Oleh: ZULKIFLI
YAHAYA
Hutan
tadahan hujan di Tasik Pedu semakin terancam! Demikian tema liputan
besar-besaran oleh media talibarut BN yang difokuskan semata-mata untuk
memburukkan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan di Kedah.
Tiada
apa lagi isu besar yang boleh dimainkan untuk membohongi rakyat jelata mengenai
Kedah, maka isu 'kemusnahan' hutan di kawasan yang jauh nun di pedalaman Kedah
dijadikan modal maklumlah di situ bukan kawasan ramai penduduk. Jadi lambatlah
sedikit pembohongan BN itu diketahui orang.
Dua
pembohongan utama yang dimainkan oleh media serta juga para pemimpin BN.
Pertama, kononnya kawasan hutan yang dicerahkan untuk projek agroteknologi itu
adalah berstatus Hutan Simpan Kekal. Sebenarnya kawasan terbabit adalah hutan
simpan biasa yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Pedu pada 11 September 1952.
Ia boleh diubah status mengikut prosedur tertentu. Hutan Simpan Kekal ialah
hutan Tasik Pedu yang terletak cuma di seberang lebuhraya TEKIH (sebagai
sempadan) dengan kawasan agroteknologi.
Kedua,
kononnya ia kawasan tadahan hujan yang membekal sumber air ke Tasik Pedu. Juga
tidak benar. Tidak ada setitik air pun dari kawasan projek agroteknologi
tersebut boleh mengalir ke Tasik Pedu kerana aras air Tasik Pedu lebih tinggi
dari sungai yang mengalirkan air di kawasan projek agroteknologi tersebut. Anak
Sungai tersebut mengalir ke Sungai Pedu yang menuju ke Kuala Nerang. Jika
berlaku limpahan Tasik Pedu, airnya mengalir ke sungai tersebut juga.
Benteng
atau tebing binaan Tasik Pedu terlalu tinggi, juga kawasan projek agroteknologi
dipisahkan dengan laluan TEKIH iaitu jalan naiktaraf Sik ke Durian Burung.
Jadi, walaupun jarak antara tapak projek yang hutannya telah dicerahkan dengan
Tasik Pedu tidak sampai 500 meter namun ia langsung tidak mengancam Tasik Pedu.
Isu
seterusnya ialah penggondolan hutan, kononnya kerana mahu mengambil balak
tetapi berselindung di sebalik projek agroteknologi iaitu membuka ladang buah-buahan.
Tidak dinafikan berlaku aktiviti pembalakan yang melibatkan tiga kompartment
(dari empat kompartment semuanya) iaitu iaitu 48A, 48B dan 50B yang melibatkan
kira-kira 600 ekar tetapi semua kegiatan pembalakan melalui jawatankuasa
teknikal pembalakan serta diluluskan oleh Jabatan Perhutanan. Jabatan
Perhutanan terikat dengan pelbagai Akta Parlimen, sebagai kriteria untuk
memberi kelulusan. Ini bukan cerita pembalakan haram seperti yang berlaku di
sebuah negeri yang ditadbir BN.
Projek
agroteknologi atau disahkan oleh majlis Mesyuarat Exco sebagai Projek
Agro-eco-tourism diserahkan kepada Syarikat Kumpulan Ladang iaitu anak syarikat
Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Tanah seluas 884 ekar itu diserahkan
kepada PKNK sebagai pemegang Permit Peggunaan Sementara (status tanah) dengan
sewaan selama 30 tahun.
Oleh
kerana kawasan tersebut dibangunkan untuk projek pertanian maka kawasan
terpaksa dibersihkan, ia berbeza dengan aktuiviti mengambil balak semata-mata.
Betullah laporan media BN bahawa pokok-pokok kecil juga dimusnahkan. Ia kerja
piawai bagi membangunkan semua projek pertanian. Samalah seperti yang dilakukan
oleh mana-mana kerajaan negeri pun yang membangunkan kawasan berbukit untuk
projek tanaman sawit. Sewaktu lebuhraya Utara-Selatan baru dibuka dahulu, di
kiri kanannya semua bukit bergondol, hutan dicerahkan tetapi sekarang sudah
dipenuhi dengan kelapa sawit atau lain-lain pokok pertanian. Tidak ada pula
masa itu media-media utama sewa helikopter mengambil foto dari udara lalu
melaporkan 'BN rakus gondolkan bukit'.
Antara
yang akan ditanam di atas tanah tersebut ialah mangga (109.76 ekar), mata
kucing, jambu dan ciku (163.77 ekar) serta buah-buahan nadir seperti anggur,
kurma, durian belanda, salak dan sebagainya. Kerja meneres, menyemai dan membina
kolam takungan air sudah bermula tetapi terganggu oleh Jabatan Alam Sekitar
yang melatah mengikut paluan gendang media BN. Projek Agro-eco-tourism
dirancang dan diluluskan oleh majlis Mesyuarat Exco pada 25 Ogos 2011 lagi.
Kerajaan
mengira bahawa projek ladang pertanian lebih menguntungkan dari hasil balak
yang boleh ditunai berpuluh tahun sekali. Ia juga selari dengan manifesto PAS
menjadikan Malaysia sebagai 'Belanda Timur'. Ia bukan jawapan spontan Menteri
Besar untuk berdalih seperti yang ditanggap oleh pihak pembangkang negeri ini.
Jika
Projek Agro-eco-tourism dianggap sebagai helah mengambil balak, maka rakyat
juga boleh menuduh BN membina lebuhraya TEKIH sebagai helah mengambil balak.
Lebuhraya TEKIH melalui kawasan hutan berbalak yang begitu luas. Kerajaan lalu
dilaporkan menyerahkan projek mengambil balak tersebut kepada Kedah Corporatin
Berhad. Namun selepas Pakatan mengambilalih kerajaan pada Mac 2008 sehingga
kini tiada satu pun dokumen pembalakan di lebuhraya TEKIH yang ditemui.
Takkanlah kerajaan negeri tidak mendapat satu sen pun dari duit balak yang
ditebang di kawasan tersebut?
Ada
khabar angin yang menyebut bahawa pejabat tapak projek pembalakan Lebuhraya
TEKIH dibakar sebaik Pakatan menang Mac 2008. Sebuah kenderaan juga dilaporkan
dibakar. Adakah ia percubaan memusnahkan dokumen aktiviti pembalakan untuk
mengelak dari duit balak tersebut diaudit? Ayuh Pemuda Kedah, buat laporan
polis. Biar perkara ini disiasat.
No comments:
Post a Comment