barangan rumah maka PM itu wajar mengambil tindakan undang-undang
terhadap yang membuat tuduhan secara terbuka itu.
Deepak wajar di ambil tindakan
undang-undang oleh Najib kerana tuduhan itu amat kotor dan amat hina terhadap
seorang Perdana Menteri negara kita ini. Satu-satunya jalan untuk Najib membersihkan
nama beliau ialah dengan menyaman dan mengambil tindakan undang-undang dengan
secepat mungkin. Jika Najib tidak mengambil tindakan itu maka ia sekali gus
membenarkan isu yang di tuduh terhadap beliau oleh penjual karpet itu.
Kita perlu ingat tuduhan Deepak
terhadap Najib itu melibatkan isu kehilangan nyawa seorang wanita dan juga isu
mengubah akuan bersumpah yang dilakukan oleh Balasubramaniam seperti yang di
bocorkan oleh Deepak yang suatu ketika dahulu mempunyai hubungan abang-adik
dengan isteri Perdana Menteri yang tersohor di dunia itu. Kematian seorang
wanita Mongolia yang begitu trajik telah di lakukan oleh dua orang pegawai
keselamatan Najib dan telah pun dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi
negara kita.
Kita perlu ingat penglibatan dua
pegawai keselamatan negara yang hampir dengan Najib dan keluarga ini amat mudah
dikaitkan oleh sesiapa dengan Najib dan isteri beliau dan tidak siapa tahu
secara undang-undang nya tentang motif pembunuhan itu kerana isu itu tidak di
sebut dalam perbicaraan kes ini.. Jika tuduhan itu tidak dinafikan dengan
mengambil tindakan undang-undng terhadap Deepak maka ia menghampirkan Najib
kepada kebenaran tuduhan Deepak terhadap Perdana Menteri itu.
Penafian Najib semalam tidak
mempunyai kredibiliti. Jika Najib menganggap tuduhan Deepak itu tidak mempunyai
kredibiliti tindakan Najib untuk tidak mengambil tindakan undang-undang
terhadap Deepak itu adalah lebih tidak berkredibiliti lagi.. Najib mesti
bertanya kepada diri beliau sendiri, apakah isu akuan bersumpah
Balasubramaniuam ini merupakan isu yang kecil dan tidak payah di ambil tindakan
terhadap penjual karpet ini?
Kalau lah Najib ini seorang penjual
kobis dan bayam di pasar tani, mungkinlah beliau tidak perlu mengambil berat
terhadap isu peribadi yang sangat buruk dan hina ini, tetapi beliau adalah
seorang Perdana Menteri negara merdeka. Persepsi buruk terhadap Najib itu
adalah persepsi buruk terhadap negara dan memalukan rakyat.
Ahli-ahli parti UMNO pimpinan Najib
tidak boleh melarikan isu ini dengan membuat tuduhan yang isu ini adalah
permainan politik kotor dalaman parti itu kerana ada pihak yang hendak
menjatuhkan beliau dari pimpinan negara. Jika benar pun isu ini diperbesarkan
oleh Deepak kerana permainan politik cah keting dalam UMNO itu, Najib jugalah
yang salah kerana memberikan sebab untuk beberapa pihak dalam UMNO itu untuk
melakukannya.
Isu permainan kumpulan Timbalan
Perdana Menteri hendak mengambilalih kepimpinan itu merupakan isu yang biasa
dalam UMNO. Hussein Onn dahulu bertindak mengambil keputusan untuk tidak
mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri dahulu pun adalah
kerana permainan Timbalan beliau semasa itu. Kepada orang-orang lama ini adalah
isu yang diketahui umum.
Apabila Hussein Onn mengambil
tindakan untuk bersara maka pengganti beliau itu juga sudah merasakan yang
beliau akan menghadapi masalah dengan Timbalan beliau. Justeru sebelum Timbalan
beliau itu memberikan masalah, beliau telah dengan bijak membuatkan Timbalannya
Musa Hitam merajuk dan meletakkan jawatan.
Selepas itu Dr Mahathir ini telah
mengganti Timbalan beliau dari seorang dengan seorang yang lain. Selepas Musa
digantikan dengan Ghaffar Baba. Selepas Ghaffar Baba Timbalan beliau ialah
Anwar Ibrahim yang digalakkan untuk mencabar Ghaffar, juga kerana kemahuan Dr
Mahathir.
Selepas itu Anwar sendiri telah
bercanggah dengan Dr Mahathir yang menyebabkan Anwar disingkirkan dengan
menggunakan isu-isu skandal seks luar tabii dan banyak lagi yang di mainkan
oleh Dr Mahathir. Hasilnya Abdullah Badawi menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Dalam pada beliau (Mahathir) sibuk mengganti ramai Timbalannya beliau
(Mahathir) telah berjaya menjadi Perdana Menteri lebih dari dua puluh tahun.
Rakyat mula ada kecenderungan untuk
menolak Dr Mahathir maka Mahathir memberikan jawatan itu kepada Abdullah Badawi
yang beliau sangkakan akan tunduk dan berterima kasih kepada beliau dengan
memenuhi segala kehendak beliau. Beliau kemudiannya sedar yang Abdullah yang
beliau anggap sebagai seorang yang lemah dan lembut itu adalah seorang yang
sangat degil dan keras kepala. Maka Mahathir mengambil tindakan untuk menaikkan
Timbalan kepada Abdullah pula dengan menggunakan Muhyiddin untuk menolak
Abdullah dan memberikan Timbalan Abdullah menjadi Perdana Menteri.
Muhyiddin mendapat upah dengan
menjawat jawatan Timbalan kepada Najib yang bakal memberikan masalah kepada
beliau (Najib). Isu yang melibatkan masalah yang di lakukan oleh Timbalan ini
memang perkara biasa dan Najib wajar menerimanya sebagai satu hakikat yang
tidak boleh di nafikan oleh sesiapa pun.
Oleh itu Najib tidak boleh
menyalahkan Muhyiddin atau Dr Mahathir malakukan cah keting ini kerana bagi Dr
Mahathir beliau memang berpengalaman melakukan cah keting sesama sendiri ini
sejak dahulu lagi.
Najib patut fokus untuk mengambil
tindakan undang-undang terhadap Deepak untuk membersihkan nama beliau. Jika
tidak diambil tindakan sebegitu maka akan berjayalah Mahathir untuk
mempraktikkan kemahiran beliau dalam menaik dan menjatuhkan kepimpinan UMNO dan
negara itu. Najib menggantikan Abdullah dahulu pun dengan cara yang sama
seperti yang akan dilakukan keatas beliau selepas pilihanraya nanti.
Hanya kali ini Dr Mahathir akan
gagal untuk melakukannya kerana jika UMNO itu kalah dalam pilihanraya kali ini,
beliau yang ingin menggunakan Muhyiddin untuk menyungkurkan Najib itu akan
tidak berjaya. Sebab apa?...kerana UMNO akan kalah dan tidak menjadi parti yang
berkuasa lagi.
Apabila sampai ke episod ini maka
akan tamatlah drama kotor bersiri UMNO yang telah bermula sejak tiga dekad yang
lalu. Selepas itu akan bermula drama bersiri yang akan dilakonkan oleh
pelakon-pelakon baru dari Pakatan Rakyat dan di harap drama bersiri selepas ini
merupakan drama yang lebih baik dan sedap ditonton oleh hampir 30 juta rakyat
negara ini.
No comments:
Post a Comment