Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah
Mansor didesak menjawab pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishen mengenai
penglibatan mereka dalam satu projek rasuah kementerian.
Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah
berkata, Perdana Menteri dan isteri tidak lagi boleh mengelak kerana kenyataan
rakan karib Rosmah itu di mahkamah dan temubualnya bersama media menyatakan
secara terang mengenai perkara tersebut.
“Kita desak agar Najib menafikan atau
memberi penjelasan berhubung isu itu. Kenyataan Deepak membuktikan kaitan Najib
dalam isu ini. Justeru beliau tidak boleh berdiam diri lagi,” tegas Sivarasa
ketika dihubungi.
Deepak sebelum ini mendedahkan keterlibatan
Najib dalam satu projek rasuah kementerian semasa menjawat Menteri Pertahanan.
Menurut Deepak, beliau membayar keluarga Najib
sejumlah wang yang tidak didedahkan untuk campurtangan Perdana Menteri bagi
membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian
Pertahanan.
Menurut Sivarasa, Deepak memeterai satu
perjanjian dengan syarikat milik seorang Ketua Wanita Umno Selangor, Raja
Ropiaah Abdullah untuk menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut.
Sebagai pertukaran bagi projek yang dianggar
bernilai RM100 juta yang akan dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya
sendiri, syarikat tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan
memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Bukit Raja, Klang.
“Roopiah tidak boleh jual tanah itu tapi diberi
kelulusan oleh Najib, dengan syarat beri rasuah, iaitu sejumlah wang besar
kepada ahli keluarga Najib. Dan pihak kami percaya wang tersebut diberikan
kepada Rosmah,” jelas Sivarasa yang merupakan peguam Deepak dalam saman
difailkan syarikat usahawan tersebut, Astana Canggih Sdn Bhd ke atas Awan Megah
Sdn Bhd. Seorang lagi peguam adalah, N Surendran.
Dalam pendengaran minggu lalu, Deepak memberi
keterangan bahawa Najib memberi persetujuan ke atas pemindahan milik tanah
seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada Awan Megah kepada
sebuah syarikat penama milik Deepak.
Bagaimanapun, Deepak tidak mendedahkan nama
ahli keluarga Najib yang meraih komisen itu, tetapi spekulasi ada menyebut
bahawa orang tersebut merupakan Rosmah, kerana beliau sering melibatkan diri
dalam urusan perniagaan Najib.
No comments:
Post a Comment